KARYAWAN MUDA 2012 FAKULTI TEATER, ASWARA
[SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]
RINGGIT KE SYURGA
IDEA ASAL ALLOY AZZALY
SKRIP FARA FARIHA
SINOPSIS Mengisa Mengisahka hkan n tentang tentang kehidupan kehidupan dua beranak beranak iaitu iaitu pak Haji Haji Berahim Berahim dan anakny anaknya a Saifu Saifull di sebua sebuah h kampu kampung ng di pinggi pinggirr banda bandarr metrop metropoli olitan tan,, Kual Kuala a Lumpu Lumpur. r.Pak Pak Hj. Berah Berahim im membe membesa sark rkan an anakn anaknya ya,, Saifu Saifull deng dengan an berni berniag aga a bakso bakso secara secara berger bergerak ak dengan gerai tolaknya. Dari merah bayi sehinggalah umurnya genap 21 tahun, dia hanya membesar bersama kasih sayang seorang ayah.Namun langit tidak selalunya cerah, cerah, konflik konflik hidup hidup mereka mereka bermula bermula apabila apabila pak Hj. Berahim Berahim dijatuhk dijatuhkan an hukuman hukuman gantung mandatori kerana bersalah memiliki sejumlah sekilogram dadah jenis ganja yang telah dijumpai di dalam kabinet gerai tolaknya.Peristiwa ini telah mengundang pelbagai cemuhan dan cacian masyarakat (jiran / penduduk kampong) di kawasan tempat tinggal mereka.Pelbagai cerita lama antara pak Haji Berahim dan Saiful telah wujud.Luka lama, kenangan pahit serta harapan turut menuntut suatu pembongkaran sebenar di sebalik kehidupan sederhana mereka dua beranak.Sehingga terlerailah satu metafora ‘Ringgit ke Syurga’. [Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA
1
KARYAWAN MUDA 2012 FAKULTI TEATER, ASWARA
[SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]
WATAK DAN PERWATAKAN
Pak Pak Haji Haji Bera Berah him
-
seor seoran ang g
ayah ayah
bert bertan angg ggun ungj gjaw awab ab,,
yang ang
beru berumu murr
beri berima man, n,
45
peny penyay ayan ang g
tahu tahun. n.Se Seor oran ang g dan dan
yang ang
seor seoran ang g
duda duda
beranak satu (seorang anak lelaki).Isterinya mati di tali gantung akibat dadah sewaktu anaknya baru berusia 6 bulan.
Saiful - seorang anak lelaki lelaki tunggal tunggal kepada kepada Pak Hj Berahim.Seja Berahim.Sejak k lahir lagi lagi dia tinggal tinggal bersama ayahnya.Berumur 21 tahun sewaktu ayahnya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati akibat dadah. Mona - isteri kepada kepada Hj Berahim Berahim yang telah dijatuhkan dijatuhkan hukuman hukuman gantung gantung sampai sampai mati, 6 bulan selepas Saiful dilahirkan.
Zack Zack - seorang seorang pemuda pemuda yang yang menjadi menjadi dalang dalang serta duri duri dalam dalam daging daging kepada kepada Mona dan kehidupan Hj Berahim dan Saiful.
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA
2
KARYAWAN MUDA 2012 FAKULTI TEATER, ASWARA
[SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]
PROLOG
PENTAS DITERANGKAN
LATAR
PERHENTIAN
BAS
/
RUMAH-RUMAH
BERSEBELAHAN
(JIRAN
SEKAMPUNG)
V.O JIRAN DAN ORANG KAMPUNG.
WANITA 1 : Itulah anak penjual bakso yang kena tangkap tu. Tak sangka, gelaran dah lah Haji, sudah lanjut usia pun masih nak buat kerja tak elok.
WANITA 2 : Zaman sekarang, ada macam-macam jenis orang. Entah-entah dalam bakso dia tu ada diletakkan benda tu. sebab itulah bila makan sekali, asyik nak makan lagi. Lebih kurang macam ketagih lah tu!.
