PENGENALAN
Dalam abad ke-21, perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi teknolog i khususnya dalam bidang ICT banyak membawa kepada perubahan. Kesannya
ialah
kepada globalisasi. Cabaran di peringkat global sifatnya berubah dari semasa ke semasa. Oleh yang yang demikian, kurikulum sekolah perlu selaras dengan perkembangan
tersebut.
Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa bagi melahirkan modal insan seimbang yang mampu berdepan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan (KPM, 2010). Ucapan dasar Y.A.B. Y. A.B. Perdana Per dana Menteri Malaysia dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 juga meminta supaya sistem pendidikan di Malaysia memberi penekanan kepada pembangunan modal insan; penghasilan pelajar celik minda; pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat; dan program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul al-bab. Sehubungan itu, mulai 2011 Kurikulum Bersepadu
Sekolah
Standard Sekolah
Rendah (KBSR) telah
Rendah
ditransformasikan ditransform asikan
(KSSR). Transformasi Transform asi
dan penambahbaikan
kepada Kurikulum
melibatkan perubahan
bentuk,
organisasi,
tersebut
Bersepadu kandungan,
kepada Kurikulum
merupakan
Sekolah
pengukuhan
Rendah (KBSR) yang
pedagogi,
peruntukan
masa,
kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Alimuddin Mohd. Dom (2015), menyatakan bahawa KSSR digubal berdasarkan bentuk pernyataan standard yang dikenali sebagai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran di mana DSKP tersebut digunakan dalam semua mata pelajaran. Untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, dokumen kurikulum standard yang digunakan adalah DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah. DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah tersebut memenuhi keperluan reka bentuk kurikulum menerusi beberapa aspek yang dinyatakan dalam dokumen tersebut.
1
PENULISAN ESEI 1 : PENTAFSIRAAN REKA BENTUK KURIKULUM BERDASARKAN DOKUMEN STANDARD DAN PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH MELALUI PENILAIAN BERJUSTIFIKASI.
DSKP Bahasa Melayu Sekolah
Rendah mempunyai matlamat dan objektif yang
tersendiri di mana Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian. Di samping itu, murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah membolehkan seseorang murid itu mencapai sesuatu objektif. Antara objektif yang boleh dicapai adalah murid berkeupayaan mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul serta dapat mendengar, memahami dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa, dan ayat dengar betul. Seseorang murid itu juga dapat membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul, memahami dan menaakul maklumat tersurat dan tersirat daripada pelbagai sumber untuk memberi respons dengan betul. Hal ini dikatakan demikian kerana DSKP Bahasa Melayu telah direka berdasarkan kepada lima kemahiran bahasa iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Aspek Seni Bahasa dan Aspek Tatabahasa. Kemahiran-kemahiran ini akan diajar oleh guru di sekolah berdasarkan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang telah ditetapkan. Oleh itu, DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah memenuhi keperluan reka bentuk kurikulum menerusi kemahirankemahiran yang perlu dikuasai oleh murid bagi mencapai matlamat dan objektif yang telah ditentukan. DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah digubal berdasarkan kepada enam tunjang yang dirangka dalam KSSR mampu melahirkan insan yang seimbang dan berdaya saing signifikan dengan keperluan reka bentuk kurikulum masa kini. Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Hal ini bertepatan dengan salah
satu elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (Mok Soon Sang, 2009). Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu. Enam tunjang utama yang disepadukan dalam menghasilkan insan yang seimbang adalah 2
komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan serta kerohanian sikap dan nilai. Sebagai contoh, dalam mewujudkan insan yang seimbang, salah satu tunjang yang perlu ditekankan adalah komunikasi di mana komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul. Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial. Dengan itu, penggubalan DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah dilihat memenuhi reka bentuk kurikulum masa kini dengan membentuk murid yang berketerampilan dalam berbahasa. Salah satu faktor mengapa DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah memenuhi reka bentuk kurikulum adalah kerana penerapan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) merentasi kurikulum Bahasa Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana tujuan utama penerapan elemen TMK dalam pDp untuk memastikan murid dapat mengaplikasikan dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari. Perkara ini sejajar dengan anjakan ketujuh dalam PPPM 2013-2025 yang menekankan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (Goay Teck Chong et al., 2013). Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) serta penggunaan komputer dalam bidang pendidikan juga menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan. Kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat telah membawa banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran bahasa. Daripada kaedah konvensional di dalam bilik darjah, pengajaran bahasa kini telah berkembang kepada kaedah pengajaran yang baru, iaitu pengajaran bahasa di alam siber. Dengan kaedah baru ini, para pendidik bahasa dapat berkomunikasi dan mengajar melalui komputer yang dihubungkan dengan modem dan perisian komunikasi. Pengajaran yang menggunakan kaedah baru ini dapat membantu mengembangkan penggunaan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa. Bukan itu sahaja, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan untuk memastikan murid dapat menguasai kemahiran tersebut sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran era modenisasi. Tuntasnya, DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang memberi fokus terhadap kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan murid dilihat sebagai satu perkara yang menyebabkan DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah tersebut 3
memenuhi reka bentuk kurikulum masa kini yang mengaplikasikan komponen teknologi maklumat dan komunikasi. Penerpan elemen keusahawanan juga menyebabkan DSKP Bahasa Melayu mempunyai reka bentuk kurikulum masa kini. Penerapan elemen keusahawanan berrtujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Elemen keusahawanan ini diterapkan melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam proses membudayakan keusahawanan. Fokus utama dalam penerapan elemen keusahawanan adalah dengan mengamalkan sikap keusahawanan, mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan, mengamalkan pengetahuan dan kemahiran asas jual beli ,menghasilkan produk berasaskan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi dan vokasional keusahawanan serta nilai moral dan etika keusahawanan. Oleh itu, hasil daripada fokus ini akan melahirkan insan yang dapat memacu idea ke pasaran serta dapat memberi
sumbangan
kepada
ekonomi
negara
kelak.
Jelaslah
bahawa
elemen
keusahawanan merupakan antara elemen yang terpenting dalam kurikulum pendidikan di Malaysia agar generasi yang dilahirkan mampu meningkatkan pembangunan dan ekonomi negara menerusi bidang keusahawanan. DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah juga merangkumi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang melengkapi reka bentuk kurikulum masa kini. KBAT merupakan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan menaakul serta strategi berfiki sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menggariskan enam ciri utama yang perlu ada pada setiap murid untuk membolehkan mereka bersaing pada peringkat global, iaitu integrasi nasional, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika kerohanian, pengetahuan serta kemahiran berfikir. Oleh hal yang demikian, dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, semua aspek yang dinyatakan ini perlu diterapkan oleh guru kepada murid. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, faktor penting untuk merealisasikan KBAT ialah keupayaan memindahkan kemahiran yang sudah dipelajari di dalam BM kepada situasi komunikasi dalam kehidupan seharian. Dalam situasi sedemikian kualiti murid dalam berbahasa dapat diukur bukan sahaja kepetahannya bertutur atau menulis tetapi juga melalui kualiti pemikirannya semasa berbahasa. Dalam konteks ini pengajaran BM yang melibatkan penguasaan kemahiran berbahasa memerlukan pelajar dapat menggunakannya secara berkesan. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan sebagai penggerak pemikiran murid dengan memastikan KBAT dikuasai oleh murid agar dapat meningkatkan keupayaan mempelajari bahasa. Melalui KBAT murid dapat mengawal, menentukan arah dan mengukur 4
kemajuan pelajaran mereka. Aspek kognitif yang mendasari kemampuan murid boleh dilakukan melalui pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan sukatan pelajaran objektif pengajaran Bahasa Melayu mengunjurkan agar murid bukan sahaja dapat menguasai kemahiran berbahasa tetapi mampu menguasai pembelajaran secara kendiri. Ringkasnya, KBAT menjadikan murid lebih produktif dan berdaya saing seiring dengan keperluan semasa
bidang pendidikan bagi memenuhi cabaran abad ke-21 dengan
penggubalan DSKP Bahasa Melayu. Akhir sekali, aspek yang menyebabkan DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah memenuhi reka bentuk kurikulum masa kini adalah menerusi strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam mencapai hasrat dan matlmat KSSR, strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan pelbagai prinsip, teknik dan pendekatan untuk memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara pendekatan yang boleh digunakan oleh guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan
