1.0 PENGENALAN
Dalam meniti arus perdana globalisasi hari ini, pelbagai urusan sama ada di dalam perkhidmatan awam, swasta mahupun perbankan perniagaan hanyalah melalui jaringan internet. Internet menjadi salah satu medium terpenting abad ini dalam segala urusan kehidupan. Di dalam bidang perniagaan khususnya, setelah kewujudan internet telah berlaku satu lonjakan paradigma yang mana segala urusan jual beli barangan dan perkhidmatan hanyalah melalui sistem perniagaan atas talian yang lebih dikenali lagi dengan sistem e-dagang. E-dagang boleh didefinisikan sebagai satu bentuk pembayaran yang mana proses serta komunikasi yang berlaku antara pihak penjual dan pembeli yang mana memberi kesan kepada sudut ekonomi. Dalam pada itu, e-dagang juga boleh didenifisikan sebagai mengeksploitasi teknologi dan aplikasi bagi menghubungkan sistem perniagaan yang kritikal terus kepada pelanggan, pekerja dan pembekal melalui Internet, dan sesawang WWW (World Wide Web). Segala urusan yang dijalankan berkonsepkan e-dagang tidak mengira lokasi, saiz dan jenis perniagaan. Walau bagaimanapun. Syarat menjalankan urusan e-dagang juga tetap ada yang mana memerlukan pengemaskinian maklumat mutakhir dan terkini dalam proses pentadbiran dan perniagaan. Selain itu, e-dagang juga memberi kesan kepada pengeluaran, pengedaran dan lain sektor yang berlandaskan elektronik (Kent W.Colton & Kenneth L. Kraemer, 1980). Sebenarnya transaksi yang dijalankan secara atas talian ini banyak membuka peluang kepada para peniaga dan pelanggan dalam menjalankan perniagaan serta mendapatkan produk serta perkhidmatan yang mereka inginkan lebih efektif dengan kadar segera. Sistem ini juga dapat dilihat sebagai salah satu alternatif jalan penyelesaian kepada beberapa masalah yang dialami oleh firma-firma perniagaan satu ketika dahulu yang mana paling ketara adalah masalah mempromosikan dan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.
A) SEJARAH DAN EVOLUSI E-DAGANG
E-Dagang atau "E-Commerce" secara ringkasnya, merupakan satu sistem laman web yang membolehkan pemiliknya melakukan penjualan atau jual beli bersama pelanggan.Definisi penuh e-dagang adalah mengeksploitasi teknologi dan aplikasi untuk menghubungkan sistem perniagaan yang kritikal secara terus kepada pelanggan, pekerja dan pembekal melalui Intranet, Extranet dan WWW, tak kira saiz, lokasi dan jenis perniagaan. Antara syarat e-dagang memerlukan pengemaskinian maklumat mutakhir dalam proses pentadbiran dan perniagaan.
Perdagangan elektronik, E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaiitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.
Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai.
Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet. Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah komputer, modem dan talian telefon.
Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi setahun sesuai dengan meningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat, walau bagaimanapun di antara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan cara-cara tradisional perdagangan.
JENIS-JENIS E-DAGANG
E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan dan yang keduanya di antara perniagaan dan pengguna.
Jenis e-dagang yang pertama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih perniagaan atau syarikat di mana seringkali satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. Sebagai contohnya pengeluar kicap akan berinteraksi dengan sebuah pasaraya dalam proses memesan, menghantar dan membayar pesanan botol-botol kicap.
Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual akhir sesuatu produk itu misalnya sebuah pasaraya yang menjual produk-produk kepada pengguna terakhir ialah orang ramai yang memesan satu atau dua botol kicap melalui e-dagang.
Dari segi jumlah transaksi yang dilakukan melalui e-dagang, jenis pertama iaitu transaksi di antara perniagaan dengan perniagaan sebenarnya paling banyak memberi kemanfaatan kepada sesebuah syarikat itu kerana jumlah pesanan di antara perniagaan seringkali besar dan kerap berbanding dengan di antara perniagaan dengan pengguna akhir.
Walau bagaimanapun perkara ini mungkin berubah apabila lebih ramai pengguna akhir menggunakan e-dagang untuk membeli barangan seharian seperti kicap, bunga, beras, baju, kereta dan lain-lain keperluan konsumer sesebuah mesyarakat itu.
1. B2B E-Commerce - Its E-dagang antara syarikat Its bidang utama untuk E-dagang dan merupakan kira-kira 81%.
2. B2C E-Commerce - E- dagang antara syarikat dan pengguna, ia melibatkan membeli atau menerima barang-barang atau perkhidmatan melalui medium rangkaian elektronik.
3. B2G E-Commerce - E- dagang antara sektor awam dan syarikat-syarikat. Ia merujuk kepada penggunaan Internet untuk pelbagai operasi yang berkaitan dengan Kerajaan. Contoh-Membayar cukai, memfailkan laporan dan lain-lain
4. C2C E-Commerce - E- dagang antara individu atau pengguna. Penggunaan Example- Laman Web seperti Ebay, Quikr mana seseorang membeli daripada lain.
5. M Commerce - Bermakna Mobile Commerce, membeli dan menjual melalui teknologi mudah alih. Yang digunakan untuk perkhidmatan seperti tiket Mobile, perbankan dan lain-lain
SAIZ E-DAGANG
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh statista.com, 40 peratus pengguna internet diseluruh dunia membeli-belah melalui internet.
Dianggarkan seramai 1.2 bilion pengguna pada tahun 2015 membuat pembelian melalui internet dan dijangkakan akan terus meningkat.
