PERKARA PENGENALAN / PENDAHULUAN ISI / FAKTA HURAIAN CADANAGAN / KESIMPULAN BIBLIOGRAFI / RUJUKAN JUMLAH
MARKAH PENUH 1 4 4 3 3 15
CTU 261 ISLAM DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR
KONSEP ALAM SEKITAR BERDASARKAN PERSPEKTIF AL-QURAN
KUMPULAN BN3B
NAMA NUR FARHANA BINTI MHD MOKHTAR ROSMIRA BINTI ROSMEE RUHAIZA BINTI MOHD RAZALI SHABELLA BINTI SHAHURI NABILAH BINTI IDRIS
NO PELAJAR 2009150617 2009169803 2009961163 2009289828 2009640696
DISEMAK OLEH : EN. MOHD ZAHIRWAN HALIM BIN ZAINAL Z AINAL ABIDIN
SEMESTER 3 2010-2011
MARKAH
ISI KANDUNGAN BIL
TAJUK
MUKA SURAT
1.1
PENGHARGAAN
1
1.2
PENGENALAN
2
1.3
ISI PERBINCANGAN, FAKTA DAN HURAIAN
3
1.4
KESIMPULAN
23
1.5
RUJUKAN
24
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah wassalatu was-salam µala Rasulillah wa ¶ala¶ alihi wa sahbihi ajma µin. Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT yang telah memberi masa kepada kami menyiapkan laporan ini yang bertajuk Konsep Alam Sekitar Berlandaskan Perspektif AlQuran. Walaupun kelihatan penulisannya ringkas, namun ianya sedikit sebanyak mampu menjelaskan persoalan yang terkandung di sebalik tajuk-tajuk kecil yang terdapat dalam isi kandungannya kerana kami telah mencuba untuk mendapatkan fakta-fakta yang jelas dan mudah difahami. Disamping mengkaji selidik buku-buku yang t erdapat di perpustakaan dan milik persendirian,juga melayari laman-laman web yang berkaitan dengannya. Pada kesempatan ini kami ingin mengambil peluang untuk merakam penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohd Zahirwan Halim Bin Zainal Abidin yang merupakan pensyarah bagi mata pelajaran CTU261 sedikit sebanyak telah memberi sokongan dan panduan kepada kami bagi menyempurnakan laporan ini dengan jayanya. Untuk itu ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli kumpulan yang mengambil inisiatif menyempurnakan laporan ini atas usaha, sokongan dan kerjasama yang diberikan amat berharga dan perlu dirakamkan sebagai penghargaan ini. Mudah-mudahan laporan ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas berhubung dengan Konsep Alam Sekitar Berdasarkan Perspektif Al-Quran dan kepentingannya dalam usaha mencapai agenda negara menuju wawasan 2020.
-1-
PENGENALAN
Terdapat dua perkataan dalam tajuk ini yang perlu d iberikan fokus, iaituratqa dan fataq. Ratqa berasal daripada perkataan Arab rataqa yang bermaksud patch up, sew up iaitu ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup. Fataq pula berasal daripada bahasa Arab fataqa yang bermaksud unsew, unstitch, rip open, tear apart iaitu dibuka, dibelah dan dikoyak. Ia melambangkan sesuatu yang terbuka, terungkai dan mengembang. Berhubung dengan ayat ini, Imam Said bin Jubair berkata, ³Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan Allah dalam ayat in.´ Tafsiran oleh Imam Said bin Jubair ini yang dinyatakan lebih daripada 1,000 tahun dahulu mengagumkan. Berhubung dengan tafsiran ini, Syeikh Said Hawa berkata dalam al-Asas fi al-Tafsir, ³Tafsiran yang dibuat, sebagai contohnya oleh Imam Said bin Jubair, menceritakan mengenai sesuatu yang tidak diketahui melainkan baru-baru ini.´ Mengikut teori Big Bang, alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlaku suatu letupan yang kuat, sekitar 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Selepas itu berlaku pengembangan dan penyejukan sehingga akhirnya lahir bintang-bintang, planet-planet, galaksi dan yang seumpamanya. Kewujudan gas helium dan sinaran radiasi secara seimbang di angkasa raya, menguatkan lagi teori Big Bang. Pada hari ini teori Big Bang menjadi satu teori yang sukar digugat dan pakar-pakar menganggapnya sebagai satu pegangan yang diiktiraf dalam ilmu kosmologi moden (standard cosmology) pada hari ini.
-2-
Beliau adalah seorang profesor dalam bidang sains geologi dan pernah menjadi dekan di Jabatan Geologi di Institute of Geoscience, Johannes Gutenberg University, Mainz, Germany. Berhubung dengan ayat ini beliau berkata, ³Melihat asal usul Muhammad, saya hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal usul yang sama.
PENCIPTAAN
ALAM DARIPADA ASAP.
Antara proses itu adalah kelahiran gas-gas hidrogen da n helium yang kemudiannya bercantum sehingga menjadi gumpalan asap raksasa. Dalam surah Fussilat ayat 11 Allah menyatakan yang bermaksud, ³Kemudian dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu dia berkata kepadanya dan bumi, µDatanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa. Apabila kita mengamati ayat ini secara mendalam kita mendapati ia mengandungi beberapa konsep kosmologi yang menarik. Pertama, ayat ini menjelaskan Allah menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap. Langit melambangkan kosmos yang luas. Kenyataan ini memang selari dengan penemuan semasa dan hal ini akan dibincangkan kemudian. Kedua, Allah mengarahkan langit dan bumi supaya keluar menjelma daripada asap yang memenuhi kosmos di peringkat awal kejadian alam. Ia menunjukkan asap di kosmos menjadi batu bata kepada kelahiran bintang, galaksi, bumi dan yang seumpamanya. Seperkara yang perlu kita fokuskan adalah berkaitan berkaitan dengan pertanyaan Allah kepada langit dan bumi sama ada kedua-duanya hendak datang secara tunduk ataupun terpaksa. Ia mengisyaratkan proses kejadian langit dan bumi t idak berlaku berdasarkan konsep kemungkinan, kebetulan ataupun rambang. Sebaliknya ia akan berlaku mengikut sistem dan perencanaan, iaitu sistem dan perencanaan Allah.
