PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING PENULISAN ILMIAH Pengenalan 1. Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan formal untuk mempersembahkan sesuatu ide, konsep, kajian melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber yang ada autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal dan majalah dalam penulisannya (APA, 2001).
2. Merupakan satu wadah bagi memberi pendedahan awal kepada warga organisasi
pendidikan
untuk
menyediakan
dan
seterusnya
membentangkan hasil penulisan ilmiah yang baik.
3. Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan yang sering digunakan untuk mempersembahkan laporan, kertas kerja, projek kajian, tesis atau disertasi sama ada untuk dibentangkan di seminar, kolokium, simposium, persidangan, viva atau sekadar penulisan untuk diterbitkan di dalam jurnal, buku atau majalah ilmiah. Kerta Kerja Konsep/ Kajian (a) kertas konsep dan (b) kertas kajian atau penyelidikan. Penulisan kertas konsep biasanya hanya melibatkan ide penulis berdasarkan pengalaman dan kajian perpustakaan yang telah dijalankan. Sementara itu, penulisan kertas kajian atau penyelidikan biasanya melaporkan dapatan daripada analisis data yang telah dikumpul melalui proses dan kaedah tertentu dengan menggunakan instrumen tertentu. Oleh itu, dalam penulisan ilmiah berbentuk kertas kajian, beberapa aspek penting seperti objektif kajian, persoalan kajian, kaedah kajian dan dapatan kajian perlu dinyatakan dengan jelas. Format Kertas Kerja dan Kertas Kajian Biasanya sesebuah kertas kerja ditulis mengikut format yang tertentu. Berikut adalah format yang biasa diguna dan diterima pakai oleh banyak pihak:
1. Kertas dan Saiz - Simili 70 atau 80 gram berwarna putih dan bersaiz A4.
Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM
Page 1
PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING 2. Jidar/ Margins- 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah tetapi lebih besar pada sebelah kiri untuk memudahkan penjilidan.
3. Huruf/ Fonts - Times New Roman bersaiz 12pt, Courier bersaiz 12pt atau huruf Arial 12pt (pilih mana-mana satu-selaraskan)
4. Jarak Antara Baris - satu setengah langkau (1.5 spacing). 5. Muka surat -Bagi halaman sebelum teks kandungan, nombor roman i, ii, iii dan seterusnya digunakan untuk menandakan halaman isi kandungan,
synopsis
atau
exsecutive
summary,
senarai
jadual,
penghargaan dan sebagainya. Nombor menggunakan angka 1, 2, 3 dan sebagainya pula digunakan untuk muka surat seterusnya bermula dari sub tajuk pengenalan/ pendahuluan sehingga bahagian rujukan dan lampiran. Berikut pula adalah contoh susunan dan urutan sebuah kertas kajian untuk pembentangan dalam seminar atau untuk dimuatkan sebagai artikel jurnal. Halaman Halaman Judul
i
Isi kandungan
ii
Abstrak (Ada kalanya versi Bahasa Inggeris turut disertakan pada mukasurat berikutnya)
iii
Teks (body) 1.0 Pengenalan/ Latarbelakang Kajian
1
2.0 Definisi Konsep/ Operasional
2
3.0 Kajian / Tinjauan Literature
5
4.0 Matlamat Kajian
6
5.0 Objektif Kajian
7
6.0 Persoalan Kajian (jika ada)
8
7.0 Hipotesis Kajian (jika ada/ jika statistik Inferensi digunakan)
10
8.0 Kepentingan Kajian 9.0 Skop dan Kekangan Kajian (jika ada)
12 13
10.0 Kaedah/ Methodologi Kajian
14
11.0 Analisis Data Kajian
16
Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM
Page 2
PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING 12.0 Dapatan Kajian dan Rumusan 13.0 Cadangan
20 25
14.0 Penutup
27
Rujukan
16
Lampiran
17
Penggunaan Bahasa Penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan tepat serta sesuai
untuk membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan
komunikatif. Sebuah penulisan disebut komunikatif apabila dipersembahkan secara logik dan sistematik bagi memperlihatkan sesuatu sebab dan akibat, kesejajaran atau kemungkinan. Paragraf Paragraf biasanya digunakan bagi menandai pembukaan topik baru, atau pengembangan lebih lajut tentang topik sebelumnya berdasarkan tujuan dan kedudukannya dalam penulisan : 6.1
