BAB 1: BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.1 KONSEP ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Apakah DEFINISI bimbingan, kaunseling dan psikoterapi?
Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang memerlukan panduan ke arah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan menentukan matlamat jangka pendek atau jangka panjang, merancang cara-cara bertindak dan mengubah tingkah laku ke arah yang positif.
Kaunseling ialah suatu proses interaksi antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan bersama-sama memikirkan beberapa alternatif yang sesuai bagi mengatasi kekeliruan tersebut seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih
Psikoterapi ialah suatu proses rawatan yang membawa seseorang untuk menyemak dan mengatur persepsinya terhadap diri dan persekitarannya seterusnya bersedia menerima reality hidup dunianya.
Perbandingan KONSEP bimbingan dengan kaunseling.
Persamaan
Bimbingan dan kaunseling bermatlamat memberi klien peluang untuk melihat pelbagai opsyen penyelesaian yang sedia ada, seterusnya membantu klien membuat keputusan yang bijak.
Perbezaan (pendekatan yang digunakan)
Bimbingan
Semasa proses bimbingan, masalah klien diberikan tumpuan dan layanan yang rapi;
kemudian maklumat atau nasihat dibekalkan oleh seseorang pakar (pembimbing/guru)
Semasa bimbingan diberikan, klien telah pun membuat keputusan terhadap sesuatu isu; klien hanya memerlukan maklumat lanjut dan nasihat terhadap keputusannya itu.
Kaunseling
Semasa proses kaunseling, masalah klien dibincangkan bersama klien dan kaunselor;
Di akhir sesi diharap klien mendapat celik akar dalam mencari cara penyelesaian serta berupaya membuat keputusan yang baik.
Kaunseling dijalankan dalam dua situasi:
Membantu klien mempertimbangkan satu-satu pilihan yang berpotensi dari pelbagai sudut sebelum membuat pilihan
Membantu klien mengubahsuai , mengukuh atau mengetepikan satu-satu pilihan yang telah dibuat.
Perbandingan KONSEP kaunseling dan psikoterapi.
Aspek
Kaunseling
Psikoterapi
Pendekatan
Tidak tertumpu kepada satu pendekatan khusus sahaja.
Berasaskan pendekatan psikodinamik Frued, di mana salah satu fokus latihan adalah terhadap masa silam pesakit.
Tempoh latihan
Tempoh latihan singkat dan kos yang lebih murah.
Kaunseling tidak bercorak terlalu akademik dan berbentuk pendidikan inklusif. Sesiapa sahaja berpeluang mengikuti kursus ini.
Mengambil masa yang lama.
Syarat pertama, terapis perlu menjalankan sesi bersama pesakit sebenar di bawah penyeliaan terapis berpengalaman.
Syarat kedua, terapis perlu memiliki kelayakan akademik sarjana muda.
Fokus isu
Isu-isu masa kini untuk membantu individu berkembang dan mencapai potensi menangani isu yang timbul.
Tertumpu kepada punca masa lampau berhubung dengan masalah neorosis dan psikosis yang melibatkan perubahan personaliti secara mendadak.
Seting
Pejabat atau pusat kaunseling
(bukan perubatan)
Klinik atau hospital
(bersifat perubatan)
Tempoh sesi
Satu hingga beberapa sesi
Mengambil masa yang panjang dan bertahun-tahun mengikut kes-kes tertentu.
Perbandingan ASPEK antara bimbingan , kaunseling dan psikoterapi.
Aspek
Bimbingan
Kaunseling
Psikoterapi
Konsep asas
Proses bantuan kepada individu ke arah pengetahuan, pemahaman dan kemahiran
Proses interaksi antara kaunselor terlatih dengan klien yang mengalami kekeliruan kepada memahami diri dan persekitaran.
Proses rawatan psikologi yang dijalankan oleh pakar kepada pesakit ke arah perubahan persepsi terhadap dunia realiti
Matlamat
Memberi nasihat, panduan dan pengajaran kepada pelajar yang memerlukan
Mengatasi dan menangani kekeliruan, kebuntuan dan kekusutan fikiran dan perasaan klien
Memulihkan kekeliruan, kecelaruan mental dan emosi dalam pembentukan semula jiwa.
Seting
Sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi.
Sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi, pejabat, kilang dll.
Hospital, klinik, pusat perubatan.
Tempoh
Masa yang singkat dan ringkas
Satu hingga lapan sesi
Lebih daripada 6 bulan
Jenis masalah
Masalah peribadi, akademik, keluarga kerjaya, hubungan interpersonal.
Masalah peribadi, akademik, keluarga kerjaya, hubungan interpersonal.
Masalah neorosis dan psikosis
Kaedah
Kaedah pengajaran dan nasihat
Kaedahn perbincangan dan pendidikan
Kaedah rawatan
Pihak profesional
Guru biasa, guru mata pelajaran, guru bimbingan dan kaunseling
Guru bimbingan dan kaunseling, pakar psikologi kaunseling
Pakar psikologi kaunseling klinikal psikatris, psikoanalisis
Sasaran
Individu, kelompok kecil atau besar
Individu, kelompok kecil
Individu yang mengalami masalah psikologi
1.2 MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Ramli suka berlumba motor scr haram. Kaunseling blh mbantu beliau mengubah t/laku kpd galakan minat Ali blumba di litar perlumbaan motosikalMembantu klien mengubah tingkah laku kepada kehidupan yg lebih produktif &memuaskanApakah MATLAMAT bimbingan dan kaunseling?