-3-
Kewujudan satu sistem yang mantap dan mampu mengatur proses kejadian alam secara tersusun lagi komprehensif dari satu peringkat ke satu peringkat menunjukkan memang wujud di sana maha perancang, iaitu Allah. Berhubung dengan ini, Paul Davies dalam superforce (1984) berkata, ³Memang susah hendak dipercayai bahawa ledakan Big Bang yang dahsyat itu mampu menghasilkan tenaga dan kuasa tarikan yang tepat. Justeru Big Bang bukannya sekadar satu ledakan tetapi ia merupakan satu ledakan yang terancang.´
1) Kejadian Langit Dan Bumi Daripada Asap. Dalam surah Fussilat ayat 11, Allah mengatakan langit dan bumi di peringkat awal dahulu kosong daripada sebarang objek di langit. Yang wujud adalah asap. Daripada asap ini lahirlah bintang-bintang serta galaksi disusuli dengan kelahiran sistem suria dan bumi. Berhubung dengan ini, da lam kitab Al-Asas fi al-Tafsir , As-Syeikh Said Hawa berkata, ³Sesungguhnya memang sudah ada suatu keyakinan sebelum terjadinya bintang-bintang, keadaan di angkasa raya adalah dalam bentuk gas seperti asap. Pandangan seperti ini dapat diterima sebagai sahih kerana ia begitu hampir dengan maksud perkataan dukhan di dalam alQuran.´ Perkataan yang digunakan dalam ayat ini yang melambangkan asap adalah dukhan. Dalam bahasa Inggeris dukhan bermaksud smoke. Penggunaan kalimat asap atau smoke ini memang selari dengan penemuan semasa kerana asap lahir dari satu suasana yang panas dan suasana di peringkat awal kejadian alam sememangnya panas.
-4-
Semasa menceritakan mengenai asap ini, para saintis mengaitkannya dengan gas-gas (terutamanya hidrogen dan helium) yang wujud seperti awan tebal di peringkat awal dahulu. Para saintis menyifatkan asap daripada gas ini sebagai d ark cloud s, cloud s of gas, fog of neutral hyd rogen and helium dan hot mass of gas. Ia bermaksud gas-gas di peringkat awal kejadian langit dan bumi wujud dalam bentuk seperti, ³awan-awan hitam, awan-awan daripada gas, awanawan gas daripada hidrogen dan helium, gas bersuhu tinggi´ dan yang seumpamanya. Kejadian langit dan bumi daripada asap menyentuh berkenaan kejadian objek-objek daripada asap. Oleh sebab bumi adalah satu objek maka langit yang dinyatakan Allah juga merupakan objek-objek seperti bintang dan ga laksi. Kesemua objek ini lahir daripada asap. Salah satu kajian yang dilakukan dalam bidang ilmu astrofizik adalah mengenal pasti keadaan alam selepas berlakunya peristiwa Big Bang. Kajian menunjukkan, pengembangan alam berlaku dalam keadaan suhu tinggi di peringkat itu. Selepas masa berlalu lebih kurang tiga minit proses penyejukan pula berlaku. Keadaan ini memungkinkan kelahiran proton dan neutron dan percantuman keduaduanya melahirkan nukleus. Nukleus ini kemudiaannya bercantum dengan elektron dan dengan itu lahirlah atom hidrogen dan helium. Selepas 30000 tahun berlalu (selepas Big Bang) gas-gas hidrogen dan helium bercantum kesan daripada tarikan graviti dan dengan itu lahirlah gumpalan-gumpalan asap raksasa. Daripada gumpalan-gumpalan asap ini, selepas ber lalu masa jutaan tahun, lahirlah bintangbintang, galaksi, planet dan bumi. Dalam artikel bertajuk Gas Clouds In Space: Re mnants of The Big Bang di San Francisco Examiner bertarikh 14 januari 2000, Keay Davidson melaporkan para saintis menemui gas hidrogen yang bergerak seumpama awan di kawasan angkasa dengan kelajuan lebih kurang 300 batu sejam.
-5-
Mereka mendapati awan-awan raksasa yang dipenuhi gas memainkan peranan penting dalam melahirkan bintang-bintang dan juga galaksi-galaksi di langit sebelum ini. Di samping itu sebahagian daripada awan ini menentukan komposisi kimia di galaksi-galaksi dengan menghujaninya dengan gas-gas tertentu dari masa ke semasa. Di bawah tajuk Star Formation, The Earliest Stars, ia melaporkan, ³Pakar-pakar dalam bidang kosmologi meyakini alam ini bermula lebih kurang 15 bilion tahun dahulu dengan ledakan Big Bang. Ia melahirkan gas-gas hidrogen dan helium dalam bentuk gumpalan awan raksasa. Kesan daripada tarikan graviti yang berlaku antara molekul-molekul gas ini, lahirlah bintang.´
ALAM SEMESTA MENGEMBANG Berhubung dengan fenomena ini, dalam surah az-Zariyat ayat 47 Allah mnjelaskan, ³Dan langit kami bangun dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya. Dalam ayat ini Allah menggunakan perkataan muusi¶uun. Dalam bahasa Arab perkataan muusi¶uun berasal daripada perkataan wasa-µa. Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic oleh J Million Cowan menterjemahkan perkataan wasa-µa se bagai to be wid e, roomy, spacious, extensive yang bermaksud µmenjadi besar, luas.¶ ³ Maksud ayat ini adalah langit ini Allah jadikan ia luas. Ayat ini adalah ayat mukjizat berhubung kejadian alam. Justeru, sekiranya ada sesiapa yang masih enggan beramal dengan Quran kerana sombong dengan sains yang dimilikinya, baik sekiranya dia menilai semula dirinya sebelum terlambat. Satu di antara versi Big Bang yang diterima umum oleh pakar-pakar sains hari ini adalah konsep pengembangan alam. Meng ikut teori ini, di peringkat awal selepas berlakunya letupan Big Bang, alam ini mengembang 10 kuasa 50 daripada saiz nya yang asal dan selepas itu proses pengembangan ini menjadi per lahan sedikit berbanding sebelumnya.
