EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU DI HUTAN PAYA BAKAU,KAMPUNG PUNDUT, 32040, SERI MANJUNG, PERAK.
SENARAI KANDUNGAN
SENARAI KANDUNGAN
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA
HALAMAN
1. PENGHARGAAN
1-2
2. PENDAHULUAN
3-4
3. OBJEKTIF KAJIAN
5-6
4. KAWASAN KAJIAN
7-8
5. KAEDAH KAJIAN
9-10
6. DAPATAN KAJIAN
11-15
7. RUMUSAN
16-17
8. LAMPIRAN
18-29
9. RUJUKAN
30-31
PENGHARGAAN
3. PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi PMR dalam tempoh yang telah ditetapkan dengan jayanya tanpa menghadapi sebarang masalah.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Yeat Soo Ing, iaitu pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Convent,Sitiawan dan Puan Zamnah binti Zakaria selaku guru mata pelajaran Geografi kerana telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar, serta panduan ketika saya menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya, Encik Mohd Amin bin Kamarudin dan ibu saya, Puan Zuraini Bte Sallehuddin kerana telah banyak memberi sokongan dan wang ringgit bagi menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
PENDAHULUAN
Pendahuluan Saya, Nabilah Bt Mohd Amin adalah pelajar di Tingkatan Tiga Daisy di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Sitiawan, Manjung, Perak. Saya telah menjalankan kerja kursus geografi ini sebagai satu syarat peperiksaan PMR tahun 2012. Saya dan rakan-rakan saya telah memilih untuk membuat tugasan satu iaitu Ekosistem Hutan Terganggu. Tajuk kajian saya ialah Ekosistem Hutan Terganggu di Taman Paya Bakau.
Kami memilih ekosistem hutan terganggu di Taman Paya Bakau, Kampung Pundut kerana lokasi ini berdekatan dengan tempat tinggal saya. Ini memudahkan kami mendapat maklumat dan bahan yang berguna yang berkaitan dengan kerja kursus ini. Kepesatan pembangunandan pembinaan pusat-pusat perniagaan, bangunan pejabat dan petempatan moden yang kian bertambah dari masa ke semasa tanpa mengira khazanah alam semula jadi juga mendorong kami memilih tajuk ini.
Bagi melengkapkan lagi kerja kursus ini, kami telah menjalankannya selepas waktu persekolahan dan semasa cuti persekolahan. Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah dari bulan Februari hingga Jun 2012. Setiap pelajar perlu menulis laporan secara individu berdasarkan maklumat yang dikumpul secara berkumpulan.
DAPATAN KAJIAN
8.0 Dapatan Kajian 8.1 Kosep Ekosistem Hutan Konsep ekosistem ini ialah organisma hidup yang saling mempunya perhubungan antara satu sama lain dengan organisma alam sekitar. Atau dengan kata lain, konsep ekosistem ialah suatu sitem di mana dua komponen iaitu komponen biotik dan abiotik dalam satu-satu kawasan atau unit ruang. Komponen biotik adalah merupakan komponen organism yang hidup. Contohnya, tumbuhan, haiwan, manusia dan lain-lain. Komponen abiotik pula ialah merupakan persekitaran fizikal. Contohnya udara, mineral, hujan, tanih, cahaya dan air.
KOMPONEN EKOSISTEM
BIOTIK
1. Manusia 2. Tumbuhan 3. Binatang 4. Burung 5. Serangga 6. Bakteria
ABIOTIK
1. Cahaya matahari 2. Hujan 3. Udara 4. Mineral. 5. Tanih
Rajah 1: Komponen Ekosistem Hutan.
Kepentingan Ekosistem Hutan 8.2.1 Menyederhanakan Suhu Sekitar
Memang tidak dapat dinafikan bahawa tumbuh-tumbuhan semula jadi di hutan mempunyai pengaruh ke atas keadaan cuaca dan iklim sesuatu tempat kerana pokok-pokok dan tumbuhtumbuhan mampu mengubahsuaikan iklim mikro sesuatu tempat.