Ramli suka berlumba motor scr haram. Kaunseling blh mbantu beliau mengubah t/laku kpd galakan minat Ali blumba di litar perlumbaan motosikal
Membantu klien mengubah tingkah laku kepada kehidupan yg lebih produktif &memuaskan
2. Membantu klien memulakan dan meneruskan perhubugan yg positif dgn org lain Ranjit magalami kecacatan akibat kemalangan. Dia berasa rendah diri & tiada harapan utk maju. Kaunseling dpt mbantu Ranjit menerima kekurangannya sbg bukan penghalang utk berdikari.Ramlah rasa marah & kecewa dgn rakan2nya. Kaunseling dpt mbantu Ramlah utk berkomunikasi dgn rakan2 ttg perasaannya tanpa mengeruhkan keadaan & capai penyelesaian5. Membantu klien berkembang secara positif4. Membantu klien membuat keputusan dengan rasional3. Membantu klien mengurus diri dengan lebih efektif apabila dlm kesulitanRita minat melukis. Ibu bapanya memintanya mengambil kursus kedoktoran yg x diminatinya. Kaunseling dpt mancari penyelesaian Rita dgn ibu bapanya.Ramlan keliru dlm memilih kerjaya masa depannya. Kaunseling blh mbantu Ramlan mengenali minat & kerjayanya.
2. Membantu klien memulakan dan meneruskan perhubugan yg positif dgn org lain
Ranjit magalami kecacatan akibat kemalangan. Dia berasa rendah diri & tiada harapan utk maju. Kaunseling dpt mbantu Ranjit menerima kekurangannya sbg bukan penghalang utk berdikari.
Ramlah rasa marah & kecewa dgn rakan2nya. Kaunseling dpt mbantu Ramlah utk berkomunikasi dgn rakan2 ttg perasaannya tanpa mengeruhkan keadaan & capai penyelesaian
5. Membantu klien berkembang secara positif
4. Membantu klien membuat keputusan dengan rasional
3. Membantu klien mengurus diri dengan lebih efektif apabila dlm kesulitan
Rita minat melukis. Ibu bapanya memintanya mengambil kursus kedoktoran yg x diminatinya. Kaunseling dpt mancari penyelesaian Rita dgn ibu bapanya.
Ramlan keliru dlm memilih kerjaya masa depannya. Kaunseling blh mbantu Ramlan mengenali minat & kerjayanya.
1.3 PRINSIP DAN FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Huraikan PRINSIP-PRINSIP Bimbingan dan Kaunseling.
Kandungan
Huraian
Bimbingan dan Kaunseling adalah suatu proses pendidikan yang terancang dan berterusan
Bimbingan dan kaunseling disediakan sepanjang tempoh persekolahan dan individu pada semua peringkat dan tahap sekolah. Dengan kata lain, semua kanak-kanak boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan serta melibatkan diri dalam semua aktiviti berkaitan yang diiaksanakan. Mereka dibimbing untuk memperoleh pengalaman dan memupuk nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di negara kita.
Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua kanak-kanak
Segala aktiviti bimbingan dan kaunseling yang terangkum dalam perancangan tahunan terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, kaum etnik, agama atau kepercayaan masing-masing. Maka jelas bahawa aktiviti-aktiviti yang dikendalikan bersifat menyeluruh dan dapat memenuhi keperluan semua golongan kanak-kanak, mahupun bijak, sederhana atau lemah.
Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan bantuan apabila mereka memerlukan
Guru bimbingan dan kaunseling hendaklah sentiasa bersedia untuk membantu kanak-kanak yang mungkin memerlukan bantuan sokongan dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya. Walau bagaimanapun, perkhidmatan tersebut hendaklah terhad kepada waktu pejabat, melainkan timbul kecemasan atau krisis yang memerlukan bantuan serta merta.
Bimbingan dan kaunseling adalah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak bagi mengembangkan potensi dan kebolehan mereka.
Program bimbingan dan kaunseling yang dirancang dan dikendalikan hendaklah bertujuan untuk melayan keperluan kanak-kanak agar dapat berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan masing-masing.
Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa kini dan masa hadapan.
Segala usaha bimbingan dan kaunseling untuk membantu kanak-kanak bersifat lebih tegas diri, cekap menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan mereka pada masa ini akan diteruskan sehingga masa depan.
Bimbingan dan kaunseling dapat membantu kanak-kanak memahami diri dan orang lain.
Kanak-kanak yang menjalani sesi perlu memainkan aktif dalam proses bimbingan dan kaunseling; bukan duduk secara pasif dan menunggu arahan daripada guru bimbingan dan kaunseling sahaja. Perlakuan kanak-kanak sedemikian akan membolehkan mereka berpeluang untuk menjelajah tujuan-tujuan dan matlamat hidup, di samping berupaya untuk memilih serta merancang hidup mereka dengan lebih berkesan. Selain itu, mereka juga akan menyedari tentang kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama
Dalam mengendalikan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua warga sekolah termasuk pihak pentadbir, guru-guru lain, ibubapa dan kanak-kanak seharusnya bekerjasama dan menyumbangkan masa, tenaga dan kepakaran demi kejayaan dan keberkesanan aktiviti tersebut.
1.4 KEPENTINGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Nyatakan KEPENTINGAN Bimbingan dan Kaunseling terhadap pelajar.
Menyediakan perkhidmatan bimbingan dalam membantu klien menguasai kemahiran disiplin diri.
Menyumbang kepada keberkesanan pendidikan inklusif.
Membimbing murid menghadapi masalah pembelajaran.
Mengembangkan potensi murid dalam semua bidang.
Membantu membentuk iklim bilik darjah.
Memotivasikan murid.
Dapat membantu murid membuat pilihan & persediaan kerjaya
BAB 2 PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN
Senaraikan JENIS perkhidmatan bimbingan yang disediakan di sekolah.
Inventori, taksiran dan rekod
Bimbingan
Kaunseling
Penempatan dan tindakan susulan
Konsultasi dan rujukan
Penilaian
Nyatakan MAKSUD Inventori, Taksiran dan Rekod.
Inventori merujuk kepada pengumpulan maklumat mengenai kanak-kanak secara keseluruhan, dan klien secara spesifik.
Contoh: teknik ujian dan teknik bukan ujian
Taksiran merujuk kepada usaha guru bimbingan dan kaunseling untuk menganalisis dan menggunakan pelbagai jenis data murid termasuk peribadi, psikologikal dan sosial yang diperoleh daripada pelbagai jenis inventori di atas.
