Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Bab 1 Bimbingan Dan Kaunseling DEFINISI BIMBINGAN 1. Perbuatan membimbing, memberi petunjuk, mengajar sehingga selesai sesuatu kerja atau tugas.(DBP) 2. Suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. (Suradi Salim, 1996) 3. Suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.(Suradi Salim, 1996) 4. Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. 5. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur dan mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan matlamat seseorang tercapai. 6. Lazimnya
bimbingan
melibatkan
perkara-perkara
yang
menentukan
perkembangan seseorang itu. 7. Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal. 8. Perjalar atau individu yang ingin mengikuti bimbingan perlu hadir secara sukarela. 9. Proses
bimbingan
perlu
dilaksanakan
fasilitator/guru pembimbing dan para pelajar.
secara
kolaboratif
di
antara
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
DEFINISI KAUNSELING PERGERTIAN KAUNSELING Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris “counselling” yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.
Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka.
Kaunseling merupakan kebolehan seseorang
menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga kembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:
Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing. Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab
terhadap
arah
kehidupan
masing-masing.
Kaunseling
merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien
itu
mengesan
halangan-halangan
dan
mengenal
pasti
bakat
atau
kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
TUJUAN KAUNSELING
Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir.
Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan proses terus melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya, maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling tersebut.
Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akan dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri.
Tujuan terakhir merupakan
persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Lima tujuan kaunseling iaitu: 1. Menolong mengubah tingkah laku klien. 2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan raguragu tentang dirinya. 3. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu
bagaimana
dan
mengapa
keputusan
tertentu
mesti
dibuat,
apakah
kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut. 4.Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya.
Ramai orang
menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu. 5. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan klien.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang klien: Memahami diri dan situasinya; Mengenal pasti keperluannya; Menerima realiti hidupnya; Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya; Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya; Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.
Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus yang ingin dicapai dalam masa yang singkat.
Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup.
Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Diharapkan
klien
dapat
belajar
mengendalikan
hidupnya
sendiri
daripada
pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai ‘pemandu’ yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.
PRINSIP KAUNSELING Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut: 1. Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara sukarela dengan kehendak hati klien sendiri. Klien ingin mengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk mengubah tingkah lakunya. 2. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien.
Ini
termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi. 3. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor. 4. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui temu bual.Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual. 5. Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti mendengar merupakan kaunseling. 6. Kaunselor memahamikliennya. 7. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti dirahsiakan.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
8. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien yang mempunyai masalah psikologi.
KAUNSELING HARUS BERASASKAN PRINSIP-PRINSIP BERIKUT: 1. Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri. 2. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih tinggi 3. Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran tentang dirinya sendiri. 4. Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan kaunselor
Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut: 1. Kaunseling diberi kepada individu-individu normal yang sedang menghadapi masalah atau kerunsingan.
2. Kaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dan klien berdasarkan kemesraan dan kepercayaan.Kepercayaan adalah faktor penting kerahsiaan dalam kaunseling.
3. Dalam sesi kaunseling,kaunselor menolong klien membuat keputusan dengan mempercepatkan proses membuat keputusan itu. Kaunselor tidak membuat pilihan atau keputusan untuk klien. Hal ini akan menimbulkan perkembangan kebolehan klien
untuk
membuat
pilihan
atau
keputusan
tanpa
bergantung
pada
kaunselor.Kaunselor menolong klien supaya klien dapat melihat segala faktor dalam sesuatu situasi, mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan fikiran yang kabur dan tidak rasional.
4.
Orientasi
kaunseling
haruslah
ke
arah
bekerjasama
dan
bukannya
paksaan. Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama di antara individu yang terlibat.Orang yang dipaksa untuk menerima khidmat kaunseling akan memberontak dan kurang percaya pada orang lain.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
5. Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kemampuan bagi kesejahteraan diri sendiri.
6. Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan dan harga diri seseorang.
7. Kaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai peluang yang maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masing-masing dan cara untuk mencapai matlamat itu.
8. Kaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.
DEFINISI PSIKOTERAPI Secara tradisinya, psikoterapi (atau terapi) berfokus kepada masalah serius yang dikaitkan dengan intrapsikik, isu yang bersifat dalaman dan peribadi. Ia banyak menangani “recovery of adequancy” (Casey, 1996). Oleh itu, psikoterapi terutama sekali terapi yang bersifat analitikal menekankan bahawa peristiwa lepas lebih daripada peristiwa sekarang, celik akal lebih daripada perubahan c,peranan ahli terapi sebagai pakar. Tambahan pula, psikoterapi dilihat sebagai melibatkan satu perhubungan yang lebih lama iaitu sebanyak (20-40 sesi) atau selama enam bulan hingga dua tahun. Psikoterapi juga berfokus kepada perubahan yang rekonstruktif jika dibandingkan dengan perhubungan yang lebih bersifat jangka masa pendek (8 hingga 12 sesi) dan jangka masa kurang daripada 6 bulan.
Psikoterapi juga dilihat sebagai perkhidmatan yang lebih bersifat inpatient. Bagaimanapun, dewasa ini, perbezaan di antara psikoterapi dan kaunseling agak sukar ditentukan. Terdapat teori kaunseling yang dirujuk sebagai ahli terapi dan boleh digunakan dalam seting kaunseling dan terapi.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
PERBEZAAN ANTARA BIMBINGAN, KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI. Brown dan Pate (1983) menjelaskan agak sukar untuk membezakan antara psikoterapi dengan kaunseling. Terdapat banyak persamaan di antara keduaduanya. Kedua-dua kaunseling dan psikoterapi adalah proses memberi bantuan yang bertujuan untuk kebajikan. Kedua-duanya banyak menggunakan teknik dan kaedah yang sama dan pendekatan utama. Psikoterapi telah diubahsuai ke dalam tugas-tugas kaunselor.
Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara di antara psikoterapi dan kaunseling. Brown dan Pate (1983) menjelaskan antara perkara yang membezakan antara kaunseling dan psikoterapi ialah matlamat dan kaedah. Dari segi objektif, kaunseling bertujuan untuk mempertingkatkan kebajikan individu dan juga perkembangan
psikologikal.
Individu
dilihat
sebagai
menjelaskan
proses
perkembangan dan perubahan dan berhadapan dengan peringkat dan dugaan dalam kehidupan.
Kaunseling membantu individu untuk melalui proses perkembangan dengan berjaya dan menemui kebahagian. Kaunseling adalah satu proses yang bersifat fasilitatif dan promotional bertujuan menyuburkan kebolehan individu dan menggalakkan individu untuk bersifat tidak bergantung dan mermpunyai arah dalam kehidupan. Kaunseling adalah lebih bersifat orientasi pertumbuhan lebih dari orientasi masalah.
Sementara itu, tujuan psikoterapi lebih bersifat khusus daripada objektif umum. Psikoterapi wujud kerana amelioration psikopatologi. Ianya berorientasikan masalah dan klien menghadapi kesukaran masalah dan klien menghadapi kesukaran yang lari dari perkembangan psikologikal yang biasa. Masalah yang dihadapi adalah bersifat debilitaing dan menghalang kejayaan kehidupan. Psikoterapi memerlukan lebih daripada sumber-sumber individu untuk menyelesaikan kecelaruan neurotik.
Tyler (1961) menjelaskan psikoterapi sebagai memberi fokus kepada perubahan personaliti sementara kaunseling memberi fokus membantu individu untuk menggunakan kekuatan yang ada untuk berdaya tindak menjadikan kehidupan lebih baik.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Corsini (1995) berpendapat bahawa perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi ialah terdapat persamaan secara kualitatif tetapi berbeza secara kuantitatif. Ahli terapi lebih banyak mendengar, kurang memberi nasihat dan penerangan. Seterusnya ahli terapi berhadapan dengan klien yang menghadapi masalah yang lebih berat dari klien dalam kaunseling.
BPS Division of Clinical Psychology (1979) menjelaskan kedua-dua kaunseling dan psikoterapi menggunakan kerangka teoritikal yang sama dan menekankan keperluan memberi penekanan kepada klien sebagai individu. Kedua-duanya mendengar secara sistematik dan mendengar apa yang dikomunikasikan. Ia juga membentuk keupayaan membantu diri dan bertanggungjawab.
Ramai ahli psikologi seperti Truax dan Carkhuff (1967) dan Corey (1991) menggunakan istilah kaunseling dan psikoterapi secara silih berganti.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Bab 2 Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling DEFINISI KAUNSELING INDIVIDU Gibson dan Mitchell (2003) mendefinisikan kaunseling individu sebagai satu perhubungan satu dengan satu iaitu antara kaunselor terlatih dan berfokus kepada beberapa aspek penyesuaian klien, perkembangan dan keperluan membuat keputusan. Prosess ini melibatkan satu perhubungan dan ciri komunikasi di mana klien boleh membentuk pemahaman menerokai kemungkinan-kemungkinan dan memulakan perubahan. Kecekapan
kaunselor
memungkinan
perubahan
positif
berlaku.
Kemahiran
kaunselor dan pengetahuan menyediakan satu rangka kerja dan arah yang memaksimakan potensi klien ke arah hasil yang positif.
Rogers (dlm Capuzzi dan Gross, 1991) pula mendapati terdapat beberapa asas kepada pembentukan hubungan antara seorang klien dengan kaunselor dalam kaunseling individu iaitu terdapat dua orang yang mengalami hubungan psikologikal. Pihak pertama ialah klien yang berada dalam keadaan tidak tenteram, risau yang menghadapi sesuatu gangguan atau kesukaran psikologikal.
Pihak kedua ialah kaunselor yang tenang dalam hubungan itu. Kaunselor mengalami pengalaman empati dan faham-memahami terhadap situasi klien dan berbincang mengenai pengalaman dengan klien. Komunikasi yang dilakukan oleh kaunselor dengan klien melalui sifat empati, faham-memahami dan penerimaan positif tanpa syarat sekurang-kurangnya telah mencapai sesuatu keberkesanan kaunseling.
Zuraidah Abdul Rahman (dlm Sapora Sipon dan Wan Anor Wan Sulaiman, 2002) mentakrifkan kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana
seorang
klien
mendapatkan
bantuan
daripada
seorang
kaunselor.
Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan serta perasaan klien. Manakala itu, Shertzer dan Stone (1986) menegaskan kaunseling individu sebagai proses interaksi yang memudahkan pemahaman bermakna
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
mengenai diri dan alam sekitarnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai tingkah laku masa hadapan klien.
Kamaruzaman Jamal (dlm Abdul Halim Othman, 1999) mendefinisikan kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong yang lain itu menyelesaikan satu konflik, atau pertentangan yang belum diselesaikan. Sementara itu, Muhd Mansur Abdullah (1993) mendapati kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, hubungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya, membuat perubahan, menukar sikap, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.
Secara rumusannya, kaunseling individu merupakan satu pertemuan seorang kaunselor dengan seorang klien untuk mengadakan satu proses perhubungan atau interaksi profesional dan memusatkan tumpuan kepada aspek-aspek penyesuaian dan perkembangan diri klien dan diikuti dengan pembuat keputusan terbaik dari alternatif-alternatif yang diperlukan. Kaunseling individu mewujudkan interaksi dan komunikasi di mana klien akan berpeluang membina kesedaran dan pemahaman melalui penerokaan kendiri serta penjelasan ke atas beberapa matlamat dan alternatif
penyelesaian.
Tujuan
akhir
kaunseling
individu
diberikan
ialah
mengharapkan klien dapat memenuhi keperluan diri dan persekitarannya dan pada masa yang sama melalui perubahan yang dilakukan.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
CIRI-CIRI KAUNSELING INDIVIDU Bagi memahami bidang kaunseling secara keseluruhan, pengetahuan tentang ciriciri kaunseling individu itu sendiri haruslah difahami.
(a) Kaunselor sebaiknya menghormati kejujuran klien yang datang meminta pertolongan.Klien berjumpa dengan kaunselor untuk menceritakan persoalan bukanlah perkara yang mudah dan dianggap remeh. Kemungkinan sebelum itu, klien berkonflik dengan dirinya untuk membuat keputusan untuk meminta bantuan atau sebaliknya.
(b) Menjadi tugas kaunselor untuk memberi kefahaman kepada klien tentang matlamat serta limitasi kaunseling supaya tidak timbul salah tanggapan atau persepsi yang meleset.
(c)Kaunselor harus menyedari keupayaan dan tanggungjawabnya dengan mengundurkan diri jika tidak berupaya menangani keperluan klien dengan mencadangkan perkhidmatan profesional lain yang lebih dominan dan signifikan dengan konflik yang dialami oleh klien.
(d) Kaunselor harus sentiasa menyedari limitasi dan menghormati etika untuk menyakinkan klien bahawa segala maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan di samping klien bebas memberi maklumat serta memilih alternatif yang difikirkan dapat membantu kaunselor untuk membantunya.
(e) Jika didapati keadaan klien mengancam kebajikan atau keselamatan diri dan orang lain, maka adalah menjadi tanggungjawab kaunselor melaporkan kepada pihak tertentu atau dirujuk kepada pihak pihak yang berkaitan dengan mencadangkan perkhidmatan lain dan profesional lain yang lebih berpengalaman.
(f) Kaunselor perlu menyakinkan klien bahawa segala maklumat yang diberikan adalah rahsia. Bagaimanapun, jika didapati keadaan klien mengancam kebajikan atau kesihatan diri sendiri atau orang lain, maka adalah menjadi tanggungjawab kaunselor melaporkan hal itu kepada pihak-pihak yang tertentu atau dirujuk kepada perkhidmatan yang sesuai.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
(g) Sebagai seorang yang profesional, kaunselor berhak meminta pandangan dan nasihat daripada professional lain dengan tujuan menjelajah beberapa kemungkinan memberi pertolongan yang berkesan kepada kliennya.
Stewart et al (1978) mengatakan terdapat beberapa elemen yang perlu diberi perhatian dalam kaunseling individu. Elemen-elemen tersebut adalah seperti berikut;
(a) Kerahsiaan Dialog perbincangan dalam kaunseling tidak boleh melampaui batas. Bilik kaunseling hendaklah jauh daripada gangguan kebisingan dan gangguan orang lain seperti bunyi telefon dan gangguan suara bising. Ini bertujuan untuk melindungi rahsia klien kerana perbincangan antara kaunselor dengan klien adalah sulit.
(b) Wujud status yang sama antara kaunselor dengan klien. Kaunselor hendaklah peka kepada perkara yang mungkin mencetus persepsi perbezaan status antara kaunselor dengan klien. Contohnya, duduk di kerusi yang lebih tinggi daripada klien atau duduk di belakang meja yang besar.
(c) Kaunseling yang dilakukan tidak terburu-buru Seringkali dalam kaunseling, dalam masa setengah jam yang pertama, kaunselor tidak akan dapat menangkap apa persoalan sebenar yang diceritakan oleh klien. Oleh itu, kaunselor hendaklah sabar untuk memberi masa kepada klien menyesuaikan diri dan masuk kepada perbincangan sebenar tanpa tergesa-gesa.
(d) Bilik kaunseling yang bersesuaian Kaunseing dilakukan dalam bilik yang bersesuaian. Bilik kaunseling sebolehbolehnya tidak digunakan untuk tujuan lain. Ini penting untuk menyakinkan klien tentang kaunseling yang diberikan dan imej profesion kaunseling itu.
(e) Suasana perbincangan adalah menenangkan Perbincangan antara kaunselor dengan klien sentiasa berlaku dalam keadaan yang menenangkan. Perbincangan yang boleh menimbulkan perasaan segan klien
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
perlulah dielakkan berlaku. Kaunselor juga hendaklah merancang dan mengawal masa kaunseling.
American Counseling Association (dlm Smith, 2001) menjelaskan ciri-ciri kaunseling individu sebagai; · Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, perkembangan peribadi, kerjaya dan persoalan patologikal · Kaunseling dilaksanakan oleh individu yang boleh berfungsi dengan baik dan juga mereka yang mempunyai masalah yang lebih serius · Kaunseling adalah berdasarkan teori · Kaunseling adalah satu proses yang bersifat perkembangan atau intervensi.
JENIS-JENIS KAUNSELING INDIVIDU
i) Kaunseling akademik - Menyediakan kaunseling dalam usaha membantu klien memilih mata pelajaran yang sejajar dengan minat, keupayaan dan pencapaian mereka. Selain daripada itu, kaunseling akademik juga menyampaikan makluamat mengenai peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tingggi dalam negara ataupun luar negara.
ii) Kaunseling kerjaya - Kaunseling kerjaya membantu klien mendapatkan maklumat kerjaya yang sejajar dengan minat, bakat, keupayaan dan pencapaian akademik. Menurut Holland dalam Gibson & Mitchell (1981), individu akan memberi persekitaran kerja yang berkaitan dengan minat mereka, kesesuaian pekerjaan dengan minat pekerja yang akan memberi kepuasan yang lebih.
Oleh
itu,
asas
kaunseling
kerjaya
adalah
bagi
kaunselor
kerjaya
ialah
mengidentifikasikan kerjaya yang sesuai dengan minat kerjaya. Kaunseling kerjaya juga menolong klien menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya serta mendedahkan kepada klien secara meluas jenis-jenis kerjaya di sektor awam dan sektor swasta.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Kaunseling kerjaya juga boleh memberi ingatan dan kesedaran kepada klien bahawa perancangan kerjaya adalah perlu.
iii) Kaunseling pemulihan- (Stone, 2002) menyenaraikan 3 sebab mengapa perlunya kaunseling pemulihan iaitu ; -Kaunselor pemulihan mengandaikan kes-kes klien mempunyai masalah fizikal seperti kecelaruan tingkah laku atau kecacatan.
-Kaunselor pemulihan bertanggungjawab menyediakan klien dengan maklumat pendidikan dan rawatan pemulihan. Kejayaan kaunselor pemulihan selalu diukur dengan kejayaan mereka untuk membantu klien mendapatkan pekerjaan.