-6-
Beliau mendapati semakin jauh sesebuah galaksi itu daripada bumi, semakin laju proses pengembangannya. Dua kumpulan pakar sains mengesahakan alam ini sememangnya sedang mengembang. Kumpulan pertama yang dikenali sebagai pasukan The Hubble Space Telescope Key Project Team, dianggotai oleh 20 orang pakar astronomi. Kumpulan ini mendapati alam ini mengembang dengan kelajuan 80 kn sesaat semegapersaat (km/sec/Mpc). Kumpulan kedua pula mendapati pengembangannya berlaku dengan kelajuan 57 km/sec/Mpc. Pada hari ini dengan bantuan alat yang lebih canggih penemuan-penemuan semasa semakin memantapkan lagi teori pengembangan alam ini. Mereka mendapati pada peringkat awal kejadian kosmos alam ini adalah lebih kecil daripada atom. Kemudian pada masa satu per setrilion saat ia mengembang sehingga menjadi kosmos yang luas. Satelit ini dikenali sebagai Wilkilson Microwave Anisotropy Probe atau WMAP.
PENCIPTAAN
ALAM DALAM
ENAM
HARI.
Dalam surah Hud ayat 7, Allah berkata, ³Dan dia yang mencipta langit dan bumi dalam masa enam hari dan adalah Arasynya di atas air«´ Ayat ini menjelaskan berkenaan dua perkara. Pertama, ia menjelaskan kejadian langit dan bumi melalui pelbagai peringkat. Kedua, proses kejadian langit dan bumi melahirkan a ir dan Arasy Allah berada di atas air. Semasa mnjelaskan mengenai masa yang diambil bagi proses kejadian langit dan bumi (iaitu enam hari), Allah menggunakan perkataan ayyaam. Ayyaam bermaksud µage, era, time¶ iaitu µumur, era, masa¶. µEnam hari¶ bermaksud µenam masa ataupun enam peringkat masa¶. Kadangkala satu hari di sisi Allah menyamai 50 ribu tahun mengikut kiraan dunia. Sebagai contoh, dalam surah al-Ma¶arij, ayat 4 Allah menyatakan, ³Malaikat-malaikat dan jibrail naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun.´
-7-
Justeru, hari mengikut kiraan manusia di bumi adalah berbeza dengan hari di alam yang berbeza pada dimensi yang berbeza. Konsep ini adalah selari dengan sains berdasarkan konsep Pengembangan Masa atau Time Dilation yang dikaitkan dengan Teo ri Relativiti Albert Einstein. Justeru, Syed Qutub di dalam Fi Zilal al-Quran berkata, ³Tidak syak lagi yang dimaksudkan dengan hari dalam ayat ini adalah hari-hari yang ditetapkan Allah, dia sahaja yang tahu kadar masanya. Ia bukan hari-hari yang dihitung oleh manusia di bumi ini.´ Hamka di dalam Tafsir al- Azhar pula berkata, ³Hari (dalam ayat ini) adalah hari Allah, Tuhan sekalian alam. Ia ada lah hari meliputi seluruh alam dan bukannya hari yang dikira menurut peredaran bumi mengelilingi matahari yang hanya memakan masa 24 jam. Berjuta-juta bintang di langit mempunyai hari-harinya sendiri, meng ikut edarannya mengelilingi matahari. Ada antaranya yang lebih panjang daripada hari di bumi dan ada juga yang lebih pendek.
1)
Enam
Atau Lapan Hari.
Dalam surah Fussilat ayat 9 hingga 12, Allah menjelaskan, ³Ssungguhnya patutkah kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam masa dua hari dan kamu adakan sekutu-kutu baginya. Yang (bersifat) demikian itu adalah Tuhan semesta alam. Dan ia menjadikan d i bumi itu gunung-ganang yang kukuh di atasnya. Dia memberkatinya dan dia menentukan bahan-bahan keperluan hidup penghuninya dalam masa empat hari. (Penjelasan itu sebagai jawapan) bagi orang-orang yang bertanya. Kemudian dia menuju ke arah langit sedangkan langit masih merupakan asap. Lalu ia menjelaskan kepadanya dan kepada bumi, ³Datanglah kamu keduanya menurut perintahku sama ada dengan suka hati ataupun dengan terpaksa.´ Keduanya menjawab, ³Kami berdua datang dengan suka hati.´ Maka dia menjadikannya tujuh langit dalam dua hari dan dia mewahyukan kepada tiap-tiap langit urusannya. Dan kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta kami memelihara langit dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah yang maha perkasa, lagi maha mengetahui.´
-8-
Ayat ini menceritakan tentang ia seolah-olah menunjukkan proses kejadian langit dan bumi melalui lapan masa (dan bukannya enam), iaitu, ³Dan menciptakan bumi dalam masa dua hari. Dia menjadikan gunung-ganang dan menentukan bahan-bahan keperluan hidup atas bumi dalam masa empat hari.Dia menjadikan t ujuh langit dalam dua hari, ³Musuh-musuh Islam suka menjadikan ayat ini sebagai bukti Quran tidak autentik. Mereka sebenarnya yang tersilap dan bukannya Quran. Sebenarnya bahagian satu dan dua iaitu, ³Dia menciptakan bumi dalam masa dua hari. Dia menjadikan gunung-ganang dan menentukan bahan-bahan keperluan hidup atas bumi dalam masa empat hari,´ adalah episod-episod bertindih yang berkaitan dengan pro ses yang sama iaitu proses kejadian bumi. Berbalik kepada ayat-ayat dalam surah Fussilat ini, penciptaan bumi sebenarnya t idak dapat dipisahkan daripada kejadian gunung-ganang serta bahan-bahan keperluan hidup kerana semuanya berlaku serentak. Hal ini disebabkan gunung-ganang adalah sebahagian daripada muka bumi. Justeru, hari-hari yang Allah sebutkan dalam bahagian satu bertindih dengan harihari yang Allah sebutkan dalam bahagian dua. Imam an-Nasafi pula berkata, ³Berhubung dengan penciptaan bumi, (Allah menetapkan) dua hari bagi penciptaan bumi dan dua hari lagi bagi penciptaan gunung-ganang dan penetapan keperluan hidup. Kesemuanya memakan masa empat hari.´ Seterusnya Said Hawa sendiri di dalam kitab beliau al-Asas fi al-Tafsir berkata, ³Berpandukan dalil-dalil daripada Quran, kenyataan langit dan bumi dicipta dalam enam peringkat dapat dianggap sebagai satu pandangan yang putus tanpa perbezaan pendapat (qat¶ii) dikalangan ulama Islam. 2)
Bible Dan Enam Hari.