Contoh: taksiran berbentuk objektif dan subjektif.
Rekod merujuk kepada sistem fail sebagai indikator perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang sistematik dan berkesan.
Contoh: rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, rekod sesi bimbingan dan kaunseling dan rekod program bimbingan dan kaunseling.
Huraikan INVENTORI/ CARA PENGUMPULAN DATA/TEKNIK yang digunakan oleh guru bimbingan dan kaunseling untuk mengumpul maklumat murid.
Teknik Ujian
Teknik Bukan Ujian
Ujian Kecerdasan
Untuk menguji IQ murid
1. Soal Selidik
Sesi temubual antara kaunselor dengan pelajar untuk mendapatkan maklumat seperti butir diri.
Ujian Minat
Untuk mengetahui minat murid terhadap sesuatu aktiviti.
2. Pemerhatian
Untuk mengenalpasti ciri-ciri pelajar dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
Ujian Personaliti
Untuk mengetahui aspek bukan kognitif seperti motivasi dan afektif.
Contoh: The survey of Personal Values (SPV)
3. Kajian dokumen utama dan sekunder
Mengandungi kajian dokumen utama (autobiografi, anekdot, kad kumulatif) dan kajian dokumen sekunder (biografi, laporan guru, senarai semak)
Ujian Saringan
Untuk mengasingkan merid-murid cerdas dengan kurang cerdas.
4. Rekod anekdot
Laporan berdasarkan permerhatian terhadap sesuatu kajian atau peristiwa oleh guru atau kaunselor.
Ujian Diagnostik
Untuk mengesan punca kelemahan pembelajaran murid
5. Sosiometri
Kaedah penelitian bertujuan memerhati hubungan sosial dan psikologi pelajar yang berinteraksi dalam kumpulan mereka.
Nyatakan JENIS REKOD dan KANDUNGANNYA yang perlu disediakan oleh guru bimbingan dan kaunseling.
Jenis Rekod
Kandungan
Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Rancangan Tahunan Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling
Jadual Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Laporan aktiviti harian
Analisis Rekod Mingguan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Individu; Analisis Rekod Mingguan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
Analisis Rekod Bulanan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Individu; Analisis Rekod Bulanan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
Analisis Rekod Tahunan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Individu; Analisis Rekod Tahunan Sesi Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
Anggaran pembelanjaan program yang dirancang
Rekod sesi Bimbingan dan Kaunseling
Masa perkhidmatan diberikan
Nombor rujukan klien
Jantina dan bangsa klien
Jenis kes bimbingan dan kaunseling
Rekod Program Bimbingan dan Kaunseling
Masa aktiviti
Bidang aktiviti
Objektif aktiviti
Jenis aktiviti
Kumpulan sasaran
Nyatakan 3 DOMAIN UMUM yang bersifat perkembangan dalam perkhidmatan BIMBINGAN di sekolah.
Perkembangan peribadi dan sosial
Perkembangan akademik
Perkembangan kerjaya
Nyatakan 3 KATEGORI klien untuk kaunseling individu atau ahli kaunseling kelompok dalam perkhidmatan KAUNSELING di sekolah.
Sukarela
Dijemput
Dirujuk
Apakah PROSES yang perlu dilalui oleh seseorang klien bagi kategori SUKARELA/DIJEMPUT/ DIRUJUK dalam perkhidmatan KAUNSELING.
Klien yang datang Sukarela
Klien yang dijemput
Klien yang dirujuk
Isi borang temujanji (Permohonan Mendapatkan Khidmat Kaunseling)
Serahkan borang kepada guru BK
Dapatkan surat kebenaran
(Surat Kebenaran Meninggalkan Kelas)
Sesi dijalankan
Guru BK mengisi Borang Khidmat Kaunseling Individu/ Kelompok
Menyerahkan Surat Kebenaran Menghadiri Khidmat Kaunseling Individu/ Kelompok
Sesi dijalankan
Guru BK mengisi Borang Rujukan Perkhidmatan Kaunseling
Menyerahkan Surat Kebenaran Menghadiri Khidmat Kaunseling Individu/ Kelompok
Sesi dijalankan
Apakan TUJUAN perkhidmatan bimbingan berasaskan PENEMPATAN DAN TINDAKAN SUSULAN?
Guru bimbingan dapat membantu kanak-kanak membuat keputusan mengenai aliran persekolahan yang akan diikuti sambil mereka melalui transisi daripada satu peringkat persekolahan ke peringkat yang lain.
Penempatan melibatkan taksiran kanak-kanak perkhidmatan maklumat, dan bantuan kaunseling yang releven dengan pilihan mereka.
Tindakan susulan melibatkan perancangan yang sistematik bagi mengekalkan hubungan dengan bekas murid.
Apakah TUJUAN perkhidmatan bimbingan berasaskan KONSULTASI DAN RUJUKAN?
Guru bimbingan dan kaunseling dapat mengatur sesi perbincangan dan rundingcara antara guru dengan ibubapa atau pihak-pihak tertentu yang mengikuti kes seperti doktor perubatan, psikatris, polis dan pegawai kebajikan masyarakat.
Terangkan KEPENTINGAN 3 JENIS PENILAIAN dalam perkhidmatan Bimbingan di sekolah.
Jenis Penilaian
Penerangan
Penilaian Personalia
Jenis penilaian ini menggambarkan penilaian terhadap guru bimbingan dan kaunseling melalui data proses yang dikumpulkan.
Ia merangkumi semakan fail dan rekod yang disimpan seperti:
bilangan klien bagi kaunseling individu atau krisis;
bilangan sesi bimbingan dan kaunseling kelompok;
bilangan konferens ibubapa;
bilangan panggilan telefon kepada ibubapa/penjaga atau agensi luar.
Penilaian Program
Jenis penilaian ini menggambarkan status program bimbingan dan kaunseling sekolah berbanding dengan piawaian program yang telah ditetapkan.
