KEMALANGAN JALAN RAYA Sejak akhir-akhir ini, tajuk-tajuk berita seperti di atas sering dipaparkan dalam media massa sama ada media cetak atau media elektronik. Fenomena ini kian kritikal dan menggusarkan fikiran masyarakat. Peratus kes kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun, terutamanya pada musim perayaan. Senario yang menggemparkan ini tidak boleh dibiar berterusan dan mesti ditangani dengan secepat mungkin. Apakah usaha-usaha yang patut diimplementasikan bagi menyelesaikan masalah yang merunsingkan dan mengacau-bilaukan minda masyarakat ini? Kemalangan jalan raya tidak harus dipandang enteng, Mesti dibanteras ke akar umbi, Kudrat semua pihak mesti digembleng, Azam janganlah berbelah bagi. Pada pendapat saya, kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha penyelesaian ini. Kerajaan mesti menguatkuasakan undang-undang. Hukuman berat mesti dikenakan terhadap sesiapa yang berani melanggar peraturan di jalan raya. Bak kata peribahasa, " setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya pasti jatuh ke tanah". tanah ". Tamsilnya, saya mencadangkan agar pesalah laku trafik haruslah didenda sekurang-kurangnya RM500 atau dipenjarakan selama enam bulan. Dengan ini, pengguna jalan raya tidak akan berani memperlekeh amaran kerajaan lagi. Selain itu, kerajaan mesti memperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk menguji pemandu kenderaan. Oleh sebab itu, usaha kerajaan mestilah berlandaskan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. jalan . Lesen-lesen tidak harus diberikan kepada para pemandu dengan mudah. Rentetan itu, kerajaan mesti sentiasa membiayai ongkos untuk mengadakan pelbagai kempen kesedaran. Kempen-kempen ini haruslah diadakan dengan objektif menyedarkan para pengguna jalan raya tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan Inisiatif ini raya. Inisiatif ini mampu membantu meminimumkan kemalangan di jalan raya yang terus berlaku. Seterusnya, polis trafik mestlah menjalankan tugas dengan dedikasi. Mereka mesti menjalankan tugas masing-masing dan memberkas golongan yang melanggar undang-undang di jalan raya. Saman mesti sentiasa dikeluarkan untuk memberi amaran kepada si pelanggar peraturan jalan raya. Kelengkapan polis trafik mestilah sempurna. Di samping itu, polis trafik yang amanah amat diperlukan. Mereka tidak harus menerima rasuah sebaliknya mesti bersikap adil dan saksama. Sikap berdiri di atas pagar mestilah dipraktikkan oleh anggota polis trafik. Implikasinya,, polis-polis trafik juga turut memainkan peranan yang agak penting. Implikasinya Lain daripada itu, segenap lapisan masyarakat mesti melaksanakan tanggungjawab masingmasing. Jika didapati ada pengguna jalan raya telah melanggar undang-undang seperti mengadakan perlumbaan haram dan sebagainya, kita mesti segera membuat laporan kepada pihak berkuasa. Dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara polis dan masyarakat, kemalangan dapat dikurangkan. berbauµ. Pengguna jalan raya sendiri mesti memahami Kata orang tua-tua, ´malang ´ malang tidak berbauµ. maksud bidalan ini. Pengguna jalan raya mesti sentiasa memerhatikan papan-papan tanda di
tepi jalan. Papan tanda yang disediakan oleh kerajaan bertujuan memastikan keselamatan para pengguna di jalan raya. Keselamatan para pengguna jalan raya pasti dapat dijamin jika arahan telah dipatuhi. Akhir sekali, pemandu kenderaan mesti sentiasa memusatkan perhatian semasa memandu. Mereka tidak harus memandu sambil membuat perkara lain seperti menggunakan telefon, bergosip dengan orang lain dan sebagainya. Kesimpulannya, kemalangan yang di jalan raya berlaku tidak diimpikan oleh setiap orang. Bak selamatµ. Pengguna-pengguna jalan raya mestilah kata pepatah, ´pandu ´ pandu cermat jiwa selamatµ. mengimplementasikan mengimplementa sikan kewajipan masing-masing. masing-masing. Dengan ini, barulah keselamatan setiap pengguna dapat dijamin. Usaha-usaha kolektif yang telah saya cadangkan mestilah dalih!µ dilaksanakan dengan segera. Ingat, ´hendak ´ hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!µ
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX Baru-baru ini beberapa kawasan di negara kita telah dilanda banjir kilat. H al ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk di kawasan tersebut. Berikan cadangan anda tentang usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk mengatasi banjir kilat.
