Muhammad_Safarudin_Yahya >> 123434 1.0
PENDAHULUAN
Jepun adalah sebuah negara kepulauan yang berada di sebelah timur benua Asia. Jepun mempunyai kawasan tanah seluas 142 700 batu persegi dan daripadanya hanya 16 peratus sesuai didiami oleh manusia.1 Walaupun sejarah Jepun mula dibincangkan sekitar zaman prasejarah iaitu antara tahun 8000 Sebelum Masihi (S.M).2 Namun dalam penulisan ini, penulis memulakan kajian di awal zaman pemerintahan Tokugawa iaitu sekitar tahun 1600 hingga 1868. Umum mengetahui bahawa Zaman Kamakura menyaksikan tamatnya monopoli kuasa istana dan biara seterusnya digantikan oleh sistem feudalisme. Oleh hal demikian, institusi ini telah diteruskan dan berevolusi sehingga pemerintahan Shogun Tokugawa. Masyarakat Jepun dibahagian berdasarkan status sosial yang dibahagikan mengikut pekerjaan masing-masing. Contohnya samurai, petani, artisan, saudagar ( shi-no-ko-sho)3. Zaman Tokugawa dikaitkan dengan beberapa aspek penting seperti urbanisasi yang pesat, kewujudan satu entity kebangsaan, pengaruh konfucianisme kepada masyarakat Jepun, perkembangan Pendidikan di kalangan bushi dan kelas lain, dan kelompok chonin yang melahirkan budaya mereka sendiri. 4 Kerajaan pada zaman Keshogunan Tokugawa dapat dilihat melalui sistem pemerintahan dan ekonomi yang membawa kepada kegemilangan pemerintahan zaman Edo yang bermula be rmula dengan Keshogunan Tokugawa Ieyasu, dan berakhir di bawah pemerintahan Tokugawa Yoshinobu dimana mula mengalami kemerosotan. Maka oleh sebab itu, dalam penulisan ini penulis akan membincang tentang bagaimana zaman Tokugawa tersebut dianggap sebagai zaman awal moden. Hal ini adalah disebabkan atas beberapa perkembangan p erkembangan dan kemajuan yang berlaku pada zaman Tokugawa di Jepun dalam aspek politik, ekonomi, sosisal mahupun budaya.
1
Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 1. Jepun, Kuala Lumpur: Dewan ., hlm. 13. Ibid ., 3 Marius B. Jansen, The Making of Modern Japan, Japan, England: Cambridge University Press, 2000, hlm. 97. 4 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Dewan Bahasa dan Pustaka, Pustaka, 2005, hlm. 51. 2
1
Muhammad_Safarudin_Yahya >> 123434 2.0 KONSEP MODEN
Secara umumnya, perkataan moden ( modern) itu dipinjam daripada perkataan Arab mudun atau madani yang bermaksud masyarakat yang maju dan berbudaya tinggi. 5 Smelser
menggariskan empat ciri modenisasi. Yang pertama dalam konteks teknologi, masyarakat yang membangun berubah daripada teknik yang mudah dan tradisional kepada pengaplikasian pengetahuan saintifik. Yang kedua dalam konteks pertanian, masyarakat yang membangun berkembang daripada pertanian sara diri kepada penghasilan produk pertanian secara komersial. Yang ketiga dalam konteks industri, masyarakat yang membangun mengalami perubahan daripada mengguna tenaga manusia dan haiwan kepada proses industrialisasi yang sebenar, atau buruh bergaji yang bekerja menggunakan mesin yang menghasilkan komuditi yang diusahakan tanpa melibatkan semua masyarakat. Yang keempat pula dalam konteks penyusunan ekologi, masyarakat yang membangun beredar daripada lading dan kampung kepada pusat bandar. 6 Istilah moden sering dirujuk kepada sesiapa dan mekanisme apa sahaja yang menerima pembaharuan dan perubahan mengikut agenda dan acuan Barat. Sejarah perhubungan Jepun dengan Barat bermula pada zaman kerajaan Tokugawa dan meningkat di zaman Meiji (1867-1912 M). Polisi zaman Meiji melaksanakan dasar luar Jepun yang menjalankan hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa besar Barat. 7 Walaupun kehadiran Barat mewujudkan konflik dan ketidakselesaan sesetengah pihak pada pelbagai reformasi dalam kehidupan masyarakat Jepun, namun penguasaan ilmu pengetahuan, sains, teknologi, dan komunikasi adalah dianggap unggul. Kekaguman itu telah mendorong Jepun mengadakan pemodenan di dalam negaranya merangkumi aspek-aspek budaya, ekonomi, teknologi, Pendidikan, politik dan lain-lain. 5
Wan Hashim, Race Relations In Malaysia, Kuala Lumpur: Attin Press, 1983, hlm. 14 Ibid ., hlm. 14-15 7 Azizah Othman, Modenisasi Tamadun Jepun, Pahang Darul Makmur: PTS Publications, 2003, hlm. 253. 6
2
Muhammad_Safarudin_Yahya >> 123434 3.0 KEMODENAN ASPEK POLITIK
3.1 SISTEM FEUDAL MASYARAKAT JEPUN ZAMAN TOKUGAWA
Ramai ahli sejarah menganggap bahawa feudalisme merupakan fenomena politkketenteraan dengan menekankan wujudnya unsur-unsur pembahagian kuasa, sistem perundangan dan kelas-kelas ketenteraan persendirian yang diasaskan oleh hubungan vassalage-fief . 8 Dalam sejarah Jepun, sistem feudal mula diperkenalkan pada abad ke-9
semasa Zaman Kamakura yang menyaksikan tamatnya monopoli kuasa istana dan biara. Institusi baharu ini dicirikan melalui penglibatan lebih besar kelompok pewira ( bushi) dalam hal ehwal pusat dan daerah. Seterusnya, kewujudan sebuah keshogunan yang mempunyai kuasa tentera dan sivil serta mula memperlihatkan pentingnya hubungan antara penaung dan pekerja (lord vassal).9 Penyatuan politik melalui sistem feudal terus berevolusi semasa pemerintahan Tokugawa yang berlaku antara tahun 1600 hingga tahun 1868 dan ianya diperkukuhkan lagi oleh sistem bakuhan. Sistem feudal Tokugawa dipengaruhi oleh falsafah Konfucianisme khususnya aliran Chu Tsi yang dibawa masuk dari China. Sistem pemerintahan Keshogunan Tokugawa mempunyai hierarki yang tersusun. Maharaja menduduki tempat teratas juga menjadi sImbol keagamaan. Keshogunan (bakufu) pula berada dibawa maharaja, yang mana ia memerintah secara pemusatan kuasa (monarki). Hierarki seterusnya adalah golongan Daimyo yang mana ia terbahagi kepada 3 iaitu, Shimpan (keluarga Tokugawa), Tozama, dan Fudai. Hierarki selepas itu adalah golongan samurai (Bushi) yang mana mereka ini duduk di bandar dan dibayar elaun. Manakala hierarki dibawanya adalah saudagar (chonin), petani (Nomin), dan petukang (Shonin). Hierarki kelas bawahan adalah golongan hamba (eta).