-Klien telah mengharapkan kaunselor pemulihan menyediakan perkhidmatan yang luas terutamanya berkaitan dengan kecacatan dan ketidakupayaan memperoleh pekerjaan. Klien mempunyai harapan dan jangkaan yang tinggi terhadap kaunselor.
iv) Kaunseling peribadi - Kaunseling peribadi merupakan kaunseling yang meneroka pertumbuhan kendiri klien, membantu klien memahami pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan. Tujuan kaunseling individu adalah untuk membantu klien memperolehi kefahaman sendiri, iaitu membantu klien memperolehi maklumat dan mebentuk sikap celik akal an nilai yang sejajar dengan kehendak masyarakat. - Kaunseling individu juga menolong klien berkomunikasi dengan lebih berkesan dan membina perhubungan yang baik dengan anggota-anggota lain. Dalam proses kaunseling individu juga akan membantu klian untuk membuat keputusan yang waras dan bijaksana.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
PERBEZAAN DI ANTARA KAUNSELING INDIVIDU DENGAN KAUNSELING KELOMPOK. Kedua-dua jenis kaunseling individu dan kelompok mempunyai matlamat yang sama tetapi cara penggendalian yang berbeza. Di antaranya ialah seperti berikut; (a).Dalam kaunseling individu , proses terapuitik terhad antara kaunselor dan klien sahaja manakala dalam kaunseling kelompok ia melibatkan lebih daripada seorang individu atau kelompok tertentu. (b).Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok berpeluang memberi dan menerima pertolongan di antara satu sama lain sementara dalam kaunseling individu pertolongan diberikan oleh kaunselor sahaja. (c).Dalam kaunseling kelompok kaunselor boleh bertindak sebagai pemimpin dan boleh diambil alih oleh ahli-ahli kelompok manakala dalam kaunseling individu fungsi kaunselor tidak berubah. (d).Suasana selesa dan mempercayai mudah dibentuk dalam kaunseling individu, namun dalam kaunseling kelompok agak sukar kerana ahlinya terlalu ramai dan berbagai ragam. (e).Dalam kaunseling individu klien mendapat respons daripada kaunselor, tetapi bagi kaunseling kelompok peserta mendapat perhatian daripada ahli-ahli dan juga daripada kaunselor. (f).Peserta-peserta dalam kaunseling kelompok mudah berasa terancam dan kurang selamat manakala dalam kaunseling individu kaunselor hanya memberi tumpuan kepada seorang individu sahaja ini akan memberikan perasaan selamat kepadanya. (g).Dalam kaunseling kelompok perkongsian pengalaman berlaku di antara ahli-ahli dan kaunselor manakala dalam kaunseling individu pengalaman dikongsi di antara kaunselor dengan seorang klien sahaja. Secara keseluruhannya, terdapat perbezaan yang jelas antara kaunseling individu dengan kaunseling kelompok. Hubungan terapuitik dalam kaunseling individu terhad kepada kaunselor dengan seorang klien sahaja manakala hubungan terapuitik berlaku antara kaunselor dengan beberapa orang individu dalam kaunseling kelompok.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Dalam kaunseling individu, proses pertolongan hanya diterima daripada kaunselor sahaja. Dalam kaunseling kelompok, proses pertolongan boleh datang daripada kaunselor serta ahli-ahli lain. Ahli-ahli kelompok akan memberi dan menerima pertolongan antara satu sama lain. Dalam kaunseling individu, fungsi kaunselor adalah tetap, iaitu membantu klien memahami diri dan menyelesai masalah. Dalam kaunseling kelompok, fungsi kaunselor boleh berubah dari ketua kelompok kepada ahli.
Suasana yang tenang, mesra dan rasa kepercayaan lebih mudah terbentuk dalam kaunseling individu kerana hanya terdapat seorang klien dengan seorang kaunselor. Sebaliknya, dalam kaunseling kelompok, suasana tenang, mesra dan kepercayaan sukar dibentuk kerana ramai ahli yang terlibat. Dalam kaunseling individu, respons hanya terdapat daripada kaunselor dan tumpuan perhatian kaunselor diberi sepenuhnya kepada seorang klien sahaja. Oleh itu, perasaan selamat juga lebih mudah terbina. Sementara itu, dalam kaunseling kelompok, terdapat respons daripada kaunselor dan ahli-ahli lain dan ini menyebabkan perhatian dan layanan kaunselor juga terbahagi kepada ahli-ahli yang ramai tersebut. Keadaan ini membuatkan peserta lebih mudah merasa terancam dan kurang selamat kerana mereka terpaksa berkongsi dengan ramai orang. Tumpuan kaunselor tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada setiap ahli.
Dalam kaunseling individu, klien kurang berpeluang untuk mempelajari kemahiran perhubungan jika dibandingkan dengan ahli-ahli dalam kaunseling kelompok. Klien dalam kaunseling individu kurang berpeluang mempelajari cara memerhati dan memahami tingkahlaku orang lain memandangkan terdapat hanya dua orang sahaja dalam perhubungan kaunseling individu.
Dalam kaunseling kelompok, ahli-ahlinya lebih berpeluang mempelajari kemahirankemahiran asas seperti bagaimana memberi perhatian, berempati, meneroka, mendengar secara aktif dan meminta penjelasan. Ahli-ahli dalam kaunseling kelompok juga dapat mempelajari perhubungan antara individu dan membantu mereka bersosialisasi. Ahli-ahli juga dapat mempelajari cara memerhati dan memahami tingkah laku individu-individu lain.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Bab
3
Peranan
Guru
Biasa
Sebagai
Guru
Pembimbing PERANAN GURU KAUNSELING DI SEKOLAH Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) telah menggariskan prinsip-prinsip bimbingan dan kaunseling yang sesuai digunakan di Malaysia seperti berikut: Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan proses yang dirancang dan berterusan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut mempunyai peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan. Penuntut mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila perlu. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan penuntut bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong penuntut memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan. Bimbingan dan kaunseling adalah berorientasikan masa depan dan sekarang. Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahankelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya, Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman. Bimbingan dan kaunseling adalah pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal penuntut. Ini bermakna kesepaduan di antara perasaan, sikap, akal dan rohani. Bimbingan dan kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling yang baik. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan supaya ia tidak dianiaya oleh yang menolongnya. Namun menurut tugasan yang terbaru tugas Kaunselor dihadkan kepada lapan bidang seperti yang tertera di bawah iaitu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling,Pengurusan dan Pentadbiran,Akademik,Kerjaya,Psikososial dan kesejahteraan mental,Kaunseling keibubapaan,Pembangunan diri, serta Pendidikan pencegahan dadah/rokok/inhalan dan HIV/AIDS
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Bidang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menghendaki kaunselor mengadakan sesi dengan pelajar .Antara corak perkhidmatan yang diberikan ialah Sesi Kaunseling Individu iaitu sesi yang melibatkan hanya kaunselor dan klien sahaja.Tujuannya adalah untuk membincangkan permasalahan individu serta membantu klien mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunseling individu lebih kepada perkara yang bersifat peribadi dan kerahsiaan.Oleh itu sebagai kaunselor adalah menjadi tanggungjawab baginya utnuk menjaga rahsia berkaitan cerita atau permasalahan klien yang diperbincangkan. Bagi Sesi Kaunseling Kelompok pula ia melibatkan kaunseling yang melibatkan sejumlah pelajar yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama.Semasa sesi berlangsung kaunselor boleh memilih sama ada bertindak sebagai fasilitator iaitu membimbing kumpulan terbabit untuk mencapai matlamat yang hendak dicapai di penghujung sesi tersebut atau sebagai ahli dalam kumpulan tersebut.Semasa permulaan sesi kaunselor perlu menerangkan tentang kerahsiaan yang perlu dijaga oleh setiap ahli kelompok. Seterusnya ialah Sesi Bimbingan Individu .Dalam hal ini kadang-kadang terdapat pelajar yang datang bertemu kaunselor hanyalah untuk mendapatkan bimbingan terutama ingin mengetahui cara belajar yang bereksan.Dalam hal ini ,kaunselor perlu menjalankan sesi bimbingan iaitu memberi tunjuk ajar secara terus kepada pelajar. Demikian pula halnya dengan Sesi Bimbingan Kelompok iaitu beberapa orang pelajar yang datang bertemu kaunselor hanya untuk mendapatkan sedikit bimbingan dan pandangan bagaimana cara untuk mereka mengulangkaji sebagai contohnya sekumpulan peajar yang ingin meminta pandangan dan berbincang tentang bagaimana mereka hendak memulakan belajar dalam kumpulan. Konsultasi pula melibatkan kaunselor dengan pihak luar.Ini berlaku apabila kaunselor mendapati ia kurang berkemahiran dalam sesuatu bidang yang diutarakan oleh klien.Maka,ia perlu mendapatkan nasihat pakar atau kaunselor lain atau pun merujuk kes berkenaan terus kepada pihak lain yang dipercayai mempunyai kepakaran dan dipercayai boleh membantu klien tersebut.Merujuk klien yang mempunyai kemurungan yang serius merupakan suatu bentuk konsultansi yang boleh dilakukan oleh kaunselor.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Pengurusan dan Pentadbiran Seseorang kaunselor pada asasnya terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran.Uusan pentadbiran yang dimaksudkan adalah urusan dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidang Bimbingan dan Kaunseling serta hubungannya dengan pihak pentadbir sekolah ataupun agensi luar. Perkara yang termasuk dalam pengurusan antaranya ialah mengurus dan menyelia sistem fail.Dalam urusan ini kaunselor bertanggungjawab terhadap pengurusan segala jenis fail yang telah diwujudkan.Segala jenis fail hendaklah mempunyai nama dan siri nombor.Fail mestilah dalam keadaan yang terurus dan teratur bertujuan agar senang dicari bila fail itu dikehendaki. Membuat sebaran berkenaan perkara yang berkaitan dengan bidang kaunseling.Ini bermaksud kaunselor perlu membuat sebaran seperti mengedarkan buletin,paparan ,poster,buku skrap berkenaan maklumat kerjaya,maklumat pendidikan dan latihan,maklumat dadah,bahaya rokok dan kesihatan dan jadual waktu perkhidmatan kepada para pelajar.Ini semua bertujuan untuk memaklumatkan pelajar agar mereka tahu akan kepentingan dan tugas Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Kaunselor juga dikehendaki menyediakan dan menyelenggara kertas kerja p dan menyediakan laporan program.Penyediaan kertas kerja program dan laporan program adalah menjadi suatu tanggungjawab kaunselor.Sebagai kaunselor yang juga merangkap Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah,maka adalah menjadi kewajipan baginya untuk menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti pada tiap kali aktiviti di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling dijalankan. Keceriaan bilik kaunseling begitu penting kerana bilik kaunseling perlulah selesa dan kondusif bagi menjamin suasana sesi kaunseling yang berlangsung adalah teraputik.Suasana yang teraputik hasil dari keindahan dan keceriaan bilik kaunseling sebenarnya mempengaruhi klien yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan.Suasana yang kondusif dipercayai akan mempercepatkan lagi proses ‘rawatan’ yang diberikan oleh kaunselor kepada kliennya. Laporan dan rekod sesi perlu disediakan sebaik dan secepat mungkin agar kaunselor tidak tertinggal fakta-fakta penting semasa sesi berjalan.Penyediaan laporan sesi amat penting sebagai rujukan kepada kaunselor untuk sesi yang berikutnya.Namun begitu adalah perlu diingat bahawa segala laporan sesi adalah ‘SULIT ‘dan adalah menjadi suatu kesalahan jika ia terdedah atau diketahui oleh orang lain.Namun begitu bagi kes-kes yang melibatkan jenayah atau kes-kes yang terlalu berat ia boleh didedahkan dengan tujuan menyelamatkan klien atau orang yang ingin dicederakan oleh klien.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Penyediaan borang-borang perkhidmatan murid bagi kemudahan kaunselor menjalankan urusan pentadbiran.Kaunselor perlu menyediakan borang-borang tertentu bagi mengurus dan melancarkan lagi pengurusan Bimbingan dan kaunseling(Rujuk lampiran untuk borang yang disediakan).Borang yang disediakan mempunyai fungsi dan peranan tertentu. Akademik Seterusnya kaunselor bertanggungjawab untk membantu pelajar untuk mengetahui dan memahami kemahiran belajar yang meliputi kemahiran membaca dan mengambil nota,pengurusan masa,pengurusan diri,kemahiran mendengar, kemahiran mengingat,mengulangkaji,menjawab soalan peperiksaan dan menghadapi peperiksaan. Mengumpul maklumat berkenaan peluang melanjutkan diri seleps Penilaian Menengah Rendah,Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.Pengumpulan maklumat ini adalah perlu agar para pelajar mendapat maklumat tentang ke mana hala tuju mereka selepas melepasi tahap-tahap tertentu.Syarat-syarat untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam atau swasta,tempat pengajian lain bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat ke institusi pengajian tinggi sebagai alternatif bagi mereka yang tidak layak dan lainlain peluang untuk pelajar melanjutkan pelajaran.Ini semuanya menjadi tanggungjawab kaunselor. Tugas kaunselor seterusnya dalam bidang akademik tertumpu kepada Pemilihan mata pelajaran elektif.Sebagaimana yang semua maklumi bahawa apabila pelajar tamat PMR ,SPM atau STPM ,para pelajar terlibat dengan pemilihan mata pelajaran elektif.Untuk memilih mata pelajaran yang bersesuaian dengan minat dan tahap pencapaian para pelajar maka kaunselor menjadi tempat rujukan untuk mendapatkan maklumat tentang pemilihan mata pelajaran tersebut.Pada kebiasannnya pelajar akan bertemu kaunselor untuk mendapatkan gambaran tentang minat mereka dan mata pelajaran yang bersesuaian dengan minat dan pencapaian mereka sebelum mereka bertindak untuk mengambil keputusan. Kaunselor juga berperanan dalam meningkatkan motivasi pelajar untuk terus belajar dan berjaya dalam pelajaran.Tugas ini memang amat mencabar.Oleh itu kaunselor amat memerlukan kerjasama dari rakan guru yang lain. Kursus-kursus kesedaran diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran rasa kebertanggungjawapan pelajar terhadap kejayaan mereka sendiri.Sebagai usaha untuk meningkatkan lagi kemahiran pelajar maka mereka akan didedahkan dengan beberapa ujian personaliti yang bertujuan untuk mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Kemahiran lain yang diajar kepada pelajar adalah mengurus diri,membina matlamat diri,mengenal pasti sumber belajar dan kemahiran belajar sokongan.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Kemahiran belajar seperti kemahiran membaca,membuat rujukan ,pengurusan masa,mencatat nota,memberikan konsentrasi,mendengar,mengingat,mengulang kaji,kumpulan belajar,dan teknik menjawab soalan peperiksaan serta peluang untuk menyambung pelajaran ataupun latihan. Pengumpulan maklumat pelajaran dan latihan iaitu peluang pelajar bagi melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi/institusi, latihan kemahiran Institusi pengajian tinggi awam dan swasta,Institusi latihan kemahiran awam dan swasta.Pengumpulan bahan ini amat perlu utnuk kegunaan kaunselor bagi menerangkan peluang yang bakal diperolehi oleh pelajar selepas tamat persekolahan menengah.Selain daripada itu kaunselor juga bertanggungjawab untuk menerangkan pembiayaan pendidikan iaitu sama ada biasiswa atau pinjaman serta penajaan oleh syarikat atau badan berkanun tertentu yang boleh diperolehi pelajar sekiranya mereka berjaya dengan keputusan yang cemerlang. Kerjaya Bidang kerjaya pula memerlukan kaunselor untuk membantu murid dalam membuat pemilihan cita-cita terhadap kerjaya pilihan secara pendedahan melalui pengumpulan maklumat kerjaya yang dilakukan oleh murid .Beberapa pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan berkaitan kerjaya turut diadakan bagi membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya pilihan.Antara pertandingan yang melibatkan kerjaya adalah Eksplorsai Alam Kerjaya,kain rentang kerjaya, dan poster kerjaya.Dengan dibimbing oleh kaunselor maka para pelajar akan berusaha untuk mendapatkan bahan bagi kegunaan mereka. Psikososial dan kesejahteraan mental Kaunselor bertanggung jawab untuk membantu pelajar bagi meningkatkan self esteem ,kerohanian,pengurusan tekanan, kemahiran komunikasi,kemahiran asertif yang boleh dilakukan melalui bimbingan kerjaya,penyertaan pelajar dalam kem bina insan, kem motivasi,perkhemahan ibadah dan kaunseling keluarga.Semua aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk meningkatkan psikososial pelajar serta meningkatkan tahap kesejahteraan mental pelajar agar para pelajar dapat menyeimbangkan antara tuntutan kehidupan dan tuntutan untuk meneruskan pembelajaran di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi kelak.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Kaunseling keibubapaan Tugasan ini memerlukan kaunselor untuk membantu ibu bapa dan keluarga dalam menyelesaikan masalah ponteng,kenakalan anak melalui lawatan ke rumah serta bimbingan individu.Melalui kaunseling keibubapaan ini kaunselor akan dapat mengetahui latar belakang keluarga kliennya serta dapat menyelidiki masalah klien dengan lebih dekat dan menyeluruh.Ini akan membantu kaunselor mendapatkan pandangan dan membantu ibu bapa untuk menyelesaikan masalah yang bersangkutan dengan anak mereka yang bermasalah. Tugas membantu pelajar yang bermasalah bukanlah suatu tugas yang mudah kerana kebanyakan pelajar yang bermasalah datang dari keluarga yang bermasalah.Oleh itu,kaunselor perlu berhati-hati ketika menjalankan kaunseling keibubapaan agar ia tidak menyentuh isu-isu yang terlalu sensitif hingga boleh menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan ibu bapa.Justeru itu,tugas sebagai kaunseling keibubapaan merupakan suatu tugas yang sangat mencabar kerana kaunselor bukan sahaja berhadapan dengan pelajar tetapi ibu bapa dan seluruh ahli keluarga yang bermasalah. Pembangunan diri Membantu dan membimbing murid dalam menyelesaikan masalah diri sendiri dengan cara dan kaedah sendiri mengikut panduan yang telah diperbincangkan.Dalam hal ini ,para pelajar dibantu serta dibimbing bagaimana untuk menyelasaikan masalah diri sama ada yang berpunca dari diri sendiri atau pun persekitaran.Dalam hal memberi bantuan dan bimbingan ini, kaedah tertentu yang difikirkan perlu akan diberikan kepada pelajar agar ia dapat membebaskan dirinya daripada belenggu maslah yang dihadapinya.Kaedah yang diberikan tersebut pada dasarnya adalah mengikut kehendak dan keperluan pelajar yang memerlukannya kerana segala tindakan yang bakal dilakukan adalah tanggungjawab pelajar sendiri.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Pendidikan pencegahan dadah/rokok/inhalan dan HIV/AIDS Membantu murid agar berupaya berkata tidak serta mengenal dan menjauhi kepada rokok dan dadah.Dalam hal ini,pelajar akan diberikan info berkaitan dengan dadah,rokok,inhalan dan HIV AIDS.Maklumat yang diberikan akan menggambarkan perkara yang buruk jika pelajar mendekatinya.Kaunselor juga akan memberikan maklumat kepada pelajar mengenai kegiatan dadah di Malaysia serta akibat buruk daripada mengedar ataupun menghisap dadah. Kaunselor akan menjadi orang perantara dengan agensi luar yang berkaitan dengan aktiviti pencegahan dadah,rokok,inhalan dan HIV AIDS.Melalui kerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) pelajar akan didedahkan dengan bahaya pengambilan dadah dan pengujian air kencing boleh dilakukan oleh AADK. Perkongsian maklumat dengan badan pencegahan dadah yang lain seperti PEMADAM ,Kementerian Kesihatan dan lain-lain agensi yang berkaitan adalah di bawah tanggungjawab kaunselor. Kaunselor juga boleh melibatkan pelajar dengan program-program anjuran Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri serta Kementerian dengan mengambil bahagiann dalam acara-acara yang dipertandingkan di setiap peringkat seperti pertandingan melukis poster,melukis kain rentang dan lain-lain
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH.
Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan berkenaan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan
fungsi sebenar
bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American School Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab profesional kaunselor sekolah seperti berikut.
1. Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada.Ia juga membawa maksud seseorang kaunselor berperanan membantu pelajar agar pelajar mampu mengenali siapa dirinya yang sebenar serta dapat membuat hubungan yang bermakna dengan dunia sekelilngnya dari sudut sosialisasi dan psikologi di mana ia berada.Tugas kaunselor yang terpenting ialah membantu klien mencari dan memahami sikap,minat ,bakat serta kebolehan yang ada pada diri klien untuk berkembang dengan baik,memahami serta peluang-peluang yang dimiliki oleh klien hasil daripada perbincangannya dengan kaunselor untuk proses ke arah mencapai kesempurnaan kendiri serta hubungan antara kesemua unsur yang telah dinyatakan semata-mata untuk mencari keseimbangan kendiri sebagaimana yang diingini selaras dengan tuntutan agama dan masyarakat.
2. Menolong pelajar untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat,minat, sikap, kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri. Kaunselor juga berperanan untuk membantu pelajar agar dapat membuat persediaan yang bersesuaian dengan minat dan bakat serta kebolehan yang dipunyai.Ini penting agar segala tidakan yang bakal dilakukan oleh murid adalah selaras dengan apa yang diingininya agar ia berpeluang untuk mencapai matlamat hidupnya miaitu ke arah penyempurnaan kendiri.Contoh jika kita ambil dari sudut minat dan citacita seseorang pelajar yang inginkan dan mempunyai kecenderungan ke arah menjadi seorang saintis,maka kaunselor berperanan untuk memberikan panduan dan beberapa cadangan yang bersesuaian dengan minat dan memberikan panduan tentang mata pelajaran yang pentng yang wajib dikuasai
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
oleh
seseorang
pelajar
jika
pelajar
tersebut
ingin
mencapai
cita-
citanya.Maka,kaunselor harus berperanan untuk membantu dan membimbing murid ke arah penyempurnaan kendiri berdasarkan apa yang diingini oleh pelajar.
3. Menolong pelajar mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat keputusan sendiri. Dalam perkara ini,seseorang kaunselor perlu membimbing pelajar untuk mencapai ke arah berani berdikari dengan mengambil risiko dan sanggup bertanggungjawab terhadapa apa yang difikirkannya dan apa sahaja keputusan yang bakal diambilnya.Perkara ii akan menjadikan seseorang pelajar itu tidak akan teragak-agak dalam membuat keputusan yang peting dalam hidupnya sendiri.
4. Membantu orang
semua
perseorangan
kakitangan dan
sekolah
memberi
untuk
maklumat
memahami
tambahan
dan
perlunya bantuan
perundingan bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang pelajar. Seseorang kaunselor berperanan membantu bukan sahaj pelajar tetapi melibatkan keseluruhan organisasi sekolah untuk mereka memahami akan keperluan terhadap keperluan persendirian dan hak-hak yang dipunyai oleh seseorang pelajar untuk dihormati.Ini merupakan suatu perkara penting agar pihak sekolah terutamanya pentadbir dan guru-guru serta kakitangan sekolah yang lain mengetahui bahawa para pelajar mempunyai hak untuk mendapat khidmat bimbingan dan kaunseling daripada kaunselor sekiranya mereka ingin berbuat demikian dan juga kaunselor juga mempunyai hak untuk memanggil pelajar yang bermasalah untuk mendapatkan khidmat kepakaran kaunsleling.
5. Menentukan atau memastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran perkembangan
psikososial
pelajar
dan
menyampaikan
maklumat
untuk
kakitangan lain.Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap program sekolah yang dilaksanakan mendatangkan faedah yang besar kepada pelajar dari sudut perkembangan psikososial.Ini menunjukkan bahawa setiap program yang dijalankan perlukan penelitian yang bersungguhsungguh daripada kaunselor bermula dari tahap perancangan hinggalah ke tahap perlaksanaan program.Dan penelitian ini tidak terhenti di sini sahaja
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
malahan pemantauan terhadap perkembangan pelajar perlu diajalnakn dari semasa ke semasa bagi memastika para pelajar menadapat faedah daripada program yang telah dilaksanakan sama ada di peringkat sekolah,daerah,negeri atau kebangsaan.
6. Memberitahu pihak pentadbiran tentang perubahan-¬perubahan yang signifikan di sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan. Selain memastikan dan menentukan perubahan pelajar berjaya kaunselor juga perlu melaporkan kepada pihak sekolah akan perkembangan yang diperolehi hasil daripada program yang telah dijalankan.Laporan ini perlu dimaklumkan terutamanya kepada pihak pentadbiran agar mereka maklum akan situasi pelajar di sekolah berkenaan.
7. Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya, keperluan¬-keperluannya dan peluang¬-peluang lain di persekitarannya dengan tujuan
untuk
menambahkan
kebolehan,memberikan
sumbangan
kepada
perkembangan anak mereka sendiri. Kaunselor berperanan besar utnuk membantu ibu bapa untuk mereka mengetahui kemajuan perkembangan anaknya terutama dari segi sikap dan akademik,keperluan-keperluan yang diperlukan oleh anak-anak mereka untuk mencapai kejayaan yang bermakna serta membantu ibu bapa mendapatkan gambaran akan peluanyang -pelunag yang bakal diperolehi sekiranya anak mereka berjaya kelak.Memahami kemajuan perkembangan anak,keperluan dan peluang perlu diperjelaskan kepada ibu bapa agar mereka tahu akan perihal anak mereka secara lebih dekat dan dengan ini mereka akan lebih berminat untuk membantu anak mereka untuk mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada dari segi kejayaan dalam peperiksaan atau perubahan sikap .
8. Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk individu dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah. Kaunselor perlu membuat interpretasi terutama kepada komuniti perihal pentingnya sikap bertimbang rasa untuk inividu agar ia dapat memberikan sumbangan kepada program kaunseling yang dijalankan di sekolah.Dalam hal ini, komuniti perlu dimaklumkan bahawa sikap bertimbang rasa yang wujud
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
dalam diri individu merupakan perkara terpenting untuk merealisasikan dan memrikan sumbangan kepada kaunsleing di sekolah.
9. Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang perlu untuk perkembangan pelajar.Seseorang kaunsleor perlu memperjelaskan kepada masyarakat berkenaan peluang-peluang yang perlu diperolehi oleh seseorang pelajar.Ia juga berperanan untuk melancarkan peluang-peluang yang perlu
dimilik
oleh
pelajar
untuk
mereka
mencapai
kejayaan
yang
cemerlang.Karnival kerjaya,karnival sains dan pelbagai lagi karnival anjuran pihak luar seharusnya dijadikan tempat untuk pelajar mendapatkan maklumat berkenaan minat dan kecenderungan masing-masing.Melalui karnival ini,para pelajar sebenarnya didedahkan secara tidak langsung berkenaan apa yang bakal mereka perolehi sekiranya mereka berjaya dalam pelajaran nanti.Selain daripada itu,program ajuran pihak luar ini pada kebiasaannya melibatkan umum,jadi kaunselor berperanan untuk mengumumkan bahan tersebut kepada para ibu bapa dan masyarakat agar merek afaham dan seterusnya dapat membantu anak mereka untuk mencapai kejayaan.
10. Mengguna
atau
membantu
melancarkan
rekabentuk
sumber¬-sumber
masyarakat bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang tidak lazim serta luar tanggungjawab sekolah.
11. Mengadakan hubungan yang baik dengan semua pihak seperti Polis, Jabatan¬jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat LPPKN, Pejabat Agama Islam, Yayasan Pembangunan Keluarga dan lain¬-lain.Hubungan yang baik dengan agensi luar sebenarnya memudahkan lagi kaunselor utnuk mendapatkan maklumat berkenaan bukan sahaja peluang-peluang yang bakal diperolehi pelajar tetapi juga dapat menjaminkan para pelajar mendapatkan maklumat terkini berkenaan sesuatu agensi.Mendedahkan pelajar tentang peranan yang boleh dimainkan oleh sesuatu agensi membolehkan pelajar merebut
peluang
yang
ditawarkan
oleh
sesuatu
agensi tersebut.Perlu
diingat,dengan mengadakan hubungan yang baik dengan pelbagai agensi akan memudahkan lagi tugas kaunselor kerana kauselor dan pihak sekolahtidak akan mampu untuk menangani segala permasalahan secara bersendirian.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Kehadiran kaunselor di sekolah-sekolah dijangkakan dapat menangani masalah pelajar kerana mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajar. Sebelum ini guru ‘biasa’ ditugaskan sebagai kaunselor secara tidak langsung. Beban tugas mengajar tidak dapat memberi peluang kepada guru untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada pelajar yang bermasalah. Kehadiran kaunselor di sekolah amat penting kerana selain daripada menyelesaikan setiap permasalahan pelajar malah beritndak membentuk generasi yang berketrampilan dalam apa jua bidang yang diceburi di samping mengenali hakikat diri mereka.
Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini, pihak kementerian pendidikan tidak
berdiam
diri
malah
telah
mengambil
berbagai-bagai
langkah
untuk
mengatasinya. Antaranya program penting telah diambil ialah mewajibkan tiap-tiap buah sekolah mengadakan unit kaunseling untuk membantu pelajar yang bermasalah. Menurut menteri Pendidikan , Dato’ Seri Najib Tun Razak (1996), pada awal tahun 1996 kementerian pendidikan telah mengarahkan tiap-tiap buah sekolah di Malaysia menempatkan sekurang-kurangnya dua orang kaunselor sepenuh masa bagi menangani masalah pelajar tidak hanya dari sudut akademik malah termasuk masalah peribadi pelajar. Kaunselor perlu prihatin dan peka terhadap setiap masalah pelajar.
Dasar kerajaan meletakkan Guru Bimbingan Dan Kaunseling sebagai Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa membuktikan bahawa kerajaan menaruh harapan yang tinggi kepada institusi persekolahan amnya dan Unit Bimbingan Dan Kaunsleing di sekolah khususnya agar memainkan peranan yang besar terutama dalam menangani kegawatan sosial yang begitu ketara dewasa ini.
Justeru itulah, guru Bimbingan dan Kaunseling berkewajipan untuk melaksanakan hasrat ini dengan penuh rasa bertanggungjawab.Dengan ini juga membuktikan bahawa peranan guru kaunseling sebagai struktur sokongan sekolah tidak boleh diabaikan.Antara peranan yang boleh dimainkan ialah Guru Bimbingan Dan Kaunseling atau Kaunselor ialah seseorang kaunselor perlu mengadakan sesi kaunseling dengan sebaik mungkin semata-mata untuk membantu pelajar menangani masalah yang dihadapi.Ini penting kerana dengan membantu pelajar
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
mengurangkan masalahnya maka pelajar tersebut akan menjadi lebih stabil terutama dari segi emosinya.Apabila kestabilan emosi wujud maka tingkahlaku yang sepatutnya akan dapat dilihat.
Sebagai seorang kaunselor sepenuh masa ,maka ia berperanan penting dalam mengadakan
sesi
bimbingan
dan
kaunseling
dengan
para
pelajar
yang
menghadapai masalah.Di dalam sesi tersebut seseorang kaunselor itu akan membincangkan
keperluan
murid
dari
pelbagai
segi
seperti
kemahiran
sosial,kemahiran menyelesaikan masalah,kemahiran membuat keputusan dan pelbagai kemahiran yang diperlukan oleh pelajar.(Nazmi Hj Mohd Noor,1998).
Sesi bimbingan dan Kaunseling tidak seharusnya dihadkan kepada pelajar sahaja kerana ia meliputi keseluruhan sistem persekolahan.Ini juga bermakna klien yang diterima bukan sekadar pelajar tetapi ia juga merangkumi keseluruhan warga sekolah termasuk juga guru-guru dan staf sokongan sekolah selain daripada ibu bapa.Untuk itu,seseorang kaunselor perlu peka akan sebarang permasalahan yang timbul adakah ia berpunca daripada pelajar sendiri atau pun dari punca yang lain.Sekiranya ada guru atau kakitangan sekolah yang memerlukan khidmat kaunsleing
maka
kaunselor
perlau
menerima
dan
berusaha
membantu
menyelesaikan masalah klien tersebut.Ini amat penting kerana permasalahan yang wujud di kalangan guru-guru atau kakitangan sekolah sedikit sebayak akan mempengaruhi
iklim
pengajaran
dan
pembelajaran
di
sesebuah
sekolah.Permasalahan ini jika tidak diselesaikan akan menyebabkan pelajar menjadi mangsa guru.Apabila pelajar menjadi mangsa ,maka akan wujud perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar terhadap guru yang seterusnya akan mewujudkan kekecohan dalam sistem persekolahan tersebut.Maka atas dasar inilah ,maka kaunselor harus berperanan membantu guru-guru dan kakitangan sekolah untuk memnyelesaikan permasalahan diri mereka terlebih dahulu.
Kaunselor perlu mengadakan pelbagai program untuk memenuhi masa ruang para pelajar terutama pada waktu cuti penggal dan setelah tamat peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Ssekolah Rendah,Penilaian Menengah Rendah ,Sijil Peperiksaan Malaysia dan Sijil Tinggi Perekolahan Malaysia . Perkara ini amat penting kerana pada kebiasannya para pelajar yang agak lemah tidak mempunyai
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
apa-apa program.Mereka lebih suka merayau dan melepak bersama rakanrakan.Dan
sudah
tentulah
akan
timbul
gejala-gejala
negatif
di
kalangan
mereka.Justeru itu,kaunselor harus memainkan peranan dalam mengisi ruang masa yang wujud di kalangan pelajar dengan mengadakan pelbagai program seperti perkhemahan ,kem motivasi ,bengkel-bengkel dan lain-lain yang difikirkan perlu.Ini penting agar masa yang terluang di kalangan pelajar tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya mengikut nilai-nilai yang diterima oleh agama dan masyarakatnya.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Bab 4 Teori-Teori Kaunseling RASIONAL Emotif Bahavioural Terapi (REBT)
RASIONAL Emotif Bahavioural Terapi (REBT) juga dikenali sebagai Kaunseling Rasional Emotif. Behavioural Teori (REBT) ini diperkenalkan oleh Dr. Albert Ellis, seorang ahli Klinik Psikologi setelah menimba pengalaman dari praktik yang dilakukannya dalam bidang Kaunseling Keluarga, Perkahwinan dan Seks. Pada mulanya dia menggunakan prosedur psikoanalisis dalam praktiknya, tetapi dia menemukan ketidakpuasan dengan prosedur tersebut. Akhirnya dia mengembangkan teori ini yang lebih popular Rasional Emotif BehaviouralTerapi dengan singkatan REBT. REBT melihat masalah yang dihadapi klien berpunca dari ketidaklogikan klien dalam berfikir. Ketidaklogikan berfikir ini menjadi pengganggu dalam melihat dan menafsir objek atau fakta yang dihadapinya sehingga menjadi satu masalah yang menghantui dirinya. Sehubungan dengan itu, REBT bertujuan untuk mengatasi fikiran yang tidak logic tentang diri sendiri dan lingkungan seseorang itu. Kaunselor berusaha menunjukkan dan menyedarkan klien bahawa cara berfikir yang tidak logik itulah merupakan penyebab gangguan emosinya. Atau dengan kata lain REBT bertujuan membantu klien membebaskan dirinya dari cara berfikir atau idea-idea yang tidak logik yang menyelubungi fikiran mereka dan menggantinya dengan cara yang logik. Kemudian klien dilatih untuk berfikir dan berbuat yang lebih rasional berdasarkan kepada tuntutan realiti.
TEKNIK-TEKNIK TEORI REBT:
Teknik-Teknik Kaunseling Rational Behaviuoral Emotif Klien (manusia) berfikir, berperasaan dan bertindak secara serentak. Kaitan yang begitu erat menyebabkan jika salah satu sahaja menerima gangguan maka yang lain akan terlibat sama. Jika salah satu diubati sehingga sembuh, dengan sendirinya yang dua lagi akan turut terubat. (Amir Awang, 1997 : 78) Atas pandangan itu, walaupun REBT lebih menitikberatkan aspek kognitif dalam perawatan, tetapi aspek tingkah laku dan emosi turut diberi perhatian. Oleh sebab itulah dalam REBT, terdapat tiga teknik yang besar: Teknik-teknik Kognitif; Teknik-teknik Emotif dan
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Teknik-teknik Behavioristik. (H. Mohamad Surya, 1988 :182).
Teknik-Teknik Kognitif Teknik-teknik kognitif adalah teknik yang digunakan untuk mengubah cara berfikir klien. Dewa Ketut (1985 : 91 - 92) menerangkan ada empat teknik besar dalam teknik-teknik kognitif.
Teknik Pengajaran -Dalam RET, kaunselor mengambil peranan lebih aktif dari klien Teknik ini memberikan keluasan kepada kaunselor untuk berbicara serta menunjukkan sesuatu kepada klien terutama menunjukkan bagaimana ketidaklogikan berfikir itu secara langsung menimbulkan gangguan emosi kepada klien tersebut. Kaunseloar juga mengajak klien untuk menyedari sikap berdiam diri dan menyepinya tidak mendatangkan apa kebaikan kepada dirinya dan keluarga. Seterusnya segala masalah harus diuraikan dengan bijaksana.
Teknik Persuasif Meyakinkan klien untuk mengubah pandangannya kerana pandangan yang ia kemukakan itu tidak benar. Kaunselor langsung mencuba meyakinkan,mengemukakan pelbagai argumentasi untuk menunjukkan apa yang dianggap oleh klien itu adalah tidak benar.
Teknik Konfrontasi Kaunselor menyerang ketidaklogikan berfikir kliendan membawa klien ke arah berfikir yang lebih logik.
Teknik Pemberian Tugas Kaunselor memberi tugas kepada klien untuk mencuba melakukan tindakan tertentu dalam situasi nyata. Misalnya, menugaskan klien agar berbincang dengan suami klien mengengai ketidakpuasan hatinya. Setelah itu klien juga di cadangkan agar mencari ruang untuk bersama suaminya contoh ketika di dalam kereta untuk balik kampong dan menghadiri percutian bersama. Di samping itu klien di galakkan bergaul dengan anggota masyarakat kalau mereka merasa dipencilkan dari
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
pergaulan atau membaca buku untuk memperbaiki kekeliruan caranya berfikir.
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN TEORI REBT
KEBAIKAN
* Pendekatan ini cepat sampai kepada masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan itu perawatan juga dapat dilakukan dengan cepat. * Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat digunakan dalam menghadapi gejala yang lain. * Klien merasakan diri mereka mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan dari cara berfikir.