Sejak belakangan ini, beberapa kawasan di negara kita sering dilanda banjir kilat. Kalau dahulu banjir hanya berlaku di kawasan rendah yang berhampiran dengan sungai atau di kawasan persisiran pantai tetapi kini banjir kilat mula menjengah bandar-bandar besar. Seperti yang dilaporkan oleh media tempatan, antara kawasan yang sering dilanda banjir kilat ialah kawasan sekitar Lembah Klang, dan yang terbaru di bandar raya Shah Alam. Satu hakikat yang perlu diterima adalah banjir kilat mengundang penderitaan dan kepayahan yang bukan sedikit kepada penduduk yang terlibat. Justeru, usaha-usaha wajar dilakukan agar fenomena banjir kilat ini tidak berterusan. Proses urbanisasi berlaku dengan pantas. Hutan diteroka dan bukit digondolkan untuk dijadikan sebagai tapak pembangunan. Kawasan perumahan dan kilang-kilang tumbuh bagai ³cendawan tumbuh selepas hujan´. Walau bagaimanapun, pihak pemaju seakanakan alpa untuk menyediakan sistem perparitan yang sempurna. Oleh itu, pihak berkuasa wajar menyediakan peraturan yang lebih ketat dan pemantauan yang lebih kerap apabila sesuatu kawasan itu hendak dibangunkan. Pastikan pihak pemaju menyediakan sistem perparitan yang memenuhi piawaian yang ditetapkan. Dengan adanya sistem perparitan yang baik, air dapat mengalir dengan lancar ke sungai-sungai dan seterusnya ke laut. Pemaju yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan hendaklah diambil tindakan undang-undang. Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada mengatasi. Selain itu, terdapat sesetengah kilang dan ladang ternakan sengaja dibina berhampiran dengan sungai. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka membuang sisa buangan termasuk sisa toksik ke sungai. Hasil buangan tersebut bukan sahaja mencemarkan sungai malah mendapan sisa tersebut akan menyebabkan sungai menjadi cetek. Akibatnya, air sungai akan melimpah setiap kali hujan lebat yang turun tanpa henti untuk tempoh yang lama. Oleh yang demikian, pihak pengusaha kilang dan penternak yang terbabit perlu lebih bertanggungjawab. Sikap mementingkan keuntungan dan kesenangan diri harus dikikis. Mereka sepatutnya membuang sisa kilang dan sampah sarap di tempat pelupusan yang ditetapkan, bukannya disalirkan ke sungai. Sekiranya sikap tidak bertanggungjawab ini masih berterusan, tindakan menamatkan operasi kilang atau ladang ternakan tersebut hendaklah diambil.Pembangunan di kawasan tanah tinggi kerap kali menjadi punca berlakunya pemendapan di dasar sungai yang menyebabkan sungai menjadi cetek. Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran
seharusnya peka dengan kejadian seperti ini. Sebaik sahaja gejala ini dikesan, tindakan mendalamkan semula sungai wajar dilakukan, janganlah sudah terhantuk baru mengadah. Dalam masa yang sama, sampah sarap yang menghalang pengaliran air juga hendaklah dibersihkan. Di samping itu, akta yang menghalang pembangunan di kawasan bukit yang berhampiran dengan tempat kediaman hendaklah dikuatkuasakan. Jika tidak, penduduk-penduduk yang tinggal di kaki bukit terutamanya yang berhampiran dengan sungai akan terdedah kepada banjir kilat. Sebaik sahaja banjir kilat berlaku di Shah Alam, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi banjir kilat. Antara cadangan yang dikemukakan adalah dengan membina benteng atau tebatan banjir. Pembinaan benteng dan tebatan banjir akan menghalang air sungai daripada melimpahi kawasan sekitarnya. Pendudukpenduduk di kawasan rendah juga akan dipindahkan manakala jalan raya yang kerap dilanda banjir kilat akan dinaiktarafkan. Kerajaan Selangor melalui Menteri Besarnya Dato¶ Seri Mohamad Khir b. Toyo telah memohon peruntukan kepada kerajaan pusat untuk melaksanakan cadangan tersebut. Walaupun kos melaksanakan cadangan itu menelan belanja jutaan ringgit namun atas nama kemanusiaan, setinggi mana pun kosnya cadangan tersebut perlu dilaksanakan segera untuk mengelakkan berlakunya tragedi kemanusiaan yang lebih dahsyat. Sistem amaran banjir kilat juga perlu disediakan. Sebagaimana tsunami, banjir kilat juga boleh mengancam nyawa manusia selain merosakkan harta benda serta memusnahkan dokumen penting yang lain. Sistem amaran banjir ini boleh dipasang di tempattempat atau kawasan yang berpotensi untuk dilanda banjir kilat. Alat penggera tersebut akan mengeluarkan isyarat apabila paras air menghampiri indeks yang ditetapkan. Dengan adanya sistem amaran tersebut, penduduk boleh mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan nyawa serta barang berharga. Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa menangani banjir kilat bukanlah satu kerja yang mudah, tidak semudah yang dijangkakan. Namun, komitmen dan penggemblengan tenaga semua pihak dalam melaksanakan usahausaha seperti yang dinyatakan di atas penting untuk menangani masalah banjir kilat. Kita berharap dengan adanya bantuan segera yang diberikan, keresahan penduduk yang menjelma akibat berlakunya banjir kilat akan dapat dihapuskan. Tegasnya, masalah banjir kilat ini perlu diatasi segera agar hasrat mewujudkan negara maju menjelang 2020 dapat direalisasikan. XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX Langkah-langkah untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja.
emaja R emaja
merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan. Namun, gejala sosial yang menghantui remaja sekarang seperti membuang anak menjadikan kita dalam dilema. Untuk mengelakkan rasa malu dan hinaan masyarakat, anak yang tidak berdosa ini dibuang merata-rata. Pelbagai langkah boleh diambil untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja. Antaranya ialah kerajaan perlu mengkaji semula Seksyen 317 dan 318 Kanun Keseksaan agar denda yang lebih berat dikenakan ke atas mereka yang bersalah. Ini perlu dilakukan agar remaja akan berasa takut dan serik untuk membuang bayi. Ekoran mereka akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Ini membolehkan mereka menghayati gaya hidup sihat dan bermai Kejadian mengandung tanpa nikah dan membuang bayi pasti dapat dielakkan.