Pada tahun 2013 jumlah transaksi e-dagang adalah sebanyak AS$1.2 trilion yang diurusniagakan dalam talian dan jumlah ini dijangkakan akan terus meningkat.
SKOP E-DAGANG
Secara amnya, pasaran E-dagang meliputi enam bidang iaitu pengiklanan, pendidikan, kewangan, bidang professional, peruncitan dan pelancongan. Keenam-enam bidang ini telah menyumbang kepada pertumbuhan E-dagang yang memberangsangkan.
Hari ini, peranti mudah alih memainkan peranan yang semakin penting dalam campuran eCommerce. Sesetengah anggaran menunjukkan bahawa pembelian yang dibuat pada peranti mudah alih akan membentuk 25% daripada pasaran menjelang 2017. Menurut Indeks Cisco Networking Visual, pada tahun 2014 jumlah peranti mudah alih akan mengatasi bilangan jumlah penduduk dunia.
Perkembangan e-dagang bermula sejak kemunculan internet pada tahun 1969 seterusnya berkembang dan wujudnya E-dagang ( E-commerce ). Internet lahir pada tahun 1969 di Amerika iaitu kelompok peneliti berhubungan dengan empat komputer di UCLA, Stanford Research Institut, Universiti Utah dan Universiti California di Santa Barbara. Mereka telah mencipta sebuah jaringan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain yang di kenali istilah ARPAnet ( Advanced Research Project Agency ) yang mana merupakan salah satu bahagian keamanan Negara Amerika Syarikat.
Selepas tiga tahun, lebih dari lima puluh universiti telah terhubung bersama-sama dalam jaringan (network), dan jaringan komputer yang lain mulai muncul di sekitar negara dan dunia. Seiring dengan perkembangan ARPAnet, yang diikuti pula dengan kerjasama jaringan antara kaum pendidik, dan eksperimen NASA mengenai jaringan komputer, jaringan ini mulai terhubung satu dengan yang lain, dan muncullah istilah internet.
Dalam konteks perniagaan, internet membawa impak transformasi yang menciptakan paradigma baru dalam dunia perniagaan yang dikenali sebagai "Digital Marketing". Awal tahun 1990-an, perniagaan di internet mula berkembang pesat mencapai jutaan pelanggan, maka muncullah istilah baru "Electronic Commerce" atau lebih dikenali E-commerce. Perdagangan Elektronik juga dikenali sebagai e-dagang. E-dagang merupakan sebuah sistem perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutamanya telekomunikasi canggih.
E-dagang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu e-dagang di antara perniagaan dengan perniagaan dan e-dagang di antara perniagaan dengan pengguna. E-dagang di antara perniagaan dengan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih syarikat di mana satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. E-dagang di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual produk akhir dengan pengguna.
E-dagang menggunakan Internet untuk mewujudkan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit dan sebagainya dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak. Dengan adanya e-dagang, sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual beli di mana sahaja di dunia ini. Ia kini digunakan secara meluas terutamanya di negara-negara barat malah diakui oleh syarikat antarabangsa dan pakar pasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan.
Internet pula boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan dalam dua cara iaitu yang pertama, memasarkan serta menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik. Cara yang kedua ialah mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet yang membolehkan pengguna membeli barangan di rumah atau tempat perniagaan. Secara umumnya e-dagang adalah model perniagaan yang mana segala aktiviti perniagaan dijalankan sepenuhnya melalui penggunaan internet sebagai mediumnya. Aktiviti e-dagang merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan, melakukan pemasaran menerima bayaran melalui internet dan pengurusan khidmat pelangan secara online. terdapat dua jenis perniagaan yang boleh di jalankan melalui medium internet iaitu yang berasaskan produk fizikal, produk digital dan produk perkhidmatan
B) KEPENTINGAN E-DAGANG DALAM PERNIAGAAN
Kemunculan e-dagang menyebabkan kebanyakan perniagaan beralih kepada konsep teknologi maya. Rata-rata usahawan beranggapan konsep e-dagang dapat membantu dalam mengembangkan perniagaan kerana internet dapat diakses dimana-mana sahaja. Penggunaan internet dapat membantu orang ramai dalam mendapatkan maklumat mengenai sesuatu produk dan perkhidmatan.
Kemunculan e-dagang yang kini mendapat perhatian orang ramai harus diberi perhatian dan dimanfaatkan sepenuh oleh usahawan-usahawan di Malaysia kerana ia memberikan pulangan yang menguntungkan. Antara kepentingan-kepentingan e-dagang dalam perniagaan adalah seperti berikut:
Transaksi yang dijalankan melalui cara ini sebenarnya banyak membuka peluang kepada para peniaga serta pelanggan untuk menjalankan perniagaan serta mendapatkan produk yang mereka ingini dengan lebih cepat serta efektif.
Sistem ini juga dilihat sebagai salah satu dari jalan penyelesaian kepada beberapa masalah yang dihadapi oleh firma-firma perniagaan di masa lalu. Kewujudan sistem ekonomi seumpama ini kemungkinan akan memberi kesan secara serius kepada penggunaan kertas, wang serta cek di masa-masa akan datang.
Penggunaan e-dagang dapat membantu usahawan mengembangkan perniagaan. Globalisasi yang berlaku p ada hari ini menyebabkan wujudnya jaringan dunia tanpa sempadan dan semua maklumat berkaitan dengan perniagaan dapat diakses dengan mudah.
Penggunaan e-dagang dapat meningkatkan produktiviti para usahawan dimana mereka dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan cepat dan pantas melalui penggunaan medium seperti blog, emel dan medium-medium yang lain.
Dengan penggunaan e-dagang para usahawan dapat memperoleh maklumat dan maklum balas daripada pengguna dengan lebih tepat dan cepat. Ini dapat meningkatkan lagi mutu sesuatu produk atau perkhidmatan yang dijalankan.