KELEMAHAN * Ada klien yang boleh ditolong melalui analisa logik dan falsafah, tetapi ada pula yang tidak begitu geliga otaknya untuk dibantu dengan cara yang sedemikian yang berasaskan kepada logik. * Ada sesetengah klien yang begitu terpisah dari realiti sehingga usaha untuk membawanya ke alam nyata sukar sekali dicapai. * Ada juga klien yang terlalu berprasangka terhadap logik, sehingga sukar untuk mereka menerima analisa logik. * Ada juga sesetengah klien yang memang suka mengalami gangguan emosi dan bergantung kepadanya di dalam hidupnya, dan tidak mahu membuat apa-apa perubahan lagi dalam hidup mereka.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
TEORI ROGERIAN (PEMUSATAN INSAN)
Pengenalan Teori Pemusatan Insan disebut juga sebagai teori konsep kendiri atau teori fenomenologi yang digolongkan ke dalam psikologi kemanusiaan (humanistic), gestalt dan kewujudan. Ia diasaskan oleh Carl Ransom Rogers di dalam tahun 40an yang menamakannya kaunseling bukan-arahan atau kaunseling pusatan-klien. Ia mencabar pendekatan-pendekatan pusatan-kaunselor dan kaunseling arahan yang mengandaikan bahawa kaunselor itu dalam semua hal dan berkeupayaan membantu kliennya di dalam semua bidang.
Ia mencabar teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang berbentuk nasihat, saranan, arahan kaunselor, pujukan, pengajaran, diagnosis dan pentafsiran oleh kaunselor. Cabaran ini dilakukan oleh Rogers semata-mata kerana kepercayaan dan keyakinannya bahawa manusia itu memang baik, memang boleh dipercayai, dan memang mempunyai keupayaan yang banyak untuk memahami diri mereka sendiri serta menyelesaikan masalah-masalah yang mereka alami sendiri, tanpa campur tangan secara langsung oleh kaunselor. Ia berpendirian bahawa manusia itu boleh menuju ke arah penentuan kendiri, jika mereka dibawa terlibat di dalam perhubungan kaunseling atau terapi. Baginya sifat-sifat peribadi dan sikap kaunselor serta hubungan antara klien dengan kaunselor itu adalah merupakan dua faktor utama bagi kejayaan sesuatu proses kaunseling tanpa memerlukan arahan-arahan yang langsung dari kaunselor seperti yang dianjurkan sebelum dan selepasnya. Kerana itulah tatacara dan teknik tidak penting baginya.
Melalui penglibatannya yang meluas di dalam kaunseling dan psikoterapi individu, Rogers telah mengemukakan teori dan pendekatannya yang dinamakan terapi pusatan-klien di dalam tahun 1951. Teori ini terus diperbaikinya dan hasilnya diterbitkan di dalam tahun 1962.
Teori dan pendekatan yang dikemukakan oleh Rogers ini mencetuskan minat yang mendalam di kalangan para pendidik yang menekankan pengajaran pemusatan pelajar. Di samping itu, Rogers juga telah mencuba teorinya untuk digunakan dengan kelompok-kelompok, dan juga dalam kaunseling keluarga pada tahun 1970
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
dan 1972. Sejak kebelakangan ini seolah-olah sudah muncul minat untuk menerapkan teorinya di dalam bidang perhubungan antarabangsa dan politik.
2.0 Latar Belakang Tokoh Carl Ransom Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois Chicago. Rogers merupakan anak ke-empat dari enam orang adik beradik. Ayahnya merupakan seorang kontraktor dan jurutera. Kedua-dua ibubapanya sangat kuat berpegang kepada agama. Rogers mempunyai adik beradik seramai enam orang dan lima daripada mereka adalah lelaki. Hubungan mereka adik beradik sangatlah rapat. Rogers amat rapat dengan ibunya berbanding ayahnya. Semasa kecil Rogers adalah seorang murid yang cerdik dan pintar. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang ramai, Rogers merupakan seorang pelajar yang suka mengasingkan diri dan pendiam di sekolah. Beliau sangat sensitif orangnya. Rogers telah memasuki Universiti Wisconsin dan memperolehi pencapaian di dalam bidang akademik yang sangat baik. Di universiti itu beliau mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, termasuk rombongan ke negeri China sebagai perwakilan dalam World Student Christian Federation Conference. Beliau mendapat Ijazah pertamanya dalam bidang Sejarah pada tahun 1924. Beliau menerima Ijazah kedoktorannya pada tahun 1931.
Pada tahun 1928, sebelum menerima ijazah kedoktorannya, beliau mula bekerja di Rochester New York, terutamanya dengan kanak-kanak dan remaja yang bermasalah yang dirujuk oleh mahkamah dan agensi-agensi kepada Child Study Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children. Kemudian beliau dilantik menjadi pengarah kepada Rochester Guidance Center. Pada tahun 1940 dia menjadi professor di Ohio State University. Di antara tahun 1945 sehingga 1957 beliau terlibat secara langsung dengan Counseling Center di University Of Chicago. Rogers kemudian berpindah ke University Of Wisconsin. Pada tahun 1964 beliau menyertai Western Behavioral Science Institute sebagai ‘resident fellow’. Dari tahun 1968 sehingga beliau meninggal dunia, Rogers menjadi resident fellow di Center for studies di La Jolla, California. Rogers telah menulis beberapa buah buku antara lain buku-buku yang ditulisnya ialah Counseling and Psychotherapy (1942), Clientcentered Therapy (1951), On Becoming a Person (1961), Carls Rogers On Encounter Groups (1970).
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Rogers banyak menerima penghormatan di sepanjang hidupnya. Beliau merupakan orang pertama menjadi pengerusi kepada American Association for Applied Psychology .
Beliau
bertugas
sebagai
pengerusi
American
Psychocogical
Association (APA) dari tahun 1946 – 1947 . Rogers meninggal dunia di La Jolla, California pada 4 Februari 1987 ketika berusia 85 tahun selepas menjalani pembedahan tulang punggung yang patah akibat satu kemalangan.
3.0 Pandangan Terapi Terhadap Kejadian Manusia
Menurut Amir Awang (1987), Carls Rogers mempunyai pandangan yang cukup teguh mengenai sifat tabii manusia. Baginya manusia boleh berkembang secara positif
dan membina
jika
wujud
perasaan percaya
mempercayai, hormat
menghormati yang boleh dirasai dan dialami. Rogers menolak sekuat-kuatnya anggapan bahawa manusia itu tidak boleh dipercayai dan pasif, dan menjadi mangsa sifat biologi atau persekitarannya. Ia menolak anggapan kepercayaan bahawa manusia itu perlu diarah, didorong, diajar, didera, diberi ganjaran, dikawal dan diuruskan hidupnya oleh orang lain. Ia yakin bahawa manusia memang dari mula lagi sudah mempunyai kecenderungan dan keupayaan semulajadi untuk berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri, andainya wujud keadaan-keadaan yang sesuai. Menurut Ee Ah Meng (1997), Carls Rogers dalam teori Pemusatan Insan membuat andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Manusia boleh membuat keputusan sendiri yang membawa keoada kebebasan dan berdikari. Sifat-sifat yang ada pada manusia adalah seperti membina, bekerjasama, boleh dipercayai, bersifat realistik dan sanggup bersosial. Perasaan-perasaan negatif yang terdapat pada manusia seperti marah dan benci memang wujud akibat penafian keperluan seperti kasih sayang, keselamatan dan penerimaan. Andaian-andaian teori ini terhadap manusia adalah seperti : ·
Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri individu berdasarkan interaksi kita
dengan orang-orang lain. ·
Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep
kendirinya. ·
Masalah-masalah yang berlaku kerana timbul atau wujudnya antara konsep
kendiri dengan pengalaman-pengalaman yang lalu.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
·
Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan
bersedia untuk berkongsi masalahnya.
Menurut Suradi Salim (1996), manusia dianggap mempunyai sifat-sifat positif dan mempunyai keinginan untuk berfungsi penuh, iaitu hidup dengan seberapa berkesan yang boleh. Jika seseorang itu dibenarkan untuk berkembang dengan bebas, beliau akan berkembang dengan sempurna dan akan menjadi individu yang positif dan berjaya. Pandangan seseorang tentang dirinya dalam konteks persekitarannya menentukan tingkah lakunya dan kepuasan peribadinya. Jika diberikan atau disediakan dengan persekitaran yang menggalakkan, manusia akan berkembang dengan yakin ke arah nirwana kendiri – menjadi apa sahaja yang dia inginkan. Jika manusia tidak menerima kasih sayang dan sokongan orang yang penting baginya, kemungkinan besar manusia menganggap dirinya tidak berharga dan menganggap orang lain tidak boleh dipercayai, serta mereka akan bersikap mempertahankan diri dan perkembangan ke arah nirwana diri akan terhalang. Persepsi seseorang tentang diri dan persekitaranya merupakan realiti baginya.
Bagi Rogers, untuk membolehkan seseorang itu berkembang secara positif dan membina, mestilah wujud tiga suasana atau keadaan, iaitu;
·
Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran
·
Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil
·
Kefahaman yang mendalam
Jika ketiga-tiga keadaan ini dapat dirasai dan dialami oleh klien di dalam hubungannya dengan kaunselor, ia juga akan mula menghayati sifat-sifat dan ciri-ciri ini dan seterusnya lebih bersedia untuk menerima pengalaman-pengalaman yang dilaluinya.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
4.0 Matlamat Terapi Matlamat yang ingin dicapai di dalam kaunseling / Terapi Pemusatan Insan ini bukanlah sekadar menyelesaikan masalah yang dihadapi atau dialami pada masa itu, tetapi apa yang lebih diutamakan ialah untuk mencapai perasaan bebas dan besepadu bagi diri seseorang individu itu. Tujuan
kaunseling
adalah
untuk
membantu
klien
di
dalam
proses
perkembangannya, agar ia dapat menghadapi dan mengatasi masalah masa kini dan masalah-masalah di masa hadapan.
Dengan berasaskan kepada matlamat yang ingin dicapai, maka klien haruslah bersedia untuk memisahkan dirinya daripada apa yang selama ini telah sebati dengan dirinya bagi membolehkan dirinya berhadapan dengan realiti. Menurut Amir Awang (1987), terdapat beberapa perkara yang dapat diperhatikan dan dirasai oleh klien itu sendiri untuk mencapai maksud yang ingin dituju di dalam kaunseling : i) Klien bersedia menerima, merasai dan mengalami realiti yang sebenar, tanpa mengherot-berotkannya untuk disesuaikan dengan struktur kendiri seseorang itu. Klien tidak lagi bimbang atau takut untuk berhadapan dengan realiti. Ia sedia menerima dirinya sendiri – baik atau buruk, ia dapat mengalami hidup dengan cara yang baru dan dapat terus berkembang.
ii) Klien akan merasa yakin pada diri sendiri. Biasanya klien tidak yakin yang ia boleh mengemudikan hidupnya, kerana itu ia sering meminta dirinya dibimbing dan diarah. Tetapi apabila ia sudah sedia menerima dirinya dan berhadapan dengan kenyataan, ia pun akan mula mempunyai keyakinan dan keupayaan sendiri untuk mengawal dan mengarah hidupnya.
iii) Klien akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikirannya sendiri. Walaupun penting bagi seseorang untuk memberi perhatian kepada nilai-nilai dan norma-norma masyarakat, individu perlu juga mempunyai nilai-nilai sendiri untuk memandu dirinya. Ia harus bersifat inner directed dan tidak dikongkong oleh outer directedness. Melalui inner directedness ini ia akan memperolehi kepuasan kerana ia dapat membuat sesuatu keputusan berdasarkan pertimbangan sendiri.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
iv) Klien dalam keadaan untuk terus berkembang. Apabila wujud di dalam diri klien kesediaan untuk terus hidup, untuk terus mengalami peristiwa-peristiwa baru, untuk terus menghadapi cabaran-cabaran dan masalah-masalah baru, maka individu telah mencapai suatu tahap positif di dalam proses hidupnya. Dari sini ia akan bersedia membuat ketetapan-ketetapan baru untuk dirinya, untuk mencari matlamat-matlamat baru untuk hidupnya. Ia tidak lagi perlu bergantung kepada orang lain untuk mengarah atau mengawal hidupnya. Ia sudah berupaya menuju ke arah matlamat baru.
5.0 Teknik Pemusatan Insan Menurut Hansen, Stevic & Warner (1986), Kaunseling Pemusatan Insan mengandaikan bahawa setiap individu mempunyai keinginan untuk berkembang, matang dan mencapai atau menuju ke arah kesempurnaan kendiri. Ini adalah merupakan satu-satunya pendekatan teraputik yang utama yang bergantung terhadap gerakan dalaman klien untuk menuju ke arah pertumbuhan. Individu dilihat sebagai boleh memulihkan diri, memerlukan kemesraan, dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi. Menurut Gelso & Carter (1985), hubungan kaunselor dengan klien dilihat sebagai ramuan yang penting di dalam psikoterapi. Dalam perhubungan kaunseling, komunikasi difokuskan kepada individu yang mengalami masalah. Rogers (1986) menyarankan tiga suasana yang fasilatatif iaitu :
i. Ketulenan sebenar atau kongruen ii. Penerimaan, mengambil berat dan bersangka baik iii. Mempunyai kefahaman empati
Kajian yang telah dibuat menunjukkan kaunseling pemusatan insan yang dicadangkan oleh Rogers adalah sesuai untuk menggalakkan peningkatan penyesuaian psikologikal pada diri klien. Melalui kaunseling pemusatan insan, klien telah meningkatkan penghargaan kendiri. Menurut Carkhuff dan Berenson (1967), kajian-kajian telah mengesahkan kepentingan sumbangan empati, penghormatan dan ketulenan dalam proses kaunseling. Brammer dan Shostrom (1982), satu ciri utama yang membezakan kaunseling pemusatan insan dengan pendekatan lain
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
ialah meningkatnya tahap tanggungjawab pada diri klien berbanding dengan yang dijangkakan oleh kaunselor. Amir Awang (1987), menjelaskan bahawa Rogers telah mengemukakan beberapa sifat yang terdapat di dalam teori ini. Antaranya ialah teori ini dianggap sebagai fleksibel dan sedia menerima perubahan dari semasa ke semasa. Ia memberi fokus kepada keupayaan klien serta tanggungjawabnya untuk mencari jalan bagi menghadapi kenyataan, dan seterusnya menghasilkan tingkahlaku yang sesuai dengan realiti. Pendekatan teori ini memberi tumpuan utama kepada dunia fenomenologi klien sendiri. Ini bermaksud setiap klien melihat kenyataan atau realiti menurut kaca mata dan teropongnya sendiri. Manakala kaunselor harus bersedia untuk menerima persepsi subjektif ini dan harus bersedia merasai dan mengalami apa yang dirasai dan dialami oleh klien melalui proses empati. Kaunselor juga harus mengelak dari mencemuh, menyangkal, mengkritik atau sebagainya.
Pendekatan teori ini boleh digunakan dengan semua jenis klien iaitu normal, neurotik dan psikotik. Melalui hubungan yang dibina oleh kaunselor bersama klien yang kongruen, menerima kliennya tanpa syarat dan mempunyai keupayaan untuk berempati, klien dengan sendirinya akan menemui dirinya sendiri melalui proses kaunseling. Dengan menggunakan teori ini kaunselor hendaklah ikhlas, jujur, mesra dan bersedia menerima kliennya, serta mempunyai kebolehan untuk berempati secara tepat. Dengan sifat dan kebolehan ini, klien bolehlah diajak untuk memberi fokus kepada apa yang dirasai dan dialaminya masa kini dan pada ketika itu. Sebagai suatu teori yang menekankan usaha bersama di antara kaunselor dan klien untuk membolehkan klien berkembang, kaunselor dan klien terlibat secara langsung di dalam proses berkembang untuk menuju ke arah matlamat, manakala kuasa dan kawalan tidak dipegang oleh kaunselor. Malah klienlah yang memilikinya, dan klien juga yang menentukan bagaimana ia hendak menggunakan kuasa dan kawalan ini bagi mengembangkan dirinya.(Rogers, 1977).
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Antara teknik-teknik teori Pemusatan Insan ialah :
5.1 Penerimaan Tanpa Syarat Teknik ini menekankan supaya kaunselor mempunyai sikap menerima klien tanpa syarat iaitu tanpa menilai tingkahlaku, peristiwa atau perasaan klien sama ada baik atau jahat. Dalam ertikata lain, kaunselor haruslah bersedia menerima kliennya tanpa mengenakan apa-apa syarat ke atasnya. Ia harus bersedia menerima kliennya tanpa prasangka atau sebarang penilaian. Kaunselor juga haruslah juga sering berwaspada agar ia tidak memberi gambaran kepada kliennya yang ia sedia menerima kliennya, agar kliennya rasa senang terhadapnya lantas memuji, menyanjung atau menghargai kesediaanya menerima klien. Sikap ikatan dua hala ini (double binding) hendaklah dielak bagi menghindarkan perasaan ada udang disebalik batu. Tanpa mengenakan syarat seperti ini, klien akan dapat merasa ketulenan kaunselor tadi untuk menolongnya dan dengan wujudnya persepsi dan perasaan seperti ini, maka lebih mudahlah proses perubahan personaliti berlaku, kerana tidak akan terasa sebarang ancaman.
5.2 Empati Sifat empati adalah kebolehan untuk merasa dan mengenalpasti perasaan orang lain dan kemampuan memberitahu kepada klien daripada sudut pandangannya, iaitu cuba masuk ke dalam ruang rujuk klien.
Di dalam teknik ini memerlukan kaunselor mempunyai kefahaman empati yang tepat. Klien yang datang bersamanya membawa dunia subjektifnya, yang tentu berbeza daripada dunia subjektif kaunselor itu sendiri. Dari huraian klien, baik melalui bahasa mahupun melalui gerak-geri tubuh badannya, kaunselor haruslah berusaha menyelami dunia subjektif kliennya, sehingga ia dapat merasai, mempersepsi dan mengalami segala apa yang dirasai, dipersepsi dari alam objektifnya dari realiti yang sebenar.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
5.3 Ketulenan ini. Ketulenan adalah kebolehan untuk menjadi sejati dan benar dengan orang lain. Kaunselor tidak sepatutnya menyelewengkan komunikasi, menyembunyikan motif atau bertindak dengan agenda yang tersembunyi, berpura-pura dan mengelak.
Kaunselor haruslah bersikap terbuka dengan klienya. Ia tidak tersekat-sekat atau teragak-agak untuk menyampaikan apa jua yang dirasainya, baik yang positif mahupun negatif. Dengan yang demikian ia dapat menjadi sebagai contoh atau model kepada kliennya untuk juga bersifat terbuka, jujur dan ikhlas di dalam menyatakan perasaan dan pengalamannya.