LELAKI 1 : hey Rashid! Kau kenal tak ayah si Saiful?Ala.. Pak Haji Berahim!
LELAKI 2 : hah! Kenapa dengan pak Haji?
LELAKI 1 : nampak macam baik, beriman, penyayang anak, siap bagi ceramah lagi kat surau
waktu malam Jumaat. Rupa-rupanya… topeng semata-mata!
SAIFUL : (marah) Hei kamu semua! Cakap biar beradap.Jangan ikut sedap mulut saja. Ayah saya tak salah!
SEMUA JIRAN : Kalau tak salah, masakan ditangkap bersama dengan benda tu?
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA
3
KARYAWAN MUDA 2012 FAKULTI TEATER, ASWARA
[SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]
SAIFUL berlari meninggalkan perhentian bas.
PENTAS DIGELAPKAN. BABAK 1
LATAR : MAHKAMAH/KANDANG PERSALAH
PENTAS DITERANGKAN
Pak Hj Berahim tenang berada di kandang pesalah.Lampu ditengah pentas malap.
HAKIM : Berdasarkan keterangan yang telah dikemukakan. Maka dengan ini pihak mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan tuduhan terhadap Hj Berahim bin Sani disebalik keraguan yang munasabah.Maka, dengan ini Hj Berahim bin Sani didapati bersalah sebagaimana pertuduhan terhadapnya dan mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati di bawah Akta 39(B) Akta Dadah Merbahaya pada 26 Februari 2012, jam 6.00 pagi di penjara Sungai Buloh.
Hj Berahim meraut muka senyuman bermakna selepas Hakim selesai membacakan pertuduhannya.
PENTAS DIGELAPKAN
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA
4
KARYAWAN MUDA 2012 FAKULTI TEATER, ASWARA
[SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]
BABAK 2
LATAR RUMAH HJ BERAHIM.
PENTAS DITERANGKAN.
Hj Berahim
: dah kau siapkan semuanya Saiful?
Saiful
: dah! Mee, daging dan kuah sup! Semuanya dah Saiful campurkan kat
dalam tong sup tu!
Hj Berahim
: erm… Saiful. Nanti kalau kamu dah masuk ke kolej, pastikan kamu
belajar rajin-rajin tau! Berusaha bersungguh-sungguh supaya kamu akan menjadi anak yang boleh ayah banggakan!
Saiful
: erm! (hanya mengangguk dan berdiam diri).
Hj Berahim
: ingat Saiful! Ayah sanggup berkorban apa saja untuk kamu. Asal kamu
berjaya dalam hidup kamu itu nanti!
Saiful
: ayah… saiful berjanji! Saiful akan pastikan kehidupan kita akan lebih
baik dan lebih senang dari sekarang.
Hj Berahim
: Saiful… ayah sayangkan kau nak. Kau satu-satunya sinar dalam hidup
ayah.
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA
5
KARYAWAN MUDA 2012 FAKULTI TEATER, ASWARA
Saiful
[SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]
: alangkah baiknya kalau ibu ada di sini… kenapa dia mesti meninggalkan
kita?
Hj Berahim
: erm… (cuba mengelak daripada meneruskan topik tersebut). Hah! Nanti
petang jangan lupa ambil bekalan mee kat pasar tau! Nanti kehabisan bahan nak dijual besok.
Saiful
: ya ayah! Ayah pun jangan lupa malam ni ya?
Hj Berahim
: malam ni?
Saiful
: dah nak masuk 21 tahun!!!
Hj Berahim
: oh ya?! Hahaha!!! Baiklah Saiful! Dah besar anak ayah…
PENTAS DIGELAPKAN.
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA
6
KARYAWAN MUDA 2012 FAKULTI TEATER, ASWARA
[SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]
BABAK 3
PENTAS DITERANGKAN
SAIFUL duduk melutut.Lampu menyuluh kepada SAIFUL.
