Teks pengacara majlis majlis pelancaran Program Program NILAM 2018
Bissmillahirrahmanirahim / Selamat Sejahtera pembuka kata Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera pemula bicara Yg berusaha En Jamaludin Bin Matzin pengetua SMK Pengiran OMar Yang dihormati, Drs Mohd Yusslin Bin Md Yusof, Penolong kanan Pentadbiran, Pn. Hajah Rosni Chung Abdullah, Penolong kanan hal ehwal murid, En Sulaiman Bin Che Othman, Penolong kanan ko-kurikulum, Cik Ramlah Hj Ag Ali Penolong Kanan Pra U, Ketua-ketua bidang, ketua-ketua Panitia, Guru-guru yang disayangi dan rakan pelajar yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia serta perkenannya maka dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi memeriahkah majlis pelancaran program NILAM 2018 peringkat sekolah. Hadirin yg dimuliakan, Program NILAM TAMBAH BAIK merupakan usaha kementerian pelajaran Malaysia yang bermatlamatkan membina tabiat membaca dalam kalangan murid dari sekolah rendah sehingga Pra Universiti Rasional program ini untuk memastikan budaya cintakan ilmu berjaya dipupuk dalam kalangan semua lapisan masyarakat terutamanya bilangan murid selaras dengan hala tuju kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang kaya bermaklumat. *PANTUN Bunga melur dalam jambangan, Di tepi kolam menjadi hiasan. Kucipta pantun buat renungan, Semarak Nilam empunya wawasan.
Hadirin sekalian, Bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi ini, majlis diteruskan dengan menjemput yang berusaha , En Jamaludin Bin MAtzin, ,pengetua SMK Pengiran Omar untuk menyampaikan ucapan sempena majlis pelancaran program NILAM 2018 peringkat sekolah, seterusnya merasmikan majlis. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha , En Jamaludin Bin MAtzin,atas ucapan perasmian itu tadi. *PANTUN Mekar sejambak bunga gubahan, Jatuh sekuntum di atas peti, Membaca itu suruhan Tuhan, Al-alaq diturun menjadi bukti.
Cerana kesumba indah melati, Cantik tersemat dambaan puteri, Ilmu ditimba sepenuh hati, Kekuatan umat minda bestari.
G imik Perasmian
Bagi menyempurnakan majlis pelancaran Program NILAM 2018 peringkat sekolah, majlis mempersilakan Drs Mohd Yusslin Bin Md YUsof untuk menjemput dan mengiringi En Jamaludin Bin MAtzin, menandatangani kad sebagai simbolik perasmian. Majlis mengucap terima kasih kepada tuan pengetua, En Jamaludin Bin MAtzin,dan Drs Mohd Yusslin bin Mohd Yusof
*PANTUN Kalau ada sumur di lading,
Bolehlah saya menumpang mandi. Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita bertemu lagi. Sekian, Wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt
Majlis diserahkan semula majlis kepada guru bertugas.