Riwayat Bible menyebutkan secara tegas, penciptaan alam memakan masa enam hari dan diakhiri dengan hari istirahat, iaitu, hari Sabtu. Justeru orang-orang Yahudi menjadikan hari Sabtu sebagai hari cuti selepas enam hari bekerja seperti yang Tuhan lakukan. -9-
Di dalam AlKitab terbitan The Bible Soc iety of Malaysia, disebutkan, ³1 Pada mulanya, ketika Allah mula menciptakan alam semesta, 2 bumi belum berbentuk dan masih kacau-bilau. Samudera yang bergelora, yang menutupi segala sesuatu, diliputi oleh kegelapan yang pekat, tetapi kuasa Allah bergerak di atas permukaan air. 3 Allah menjelaskan, ³Hendaklah ada cahaya,´ lalu cahaya pun ada. 4 Allah berpuas hati melihat hal itu. Kemudian dia mengasingkan cahaya daripada kegelapan. 5 Dia menamakan cahaya itu µSiang¶ dan kegelapan itu µMalam¶. Selepas malam dan pagi berlalu, itulah hari yang pertama. (Kejadian 2:1-5) Seterusnya Bible mengatakan pada hari kedua Tuhan mencipta langit, pada hari ketiga laut, darat dan tumbuh-tumhuhan dicipta, pada hari keempat Tuhan menjadikan matahari, bulan dan bintang ±bintang, pada hari kelima binatang-binatang laut dan burung-burung dicipta, manusia dan binatang darat dicipta pada hari keenam dan pada hari ketujuh Tuhan berehat. Kenyataan-kenyataan ini juga boleh dipertikaikan. Sebagai contoh, adalah tidak saintifik tumbuh-tumbuhan dicipta terlebih dahulu daripada matahari. Penemuan semasa menunjukkan matahari dan bintang dicipta terlebih dahulu daripada bumi sedangkan Bible berkata sebaliknya. Dalam aspek ini, Quran adalah jauh lebih siantifik daripada Bible.
ARASY DI ATAS AIR ? Syed Qutub berkata, ³Semasa Allah menceritakan berkenaan kejadian langit dan bumi (dalam enam masa), Allah terus menyambungnya dengan kenyataan bahawa Arasy Tuhan berada di atas air. Apa yang dapat dimanfaatkan kepada kenyataan ini adalah semasa berlaku proses kejadian langit dan bumi, iaitu semasa langit dan bumi sedang menjelma ke luar dalam bentuknya yangditetapkan, pada masa itu air sudah wujud dan Arasy Allah berada di atas air. ³Hal ini disebutkan di dalam Fi Zilal al-Quran.
-10-
Ada sesuatu yang dapat kita manfaatkan daripada kenyataan ini iaitu air wujud di peringkat awal proses kejadian langit dan bumi sebelum wujudnya hidupan lain. Kenyataan ini memang selari dengan penemuan sains semasa kerana selepas berlaku Big Bang berlaku lebih kurang 14 bilion tahun dahulu, dua jenis gas wujud dan mendominasi angkasa, iaitu 13ystem1313 (80%) dan
helium (20%). Gas-gas ini kemudiannya melalui beberapa proses
sehingga melahirkan bintang-bintang dan galaksi. Sebahagian daripada bintang-bintang ini meletup (exploded) sekali gus melahirkan oksigen. Oksigen bercantum dengan 13ystem1313 dan dengan itu lahir molekul yang stabil yang bernama air. Penemuan ini adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui sistem yang dikenali sebagai Submillimeter-Wave Astronomy Satellite (SWAS) yang dilancarkan ke angka sa lepas pada 5 Disember 1998.. Kawasan-kawasan ini dikenali sebagai interstellarclouds. Apabila di ambil kira penemuan-penemuan ini dan dikaitkan dengan surah Hud, ayat 7 yang bermaksud, ³Dan dia yang mencipta langit dan bumi dalam masa enam hari dan adalah Arasynya di atas air,´ ia mungkin bermaksud Arasy Allah, walaupun merupakan makhluk seperti langit dan bumi, namun ia terpisah daripada proses kejadian langit dan bumi. Perkataan air dalam ayat ini dapat dikaitkan dengan angkasa raya yang luas yang dipenuhi air. Justeru, kenyataan Allah bermaksud, ³Arasy allah berada di kawasan yang lebih tinggi iaitu di atas angkasa raya yang dipenuhi air berada di bawahnya.´ Kedua-duanya adalah terpisah daripada satu sama lain. 13ystem1313 dan hidupan yang terdapat dalamnya memerlukan air, tetapi Arasy agak berbeza kerana ia berada di dimensi yang berbeza. Ia adalah benda ghaib dan berada di alam ghaib.