SAIFUL : Sejak kecil, ayah tidak pernah abaikan aku. Segala makan, pakai dan semua kelengkapan cukup sempurna… tiada yang tercicir.Aku bangga dan bertuah punya ayah sebegitu.walaupun sudah tidak ada ibu, kasih dan sayang ayah tidak pernah berkurangan malah berlebihan. Aku tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu.Bagi aku, Haji Berahim bin Sani adalah ibu dan ayah kepada diriku. Apabila aku sudah meningkat usia remaja, aku seperti sudah mengerti kisah penghidupanku. Perniagaan bakso milik ayah sudah cukup bagi menampung kehidupan kami sekeluarga. Terima kasih ayah!. Namun… Setiap kali hari ulang tahunku, aku sering bertanyakan kepada ayah, di mana ibu? kenapa ibu tidak pernah datang menjenguk kita? Ayah membisu, biar berjuta kali aku tanyakan persoalan yang sama. Kalau ada pun jawapannya… “saiful… ayah dah lama bercerai dengan ibu kau sewaktu kau masih kecil lagi. Tapi percayalah! Ibu kau seorang ibu yang baik!”.Namun bagi aku ianya hanya satu jawapan yang tak berpenghujung.
PENTAS DIGELAPKAN.
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA
7
KARYAWAN MUDA 2012 FAKULTI TEATER, ASWARA
[SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]
BABAK 4
LATAR : DALAM PENJARA
PENTAS DITERANGKAN
Ditengah pentas terdapat Mona sedang menjawab persoalan yang dikemukakan oleh penyoal siasat.
MONA : siapa kata ianya satu jawapan yang tak pasti atau tidak berpenghujung? Setiap cerita ada penamatnya! yang hidup akan mati! Yang bercinta akan berumah tangga! Yang sihat akan sakit! Yang selalu betul akan silap! Yang jahat akan menjadi baik! Dan banyak lagi pehujung lain yang pasti! Cuma ianya terletak di tangan kita. Sama ada kita mahukan ianya berkesudahan baik atau tidak.
PEGUAMBELA : kata-kata mona ini mungkin ada kebenarannya. Tapi ini tidak cukup untuk menyokong hujah-hujah pembelaan ke atas pertuduhan yang mona hadapi. Bagaimana dengan kehidupan mona sebelum ini?
MONA : Setahu aku, hidup aku bermula di sebuah rumah kebajikan. Aku tak tahu siapa ibu bapa aku, asal-usul aku, saudara-mara aku! Semasa umur aku 7 tahun, aku telah melarikan diri daripada rumah kebajikan tersebut. Dan dari situlah aku mula mengenali kehidupan dunia luar yang penuh dengan hitam dan putihnya. 10 tahun aku hidup merempat dan mengemis di kota Kuala Lumpur ini. Orang kata “kota ini kota kehidupan, kemewahan dan wang ringgit!”. Namun bagi aku ianya [Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA
8
KARYAWAN MUDA 2012 FAKULTI TEATER, ASWARA
[SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]
tidak seperti sangkar duri pada mereka yang miskin dan naif seperti aku untuk hidup dikalangan mereka yang terus kaya dengan cita-cita tamak dan rakus mereka. Sepanjang saat itu hidup aku hanya beralaskan sisa makanan orang mahupun sisa dari tong sampah! Tempat tidurku di mana-mana, kaki lima kedai, hentian bas, dataran merdeka mahupun di jambatan berhampiran Bank Negara. Sehinggalah aku bertemu dengan seorang lelaki bernama Zack. PEGUAMBELA : Zack? Siapa Zack? Adakah kes ini ada kaitannya dengan Zack?
MONA : Dia membawa dan menjaga aku dengan sebaiknya. Disediakannya rumah, kereta dan segala bentuk kemewahan hidup ini. namun aku mengerti akan kemahuannya. Nak dikatakan menjadi perempuan simpanannya sudah pasti tidak kerana dia belum berkahwin. Yang aku tahu, hampir setiap hujung minggu pertama pada setiap awal bulan aku akan diminta menghantar sebuah bagasi ke Thailand. Aku
tidak
pernah
bertanya
pada
Zack
mengapa perlu
aku
melakukannya. Atau mungkin kerana aku merasa begitu selesa dengan kehidupan mewah sekarang yang menyebabkan aku mengiyakan saja.