Paragraf Pengenalan/ Pendahuluan/ Pembuka • Pengantar • Penarik minat dan perhatian pembaca • Penyiapan pikiran pembaca kepada masalah yang akan diuraikan • Tidak terlalu panjang supaya tidak membosankan
6.2
Paragraf Penghubung • Berisi inti persoalan yang akan dikemukakan. • Analisa masalah • Antara paragraf dengan paragraf harus berhubungan secara logis
6.3
Paragraf Penutup • Mengakhiri sebuah karangan/wacana • Berisi kesimpulan, penegasan dari paragraf penghubung • Ringkas, padat dan pendek
Topik dan Tajuk
Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM
Page 3
PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING Sebelum memulakan penulisan suatu karya ilmiah, topik (pokok pembicaraan) perlu ditentukan terlebih dahulu. Dalam memilih topik, perlu dipertimbangkan beberapa hal berikut : 1. Topik tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas 2. Topik tersebut cukup menarik terutama bagi penulis 3. Topik tersebut diketahui dengan baik oleh penulis 4. Bahan sokongan penulisan dapat diperolehi dan mencukupi Topik yang telah dipilih harus dibataskan/ dihadkan agar skop pembicaraannya tidak terlalu luas dan juga tidak terlalu sempit. Proses pembatasan topik dapat dipermudahkan dengan cara membuat diagram jam, diagram pohon atau piramid berbentuk terbalik. Setelah diperoleh topik yang sesuai maka dalam pelaksanannya topik yang telah dipilih itu harus dinyatakan dalam suatu judul/ tajuk. Topik ialah pokok pembicaraan
dalam keseluruhan karangan yang
akan digarap
sementara judul ialah nama, tajuk atau semacam label untuk suatu karangan. Berikut adalah beberapa peringatan tentang penggunaan judul: a.
Judul merupakan satu-satunya bagian tulisan seseorang yang dibaca
oleh
orang lain
b.
Judul perlu menggambarkan maksud keseluruhan topik perbicaraan
c.
Judul biasanya tidak melebihi 12 patah perkataan
d. e.
Gunakan perkataan dan istilah yang tepat dan padat Tidak mengandungi singkatan atau akronim.
Kerangka Penulisan Kerangka merupakan himpunan ide utama penulis yang disusun dalam komposisi yang terpadu secara sistematik. Kerangka karangan berguna bagi penulis sebagai pedoman penulisan laporan tersebut. Topiktopik di dalam kerangka yang disusun secara sistematik, langkah demi langkah
adalah
berguna
sebagai
pedoman
kepada
pembaca
untuk
melaksanakan penelitian kerana biasanya penulisan ilmiah ini melibatkan perbincangan tentang masalah yang diteliti, kaedah penelitian, pembahasan
Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM
Page 4
PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING hasil penelitian, serta saran-saran untuk langkah yang akan diambil sebagai tindak lanjut. Ringkasnya pembaca dapat memahami dan mengikuti ide-ide yang diungkapkan dalam penulisan dengan mudah dan cepat Format Rujukan Rujukan yang dinukil dalam teks hendaklah direkodkan dan selari dengan senarai rujukan mengikut sistem penulisan rujukan seperti: (a)
Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard)
(b)
Sistem Pengarang, Tahun dan Halaman (Sistem APA)
(c)
Sistem Nombor (Nota Kaki) Berikut adalah kaedah menukilkan rujukan dalam teks dengan
menggunakan Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard): (i)
Meletakkan
tahun
penerbitan
dalam
kurungan
selepas
nama
pengarang yang dirujuk, contohnya: “Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang merupakan kekangan utama untuk mengoptimumkan produktiviti” (ii)
Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, nama pengarang
dan tahun perlu dituliskan dalam kurungan pada akhir ayat, contohnya: “Oleh itu, kaedah penjadualan perlu digantikan dengan satu keadah yang lebih berkesan untuk mengoptimumkan produktiviti (Paredis, 1993).” (iii)
Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang,
nama kedua-dua pengarang tersebut perlu ditulis, contohnya: “Senggaraan secara berjadual dalam penghasilan kuasa telah lama dikaji oleh Kralj dan Petrovic (1995).” (iv)
Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh tiga pengarang