Di samping itu, didikan agama yang sempurna juga perlu diberikan kepada anak-anak seawal yang mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Dengan iman kukuh, mereka tidak mudah terpengaruh dengan gejala dan persekitaran yang ne; Ini kerana mereka sudah boleh membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Segala perbuatan haram dan berdosa seperti melakukan seks bebas dapat me hindari. Natijahnya, mereka akan mengamalkan cara hidup sihat bersama-sama murni yang menjadi kebanggaan masyarakat Timur. R emaja emaja
yang membuang bayi lazimnya terdesak oleh perasaan malu yang dikhuatiri boleh µmenconteng arang¶ ke muka keluarga. Oleh itu, pihak berkuasa menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat UKM), misalnya perlu menubuhkan pusat-pusat jagaan untuk ibuibu muda yang mengandung. Pusat ini boleh berfungsi sebagai tempat remaja berkenaan mengadu dan mendapatkan bimbingan. Dengan cara ini, nyawa bayi tidak berdosa boleh diselamatkan. Di samping itu, ibu-ibu yang mengandung ini boleh menebus dosa mereka dengan menjadi ahli masyarakat yang berguna. Langkah seterusnya ialah penubuhan bank bayi. Bank ini berfungsi menjaga setiap bayi yang tidak diingini atau tidak mampu dibela oleh ibu mereka. Bayi-bayi ini dijaga oleh pihak berkenaan sehingga besar dan boleh hidup berdikari. Dalam tempoh tertentu pula, pihak bank bayi boleh memberi peluang kepada si ibu mengambil ana semula sebelum diberikan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Dengan cara ini, nasib dan masa depan mereka lebih terjamin berbanding tragedi yang menimpa seandainya dibuang sewaktu dilahirkan. Langkah terakhir yang boleh dilakukan ialah menerusi kempen-kempen program motivasi. Tanggungjawab ini boleh dilakukan oleh pelbagai media yang ada di negara kita. Dengan kata lain, grafik dan pendedahan berbentuk µKisah Benar¶ seseorang yang pernah membuang anak akan membangkitkan kesedaran para remaja. Manakala, program motivasi kesedaran seperti µAdab Bergaul¶ dan µDosa-dosa Besar¶, misalnya mampu memperkuat lagi rasa insaf dan takut remaja akan dosa. Justeru, mereka sen beringat dan berwaspada daripada melakukan noda dan dosa. Kesimpulannya, setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu, semua pihak harus melihat gejala membuang bayi secara rasional. Tindakan bersepadu Angkatan R elawan elawan R akyat akyat (R ELA), ELA), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) R ukun ukun Tetangga (R T) T) perlu untuk menangani pergaulan bebas di kalangan remaja. Tindakan awal ini perlu kerana µmencegah itu lebih baik daripada mengubati¶. XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX LANGKAH-LANGKAH LANGKAH-LANGK AH MENGATASI GEJALA VANDALISME
Saban hari, kita sering mendengar isu remaja yang tidak pernah habis diperkatakan. Tidak kurang juga berita-berita mengenai salah laku oleh remaja yang tidak pernah lekang di dada-dada akhbar tempatan hampir pada setiap hari. R emaja emaja sebenarnya bolehlah dianalogikan sebagai batu permata yang bakal mencorakkan masa depan negara.