5.4 Aktif Mendengar dan berfikir
Mendengar merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam sesi kaunseling. Tumpuan yang penuh ataupun konsentrasi hendaklah diberikan kepada apa yang klien cakap samada secara lisan atau bukan lisan. Tumpuan atau perhatian merupakan prasyarat terhadap membantu. Pendengar yang aktif akan memberi maklum balas tentang apa yang dicakapkan menggunakan perkataannya sendiri untuk tiga sebab iaitu ;
a. ia akan memastikan ia betul-betul faham apa yang dicakapkan oleh kliennya b. ia akan memastikan ia betul-betul telah mendengar c. ia akan membantu klien membuat pendedahan kendiri
Mengenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada klien bahawa kaunselor sedang mendengar dan menggalakkan klien untuk bercakap lebih bebas. Ini boleh membantu untuk merangka suatu ketetapan yang lebih memuaskan. Menurut Mc Kay, Davis dan Fanning (1983) menyatakan bahawa mendengar dengan aktif memerlukan kaunselor bekerjasama di dalam proses berkomunikasi. Ini termasuklah parafrasa, menjelaskan dan maklum balas.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
5.4.1 Parafrasa
Parafrasa bermaksud mengatakan dengan perkataan sendiri apa yang telah dikatakan oleh klien seperti; “apa yang saya faham”Ø “dengan kata lain…”Ø Kaunselor harus memparafrasakan apabila klien menyebut sesuatu yang penting kepadanya.
5.4.2 Penjelasan Penjelasan bermaksud bertanyakan soalan untuk mendapatkan penjelasan agar kaunselor boleh memahami kenyataan-kenyataan yang kabur. Tujuannya ialah memahami dari konteks bagaimana cara berfikir klien dan perasaannya terhadap sesuatu masalah.
5.4.3 Maklum Balas Sewaktu temubual kaunseling maklum balas menyediakan peluang untuk kaunselor berkongsi apa yang difikirkan, dirasakan dan untuk menyemak persepsi. Untuk menyemak persepsi kaunselor merangka apa yang dia dengar dan dipersepsikan ke dalam tentatif.
5.5 Kongruen
Kongruen memerlukan kaunselor bersifat telus terhadap klien, iaitu jika kaunselor merasa marah terhadap cara klien berkomunikasi tetapi dia menyembunyikannya. Ini menyebabkan berlakunya tidak kongruen. Adalah menjadi satu dilema untuk menjadi kongruen kerana ia kadangkala bercanggah dengan sikap tidak menghukum.
5.6 Mendengar untuk merasa
Interaksi yang berkesan melibatkan pemahaman yang mendalam terhadap dunia seseorang dan menyatakan kefahaman itu kepada klien. Melalui pendengaran dan tindakan yang tepat, halangan yang merintangi persefahaman dua hala boleh
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
dihindari. Dinkmeyer & Losoney, 1980, mengenalpasti dan menyatakan perasaan dalam sesuatu mesej boleh dirangka dalam bentuk; “perasaan kamu sekarang”Ø jika apa yang saya dengar ini betul”Ø
5.7 Mendengar dengan empati
Mendengar dengan empati bermaksud kaunselor menyedari bahawa walaupun sesuatu perkara amat berat tetapi kaunselor perlu juga membantunya. Kaunselor perlu bertanya diri sendiri bagaimana kepercayaan dan keputusan walau pun ia mungkin gagal tetapi boleh mengurangkan kerisauan klien.
5.8 Menghormati
Menghormati adalah kemahiran interpersonal yang menunjukkan penghargaan tentang keunikan orang lain, toleransi terhadap perbezaan atau kelainan, kemahuan dan keinginan untuk berinteraksi dengan orang lain secara sama rata.
5.9 Penerimaan yang mesra
Teknik ini merupakan keupayaan untuk bersifat terbuka, peramah dan menerima menggunakan komunikasi bukan lisan yang boleh menyampaikan isyarat-isyarat kongruen, keterbukaan dan kesudian untuk mendengar.
5.10 Konfrontasi
Konfrontasi merupakan keupayaan untuk memberitahu seseorang individu itu tentang perselisihan tingkah laku dan kesannya terhadap dirinya sendiri, dengan cara yang tidak agresif, tidak menghakimi, tidak kritikal atau tidak defensif (mempertahankan diri). Ia bertujuan untuk menyedarkan individu tersebut sama ada tingkah lakunya menggalakkan atau menghalang perhubungan interpersonalnya.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
5.0 Peranan Kaunselor
Dengan adanya sikap dan kebolehan berempati, kaunselor haruslah berperanan seperti yang dijelaskan oleh Corey (1996); a. Kaunselor berfungsi sebagai fasilitator bagi perkembangan seseorang klien. Kaunselor haruslah mewujudkan suasana teraputik iaitu mewujudkan suasana yang tenang, selesa dan sesuai agar dapat menggalakkan klien mengalami suatu rasa bebas untuk meneroka dan mengalami cabang-cabang hidup yang disangkalnya. Oleh itu klien dapat dibantu supaya tidak bersifat defensif. Kaunselor harus menganggap klien sama taraf dengan kaunselor dan berusaha mengenali masalahnya. b. Kaunselor perlu mewujudkan suasana iaitu kaunselor harus berada dalam keadaan kongruen dan klien berada dalam keadaan tidak kongruen. Kaunselor bersedia menerima tanpa syarat, prasangka dan tidak beranggapan buruk terhadap klien. Kaunselor harus berempati bagi merasai dan mengalami apa yang dirasai dan dialami oleh klien. c. Kaunselor haruslah memperlihatkan kepada kliennya yang ia dianggap sebagai sama taraf dengan dirinya dan secara bersama mereka akan berusaha untuk mengenali masalah klien dan mengatasinya. d. Kaunselor tidak akan mendiagnos masalah klien. Ia hanya menjadi sebagai cermin yang akan membantu klien melihat dirinya dan masalahnya dengan jelas.
Untuk mempastikan tercapainya perkara-perkara yang disebutkan di atas, haruslah wujud: a. pertemuan, baik secara langsung atau tidak langsung, di antara kaunselor dengan klien b. kaunselor haruslah di dalam kongruen, dan klien pula berada di dalam keadaan tidak kongruen c. Kaunselor bersedia menerima kliennya tanpa syarat, tanpa sebarang prasangka dan anggapan d. Kaunselor boleh berempati bagi merasai dan mengalami apa yang dirasai dan dialami oleh klien e. Kaunselor haruslah bersifat jujur, ikhlas dan terbuka
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
f. Klien pula haruslah dapat melihat dan merasai, tak banyak sedikit, sifat-sifat dan kebolehan-kebolehan di atas yang ada pada kaunselor
6.0 Peranan Klien
Untuk sesuatu sesi kaunseling itu mencapai kejayaan, klien juga tidak terlepas memainkan peranannya; antara peranan-peranan klien adalah seperti: a. Klien haruslah memutuskan bahawa dia memerlukan khidmat kaunseling dan datang secara sukarela dan bukan atas dasar paksaan atau disuruh oleh orang lain b. Pada awalnya, klien menghadapi kebimbangan, percanggahan perasaan dan fikiran c. Klien harus merasa bersedia untuk berbincang apabila merasa diterima dan dapat menghayati perhubungan kaunselor dengan klien d. Klien merasa lebih terbuka dan bebas meluahkan perasaan dan menjelajah diri e. Klien akan cuba untuk mencari penyelesaian dengan bantuan klien sendiri f. Klien akan menentukan pilihan dan tindakannya sendiri. Kaunselor hanya bertindak membantu klien dalam membuat pilihan g. Klien berupaya dan bersedia untuk berubah h. Klien bersedia untuk terus berkembang dalam usaha mencari matlamat baru
7.0 Aplikasi teori dalam bidang kaunseling
Teori ini sangat sesuai digunakan di dalam seting sekolah kerana ia menekankan kaedah pengajaran pemusatan pelajar. Ini bersesuaian kerana teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang digunakan adalah berbentuk nasihat, saranan, pujukan dan pengajaran adalah sesuai untuk pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah. Teori ini juga sangat berkesan dalam mengubah tingkah laku pelajar.
8.0 Kekuatan Terapi
Menurut Shertzer & Stone (1992), antara matlamat yang ingin dicapai ialah membina individu agar dapat berkembang dengan sihat. Oleh itu antara kekuatan teori ini menurut mereka ialah : a. menekankan kepentingan hubungan yang akrab antara kaunselor dengan klien
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
b. Menanamkan pendapat bahawa penerimaan, penghargaan serta kejujuran kaunselor
merupakan
syarat-syarat
yang
amat
penting
bagi
mewujudkan
perhubungan c. Memupuk pendapat bahawa klien ialah rakan kongsi penuh dalam hubungan dan bukan hanya sebagai rakan yang merendah diri
9.0 Limitasi Teori
Seperti teori-teori yang lain, terapi pemusatan insan ini juga mempunyai kekurangan dan kelemahannya. Antara lain ialah ; a. Terapi ini tidak mempunyai satu set teknik atau tatacara yang tertentu yang terdapat di dalam setengah-setengah psikoterapi. b. Terapi ini kurang menyediakan panduan tentang cara mewujudkan hubungan kaunselor dengan klien c. Kebanyakkan konsep di dalam terapi ini tidak dapat dibuktikan dan diukur dengan mudah. Ianya terlalu abstrak.
10.0 Kesimpulan
Secara positif, suatu sumbangan yang paling besar telah diberikan oleh Rogers melalui
teorinya
ialah
keyakinannya
yang
kuat
tentang
keupayaan
dan
kecenderungan manusia untuk berkembang ke arah nirwana kendiri. Pendirian yang positif seperti ini telah memberikan maruah dan darjat kepada manusia, yang akan berusaha mencerminkan kepercayaan sedemikian. Rogers juga secara tidak langsung mengutarakan nilai-nilai dan sikap-sikap positif di dalam berinteraksi dengan orang lain dengan menegaskan betapa pentingnya kita menerima orang lain tanpa syarat, bersedia mendengar dan memahami orang lain dari kaca mata dan dunianya yang subjektif, serta menekankan pentingnya kejujuran, keikhlasan dan ketulenan di dalam segala tindak tanduk kita, kerana melalui
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
penghayatan sikap dan nilai-nilai sebegini kita boleh menjadi contoh atau model yang berguna bagi orang lain. Tanpa mempunyai pendirian yang menghakim atau judgemental, klien akan lebih bersedia untuk meluahkan isi hatinya kepada kita, kerana dia yakin bahawa apa juga yang dikemukakan itu tidak akan diberi nilai, dan hal sebegini tidak dirasakan sebagai mengancam dirinya.
Secara negatifnya, bolehlah dikatakan bahawa kebanyakkan konsep-konsep yang dikemukakan itu tidak dapat diperhatikan dan tidak pula dapat diukur dengan mudah, kerana ianya bersifat konsep yang abstrak. Pergantungannya kepada laporan kendiri boleh membawa hasil yang tidak begitu memuaskan kerana klien yang beremosi dan berfikiran kusut mungkin tidak berupaya untuk melahirkan isi hatinya dengan tenang dan teratur. Ini sudah tentu boleh menghasilkan kesimpulan-kesimpulan yang juga tidak tepat.
Tanpa sedikit sebanyak panduan, arahan, manipulasi proses kaunseling akan memakan masa yang amat panjang. Biar apa sekalipun kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam teori ini, satu hal yang tidak dapat dinafikan ialah teori ini amat memudahkan klien untuk meluahkan isi hatinya, kerana melalui perhubungan yang mesra di antara kaunselor dan klien, klien begitu yakin yang kaunselor merupakan orang yang boleh diharap dan memang bertanggungjawab serta bersunguhsungguh akan berusaha menolongnya.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
TEORI RASIONAL EMOTIF TERAPI
Tokoh Teori Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Teori ini terbina apabila beliau mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahun 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa kepada teori RET dan datuk kepada teori tingkah laku kognitif.
Meninjau kepada zaman kanak-kanak Ellis, beliau sering mengalami gangguan kesihatan. Beliau pernah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan nefritis sebanyak 9 kali. Tetapi Ellis seorang yang bercita-cita tinggi iaitu ingin menjadi seorang pakar psikologi. Beliau mempunyai kebolehan dalam memberikan perkhidmatan kaunseling. Oleh itu beliau mula mempraktikkan terapi perkahwinan, keluarga dan seksual. Pada tahun 1947 hingga 1953 Ellis telah menjalankan kajian secara klasikal berasaskan psikoterapi. Hasil kajian mendapati bahawa terapi psikoanalisis tidak begitu menyeluruh dan tidak saintifik. Ellis berpendapat pendekatan yang dibawakan oleh Freud kurang lengkap kerana ada individu yang bertambah teruk selepas menjalani pendekatan psikoanalisis. Hipotesis RET berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada kepercayaan, penilaian, interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan. Di dalam proses teraputik emosi-rasional, klien mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di dalam diri seseorang. Ini disebabkan oleh teori ini lebih bersifat ‘pendidikan’ daripada perubatan yang direka dalam keadaan di mana kaunselornya aktif terarah dengan tepat dan mengajar. Ellis terkenal dengan bukunya yang bertajuk ‘Reason and Emotion In Psychotherapy’ dan bersama-sama dengan Robert A Harper beliau mengeluarkan buku berjudul ‘A Guide to Rational Living’.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Pendekatan Teori RET juga dikenali sebagai Terapi A-B-C yang mana merupakan suatu teori yang mempunyai kelainan dengan teori-teori yang lain terutamanya Teori Psikoanalisis, Teori Pemusatan Insan, Gestalt dan lain-lain lagi. Ini disebabkan oleh teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku. Teori ini memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional.
Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang tidak rasional. Kepercayaan
ini perlu
dicabar dan
diperbetulkan
supaya
dapat
mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini ia merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat semula
sistem
kepercayaan
yang
membuatkan
dirinya
menderita
dengan
menggantikan semula dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya.
Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya mengikut perasaan. Terapi ini dianggap sebagai satu proses pembelajaran kerana fungsi kaunselor yang berbagai-bagai. Kadang kala kaunselor bertindak sebagai seorang guru, yang memberi tugasan kepada pelajar iaitu klien dalam konteks terapi ini.
Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional. Tingkah laku rasional ialah dilihat sebagai keberkesanan dan kemungkinan produktif, manakala tingkah laku yang tidak rasional pula hasilnya dalam keadaan tidak gembira dan menghasilkan ‘output’.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Menurut J Blackham dalam Muhd Mansur Abdullah (1997), dua tujuan utama RET iaitu; pertama mendemonstrasikan pada klien bahawa berkata-kata kepada diri sendiri itu adalah akibat daripada gangguan; dan kedua, menilai kembali berkata dalam diri demi menghapuskannya dan menolak semua idea yang tidak logik. Dalam buku-buku Ellis seperti The Art And Science Of Love, The Intelligent Woman’s Guide To Man-Hunting, Humanistic Psychotherapy dan The Rational-Emotive Approach banyak menggambarkan sifat manusia. Misalnya, kemampuan manusia berfikir sesuatu
melalui
proses-prosesnya.
Ellis
menggalakkan
manusia
supaya
menganggap diri mereka adalah berkebolehan. Dia yakin jika manusia boleh menggunakan rasional mereka dalam mentadbir diri, maka tidak ada lapangan dalam kehidupan mereka yang tidak boleh diperbaiki.
Menurut Muhd Mansur Abdullah (1997), dalam melahirkan teorinya Ellis banyak menggunakan sistem-sistem psikologi dan falsafah iaitu menggabungkan intipati Falsafah Stoic, Psikoanalisis Freud, Psikologi Individu Alfred Adler dan Orientasi tingkah laku Pavlov dan Wolpe. Semua sistem itu membantunya meneguhkan lagi teori dan pendekatannya. Sebab itulah Ellis menekankan: “When people emote they also think and act. When they act, they also think and emote. When they think, they also emote and act. To understand self-defeating behavior , one must understand how a person feels, thinks, perceives and acts”.
Pandangan Teori Terhadap Manusia Hubungan emosi dan pemikiran adalah berhubung rapat dan tidak boleh untuk dipisahkan. Oleh sebab itu segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional itu berpunca daripada proses dan pengaruh budaya dan pembelajaran . Menurut George dan Cristiani (1995) telah mengandaikan bahawa manusia bertindak sebagai penilai, perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan tingkah laku akan bermula apabila manusia menganggap beberapa keutamaan seperti keinginan untuk disayangi, diperakui kejayaan dan menganggap keutamaan tersebut sebagai keperluan yang utama. RET juga memandang bahawa manusia dilahirkan dengan beberapa kecenderungan ke arah perkembangan dan pengiktirafan diri tetapi mereka akan mengkhianatinya disebabkan oleh kecenderungan untuk berfikir tidak rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang telah mereka pelajari.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Menurut Gerald Corey (1996) pula mendapati bahawa terapi RET berlandaskan kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira, berfikir, menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi dengan orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka menangguh untuk membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, tidak sabar, mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan pengikhtirafan dan pertumbuhan potensi. Fenomena ini meyakinkan terapi ini dapat membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis.
Hackey dan Cormier (1995) berpendapat bahawa RET, membuat andaian tentang gangguan emosi manusia adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional. Hubungan antara emosi dan pemikiran terlalu rapat sehingga tidak boleh dipisahkan kedua-duanya. Manusia juga dilahirkan dengan suatu potensi untuk berfikiran secara lurus dan rasional dan juga secara tidak rasional. Manusia sendirilah yang menyebabkan dirinya merasa terganggu dan gangguan itu bukanlah disebabkan oleh sumber-sumber luaran tetapi berpunca dari diri individu itu sendiri.
Manusia mempunyai keupayaan untuk mengubah proses-proses kognitif, emotif dan tingkah lakunya. Mereka boleh memilih untuk bertindak dengan cara yang berlainan daripada pola tingkah laku yang normal. Mereka juga boleh memilih untuk tidak membenarkan dirinya terganggu dan boleh melatih diri untuk mengalami gangguan yang minimun selagi hayat masih ada.
Ee Ah Meng (1991) berpendapat bahawa terapi RET yang dikembangkan oleh Ellis dalam tahun 1950 an adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir supaya boleh memperbetulkan pemikiran yang tidak rasional. Baginya manusia dilahirkan dalam dunia yang tidak rasional dan manusia menjadi semakin tidak rasional apabila berada dalam sistem kepercayaan mereka. Suradi Salim (1996) mengandaikan bahawa manusia berupaya untuk berfikiran rasional dan tidak rasional. Dalam pemikiran seseorang individu terdapat sistem kepercayaan yang berkecenderungan untuk berfikir ke arah tidak rasional. Apabila
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
sesuatu peristiwa terjadi maka individu itu selalu mengandaikan suatu kepercayaan terhadap peristiwa tersebut sama ada ianya baik atau sebaliknya. Manusia juga sering mempercayai tahyul yang menyebabkan mereka membuat sesuatu keputusan yang tidak mengembirakan. Oleh itu kaunselor perlu bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem kepercayaan individu tersebut supaya menjadi rasional bagi membantunya memperolehi kehidupan yang lebih harmonis.