-11-
APA YANG DICIPTA DAHULU, LANGIT ATAUPUN BUMI ? Sebagai contoh, dalam surah an-Naziat, ayat 27 hingga 30 Allah mengatakan langit dicipta terlebih dahulu daripada bumi. Allah menjelaskan, ³Kamukah yang sulit penciptaannya ataukah langit? Dia menjadikan malamnya gelap-gelita serta menjadikan siangnya terangbenderang. Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (bagi kemudahan penduduknya).´Tetapi dalam surah al-Baqarah, ayat 29 mengatakan bumi dicipta terlebih dahulu daripada langit. Allah berkata, ³Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian dia berkehendak menuju sistem langit lalu dijadikannya tujuh langit dan dia maha mengetahui segala sesuatu.´ Di dalam al-Asas fi al-Tafsir, as Syeikh Said Hawa mengutarakan satu pandangan yang menarik berhubung dengan isu ini. Semasa 14ystem komen mengenai surah al-Baqarah, ayat 22 hingga 29 beliau berkata, ³Dalam ayat-ayat ini perkataan langit (iaitu samaa¶ dalam bahasa Arab) disebutkan sebanyak empat kali, iaitu (menjadikan) langit sebagai bangunan. Dia menurunkan hujan daripada langit, Dia menuju ke langit dan D ia menjadikan tujuh langit. Langit dalam ayat yang pertama berkaitan dengan penciptaan langit. Langit dalam ayat kedua berkaitan bahagian atmosfera yang terdekat dengan bumi yang terdapat awan-awan padanya. Langit dalam ayat ketiga mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang pertama. Walaupun ayat keempat yang berkaitan dengan kejadian tujuh lapis langit, ia merupakan langit yang khusus. Apabila kita kaitkan kesemua ini dengan ilmu moden, kita diberitahu bahawa galaksigalaksi, (dan sistem solar hanya sebahagian dar ipadanya), berumur lebih kurang 10 bilion t ahun dan bumi serta matahari berumur lebih kurang 4.5 bilion tahun. Sebenarnya Quran mengatakan bumi dicipta terlebih dahulu sekiranya dibandingkan dengan penciptaan tujuh lapis langit yang khusus.
-12-
Suhu bumi pada masa itu berada pada tahap yang tinggi justeru tidak sesuai untuk dihuni oleh sebarang hidupan. Selepas itu proses penyejukan berlaku dan dengan itu gas-gas dihasilkan terutamanya karbon dioksida, nitrogen dan air. Gas-gas ini menjadi asas kepada kejadian langit atmosfera ini bermula lebih kurang sejuta tahun selepas kejadian bumi. Atmosfera mempunyai tujuh lapis.
KRONOLOGI K EJADIAN ALAM. Fasa pertama (Ledakan dan Pengembangan). Peringkat ini bermula daripada saat ledakan Big Bang sehingga berlalu masa 0.000000000000000000000000000000001 saat. Kosmos pada masa itu melalui proses pengembangan yang laju. Ia berkembang daripada ukuran sebesar atom kepada ukuran sebiji buah nangka dalam masa yang begitu singkat iaitu kurang daripada satu per sebilion saat dalam keadaan suhu yang mencecah 10 kuasa 27 darjah Celsius. Dalam masa yang singkat angkasa dipenuhi sistem dan quarks. Fasa kedua (Penyejukan dan Kelahiran Nukleus). Pada peringkat ini masa berlalu lebih kurang tiga minit. Suhu yang diperingkat sebelumnya berada di tahap yang tinggi, melalui proses penyejukan dan turun ke paras 10 kuasa 8 darjah Celsius. Keadaan ini memungkinkan quarks bercantum sistem sendiri dan bertukar menjadi proton dan neutron. Percantuman proton dan neutron melahirkan hidrogen dan proses kelahiran hidrogen ini menjadi asas kepada kelahiran atom hidrogen dan helium. Fasa ketiga (Kelahiran Atom). Fasa ini memakan masa lebih kurang 300000 tahun. Di peringkat ini sistem bercantum dengan proton serta neutron dan dengan itu lahir atom-atom ini menjadi titk permulaan kepada kelahiran cahaya di kosmos. Suhu pada masa itu mencecah lebih kurang 10000 darjah Celsius.
-13-
Fasa keempat (Asap Dan Kelahiran Galaksi Serta Bintang). Fasa ini bermula 300000 tahun sehingga lebih kurang 1 bilion tahun selepas Big Bang. Pada pringkat ini tarikan 16ystem16 menyebabkan gas-gas hidrogen dan helium bercantum sehingga melahirkan gumpalan-gumpalan asap raksasa. Daripada gu mpalan-gumpalan asap ini lahirlah galaksi. Fasa kelima (Percantuman Galaksi, Kelahiran B ig Hole, Supernovae dan Matahari). Fasa ini memakan masa daripada 1 bilion tahun hingga 9 bilion tahun selepas ledakan Big Bang. Proses cantuman ini berlaku dengan dahsyat sekali sehingga menyebabkan kemusnahan sebahagian bintang. Bintang-bintang yang hancur bersama-sama dengan gas yang terhasil terhumban ke suatu pusat dan dengan itu menghasilkan satu lubang yang terlalu padat (very d ense) tanpa mempunyai isipadu (with no volume).Lubang ini mempunyai tarikan sistem16 yang terlalu kuat dan dikenali sebagai lubang hitam atau black hole. Gas-gas yang disedut oleh lubang hitam ini berada di tahap suhu yang tinggi sehingga mengeluarkan cahaya terang benderang yang pada hari ini dikenali sebagai quasars. Pada peringkat ini proses kehancuran bintang-bintang berlaku dengan pesatnya. Proses kehancuran ini melahirkan ledakan dahsyat yang dikenali sebagai supernovae. Ledakan ini mengeluarkan elemen-elemen berat seperti emas, perak, uranium dan plumbum (lead ). Di penghujung fasa ini (lebih kurang 5 bilion tahun dahulu) lahirlah matahari dan 16ystem solar. Fasa keenam (Kejadian Bumi dan Atmosfera dan Permulaan Hidupan). Fasa ini ber mula lebih kurang 9 bilion tahun selepas ledakan Big Bang, iaitu 4.5 bilion tahun dahulu. Di peringkat ini bermula kejadian bumi dan atmosfera yang berhubungan dengannya. 1 bilion tahun selepas itu (lebih kurang 3.5 bilion tahun yang lepas) lahir hidupanyang pertama di atas bumi.