8
R.H. Hilton, “Feudal Society” dalam Tom Bottomore (peny.), A Dictionary of Marxist Thought , London: Blackwell, 1983, hlm. 167. 9 Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 36.
3
Muhammad_Safarudin_Yahya >> 123434 3.2 DASAR TUTUP PINTU JEPUN
Dasar tutup pintu di Jepun juga digelar sebagai dasar pemencilan. Hal ini merujuk kepada dasar Jepun tidak mahu mengadakan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara luar. Pada zaman pemerintahan Shogun Tokugawa, Jepun telah melaksanakan dasar pemencilan daripada dunia luar dan dilaksanakan selama 200 tahun. Sedangkan Jepun pada abad ke 17 telah memajukan perdagangan asing, yang mana pedagang Jepun sangat digalakkan mengadakan hubungan perdagangan dengan China dan negara-negara lain serta bertitik tolak daripada perdagangan asing yang berkembang menunjukkan kemunculan mubaligh-mubaligh Kristian.10 Sehinggalah pada tahun 1603, Jepun mengambil keputusan secara mendadak dengan menutup perdagangan ini daripada dunia luar. Antara faktor yang menyebabkan Jepun mengamalkan dasar pemencilan daripada dunia luar ialah pemerintah Jepun melihat pergelutan antara saudara yang melibatkan orangorang asing yang mana orang-orang Belanda dan Inggeris menentang orang Sepanyol yang menimbulkan konflik antara satu sama lain di perairan Jepun.11 Hal ini menimbulkan kebimbangan di kalangan para pemerintah Jepun kerana mereka cuba untuk mendatangkan kekacauan di Perairan Jepun yang boleh mengundang kepada peperangan. Faktor seterusnya adalah akibat tercetusnya pemberontakan Shimbara di Kyushu. Bakufu menganggap pemberontakan ini sebagai pemberontakan yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Jepun menentang
kekuasaan
Shogun.
Sebenarnya,
pemberontakan
Shimbara
adalah
pemberontakan yang telah dimulakan oleh kaum tani yang tertindas terhadap golongan daimyo tempatan di Semenanjung Shimbara. Walaupun pemberontakan ini telah berjaya dipatahkan oleh Bakufu, namun terdapat kebimbangan dalam kalangan Bakufu kerana
10
M.Rajendran 1988). Sejarah Jepun .Kuala Lumpur : Arena Buku SdnBhd . Hlm 49. Harold M.Vinacke.1967. Sejarah Timor Jaoh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 118 11
4
Muhammad_Safarudin_Yahya >> 123434 bimbang kuasa-kuasa Barat akan menggunakan isu-isu berkaitan perdagangan atau agama iaiu Kristian untuk campur tangan dalam hal ehwal dalam negara yang diperintah oleh Keshogunan Tokugawa. 12
4.0 EKONOMI
4.1 PEMBAHAGIAN TANAH DAN DAN PENGENALAN SISTEM PERCUKAIAN
Pada akhir abad ke-16 juga satu kajian telah dilakukan oleh pemerintah bakufu untuk menghentikan bertindihan hak yang berlaku dalam kalangan petani. Justeru itu, kerajaan Tokugawa telah menjalankan sistem sosial baru dengan memisahkan kelas pahlawan dan petani di seluruh negara. 13 Rakyat lelaki akan diberi pilihan samada ingin menjadi pahlawan atau petani. Golongan yang mahu menjadi pahlawan perlu meninggalkan kampung yakni kawasan petani, mereka perlu tinggal di bandar ataupun istana. 14 Kesannya, berlaku pemisahan geografi antara petani dan pahlawan yang mana perkampungan peladang hanya menjadi tempat tinggal petani sahaja yang menjadi tunjang penghasilan produk pertanian. Pengkhususan tanah kepada satu kumpulan petani ini telah dilakukan oleh Toyotomi Hideyoshi. Rekod pendaftaran rasmi tanah bagi setiap kampung turut dilakukan dengan mengambil kira kesetaraan beras dengan hasil koku yang diperolehi dan taraf kehidupan penduduk kampung. 15 Sememangnya pengasingan sosial antara petani dengan pahlawan ini adalah bertujuan menggalakkan petani meningkatkan hasil pengeluaran seterusnya mampu mengukuhkan ekonomi dan kuasa politik pemerintah Tokugawa. 12
M.Rajendran .1988. Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arena Buku SdnBhd. Hlm. 50. Marius B. Jansen, The Making of Modern Japan, England: Cambridge University Press, 2000, hlm. 111. 14 Tsuneo Sato, “Tokugawa Villages and Agriculture”, dalam Chie Nakane dan Shinsaburo Oishi (peny.), Tokugawa Japan: The Social and Economic Antecedents of Modern Japan, Tokyo: Tokyo University Press, 1990, hlm. 38 15 Azizan bin Had, Sistem Budaya Masyarakat Desa di Jepun pada Zaman Tokugawa , Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1999, hlm. 32. 13
