KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU PROGRAM DIPLOMA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN TAHUN II SEMESTER II
CASE STUDY TAJUK: PEDICULOSIS
NAMA
:
KENNY JOHNY
NO. MATRIK
:
BPP2013-2262
NO. KAD PENGENALAN
:
940709-12-5637
TAHUN AMBILAN
:
JANUARI 2013
PENEMPATAN KLINIKAL :
KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK (PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH)
TEMPOH PENEMPATAN PENEMPATAN :
8
–
21SEPTEMBER 2014
SESI AKADEMIK: JULAI – DECEMBER 2011
ISI KANDUNGAN
1.0
PENGENALAN ............................................................................................... 3
2.0
MASALAH KUTU KEPALA .............................. Error! Bookmark not defined.
3.0
TANDA DAN GEJALA .................................................................................... 4
4.0
KITAR HIDUP KUTU ...................................................................................... 4
5.0
CARA JANGKITAN KUTU .............................................................................. 4
6.0
RAWATAN...................................................................................................... 5
7.0
LANGKAH PENCEGAHAN ............................................................................. 6
8.0
KESIMPULAN................................................................................................. 6
9.0
RUJUKAN....................................................................................................... 7
1.0 PENGENALAN
Pediculosis adalah keadaan yang disebabkan oleh infestasi kutu iaitu sejenis
parasit dari kumpulan pediculosis humanus. Secara amnya, pediculosis berpunca daripada tiga jenis kutu iaitu pediculosis capitis, pediculosis corporis (kutu badan) dan pediculosis pubis (kutu kemaluan). Walau bagaimanapun, pediculosis capitis merupakan parasit yang kerap menyerang bahagian kepala manusia dan ini lebih dikenali sebagai kutu kepala.
Menurut
Shafinaz Sheikh Maznan
(2008) di dalam Utusan Online, “kutu
kepala sudah menjangkiti manusia sejak berjuta tahun lamanya tidak kira di negaranegara membangun mahupun maju. Setiap tahun, dianggarkan antara enam juta hingga 12 juta orang manusia di seluruh dunia dijangkiti oleh kutu kepala ”.
Kutu kepala adalah serangga kecil yang pipih dan tidak mempunyai sayap. Kutu kepala hidup dan melekat pada rambut manusia. Panjang kutu kepala adalah kira-kira 2
4 mm dan mereka biasanya ditemui pada kulit kepala di bahagian
–
belakang. Kutu kepala menggigit kulit kepala dan menghisap darah manusia. Semasa menghisap darah, air liur mereka tertumpah pada kulit kepala. Ini menyebabkan rasa gatal pada kulit kepala.
2.0 TANDA DAN GEJALA
Antara gejala-gejala yang dialami oleh kanak-kanak tersebut ialah rasa yang sangat gatal pada kulit kepala atau di belakang telinga dan leher. Mereka sentiasa menggaru sehingga menyebabkan ruam yang kerapkali kelihatan di belakang telinga. Kelihatan bintik-bintik putih pada rambut iaitu merupakan telur kutu yang melekat kepada rambut. Telur kutu juga dikenali sebagai nits. Dalam kes-kes yang teruk, jangkitan bakteria sekunder mungkin berlaku pada kawasan kulit yang pecah akibat digaru dengan kuat. Diagnosis masalah kutu dikalangan kanak-kanak yang dijangkiti dapat dibuat berdasarkan inspeksi pada kulit kepala dan helaian rambut mereka dimana terdapatnya kutu yang masih hidup serta telur kutu yang melekat pada helaian rambut.
4.0 KITAR HIDUP KUTU
Kutu kepala menyerang pada kulit kepala dan membiak sangat cepat. Parasit-parasit ini makan dengan menghisap darah perumah mereka. Kutu betina menghasilkan 6 - 8 biji telur setiap hari dan akan bertelur lagi dalam masa 16 hari. Telur kutu biasanya melekat pada bahagian bawah helaian rambut. Telur ini akan menetas dalam masa 6 - 7 hari dan anak kutu menjadi matang dalam masa 2 minggu dan seluruh kitar hidup akan bermula lagi. Telur kutu atau nits kerap ditemui di belakang telinga dan belakang leher.
5.0 CARA JANGKITAN KUTU
Kutu kepala lebih kerap ditemui pada kepala kanak-kanak perempuan yang berambut panjang. Kutu mudah berjangkit walaupun tidak boleh melompat atau terbang. Kutu biasanya berpindah daripada seorang kanak-kanak kepada kanak-
kanak lain apabila mereka tidur bersama atau bermain bersama dalam kumpulan. Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah.