Untuk tujuan pengumpulan data persepsi, beberapa teknik boleh digunakan.
Contohnya:
skala pemeringkatan diedarkan atau tinjauan pendek dilaksanakan ke atas guru dan/atau kanak-kanak;
temubual dijalankan secara rawak dengan guru-guru atau kanak-kanak tentang keberkesanan satu-satu aktiviti yang telah dikendalikan; dan sebagainya
Penilaian hasil
Jenis penilaian ini menjawab soalan, "Sejauh manakah impak program (aktiviti dan perkhidmatan) bimbingan dan kaunseling terhadap kejayaan kanak-kanak, khususnya pencapaian akademik mereka?"
Antara data hasil yang di kutip termasuk kadar penambaikan dari segi:
kehadiran murid,
markah dan gred,
skor pencapaian, dan
tingkah laku dalam bilik darjah kadar penurunan kes disiplin, dan sebagainya.
JENIS KAUNSELING
Huraikan JENIS KAUNSELING INDIVIDU / Pendekatan Orientasi B&K di sekolah.
Kaunseling
Krisis / Pemulihan
Kes-kes kritikal spt bertumbuk dgn tujuan mencedera, percubaan bunuh orang/diri, masalah mental, penyalahgunaan dadah.
Kaunseling
Penyediaan Kemudahan
Kes-kes penempatan dalam bidang kerjaya, penyelesaian masalah kemudahan berkaitan kokurikulum & kurikulum.
Kaunseling
Pencegahan
Pendekatan untuk mencegah/menyekat kemungkinan berlaku aktiviti-aktiviti yang tak diingini seperti penyalahgunaan dadah, AIDS, kelakuan tak bermoral.
Kaunseling Perkembangan
Aktiviti-aktivit yang berusaha untuk memotivasikan individu supaya bentuk personaliti & konsep kendiri yang positif ke arah mencapai prestasi yang lebih baik.
ETIKA KAUNSELOR
Jelaskan PRINSIP-PRINSIP Etika Kaunselor
Prinsip
Penjelasan
Autonomi
(Autonomy)
Menghormati hak klien untuk membuat keputusan atau bertindak sendiri tanpa sebarang pergantungan kepada atau gangguan daripada guru bimbingan dan kaunseling.
Kemurahan Hati
(Beneficience)
Berbuat baik kepada klien
Membantu klien mencapai hasil positif akibat hasil kaunseling.
Tidak Berniat Jahat
(Nonmaleficience)
Tidak melakukan sesuatu yang mencederakan atau memudaratkan klien atau orang lain
Keadilan
(Justice)
Membekalkan akses atau layanan yang sama dan asil kepada semua kanak-kanak
Kejujuran
(Vedelity)
Bersifat jujur dan ikhlas;
Elakkan sebarang penipuan atau eksploitasi terhadap klien
Kotai perjanjian dan komitmen yang dibuat.
Huraikan KOD TATALAKU yang wajib dipatuhi oleh guru bimbingan dan kaunseling.
A. Tanggungjawab terhadap
klien
mengutamakan kepentingan klien
menghormati privasi klien
Memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.
Mencapai persetujuan klien mengenai batasan unsur kerahsiaan.
B. Tanggungjawab terhadap
Rakan Profesional
Menghormati, bersikap adil dan terbuka terhadap rakan profesional
Sedia mempertahankan, membantu & membela rakan profesional yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.
C. Tanggungjawab terhadap
masyarakat
Memahami & menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana beliau berkhidmat
Mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.
D. Tanggungjawab terhadap
organisasi & majikan
Mematuhi persetujuan komitmen yg ditandatangani dgn organisasi tempat beliau berkhidmat.
Menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.
Tidak menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.
Kaunselor berperanan untuk menggunakan kemahiran kaunseling membantu klien menjaga kesejahteraan keseluruhan individu.
Apakah ASPEK PERANAN Kaunselor sepanjang hidup individu berkenaan?
Kesihatan Fizikal - membantu individu menjaga kesihatan, amalkan tabiat positif dan
gaya hidup sihat
Keperluan Sosial - perhubungan individu dengan orang lain seperti hubungan keluarga
persekitaran tempat kerja, persahabatan dan kejiranan.
Kesihatan Mental - kaunselor perlu merangsang pemikiran klien supaya lebih rasional
dalam menyelesaikan masalah.
Keperluan Emosi - meningkatkan kesejahteraan emosi klien supaya dapat menyatakan
masalah dan perasaannya terhadap kehidupan.
Keperluan Rohani - mendorong klien supaya bertindak berlandaskan sesuatu kepercayaan
dan ajaran agama.
Nyatakan CIRI-CIRI Kaunselor Profesional
Mempercayai bahawa klien adalah individu yang unik dan berharga
Mempercayai bahawa klien berupaya untuk berubah
Memahami dan mengetahui bagaimana individu yang efekttif berfungsi
Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu individu yang terbatas kefungsiannya.
Mempunyai kesanggupan melibatkan dirinya dalam proses interpersonal.
Mengenal diri sendiri dan kemahiran yang ada serta batasannya.
BAB 3 PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU KAUNSELING
MENGUMPUL MAKLUMAT MURID
Huraikan PERANAN Guru Biasa sebagai guru pembimbing / dalam mengumpul maklumat murid.
Peranan Guru
Huraian
Mengumpul maklumat pelajar
Guru bimbingan perlu manjalankan kerja pentadbiran termasuklah menguruskan fail pelajar, menyimpan rekod, surat-menyurat, penubuhan dan pengelolaan kelab bimbingan atau kelab kerjaya dan melaporkan aktiviti bimbingan dan kaunseling kepada pentadbir.
Mengurus program bimbingan dan kaunseling
Di antara pengurusan yang boleh dibuat:
Perancangan
Guru bimbingan merancang program di sekolahnya.
Pengelolaan
Menggunakan prosedur kaunseling untuk mengelola program tersebut
Penentuan halatuju
Menentukan halatuju dan perlu melaksanakan perancangan, membuat keputusan, membuat garis panduan dan peraturan.