Dengan menggunakan perkhidmatan e-dagang, syarikat tidak perlu memiliki saiz firma yang besar bagi meyakinkan pengguna malah dengan adanya rangkaian perkhidmatan talian yang kukuh dan berkesan ia boleh meyakinkan para pengguna. Secara tidak langsung, perkembangan teknologi telah menyebabkan kehidupan manusia bergerak ke arah yang lebih kompleks dan dinamik.
Dengan bantuan e-dagang, proses perhubungan dan komunikasi menjadi lebih murah, cepat dan efisien.
Penggunaan e-dagang adalah berkonsepkan mesra pelanggan, dimana ianya menyediakan platform pencarian produk yang lebih mudah, padanan dan kenyataan spesifikasi produk yang boleh mengurangkan kos pelanggan, sistem pembayaran elektronik yang selamat, kaedah penghantaran produk yang terjamin serta reaksi yang pantas ke atas pertanyaan pelanggan.
Dengan adanya e-dagang, pelanggan lebih bebas dalam membuat keputusan pembelian kerana mereka mempunyai banyak pilihan dari pelbagai syarikat lain.
Penggunaan e-dagang dapat membantu para usahawan membekalkan lebih banyak maklumat penting kepada syarikat untuk mengenalpasti dan membuat inovasi dalam sesuatu produk.
Menurut Khairul Nizam Bin Zainal Badri (2007), menyatakan contoh terbaik penggabungan teknologi yang sering dipraktikkan oleh syarikat-syarikat maya ini ialah seperti penggunaan teknologi kemudahan mudah alih dengan laman web. Penggunaan laman web menerusi aplikasi facebook, blog, istagram berjaya menambat hati pengguna teknologi masa kini. Dengan cara itu, pengguna boleh boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
Kepentingan e-dagang dalam perniagaan memberi kelebihan dalam perniagaan seseorang usahawan. Kelebihannya adalah seperti berikut :-
a) Menjimatkan masa dan kos
E-dagang merupakan satu kaedah yang baik dan berkesan dalam urusan jual beli kerana kaedah ini menjimatkan masa dan kos.Peniaga tidak perlu menyediakan ruang premis yang luas untuk menjalankan perniagaan. Urusan jual beli dapat dijalankan dengan lebih mudah dan cepat di samping menjimatkan kos. Ia membantu syarikat untuk meluaskan pasaran ke seluruh pelusuk dunia dengan menjadikan ekonomi di dunia ini menjadi satu sistem yang bersifat saling-bergantung antara satu sama lain. Pembeli pula tidak perlu keluar dari rumah dalam cuaca yang panas, mengharungi kesesakan malahan dapat menjimatkan masa dan kos sekaligus dapat melihat produk yang dijual dengan jelas beserta dengan maklumat yang disertakan. Mengurangkan kos perjalanan : penggunaan telefon bimbit, e-mel dan ICT lain bagi menggantikan tuntutan perjalanan.
Mengurangkan kos bahan-bahan contohnya penyampaian maklumat yang lebih baik daripada pembekal tentang harga yang lebih kompetitif.Mengurangkan kos pemasaran dan pengedaran sebagai contoh, penerbitan risalah dalam talian boleh mencapai jumlah yang tidak terhad daripada pelanggan dalam negara mahupun luar negara.Mengurangkan kos jualan sebagai contoh internet menyediakan peluang luar biasa bagi perniagaan untuk mengurangkan kos perniagaan dalam negara dan eksport.Lebih cekap pengurusan rantaian bekalan contohnya boleh menghapuskan peranan orang tengah yang membawa kepada pengurangan kos urus niaga termasuk pemasaran, jualan, pemprosesan transaksi, pengurangan overhead, inventori dan kos buruh.
b) Boleh menaikkan imej dan kredibiliti usahawan.
Pada zaman perkongsian maklumat kini, adalah penting bagi seseorang usahawan memperbanyakkan perkongsian bagi menaikkan imej perniagaannya dan meningkatkan kredibilitinya. Salah satunya adalah melalui pelaksanaan e-dagang dalam perniagaan. Oleh kerana rantaian nilai perniagaan itu boleh dilonjakkan ke tahap yang lebih tinggi melalui inovasi, pendekatan dan perkaedahan inovatif, ia berupaya menghasilkan idea baharu dan segar, yang boleh diterjemahkan menjadi produk dan perkhidmatan komersial yang berdaya maju. Dengan merangkumkan kepintaran, daya cipta, dan keaslian, perniagaan melalui e-dagang, akan meraih manfaat daripada kegiatan nilai tambah yang tinggi, seterusnya menjana pendapatan tinggi.
c) Mengembangkan perniagaan ke negara-negara lain melalui e-dagang.
Dalam bidang perniagaan, strategi sangat penting untuk memastikan perniagaan kita sentiasa mendapat permintaan daripada pelanggan dan kedudukan kita sentiasa kekal di dalam bidang perniagaan. Oleh itu, peniaga masa kini tidak melepaskan peluang keemasan ini dengan menggunakan sebaiknya kemudahan teknologi yang ada. Ternyata e-dagang mempunyai pontensi besar untuk mengembangkan perniagaan.
E-dagang menggunakan teknologi internet sebagai platform utama perkembangannya. Pada masa sekarang terdapat lebih daripada satu juta pengguna yang berdaftar dengan JARING dan TMnet, ini membuktikan pasaran yang luas membolehkan produk dipasarkan diseluruh dunia. Inilah kelebihan pasaran bagi e-dagang dalam usaha untuk membawa produk ke pasaran antarabangsa bukan lagi terhad kepada organisasi besar malah termasuk organisasi kecil dan sederhana (IKS) dan orang perseorangan.