-14-
KOSMOS GELAP ATAUPUN CERAH. Pemisahan ini berlaku dengan Big Bang dan dalam masa yang singkat angkasa mengembang dipenuhi elektron dan quarks. Dalam surah an-Naziat ayat 28 hingga 30, Allah berkata, ³Dia meninggikan bangunan (langit) lalu menyempurnakannya dan dia menjadikan malamnya gelapgelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang. Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (bagi kemudahan penduduknya).´
Semasa menceritakan mengenai kegelapan di kosmos di saat langit sedang dibangunkan, Allah menggunakan perkataan µlail ¶. Ia dapat diterjemahkan sebagai µmalam¶ seumpama malam di bumi yang gelap-gelita tanpa matahari. Apabila menceritakan keadaan malam, Allah menggunakan ungkapan µAgh-thosya lailaha¶. Sahabat Abdullah bin Abbas mentafsirkan µAghthosya lailaha¶ sebagai menggelapkan malam.Di dalam A Dictionary Of Mod ern Written Arabic, perkataan asal agh-thosya (root wor d) diterjemahkan sebagai µto be become d ark (night )¶ yang bermaksud menjadi gelap (malam). Berhubung dengan perkataan siang, kebiasaannya apabila Allah menceritakan berkenaan proses siang di bumi, perkataan yang digunakan adalah µnahaar ¶. Nahaar di dalam A Dictionary Of Mod ern Written Arabic diterjemahkan sebagai µd ay time, d ay (from d awn to d usk )¶ yang bermaksud siang hari, hari (daripada waktu terbit matahari kepada waktu senja). Oleh kerana perkataan nahaar tidak digunakan dalam ayat ini, ia mengisyaratkan µsiang¶ yang dimaksudkan bukannya siang yang berkaitan dengan terbit dan terbenamnya matahari. Sebaliknya perkataan yang digunakan adalah µd huha¶. Di dalam A Dictionary Of Mod ern Written Arabic, dinyatakan perkataan asal kepada perkataan d huha adalah d haha. Ia bermaksud µto become visible, appear ¶ iaitu dapat dilihat, menzahirkan diri. Justeru perkataan dhuha dalam ayat ini menjelaskan mengenai suasana terang benderang yang membolehkan kita melihat sesuatu.
-15-
1) Antara Masuk Dan Keluar. Perkara yang perlu disebutkan adalah mengenai penggunaan perkataan µakh-raja¶ semasa Allah menceritakan mengenai cahaya µsiang¶ di langit di peringkat awal dahulu. Akh-raja bermaksud µdikeluarkan¶. Kebiasaannya apabila Allah menceritakan mengenai perubahan ataupun silih bergantinya malam dan siang perkataan Arab yang digunakan berasal daripada perkataan walaja. Perkataan ini digunakan lebih daripada 10 kali di dalam Quran. Sebagai contoh dalam surah Luqman ayat 29, Allah menjelaskan, ³Apakah kamu tidak memerhatikan bahawa Allah memasukkan (yuuliju) malam kepada siang dan memasukkan siang kepada malam.´ Perkataan yuuliju dalam ayat ini berasal daripada perkataan walaja. Kadangkala perkataan ikhtilaf (iaitu perubahan) digunakan bagi menceritakan berkenaan µperubahan malam dan siang¶. Perkataan ini digunakan lebih kurang 5 kali di dalam Quran. Ia menunjukkan cahaya di langit dikeluarkan daripada kegelapannya. Ia seolah-olahnya menampakkan yang fenomena ini berlaku di luar persekitaran bumi. Sekiranya di bumi µsiang dimasukkan kepada malam¶ tetapi kali ini µsiang dikelurkan daripada malam.¶ Penemuan ini berjaya dilakukan dengan menggunakan Spitzer Space Telescope. Selepas Big Bang reda, alam berada dalam keadaan gelap gelita berjuta-juta tahun lamanya sebelum lahirnya objek yang bercahaya ini.´
BINTANG YANG MENEMBUS. Kejadian bintang-bintang di angkasa raya sememangnya menakjubkan. Salah satu jenis bintang yang wujud adalah bintang yang cahayanya menembus. Dalam surah at-Thariq ayat 1 hingga 3 Allah berkata, ³Demi langit dan yang datang pada malam hari, tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari, iaitu bintang yang cahayanya menembus (an-najmu at-thaqif).´
-16-
Dalam ayat ini, an-najmu bermaksud bintang da n at-thaaqif bermaksud menembusi. Imam Nafasi mentafsirkan perkataan thaaqif sebagai yang bercaha ya. Justeru an-najmu atthaaqif dapat diertikan juga sebagai bintang yang bercahaya menembusi langit. Ia dikaitkan dengan malam hari bagi menampakkan kegemilangan cahayanya persis cahay terang yang menembusi kegelapan di malam hari.
BINTANG-BINTANG DAN NEBULA ROS. Bagi bintang yang beratnya berganda-ganda berbanding matahari, kehancurannya berlaku melalui satu ledakan besar yang dikenali sebagai supernova. Ledakan seumpama ini akhirnya melahirkan lubang hitam atau black holes seperti yang disebutkan sebelum ini. Namun bagi kebanyakan bintang, terutama yang beratnya tidak mlebihi dua kali ganda berat matahari, hayatnya berakhir dengan ia bertukar menjadi gumpalan gas berbentuk asap yang dikenali sebagai planetary nebula. Tenaga ini terhasil melalui proses reaksi nuklear (nuclear fusion reactions) yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalam bintang (core). Selepas berbilion tahun berlalu, proses reaksi nuklear ini akhirnya terhent i disebabkan bintang kehabisan hidrogen.. Keadaan ini menyebabkan bahagian dalam bintang menguncup (contracts) dan menghasilkan suhu yang tinggi. Suhunya mungkin meningkat daripada 15 ribu juta Celsius kepada 100 ribu juta Celsius dan pada masa itu helium bercantum bagi menghasilkan karbon dan o ksigen. Akhirnya, bahagian luar bintang bertukar menjadi gumpalan gas berbentuk asap dan terus berpisah daripada bahagian dalamnya. Apabila asap ini berinteraksi dengan foton ultr ungu (photons) ia mula bersinar dan pada masa itu lahir apa yang diistilahkan sebagai p lanetary nebula ini adalah pelbagai dan salah satu daripadanya adalah bentuk bunga ros yang bersinar.
-17-
1) Nebula Ros.
