Bahagian A Bina ayat berdasarkan gambar dan rangkai kata yang diberikan. menunggang – pasar 1. _______________________________ _______________________________ 2. mengulangkaji – bilik tidur _...
jsu 2015
Full description
karangan
Pertengahan Tahun 2015 - T4 - BM Penulisan
Full description
Pertengahan Tahun 2015 - T2 - BM Penulisan
Pertengahan Tahun 2015 - T3 - BM Penulisan
Pertengahan Tahun 2015 - T4 - BM PenulisanFull description
Full description
Full description
Karangan
SHARE
Full description
Cara-cara untuk murid menjana idea menulis perenggan karangan yang lengkap
Descripción: Ujian BM Tahun 2
Bahagian A [Masa dicadangkan : 15 minit] 10 Markah
Gambar dibawah menunjukkan aktiviti sebuah keluarga yang sedang berkelah di tepi pantai. Tuliskan 5 ayat yang lengkap mengenai aktiviti-aktiviti yang sedang dilakukan didalam gambar di bawah.
Bahagian B (Masa dicadangkan : 40 minit) 30 Markah
Pilih SATU daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 80 patah perkataan.
1. Pada cuti persekolahan yang lalu , kamu dan keluarga telah pulang ke kampung halaman untuk melawat datuk dan nenek. Ceritakan pengalaman percutian kamu itu.
2. Lengkapkan cerita di bawah,
Hari sudah jauh malam. Adik-adik aku sudah tidur, namun ibu bapa aku belum juga pulang. Aku menjadi bimbang dan risau. Tiba-tiba…
3. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “ Aku sebentuk cincin”
Bahagian C
Kamil diminta oleh ibunya pergi ke kedai membeli garam dan gula. Selalunya Kamil akan mengayuh basikal tetapi petang itu dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Tambahan pula, sekarang dia sedang giat menjalani latihan sukan olahraga di sekolah. Sekurang-kurangnya dia dapat meningkatkan kecergasan dirinya.
Kamil seorang yang bijak. Dia selalu menjadi rujukan kepada rakan-rakan sekelasnya. Kelebihan yang dimilikinya itu tidak sedikit pun membuatkan dia meninggi diri. Malahan, dia sentiasa sahaja memberi pandangan dan tunjuk ajar apabila diperlukan oleh rakan-rakannya.
Dalam kalangan rakan-rakan, Kamil juga dikenali dengan gelaran ”orang besi”. Panggilan ini disebabkan Kamil telah dipilih sebagai pemain terbaik dalam pertandingan ragbi peringkat negeri. Kamil juga seorang pelari pecut sekolah. Sehingga hari ini, tiada seorang pelajar yang dapat menandingi kepantasan Kamil ketika berlari. Kamil mempunyai cita-cita yang tinggi. Dia ingin mencapai kejayaan dalam akademik dan ingin menjadi ahli sukan yang berpendidikan tinggi. Dia juga bertekad mengharumkan nama negara dalam bidang sukan suatu hari nanti.