Menurut teori RET, seseorang yang bermasalah akan mempunyai suatu sistem kepercayaan atau suatu ‘belief system’ yang penuh dengan kepercayaan yang tidak rasional mengenai perkara yang dilihat atau dialaminya. Albert Ellis telah memberikan beberapa idea tentang pemikiran yang tidak rasional, antaranya adalah seseorang individu mempercayai bahawa ia mesti disayangi oleh orang-orang penting atau signifikan kepada dirinya seperti ibubapa, adik-beradik dan rakan-rakan. Individu juga percaya bahawa ia mesti membuktikan bahawa ia seorang yang berkebolehan dan berkemampuan. Seseorang individu juga mempercayai bahawa jika terdapat individu yang lain melakukan kesalahan atau tidak berlaku adil, maka seharusnya ia dikutuk dan menyalahkan dirinya dan dilihat sebagai orang yang tidak baik. Masa lampau juga dianggap sangat penting kerana ia mempengaruhi hidup seseorang individu. Ellis mempercayai bahawa masa lampau itulah yang akan menentukan perasaan seseorang individu pada masa kini.
Seseorang individu itu juga mempercayai bahawa ia perlu melihat kehidupannya yang sangat teruk jika ia tidak dapat menyelesaikan masalah kepada kehidupannya. Individu juga mempercayai bahawa ia perlu berpandangan tidak baik sekiranya ia dikecewakan, disisih atau tidak dilayan secara adil. Jika berhadapan dengan perkara-perkara yang merbahaya, seseorang individu mempercayai bahawa ia perlu memikirkannya dan akan risau tentangnya.
Bagi menerangkan dengan jelas bagaimana gangguan emosi dan fikiran berlaku maka kita akan menggunakan konsep ABCDE yang telah dinyatakan oleh Ellis iaitu A ialah penggerak pengalaman activating experience atau peristiwa, faktor sikap atau tingkah laku yang dialami oleh seseorang. Misalnya gagal dalam peperiksaan. B pula adalah sistem kepercayaan yang dianuti oleh seseorang person’s belief system. Misalnya, “saya tidak kelihatan cantik atau hodoh”. Manakala C ialah akibat
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
consequence iaitu hasil daripada penilaian oleh B ke atas A dan ditafsirkannya. Misalnya, sentiasa keadaan muram dan tidak bersemangat. D pula adalah kaedahkaedah untuk berhujah, mengajar, mencabar dan memperbetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional yang menyebabkan individu itu mengalami suatu reaksi emosi yang tidak rasional. Misalnya, “Saya tidak mahu kamu yang menyebabkan saya mengalami kerugian besar dalam hidup saya”. Dan akhir sekali E ialah menjadi normal dan mempunyai sistem kepercayaan dan penilaian yang rasional dan positif. Misalnya Saya rasa gembira.
Corey (1996) menjelaskan bahawa konsep ABC dalam teori RET adalah seperti berikut; Menurut beliau, prinsip asas kepada gangguan emosi adalah sebahagian besarnya akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan pemikiran kalah diri. Hasil daripada pemkiran ini menyebabkan seseorang individu itu suka menyatakan sesuatu dengan perkataan ‘sepatutnya’, ‘seharusnya’ dan ‘semestinya’. Dari perspektif RET, ramai terapis telah membuat kesilapan kerana memfokuskan kepada sejarah hidup yang lampau dan cara tindakan ialah semua peristiwa masa kanak-kanak boleh diubah. Terdapat juga terapis melakukan kesilapan dengan terlalu menekankan dalam usaha klien mengenal diri, meluahkan perasaan dan perubahan pemikiran. Keadaan ini mendorong klien melupakan peristiwa awal kanak-kanak dan menumpukan pemikiran sekarang. Bagi Ellis cara ini tidak produktif kerana sesuatu yang menyebabkan emosional tidak akan hilang malah ia akan menambahkan lagi kehebatan perasaan tersebut.
Oleh itu bagi Ellis , terapis dan klien perlu bekerjasama untuk mencabar kepercayaan tidak rasional yang mengakibatkan gangguan emosional. Mereka perlu menuju ke arah mengubah perkara yang tidak realiti, tidak matang, terlalu menuntut dan tidak lojik kepada pemikiran yang logik, matang dan realistik. Persoalannya, bagaimanakah emosional yang terganggu itu boleh wujud di dalam diri seseorang individu? Dalam hal ini , Ellis telah menjelaskan bahawa individu yang mengalami gangguan
kerana
sentiasa
berterusan
mengulangi
ayat-ayat
yang
tidak
logikal.Misalnya , individu itu berkata : “Saya sangat kecewa dengan kegagalan peperiksaan ini. Kegagalan saya semuanya berpunca dari kesilapan saya sendiri. Saya adalah merupakan manusia yang paling bodoh”
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Gangguan emosi ini menyebabkan wujudnya depresi dan anxieti dalam diri seseorang. Keadaan ini akan mengakibatkan individu itu akan kekal berpegang dengan kepercayaan yang tidak rasional itu. Kepercayaan inilah yang perlu dibantu oleh
kaunselor
agar
klien
tersebut
dapat
merasionalkan
dirinya
dalam
menghapuskan fahaman-fahaman dan kepercayaan yang tidak rasional yang ada pada dirinya.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Bab 5 Kemahiran Asas Kaunseling FASA-FASA KAUNSELING (temubual kali pertama)
Temubual Kaunseling Kali Pertama 3.1
FASA 1- Memulakan Sesi
Keadaan tempat merupakan satu perkara penting dalam hubungan kaunseling. Kaunselor sebaiknya mewujudkan tempat yang mempunyai unsur-unsur teraputik yang wujud elemen-elemen penyembuhan seperti bilik yang berhawa dingin, dengan warna yang lembut dan hiasan-hiasan bilik yang menarik serta jauh dari gangguan yang boleh menyebabkan proses kaunseling terencat seperti bunyi bising dan sebagainya.
Selain dari itu, jarak duduk antara kaunselor dan klien merupakan sesuatu yang dapat membantu komunikasi antara mereka. Menurut Brammer, (1973) jarak kedudukan kerusi semasa temu bual lazimnya berbeza-beza yang bergantung bagaimana mesra, selesa dan ikut serta klien sendiri. Sesetengah orang lebih suka bersemuka dalam jarak terlalu dekat kerana mereka rasa selamat dan dikawal. Jelas di sini, keyakinan klien terhadap kaunselor dapat dibentuk melalui kedudukan interaksi antara kaunselor dan klien mengikut kesesuaian dan mengambil kira faktor silang budaya.
Dalam fasa ini juga seharusnya kaunselor menunjukkan minat yang besar untuk mendengar pengaduan kliennya melalui beberapa cara sebagai menandakan ia bersedia, seperti merenung tepat ke muka klien dengan bersungguh-sungguh, mencondongkan badannya ke hadapan, lebih dekat ke arah klien, menganggukanggukkan kepala ataupun berpeluk tubuh menandakan ia sanggup menyimpan rahsia.
Amalan kaunseling Islam bermula dengan taaruf. Taaruf ertinya pengenalan. Pada pertemuan yang pertama kali, seorang klien datang berjumpa dengan kaunselor tentulah banyak perkara yang tidak diketahui antara satu sama lain. Oleh itu masingmasing akan cuba mengenali antara satu sama lain seperti bertanyakan nama,
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
alamat tempat tinggal dan lain-lain perkara yang asas dalam perkenalan. Konsep taaruf dilihat sama dengan membina hubungan yang mana proses ini menggalakkan interaksi awal antara kaunselor dan klien. Persamaan ini juga ada pada amalan memulakan sesi kaunselor pelajar
sekolah-sekolah di bawah Kementerian
Pelajaran Malaysia yang menggunakan borang latar belakang Ala Konseptualisasi Kes Lewis – Fessel dan borang catatan pertemuan.
Peringkat awal dalam proses kaunseling merupakan proses membuka rahsia serta mengeratkan hubungan antara kaunselor dan klien. Menurut Buchheimer dan Balogh (1961) menjelaskan: “The counselor as a collaborator as he work with the client in the process of selfexploration, probleam-solving and gaining new perceptions into a person’s life situation. The counseling process is both intimate and objective”.
Intimate yang dimaksudkan adalah hubungan dua insan yang begitu rapat dan mereka dapat meluahkan perasaan secara jujur dan ikhlas manakala objektif pula merupakan usaha kaunselor yang cuba membantu meyelidik dan mengenalpasti perasaan dan sikap klien yang akan membantu membuka jalan penerokaan diri yang lebih luas.
Kaunselor perlu berinteraksi
dengan baik, menunjukkan empati, ketulenan,
kemesraan dan anggapan positif kepada klien. Keadaan mesra ini diperlukan supaya klien lebih bersedia untuk berkongsi masalahnya serta bercerita lebih lanjut.
Antaranya dengan mengaplikasi kemahiran interpersonal. Kemahiran
komunikasi interpersenol merujuk kepada kemahiran dalam perhubungan seseorang secara bersemuka dengan seseorang yang lain dalam menyampaikan mesej dan diharapkan mesej itu difahami. Apabila kaunselor menggunakan kepakaran interpersonel ini, klien akan merasakan kehadirannya diterima, dihargai dan di sinilah tempatnya yang paling selamat untuk berkongsi masalah. Proses temubual juga melibatkan kemahiran mendengar. Kaunselor hendaklah memberi tumpuan pendengaran kepada semua aspek terhadap klien. Ini mencerminkan betapa hormat, bersemangat dan bertenaganya kaunselor terhadap permasalah klien.
Patterson (1969) mengatakan, kaunselor hendaklah dapat
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
memahami perasaan yang sedang dialami oleh klien, serta mendengar apa sahaja yang diperkatakan oleh klien dan memberi peluang supaya klien dapat menceritakan masalah kepadanya. Ini juga melahirkan rasa kemesraan yang antara kaunselor dan klien. Proses interaksi dalam tembual kaunselor – klien ini penting dalam menentukan kelangsungan sesi kaunseling. Pada peringkat ini klien memerlukan banyak bantuan daripada kaunselornya kerana pada masa ia akan menggantungkan harapan sepenuhnya untuk mengadu. Justeru itu kaunselor perlu menyediakan suasana menolong yang membolehkan klien berterus terang, terbuka dan bebas berkata apa sahaja. Suasana ini dapat dibentuk melalui proses perkenalan antara kaunselor dan kliennya seperti memperkenalkan nama, usia, hobi dan sebagainya. Kaunselor mungkin memulakan sesi dengan bertanya khabar dengan bahasa yang penuh penerimaan. Contohnya: ·
Apa khabar ? Terima kasih banyak kerana sudi datang ke sini.
·
Apa khabar? Saya hargai kehadiran awak. Terima kasih banyak.
Kaunselor boleh mengambil masa beberapa minit untuk berbual ringan dengan klien. Masa yang terlalu panjang tidak digalakkan diambil pada fasa ini kerana dikhuatiri topik yang diperkenalkan mungkin akan mengalih perhatian klien kepada topik tersebut sebaliknya bukan isu yang akan dibawa. Contohnya, ·
Saya sudi bantu saudara melalui perbincangan kita selama 30 minit.
·
Kita ada masa 40 minit, ceritakan pada saya apa yang merunsingkan
saudara . Matlamat awal dalam proses kaunseling perlu ditentukan dan dijelaskan kepada klien. Terdapat klien yang menyedari dengan jelas akan masalahnya dan tujuan ia berjumpa dengan kaunselor. Ada juga klien yang mengemukakan masalah awal kepada kaunselor yang bukan masalah utama yang akan menjadi topik perbincangan dengan kecenderungan menyelesaikan masalah yang mungkin lemah, pertengahan atau tinggi. Apa pun, kaunselor mesti memastikan bersama klien apakah matlamat yang ingin dicapai diakhir sesi. Engelkes dan Vandergeot (1982) mengatakan ‘baharulah kita sebagai kaunselor yang menggunakan kemahiran membantu klien itu mencapai objektifnya. Tanpa identifikasi yang cermat, pemilihan yang tepat, dan diskripsi perhatian untuk membantunya ke arah lebih selamat dan sempurna dalam objektifnya, akan merosakkan seluruh matlamat hubungan kaunseling dan bimbingan itu sendiri.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Dalam fasa ini juga kaunselor perlu mula mengasaskan struktur pertemuan dan menekankan batasan masa yang perlu dilalui disamping menggambarkan tanggungjawab menggerakkan temu bual ini terletak pada klien untuk menggunakan masa yang diberi sebaiknya.
3.2
FASA 2: Menstruktur Sesi Temu Bual
Kaunselor mesti mengambil berat mengenai aspek menstruktur sesi temu bual awal dan pada hubungan kaunseling jangka panjang kerana ia penting kepada klien terhadap gambaran apa yang akan berlaku dalam proses kaunseling. Menurut Egan (1990), penstrukturan adalah penerangan yang berkaitan dengan proses kaunseling yang dialami dalam usaha membentuk klien memahami diri dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.Kaunselor yang serius dalam kerjanya memerlukan penglibatan dan struktur yang tegas. Pada pertemuan kali pertama ini kaunselor perlu menjelaskan kepada klien mengenai peranan kaunselor, peranan klien, matlamat dan risiko klien bertemu kaunselor, kerahsiaan dalam kaunseling dan isu atau masalah yang akan ditumpukan.
Sesetengah ahli psikologi mengatakan proses menstruktur ini sebagai proses ‘kontrak’ apabila kedua belah pihak berjanji dan bersetuju
melakukan sesi
kaunseling tersebut. Menurut Brammer (1973): “…proses ini merupakan persetiaan antara pembantu dengan orang yang ingin ditolong bahawa mereka akan bekerjasama ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Setiap orang daripada mereka akan memikul tanggungjawab tertentu dalam mencapai matlamat itu. Hasilnya nanti akan menjadi bukti bahawa pertolongan itu telah berjaya di mana pembantu juga bersetuju mencarikan beberapa jenis maklumat, membuat perancangan dan berikhtiar supaya proses menolong itu berjaya. Setelah ia mendapati ketiga-tiga pilihan yang dipilih itu, dia pun mengesah dan menghadkan data yang akan dipilih…”
Kontrak ini diikat antara klien dan kaunselor atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Kesediaan klien menceritakan masalahnya tanpa segan silu sementara kesediaan
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
kaunselor mendengar dengan cermat dan teliti, sambil memikirkan alternatif yang sesuai untuk diambil oleh kliennya merupakan satu jalinan ikatan kontrak.
Menurut Zainal Abidin (2005), menstrukutur temubual adalah penting kepada klien. Anggapan-anggapan klien yang tidak realistik seperti masalah boleh diselesaikan dengan cepat, kaunselor adalah orang yang memberi nasihat perlu diperjelaskan awal-awal lagi. Antara perkara yang perlu ditekankan pada awal pertemuan ialah berkenaan dengan peranan kaunselor, peranan klien, matlamat dan kerahsiaan. Bagi memberi kefahaman kepada klien tentang proses kaunseling, kaunselor harus memberi tahu bagaimana kaunseling boleh membantu dengan menjelaskan cara-cara berinteraksi dalam setiap sesi termasuk peranan masingmasing.
Peranan kaunselor menurut Rogers (1962) sebagai fasilitator yang membantu klien agar dia tidak bersifat defensif dan membantu klien melihat diri dan masalahnya dengan jelas. Selain daripada itu, kaunselor juga sedia mendengar segala masalah yang dikemukakan. Contoh penstrukturan lisan yang dibuat berkenaan peranan kaunselor: ·
Kita akan sama-sama berbincang berkenaan masalah puan dan saya cuba
membantu. ·
Sebagai kaunselor anda, saya akan bersedia mendengar, memahami dan
berinteraksi dengan anda.
Peranan klien juga dinyatakan lebih awal semasa penstrukturan. Klien mestiliah komited untuk mencari penyelesaian masalahnya. Contohnya: ”Untuk menjadikan proses kaunseling kita bermakna dan berjaya, tanggungjawab proaktif terletak di tangan anda. Saya menghargai sekiranya anda dapat berkongsi apa sahaja demi memanfaatkan hubungan teraputik kita ini. Anda digalakkan membebaskan diri dari segala bentuk halangan dan meluahkan apa sahaja kepada saya.” Begitu juga dengan kerahsiaan dan batas kerahsiaan kerana menjaga kerahsiaan dan maruah klien merupakan etika seorang kaunselor. Mengikut Kod Etika Kaunselor 1998, kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling. Kaunselor hendaklah
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
mencapai persetujuan dengan kliennya diperingkat awal sesi kaunseling mengenai batasan umur kerahsiaan. Apa-apa persetujuan di antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan bersama. Dalam kes di mana jelas terbukti bahawa klien, mengikut pertimbangan kaunselor menunjukkan dengan jelas, diri klien atau orang Iain berada dalarn keadaan bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya mengambil tindakan wajar untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat. Kod Etika Kerahsiaan dan limitasinya juga diamalkan oleh Persatuan Kaunselor Amerika seperti berikut: ” Counselling relationships and information resulting therefrom are kept confidential. However, there are the following exceptions to confidentiality; when disclosure is required to prevent clear and imminent danger to the client or others; when legal requirements demand that confidential material be revealed; when a child is in need of protection.” (CCA BORD, 1999)
Pada peringkat ini menurut kaunseling Islam merupakan peringkat
tafahum.
Tafahum ertinya kefahaman. Pada peringkat ini klien dan kaunselor telah mengenali antara satu sama lain. Klien sudah boleh menceritakan segala konflik yang timbul pada dirinya yang mungkin melibatkan rahsia hidupnya kerana klien sudah boleh mempercayai kaunselor. Oleh itu kaunselor perlu cuba memahami konflik yang dialami oleh kliennya.
