material safety data sheet for etanol usersFull description
Deskripsi lengkap
Full description
penelitian eksperimenDeskripsi lengkap
Deskripsi lengkap
etanolFull description
desain eksperimenDeskripsi lengkap
Deskripsi lengkap
Penelitian eksperimen metodologiDeskripsi lengkap
fizik t4
TUJUAN EKSPERIMEN:
Menyediakan etanol melalui proses penapaian dan mengkaji sifat kimia etanol
TEORI:
Etanol merupakan salah satu ahli daripada kumpulan alkohol yang mempunyai kumpulan berfungsi –OH. Antara sifat fizikal etanol ialah wujud sebagai cecair pada suhu bilik dan ianya tidak berwarna. Takat didih bagi etanol ialah 78°C dan takat leburnya ialah -126°C. Selain itu, mampu larut dalam air dan seringkali digunakan sebagai pelarut. Seperti alcohol yang lain, etanol amat mudah meruap dan berbau tajam. Etanol boleh disediakan melalui dua kaedah. Bagi perindustrian, etanol disediakan menggunakan kaedah tindak balas etena dan stim pada suhu 300°C dan juga tekanan pada pada 700 atmosfera serta serta kehadiran kehadiran pemangkin pemangkin iaitu asid fosforik, fosforik, H 3PO4. Kaedah ini lebih dikenali sebagai proses penghidratan. Tindak balas yang berlaku ialah seperti berikut:
300°C/700atm
C2H4 + H2O
→
C2H5OH
Bagi tujuan selain industri, etanol boleh dihasilkan dengan proses penapaian yis dan karbohidrat. Yis akan bertindak menguraikan molekul karbohidrat dengan merembeskan enzim zimase supaya dapat menghasilkan etanol dan juga karbon dioksida. Berikut merupakan tindak balas yang berlaku:
zimase / 30°C
C6H12O6
→ 2C H OH + 2CO 2
5
2
Antara tindak balas etanol yang lazim ialah pembakaran dan pengoksidaan. Sama seperti kebanyakan bahan organik lain, etanol amat mudah terbakar. Pembakarannya menghasilkan air dan juga karbon dioksida. C2H5OH + 3O2 → 2CO2 + 3H2O Pengoksidaan etanol pula akan menghasilkan asid lemah iaitu asid etanoik dan juga air. C2H5OH + 2[O] → CH 3COOH + H2O