DSKP
Bahasa
Melayu
Sekolah
Rendah
ialah
dengan
menggunakan pendekatan tematik. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu diajar berdasarkan tema. Perancangan dan penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa. Terdapat 11 cakupan tema yang ditekankan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu tema Kekeluargaan, Kemasyarakatan, Kesihatan dan Kebersihan, Keselamatan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Estetika, Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Pertanian dan Penternakan serta Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan. Hal ini bermaksud, strategi pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti
pembelajaran
dan
mengintegrasikan
pelbagai
bidang
kurikulum.
Pengajaran
kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak. Oleh itu, kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak juga disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Deduksinya, berdasarkan DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah, penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran amat ditekankan dalam proses pDp mata pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan proses pDp dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan sistematik agar murid mudah menerima input berkenaan dengan pengajaran Bahasa Melayu.
5
Secara keseluruhannya, DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah dilihat sebagai suatu dokumen standard pembelajaran yang dapat memenuhi reka bentuk kurikulum pada masa kini. Hal ini demikian kerana, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan. DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah dilihat sebagai satu medium yang mampu melahirkan murid berdaya saing signifikan dengan KSSR dan PPPM 2013-2025. Perkara tersebut dapat dibuktikan apabila DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah menekankan beberapa aspek yang telah diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara maju tersebut seperti kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran berfikir aras tinggi, strategi pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya. Berdasarkan pernyataan tersebut, jelaslah bahawa DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah memenuhi reka bentuk kurikulum masa kini seiring dengan peredaran zaman.
6
PENULISAN ESE1 2 : APLIKASIKAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BAHASA DAN
ASPEK BAHASA SERTA MERANCANG AKTIVITI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN DSKP BM SR.
Perkembangan semasa dalam arus globalisasi yang sangat dinamik menuntut perubahan dalam dunia pendidikan. Seiringan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil inisiatif menyemak dan melakukan penambahbaikan dalam kurikulum. Selaras dengan perubahan tersebut, kurikulum Bahasa Melayu turut melalui proses semakan dan penambahbaikan dalam penggubalannya hingga terhasil Standard Kurikulum Bahasa Melayu. Standard yang diketengahkan ini mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard ini merupakan penyataan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai oleh murid di sekolah jenis kebangsaan. Penggubalan Standard Kurikulum Bahasa Melayu berpaksikan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Standard ini menjunjung peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan negara dan bahasa ilmu. Standard ini turut menitikberatkan penggabungjalinan kemahiran bahasa, penyerapan ilmu dan nilai murni. Standard Kurikulum Bahasa Melayu boleh dijadikan pemangkin untuk memahami akal budi, pemikiran dan sosiobudaya penuturnya ke arah melahirkan semangat cinta akan bahasa dan tanah air yang dikongsi bersama dalam satu wawasan demi memartabatkan bahasa Melayu. Pada asasnya, pembinaan kerangka standard ini berdasarkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Standard ini mengetengahkan pendekatan berbentuk modular dan pembelajaran secara didik hibur bagi mencungkil potensi murid untuk meneroka pelbagai ilmu pengetahuan
seterusnya
membolehkan
murid
memperkembang
keupayaan
dan
penguasaan kemahiran bahasa. Standard Kandungan aspek tatabahasa yang digubal bertujuan menentukan keupayaan murid menguasai asas berbahasa dengan nahu yang betul. Guru perlu melaksanakan pengajaran dan pengajaran aspek tatabahasa ini secara penggabungjalinan kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran lisan, membaca atau menulis. Aspek tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid ialah golongan kata, pembentukan kata dan pembinaan ayat. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran tatabahasa ini harus diajar secara berfokus dan terancang. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa guru harus menetapkan objektif yag perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Aspek Tatabahasa yang disediakan. Jika dalam KBSR, tatabahasa dijalankan secara serapan namun dalam KSSR tatabahasa diajarkan secara terus dengan menggunakan konsep modular.