Peranan kaunselor yang lain adalah membimbing klien terhadap pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya disamping perlu berkhidmat dengan dedikasi,
ikhlas,
jujur
dan
membuktikan
kemahiran
dan
kecekapan
profesionalismanya. Kaunselor perlu menunjukkan kefahamannya semasa klien bercerita sama ada mencelah perbualan atau merumuskannya. Persediaan untuk mendengar klien dengan hati yang terbuka akan menambahkan keakraban hubungan klien dan kounselor seperti dalam tingkah laku tanpa lisan umpama gerak-geri, mimik muka, perubahan kedudukan postur badan dan sebagainya, bagi menambahkan perasaan hubungan antara kaunselor dan klien yang sebenarnya.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
3.3
FASA 3: Matlamat Sesi Pertama Pertemuan antara kaunselor dan klien untuk yang pertama kali adalah
penting kerana pada titik inilah klien mula membina perasaan percayakan kaunselornya. Proses ini secara tidak langsung membina hubungan baik melalui keyakinan dan rasa selamat yang diperolehi oleh klien semasa berada dalam sesi temu bual itu. Menurut kaunseling Islam fasa ini merupakan fasa taawun. Taawun ertinya seimbang. Maksudnya ialah kedua-dua pihak sudah seimbang dan dapat menghormati pendapat masing-masing yang berlainan. Dengan ini dapat diwujudkan kemampuan, potensi dan tanggapan yang berbeza tentang sesuatu perkara. Menurut Zainal (2005), membuat keputusan tentang matlamat yang hendak dicapai tidaklah begitu mudah. Ada klien yang mengemukakan pelbagai isu yang membuatkan dia tidak berfungsi dengan efektif. Dalam keadaan begini, kaunselor dicadangakan menumpukan selesa.
kepada masalah yang menyebabkan klien tidak
Fasa membina matlamat ini juga disebut ”personalizing”. Personalizing
bermakna menumpukan kepada masalah klien yang sebenar. Kaunselor meminta klien memilih cara terbaik untuk mengatasi masalah yang telah dikenalpsati dan mendorongnya juga kepada keupayaan untuk melaksanakan cara yang dipilh. Kaunselor yang ramah, mengambil berat, mesra kasih dan berminat menjadikan klien senang hati. Ia dapat diperkukuhkan lagi apabila kaunselor dapat menenangkan keraguan dan kegelisahan klien dalam sesi temu bual tersebut yang kadang kala mengalami situasi kesenyapan apabila klien tiba-tiba sahaja terdiam sejenak. Dalam teknik membuat keputusan Steward, Winborn, Johnson, Burks dan Engelkers (1978) berpendapat bahawa diam sejenak itu sebagai ‘…memberi masa atau kesempatan pada klien berhenti dan memikirkan kemahiran yang bakal digunakan bagi menyelesaikan masalahnya. Pendekatan begini akan memberikan kebebasan kepada klien…’.
Dari situasi ini diharapkan mereka dapat menyatukan perasaan sebelum masing-masing menghuraikannya pula. Dengan tidak menganggu kesenyapan ini, klien berasa seolah-olah kaunselornya benar-benar memahami perasaannya ketika itu. Keadaan ini juga memberi peluang kepada klien untuk menilai dirinya kembali disamping kaunselor cuba dalam proses memahami perhubungan antara mereka.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Dengan memahami keadaan ini akan mudahnya timbul rasa percaya-mempercayai dan keyakinan yang memudahkan klien untuk meluahkan rasa hatinya.
Roger (1961), Traux & Carkhuff (1967) bersetuju bahawa membina keyakinan yang mendalam adalah perlu seperti kata mereka: ‘…hampir semua pendekatan menolong secara peribadi ini mengarah kepada andaian bahawa sekiranya kaunseling itu mahu berkesan, maka kliennya mestilah mengalami sama perasaan, percaya mempercayai terhadap kaunselornya. Dia hendaklah mempunyai keyakinan bahawa dia sanggup bercerita tentang kendirinya, peribadinya,
perihatinnya,
kebimbangannya,
kekeliruannya
serta
perasaan
dalamannya terhadap orang lain…’.
Arbuckle,(1965) mengatakan: ‘It is likely that the goals and objectives expressed by individuals for other people are reflective rather of needs of the person who expresses the goal that of the people for whom we supposed have the goal.
Jelas di sini matlamat kaunseling perlulah mengikut kemahuan klien dan bukan kehendak kaunselor semata-mata. Walaupun demikian kehendak ini perlulah dipersetujui bersama. Menurut Hansen, Stevic dan Warner, (1972), ‘…once the client has developed this new understanding of his behavior, his behavior will change. The counselor can enhance this process by providing encouragement to the client, so that, this encouragement takes the form of helping the client understand that he was the one who was causing his own difficulty and, further, he is the one in whom the responsibility lies for improving his situation…’
Semasa proses menggunakan segala maklumat untuk membuat keputusan kaunseling biasanya menggunakan dua cara seperti yang disarankan oleh Brammer,dan Shostrom (1968),
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
“First, he begins to develop predictions about the client’s probabilities of success in the various alternatives of decision. The second use is to aid the client toward a batter understanding of himself and the probabilities that exist”.
Setelah berteka-teki dan mendapat kata sepakat, barulah kaunselor dan klien mengkaji sedalamnya berbagai kemungkinan atau potensi keputusan seterusnya bertindak berdasarkan kemungkinan yang terbit untuk mencari jalan penyelesaian dimana kaunselor akan memberi kebebasan kepada klien untuk memilih keputusan yang sesuai untuknya setelah mempertimbangkan berbagai alternatif yang dipilih dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan tersebut.
Justeru itu daripada penjelasan di atas bolehlah disimpulkan bahawa matlamat kaunseling itu menjurus kepada enam perkara iaitu menyediakan perubahan tingkah laku, membantu membuat keputusan, membentuk kemahiran daya tindak, mempercepat seseorang menjadi rasional, memperbaiki hubungan, dan memahami serta mengelolakan kecemasan. Oleh yang demikian matlamatnya perlulah ringkas, jelas, realistik, boleh diukur dan dicapai.
3.4
FASA 4: Menamatkan Sesi Pertama
Pada penghujung perbincangan sesi pertama, kaunselor dan klien harus membuat satu keputusan sama ada mahu diteruskan sesi kaunseling ini pada masa akan datang. Menurut Brammer dan Shostrom (1968), penamatan sesi temuduga itu merupakan satu rumusan dan kesimpulan kepada proses kaunseling itu sendiri, sama ada ia berupa resolusi atau kesimpulan perbincangan dalam sesi tersebut mahupun kesimpulan bagi proses kaunseling keseluruhannya. Menurut Gibsen & Mitchell (1986) pula menjelaskan bahawa penamatan sesi temuduga bolehlah dianggap sebagai satu tahap penyelesaian.Dalam peringkat ini klien yang dibantu bertanggungjawab
menunjukkan
kemampuannya
untuk
membuat
keputusan
sementara kaunselor pula berusaha untuk menamatkannya seperti menurut Gibson & Mitcheel, (1981);
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
‘…adalah menjadi tanggungjawab kaunselor menggalakkan tindakan kliennya sebagaimana yang ditetapkan untuk menyelesaikan masalah itu. Semasa klien sibuk membuat penyelesaian, kaunselor hendaklah selalu mengawal hubungannya sebagai perujuk yang berterusan iaitu sebagai penyokong dan sekaligus penggalak kepada kliennya..’.
Menurut George & Cristiani, (1981) seorang kaunselor harus belajar menamatkan sesi kaunseling dengan berkesan. Dia harus biasa dengan isu-isu dan kemahiran yang terlibat secara langsung dalam proses penamatan temuduganya bagi menamatkan hubungan dalam kaunselingnya itu. Dalam situasi ini kaunselor seharusnya telah memberitahu kliennya bila sesi itu akan berakhir di awal lagi. Penamatan sesi yang mengejut dan mendadak boleh memberi reaksi dan emosi negatif kepada klien.
Menurut Maznah Baba & Zainal Madon (2003) terdapat beberapa panduan untuk menamatkan sesi iaitunsebelum menamatkan sesi , kaunselor perlu membuat rumusan perkara yang dibincangkan sepanjang sesi yang lepas dan memberi tugasan yang sesuai atau menyatakan apakah rancangan dan perkara fokus pada sesi akan datang dengan memberi ingatan dan dorongan kepada klien melaksanakan tugasan yang diberi seterusnya memberi ruang kepada klien menerus atau menamatkan sesi dan merancang temu janji akan datang. Kaunselor yang professional tidak mengalami kesukaran untuk menamatkan sesi kaunseling dan bertindak dengan mudah seperti mengubah sedikit kedudukannya atau meletakkan tangannya di atas birai kerusi atau menyandarkan belakangnya jauh daripada klien. Semua ini memberi gambaran kepada klien bahawa kaunselor tidak berminat untuk meneruskan sesi tersebut.
Dalam proses menamatkan sesi ini kaunselor dapat melihat satu perubahan berlaku kepada kliennya di mana klien yang mengambil keputusan serta membuat penyelesaian masalahnya akan berasa lega dan merasakan dirinya dihargai dan diambil perhatian. Ini bermakna proses kaunseling itu tamat dalam pertemuan sesi pertama ini. Walaubagaimanapun jika sebaliknya pula yang berlaku, klien mungkin akan melalui sesi kaunseling yang lain atau perlu dirujukkan kepada kaunselor atau mereka yang lebih pakar lagi sebagai usaha lanjutan.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Jelas di sini bahawa proses menamatkan sesi pertemuan pertama ini merupakan satu penilaian terhadap kaunselor yang cuba melihat sejauh manakah peranan kliennya selepas dia menetapkan strategi yang bakal diambilnya. Dari sini dapatlah dinilai sama ada perkhidmatan yang telah diberikan dan proses pertemuan itu berjaya dan bermanfaat atau sebaliknya. Justeru itu, mereka boleh mengukur adakah mereka sama-sama telah memenuhi kehendak masing-masing atau jika sebaliknya adakah mereka telah menetapkan langkah seterusnya bagi sesi yang akan datang.
Bagi pengamal perhubungan kaunseling Islam, fasa ini dinamakan fasa berdoa dan bertawakal. Apabila sudah selesai segala usaha yang dijalankan oleh kaunselor dan klien maka sebagai langkah yang terakhir, diserahkanlah segala kejayaan usaha tadi kepada Allah yang Maha Berkuasa dan Penentu segalanya. Sentiasalah berdoa dengan sepenuh hati agar Allah menolong diri yang berada dalam keadaan konflik dan diselesaikan segala masalah dengan secepat yang mungkin. Bertawakkal pula ialah menyerahkan diri kepada Allah terhadap konflik yang dihadapi dengan penuh keyakinan bahawa Allah pasti menolong hambanya.
3.5
FASA 5: Membuat Rujukan
Dalam keadaan tertentu ada masanya kaunselor tidak dapat meneruskan kaunseling kerana keupayaannya menangani masalah yang dihadapi di luar kebolehannya. Justeru itu, kaunselor perlu merujuk klien ini kepada kaunselor yang sesuai atau agensi lain. Menurut Maznah Baba & Zainal Madon (2003). ‘merujuk’ merupakan proses di mana kaunselor merujuk klien kepada pakar lain untuk mendapatkan perkhidmatan yang khusus atau ketidakmampuan kaunselor mengendalikan kaunseling. Rujukan boleh berlaku pada peringkat awal atau selepas melalui sesi kaunseling.
Proses merujuk perlu dilakukan apabila kaunselor tidak dapat melaksanakan proses kaunseling secara professional ke atas klien. Ini biasanya berlaku apabila klien yang dihadapi merupakan sahabat atau saudara, atau ahli keluarga kepada kaunselor. Menurut Zainal Abidin (2004) adalah sukar, malah tidak digalakkan kaunselor
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
meneruskan hubungan kaunseling dalam jangka masa panjang dengan sahabat atau ahli saudara. Keadaan tidak profesioanl ini juga boleh berlaku apabila klien pula merasakan perasaan yang lain pula kepada kaunselor atau kaunselor merasakan personaliti klien bertembung dengan personalitinya dan menganggu proses kaunseling kerana sukar mencapai penyelesaian.
Kaunselor juga boleh melakukan proses merujuk ini apabila masalah yang dihadapi klien terlalu rumit serta kompleks dan di luar keupayaannya kerana proses membuat keputusan merupakan satu keadaan yang mencabar seperti menurut Hansen, Stevis, & Warner: “dicision making offers counselor and client an important milieu for counseling. The counseling process involves a situation in wich the client can examine himself and the possibilities open to him. There is need to understand such personal variables as risk taking propensity. There is also a need to have much accurate information as possible about the alternatives which exist so that the best decision possible is made. The counselor should be a potent contributor to the client’s decision making”.
Kaunselor perlu mengenalpasti tahap pengetahuan dan keupayaan diri sendiri dan perlu dinyatakan kepada klien mengapa ada limitasi dan kepada siapa ia akan dirujuk untuk mengelakkan buruk sangka atau klien rasa tidak sangka. Faktor lain yang boleh menyebabkan proses kaunseling dirujuk kepada pihak lain apabila klien enggan menerangkan masalahnya kepada kaunselor atas beberapa sebab yang tidak diketahui. Terdapat juga keadaan di mana selepas beberapa sesi kaunseling dengan klien, kaunselor mendapati hubungannya dengan klien tidak dirasakan berkesan atau ia gagal memahami klien. Menurut Parker (1966) kaunselor mestilah peka terhadap orang lain, memiliki kemampuan menganalisa kekuatan dan kelemahan seorang lain secara objektif, mempunyai kesedaran mengenai perbezaan diri manusia dan kemampuan mengenalpasti kesukaran-kesukaran pembelajaran. Mowrer (1951) pula menganggap kematangan seorang kaunselor akan menjayakan proses kaunselingnya dengan berkesan sekali.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Jelaslah di sini bahawa kaunselor tidak perlu menganggap dirinya kurang cekap atau gagal kerana terpaksa menghantar klien kepada orang lain. Sebenarnya, kaunselor mesti ada kemahiran untuk mengenal keadaan, bila masanya dia boleh menawarkan diri untuk menjalankan kaunseling atau bila masanya untuk dirujuk kepada kaunselor lain. Adalah tidak realistik, sekiranya kaunselor memikirkan bahawa dia mampu untuk mengendalikan sesi kaunseling untuk semua klien yang mempunyai pelbagai masalah kerana kita tidak boleh menjadi ‘pakar’ dalam semua perkara.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
PERINGKAT-PERINGKAT PROSES KAUNSELING Secara umum aktiviti-aktiviti berikut berlaku dalam proses kaunseling ; * PENYEDIAAN DAN KEMASUKAN * PENJELASAN * PENSTRUKTURAN * PERHUBUNGAN * PENEROKAAN * PENGUKUHAN * PENGUKUHAN * PENAMATAN
Terdapat tiga peringkat asas yang utama dalam proses kaunseling individu ataupun kelompok. Setiap peringkat ini merupakan suatu proses yang progresif di mana ia melibatkan perhubungan yang unik di antara kaunselor dan klien.
Peringkat Permulaan 1. Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai seorang yang boleh dipercayai.
2. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian.
3. Di peringkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Peringkat Pertengahan 1. Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian.
2. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh klien.
3. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya.
Peringkat Penamatan 1. Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan jayanya. Di peringkat ini kaunselor berkenaan akan:
· Membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian terhadap tindakan yang diambil itu.
· Mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak kaunselor.
· Mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan proses.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Bab 6 Intervensi Kaunseling Kanak-Kanak Kaunseling / terapi biblio 1. Merujuk kepada perkhidmatan rujukan (guidance) yang memberikan tunjuk ajar kepada pengguna dari segi pemilihan buku /bahan bacaan yang sesuai untuk tujuan terapi. 2. Expressive therapy that uses an individual’s relationship to the content of books and poetry and other written materials as therapy.
3. The use of books to address the problems / issues of children.
4. Sejarah perkembangan terapi/kaunseling biblio bermula seawall 1930 selepas Perang Dunia ke Dua. Tentera yang cedera mendapati membaca adalah satu proses pemulihan (healing process) ke arah kadar penyembuhan yang lebih pantas dan tenang.
5. Terapi biblio banyak digunakan oleh ibu bapa/penjaga / guru-guru untuk meningkatkan motivasi dalaman (intrinsic) anak-anak.
6. Membaca suatu buku/kisah yang mempunyai situasi atau isu yang hampir sama dengan individu akan memberikan semangat/peraan yang lebih tenang, menerima. 7. Contohnya, bahan-bahan seperti Chicken’s Soup dapat membantu seseorang yang murung akibat satu pengalaman trauma untuk pulih (dari segi emosi).
8. Membaca adalah satu proses terapi yang boleh bantu hilangkan kebosanan (misalnya ketika beratur menunggu sesuatu) atau menghilangkan ketegangan (panas baran, marah, tidak sabar) . Proses bacaan – bila mula membaca sesuatu yang menarik minat, kita jadi asyik dan meneruskan pembacaan dan keasyikan ini akan melupakan kita sebentar kepada keadaan sekeliling.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Terapi Main Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.
Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanakkanak untuk meluahkan pendapat masinf-masing.
Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.
Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.
Konsep terapi bermain melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing Tujuan terapi bermain mengurangkan masalah tingkah laku meningkatkan komunikasi mempu menilai diri sendiri meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang Kelebihan terapi bermain Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri Membolehkan melahirkan masalah Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan Proses terapi bermain Tahap satu : rasa diterima akibat hubungan erat yang terbina Tahap dua : luahan perasaan secara yang terpendam secara catharsis Tahap tiga : penerokaan peristiwa Tahap empat : bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih Pelaksanaan melaksanakan terapi main
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
1) bilik terapi Kelengkapan bilik terapibersesuaian bergantung kepada kesesuaian kanak-kanak Disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku, cermin, almari dan lain-lain
2) media mainan (kritirea) Mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak Peluang untuk menguji realiti kanak-kanak Membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini Mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak 3) Kategori mainan Mainan mencirikan kehidupan sebenar - set permainan pekejaan seperti polis, doktor dan tukang masak - set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon Mainan bercirikan luahan perasaan agresif - gari - penukul - peralatan militari - topeng Mainan bercirikan luahan perasaan an kreatif - crayon - playdoh - kad - boneka bekas air
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
DEFINISI TERAPI SENI •Terapi seni ialah profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas klien/pesakit untuk menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan.
KONSEP TERAPI SENI •Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. •Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian. •Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. •Juga merupakan proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan emosi pesakit.
(Ini berdasarkan kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik individu membantu mereka menyelesaikan konflik dan masalah, membangunkan kemahiran dalaman, menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan, meningkatkan jati diri) •Luahan seni pesakit sama ada melalui lakaran, lukisan atau binaan (sculptures) membantu minda mereka memberi tumpuan pada hasil seni. •Proses teraputik ini perlahan-lahan membantu mereka mengawal kecelaruan dalam minda. •Melalui luahan artistik dan prosedur diagnostik lain pula, doktor berupaya membuat penilaian rawatan yang lebih tepat pada pesakit.
MATLAMAT TERAPI SENI •Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa •Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk “seni luar”. ( Judith Peck )
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
OBJEKTIF TERAPI SENI •Melalui pengajaran dan pembelajaran, persembahan media yang terpilih, bacaan dan kajian individu, pelajar dapat mengenali dan membiasakan diri dengan isi kandungan, gaya dan simbol imej yang kerap kali dilihat dalam karya. •Dengan ini, pelajar dapat membuka jalan di alam bawah sedar dan pintu kepada perubahan positif terhadap orang yang memerlukan pertolongan. •Menurut Eve C. Jarboe, Terapi Seni di sekolah secara amnya adalah untuk pelajar khas yang mempunyai permasalahan dalam pembelajaran, tingkahlaku, gangguan emosi atau kecacatan fizikal termasuk pada mata kasar atau halus.