5
Muhammad_Safarudin_Yahya >> 123434 Pada akhir abad ke-16 berlaku pertumbuhan ekonomi yang disumbangkan oleh peningkatan pengeluaran pertanian akibat bertambahnya keluasan tanah melalui kegiatan tebus guna tanah. Pada tahun 1597, pengeluaran pertanian ialah 18.5 juta koku meningkat kepada 25.8 juta koku pada tahun 1700 dan seterusnya kepada 30.4 juta koku pada tahun 1832.16 Selaras dengan sistem hierarki sosial, beras yang dihasilkan akan digunakan oleh para petani untuk membayar cukai. Hasil pengeluaran padi akan diukur mengikut bancian keluasan tanah dan jenis kesuburan tanah yang digunakan. Setelah ditimbang-tara mengikut rekod bancian, maka hasil akan disukat dengan nilai unit kokudaku. Kokudaku menjadi kayu ukur saiz kampung dan skop hasil produk pertanian mereka. Berdasarkan sukatan inilah para petani akan menyerahkan jumlah beras yang harus dibayar kepada kerajaan atau daimyo sebagai cukai.17 Pada abad ke-18, sebanyak 50% penduduk membuat pembayaran cukai dengan menggunakan beras, namun sedikit demi sedikit petani mula membayar cukai dengan menggunakan matawang, khususnya penduduk kampung yang tinggal di kawasan pergunungan, kampung nelayan dan kawasan ladang yang tidak menanam padi. 18 4.2 PEMBESARAN TANAH PERTANIAN
Peningkatan tanah pertanian di Jepun jelas dapat dilihat bermula pada tahun A.D 980 peluasan tanah pertanian adalah sebanyak 860,000 hektar, kemudian pada tahun 1450 meningkat kepada 950,000 hektar, selepas itu pada tahun 1600 ianya meningkat kepada 1,640,000 hektar dan meningkat lagi kepada 2,970,000 pada tahun 1720, dan pada tahun 1874 ianya terus meningkat kepada 3,050,000 hektar. Perluasan tanah ini adalah sangat penting bagi mereka kerana ianya mampu menambah kekayaan dan memperkuatkan lagi
16
Abu Talib Ahmad, Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 54. Tsuneo Sato, “Tokugawa Villages and Agriculture”, dalam Chie Nakane dan Shinsaburo Oishi (peny.), Tokugawa Japan: The Social and Economic Antecedents of Modern Japan, Tokyo: Tokyo University Press, 1990, hlm. 66. 18 Azizan bin Had, Sistem Budaya Masyarakat Desa di Jepun pada Zaman Tokugawa, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1999, hlm. 34. 17
6
Muhammad_Safarudin_Yahya >> 123434 ketenteraan mereka (Fukoku Kyohei). 19 Penambakan tanah semasa zaman Tokugawa telah diluaskan kerana berlaku peningkatan pesat dalam kemajuan teknologi kejuruteraan. Dimana kejuruteraan hidrolik dilihat sebagai faktor utama yang mempengaruhi perkembangan ekonomi yang mendorong kepada perubahan sosial zaman pertengahan Tokugawa. Pertanian padi memerlukan pengairan yang baik dan pengeluaran padi ini juga bergantung kepada sistem pembekalan air yang cukup. Oleh itu, dalam tempoh Tokugawa tetambak, empangan dan terusan panjang telah dibina di sungai-sungai untuk membawa air yang cukup. Disamping itu, pembinaan- pembinaan ini juga bertujuan untuk mengelak banjir yang teruk. 20
4.3 TEKNOLOGI PERTANIAN
Pertanian Tokugawa adalah berasaskan kepada penghasilan bijirin yang utama, beras, barli, gandum, kekacang dan sayur-sayuran. Teras utama buruh ladang ialah Keluarga Nuklear iaitu merangkumi keluarga asas. Antara alat pertanian pada zaman Tokugawa ialah cangkul yang digunakan untuk mengorek dan memecahkan ketulan tanah serta untuk menyelerakkan tanah sawah sebelum penanaman. Mereka juga menggunakan cangkul untuk membuang rumpai selepas menanam padi. Petani akan memilih besi yang berkualiti tinggi untuk membuat pisau cangkul tersebut. 21 Pada zaman pertengahan Tokugawa, sebuah cangkul yang khas telah dihasilkan untuk kegunaan pelbagai jenis tanah. Cangkul tersebut adalah Bitchu hoe, ianya cangkul rata yang telah diubah kepada alatan yang mempunyai tiga atau empat mata yang digunakan untuk menukar keadaan tanah. Cangkul Bitchu sangat berguna semasa penggunaan awal penyediaan tanah kerana ia bergerak dengan lebih dalam. 22
19
Tsuneo Sato, “Tokugawa Villages and Agriculture”, dalam Chie Nakane dan Shinsaburo Oishi (peny.), Tokugawa Japan: The Social and Economic Antecedents of Modern Japan, Tokyo: Tokyo University Press, 1990, hlm. 62-63. 20 Ibid., hlm. 63 21 Ibid ., hlm. 67. 22 Ibid., hlm 69.