Jangkauan yang lebih meluas : dengan adanya web, ini membolehkan pengusaha lebih mudah mendekati pelanggan yang berada jauh atau di luar kawasan.
Memberi kesedaran tentang jenama : menawarkan ruang baru untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang disediakan.
Khidmat pelanggan yang lebih baik : pengambilan pesanan yang lebih cekap dan perkhidmatan selepas jualan yang lebih berkesan, oleh yang demikian hal ini mampu membawa kepada peningkatan kesetiaan pelanggan.
Meningkatkan kesedaran pasaran : pengusaha akan lebih sedar akan persaingan dan lebih sensitif terhadap perubahan yang berlaku dalam pasaran. Maka perkara ini akan menjadikan produk/perkhidmatan lebih berinovasi serta lebih berkualiti.
d) Corak perniagaan terkini
Industri e-dagang atau perniagaan menerusi internet merupakan platform terbaik bagi corak perniagaan terkini di negara ini. Kesungguhan dan minat mendalam dalam bidang keusahawanan menerusi platfom mampu menjadi pemangkin untuk para usahawan berjaya, bukan sahaja di negara ini, malah mampu menembusi peringkat global.
Dagangan yang beroperasi melalui internet bukan sahaja cekap dan berkesan, bahkan mengurangkan kos operasi, menjimatkan masa urus niaga dan meluaskan jalinan strategik antara peniaga. Syarikat antarabangsa seperti Alibaba, Amazon, eBay dan Walmart merupakan antara yang menerajui perniagaan menerusi internet dan telah mengoptimumkan peluang menjana pendapatan menerusi platform ini. E-dagang berjaya menguasai pasaran domestik dengan trend terkini menunjukkan pengguna di negara ini gemar menggunakan Internet untuk melakukan pembelian.
e) Manfaat daya saing
Meningkatkan kecekapan kerana e-dagang bukan sahaja mengurangkan kos, tetapi juga boleh meningkatkan kelajuan transaksi antara jual beli.Perdagangan berterusan kerana pembekal dan pelanggan boleh mengakses perkhidmatan jualan 7 hari seminggu/24 jam sehari. Tambahan pula apabila melibatkan zon masa yang berbeza.Kepakaran e-dagang boleh membantu memberi tumpuan dalam melaksanakan aktiviti dan menjadikan ia lebih mudah untuk membina hubungan dengan syarikat-syarikat lain dan berkomunikasi mengenai keperluan untuk menyokong agensi.
C) PENGGUNAAN E-DAGANG SECARA GLOBAL
Perniagaan e-dagang berkembang secara meluas di seluruh pelusuk dunia seiring dengan perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Melalui perniagaan e-dagang, pembekal atau peniaga melantik 'agen maya' secara bebas kepada mana-mana pemilik atau webmaster laman web. Pemilik laman web yang berminat akan mengisikan borang permohonan dan dalam tempoh yang singkat mereka akan dilantik menjadi agen maya setelah memasang sepanduk pembekal dalam laman mereka. Kod sumber html sepanduk berkenaan akan melibatkan No. ID (pengenalan) perujuk (pemilik laman web) di mana perujuk akan diberikan komisyen setiap kali transaksi berlaku menerusi laman web berkenaan.
Skop e-dagang terdiri daripada ramai pihak seperti peniaga, penjual, pembeli, pelanggan, pihak kerajaan, pengedar dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, faktor- faktor asas terhadap sistem e-dagang ini adalah penggunaan internet. Internet ini telah merevolusikan akitiviti- aktiviti perdagangan untuk menjadi antara aktiviti yang terpenting dan juga utama khususnya bagi membantu perkembangan ekonomi yang lebih maju dan juga pesat. Kewujudan sistem e-dagang ini juga telah merancakkan lagi aktiviti perniagaan dan juga transaksi kewangan tanpa had masa dan juga sempadan. Segala jenis perhubungan dan juga penyebaran informasi perdagangan telah menjadi titik penting dalam usaha untuk mengembangkan dan juga memperluaskan penggunaan sistem e-dagang secara global.
Masalah utama dalam perniagaan secara global adalah jarak yang akan melibatkan kos yang banyak seperti pengangkutan, penyelenggaraan ,waktu dan sebagainya. Konsep perniagaan melalui e-dagang merupakan satu mekanisma yang akan membantu pembekal perkhidmatan dan juga produk menyelesaikan masalah ini, dimana ianya merupakan satu kaedah transaksi elektronik maya tanpa sempadan jarak mahupun waktu untuk melakukan keseluruhan transaksi perniagaan.
Konsep perniagaan secara e-dagang ini semakin berkembang di seluruh dunia. Menurut hasil sumber penyelidikan, 12% daripada pengguna internet terlibat dalam e-dagang sementara 2% daripada 4.8 juta perniagaan berkomputer diseluruh dunia menggunakan e-dagang untuk menjalankan semua atau sebahagian daripada transaksi perniagaan mereka. Jelas peningkatannya semakin ketara dari masa ke semasa. Ini adalah kerana orang ramai semakin yakin akan keberkesanan urusniaga melalui talian. Dengan konsep perniagaan melalui e-dagang yang menggunakan teknologi Internet sebagai platform utama telah menguntungkan para usahawan. Ini adalah kerana berdasarkan saiz pertumbuhannya e-dagang akan menjadi satu bentuk perniagaan yang utama pada masa hadapan. Berdasarkan penggunaan internet yang semakin meningkat semakin hari adalah tidak mustahil untuk sesiapa saja organisasi mahupun perseorangan untuk memasarkan produk ke pasaran global melalui kaedah e-dagang ini.
