Gangster = 1st CS yang berjaya close di atas MA5 / 10 high selepas berlaku satu kejatuhan atau 1st cs yang closed bawah MA5 / 10 low selepas satu kenaikan.
Gangster ini bagi tahu yang ada tandatanda awal trend ingin berubah. Belum confirm, sehingga lah dia pergi cari balik, kalau gangster buy, dia cari semula MA5 / 10 low, kalau gangster sell, dia cari balik MA5 / 10 high. 80% begitulah keadaannya.
Kalau gangster buy, masa dia cari balik MA5 / 10 low dan dia close pula bawah MA5 / 10 low jadi gangster sell pula, gangster buy tadi sudah tidak valid. Tetapi seperti biasa, bila sudah jadi gangster sell, dia kena pergi cari balik MA5 / 10 high. Dia berbalas pantun. Sampai lah pantun tidak berbalas, tengok mana gangster paling kuat.
Balas Pantun : 1) Bila keluar gangster sell, dia naik cari MA5 / 10 high, kalau closed bawah MA5 / 10 high, pantun tidak jawab, sell valid. Kalau closed di atas MA5 / 10 high dan jadi gangster buy pula, pantun berbalas, sell tidak valid.
2) Kebiasaan bila sudah jadi gangster buy, selepas itu dia turun cari MA5 / 10 low balik semula, kalau dia closed atas MA5 / 10 low, maknanya pantun tidak berbalas, gangster buy itu valid. Tetapi kalau cs closed pula bawah MA5 / 10 low, cs itu jadi gangster sell.
Pantun berbalas dan buy sudah tidak valid dan dia repeat balik no 1 dan no 2 sehingga kalau dia tidak berjaya close bawah MA5 / 10 low atau closed atas MA5 / 10 high semasa berbalas pantun tadi. Keadaan ini biasa semasa sideway dan di time frame kecik.