Dalam surah ar-Rahman ayat 37, Allah berkata, ³Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti mawar (ros) yang di (lumuri) minyak.´ Terjemahan ini adalah berasaskan apa yang disebutkan oleh Said Hawa a l-Asas fi al-Tafsir. Ayat ini menceritakan mengenai langit yang sedang melalui proses kehancuran dan pada masa itu ia berubah menjadi merah seumpama bunga ros yang bersinar. Seperti yang disebutkan sebelum ini, apabila Quran menyebutkan langit dan bumi ia memfokuskan mengenai objek-objek dan bintang adalah antara objek penting di langit sehingga Allah bersumpah paling kurang dua kali mengenainya di dalam al-Quran. Ayat Quran ini diturunkan bukan bertujuan menceritakan kelahiran nebula ros ini. Apatah lagi hampir kesemua ulama semasa mentafsirkan ayat ini mengaitkannya dengan kejadian Hari Kiamat. Namun, sekiranya difikirkan secara mendalam, t erdapat satu aspek yang sama antara insiden kelahiran nebula ros ini dengan kejadian Hari Kiamat iaitu kedua-duanya berkait rapat dengan fenomena kemusnahan bintang-bintang. Bagi umat Islam apa yang penting adalah apabila ayat ini diturunkan tidak ada sesiapa pun yang mengetahui sesama bintang-bintang melalui proses kehancuran ia akan terbelah dua dan bahagian luarnya bertukar menjadi gas nebula dan nebula ini pula boleh menjelma dalam bentuk bunga ros yang bersinar. Ayat ini mengingatkan kita mengenai bencana Hari Kiamat semasa kehancuran berlaku di langit dan pada masa itu tidak ada sesiapa pun yang dapat membantu kita kecuali Allah.
-18-
MATAHARI DAN AKHIR HAYATNYA. Matahari juga adalah bintang. Kejadiannya bermula lebih kurang 8 hingga 10 bilion tahun selepas Big Bang, iaitu lebih kurang 5 bilion tahun dahulu. Matahari adalah 109 kali lebih besar daripada bumi. Ia lahir kesan daripada gelombang kosmik (shockwaves) yang berlaku selepas meledaknya sebuah bintang raksasa. Ledakan bintang besar ini dipanggil supernova dan ia melahirkan gumpalan gas yang dikenali sebagai solar nebula. Solar nebula mengandungi 98 peratus hidrogen dan helium, dan 2 peratus unsur-unsur lain yang terhasil daripada proses kehancuran bintang-b intang di kosmos. Matahari yang mengandungi 74 peratus hidrogen dan 25 peratus helium, berada di tengah-tengah sistem suria dan para saintis menganggapnya sebaga i bintang generasi ketiga (thir d generation star ). Bumi, planet-planet, asteroid dan meteoroid mengelilingi matahari mengikut masa yang Allah tetapkan. Jarak antara matahari dan bumi adalah 93,026,724 batu bersamaan dengan 149,680,000 kilometer. Setiap tahun, bumi berada pada jarak paling dekat dengan matahari lebih kurang pada tanggal 2 Januari dengan jarak 91.4 juta kilometer, dan berada pada jarak yang paling jauh daripada matahar, iaitu 94.8 juta batu atau 152.6 juta kilometer, lebih kurang pada tanggal 2 Julai setiap tahun. Proses nuklear yang berlaku dalam matahari melahirkan cahaya matahari (sunlight ). Cahaya ini diibaratkan sepeti nadi kehidupan bagi bumi kerana hampir kesemua jenis hidupan di bumi ini memerlukannya dan memanfaatkannya melalui proses fotosintesis.Dalam surah atTakwir ayat 1 Allah menyatakan, ³Dan matahari semasa ia digulung (kuwwirat ).´ Perkataan yang penting untuk dibahaskan dalam ayat ini adalah µkuwwirat ¶. Rata-ratanya ulama mentafsirkannya sebagai µdigulung¶. Namum sahabat Abdullah bi Abbas mentafsirkannya sebagai µzahabat ¶ yang bermaksud µpergi atau menghilang¶, dan Imam an-Nafasi mentafsirkannya sebagai µhilang cahayanya¶. Ia menjelaskan apabila berlaku Hari Kiamat alam ini seolah-olahnya digulung. Ia juga menjelaskan matahari semasa berada di penghujung hayatnya akan kehilangan cahayanya. -19-
Tenaga ini terhasil melalui proses nuklear yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalam matahari (core). Selepas berbilion tahun berlalu, proses ini akhirnya terhenti disebabkan matahari kehabisan hidrogen d an dengan itu ia menjadi tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan bahagian dalam matahari (core) menguncup (contracts) dengan menghasilkan suhu yang tinggi. Selepas masa berlalu suhu di bahagian luar matahari menurun dan dengan itu pudarlah cahayanya. Keadaan ini selari dengan tafsiran Imam Nafasi berhubung perkataan kuwwirat dalam ayat Quran yang disebutkan sebelum ini. Akhirnya bahagian luar matahari ini bertukar menjadi gumpalan gas berbentuk asap dan terus terpisah daripada bahgian dalamnya. Dengan lahirnya gumpalan gas berbentuk asap ini jadilah ia sebuah planetary nebula. Bahagian dalam matahari (core) pula bertukar menjadi objek yang dikenali sebagai white d warfs atau µsi kenit putih¶ dan tamatlah riwayat hidup matahari.
MATAHARI PELITA DAN BULAN CAHAYA. Dalam Quran matahari disebut sebagai objek yang mengeluarkan cahaya dan bulan bersinar kesan daripada cahaya matahari itu. Dalam surah al-Furqan ayat 61 Allah menjelaskan, ³Maha suci Allah yang menjadikan di langit gugusan bintang (buruj) dan menjadikan padanya siraaj dan bulan yang muniir .´ Hal yang sama ditekankan dalam surah an-Nabak ayat 13 yang bermaksud, ³Dan kami yang jadikan siraajan wahhaaja (iaitu matahari).´ Dalam surah an-Nuh ayat 15 hingga 16 pula Allah berkata, ³Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat dan Allah menciptakan pada langitlangit itu bulan sebagai nuur dan matahari sebagai siraaj.´ Nuur diertikan sebagai brightness, gleam, glow yang bermaksud cahaya menyilau. Muniir diertikan sebagai luminious, rad iant , shining yang bermaksud bercahaya, bersinar. Ayatayat ini menjelaskan mengenai perbezaan antara matahari dengan bulan dalam konteks cahaya yang dikeluarkan kedua-duanya.