Namun, mereka tidak sedar akan hakikat tersebut. Mereka sering melakukan kesalahan yang melibatkan kemusnahan harta benda awam yang boleh diringkaskan dengan perkataan µvandalisme¶. Menyedari tentang hal ini, t iadakah usaha-usaha dari pihak tertentu untuk menangani masalah ini? (82 patah perkataan) Dalam konteks ini, ibu bapalah yang perlu memainkan peranan penting. Didikan agama dan nilai moral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka supaya menghargai harta benda awam yang terdapat baik di kawasan tempat tinggal mereka mahupun di tempat lain. Selain itu, mereka harus memantau aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh anak-anak mereka dan mengetahui latar belakang rakan-rakan bagi anak-anak mereka. Sekiranya mereka mendapati anakanak mereka terlibat dalam gejala vandalisme vanda lisme ini, tindakan sewajarnya harus dilakukan. Hal ini termasuklah dengan memberi amaran tegas kepada anak-anak mereka. Tindakan ini memang sesuai dengan kata orang-orang tua,³Sayangkan anak, tangan-tangankan´. (100 patah perkataan) Di samping itu, masyarakat tidak harus berpeluk tubu h apabila gejala vandalisme vanda lisme µmenjalar¶ dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka. Perbuatan seperti menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam, buaian di taman permainan dan tong sampah awam wajar d iambil perhatian. Masyarakat di sesebuah kawasan itu perlu mengadakan mesyuarat dengan para ibu bapa tentang gejala itu dan mengenakan tindakan seperti denda berupa bayaran kepada ibu bapa yang didapati anaknya terlibat dalam salah laku ini. Kesannya, ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap tindak-tanduk anak-anak mereka. (81 patah perkataan) Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen untuk memerangi gejala vandalisme. Pihak kerajaan boleh bo leh menyebarkan idea tersebut melalui stesen televisyen dan radio tempatan untuk menangani gejala yang semakin µmembarahi¶ negara ini. Kerajaan juga perlu mengenakan bayaran kompaun yang setimpal kepada sesiapa yang didapati melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan kerosakan harta benda awam. Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan laku musnah ini perlulah melakukan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat seperti menyapu sampah dan membersihkan tandas awam dan ta man-taman permainan. Natijahnya, sudah pasti gejala vandalisme akan dapat diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang yang tegas oleh pihak berwajib. (93 patah perkataan) Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat untuk bersama-sama memerangi gejala vandalisme ini. Walaupun isu ini dilihat tidaklah terlalu teruk, tetapi ingatlah bahawa ia dapat memberi impak yang besar kepada negara. Sekiranya semua kemuahan awam kita tidak boleh digunakan atau diconteng, maka di manakah kita hendak meletakkan air muka kita. Imej negara yang bersih hanya akan tinggal kenangan sahaja. Ayuhlah kita bertindak segera untuk µmemerangi¶ gejala ini dan ingatlah , µjangan sudah terhantuk barulah nak terngadah¶.
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK
Dewasa ini, golongan remaja dikatakan kurang mempunyai semangat patriotik.(IU) Isu yang mencetuskan polemik dalam kalangan media massa saban hari ini pantas meniti dari bibir ke bibir. R emaja emaja acap kali dikaitkan dengan kebejatan sosial dan budaya hedonistik yang begitu cepat merebak umpama virus epidemik.(UI) Maka, prakarsa yang pragmatik perlu diambil demi memastikan api semangat pat riotik dalam kalangan remaja tidak terpadam dan lenyap begitu sahaja sebelum nasi menjadi bubur.(KS)(67 patah perkataan) Antara langkah dominan bagi menyuburkan semangat patriotik adalah dengan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) (P LKN) yang dianjurkan oleh kerajaan.(AI) Program yang telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu ini sememangnya mempunyai pelbagai maslahat yang amat berguna. Hal ini demikian kerana tentatif program tersebut dipenuhi dengan aktiviti memupuk semangat patriotik seperti latihan kawat kaki, kursus menembak, dan aktiviti berkumpulan.(H/C) Melalui aktiviti ± akt iviti iviti ini, pelatih-pelatih pelat ih-pelatih yang terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dapat mempelajari nilai-nilai nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, bekerjasama, dan hor mat menghormati.(H/F) Hal ini dapat memupuk perpaduan yang merupakan elemen penting dalam semangat patriotik, bak kata pepatah, ¶bersatu kita teguh, bercerai kita ro boh¶.(H/F)(100 patah perkatan) Di samping itu, tokoh-tokoh yang berjasa dan telah banyak menabur bakti kepada negara sewajarnya dikenali dan dihargai.(AI) Tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul R ahman, ahman, Tok Janggut, Mat Kilau, dan Abdul R ahman ahman Limbong dapat menjadi inspirasi dan idola para remaja.(H/C) Semangat tokoh-tokoh tersebut berjuang bermati-matian demi mempertahankan tanah tumpah darah mereka perlulah mengalir dalam darah para remaja dan ¶tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas¶ agar tidak menjadi lipatan sejarah semata-mata.(H) Para remaja perlulah mengimplementasikan semangat patriotik ke arah yang positif seperti belajar bersungguh-sungguh, bekerja keras memajukan negara, dan memartabatkan nama negara sehingga Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.(H)(104 patah perkataan) Sebagai kesimpulannya, semangat patriotik amat penting demi kelangsungan negara kita pada masa hadapan.(KI) Tanpanya negara hanya gah pada pandangan zahir tetapi pada hakikatnya kosong dan rapuh. Para remaja digalakkan menyertai PLKN dan membaca kehidupan tokoh-tokoh pejuang bangsa bagi menyuburkan kecintaan kepada negara.