Menilai
Menilai keberkesanan program mengenalpasti kelemahan dan kekuatan program dan mengambil tindakan seterusnya.
Mengenalpasti pelajar bermasalah dari segi disiplin
Guru bimbingan membuat rujukan kepada kaunselor atau pihak tertentu.
Menjadi perunding di antara pihak sekolah dengan ibu bapa.
Guru bimbingan harus mewujudkan satu kerjasama yang baik dengan ibu bapa pelajar berkaitan perkembangan pelajar sama ada dari segi pencapaian kurikulum atau kokurikulum.
Mengesan masalah akademik pelajar
Guru bimbingan bertanggungjawab untuk menangani kelemahan ini melalui beberapa perancangan dan program.
Memupuk pelajar dengan tabiat belajar dan baik
Guru bimbingan harus memupuk pelajar dengan tabiat belajar dan melakukan kerja dengan baik.
Bagaimanakan KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT MURID dilakukan oleh guru biasa menggunakan Teknik Ujian?
Jenis Ujian
Tujuan
Contoh/Aspek
Ujian Pencapaian
Mengukur apa yang diketahui oleh kanak-kanak berhubung dengan satu-satu mata pelajaran.
Untuk mengenalpasti potensi kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran
Tahap pembelajaran
(tinggi, sederhana, rendah)
Kadar Pembelajaran
(cepat, sederhana lembab)
Perbandingan pencapaian antara kanak-kanak lain
Ramalan mengenai mutu pembelajaran masa depan
Ujian Aptitud
Ciri yang menunjukkan kebolehan seseorang untuk mencapai kejayaan dalam satu-satu bidang tertentu.
Untuk mengukur kebolehan pembelajaran seseorang
Bateri Ujian
(penakulan verbal, kebolehan makanikal, kefasihan bahasa)
Scholastic Aptitude Test (SAT)
(skor sebagai satu criteria untuk ke university/kolej)
Inventori Minat Kerjaya
Untuk memperoleh profil awal satu kumpulan kanak-kanak yang boleh digunakan sebagai bahan perbincangan dalam sesi kaunseling individu.
Menentukan minat terhadap satu-satu bidang atau kerjaya.
Strong-Campbell Interest Inventory (SCII)
Self-directed search (SDS)
Ohio Vocational Interest Survey (OVIS)
Kuder Occupational Interest Survey (KOIS)
Inventori Personaliti
Mengdiagnosis masalah emosi yang sedang dialami
Bersifat objektif dan merangkumi aspek:
Konsep kendiri
Penyesuaian social
Gaya penyelesaian
Masalah
Bersifat subjektif dan tidak berstruktur
Teknik projektif
Draw-a-person Test
Thermatic Acerception Test (TAT)
Ujian Sikap
Menentukan fikiran atau tindak balas semula jadi terhadapo sesuatu onjek, peristiwa, dan jenis tingkahlaku seseoarnag atau kelompok.
MENGENALPASTI MASALAH KANAK-KANAK
Apakah MASALAH yang dihadapi oleh kanak-kanak?
Konflik Interpersonal
Konflik yang belaku dengan orang lain
Konflik Intrapersonal
Konflik dalam diri
Kurang pengetahuan tentang diri sendiri
Ingin tahu tentang kebolehan, kekuatan, minat dan nilai-nilai diri.
Kurang informasi tentang persekitaran
Tidak tahu bagaimana cara untuk berjaya di sekolah
Kurang Kemahiran
Perlu kemahiran tertentu seperti cara berfikir yang efektif dan tingkah laku yang asertif.
Jelaskan FAKTOR-FAKTOR pelajar bermasalah?
Faktor
Penjelasan
Faktor Pengajaran dan Pembelajaran
Perkembangan kognitif pelajar tidak selaras dengan kurikulum
Pedagogi pengajaran guru lemah
Bahan pengajaran kurang menarik minat pelajar
Faktor peribadi
Masalah kemiskinan dan kewangan
Masalah perhubungan, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran
Hilang minat
Masalah kritik kendiri, helah bela diri
Masalah komunikasi
Faktor mental
Factor warisan kelahiran tidak normal
Kecederaan otak akibat kemalangan, lemah otak akibat kurang zat makanan
Masalah kemahiran membaca, menulis, mengira,
Masalah lupa, malas berfikir dan menyelesaikan masalah
Masalah pengurusan diri
Faktor fizikal
Kurang sihat akibat kekurangan zat makanan
Kekurangan tenaga akibat mencari nafkah hidup
Masalah kecatatan seperti pekak, bisu buta, cacat anggota dan seumpamanya.
Faktor psikologi
Masalah emosi seperti pobia, trauma, benci, takut, penggeli, dendam, rendah diri, mnyendiri, keliru dan skizifrenia.
Bagaimanakah KESILAPAN PEMIKIRAN berlaku?
Pemikiran yang rigid - melihat sesuatu situasi hanya dalam 2D
Overgeneralization - melihat sesuatu peristiwa secara umum
Mind reading - percaya dia tahu apa yang orang lain fikir tentang dirinya
Alas an berdasarkan emosi - mengandai perasaan / tindak balas emosi menggambarkan situasi sebenar
Menolak perkara positif - tidak menerima pengalaman positif hanya kerana pandangan negatif
Meramal - menjangka situasi masa depan adalah negatif
Menyalahkan diri sendiri - menganggap diri sendiri adalah punca negatif
Mesti harus
Buat perbandingan
Menjadi pilihan.
BAB 4 TEORI-TEORI KAUNSELING
PERBANDINGAN TEORI-TEORI KAUNSELING
Sifat Semula Jadi Manusia
Konsep Utama / Matlamat
Teknik / Proses
Peranan Kaunselor
Peranan Klien
TEORI MODIFIKASI TINGKAH LAKU
Sikap, kebiasaan, tabiat ditentukan olh t/laku ssuatu organisma.