FUNGSI TERAPI SENI DALAM PEMANTAPAN EMOSI •Terapi seni yang sistematik dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja pelajar yang mempunyai masalah psikologi emosi melalui hasil kerja. Hasil kerja seorang pelajar akan dinilai secara tersurat dan tersirat. •Seseorang insan belum tentu mampu melahirkan permasalahannya secara lisan, tetapi ia mudah untuk melakarkannya pada sekeping kertas kerana fitrah manusia sememangnya pandai menyimpan rahsia, lebih lebih lagi yang mengganggu dan menakutkannya. •Kaum kulit hitam di Amerika Syarikat contohnya mempunyai kecenderungan melukis dan menulis di dinding dinding yang dipanggil ‘grafitti’. •Ini adalah kerana emosi insan yang tertindas ini tidak stabil. Hanya dengan cara ini sahaja mereka dapat meluahkan perasaan sambil menyampaikan mesej. Yang pada mereka, dapat menenangkan pemberontakan dalam diri. •Secara positifnya, terapi seni akan dapat membentuk insan seperti di atas mengawal karya dan diri sendiri secara sedar dan bertanggung jawab. Atas kepentingan inilah terapi seni perlu menjadi satu cabang disiplin dalam kurikulum Pendidikan seni Visual.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
KEBERKESANAN TERAPI SEBAGAI PEMANGKIN EMOSI DAN SAHSIAH PELAJAR •Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti mengapa mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat mengawal keadaan sekeliling.Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak keupayaan untuk menguasai penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang mewakili mereka di dalam gambar. ( Silk & Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 ) •Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini , untuk mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru yang menuju kepada kebaikan ( Dyer – Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978). ( Eve C .Jarboe, 2002 )
Contoh aktiviti •Membuat conteng pada kertas •Menulis di awan / pasir •Mencatan •Melukis •Mewarna •Membuat kolaj •Menganyam tikar
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Terapi Bercerita Teknik bercerita merupakan satu teknik untuk menyalurkan sesuatu maklumat melalui perkataan, gambar dan bunyi yang sering kali dilakukan melalui teknik improvisasi. Cerita atau naratif telah lama dikongsi dalam setiap budaya sebagai hiburan, pelajaran, penyampaian budaya dan menyampaikan nilai-nilai kepada masyarakat. Elemen yang penting dalam teknik ini ialah plot, watak dan persoalan sesuatu cerita.
Bentuk penceritaan yang paling awal mempunyai kombinasi lisan berserta mimik muka dan gaya badan. Masyarakat peribumi Australia melukis simbol daripada cerita yang didengar pada dinding gua untuk membantu pencerita mengingati cerita. Seiring dengan peredaran zaman dan peradaban, cerita-cerita yang didengar kemudiannya ditulis di atas kayu, buluh, tulang,batu, kulit kayu,kulit binatang, kertas,sutera, kanvas, dirakam pada filem dan disimpan dalam bentuk digital.
Terapi bercerita merupakan satu medium untuk berkomunikasi antara ahli terapi dan klien. Komunikasi ini digunakan sebagai terapi psikologi untuk meyakinkan klien untuk membangunkan atau meningkatkan diri mereka melalui satu kaedah yang telah dipersetujui antara ahli terapi dan klien.
Terapi bercerita merupakan salah satu terapi yang mengetengahkan konsep bercerita sebagai idea utama dalam terapi bercerita. Pada masa yang sama, ahli teoris menganggap bercerita adalah satu cara yang berkesan untuk membina rapo. Di samping itu, terapi ini dapat mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra lagi. Semasa mereka menyampaikan cerita masing-masing, kanak-kanak berkongsi maklumat penting mengenai diri serta keluarga mereka, di samping melahirkan perasaan yang terpendam. Akibatnya, guru bimbingan dan kaunseling lebih memahami konflik kanak-kanak serta dinamika keluarga mereka.
Selain daripada itu, melalui terapi ini murid dapat menyerap nilai-nilai pembelajaran melalui watak di dalam sesebuah cerita tanpa memikirkan tentang masalah mereka sendiri. Murid yang telah melalui pengalaman yang menakutkan akan memproses pengalaman tersebut dan secara tidak langsung akan belajar untuk mempercayai
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
dan rasa selamat apabila mengingati pengalaman yang lalu dengan pandangan yang positif.
Terapi bercerita sesuai dijalankan secara berkelompok ataupun individu. Kaunseling kelompok melibatkan perhubungan individu yang menekankan aspek kekuatan, fikiran, perasaan dalam aktiviti pembelajaran, peribadi dan sosial. Corey (1981). Oleh sebab itu pelaksanaan terapi bercerita dalam kelompok memudahkan perkongsian pengalaman antara ahli kelompok. Namun demikian penggunaan teknik ini dalam kaunseling kelompok memerlukan syarat proses kaunseling berpusatkan klien iaitu empati, penerimaan tanpa syarat, dan kongruen/ keikhlasan.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Bab 7 Kaunseling Kelompok KEMAHIRAN KAUNSELING KELOMPOK Pelbagai jenis kelompok telah dikemukakan sebagai satu pendekatan spesifik bagi menangani masalah yang boleh dirawat melalui kaunseling kelompok. Antaranya ialah Terapi Kelompok Alderian yang telah digunakan oleh Rudolf Dreikus bagi menangani masalah kanak-kanak. Carl Rogers pula telah mengenengahkan Kaunseling Kelompok yang mengguna pendekatan terapi Pemusatan Perorangan. Albert Ellis dengan kelompok terapinya telah menerapkan Terapi Rasional Emotif Perlakuan. Robert Carkhuff pula giaenjalankan Latihan Perkembangan Sumber Insan dan Arnold Lazarus menerapkan Teknik Terapi Pelbagai Modal dalam Kelompok Terapi Perlakuan.
Asas Pengendalian Kelompok Seorang kaunselor mesti sedar tentang elemen yang mempengaruhi personaliti dalam pengendalian kelompok. Kaunselor mestilah menunjukkan sikap yang bersungguh-sungguh semasa menjalankan tugasnya. Sikap penyayang juga dikehendaki agar boleh dicontohi oleh ahli. Kaunselor juga perlu tabah dengan cabaran yang dihadapi semasa mengendalikan kelompok. Ianya berkait dengan pengendalian yang bersifat terbuka dan telus tanpa emosi, pemikiran dan perlakuan yang terselindung.
Pembentukan kelompok perlu disediakan secara rasional dan rapi serta perlu selari dengan jenis kelompok yang akan diselenggarakan. Perkara ini mesti difikirkan secara mendalam oleh kaunselor yang mengetuai perjalanan kelompok yang dibentuk itu. Sehubungan itu kejayaan penyelenggaraan kelompok juga akan bergantung kepada keperluan yang dikehendaki oleh bakal ahli yang akan menganggotai kelompok tersebut.
Sebagai seorang yang mengetuai kelompok kaunselor mesti dapat menjalinkan kepercayaan dengan semua ahli dalam kelompok tersebut. Cara pengendalian setiap kaunselor atau fasilitator adalah berbeza tetapi perkara yang penting ialah
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
mesti mendapat kerjasama yang erat dan keyakinan daripada semua ahli kelompok ke arah pencapaian matlamat. Kemungkinan juga wujud ahli yang akan menguji kecekapan kaunselor sebagai fasilitator dan mengajukan pelbagai kerenah yang rumit. Dalam keadaan demikian ketabahan kaunselor akan tercabar dan dia wajar menerapkan segala kemahirannya dengan mengguna pelbagai teknik kaunseling dan perhubungan antara insan.
Kemahiran Dalam Mengendalikan Kaunseling Kelompok Untuk memimpin sesuatu kumpulan Kaunseling Kelompok memerlukan beberapa kemahiran tertentu supaya matlamat dan tujuan kumpulan itu tercapai. Kaunselor atau fasilitator menjadi penggerak utama dalam perkembangan tiap-tiap ahli dalam kumpulan. Memimpin Kaunseling Kelompok adalah lebih sukar daripada menjadi kaunselor dalam Kaunseling Individu. Kaunselor memerlukan persediaan yang lebih rapi kerana interaksi dalam kumpulan lebih luas dengan bilangan ahli yang ramai dan personaliti yang berbeza-beza. Dengan lain perkataan kaunselor perlu menguasai beberapa kemahiran tertentu.
Kemahiran Mengenalpasti, Melabel dan Menjelas Mengenalpasti, melabel, menjelas dan menerangkan kembali maklumat yang telah diberi oleh ahli. Kaunselor perlu memahami maksud yang dinyatakan secara terus atau tidak langsung oleh ahli. Ada tiga jenis maksud yang akan dikeluarkan oleh ahli kelompok iaitu berkenaan dengan perasaan dan emosi, perlakuan dan kognitif. Kaunselor perlu sedar tentang maklumat-maklumat yang kurang jelas pada dirinya dan ahli-ahlinya atau reaksi ahli untuk mengelak dari berbincang tentang hal-hal sensitif berkenaan emosi. Kaunselor akan menggalakkan proses mengenalpasti, menjelas dan menggambarkan kembali perasaan supaya ahli faham dan sedar apa yang sedang berlaku di antara mereka. Jika ahli-ahli dapat melihat dengan jelas peranan kaunselor dalam aspek ini, mereka akan lebih yakin dan percaya kepada proses terapi kumpulannya.
Namun kaunselor juga perlu prihatin untuk mempertimbangkan perkara yang perlu dihormati dan tidak wajar diluahkan oleh ahli sebagai klien dalam kelompok bagi menjaga martabat dan kehormatannya, melainkan ahli yang terlibat benar-benar bersetuju dan berani mengambil risiko kesan pada dirinya
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Corey dan Corey (1977) mengatakan, seseorang ketua harus dapat bertindak balas secara sensitif dan simpati terhadap setiap individu dalam kelompoknya serta berkomunikasi dengan reaksi ahli-ahlinya. Mereka juga seharusnya menyaksikan kelompok dinamik melalui kemahiran-kemahirannya memproses interaksi yang kompleks dalam kelompoknya. Seorang ketua kelompok yng berkesan adalah benar-benar diasuh dan dilenturkan mengikut mesej kliennya dan bertindak balas cepat daripada cuma berkata-kata tentang dunia luas sahaja atau tidak fokus.
Dalam menguasai kemahiran ini kaunselor harus mempunyai daya memerhati yang kuat serta nampak apa yang sedang berlaku dalam kumpulannya. Pemerhatian yang dibuat haruslah diterangkan kepada ahli-ahli supaya mereka sedar tentang perlakuan dan reaksi mereka dalam kumpulan. Kaunselor tidak dapat menolong ahli mengubah perlakuan jika kaunselor sendiri tidak sedar apa yang berlaku dalam kumpulannya. Kaunselor juga mesti faham tentang budaya berinteraksi antara berlainan jantina dan umur.
Kemahiran mendengar Kaunselor memerlukan kemahiran mendengar yang tinggi kerana ini adalah kemahiran yang paling asas dan penting. Mendengar bukan satu kemahiran mudah tetapi perlu mendengar dengan berkesan terutama untuk mendengar maklumat yang dikeluarkan oleh beberapa orang. Dari proses mendengar kaunselor menunjukkan kepada ahli kualiti kaunselor yang berkesan iaitu dengan mendengar dengan teliti apa yang disebutkan oleh ahli dan tidak membuat �prejudgemental�. Kaunselor seterusnya memberi peluang kepada ahli menceritakan pandangan mereka tanpa mengecil atau mempermainkan mereka.
Kaunselor menyatakan semula perasaan ahli dan menunjukkan tanda empati serta menunjukkan minat terhadap pendapat dan pandangan ahli. Menurut Mahler (1969) dan Dinkmeyer (1971) ketua kelompok berinteraksi sesama ahlinya dengan berkongsi pengalaman, perasaan dan pengetahuan. Ia juga membantu penyertaan menjadi lebih rancak, bermoral dan perasaan yang positif, di mana penyertaan ahliahli akan mewujudkan penerimaan perasaan ahli oleh ketua itu.
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
Mewujudkan Suasana Teraputik Kemahiran ini penting terutama dalam masa perbincangan berlaku percanggahan pendapat yang dikeluarkan secara agresif. Akhirnya perselisehan faham atau pergaduhan akan berlaku di antara ahli. Kaunselor harus berhati-hati supaya keadaan yang tidak menyenangkan tidak berlaku. Namun kaunselor tidak seharusnya menyekat dan mengenepikan keinginan ahli untuk mengeluarkan pendapat. Suasana tegang tidak dibiarkan dan kaunselor harus masuk campur terutama apabila ahli mula berbelah pihak dan menjadi agresif semasa berinteraksi. Perhatikan sekiranya ada ahli yang menjadi sasaran kumpulan atau tedapat ahli yang menjadi tertekan atau tegang dan kaunselor perlu mewujudkan suasana teraputik dengan mengawal situasi atau mengunakan strategi masuk campur. Strategi ini harus diibuat dengan diplomasi supaya ahli-ahli tidak menjadi ragu-ragu terhadap keberkesanan kaunselor dalam sesi itu.
Walau bagaimanapun kaunselor jangan keterlaluan sehingga terlihat terlalu memuji atau mengkritik ahli atau menasihat ahli. Walaupun usaha ini mungkin untuk mententeramkan suasana tetapi ahli-ahli akan menjadi tidak puas hati. Kaunselor harus menjadi penghubung kepada perbincangan supaya setiap ahli dapat mengeluarkan pendapat dan interaksi mereka bertambah meluas.
Kemahiran Menghadapi Kesenyapan Kesenyapan mungkin berlaku semasa sesi Kaunseling Kelompok dijalankan dan kaunselor
perlu
memahami
dan
bersedia
menghadapi
keadaan
tersebut.
Kesenyapan lebih baik daripada ahli berbual kosong dalam kumpulan. Memahami mengapa kesenyapan berlaku dalam kumpulan adalah penting. Ahli-ahli dalam kumpulan tidak biasa bercakap tentang diri mereka. Mereka memerlukan masa untuk berfikir samada mereka telah sedia untuk menghadapi pendedahan diri. Kaunselor harus membebaskan diri dari rasa terdesak dan panik apabila kumpulan menjadi senyap.
Strategi yang boleh digunakan ialah mengelakkan diri dari menjadi orang yang mulamula memecahkan suasana kesenyapan setiap kali dengan bertanya, mengeluarkan komen dan pendapat. Gunakan masa kesenyapan untuk memerhati gerak laku ahli-
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
ahli seperti rasa bosan, gelisah , cemas, ingin bercakap tetapi takut dan reaksireaksi lain lagi. Masa itu digunakan untuk memerhati dan dan mengumpul data tanpa bahasa dari ahli. Sekiranya kaunselor tidak yakin menghadapi kesenyapan mungkin
menyebabkan
kaunselor
mengeluarkan
komen
yang
menjejaskan
penerimaan ahli.
Kemahiran Berkomunikasi Dengan Jelas Kemahiran berkomunikasi dalam kumpulan sangat penting. Kaunselor perlu memahami tahap pemikiran atau kematangan ahli-ahlinya dan menggunakan bahasa-bahasa yang difahami oleh orang biasa. Menunjukkan diri sebagai seorang yang terlalu intelektual akan menakutkan ahli. Tanda-tanda ahli tidak memahami atau kaunselor mempunyai kemahiran komuikasi yang kurang baik ialah apabila terdapat ahli yang bertanya maksud kata-kata kaunselor berulang-ulang. Jika ini berlaku ahli mungkin enggan bertanya lagi kerana malu, takut atau mungkin bosan dan akhirnya ahli menjadi pengikut tanpa soal jawab.
Satu cara yang baik untuk mengatasi keadaan ini ialah dengan mengetahui sedikit bahasa sehari-hari ahli supaya perbincangan tidak menjadi terlalu formal. Elakkan dari bercakap terlalu panjang dan berbelit-belit. Tentangan mata juga adalah sebahagian daripada komunikasi yang menunjukkan anda memberi perhatian dan berminat
Kemahiran Konfrantasi Kemahiran yang memerlukan ahli-ahli menghadapi persoalan diri sendiri yang mereka secara sedar mengelakkan diri dari menerimanya. Menggunakan teknik ini harus berhati-hati kerana ahli boleh merasa terancam apabila belum bersdia untuk menerima hakikat diri mereka. Kemahiran ini berguna untuk memperbetulkan dalih atau ketidakseimbangan kenyataan atau maklumat yang diberi oleh ahli. Dengan cara ini ahli akan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap peranan dan tindakan mereka.
Teknik ini berkesan digunakan dalam kumpulan yang telah mencapai kepercayaan dan keyakinan di antara ahli. Masalah timbul kepada kaunselor untuk menggunakan teknik ini kerana budaya dan cara hidup masyarakat khususnya Melayu mengajar
Nota EDU3073 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak
bahawa bersemuka dan berterang-terangan adalah tidak sopan dan tidak bertimbang rasa. Kaunselor dalam masa yang sama harus mengekalkan rasa penerimaan dan rasa hormat daripada ahli. Untuk itu kaunselor perlu mengenal pasti perlakuan-perlakuan yang bercanggah samada dari segi tingkah laku, perasaan dan pemikiran. Percanggahan ini hendaklah dibentangkan supaya ahli nampak dan sedar tetapi tidak sampai menunjukkan rasa menghukum, menyalah atau menuduh.
Kemahiran Intervensi Kemahiran menggunakan teknik menghalang adalah penting kepada kaunselor untuk mengendalikan sesi kelompok. Kaunselor mesti sentiasa sedar untuk perkembangan
proses
Kaunseling
Kelompok
menuju
matlamat
kumpulan
seluruhnya. Oleh itu jika dalam proses perkembangan kelompok ahli-ahli memberi maklumat yang tidak berfaedah bagi kumpulan untuk mencapai matlamat, kaunselor perlu menghalang dan mengalihkan kembali perbincangan kepada tajuk yang berkaitan. Teknik ini jika digunakan dari awal pada masa-masa yang sesuai dapat memberi contoh kepada ahli bagaimana berbincang untuk faedah bersama
Kaunselor perlu mempunyai keyakinan untuk menghalang atau intervensi apabila berlaku keadaan-keadaan tersebut. Apabila ini berlaku perkembangan kelompok akan terbantut dan menjadi lembab. Kaunselor harus sentiasa sedar hala tuju kelompoknya dan sentiasa menjalankan peranannya.
Kemahiran Meneroka Kemahiran menggunakan teknik ini adalah untuk mengenalpasti dengan lebih mendalam tentang masalah, peranan dan tindak tanduk mereka. Ahli sebenarnya ragu-ragu untuk meneliti sendiri perlakuan mereka tanpa bimbingan aktif dari kaunselor. Namun kaunselor jangan memaksa ahli memberi respon sebaliknya memberi kebenaran kepada ahli mendiamkan diri jika dilihat ahli merasa terancam. Teknik ini perlu digunakan dengan diplomasi supaya ahli tidak menganggap kaunselor �busy body�. Kaunselor boleh mengemukakan soalan-soalan terbuka dan tertutup. Sebutkan nama mereka ketika memberi respon