(R I) I) Pendek kata, ´Negara Kita Tanggungjawab Kita´ tema hari kemerdekaan akan direalisasikan oleh warga yang patriotik. Ayuh para remaja, hidup suburkanlah semangat patriotik ke dalam diri kita semua! XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak, seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, maka anak-anak mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak hingga mencapai kejayaan merupakan tugas yang amat berat dan tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sentiasa memainkan pelbagai peranan untuk memastikan anakanak cemerlang dalam pelajaran. Salah satu peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran ialah membesarkan anak-anak dalam suasana yang harmoni dan ceria. Keharmonian dan keceriaan menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertelingkahan antara ibu bapa dan apa-apa jua masalah yang dapat mengganggu keharmonian dan kesejahteraan keluarga. Melalui cara ini, anak-anak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam pelajaran mereka kerana tidak dibebani tekanan yang berat. Dalam hal ini, anak-anak akan dapat berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran mereka kerana mereka hidup dalam keadaan gembira dan seronok pada setiap hari. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Selain itu, ibu bapa juga mestilah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak mereka dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anakanak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan. Dalam kebanyakan keadaan, anak-anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga merreka sukar untuk membezakan perkara yang baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan bermasalah, seperti ponteng sekolah, menghisap rokok, dan sebagainya, mereka akan mengikut jejak rakan sebaya mereka itu dan lama-kelamaan mereka tidak berminat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Melalui cara ini, ibu bapa akan dapat menangani sesuatu perkara yang melanda anak mereka lebih awal, bak kata pepatah ³ beringat sebelum kena, berjimat ber jimat sebelum habis.´ Seterusnya, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan agama dan moral yang cukup. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini bertepatan dengan tuntutan pepatah yang menyatakan ³melentur buluh biarlah daripada rebungya.´ Seruan ini memang betul kerana lazimnya anak-anak sukar dibentuk dan diperbetul setelah mereka melewati usia kanak-kanak. Apatah lagi, seperti kata bijak pandai, anak-anak itu diibaratkan kain putih, jadi ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Jika anak-anak tidak dibentengi dengan pendidikan agama dan moral sejak kecil, mereka dengan mudah akan dibanjiri
pelbagai bentuk kejahatan yang akan merosakkan diri mereka. Pendidikan agama dan moral yang baik membolehkan anak-anak menapis dan menepis segala bentuk kemungkaran dan hal ini membantu mereka memperoleh kejayaan dalam pelajaran dengan cemerlang. Di samping itu, ibu bapa juga hendaklah berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan anak-anak tentang sesuatu perkara atau masalah yang timbul. Ibu bapa juga mestilah sentiasa mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi anak-anak dan tidak menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk menjauhi anak-anak. Yang lebih penting, ibu bapa mestilah bersedia untuk menjadi pendengar yang baik kepada anakanak. Kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama supaya segala masalah yang ditanggung mereka tidak terperap dan membengkak di dalam hati mereka. Biasanya, anaanak yang memendam perasaan tidak dapat menumpukan perhatian mereka dalam pelajaran, dan dengan demikian de mikian menjadi salah seorang yang tercicir dalam pelajaran. Natijahnya, komunikasi dua hala dan perbincangan antara ibu bapa dengan anak-anak dapat melorongkan mereka ke gerbang kejayaan. Sebagai kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membantu kejayaan anak-anak. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anakanak sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya anak-anak terjebak dalam masalah social, keadaan akan menjadi semakin serius dan sukar untuk diselamatkan. Jika ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, mereka sangat sukar untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak, khususnya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu,kita perlulah menjaga kesihatan agar berada dalam keadaan yang baik. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menjaga kesihatan diri.
Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Dengan memiliki tubuh badan yang sihat, seseorang dapat melaksanakan aktiviti harian tanpa halangan. Anak-anak dapat ke sekolah menimba ilmu dan ibu bapa dapat mencari rezeki untuk keluarga. Bagi sesetengah orang, nikmat kesihatan hanya disedari apabila mereka diserang penyakit. Mereka sanggup menghabiskan wang membeli ubat dan makanan kesihatan untuk mengubati penyakit yang dihadapi. Tambahan pula, pelbagai ubat dan produk makanan kesihatan wujud di pasaran sekarang seperti ³Cendawan tumbuh selepas hujan´. Oleh sebab peri pentingnya nikmat ini dalam kehidupan, beberapa langkah perlu diambil agar kesihatan kita terjami t erjamin. n. Salah satu langkah yang perlu kita beri perhatian untuk menjaga kesihatan adalah dengan menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal. Keadaan di dalam dan di luar rumah hendaklah bersih daripada sampah sarap da n tempat-tempat air bertakung. Perkara ini akan dapat menghapuskan tempat pembiakan agen-agen penyakit seperti lalat, tikus,