atau lebih, hanya nama pengarang pertama dan perkataan et. al ditulis seperti: “Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan pendekatan terkini tersebut dalam menyediakan jadual waktu untuk universiti.” (v)
Sekiranya beberapa bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh pengarang yang sama dan diterbitkan pada tahun yang sama, huruf a,
b, c dan seterusnya perlu digunakan untuk membezakan sumber-sumber tersebut, contohnya:
Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM
Page 5
PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING ”Lenong (Probonegoro, 2000a), ropeng (Probonegoro, 2000b; Muhadjir dan Halim, 1999), dan hikayat (Probonegoro, 2000c), merupakan hasil seni rakyat tradisional Jawa.” Bibliografi/ Rujukan Salah satu ciri yang mendukung karya tulis ilmiah adalah kejujuran ilmiah dalam bentuk pernyataan tentang hasil penelitian orang lain yang disajikan dalam bentuk bahan pustaka. Bahan pustaka itu kemudian dirangkum dalam bentuk daftar pustaka/ bibliografi. Bibliografi/ Rujukan pada dasarnya berfungsi sebagai dokumentasi bahan kepustakaan yang berkaitan dengan masalah yang sedang dibahas dalam sesuatu penulisan. Melalui Bibliografi/ senarai rujukan ini pembaca dapat mengetahui sumber yang digunakan tanpa perlu membaca seluruh tulisan tersebut terlebih
dahulu.
Berdasarkan
bibliografi
tersebut
pembaca
yang
berpengalaman akan dapat mengira mutu pembahasan suatu tulisan, karena tujuan utama dari bibliografi adalah untuk mengidentifikasikan karya ilmiah tersebut. Berikut adalah contoh kaedah menulis bahan rujukan berdasarkan sumbernya: (a)
Buku
Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). ”Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian.”Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). “Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah: Bahan Sumber Tambahan.” Kuala Lumpur:
DBP. (b)
Artikel dalam buku
Southworth, G. (2002). “Instructional Leadership in Schools: Reflections and Empirical Evidence.” dlm. Mikac, N. “School Leadership and Management.” Boston: (c)
Allyn & Bacon. 73-91.
Artikel dalam jurnal
Hallinger. P dan Murphy, J.F. (1985). “Assessing The Intructional Management Behavior Of Principal.” The Elementary School Journal, 86(2). 217-247. (d)
Tesis
Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM
Page 6
PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING Chew Chee Wan (1993). ”Instructional Supervision For Curriculum Implementation: A Case Study Of A School.” Universiti Malaya: Disertasi Sarjana Pendidikan. (e)
Bahan sumber yang tidak diterbitkan
Salim Sulaiman (2000). ”Peranan Pengetua Dan
Pasukan Kerja Untuk
Meningkatkan Kecemerlangan Pendidikan.” PPD Kulai, Johor:
Kertas
kerja tidak diterbitkan. Cadangan Selepas
kursus
ini,
Guru-guru
Kanan
Tingkatan
Enam
akan
menggunakan panduan penulisan ilmiah yang telah didedahkan seperti di atas bagi membantu guru dan pelajar untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan satu hasil penulisan ilmiah yang baik dan berkualiti.
12.0 Rumusan/ Kesimpulan Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasaanya dihasilkan berdasarkan sesuatu kaedah dan format tertentu. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan kecil di sana sini antara satu hasil penulisan ilmiah dengan yang lain. Oleh itu, perbincangan tentang penulisan ilmiah di atas hanyalah panduan asas yang boleh dijadikan pedoman kerana kaedah dan format yang digunakan telah diterima pakai oleh banyak pihak. Rujukan American Psychological Association (2001). “Publication Manual of the American Psychological Association.” 5th ed.Washington, D.C.: Author. Gallaudet University (2003). “APA Style Ganeral Guidelines.” Washington DC: Gallaudet University. Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995). “Pedoman Penulisan Skripsi.”
Jakarta: LIPI.
Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM
Page 7
PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING Universiti Teknologi Malaysia (2001). “Panduan Menulis Tesis.” Skudai, Johor: Penerbitan UTM.
Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM
Page 8