7
Muhammad_Safarudin_Yahya >> 123434 Takeda Shingen telah membangunkan sistem kawalan air kosyu style untuk mengawal selia sungai kamakashi yang sering banjir dikawasannya. Beliau telah membina banteng yang bersambungan dan selari dengan sungai. Selain itu, dibina juga tetambak yang tidak bersambungan untuk mengunjurkan aliran air dan juga menghasilkan sudut optimum di sungai. Koshu style ini menggunakan teknik semula jadi bagi mengawal arus yang kuat semasa banjir. Ia juga menjadikan air penggunaan seharian serta untuk tujuan pengangkutan dalam mengangkut barangan untuk didagangkan ke daerah lain. Pada zaman Tokugawa juga mereka telah mencipta satu teknik pengawalan air iaitu (double embankrent) yang mana sepanjang sungai besar terusan tambahan dikorek untuk menghalang banjir daripada memasuki pusat bandar dan untuk memesongkan air daripada sungai utama. Pada zaman Tokugawa mereka telah maju kerana Berjaya mencipta aliran air tiruan.23 Pada pertengahan musim pula, kerja-kerja membuang rerumpai dan rerumput dikendalikan dengan penggunaan pencakar kecil dan pencakar tanah. Manakala semasa mencuci pula sabit digunakan untuk memotong-motong batang bijirin. Pembaharuan alatan pertanian juga teserlah apabila wujudnya teknik yang baik untuk memukul padi. Alat memukul yang awalnya memisahkan bijirin dari tangkainya adalah koki hashi. Alat ini tidak efisien maka mereka mencipta satu peralatan baru dinamakan semba koki. Semba koki ini boleh menangani 10 kali ganda bijirin yang dapat dipukul berbanding koki hashi. Hal ini telah mengubah corak pekerjaan di lading dan juga teknik-teknik agronomi. 24 Peralatan pertanian lain juga telah dinaik taraf seperti mortar kayu yang digunakan untuk menggiling beras telah digunakan dengan mortar tanah untuk mengasingkan habuk daripada bijirin. Petani menggunakan peralatan “winnow” yang menampi bijirin di udara dan pengayak yang menghasilkan bijirin berdasarkan saiznya, serta wujud juga peralatan lain seperti penampi. 23
Tsuneo Sato, “Tokugawa Villages and Agriculture”, dalam Chie Nakane dan Shinsaburo Oishi (peny.), Tokugawa Japan: The Social and Economic Antecedents of Modern Japan, Tokyo: Tokyo University Press, 1990, hlm. 63. 24 Ibid ., hlm. 69.
8
Muhammad_Safarudin_Yahya >> 123434 Tumbuh-tumbuhan adalah sumber utama baja untuk kekalkan kesuburan tanah dan karishiki adalah cara untuk menghasilkan tanah sawah yang subur. Dengan meningkatnya kawasan penanaman maka berlakulah peningkatan dalam seni pembajaan. Terdapat baja kompos yang dicampur dengan najis dari reban dengan jerami padi, daun yang gugur, sampah, dan sebagainya. Petani juga menggunakan rumpai yang dikumpul dari tasik dan kolam. Terdapat juga baja yang boleh dibeli contohnya tumbuh-tumbuhan, abu, sisa-sisa kapas, sisa-sisa minyak yang dikeluarkan dari sardin dan hering. 25
4.4 PERKEMBANGAN INDUSTRI KAPAS
Industry kapas merupakan industri terbesar pada zaman pemerintahan Tokugawa. Ianya terbukti apabila industri ini menjadi barang dagangan komersial menjelang abad ke18.26 Permintaan semakin meningkat pada abad ke-16 apabila berlakunya perang yang melibatkan tentera menggunakan kapas untuk membuat pakaian, dan kapal layar. Pada 1859, kain sutera dan the adalah barangan eksport terbesar manakala kapas pula menjadi barangan import. Keempat-empat barang ini mula dieksport sejak mula abad pertengahan lagi yang mana ianya membawa kepada era awal moden di Jepun. 27 Jerami dikatakan bahan terpenting utntuk pakaian pada zaman pertengahan, tetapi pada zaman awal moden digantikan kepada kapas. Hal ini menyebabkan pada akhir zaman pertengahan Jepun menghasilkan kepelbagaian barang yang boleh diimport antaranya ialah barangan kapas. Perkara ini telah mengubah kehidupan penduduk dan seterusnya menjadikan Jepun sebagai negara yang menuju kemodenan.
25
Tsuneo Sato, “Tokugawa Villages and Agriculture”, dalam Chie Nakane dan Shinsaburo Oishi (peny.), Tokugawa Japan: The Social and Economic Antecedents of Modern Japan, Tokyo: Tokyo University Press, 1990, hlm 71. 26 Saturo Nakamura, “The Development of Rural Industry” dalam Chie Nakane dan Shinzaburo Oishi (peny.) Tokugawa Japan: The Social and Economic Antecedents od Modern Japan. Tokyo: University Of Tokyo Press, 1991, hlm. 81. 27 Ibid ., hlm. 82.