Perkembangan personaliti ditentukan olh pengalaman & interaksi individu & persekitarannya
Individu berbeza disebabkan perbezaan pengalamannya. t/laku dipengaruhi olh rangsanagn prsekitaran
Personaliti individu terbentuk dsebabkan olh peneguhan2 ug diterima sama ada +ve / -ve. Sikap diubah dgn cara melemah / menahan peneguhan @ proses pelupusan
Ssuatu t/laku blh ditiru dgn cara pemerhatian & peneguhan.
Individu bermasalah apabila melakukan t/laku yg menyeleweng di dlm masyarakat
Teori ini menyediakan keadaan persekitaran agar sgl t/laku yg x sesuai blh diahpuskan & membimbing klien menguasaai t/laku baru yg sesuai bg mneggantikan t/laku yg x sesuai
Matlamat
Menyediakan keadaan2 & persekitaran agar apa jua t/laku yg x sesuai blh dihapuakan & klien akn diajar menguasai t/laku yg baru yg sesuai
Klien hendaklah memilih t/laku baru yg dikehendakinya, matlamat nak dicapainya.
Proses
Definisi masalah
Perkembangan sejarah sosial
Menyatakan matlamat t/laku
Strategi mengubah t/laku
Teknik
Latihan istirehat
Penghapusan deria scr bersistem
Terapi implosive
Teknik terapi yg menyakitkan / oversif
Token ekonomi
Teknik2 kognitif
Sbg pakar, sorg guru yg aktif kerana mempunyai kemahiran saintifik yg blh digunakan bg mengubti maslaah2 kaunseling
Hendaklah amhir dgn semua teknik yg digunakan dlm teori t/laku'
'harus mpunyai orientasi yg baik ke arah oenyelidikan & statistik agar ia dpt melaksanakan penilaian dgn objektif
Harus komited kpd startegi & tatacara terapi tingkah laku
Haru smmepunyai motivasi utk mengubah apa juga t/laku yg lazim.
Sedia melakukan apa yg dipersetujui dr percubaaan2 terapi.
TEORI PEMUSATAN INSAN
Msia adalah baik & blh dipercayai
Manusia blh dipercayai berdasarkan konsep positif
t/laku manusia terhasil dr dlm diri individu tiu sndr. Ia sndr mbuat pilihan tgkh laku
menerima manusia tanpa syarat (no judgement)
konsep kendiri terbentuk dr:
'positive regard' dr org lain
Penerimaan kendiri +ve – rasa dihormati, diterima, mesra
Cenderung ke arah kesempurnaan kendiri
t/laku dilihat dr sudut persepsi.
Berkonsep psikologi kemanusiaan (humanistic)
Beri suasana teraputik kpd klien untuk merasai dirinya sndr
Meneylesaikan isu masa kini
Menerima diri secara +ve
Lebih realistik
Lebih matang
Matlamat
Klien akn mjadi lbh realistik, objektif, & lebih tepat dlm tanggapannya & lebih berkesan dlm penyelesaian masalahnya.
Teknik
Tumpuan kpd keupayaan kaunselor utk mbina hbgn memudah cara:
Refleksi perasaan
Menggalakkan klien mnyatakan mslh scr terbuka
Perhubungan penuh kemesraan & kefahaman
Kaunselor letak t/jwb pd stp tindakan, pemikiran & buat keputusan
Toleransi
Proses
Klien buat keputusan perlukan kaunselor
Kaunselor jelaskan apa yg berlaku dlm sesi kaunseling
Kanselor tlg klien nyatakan perasaan
Kaunselor x buat penilaian tp terima perasaan klien
Susuli pernyatan –VE ialah kemunculan perasaan +ve yg menunjukkan perkembangan
Kaunselor terima aspek kendiri yg baik & krg baik
Klien faham pilihan yg ada & kaunselor tlg klien menilai & faham pilihan2 yg ada
Klien mampu buat pilihan & ambil tindakan
Klien sedia menamatkan sesi
Batu klien tumpukan kpd perasaan klien sndr
Perassan itu dibias spy klien dpt mendengar & dpt melihat masalahnya
Menggalakkan luahan perasaan yg me,bawa kpd celik akal.
Klien perlu meluahkan perasaan scr lisna
Klien tumpukan pd diri dulu, baru lain & dunia persekitarannya
Klien yg berada dlm keadaan x kongruen – persepsi x sama dgn pengalaman perlu mengurangkan ketegangan agr diri kongruen dn persekitaran.#
TERI RASIONAL EMOTIF TERAPI
Insan dilahirkan dgn potensi utk bersifat rasional. Insan mampu memilih yg baik / jahat, yg slaah / betul
Msia mempunyai kecenderungan s/jadi utk memelihara diri, mengasihi & berkomunikasi dgn org lain.
Msia sndr yg menyebabkan timbul masalah, & maslah itu bkn dtg dr luar.
Konsep / Prinsip
A – (avent) peristiwa
B – (believe system)
Sistem kepercaaan
C – (consequence) emosi
D –(dispute) cabaran / Hujah
E – (New Emotion)
Emosi Normal
Matlamat
Membantu klien memperkembangkan pemikiran yg rasional & logikal dgn menggalakkan mereka memikir & memahami pemikiran x rasional yg diwarisi masa lalu sbg punca utama yg membawa kpd masalah psikologikal masa kini
A
Peristiwa, fakta, t/laku yg dialami olh klien
B
Sistem kepercayaan yg dianuti
C
Emosi yg lahir dr penilaian A dan B
D
Strategi g digunaka utk berhujah, mencabar 7 membetulkan sistem kepercayaan yg x rasional
E
Individuyg tlh jd normal akibat dr penilaian semula yg rasional & +ve
Perlu ada satu sistem bg membuktikan sistem kepercayaan yg x rasional klien sering dipengaruhi oleh ''mesti' sepatutnya 'harus'
Mencabar klien & mengarahnya utk melinbat altiviti2 yg mencabar kepercayaan yg x rasional
Menunjukkan kpd klien bhw masalahnya disebabkan olh klien sndr yg sntiasa percaya dgn kepercayaan x logik
Mencabar klien menggubal pemikiran yg x rasional & menghindar drp mnjadi mangsa
Kaunselor bersikap mengarah
Klien lbh kpd pelajar yg ingin mempelajari ssuatu drp kaunselor
Klien x perlu cerita cerita lampau, ttp perlu berbicara ttg keadaan masa kini dr sg pemikiran
Klien harus menyedari & mengenali sistem yg x rasional yg wujud dlm diri yg mengganggu emosi & kepercayaannya
BAB 5 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
TAHAP-TAHAP DALAM KAUNSELING
Senaraikan TAHAP-TAHAP dalam proses kaunseling
Tahap Membina Hubungan - Kaunselor perlu membina hubungan agar klien berasa
selesa dan membina sifat kepercayaannya terhadap kaunselor
Tahap Penerokaan - kaunselor perlu bersama-sama menerokai, memahami dan
menganalisis permasalahan klien.