PEGUAMBELA : ini mungkin boleh menjadi satu subjek Prima Facie yang baik untuk menggugurkan kes ini. Habis itu? Apa yang berlaku seterusnya?
MONA : Sehinggalah pada suatu hari… aku berjumpa dengan seorang insan yang baik dan berhati mulia. Mulanya aku sering mengunjungi gerai baksonya. Di situlah aku sering singgah apabila baru kembali dari Thailand. Dia seorang lelaki yang peramah, alim dan begitu kuat bekerja. Kerana budi pekerti serta dasar keimanannya yang begitu dalam telah menyebabkan aku didatangi suatu hidayah yang selama ini aku tinggalkan, iaitu iman. Sehinggakan pada suatu hari tu aku berani untuk menyatakan sesuatu pada Zack…
Zack : seperti biasa esok kau akan ke Thailand untuk menghantar bagasi yang telah aku sediakan. Ingat! Tempat dan waktu yang sama. [Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA
9
KARYAWAN MUDA 2012 FAKULTI TEATER, ASWARA
[SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]
Mona : baik Zack!
Zack : hah! Kenapa? Ada yang tak kena?
Mona : Zack. Ada sesuatu yang aku nak beritahu pada kau.
Zack : Apa dia?
Mona : aku tahu kau terlalu baik pada aku. Kerana kau jugaklah aku dapat merasa hidup mewah macam sekarang. Cuma…
Zack : kenapa? Cuba bagitahu Zack kalau ada masalah. Wang? Tak sihat?
Mona : bukan itu. Cuma mona dah ada pilihan hati. Mona nak berkahwin dengan dia.
Zack : wow! Siapa lelaki tu? Bertuahnya dia. Bila nak melangsungkan majlisnya? Tak sabar nak bagi hadiah kahwin kat mona!
Mona : eh? Zack tak marah mona nak kahwin dengan lelaki lain? Meskipun Zack yang bela mona selama ini.
Zack : pergilah mona. Aku harap kau akan bahagia dengan dia nanti. Cuma jangan lupakan aku bila kau dah bahagia nanti! Hahaha!!!
Mona : terima kasih Zack!
Mona berlalu pergi. Tinggal Zack berseorangan.
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA
10
KARYAWAN MUDA 2012 FAKULTI TEATER, ASWARA
[SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]
Zack : mona… mona… akhirnya kau nak juga merasa berumahtangga ya! Hahaha… tak mengapa. Aku akan pastikan kau akan mendapat hadiah yang terbaik dari aku. Ahahaha…
PENTAS DIGELAPKAN.
BABAK 5
LATAR : BALAI POLIS / TEMPAT BERJUMPA
PENTAS DITERANGKAN
Ditengah pentas terdapat sebuah meja empat segi.SAIFUL duduk di meja dengan gelisah.Pak Haji Berahim dibawa masuk oleh dua orang pegawai polis dengan tangan yang bergari.Pak Haji Berahim duduk bertentangan dengan SAIFUL.
SAIFUL : Ayah….
Haji Berahim tunduk.
SAIFUL : Kenapa begini jadinya ayah?
Haji Berahim diam lagi.
SAIFUL : Kenapa ayah buat semua ni? Saya sudah tidak ada siapa-siapa lagi ayah…. saya cuma ada ayah….Ayah… pandanglah saya.
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA
11
KARYAWAN MUDA 2012 FAKULTI TEATER, ASWARA
[SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]
Haji Berahim perlahan-lahan mengangkat muka. Riaknya Haji Berahim senyum dalam kesedihan.
SAIFUL : Ayah sedar apa yang telah ayah lakukan? Sudah hilangkah kasih ayah pada saya?
HAJI BERAHIM : Sebab kasihlah ayah lakukannya Saiful. Ayah buat semua ni sebab ayah sayangkan kamu.