-20-
Mengikut Quran, matahari membakar dan dengan itu mengeluarkan cahaya sedangkan bulan hanya bersinar iaitu menerima dan memantulkan cahaya. Kiasannya adalah sep erti lampu dan cermin, lampu mengeluarkan cahaya sedangkan cermin hanya memantulkan cahaya. Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa kerana matahari adalah sebuah bintang sedangkan bulan adalah satelit. Seperti bintang-bintang yang lain, kestabilan matahari dan sinaran cahaya yang keluar daripadanya bergantung kepada tenaga yang mampu dihasilkannya. Tenaga ini terhasil melalui proses reaksi nuklear (nuclear fusion reactions) yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalamnya. Manakala bulan pula, sebagai satelit, tidak mengeluarkan cahaya sendiri.
ORBIT-ORBIT BUMI DAN OBJ EK DI LANGIT. Pertamanya teori geosentrik dan keduanya teori heliosentrik . Teori geosentrik dalam bidang ilmu kosmos diperkenalkan o leh seorang tokoh astronomi Yunani bernama Claud ius Ptolemaeus (Ptolemy). Berpandukan buku beliau Almagest (150 Masihi), beliau mengatakan bumi berada di tengah-tengah angkasa dalam keadaan pegun (motionless) dan matahari, bintangbintang dan objek-objek lain berpusing mengelilinginya. Teori ini menguasai barat hinggalah ke abad 16 Masihi. Kemudian datanglah Nicolaus Copernicus, seorang pakar astronomi daripada Poland. Beliau mengutarakan teori baru yang dikenali sebagai teori heliosentrik . Melalui buku beliau yang diterbitkan pada tahun 1543 Masihi bertajuk De revolutionibus orbium coelestium (On The Revolutions of the Heavenly Spheres), beliau mengatakan matahari berada dalam keadaan pegun di tengah-tengah angkasa manakala objek-objek lain di kosmos berpusing menge lilinginya.
-21-
Sebagai contoh, dalam surah A-Anbiyak ayat 33 Allah berkata, ³Dan dialah yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Kesemuanya beredar (yasbahuun) dalam falaknya.´Perkataan yasbahuun bermaksud berenang. Perkataan berenang pada asalnya berkaitan dengan perbuatan seseorang yang bergerak dalam air melalui pergerakan anggota badannya. Kiasannya dengan matahari dan bulan ialah kedua-duanya bergerak sendiri ke angkasa. Falak bermaksud bulat seperti sfera, ayat ini menunjukkan matahari dan bulan bergerak dalam bulatan.Justeru di dalam Tafsir al-Quran al-Azim, Imam Ibn Kathir menukilkan panda ngan sahabat Abdullah bin Abbas yang mengatakan µmalam dan siang, matahari dan bulan beredar dalam bulatan sebagaimana beredarnya rahat ketika menggulung benang.¶ Rahat ialah suatu alat bulat seumpama roda yang digunakan bagi menggulung benang. Pentafsiran ini menunjukkan para sahabat di zaman nabi sudah berpegang dengan pendapat matahari dan bulan berputar dalam bulatan di atas paksinya sendiri. Oleh kerana matahari dan bulan berputar di atas paksinya dalam bentuk bulatan, justeru kedua-duanya adalah objek bulat yang berpusing-pusing. Yasbahuun adalah perkataan perbuatan (verb) yang digunakan bagi objek yang berjumlah lebih daripada dua. Dalam ayat ini jumlah objek yang Allah nyatakan hanya dua iaitu matahari dan bulan. Malam dan siang bukannya objek sebaliknya merupakan fenomena yang berlaku di atas bumi. Oleh sebab putaran malam dan siang berlaku di atas bumi maka objek ketiga yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah bumi. Tambahan daripada itu, disebabkan Allah mengatakan malam dan siang berputar (yasbahuun), ia menunjukkan bumi berputar dan hasil daripada putaran bumi di atas paksinya lahir fenomena malam dan siang. Dalam surah al-Anbiyak, ayat 33 menunjukkan ia berputar atas paksinya sekali gus mengisyaratkan bintang-bintang yang lain (seperti matahari) juga berputar atas paksinya. Penemuan semasa mengesahkan ia berputar atas paksinya dan mengambil masa 27.32166 hari (sid ereal month) bagi menyempurnakan satu pusingan, (sekiranya ukuran ini dibuat tanpa mengambil kira pusingan bumi mengelilingi matahari), atau lebih kurang 29 hari sekiranya putaran ini diukur daripada bumi (synod ic month). -22-
K ESIMPULAN. Kesimpulan yang boleh diolah daripada kajian terhadap kejadian bintang dan teori bigbang ialah mengamati keindahan penciptaan yang maha esa yang tiada nilainya. Kejadian yang teramat menakjubkan sehingga kajian dilakukan namun masih ada kekurang. Hal ini menyebabkan meningkatnya intelek pemikiran golongan sekarang untuk meneroka dan mempelajari ilmu-ilmu falak. Selain itu, kita dapat mengetahui kejadian-kejadian a ngkasa raya yang luas dimana sebelum ini kita tidak ketahui dengan mendalam. Pengetahuan-pengetahuan seperti ini amat berguna dan mampu membuka pemikiran ke lebih meminati terhadap ilmu pengetahuan terutamanya terhadap ilmu bidang kosmologi. Bintang-bintang yang berkedipan di ruang angkasa amat menusuk hati melihat keindahannya. Namun disebalik yang indah terdapat pelbagai perkara yang banyak kita tidak ketahui. Antaranya ialah bagaimana terjadinya bintang, jenis-jenis bintang dan yang paling penting orbit-orbitnya.
-23-
RUJUKAN. 1) Buku Quran Saintifik oleh Dr. Danial Zainal Abidin PENGANTAR : Dato¶ Seri (Dr.) Haji Harussani B. Haji Zakaria (Mufti Kerajaan Negeri Perak) Dr. Mohd Asri B. Zainul Abidin (Mufti Kerajaan Negeri Perlis) 2) Internet : http://www.quransaintifik.com.my
-24-