9
Muhammad_Safarudin_Yahya >> 123434 Pada abad ke-16, penanaman kapas menjadi komoditi utama negara Jepun yang berpusat di Kinai. Berlaku pengumpulan dan pemprosesan kapas mentah yang telah menjadi satu bentuk produk komoditi yang tertumpu di Kinai. Pengagihan kapas dilakukan oleh ninushi iaitu golongan yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh, manakala pedagang
dari Osaka atau Edo akan menjadi orang tengah dalam pengagihan kapas. 28 Bermula abad ke17, wujud pula Mitsui House di Jepun yang menjadi titik tolak kepada penigkatan hasil industri kapas di Jepun. Perkara ini secara langsung telah menjadikan ekonomi dagangan Jepun lebih berkembang pada zaman Tokugawa. 4.5 TEKNOLOGI KRAFT TANGAN
Pada pertengahan abad ke-18, wujud teknologi kraftangan industri tenunan yang sangat berkait rapat dengan industri kapas. Dalam aktiviti tenunan ini, telah diperkenalkan teknologi kraft tangan yang dinamakan sebagai Hand Looms (izaribata) yang mana ianya digunakan secara meluas dalam aktiviti tenunan pada zaman Tokugawa. Contohnya pada tahun 1844 di daerah Owari terdapat 322 pakar tenunan di beberapa 42 kampung dan mereka telah menggunakan sebanyak 1,435 jumlah Hand Looms. Perkara ini secara langsung telah memajukan sistem pengeluaran kraftangan di semua peringkat kilang. Perkembangan teknologi kraftangan ini telah mengalami peralihan teknologi daripada looms tradisional (izaribata) kepada looms yang lebih canggih (takabata) yang membawa dua atau tiga kali ganda kecekapan. 29 Penggunaan takabata merebak secara langsung daripada daerah Nishijin di Kyoto, yang akhirnya kawasan industri luar bandar yang menggunakan takabata telah beransur-ansur menjadi bandar industri. Di Osaka pada tahun 1843, terdapat 14% petani, dan 46% penenun. Di Okoshi pula pada tahun 1845, terdapat 20% golongan 28
Saturo Nakamura, “The Development of Rural Industry” dalam Chie Nakane dan Shinzaburo Oishi (peny.) Tokugawa Japan: The Social and Economic Antecedents od Modern Japan. Tokyo: University Of Tokyo Press, 1991, hlm. 83. 29 Ibid ., hlm. 88.
10
Muhammad_Safarudin_Yahya >> 123434 petani, dan 31% penenun. Manakala di Konobu-Nakajima pada tahun 1845, terdapat 18% petani, dan 81.5% penenun. 30 Statistik ini jelas menunjukkan ramai penduduk di Jepun yang terlibat dengan bidang tenunan disebabkan kemajuan industri kraftangan.
5.0 SOSIAL
5.1 PENGENALAN SISTEM KAWALAN DAN PERATURAN SOSIAL
Pemerintah Tokugawa berpendapat bahawa perkembangan evolusi ekonomi tidak boleh hadir sendiri dan ianya perlu digabungkan dan diseimbangkan dengan nilai-nilai sosialisasi tertentu.31 Oleh hal demikian, kehidupan masyarakat petani pada zaman Tokugawa ditentukan oleh dua nilai iaitu nilai ekonomi pada masa tersebut dan nilai sosial yang terletak pada sistem kawalan yang dilaksanakan oleh golongan pemerintah terhadap penduduk Jepun. “Pengisytiharan Tujuh Perkara” yang diperkenalkan pada tahun 1603 merupa kan perintah pertama yang dikeluarkan oleh Ieyasu untuk mengawal kehidupan sosial masyarakat petani. 32 Berdasarkan peraturan tersebut para petani diperintahkan untuk membayar cukai tanah yang telah diusahakan oleh mereka. Doktrin ini juga sangat penting untuk menjaga hak golongan petani dan memastikan mereka tidak dieksploitasi oleh golongan tidak bertanggungjawab.33 Melalui pengenalan dan perlaksanaan “Pengisytiharan Kein” tahun 1649, pemerintah bakufu dilihat semakin agresif mengenakan sistem kawalan terhadap golongan petani.
Antaranya ialah mewajibkan para petani mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh
30
Saturo Nakamura, “The Development of Rural Industry” dalam Chie Nakane dan Shinzaburo Oishi (peny.) Tokugawa Japan: The Social and Economic Antecedents od Modern Japan. Tokyo: University Of Tokyo Press, 1991, hlm. 89. 31 Thomas C. Smith, Native Sources of Japanese Industrialization 1750 – 1920, London: University of California Press, 1996, hlm. 202. 32 Tsuneo Sato, “Tokugawa Villages and Agriculture”, dalam Chie Nakane dan Shinsaburo Oishi (peny.), Tokugawa Japan: The Social and Economic An tecedents of Modern Japan, Tokyo: Tokyo University Press, 1990, hlm. 40. 33 Ibid ., hlm. 40
11
Muhammad_Safarudin_Yahya >> 123434 bakufu dan mempertanggungjawabkan mereka untuk membayar cukai tanpa sebarang bantahan. Dalam peraturan ini juga, petani dinasihatkan agar bangun awal setiap hari untuk mengusahakan ladang pertanian pada waktu siang, manakala membuat tali dan guni apabila menjelang malam. Seterusnya membina tandas berhampiran rumah agar bahan kumbahan tersebut boleh dijadikan baja pertanian. 34 “Pengisytiharan Kein” turut menggariskan peranan yang perlu dimainkan oleh suami dan isteri dimana kedua-dua pihak perlu bekerja dengan tekun terhadap tugas masing-masing. Tuntasnya di sini “Pengisytiharan Kein” merupakan satu doktrin yang cuba mendisiplinkan para petani bersesuaian dengan kedudukan mereka yang berada di bahagian bawah dalam heirarki sosial pemerintah Tokugawa. 35 Dalam organisasi perkampungan di peringkat rendah, pemerintah bakufu telah memperkenalkan satu sistem yang dipanggil sebagai ‘ gonin-gumi’ atau pun sekumpulan lima keluarga.36 Semasa tempoh awal pemerintahan Tokugawa, pemerintah bakufu telah mengarahkan para pentadbir untuk mengemukakan lejar yang dipanggil sebagai ‘Rekod Pengemaskinian Penduduk’ ( ninbetsu aratame). Rekod ini dibuat secara berkala dan fungsinya sama seperti bancian yang dibuat oleh para daimyo demi mengukuhkan kuasa dan meningkatkan hasil pengeluaran wilayah masing-masing. Rekod pendaftaran ini juga telah diaplikasikan di setiap ‘gonin-gumi’ dan wakil kampung akan dipertanggungjawabkan untuk mendaftar ‘gonin-gumi’ yang baharu pada setiap tahun. 37 5.2 PEMBANDARAN
Terdapat beberapa bandar kecil dan besar (beberapa ratus) telah mula muncul di seluruh Jepun dan mula menjadi legasi ekonomi dan budaya moden Jepun. Bandar-bandar ini
34
Saturo Nakamura, “The Development of Rural Industry” dalam Chie Nakane dan Shinzaburo Oishi (peny.) Tokugawa Japan: The Social and Economic Antecedents od Modern Japan. Tokyo: University Of Tokyo Press, 1991, hlm. 41 35 Ibid ., hlm. 42. 36 Ibid ., hlm. 49. 37 Ibid ., hlm. 39.