7
Sebelum menyediakan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi aspek tatabahasa, guru perlu memberi pertimbangan aktiviti yang sesuai sebelum, semasa, dan selepas pengajaran dan pembelajaran yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti secara terancang bagi mencapai objektif yang telah ditentukan. Guru boleh merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara atau aktiviti. Sebagai contoh, bagi mengajar subjek Bahasa Melayu Tahun 2, guru perlu merancang satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan DSKP Bahasa Melayu
Sekolah
Rendah
dengan
mengaplikasikan
Standard
Pembelajaran
Aspek
Tatabahasa. Dalam pengajaran ini, tajuk yang akan diajar ialah ‘Sayangi Keluarga’ berdasarkan kepada tema Jati Diri. Fokus utama dalam pengajaran ini adalah berlandaskan kepada Standard Kandungan 5.1 memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks. Bagi Standard Pembelajaran yang diaplikasikan pula ialah
Standard
Pembelajaran 5.1.1 memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia dengan betul mengikut konteks. Fokus sampingan juga perlu diberi penenkanan dalam pengajaran ini. Antara fokus sampingan yang digunakan ialah Standard Kandungan 2.5 membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan. Bagi Standard Pembelajaran pula, guru memberi fokus kepada Standard Pembelajaran 2.5.3 membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan bahan grafik dengan betul untuk memindahkan maklumat. Pada akhir pengajaran ini, objektif yang ingin dicapai adalah murid dapat menggunakan kata nama am hidup manusia dengan betul dalam pelbagai keadaan serta murid dapat memahami dan menaakul dengan betul kata nama am dalam ayat yang dibaca. Terdapat beberapa bahan media yang digunakan dalam pengajaran ini seperti petikan teks, kad kata nama dan lembaran kerja agar memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Bagi mencapai objektif dalam pengajaran ini, langkah-langkah aktivti dalam pengajaran tersebut perlu disusun dan dirancang dengan tepat agar proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan secara berkesan. Langkah pertama dalam pengajaran ini adalah murid diminta untuk memerhati gambar yang dipancarkan melalui skrin besar. Kemudian, beberapa orang murid diminta menamakan kata panggilan bagi ahli keluarga yang terdapat dalam gambar dengan menaip pada petak yang disediakan. Murid juga diberi peluang untuk bercerita tentang ahli keluarga mereka dengan menggunakan ayat sendiri. Secara tidak langsung, guru dapat membimbing murid membina jati diri dengan menanamkan sifat sayang dan bangga akan keluarga dan sanggup berkorban demi kesejahteraan keluarga. Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan juga diterapkan dalam pengajaran ini serta
8
nilai-nilai murni seperti kasih sayang dan hormat menghormati dipupuk secara tidak langsung. Langkah kedua dalam pengajaran ini pula adalah guru berbincang mengenai pekerjaan ibu bapa dan ahli keluarga mereka yang lain. Murid dibimbing untuk memahami penggunaan kata nama am hidup manusia mengikut konteks keluarga. Bagi memudahkan lagi proses pDp ini, murid secara berkumpulan menjalankan aktiviti permainan dengan mencari dan menamakan pekerjaan yang sesuai untuk seseorang berdasarkan tempat tinggal mereka. Contohnya, Datuk tinggal di kampung dan pekerjaan yang sesuai bagi penduduk kampung adalah petani, ketua kampung, guru besar, kerani, bilal masjid, pekebun, penternak dan sebagainya. Oleh itu, dalam pengajaran ini guru dapat membimbing murid menghargai pengorbanan ahli keluarga terutamanya