nyamuk dan lain-lain. Kita perlulah menyahut seruan kempen yang dilancarkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar R aya aya Islam iaitu kempen ³Jumpa Sampah Sa mpah Kutip´ dan kempen ³Memerangi LILATI (li ( lipas,lalat pas,lalat dan tikus).´ O leh itu, sampah perlu dibakar, dikambus atau dibuang di tempat khas. Pasu-pasu bunga dan longkang perlu diperiksa agar air tidak bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Dengan demikian, penyakit-penyakit bawaan vektor seperti taun, malaria, dan denggi dapat dielakkan. Tegasnya, menjaga kebersihan persekitaran merupakan langkah asas untuk kita semua ke arah mencapai tahap kesihatan yang optimum. Selain itu, pemeriksaan kesihatan amat wajar dilakukan untuk memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan baik. Mengikut saranan pakar perubatan, seseorang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun atau enam bulan sekali. Pemeriksaan ini meliputi tekanan darah, paras gula dalam darah, tahap kolesterol dan lain-lain lagi. Tujuan pemeriksaan dibuat untuk memastikan tahap kesiahatan kita berada dalam keadaan sihat dan dapat mengesan penyakit kronik dengan lebih awal seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, ³Mencegah lebih baik daripada mengubatinya´. Bagi pesakit yang telah diserang penyakit ini, keadaannya akan boleh dikawal sebelum menjadi serius seperti peribahasa,³Cegah sebelum parah´. Pendek kata, kesihatan seseorang akan berada dalam keadaan baik jika kita k ita secara berdisiplin menjalani pemeriksaan kesihatan diri di hospitalhospital secara berjadual. Mengamalkan pemakanan seimbang tidak kurang pentingnya sebagai langkah menjaga kesihatan kita. Amalan pemakanan berkait rapat dengan kesihatan seseorang. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Inggeris tentang amalan pemakanan iaitu ³What you are, is what you eat´. Boleh dikatakan seseorang yang mengamalkan pemakanan yang seimbang akan memperoleh kesihatan yang baik. Mengamalkan pemakanan seimbang bermakna seseorang mengambil makanan yang berkhasiat dan berzat sesuai dengan keperluan tubuh badan seseorang. Seseorang individu memerlukan makanan yang sesuai berdasarkan usia, pekerjaan dan keperluan-keperluan lain. Sebagai contohnya, seorang bayi memerlukan lebih kalsium berbanding orang dewasa yang memerlukan lebih protein. Untuk lebih jelas, seseorang perlu merujuk kepada piramid makanan sebagai panduan untuk mendapatkan gizi seimbang. Sehubungan dengan itu, makanan ringan dan minuman bergas perlu dielakkan kerana boleh memudaratkan kesihatan kita. Pendek kata, langkah terbaik untuk mencapai tahap kesihatan adalah dengan mengamalkan diet makanan seimbang. Seterusnya, kesihatan kita akan lebih terjamin ter jamin jika kita melakukan kegiatan riadah. r iadah. Amalan riadah seperti berenang, jogging, menunggang basikal dan kegiatan sukan lain adalah baik untuk kesihatan. Pensyarah Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (U iTM), Profesor Madya Dr. Zulkifli Abdul Kadir, menyarankan setiap individu melakukan kegiatan riadah selama 30 minit dua kali seminggu bagi mendapatkan tahap kesihatan yang optimum. Kegiatan riadah ini akan menjadi kebiasaan jika setiap hari kita melakukannya dengan penuh disiplin dan istiqamah sesuai dengan peribahasa, ³Alah bisa tegal biasa.´ Dengan melakukan kegiatan riadah, otot-otot tubuh akan lebih bertenaga dan kecergasan badan akan bertambah baik. Di samping itu, seseorang dapat menghirup
udara segar semasa melakukan senaman di taman-taman permainan serta dapat mengurangkan tekanan atau stress selepas seharian penat bekerja di pejabat. Seyogia disarankan agar kita dapat melakukan kegiatan senaman secara untuk memperoleh kesihatan yang baik. Amalan gaya hidup sihat merupakan langkah yang tidak kurang pentingnya untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Kini, kita dikejutkan dengan bermacam-macam amalan hidup yang negatif telah menular dalam masyarakat kita. Antara gaya hidup yang negatif ialah amalan seks rambang dan bebas, melanggani pelacur, penagihan dadah dan pil-pil khayal, ketagihan arak serta lain-lainnya. Begitu juga amalan merokok yang masih menjadi sebahagian cara hidup muda-mudi dan remaja dalam masyarakat kita seolah-olah kempen ³Katakan Tak Nak Pada R okok´ okok´ giat dijalankan. Sudah tentu, gaya hidup tidak sihat akan mengundang penyakit seperti Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), siflis dan lain-lain. Amalan-amalan sebegini perlu dijauhkan seterusnya mengamalkan cara hidup sihat berdasarkan norma-norma agama dan budaya timur kita. Lantaran itu, beralihlah kepada cara hidup sihat bagi mendapatkan kesihatan yang baik sebagaimana kempen ³Gaya Hidup Sihat´ yang diuar-uarkan oleh kerajaan. Sebagai kesimpulannya, penjagaan kesihatan perlu menjadi agenda dan keutamaan dalam hidup kita seharian. Pelbagai langkah boleh diambil untuk memperoleh kesihatan yang baik. Antaranya, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, mengambil pemakanan seimbang dan melakukan kegiatan riadah. Kita haruslah lebih prihatin dan mengambil berat tentang kesihatan diri agar dapat menjalani kehidupan yang berkualiti. Individu yang sihat akan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran negara selaras dengan slogan, ³R akyat akyat Sihat Negara Sejahtera´. XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa Jiran sepakat membawa berkat . "
"
Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.
Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa ´tak kenal maka tak cintaµ. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.
Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlismajlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.
Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anakanak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela
ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.
Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya memikulnya,, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu.
Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu ´bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masingµ. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa ´bersatu kita teguh, bercerai kita robohµ. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera. XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
SOALAN:Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ¶Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian·. Haizam seorang anak yatim. Bapanya meninggal dunia semasa dia berusia 10 tahun. Ibunya, Puan Mina pula lumpuh sebahagian daripada tubuhnya akibat
diserang angin ahmar kira-kira dua tahun yang lalu.Haizam mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Najwa Amira.Adiknya berumur sembilan tahun. Lantaran kemiskinan dia terpaksa berhenti sekolah semasa berada dalam tingkatan empat walaupun mendapat tentangan daripada ibunya. Berbekalkan Berbekalkan sedikit wang simpanan s impanan arwah ayahnya, dia mula berniaga secara kecil-kecilan. kecil-kecilan. Pada mulanya dia menjual air di tepi jalan besar berdekatan dengan rumahnya tetapi kurang mendapat sambutan.Namun, dia tidak berputus asa. Dia mencuba pula menjual buah-buahan yang diambilnya daripada Pak Karim, seorang peraih buah di kampungnya.Malangnya keuntungan yang diperolehnya diperolehnya tidak setimpal dengan usaha yang telah dilakukannya.
Haizam sering termenung memikirkan masa depannya. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan di di bandar yang terletak b erhampiran dengan kampungnya. Dia kemudiannya diterima sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah restoran yang terkenal di bandar itu. Oleh sebab kerajinannya, dia telah dinaikkan pangkat sebagai pelayan di restoran tersebut.
Kini, sudah hampir lima tahun dia bekerja b ekerja di restoran itu. Dia begitu gembira bekerja di situ kerana majikannya seorang yang bertimbang bertimbang rasa, pemurah dan tidak lokek lo kek berkongsi ilmu dengannya.Dia juga telah belajar memasak masakan Timur dan juga Barat daripada chef masakan di situ. Banyak pengalaman yang ditimbanya semasa bekerja di situ. Bagi menjamin masa depannya, pada setiap bulan dia akan menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diterimanya ke dalam bank.Dia juga b ercita-cita untuk memiliki restorannya sendiri suatu hari nanti.
Berbekalkan pengalaman dan juga wang simpanan yang dia miliki, dia telah mengusahakan mengusahakan sebuah gerai makanan menjual menjual lauk-pauk secara s ecara kecil-kecilan. Oleh sebab makanan yang disediakan begitu sedap sekali, gerainya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelanggan.Dari sebuah gerai yang kecil, dia telah menyewa sebuah bangunan untuk dijadikan restoran. Akhirnya, perniagaannya telah berkembang maju dan dia telah membuka beberapa cawangan di sekitar bandar tersebut.
Bak kata pepatah p epatah Melayu ·Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang berenang-renang ke tepian, bersakitb ersakitsakit dahulu, bersenang-senang kemudian·.Begitulah kemudian·.Begitulah apa yang berlaku dalam
kehidupan Haizam, daripada seorang pemuda yang y ang tiada berharta,kini mempunyai kemewahan kemewahan yang dicapainya dicap ainya melalui usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa. XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
SOALAN:Peribahasa SOALAN:Peribahasa ¶Di mana ada kemahuan, kemahuan, di situ ada jalan· menasihati kita supaya sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu tujuan. Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa itu.
¶Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan·.Ungkapan peribahasa ini selalu diucapkan oleh masyarakat Melayu ketika merancang sesuatu usaha. Peribahasa ini bermaksud bahawa kalau seseorang itu mempunyai impian, dia akan berusaha bersungguh-sungguh bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
Jika diteliti pada p ada maksud peribahasa ini,pengertiannya ini,pengertiannya amat mendalam sekali. Seseorang itu diberi keyakinan bahawa cita-citanya akan dapat dic apai melalui usaha yang gigih.Justeru, seseorang itu mestilah berani menempuh sebarang cabaran d an halangan sebelum menikmati sesuatu hasil.
Sehubungan dengan itu, jika seseorang yang bercita-cita untuk menjadi doktor tidak akan dapat mencapai cita-citanya jika dia tidak belajar dengan tekun. Cita-citanya ini akan menjadi seperti angan-angan Mat Jenin. Oleh yang demikian, usaha itu adalah penting bagi mencapai cita-cita tersebut persis kata mutiara ¶Usaha itu tangga kejayaan·.
Ada kalanya juga peribahasa ini diucapkan d iucapkan sebagai suatu sindiran. Sindiran ini bertujuan menyedarkan seseorang itu tanpa menyakitkan hatinya. Seseorang yang memahami maksud peribahasa ini akan segera menyedari kesilapan dirinya dan berusaha untuk memperbaiki kesilapan dirinya.
Selain peribahasa ini, terdapat beberapa lagi peribahasa lain yang mempunyai pengertian yang sama juga. Tamsilnya, peribahasa ¶Hati hendak, semua jadi·, ¶Kalau hendak seribu daya, kalau tak mahu seribu dalih· dan d an ¶Kalau tidak dipecahkan dip ecahkan ruyung, manakan dapat sagunya·.