Perkara ini akan memudahkan lagi transaksi penjualan dan pembelian yang menjimatkan pelbagai kos. Ada juga pemilik atau webmaster laman web lain yang ditaja oleh organisasi korporat untuk memaparkan produk dan perkhidmatan yang dibekalkan. Pemilik atau webmaster ini biasanya terdiri daripada orang-orang yang bertaraf professional di bidang masing-masing dan sesuai untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan organisasi korporat dan dibayar royalti atau gaji bagi mereka yang bekerja secara rasmi dengan organisasi berkenaan, sama ada secara langsung atau pun secara maya.
Transaksi e-dagang biasanya melibatkan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, pengeluar kad kredit dan badan-badan persijilan tertentu. Apabila pembeli membuat sesuatu pembelian, mereka akan diminta memberikan nombor kad kredit mereka untuk dienkripsikan oleh komputer penjual. Kaedah enkripsi ini akan membenarkan komputer penjual memintas nombor kad kredit pembeli untuk menyelesaikan proses pembayaran. Dengan ini nombor kad kredit pembeli tidak akan dibaca oleh penjual. Di antara teknologi yang menyokong pembayaran melalui kaedah ini ialah Secure Electronic Transaction (SET) yang dibangunkan oleh Master Card dan Visa serta Secure Socket Layer (SEL). Selain itu, terdapat beberapa mod pembayaran yang telah diperkenalkan organisasi yang membangunkan e-dagang seperti tunai digital (digital cash), cek digital dan teknologi sokongan seperti sistem Kriptografi PKI (Public Key Infrastructure) dan sijil digital. Kaedah tunai digital membolehkan pembeli menghantar wang di dalam talian tanpa menggunakan nombor kad kredit. Kaedah pembayaran ini dipelopori oleh DigiCash, Net.Trader dan Cyber Cash di Amerika Syarikat. Di Malaysia kaedah ini mula dibangunkan oleh MIMOS Berhad dan Hitechniaga Sdn. Bhd. melalui laman web Jaring's Mall. Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna ialah mengisi borang permohonan dan memilih nilai wang digital yang mereka kehendaki. Setelah proses pembayaran kepada Jaring's Mall dilakukan anda akan diberikan nombor rahsia yang membolehkan anda melakukan pembelian.
Para peniaga pada masa kini juga amat mengemari perniagaan dan perdagangan secara global. Dengan adanya jaringan internet, para pedagang mampu melakukan urusan pembelian dan perbincangan secara atas talian sekaligus mampu menjimatkan masa dan kos disamping mampu meningkatkan perniagaan secara global.
D) TAHAP PENGGUNAAN E-DAGANG DI MALAYSIA
Aplikasi e-dagang merupakan antara projek yang diberi penekanan oleh pihak kerajaan dalam menggalakkan lagi komunikasi dan transaksi menerusi elektronik melalui transaksi perniagaan secara atas talian (online). Hal ini kerana, walaupun ianya masih diperingkat awal, e-dagang telah menunjukkan potensi yang tinggi dalam merevolusikan proses dan struktur industri dan mengembalikan semula persekitaran persaingan bagi perniagaan di seluruh dunia (Mahathir, 1998).
E-dagang merupakan perkara baru di Malaysia. Kebanyakan pengguna lebih menggemari untuk berurusan secara langsung dan melakukan transaksi secara bersemuka tanpa menggunakan teknologi ICT seperti Internet. Hanya segelintir sahaja penduduk yang menggunapakai sistem e-dagang ini terutamanya untuk aktiviti yang melibatkan urusan transaksi kewangan seperti pembayaran bil, menempah tiket penerbangan dan membeli barangan dan perkhidmatan secara online (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, (SKMM, 2008).
Penggunaan e-dagang di Malaysia dilihat mula berkembang pesat sejak tahun 2000 apabila pendapatan yang diperoleh adalah sebanyak RM1.6 bilion dan ianya telah melonjak sebanyak 600 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya (ITU, 2002). Pada tahun 2000, satu kajian telah dijalankan dan ianya mendapati lima peratus daripada pengguna Internet di Malaysia pernah melakukan pembelian menerusi e-dagang (Rosario, 2000). Pada tahun 2005, kajian yang dijalankan oleh SKMM telah mendapati sebanyak 9.3 peratus pengguna Internet telah melakukan aktiviti yang melibatkan e-dagang seperti pembelian menerusi online (SKMM, 2005). Ianya dilihat terus meningkat dengan mencatatkan sebanyak 11.4 peratus daripada pengguna Internet yang pernah melakukan pembelian menerusi Internet (SKMM, 2006). Pada tahun 2010, kajian dari SKMM mendapati bahawa jumlah tersebut telah meningkat kepada 33.6 peratus. Hal ini telah menunjukkan bahawa aktiviti yang melibatkan e-dagang dalam Internet telah mula mendapat perhatian daripada pengguna Internet. Penggunaannya adalah semakin meningkat saban tahun dan ianya dijangkakan akan terus meningkat sejajar dengan peningkatan penggunaan Internet itu sendiri.
Beberapa polisi dan juga strategi telah diambil oleh pihak kerajaan dan juga para peniaga bagi memastikan perniagaan secara e-dagang di Malaysia dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Namun begitu, terdapat beberapa isu dan juga perkara yang perlu diberi perhatian semasa melakukan perancangan dan juga polisi dan juga strategi bagi e-dagang di Malaysia. Hal ini adalah termasuk dengan perkara yang melibatkan adat resam, agama, dan juga kebudayaan kerana negara kita terdiri daripada masyarakat yang majmuk dan berbilang kaum. Ini akan menjadikan kelainan dalam merencanakan polisi dan juga strategi bagi e-dagang. Pihak kerajaan dan juga pihak swasta perlulah memainkan peranan dalam memastikan polisi dan strategi ini dapat dijalankan.