ibu dan bapa dengan menerapkan unsur nilai bersyukur. Seterusnya, langkah ketiga yang perlu dijalankan dalam proses pDp ini adalah murid secara berkumpulan menjalankan permainan bahasa dengan ‘menggunakan kata nama yang betul’. Dalam aktiviti ini, murid akan diagihkan kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang untuk menamakan 3 pekerjaan yang sesuai untuk ahli keluarga berdasarkan bidang yang diberi. Contohnya, dalam bidang keselamatan pekerjaan yang sesuai adalah askar, polis dan ahli bomba. Seterusnya, wakil kumpulan dikehendaki membacakan hasil tugasan mereka dan kumpulan lain memberi komen tentang jawapan tersebut. Guru akan mengesahkan jawapan tersebut dan memberi markah kepada setiap kumpulan. Akhir sekali, guru merumus permainan dan mengaitkannya dengan semangat jati diri dan sikap menghargai pengorbanan ibu bapa. Dalam pengajaran ini, guru dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir dengan menjana idea pelajar. Pada akhir pengajaran ini, guru melaksanakan pentaksiran, penggayaan, dan pemulihan. Melalui latihan pentaksiran, murid membaca dan menandakan kata nama am yang betul pada latihan yang disediakan bagi menjana idea pelajar. Latihan pemulihan pula, murid diminta memadamkan kata nama am dengan frasa yang sesuai untuk membentuk ayat yang lengkap menggunakan komputer melalui teknik klik dan tarik. Aktiviti ini adalah untuk murid yang belum mencapai Standard Pembelajaran sahaja. Dalam latihan ini juga, kemahiran teknologi dan maklumat juga secara tidak langsung diaplikasikan oleh guru bagi meningkatkan kemahiran pelajar. Menerusi latihan penggayaan pula, murid diminta untuk membina dan menulis ayat berdasarkan kata nama am yang diberi menggunakan kemudahan komputer. Aktiviti ini pula adalah untuk murid yang telah mencapai Standard Pembelajaran.
9
Secara keseluruhannya, pengajaran ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini juga dapat merangkumi semua aspek yang telah ditetapkan dalam Standard Pembelajaran 5.1.1 menerusi aktiviti yang dirancang oleh guru. Pada akhir pengajaran tersebut, para pelajar dapat memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia dengan betul mengikut konteks berdasarkan aktivti yang dilakukan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermaksud, peranan guru amat penting dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar melalui aktiviti yang dijalankan murid-murid dapat menguasai suatu pembelajaran tersebut dengan berkesan serta dapat mencapai objektif pengajaran yang ingin dicapai.
10
RUJUKAN BUKU
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 1. (2016), Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Mok Soon Sang. (2009). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi : Murid Dan Alam Belajar, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2003). Teori Bahasa Implikasinya Terhadap Pengajaran Tatabahasa. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Zulkifley Hamid. (2005). Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. INTERNET
Ali Hussin Asaril. (2016, October 19). Analisis Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah Memenuhi Keperluan Reka Bentuk Kurikulum Masa Kini. Retrieved 1 April, 2017, from Tinta Muhammad Al Afzan: http://afzanalihussin.blogspot.my/2016/10/analisis-dokumen-standard-kurikulumdan.html Mohd Suhaimin Isnen. (2017, February 12). Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Melayu/Malaysia (BM) Tahun 2 Aspek Tatabahasa,
from
Cikgu
Suhaimin:
https://cikgusuhaimin.blogspot.my/2017/02/rancangan-pengajaran-harian-rph.html
11