SAIFUL : ini bukan caranya sayang, ayah! Banyak lagi cara lain ayah nak tunjukkan kasih sayang ayah pada saya. bukan dengan cara ni. Orang kampung! Jiran jiran kita! Semuanya mengata dan mencaci ayah!
HAJI BERAHIM : kata orang, ‘ Biar mati anak jangan mati adat!’. Tapi apalah ertinya adat andai zuriat yang akan mewarisinya akan terkorban mati! (sebak menahan tangis) ayah hanya ada kau Saiful.
SAIFUL : tapi kenapa mesti ayah yang menanggung tanggungjawab ini!
HAJI BERAHIM : Cukup! Cukup Saiful! Ayah pernah kehilangan seorang insan yang ayah sayangi iaitu ibu kau. Pergilah Saiful! Asal kau tahu ayah sangat sayangkan kau! Pergilah…
SAIFUL : Ayah! … (sambil berlalu meninggalkan ayahnya bersama seorang pegawai polis).
PENTAS DIGELAPKAN.
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA
12
KARYAWAN MUDA 2012 FAKULTI TEATER, ASWARA
[SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]
BABAK 6
LATAR DALAM PENJARA
PENTAS DITERANGKAN
HAJI BERAHIM :25 tahun yang lalu aku telah berjumpa dengan seorang perempuan yang bernama Mona. Setahun kami bercinta.Dia seorang gadis yang baik, penyayang dan begitu mengambil berat.Kehidupannya agak senang. Walaupun aku tidak tahu akan latar belakangnya. Namun keramahan serta sikap penyayangnya
telah
perkahwinan.3
tahun
cahayamata.Dan
membuat
ianya
selepas adalah
ikatan itu
kasih
kami
Saiful.
kami telah
Kami
disatukan
di
dikurniakan
sangat
gembira!
alam
seorang Namun
kegembiraan yang diharap itu amat pendek usianya.3 bulan selepas anak aku lahir, isteri aku telah ditangkap kerana disyaki menjadi dalang kepada sindiket pengedaran dadah di Kuala Lumpur. Seakan tidak percaya aku cuba mencari jawapannya di mulut Mona. Namun kata Mona, “abang! Ampunkan Mona abang… Mona sedar yang abang pasti amat kecewa dengan tindakan Mona ini. Namun satu yang Mona mahu abang tahu yang Mona sangat sayangkan abang!”.Itulah kata-kata terakhir Mona sebelum dia dijatuhkan hukuman [Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA
13
KARYAWAN MUDA 2012 FAKULTI TEATER, ASWARA
[SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]
gantung sampai mati 6 bulan kemudian. Kerana peristiwa inilah Saiful! Kerana peristiwa ini! Sejak hari itulah setiap pertanyaan yang kau ajukan tentang ibumu mendera hati ayah.Alasan ayah bahawa ayah dah bercerai dengan ibu kau hanyalah satu alasan ciptaan ayah supaya kau tidak akan bersedih dengan apa yang akan kau dengari nanti. Ayah bimbang sekiranya kau malu dilahirkan sebagai seorang anak pengedar dadah. Ayah tidak mahu pisang berbuah dua kali. Ayah sudah tua, kau pula masih muda. Ayah pasrah dengan apa yang berlaku.
Mona : kemewahan dan kesenangan hidup bagi aku adalah satu pelengkap kepada kehidupan! kerana kemiskinan dan kesusahan itu adalah satu penderitaan! SAIFUL : ada kamu semua kisah dengan kemiskinan itu? Kamu semua hanya memandang harta dan pangkat kan?
HJ BERAHIM : tidak mengapalah… biarpun aku hidup susah dan sederhana, yang penting aku bahagia dengan kehidupan aku yang bukanlah daripada hasil tangan yang menadah.
Mona : Namun setelah menemuinya. Jawapan terbaik kepada pelengkap hidup ini adalah iman sebenarnya! Dia seorang lelaki penjual bakso yang mulia!