12
Muhammad_Safarudin_Yahya >> 123434 memerlukan akumulasi kuantiti barang yang sangat besar untuk kepentingan kehidupan penduduk kota terutama produk pertanian. Pada zaman tersebut pembangunan jaringan pengangkutan dan sistem komoditi negara telah mula membangun. Populasi di Edo nampaknya telah mencapai peningkatan pada abad ke-18. Hal ini menunjukkan Edo menjadi bandar terbesar di dunia pada waktu itu.38 Edo juga merupakan bandar utama mencapai penduduk lebih 1 Juta orang. Manakala Osaka pula merupakan bandar kedua yang mempunyai populasi 400 000 orang penduduk. Bandar Osaka adalah pusat ekonomi komersial negara Jepun. Osaka menjadi pusat kepada sistem kawalan pengagihan bakufu, dan mempunyai fungsi yang penting dalam pengumpulan dan pengangkutan daripada pusat dagangan barat Jepun serta tempat lain di serata negara. Justeru, fungsi Osaka adalah sebagai bandar komersial pada awal abad ke-18 dan untuk menyara golongan feudal serta mengekalkan peranan Shogun dan Daimyo. 39 5.3 RANGKAIAN BANDAR DAN MAKLUMAT
Semasa zaman Tokugawa, terdapat bandar-bandar besar iaitu Kyoto, Osaka dan Edo yang lebih dikenali sebagai “Tiga Bandar Metropolis”. Di barat Jepun, iaitu terletaknya Kyoto dan Osaka merupakan bandar yang sangat produktif dan mempunyai kawasan ekonomi yang sangat maju dan menjadi tumpuan penduduk Jepun. Manakala, di Timur Jepun pula yang terletaknya bandar Edo merupakan bandar yang lemah dari segi ekonomi dan boleh dikatakan mundur. 40 Di bandar Kyoto terkenal sebagai bandar yang mempunyai perindustrian paling besar dalam tempoh awal moden. Hal ini terbukti apabila berlaku banyak pengeluaran tekstil dan industry kraftangan secara besar-besaran di Jepun. Tekstil dan industri kraftangan
38
Saturo Nakamura, “The Development of Rural Industry” dalam Chie Nakane dan Shinzaburo Oishi (peny.) Tokugawa Japan: The Social and Economic Antecedents od Modern Japan. Tokyo: University Of Tokyo Press, 1991, hlm. 84 39 Ibid ., hlm. 85. 40 Katsuhisa Moriya, “Urban Network and Information Network” dalam Chie Nakane dan Shinzaburo Oishi (peny.) Tokugawa Japan: The Social and Economic Antecedents od Modern Japan. Tokyo: University Of Tokyo Press, 1991, hlm. 97.
13
Muhammad_Safarudin_Yahya >> 123434 tersebut berkualiti tinggi dan tenunan yang dihasilkan juga adalah tenunan yang terbaik pada masa tersebut. Kyoto adalah ibu pejabat kepada banyak mazhab, agama budha dan Shinto. Terdapat lebih 2000 kuil budha dan tempat-tempat suci Shinto di bandar. Selain itu, Kyoto juga merupakan pusat kebudayaan, maklumat, dan pemikiran agama. Disini munculnya ramai penulis, ulama dan menarik ramai rakyat seluruh megeri dating untuk belajar. Martabat bandar ini diistilakan sebagai Joraku yang membawa maksud “pergi ke ibu negara”. 41 Bandar Osaka pula telah muncul sebagai pusat ekonomi di J epun. Pada mulanya ianya adalah sebagai tempat agama, yang mana terdapat kuil Buddha yang besar. Kemudian pembangunan bandar pesat dilakukan oleh Toyotomi Hideyoshi dengan mebina istana yang besar. Berlaku transformasi di Osaka selepas penguasaan Tokugawa yang mana berlaku perubahan dari segi pembangunan. Mereka telah membina istana yang jauh lebih besar daripada sebelumnya, dan mereka telah merobohkan istana lama. Sebahagian besar kawasan istana dahulu telah dijadikan kawasan perumahan untuk rakyat. 42 Mereka juga telah menjalankan projek pembinaan sepanjang tebing sungai. Pembinaan ini adalah bertujuan untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan bandar dan daerah pantai. Manakala di Edo pula telah berkembang secara beransur-ansur selepas Ieyasu mengambil alih. Pada zaman ini, pembangunan tanah di bandar dijalankan dengan giat bertujuan untuk kediaman kelas pahlawan (Bushi). Bilangan samurai, shogun dan penduduk pada ketika itu hampir melebihi 100 000. 43 Walaupun Edo pernah musnah akibat kebakaran besar Meireki, namun ianya tidak menjadi penghalang bahkan terus berkembang dengan pesat sehingga lebih dari 1 juta penduduk dan menjadi bandar metropolis terbesar di Jepun awal abad ke-18. Perkembangan zaman awal moden ini turut dibantu dengan kewujudan 41
Katsuhisa Moriya, “Urban Network and Information Network” dalam Chie Nakane dan Shinzaburo Oishi (peny.) Tokugawa Japan: The Social and Economic Antecedents od Modern Japan. Tokyo: University Of Tokyo Press, 1991, hlm. 98-99. 42 Ibid., hlm. 100. 43 Ibid., hlm. 102.