Tahap Membuat Keputusan- kaunselor dan klien perlu bersetuju untuk menentukan matlamat
dan menentukan pendekatan dan srategi untuk capai matlamat
Tahap Pelaksanaan - Kaunselor membimbing dan membantu klien untuk berfungsi
dengan lebih efektif.
Tahap Penamatan Sesi - Kaunselor perlu menentukan kesediaan klien untuk sesi ditamatkan.
Penilaian keseluruhan sesi dilakukan oleh kaunselor dan klien.
TAHAP MEMBINA HUBUNGAN
Apakah TUGAS Kaunselor ?
Mewujudkan suasana yang menggalakkan hubungan
(selamat, mesra, selesa, wujud minat dan hormat perasaan klien)
Menentukan matlamat awal kaunseling
(Kaunselor dank lien bersama-sama menentukan dan menyetujui matlamat yang hendak dicapai )
Menstruktur hubungan
(menjelaskan perjalanan/proses kaunseling, penstrukturan sesi: konsep kaunseling, proses kaunseling, jangkamasa sesi, aspek kerahsiaan)
Membina kepercayaan
(kaunselor berpegang pada etika professional kaunseling, beri penekanan pada aspek kerahsiaan klien, nyatakan peranan kaunselor, ada tat etika kaunselor yang tinggi)
TAHAP PENEROKAAN
Apakah ASPEK yang perlu diberi tumpuan untuk memahami masalah klien?
Skop permasalahan
Mengenalpasti masalah yang dikemukakan adalah masalah yang sebenarnya
Mengenalpasti konteks dan persekitaran permasalahan yang berlaku
Menilai keadaan. Mengenalpasti penglibatan orang yang signifikan dengan klien
Tahap Kefungsian Klien
Klien telah dapat memenuhi keperluan psikologikal, fisiologikal dan sosial dengan baik
Berfungsi pada aras yang sesuai
Mempunyai perhubungan yang positif dengan orang yang signifikan
Dapat melalui konflik, dan cabaran hidup dengan berkesan
Memahami Corak Klien Berfikir dan Bertindak
Apakah klien berani mengambil risiko dalam permasalahan yang lepas mahupun pada masa akan datang?
Apakah corak atau gaya penyelesaian masalah klien pada masa lalu?
Memahami Kekuatan Klien
Kaunselor perlu memahami kekuatan yang ada pada klien
Klien disedarkan tentang tanggungjawabnya untuk menangani masalah yang dihadapi.
TAHAP MEMBUAT KEPUTUSAN
Nyatakan FAKTOR yang boleh mempengaruhi matlamat dan strategi kaunseling?
Faktor Klien
Jenis permasalahan klien
Cara gaya klien menghadapi masalah
Demografi klien
Tret personality klien
Budaya dan latar belakang klien
Faktor Kaunselor
Pengalaman dan pengetahuan kaunseling
Aras kognitif
Aras kemahiran komunikasi
Prinsip dan pegangan teori
Faktor Persekitaran
Tempat
Suasana
Keadaan
TAHAP PELAKSANAAN.
Apakah FAKTOR yang mempengaruhi keberkesanan proses kaunseling?
Orang yang signifikan
Orang yang banyak mempengaruhi klien
Jika perlu mereka ini dilibatkan
Sumber lain yang signifikan
Institusi lain sebagai sumber bantuan
Institusi lain sebagai sumber rujukan
Bantuan dari segi kepakaran dan kemahiran
Risalah dan artikel yang berkaitan
Klien didedahkan kepada artikel dan bahan bacaan tentang kaunseling
Klien didedahkan kepada artikel atau buku berkaitan dengan hubungan menolong.
Pengalaman dan pengetahuan kaunselor
Mendalami ilmu, kemahiran dan kepakaran
Mengkaji dan meneliti kaedah dan strategi
Mendapatkan maklumat
Apakah KEMAHIRAN ASAS yang penting dalam kaunseling
Kemahiran melayan
Kemahiran mendengar
Kemahiran memerhati
Kemahiran menyoal
Kemahiran member respon
Kemahiran merumus
Kemahiran merefleksi
Kemahiran konfrontasi
Kemahiran memprafasa
Huraikan KEMAHIRAN ASAS yang perlu dikuasai oleh seorang kaunselor.
Kemahiran menyoal
Fungsi:
Soalan Terbuka
Untuk mendapatkan maklumat awal
Memerlukan jawapan yang lebih luas dan bebas
Membantu menerangkan dengan lebih terperinci tentang sesuatu
Membantu kaunselor memahami perkara yang lebih khusus
Klien bebas member jawapan
Menggalakkan klien berkonsi maklumat
Soalan Tertutup
Untuk mendapatkan fakta yang tepat dan ringkas
Memenuhi keperluan ingin tahu sahaja
Kurang memberikan refleksi kepada klien
Kesenyapan
Tujuan:
Memberi ruang kepada klien berfikir dan mengemaskan idea membuat seseorang berucap, membuat refleksi.