Peranan swasta juga amat penting dalam perjalanan e-dagang di Malaysia. Untuk mewujudkan suasana perjalanan e-dagang yang kondusif, pihak swasta hendaklah mewujudkan satu sistem transaksi selamat yang melindungi pengguna dari ancaman penggodam siber supaya maklumat peribadi pengguna tidak disalah gunakan.
Penyediaan kemudahan yang bersifat mesra pelanggan perlu diwujudkan supaya persekitaran komunikasi dan interaksi dapat dijalankan dengan lancar dan selesa.
Menurut SKMM aktiviti usahawan atau masyarakat Malaysia melibatkan e-dagang dalam industri contohnya kewangan dan perkhidmatan masing-masing hanya meliputi 27.2% dan 19.6% dari jumlah keseluruhan aspek tinjaun penggunaan internet. Pada tahun 2010 pula, SKMM mendapati bahawa hanya 33.6% daripada keseluruhan responden pernah melakukan aktiviti pembelian secara online. Walaupun begitu, penggunaan e-dagang di Malaysia menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan saban tahun. Bagi tujuan tinjauan berkenaan, sebanyak 4,925 pengguna internet ditemuduga dan ditanyakan pelbagai soalan untuk mengetahui corak penggunaan internet di Malaysia dan menyediakan data lengkap sebagai rujukan pada masa depan. Kajian juga mendapati pengguna internet majoritinya adalah lelaki iaitu 50.2 peratus manakala selebihnya iaitu 49.8 adalah wanita, (Berita Harian). Sementara itu, SME Corp berkata hingga 30 April 2014 sejumlah 26,285 terminal e-pembayaran bagi "dongle transaksi tanpa tunai" telah digunakan ini dapat dilihat 18,206 perusahaan kecil di Malaysia mendapat manfaatnya. Sehubungan dengan itu, perusahaan industri-industri kecil dan sederhana adalah penyumbang kepada ekonomi negara Malaysia ketika ini dirujuk daripada Banci Ekonomi 2011, sebanyak 97.3 peratus atau 645,136 daripada keseluruhan pertubuhan syarikat di Malaysia.
Melihat kepada kesungguhan dan konsisten dalam membangunkan dan memperkembangkan ICT di Malaysia, iannya dapat dilihat menerusi percaturan dan perancangan rancangan Malaysia ke-9 dimana menerusi RMK ke-9 pula sebanyak RM12.89 bilion (unit perancangan Ekonomi, 2006). Sehubungan dengan itu, MSC merupakan projek perintis dalam menyelaraskan keseluruhan perkembangan ICT yang telah direncanakan di seluruh negara bagi menuju ke arah era maklumat (infomation age) dan menjadi negara maju tahun 2020.
Merujuk kepada EIU(2010), negara Malaysia telah menduduki tangga yang ke-36 berbanding dengan tahun yang sebelumnya iaitu berada pada kedudukan yang ke-38 berdasarkan kepada skor yang telah diberikan menerusi kriteria yang telah ditetapkan. Dalam kajian tersebut sebanyak 70 buah negara telah dipilih dan dinilai berdasarkan kepada 6 kriteria utama iaitu menerima guna pengguna dan perniagaan (consumer and business adoption), infrastruktur penyambungan dan teknologi (connectivity and technology infrastructure), persekitaran perniagaan (business environment), persekitaran sosial dan budaya (social and cultural environment), visi dan polisi kerajaan (goverment policy and vision) dan persekitaran undang-undang (legal environment) (EUI, 2010).
E) CABARAN/ HALANGAN PENGGUNAAN E-DAGANG
E-dagang menggunakan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat (IT) terutama telekomunikasi canggih yang dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya. Namun begitu, masih terdapat pelbagai masalah sama ada di pihak pengguna, mahupun pengusaha atau peniaga.
Dalam perlaksanaan sesebuah teknologi sememangnya memiliki cabaran dan rintangan dalam mencapai kejayaan atau sebaliknya terutama apabila ianya melibatkan proses menerima guna sesebuah teknologi ke dalam urusan kerja dan aktiviti harian masyarakat setempat. Kajian juga mendapati, pengguna internet turut berasa bimbang dengan keselamatan sistem rangkaian komputer mereka, terutama ketika melayari laman web. Antara kebimbangan mereka ialah kecurian identiti, spam dan virus sama ada virus cecacing atau trojan. Dalam usaha ini juga tidak semua sesebuah teknologi yang diperkenalkan disambut baik oleh sesetangah masyarakat. Terdapat sebahagian yang berminat dan menggunakan perkhidmatan tersebut atas urusan kerja dan aktiviti harian. Senario ini membuatkan negara yang sedang membangun mengalami perkembangan yang rendah. Hal ini jelas membuktikan bahawa e-dagang masih lagi di peringkat awal perkembangan dan cabaran ini semestinya akan membantutkan perkembangan e-dagang pada masa hadapan. Sekiranya pihak organisasi kurang mengambil inisiatif terhadap perkembangan sistem e-dagang ini, maka perkembangan dan penggunaan e-dagang juga akan menjadi perlahan di dalam negara Malaysia.