14
Muhammad_Safarudin_Yahya >> 123434 bandar-bandar wilayah, istana, pelabuhan, pusat ibadat, kawasan pasaran tempatan dan sebagainya. Bandar istana merupakan bandar paling penting dalam bandar wilayah kerana setiap daimyo perlu membangunkan kawasan sekitar istana. Buktinya, hamper 200 bandar istana telah dibina pada awal abad ke-17. Jelaslah bahawa ketiga-tiga Bnadar Metropolis ini mempunyai fungsi dan kepentingan tersendiri dalam memberikan pembangunan awal moden kepada negara Jepun.44 5.4 SISTEM KOMUNIKASI
Ketiga-tiga Bandar Metropolis iaitu Kyoto, Osaka, dan Edo dikendalikan oleh system komunikasi yang luas. Hal ini kerana ketiga-tiga bandar ini dibawa penguasaan bakufu dalam aspek politik, ekonomi dan budaya. Infrastruktur pengangkutan darat dan laut menggalakkan perdagangan dibangunan. Pembinaan cabang lebuh raya, jalan utama, pengangkutan laut yang baik telah wujud pada zaman Tokugawa. Disamping itu, pengangkutan sungai juga berkembang sehingga dapat ke kawasan pendalaman dan hasilnya banyak kawasan dapat dihubungkan. Urusan komunikasi yang wujud sejak zaman purba dikekalkan dan ditambah baik melalui rangkaian utusan ekspress (hikyaku).45 Mereka mengawal selia surat-surat dan dokumen, bil-bil pertukaran dan wang tunai untuk mengukuhkan rangkaian maklumat antara ketiga-tiga metropolis ini. Kerajaan telah memulakan sistem komunikasi yang telah dioperasikan kerajaan di sepanjang Tokaido dan jalan yang menghubungkan bandar Kyoto, Edo dan Osaka. Perkara ini dinamakan sando hikyaku yang mana ianya menghantar maklumat 3 kali sebulan. 46 Sistem sando hikyaku ini
digunakan oleh bakufu di bandar Kinai untuk menghantar mesej rasmi ke Edo. Di setiap bandar-bandar pos di Tokaido mereka menyediakan 3 ekor kuda untuk memastikan mesej 44
Katsuhisa Moriya, “Urban Network and Information Network” dalam Chie Nakane dan Shinzaburo Oishi (peny.) Tokugawa Japan: The Social and Economic Antecedents od Modern Japan. Tokyo: University Of Tokyo Press, 1991, hlm. 102. 45 Ibid., hlm. 107. 46 Ibid., hlm. 108.
15
Muhammad_Safarudin_Yahya >> 123434 dihantar secara terus dari satu stesen kepada stesen yang lain. Dalam tsugi hikyaku pula, beroperasi secara terus untuk membawa dokumen-dokumen rasmi dan lain-lain kepada kawasan keshogunan dan daimyo. Stesen pertengahan dikenali sebagai t sugitate ditubuhkan berselang seli di sepanjang 8 kilometer, dan kuda disediakan untuk meghantar. Perkara ini menyebabkan aliran maklumat yang lebih jauh dan lebih pantas. 47 Antara penambahbaikan dalam sistem komunikasi isalah seperti Joroku (fixed at six) iaitu penghantaran dari Kinai ke Edo hanya enam hari. Jarak dari Edo ke Osaka adalah lebih kurang 500 kilometer, penghantaran maklumat mengambil lebih kurang 85 kilometer sehari. Tempoh tersebut adalah kelajuan normal dalam penghantaran maklumat ekspress, tetapi penghantaran yang pantas boleh diatur dengan tempahan khas. Perkhidmatan khas yang wujud dapat menyampaikan maklumat dengan lebih cepat sehingga ada Cuma 3 atau 2 hari sahaja Dikenali sebagai haya hikyaku (superexpress) yang memerlukan kos sangat tinggi. Jadual perjalanan selalu diselia kerana perkembangan ekonomi menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya di sepanjang laluan pengangkutan. Namun walaupun begitu, permintaan dan penghantaran yang pantas tetap diteruskan oleh Bakufu pada zaman Tokugawa. 48 5.5 PENERBITAN DAN PUSAT LITERASI
Pada zaman Tokugawa, Ulama-ulama Buddha mengoperasikan Universiti mereka sendiri dan mereka berkhidmat sebagai intelektual, bukan sahaja melibatkan bab keagamaan. Kyoto telah menjadi pusat industri penerbitan dari zaman pertengahan, apabila pada ketika itu wujudnya syarikat penerbitan yang dikenali sebagai “bookshop” ( shorin, shosi). Industri ini terus berkembang dengan pantas sekitar abad ke-17, dan pada abad pertengahan ia telah merebak ke Osaka dan Edo. Pada abad ke-17 terdapat 701 penerbitan di Kyoto, 185 di Osaka, 47
Katsuhisa Moriya, “Urban Network and Information Network” dalam Chie Nakane dan Shinzaburo Oishi (peny.) Tokugawa Japan: The Social and Economic Antecedents od Modern Japan. Tokyo: University Of Tokyo Press, 1991, hlm. 108. 48 Ibid ., hlm. 109.