Kepentingan:
Memberi peluang kepada klien melihat perasaan, sikap, nilai dan perbuatannya sendiri
Memberi ruang kepada klien berfikir sejenak dan memberi respon
Klien diberi peluang untuk bercakap dan berkata-kata
Klien memerlukan masa untuk mengimbas kembali dan memproses apa yang telah dibincangkan sebelum itu
Menandakan kaunselor menghormati dan menghargai perkara yang difikirkan oleh klien.
Kesenyapan itu penting untuk perhubungan
Kemahiran mendengar
Kepentingan:
Mempunyai nilai teraputik yang tinggi kerana dapat member gambaran kepada klien bahawa kaunselor sentiasa bersama-sama klien
Mendengar secara aktif dan dapat member maklum balas dengan tepat
Mendengar dengan teliti
Dapat member tafsiran yang tepat
Dapat membuat refleksi isi, perasaan dengan tepat
Klien merasakan dirinya dihargai dan perasaannya diberi keutamaan
Kemahiran prafasa
Maksud:
Kaunselor member maklum balas kepada klien apa yang dicakapkan dengan menggunakan perkataan kaunselor sendiri sebagai tanda kaunselor telah mendengar dengan teliti.
Kepentingan:
Kaunselor menyatakan semula intipati maklumat menandakan kaunselor mendengar dengan teliti
Menggalakkan klien untuk bercakap dengan lebih lanjut
Meringkaskan apa yang dikatakan oleh klien dengan lebih jelas
Member gambaran kepada klien bahawa kaunselor memahaminya.
Menyemak persepsi.
Contoh:
Klien: "Saya tidak suka dan bosan apabila guru meyoal saya bertubi-tubi seolah-oleh saya melakukan kesalahan"
Kaunselor: "Anda bosan apabila anda disoal dan dituduh".
Kemahiran merefleksi
Merefleksi Perasaan:
Menyatakan semula perasaan yang mungkin dialami oleh klien mengikut persepsi kaunselor
Bertujuan untuk menyemak perasaan klien ketika itu
Menggambarkan kepada klien bahawa kaunselor memahami perasaanya
Akan menggalakkan lagi klien untuk meluahkan perasaan
Klien: "Saya sungguh tidak berpuas hati dengan layanan kawan saya. Dia tidak adil,"
Kaunselor: "Jadi, anda berasa kecewa terhadap perhatian rakan anda?"
Merefleksi Isi:
Menyatakan semula isi kandungan perkara yang telah dibincangkan
Bertujuan untuk menyemak isi perkara yang dinyatakan oleh klien.
Menggambarkan kepada klien bahawa kaunselor sentiasa mengikuti jalan cerita atau perkara yang dinyatakan.
Menggalakkan klien bercakap dengan lebih mendalam lagi.
Klien: "Isteri saya mengizinkan saya berkahwin lagi. Beliau tidak sanggap mengikut saya berpindah ke tempat lain"
Kaunselor: "nampaknya isteri anda rela bermadu asalkan beliau tidak dipaksa untuk berpindah".
Kemahiran merumus
Kaunselor dan klien membuat rumusan tentang perkara yang telah dibincangkan
Bertujuan untuk menyemak apa yang telah dibincangkan
Member gambaran kepada klien bahawa kaunselor sentiasa mengikuti dan memahami apa yang dialami oleh klien.
Mengimbas kembali perkara penting yang telah dibincangkan
Menjelaskan kembali perkara penting telah dinyatakan oleh klien.
Kaunselor menjelaskan semula apa yang telah berlaku.
KEMAHIRAN MELAYAN DAN MENDENGAR
KEMAHIRAN MENGINTERPRETASI TINGKAH LAKU BUKAN LISAN
Nyatakan JENIS-JENIS dan CONTOH-CONTOH perlakuan BUKAN LISAN.
Anggota Badan
Mata:
(berlinang, terkelip-kelip, sayu, besinar, kuyu, lelap)
Penumpuan Mata:
(jeling, pandang ke bawah, liar tidak bertentang mata)
Cara Duduk:
(bersedia, menyandar,tegak,bertenaga, bergoyang)
Riak Air Muka:
(ceria, senyum ketawa, gigit bibir, masam, manis)
Gerakan Badan dan Tangan:
(menggeliat, mendepakan tangan, menggaru, menggosok)
Nada Suara
Kelajuan percakapan:
(laju, sederhana, perlahan)
Nada:
(tinggi, sederhana, rendah)
Bahasa:
(kasar, halus, slaga, teratur)
Persekitaran
Jarak:
(jauh, sederhana, rapat)
Keadaan dan kedudukan fizikal:
(kemas, bersepah,teratur,bersih,ceria, berabuk, tersusun)
Pakaian:
(menjolok mata, kemas teliti, bergaya, bersih, kotor, mahal)
Bagaimanakan untuk MENTAFSIR perlakuan BUKAN LISAN?
Tafsiran hanya perlu dibuat hanya sebagai gambaran tentang perasaan, pemikiran dan motif klien
Tafsiran tidaklah muktamad
Perlakuan hanya sebagai sumber kedua dan panduan kaunselor untuk meneroka dengan lebih mendalam tentang diri klien
Kaunselor perlu mahir untuk mengesan apa yang dinyatakan klien tidak selaras dengan apa yang dilihat
Dengan memahami perlakuan bukan lisan klien dapat member kesan rasa empati terhadap klien.
Kesan ini sangat penting dalam hubungan menolong.
Bagaimanakah seorang kaunselor menunjukkan perlakuan BUKAN LISAN?
Fokus mata
Kedudukan badan menunjukkan penerimaan
Menghadap klien atau kedudukan sisi
Badan condong ke hadapan
Riak air muka kea rah kemesraan
Tenang
KEMAHIRAN MEMBERI TINDAK BALAS
KEMAHIRAN MENGENALPASTI MASALAH
KEMAHIRAN MELAKSANAKAN INTERVENSI