oto, Matlamat, Objektif Motto Kelab Komputer IT PENJANA INTELEK PELAJAR Matlamat Matlamat Kelab Komputer SMKUT ialah membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan menguasai kemahiran asas teknologi maklumat. Selain daripada itu, pelajar juga boleh meningkatkan keupayaan pengkomputeran untuk pembangunan diri sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini dan yang akan datang berlandaskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Obkektif
Mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan sistem komputer/teknologi maklumat.
Membimbing pelajar mengetahui sistem pengoperasian komputer.
Memberi pelajar peluang untuk meneroka perkembangan terbaru dalam pelbagai disiplin.
Menguasai kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang sesuai melalui penggunaan teknologi maklumat.
Memupuk sikap positif terhadap penggunaan teknologi maklumat.
Menggalakkan dan perkongsian idea dan maklumat di kalangan pelajar antara kelab dan antara institusi atau individu dalam masyarakat
VISI Menjadikan SMKUT Komuniti Berilmu Yang Cemerlang Menjelang Tahun 2013
MISI 1. Pengurusan dan Kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus 2. Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang cemerlang 3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan 4. Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif 5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional. SLOGAN KOMUNITI BERILMU SMKUT TERBILANG
Program dan Aktiviti Khas Kelab Komputer turut mengadakan
'Treasure hunt' melalui internet.
Aktiviti berkumpulan dalam menghasilkan cenderahati seperti kad-kad semasa hari istimewa iaitu Hari Ibu, Hari Guru serta banyak lagi
Mendedahkan ahli Kelab Komputer kepada pengetahuan ICT secara lebih mendalam.
Mengadakan lawatan sambil belajar ke PIKOM PC FAIR
Kelab juga akan mengadakan kursus-kursus komputer untuk ahli2 yang aktif.
Pertandingan “King Of Typist”
Pameran ICT sempena MAKP
Perlembagaan PERLEMBAGAAN Kewangan
Jumlah derma mingguan/bulanan/tahunan hendaklah ditentukan dalam Mesyuarat Agong serta mendapt persetujuan dari pihak pentadbir.
Yuran Keahlian RM 3.00 setahun
Persatuan/Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi menyertai aktiviti tersebut.
Peraturan
Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
Peraturan khas yang ditetapkan dan diluluskan oleh guru pemimpin hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
Penyertaan ...Keahlian dibuka kepada pelajar-pelajar SMK Umas-Umas,Tawau,Sabah ...Had keahlian ialah 55 ahli
Kehadiran ...Ahli dimestikan hadir pada hari aktiviti. ...Kegagalan berbuat demikian sebanyak 3 kali berturut-turut akan dimaklumkan kepada ibubapa secara bertulis. ...Peratus kehadiran perlu sekurang-kurangnya 70%
Pakaian ...Tidak bertentangan dengan peraturan sekolah.
Keselamatan dan Disiplin ...Ahli hendaklah mematuhi segala peraturan sekolah dan peraturan
Persatuan.
Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum ...Hendaklah dibawa oleh ahli setiap kali perjumpaan untuk merekod kehadiran
dan aktiviti.
Penggunaan Kemudahan dan Peralatan
...Semua ahli bertanggungjawab menggunakan kemudahan/pealatan sekolah dengan baik dan selamat. Pendaftaran Persatuan/ Badan Beruniform
Persatuan/Badan Beruniform ini didaftarkan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Umas-Umas dengan syarat pendaftaran boleh ditarik balik oleh pihak sekolah jika perlu. Pihak sekolah juga berhak untuk menambah atau meminda atau memansuhkan mana-mana peraturan dalam perlembagaan apabila perlu.
Kelab Komputer ini telah didaftarkan pada tahun 2011