SAIFUL : semua orang suka jualan bakso ayah aku. Setiap hari mula jam 4 petang dan tak sampai 3 jam bakso ayah aku dah habis!
HJ BERAHIM : Alhamdulillah. Segala titik peluhku selama ini diberkati Tuhan sehingga aku mampu menyara kehidupanku dan anakku.
Mona : demikianlah setiap butir kata-kata yang indah dan manis yang sentiasa memuji serta bersyukur akan nikmat Tuhan. Aku benar-benar teruja akan kecekalannya
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA
14
KARYAWAN MUDA 2012 FAKULTI TEATER, ASWARA
[SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]
meneruskan hidup ini meskipun sentiasa diduga oleh Tuhan. Biarpun tuduhan menimpa dirinya…
SAIFUL : sehingga aku mula tahu yang semua orang hanya tahu nak bermulut manis bila seseorang itu disanjungi dan dihormati! Tapi bila tuduhan yang belum pasti salah dan benarnya, kamu semua dah kutuk dan caci orang tu macam orang yang takde maruah!
HJ BERAHIM : maruah umpama dinding putih yang membayangi seseorang insane itu untuk dipandang sebagai insan yang baik.
Mona : Namun… belum sempat aku merasai sepenuhnya nikmat keinsafan itu, penentu akan penghujung kehidupan aku telah mengambil tempat untuk mengadili segala kekhilafan masa lalu ku… dan aku sebenarnya adalah mangsa keadaan… aku tidak bersalah!
SAIFUL : keluarga aku tidak bersalah!
HJ BERAHIM : ya! Aku mengaku, aku yang bersalah!
PENTAS DIGELAPKAN.
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA
15
KARYAWAN MUDA 2012 FAKULTI TEATER, ASWARA
[SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]
BABAK 7
SUATU SUDUT DI RUMAH ZACK.
PENTAS DITERANGKAN
Zack : semenjak pemergian mona untuk berkahwin dengan Haji Berahim. Aku telah memulakan suatu dunia baru! Perniagaan baru! Kehidupan baru! Ahahaa!... mona… aku ambil dia dari sampah! Aku bagi dia hidup, aku bagi dia wang! Rumah! Kereta dan segala-galanya kemewahan yang semua orang lain impikan apabila hidup di bandar metropolitan ini. kuala Lumpur! Ya! Se-Gah namanya dan sehebat itu jugalah aku berkuasa di bandar ini sebagai seorang taikun dadah! Hahahaha! Apa? Bagasi? Bagasi yang mona bawa tu? Apa lah bengap sangat kau ni hah! Mestilah wang! Mona hantar wang ke Thailand dan kembalikan bagasi itu kepada aku dengan dadah di dalamnya. Dia tak tahu! Dia hanya keldai dadah kepadaku! Hahahaha!... argh!!!! (marah). Tapi… tapi… tapi mona telah berpaling [Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA
16
KARYAWAN MUDA 2012 FAKULTI TEATER, ASWARA
[SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]
daripada aku… dia yang dulunya buta dengan wang dan kemewahan yang aku berikan. Telah celik oleh seorang lelaki penjual bakso di jalan cheras. Penjual bakso?! Hahaha! Tapi aku puas sekarang! Perempuan bodoh itu telah aku campak ke tali gantung kerana hadiah dari aku sewaktu hari kelahiran anaknya! Hahaha! Mampus kau betina bodoh! Hihihihi (ketawa seakan-akan menangis) tapi… tapi hati aku belum puas! Selagi seluruh kehidupan mona tidak aku hapuskan, selagi Haji Berahim masih hidup! Akan aku hapuskan satu persatu keluarganya… hahaha! Sekarang giliran kau Haji Berahim! Aku nak kau rasa betapa sakit kehilangan orang yang kau sayang! Hahahaha! Akan aku getas daun mudamu… hahaha!!!
PENTAS DIGELAPKAN.
BABAK 8
SUATU SUDUT DI RUMAH HJ BERAHIM.