Selain itu, cabaran yang dihadapi di negara luar juga sedikit sebanyak memberi kesan terhadap perkembangan e-dagang di Malaysia. Ini kerana perkembangan e-dagang dari negara luar akan memberi impak yang positif terhadap penggunaan e-dagang di Malaysia memandangkan masyarakat di Malaysia selalunya dikategorikan sebagai masyarakat yang lambat menerima sesuatu teknologi baru atau dipanggil 'majoriti lewat penerimaan' lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman. (Mahendhiran Han dan Goon,2010). Masyarakat di Malaysia amat sukar menerima terus sesebuah teknologi baru tanpa adanya bukti atau perkembangan yang positif dari negara luar akan kejayaan sesebuah teknologi baru yang di gunapakai. Hasil kajian yang telah dijalankan oleh SKMM (2010) mendapati pengguna lebih gemar untuk membeli di kedai atau pasaraya berbanding membeli terus di internet atau secara online.
Sehubungan dengan itu, hal ini akan menjadi cabaran buat perkembangan e-dagang di Malaysia memandangkan ianya telah diperkenalkan secara rasmi sejak lebih sedekad yang lalu menerusi MSC pada tahun 1998 oleh mantan Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad.
F) FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN E-DAGANG
Terdapat pelbagai faktor – faktor yang mendorong penggunaan e-dagang kepada para peniaga dan juga pembeli di Malaysia dan juga diserata dunia. Faktor – faktor ini merupakan antara faedah – faedah yang boleh dinikmati oleh para pengguna yang menggunakan perkhidmatan e-dagang. Faktor – faktor ini dapat dibahagikan kepada individu, masyarakat dan juga kepada organisasi.
Sehubungan dengan itu, kajian ini cuba mengenal pasti beberapa faktor dalam merangsang keinginan pengguna untuk menggunakan e-dagang. Antara faktor yang telah dikenal pasti ialah "kebergunaan", "mudah digunakan", "pengaruh sosial", "kepercayaan", "kos", dan Keselamatan.
1. Kebergunaan dan Kemudahgunaan
Dalam kajian Davis (1989) berhubung penggunaan teknologi baru, iaitu mel elektronik (e-mel) dan tahap penerimaan pengguna terhadap sistem berkenaan dua faktor digunakan sebagai pemboleh ubah berhubung dengan model.penerimaan teknologi (TAM), iaitu faktor kebergunaan (sangat penting dan berguna) dan faktor mudah digunakan. Hasil kajian tersebut mendapati faktor kebergunaan memiliki tahap signifikan yang kuat terhadap penggunaan sistem e-mel. Oleh yang demikian, faktor ini mempengaruhi keinginan pengguna untuk menggunakan sesebuah teknologi baru (davis, 1989; Davis, Bagozzi, & Warshaw, 1989).
Kajian oleh Chi, Grant dan Edgar (2007) juga mendapati faktor kebergunaan memiliki hubungan yang paling kuat terhadap penerimaan perbankan internet di Hong Kong, tambah beliau lagi, faktor lain seperti faktor mudah digunakan, risiko terhadap perbankan internet, dan kepembaharuan peribadi dalam teknologi maklumat (IT) turut memiliki hubungan positif yang dapat mempengaruhi penggunaan perbankan internet di Taiwan.
Selain itu, hasil kajian mendapati bahawa faktor mudah digunakan turut memberi kesan terhadap keinginan seseorang untuk membeli menerusi online atau secara offline (Kloping & McKiney,2004). Hal ini menunjukkan bahawa seseorang pengguna akan mengenal pasti atau mencuba sesebuah aplikasi yang disediakan sama ada ia mudah digunakan atau menggunakan sistem tersebut atau memberhentikannya.
2. Pengaruh Sosial
Faktor lain yang mempengaruhi keinginan seseorang pengguna untuk menggunakan sesebuah aplikasi yang baru seperti e-dagang ialah faktor pengaruh sosial. Pengaruh sosial juga memberi kesan yang lebih mendalam terhadap penerimaan pengguna terhadap sistem m-dagang (m-commerce). Hasil kajian oleh Fan, Saliba, Kendall dan Newmarch (2005) mendapati bahawa pengguna lebih suka memberi cadangan dan saranan berkaitan sesuatu perkhidmatan yang digunakan kepada orang lain, sekiranya mereka berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan.
3. Kepercayaan
Faktor kepercayaan adalah penting dalam hal yang berkaitan dengan risiko dan pertukaran menerusi elektronik.penerimaan terhadap faktor kepercayaan yang tinggi dalam sesebuah laman sesawang e-pembelian dapat meningkatkan tahap keyakinan pengguna. Hal ini menunjukkan bahawa faktor kepercayaan adalah faktor penentu sama ada pengguna sesebuah aplikasi tersebut akan menggunakan aplikasi tersebut atau tidak.
4. Kos
Kesedaran terhadap kos memiliki hubungan yang signifikan terhadap kecenderungan perbandingan pembelian secara online(Park,2010). Pengguna membandingkan terlebih dahulu kos yang ditawarkan dalam sesebuah laman sesawang sebelum melakukan pembelian. Harga ditakrifkan sebagai jumlah kos kewangan kepada pengguna untuk membeli. Justeru, harga dan kos yang berpatutan merupakan motivasi utama seseorang pengguna online dalam melakukan urusan pembelian menerusi laman sesawang
5. Keselamatan
Menurut Cyber Security Malaysia, e-perniagaan mula berkembang di negara ini sebelum tahun 2009.
Namun, kerana masyarakat Malaysia masih ragu-ragu dengan keberkesanan kaedah itu, mereka hanya mula menerima kemudahan teknologi e-perniagaan sekitar tahun 2010 dan semakin pesat pada tahun ini.
Oleh kerana, sistem perniagaan e-perdagangan itu masih baharu maka pengguna Internet di negara ini begitu teruja untuk mencubanya sedangkan ketika mula-mula muncul, tidak ramai yang sedar tentang risikonya.