Menurut Prof. Madya Dr. Mohd. Isa Abdul Majid (2010) “Kutu merupakan masalah ketara pada rambut apabila kesihatan diri tidak dipentingkan. Kutu atau nama saintifiknya, Pediculus humanes dapat berpindah daripada seorang individu kepada individu yang lain apabila peralatan rambut seperti sikat dikongsi bersama ”. Menurut pendapat Hasnan Azlan (2010) pula, kutu kepala
tidak memilih kepala
sama ada bersih atau kotor malahan ia lebih suka dengan rambut yang bersih, lurus dan pendek kerana ia memudahkan laluan kutu di kepala.
6.0 RAWATAN
Memandangkan kutu boleh merebak dengan begitu mudah dan cepat, adalah penting untuk merawatnya dengan betul dan menyeluruh. Pada masa dahulu, minyak tanah digunakan untuk membunuh kutu kepala. Namun begitu ia mengundang bahaya kerana boleh terbakar. Terdapat juga beberapa jenis racun serangga yang boleh digunakan untuk merawat masalah kutu kepala ini. Gamma benzene hexachloride dan Malathion merupakan rawatan kutu kepala paling berkesan. Bagaimanapun, Gamma benzene hexacloride telah diharamkan di beberapa negara kerana dikaitkan dengan keradangan sistem saraf pusat.
Syampu Malathion didapati berkesan menghapuskan kutu kepala dan telurtelurnya selepas 10 minit disapukan ke kepala tanpa sebarang kesan sampingan. Kadar penyembuhan kutu kepala mencapai 95.5 peratus. Cara untuk menggunakan ubat kutu adalah seperti berikut:
6.0.1 Cara penggunaan syampu Malathion
1. Basahkan rambut terlebih dahulu kemudian sapukan syampu Malathion ke seluruh rambut sehingga kulit kepala berasa basah. Beri perhatian terhadap bahagian belakang kepala dan leher. 2. Tutup kepala dengan tuala dan biarkan selama 10 – 15 minit. 3. Basuh dan syampu rambut selepas 24 jam. 4. Selepas rawatan syampu, buangkan telur kutu yang mati dengan sikat bergigi yang halus. 5. Rawatan ini hanya boleh diulang selepas 7 – 9 hari.
Bagi jangkitan sekunder pada ruam atau calar, hendaklah berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.
7.0 LANGKAH PENCEGAHAN
Adalah amat penting menjaga kebersihan diri terutama rambut untuk mengelak jangkitan kutu. Elakkan daripada berkongsi berus, sikat, aksesori rambut dan tuala dan sebagainya. Semua berus dan sikat dan bahan lain yang telah digunakan pada rambut yang telah dijangkiti dengan kutu kepala harus direndam, dicuci dan dikeringkan sepenuhnya. Semua cadar dan alas kerusi harus dicuci dengan air panas dan dikeringkan di bawah cahaya matahari. Vakumkan semua tilam, permaidani, alas kaki dan perabot yang dibalut dengan kain.
Jangan
menghantar kanak-kanak yang diinfestasi kutu ke sekolah sehingga mereka telah dirawat dengan sempurna kerana berisiko untukk menjangkiti orang lain.
8.0 KESIMPULAN
Pedikulosis kapitis adalah penyakit pada kulit kepala dan rambut yang disebabkan oleh parasit Pediculus humanus capitis. Cara penularan penyakit ini ditularkan melalui sentuhan kepala dengan kepala atau melalui benda-benda seperti sisir, bantal, dan asesoris rambut. Gejala yang paling sering timbul adalah gatal pada kulit kepala terutama pada bahagian belakang telinga dan leher yang disebabkan oleh air liur dari kutu yang mengigit kulit kepala semasa menghisap darah. Rawatan utama adalah dengan menggunakan ubat syampu seperti Malathion. Pencegahan dapat dilakukan terutama dengan menjaga kebersihan rambut, pakaian, serta bendabenda yang dapat menjadi media penularan.
9.0 RUJUKAN
1. Graham-Brown R, Savin J, Milner J, editors. Head Lice. In : In Clinical Practice Series Dermatology. China : Churcill Livingstone, 2004. p 48-51 2. Pediculosis Capitis (Head Lice) [online] [dilayari pada 2010 julai 11]; Maklumat dari:URL:http://pediatrics.aappublications.org/cgi/content/full/110/3/638?ijkey=e9c a60b1f002cef44343b8cff6711f1843b7270c 3. Pediculosis Capitis (Head Lice) [online] [dilayari pada 2010 julai 11]; Maklumat dari:URL:http://pediatrics.aappublications.org/cgi/content/full/110/3/638?ijkey=e9c a60b1f002cef44343b8cff6711f1843b7270c 4. Kutu
kepala
[online]
[dilayari
pada
2010
URL:http://ms.wikipedia.org/wiki/Kutu_kepala
julai
10];
Maklumat
dari:
5. Kutu sukakan kepala bersih [online] [dilayari pada 2010 julai 14]; Maklumat dari:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0205&pub=Utusan_ Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm&arc=hive