Konklusinya, setiap individu mestilah berusaha b erusaha untuk memperoleh apa yang mereka hajati. Kita tidak bol boleh eh hanya berpeluk tubuh sahaja. Hal ini berlaku demikian kerana tanpa usaha ibarat mengharapkan mengharapkan buah yang takkan gugur untuk selama-lamanya. XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Karangan Anti Dadah Perjuangan menentang dadah memerlukan penglibatan masyarakat secara total. Kefahaman masyarakat terhadap tanggungjawab mereka amat diperlukan memandangkan usaha menangani gejala dadah tidak harus diletakkan di bahu kerajaan semata-mata. Mereka tidak harus mengambil sikap terus menghukum atau membiarkan mana-mana penagih atau bekas-bekas penagih kerana kerjasama masyarakat amat penting dalam memulihkan golongan penagih untuk kembali kepada kehidupan normal.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan penagih mahupun bekas penagih cenderung bergelumang dengan kancah itu kerana sikap masyarakat yang meminggirkan golongan itu untuk mendapat tempat dalam kelompok sosial mahupun ekonomi. Lantaran itu, masalah dadah akan menjadi semakin serius jika kite tidak memberi peluang kepada penagih untuk kembali ke jalan yang betul. Persepsi masyarakat terhadap penagih juga perlu diubah kerana mereka bukanlah penjenayah, tetapi pesakit yang perlu diberikan rawatan. Memang besar mereka melakukan kesilapan pada peringkat awal kerana terjerumus dengan penagihan dadah. Tegasnya, sikap yang positif daripada masyarakat amat diperlukan bagi memastikan golongan ini dapat dibimbing agar dapat memperbaik cara hidup mereka.
Di samping itu, institusi keluarga juga memastkan peranan amat penting dalam menangani masalah ini. Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka supaya tidak terjebak ke lembah yang hina ini. Gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini agar seluruh anggota masyarakat memperkasa institusi kekeluargaan harus disahut dengan penuh muhasabah. Tanpa kekuatan dan kesungguhan untuk membina komuniti terpenting ini, pasti usaha mereformasikan bangsa akan gagal.
Dadah dan jenayah masih menjadi dua musuh tegar yang sering mengancam kesejahteraan institusi kekeluargaan. Setiap ahli keluarga perlu sentiasa peka terhadap tindak-tanduk anggota keluarga sendiri agar tidak-sesekali membuka ruang kepada dua musuh tersebut menyelinap masuk dalam kehidupan berkeluarga. Dadah ialah satu masalah sosial yang dihadapi oleh pelbagai kaum.
Selain kerajaan, peranan besar ibu bapa yang berfungsi sebagai tapak pembentukan peribadi den sahsiah diri perlu lebih diperkasakan. Kita kerap mendengar kisah anakanak yang terjebak dalam penyalahgunaan dadah disebabkan perceraian ibu bapa, derita anak yang ketandusan kasih sayang keluarga, di samping pengaruh rakansebaya.Punahnya ikatan kekeluargaan telah menjadi penyumbang kepada tercetusnya banyak gejala sosial dalam kalangan anak muda. Justeru, peranan institusi kekeluargaan masih terus berada di puncaknya.
Sekolah ialah tempat yang paling sesuai untuk menggerakkan kempen membenci dadah dan cara paling berkesan ialah memfokuskan kepada pelajar yang disyaki atau cenderung untuk terlibat. Dalam usia tahap rebung ini, lebih mudah untuk mengembalikan mereka ke pangkal jalan melalui kaedah kaunseling, dan sebagainya. Walau bagaimanapun dalam usaha itu, masalah utama pentadbiran sekolah ialah mengesan pelajar yang menagih dadah sebelum tindakan susulan lainnya dapat dilakukan. Kaedah ujian air kencing tidak dapat dilakukan secara menyeluruh, tetapi hanya secara rawak menyebabkan ada pelajar terlibat terlepas, serta terus dibiarkan mempengaruhi rakan-¬rakan sebaya lainnya. Tetapi, melalui bantuan teknologi, iaitu mesin pengimbas mata canggih yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran, masalah mengesan pelajar yang menagih dadah menjadi lebih mudah. Justeru, mesin berharga RM200,000 yang beroperasi secar bergerak ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memastikan setiap sekolah bebas daripada pengaruh dadah.
Begitu pun teknologi sahaja tidak mencukupi jika semua pihak khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak mengambil langkah proaktif. Usaha pencegahan dan pemulihan di peringkat sekolah tentunya dapat dijalankan dengan lebih agresif lagi jika dilakukan secara bersepadu. Janganlah hanya tertumpu kepada usaha ke arah
kecemerlangan semata-mata sehingga mengabaikan masalah sosial dalam kalangan pelajar khususnya penagihan dadah.
Secara tuntas, ancaman dadah di negara ini semakih menggawatkan dan menimbulkan pelbagai permasalahan sosial yang kronik. Fenomena ini merupakan satu ancaman besar kepada negara sekiranya langkah menanganinya tidak diambil segera. Jika tidak, hasrat melihat negara bebas daripada ancaman dadah yang juga musuh nombor satu negara menjelang tahun 2015, mungkin tidak kesampaian. Justeru, keadaan itu menuntut satu gerakan pembasmian yang lebih berfokus, tersusun, jitu, dan menyeluruh tanpa bergantung kepada usaha kerajaan bagi menanganinya. Diharap semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), swasta, dan pihak sekolah tampil bersama-same kerajaan menggembleng tenaga membanteras gejala tersebut.
you are the president of the NILAM club of your school.Your school library is not well maintained and the other students have been camplaining about it.You planned to write a report to the principal to inform her about the problems there.You would like to give some suggestions on how to overcome the problems