PENTAS DITERANGKAN
V.O Peguambela : maafkan saya Mona. Saya tak dapat memenangi kes ini dan membantu mona mencari keadilan yang hakiki. Saya faham, mona mungkin tidak bersalah. Saya harap mona akan tabah menghadapi hukuman yang telah ditetapkan. Maaf! Maafkan saya sekali lagi.
Di suatu sudut di rumah haji berahim.
SAIFUL : ayah!!!!...
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA
17
KARYAWAN MUDA 2012 FAKULTI TEATER, ASWARA
[SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]
Saiful tertunduk sambil ingin mencampakkan baju peninggalan ayahnya kepadanya sewaktu di penjara tempoh hari. Kemudian Saiful terjumpa surat yang terkeluar dari kocek baju bapanya itu dan kemudian membacanya.
MONA : Buat tatapan suami ku. Maafkan aku kerana tidak menjadi isteri dan ibu yang baik. Saat aku menulis surat ini, aku baru sahaja selesai solat Subuh dan menanti untuk menerima hukumanku sebentar lagi, Semoga ibadah ku pada hari-hari terakhir ku diterima Tuhan.Maafkan aku, dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki.Halalkan makan minum aku, abang.Aku berdosa kerana telah mengabaikan tanggungjawab ku.Kini aku mulai sedar.Tetapi kesedaran ku pada ketika ini sudah tidak bermakna apaapa lagi.semuanya sudah terlambat. Aku sudah menerima hukuman ku atas apa yang aku lakukan. Setelah aku tiada nanti, kau jagalah anak Saiful kita sebaik-baik insan dan bajailah kehidupannya dengan kasih sayang yang melimpah ruah agar dia tidak berasa kesepian. Aku harap kau dapat merahsiakan apayang telah berlaku padaku dari pengetahuan anak kita. Aku tidak mahu anak ku malu mempunyai ibu seperti aku.
SAIFUL
: sudah 21 tahun aku hidup tanpa kasih sayang seorang ibu.
HJ. BERAHIM
: sudah 21 tahun aku menjaga Saiful untuk kau Mona.
SAIFUL : tapi aku tetap merasa seperti wujudnya sentuhan ibu.
HJ BERAHIM : namun aku seolah-olah nampak kau pada dia.
SAIFUL : detik demi detik!
HJ BERAHIM : hari demi hari!
SAIFUL : aku sentiasa berharap ibu akan hadir kerana aku amat kesiankan ayah sendiri menyaraku. [Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA
18
KARYAWAN MUDA 2012 FAKULTI TEATER, ASWARA
[SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]
HJ BERAHIM : aku berdoa agar Saiful tidak terbalut selendang hitammu yang pernah membawa kedukaanku.
SAIFUL : kerana ayah selalu mengatakan yang sifat aku amat mirip dan persis seperti ibu!
HJ BERAHIM : kerana aku selalu mengatakan yang sifat Saiful amat mirip dan persis seperti kau!
Haji Berahim menangis.
SAIFUL menangis dan memeluk seerat-eratnya surat yang telah dibacanya.
SAIFUL : (menjerit) ayah……. Ibu …..Ya Tuhan… tolonglah ampunkan segala dosa ibu dan bapaku… sebenarnya….
EPILOG
Malam yang suram.Saiful telah dikejar oleh tiga orang polis.Saiful berhenti di gerai bakso bapanya dan meletakkan sesuatu di situ.Seterusnya beredar dari situ. Ketika itu bapanya sibuk mencuci pinggan mangkuk.Pegawai polis tersebut singgah di gerai bakso dan seperti berkata kepada sesuatu padanya. Mereka mencari sesuatu dan menjumpai apa yang mereka cari. Bapanya kemudian telah ditangkap dan dibawa ke balai polis.
HAJI BERAHIM : ya encik! Barang ini, saya punya encik!
PENTAS DIGELAPKAN SEIRING BUNYI DAUN PINTU BESI DITUTUP.
TAMAT. [Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA
19
KARYAWAN MUDA 2012 FAKULTI TEATER, ASWARA
[SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA
20