16
Muhammad_Safarudin_Yahya >> 123434 dan 242 di Edo. Kyoto telah menguasai bidang penerbitan di Jepun pada abad ke-17. Manakala pada abad ke-18, keadaan berubah apabila terdapat 536 penerbitan berlaku di Kyoto, 564 di Osaka, dan 493 di Edo. 49 Perkembangan literasi ini juga telah menjadikan buku-buku dan bahan ilmiah mudah didapati dan dibeli. Namun kebanyakannya buku tersebut mempunyai harga yang sangat tinggi. Contohnya, sebuah buku novel cinta berharga sama seperti harga makanan selama sebulan. Manakala buku tentang Buddha dan konfucius berharga berkali-kali ganda daripada novel, dan biasanya hanya dibeli oleh golongan atasan, bangsawan, dan samurai. Oleh itu, wujudnya sistem sewaan buku dan pinjaman buku bagi rakyat yang kurang berkemampuan. Wujud juga perpustakaan pinjaman yang mana ianya berfungsi memberi pinjaman 5 hari pada satu-satu masa supaya semua rakyat khususnya di luar bandar mampu membaca.50 Perkembangan yang pesat dalam industri penerbitan adalah bertitik tolak daripada peningkatan dalam teknologi percetakan dan penubuhan hak cipta penerbit. Selain itu, produksi industri kertas memastikan penerbit dapat kertas yang mereka perlukan. Bahan mentah “paper mulberry” (koza) telah dijadikan sebagai industri pembuatan kertas di seluruh negara.51 Pada zaman Tokugawa juga, berlaku proses penterjemahan ilmu pengetahuan daripada Barat dan juga Cina. Ilmu pengetahuan daripada Cina banyak diterjemahkan masuk ke Jepun. Tetapi pada zaman Meiji ianya mula bertukar yang mana ilmu pengetahuan dari Jepun telah diterjemahkan ke Cina. Berlaku juga dua kali proses penterjemahan, iaitu penterjemahan dari Barat dibawa masuk ke Jepun, kemudian diterjemahkan pula dari Jepun ke Cina. Atas faktor inilah bidang penerbitan dan pusat literasi Jepun pada zaman Tokugawa telah mencapai perkembangan yang menjadi titik tolak kepada zaman awal moden Jepun. 49
Katsuhisa Moriya, “Urban Network and Information Network” dalam Chie Nakane dan Shinzaburo Oishi (peny.) Tokugawa Japan: The Social and Economic Antecedents od Modern Japan. Tokyo: University Of Tokyo Press, 1991, hlm. 115. 50 Ibid., hlm. 117. 51 Ibid ., hlm. 117.
17
Muhammad_Safarudin_Yahya >> 123434 6.0
KESIMPULAN
Kesimpulannya, zaman Tokugawa kini sememangnya dianggap sebagai zaman awal era moden di Jepun. Hal ini terbukti apabila berlaku perkembangan dan kemajuan dalam aspek politik, ekonomi, sosial mahupun budaya. Jika dilihat ketika pemerintahan Tokugawa telah berlaku peningkatan ekonomi negara Jepun yang sangat ketara. Buktinya berlaku peningkatan keluasan tanah pertanian dari 1.64 juta hektar pada tahun 1600 kepada 2.97 juta hektar pada tahun 1720 dan kemudiannya kepada 3.05 juta hektar pada tahun 1874. 52 Kemajuan ini bukanlah hanya tertumpu pada bidang ekonomi sahaja, tetapi ianya merangkumi aspek-aspek yang lainnya. Perkara inilah menjadi titik tolak kepada berlakunya zaman awal moden di Jepun. Namun begitu, zaman Tokugawa ini akhirnya mengalami kemerosotan disebabkan usaha untuk mengembalikan semula kuasa maharaja melalui kerjasama daimyo. Tokugawa akhirnya digulingkan pada tahun 1867 dan tamatnya sejarah feudalisme yang berpusat di Jepun. Kejatuhan Keshogunan Tokugawa telah memberi ruang kearah modenisasi Jepun dalam era Meiji pula.
52
Tsuneo Sato, “Tokugawa Villages and Agriculture”, dalam Chie Nakane dan Shinsaburo Oishi (peny.), Tokugawa Japan: The Social and Economic Antecedents of Modern Japan, Tokyo: Tokyo University Press, 1990, hlm. 62.
18
Muhammad_Safarudin_Yahya >> 123434 7.0
BIBLIOGRAFI
Abu Talib Ahmad. 2005. Tamadun Jepun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azizan bin Had. 1999. Sistem Budaya Masyarakat Desa di Jepun pada Zaman Tokugawa. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Herbert P. Bix. 1986. Peasant Protests in Japan 1590 – 1884. New Haven: Yale University Press.
Hilton, R.H. 1983. “Feudal Society” dalam Tom Bottomore (peny.). A Dictionary of Marxist Thought . London: Blackwell.
Jansen, Marius B. 2000. The Making of Modern Japan. England: Cambridge University Press.
Katsuhisa Moriya, 1991. “Urban Network and Information Network” dalam Chie Nakane dan Shinzaburo Oishi (peny.) Tokugawa Japan: The Social and Economic Antecedents od Modern Japan. Tokyo: University Of Tokyo Press.
M. Rajendran. 1988. Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.
Reischauer, Edward O. dan Albert M. Craig. 1979. Japan Tradition and Transformation. Sydney: G. Allen and Unwin.
Smith, Thomas C. 1996. Native Sources of Japanese Industrialization 1750 – 1920. London: University of California Press.
Saturo Nakamura. 1991 “The Development of Rural Industry” dalam Chie Nakane dan Shinzaburo Oishi (peny.) Tokugawa Japan: The Social and Economic Antecedents od Modern Japan. Tokyo: University Of Tokyo Press.
Tsuneo Sato. 1990. “Tokugawa Villages and Agriculture”, dalam Chie Nakane dan Shinsaburo Oishi (peny.). Tokugawa Japan: The Social and Economic Antecedents of Modern Japan. Tokyo: Tokyo University Press. 19