Meskipun masih boleh dianggap baru dalam konteks perniagaan di negara ini, Cyber Security Malaysia bagaimanapun telah mengesan salah laku oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Amirudin Abdul Wahab berkata, risiko-risiko tersebut ialah membuat pembayaran pendahuluan terhadap barangan yang ingin dibeli
tetapi tidak menerima barangan tersebut.
Ini boleh berlaku sekiranya barangan tersebut dibeli menerusi blog, laman sosial atau emel terus dari individu tertentu yang tidak dikenali dan tidak disahkan sama ada berdaftar atau tidak sebagai peniaga online melayari laman web palsu atau laman tiruan yang menyerupai laman web berdaftar.
Ini dikenali sebagai laman web phishing. Pengguna sukar untuk membezakan laman web yang sebenar dan laman tiruan kerana kedua-duanya sama dan yang membezakan laman-laman web tersebut adalah alamat URL, ujarnya.
Beliau berkata, agak sukar untuk membuktikan penipuan online dan mendapatkan semula wang pendahuluan, dan agak sukar untuk mendapat pembelaan sewajarnya sekiranya berlaku pertikaian dan urusan jual beli secara online.
Dr. Amirudin berkata, antara bentuk penipuan yang dikesan dilakukan oleh penjenayah terbabit ialah penjual menipu pembeli dengan mengiklankan jualan barang di Internet dengan harga menarik.
Setelah pembeli membuat pembayaran, barang tidak diterima langsung, ujarnya.
Bentuk penipuan lain ialah pembeli menipu penjual dengan cara membeli barangan secara online di laman e-perniagaan yang sah tetapi bayaran dibuat dengan menggunakan maklumat kad kredit seperti nombor kad kredit yang dicuri atau kad kredit yang diklon.
Cyber Security juga mengesan kes pembeli menipu penjual yang mengiklankan barang untuk dijual di Internet. Pembeli memalsukan pembayaran dengan menghantar notifikasi palsu kepada penjual, kononnya dari PayPal mengatakan wang telah dimasukkan oleh pembeli ke akaun penjual.
Menurut Dr. Amiruddin, penjual tertipu dengan notifikasi palsu tersebut dan terus menghantar barang kepada pembeli. tetapi wang sebenarnya tidak dimasukkan ke akaun penjual.
Beliau berkata, kategori perniagaan yang tersenarai dalam pembelian atas talian contoh perniagaan tudung, perniagaan rumah pembelian rumah.
Ini melibatkan apa juga barangan, produk atau perkhidmatan yang melibatkan pemilihan, pemesanan dan pembayaran yang dijalankan atas talian seperti pakaian, produk kesihatan termasuk makanan atau minuman dan penggunaan luaran serta barangan sukan.
Mengulas lanjut mengenai persepsi atau tanggapan masyarakat ketika ini berkenaan pembelian secara online m beliau berkata, generasi Y lebih mudah mempercayai dan menggunakan teknologi e-perniagaan kerana mereka telah membesar dengan keperluan teknologi mudah alih dan Internet.
Namun golongan berumur 35 tahun ke atas mengambil masa untuk membeli melalui e-perniagaan kerana sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk memastikan kualiti barangan yang dibeli secara dekat dan menyaksikan sendiri kewujudan premis perniagaan.
Sementara itu, menurut Dr. Amirudin Abdul Wahab secara umumnya pembelian secara online adalah selamat sekiranya pengguna berurusan dengan pihak yang sah.
Beliau berkongsi pandangan bagaimana untuk mengetahui atau memastikan bahawa pembelian secara online ini selamat.
Katanya, pengguna perlu memastikan peniaga e-perniagaan adalah syarikat yang berdaftar dan mengamalkan polisi jual beli barangan yang jelas mengikut amalan e-perniagaan yang baik.
Ini boleh dilakukan dengan menjalankan kaji selidik terhadap sesebuah syarikat e-perniagaan ataupun dengan mengenal pasti pensijilan pihak ketiga seperti Malaysia Trustmark.
Logo Malaysia Trustmark yang dipaparkan di laman web e-perniagaan menunjukkan bahawa syarikat e-perniagaan tersebut telah disahkan berdaftar dan mengamalkan polisi e-perniagaan yang selamat, katanya.
Oleh itu katanya, pengguna Internet di Malaysia yang membuat pembelian secara online boleh meningkatkan keyakinan memanfaatkan sistem tersebut melalui kaedah pengesahan daripada pihak ketiga iaitu organisasi bebas yang diberi kepercayaan oleh kerajaan untuk menilai dan memantau pemilik e-perniagaan tersebut.
Bagi peniaga pula, mereka berdepan cabaran besar bagi memastikan laman e-perniagaan mereka selamat dan cabaran tersebut antara lain, ialah mengenal pasti kelemahan dan risiko laman web mereka digodam oleh penjenayah siber dan seterusnya, mengambil langkah berjaga-jaga dengan cara pemasangan peralatan dan perisian tertentu bagi mengatasi risiko tersebut.
Dalam pada itu beliau Dr. Amirudidin berkata, pihaknya juga mengadakan kerjasama dengan pihak lain seperti persatuan pengguna atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membendung jenayah siber tersebut.
Beliau berkata, Cyber Security Malaysia bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain, melalui Malaysia Trustmark untuk sektor swasta yang dilancarkan pada 3 Julai lalu.
Malaysia Trustmark adalah inisiatif daripada kerajaan yang melibatkan pelbagai agensi seperti, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Turut terlibat ialah Kementerian Perdagangan Dalam NegeriKoperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan agensi-agensi di bawahnya yang prihatin terhadap perkembangan perniagaan dalam talian dan keselamatan pengguna.