Melalui proses transpirasi, air dari tanah melalui tumbuh-tumbuhan akan terserap ke udara dan air di permukaan daun juga akan tersejat ke udara dan ini menambahkan lagi kelembapan udara. Ini kerana pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan mengawal sinaran mataharimelalui proses serapan, pemantulan dan pemindahan. Ini sudah pasti akan memberikan kesan penyejukan kepada kawasan sekitarnya. Secara bandingannya, suhu di kawasan hutan adalah lebih rendah kerana litupan tumbuh-tumbuhan yang banyak.
Hutan sangat berguna sebagai agen pembersih udara kerana daun-daun dan dahan-dahan pokok bertindak sebagai penyaring udara kotor. Kita harus bersyukur dengan anugerah alam yang diciptakan tuhan. Dengan ini, kita harus melindungi hutan daripada terus dimusnahkan oleh kegiatan manusia.
8.2.2 Habitat Flora dan Fauna
Pelbagai jenis hidupan liar hidup di kawasan hutan kerana hutan menyediakan sumber makanan yang diperlukan oleh haiwan. Hutan juga merupakan tempat perlindungan dan pembiakan bagi hidupan liar. Hidupan liar pada amnya didefinisikan sebagai merangkumi kesemua haiwan liar daripada kumpulan mamalia, reptilia, amfibia, burung, ikan, invetebrata, termasuk juga tumbuh-tumbuhan liar.
Hutan membekalkan makanan kepada haiwan yang memakan daun, buah-buahan, putik bunga, pucuk dan pelbagai bahagian lain pokok. Selain hutan sebagai habitat untuk hidupan liar, kawasan hutan juga terdapat pelbagai jenis flora yang menarik. Pokok-pokok orkid, paku pakis, pokok periuk kera merupakan tumbuh-tumbuhan yang istimewa yang terdapat dalam hutan Malaysia. Kita mesti mencintai alam sekitar untuk mengelakkan kepupusan habitat flora dan fauna.
8.2.3 SUMBER BAHAN MENTAH
Hasil soal selidik yang dijalankan didapati kawasan hutan paya bakau di sini juga merupakan bahan mentah bagi penduduk setempat. Kayu bakau ini merupakan bahan untuk dibuat pancang kayu dan cerucuk dalam pembinaan benteng dan jambatan, membuat dermaga dan tiang rumah khususnya di kawasan pantai dan juga sebagai cerucuk bangunan.ini kerana sifat pokok bakau yang keras dan tahan air masin sangat sesuai untuk tujuan tersebut. Kayu bakau juga merupakan sumber kayu arang dan kayu api. Oleh itu, kita seharusnya berbangga kerana negara kita mempunyai alam semula jadi yang kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna.
OBJEKTIF KAJIAN
5.OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif-objektif yang saya jalankan ialah : 1. Mendefinisikan konsep ekosistem hutan. 2. Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan ekosistem hutan. 3. Mengenal pasti dan menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu di Kampung Pundut. 4. Mengenal pasti dan menghuraikan kesan-kesan ekosistem hutan terganggu di Kampung Pundut. 5. Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan-kesan ekosistem hutan terganggu di Kampung Pundut. 6. Dapat menerapkan nilai-nilai murni dan unsur patriotisme terhadap penduduk kawasan Kampung Pundut tentang kepentingan ekosistem hutan.
KAWASAN KAJIAN
6.KAWASAN KAJIAN
Saya telah memilih Kampung Pundut iaitu kawasan paya bakau, di Kampung Pundut sebagai kawasan kajian saya yang terletak di daerah Manjung. Kawasan ini terletak di antara Lumut dan Bandar Sri Manjung.
PETA KAWASAN KAJIAN
PETA DAERAH MANJUNG
7.0 Kaedah Kajian Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, kami telah menggunakan beberapa kaedah iaitu:-
Kaedah Pemerhatian Kami telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan kajian. Kami juga mengambil gambar untuk membuktikan kaedah ini dapat digunapakai.
Kaedah soal selidik Kami juga telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk sekitar taman ini. Soalan yang kami berikan adalah berdasarkan tajuk yang diberi. Sila rujuk soalan soal selidik yang disediakan. Kami telah menemubual 10 orang responden yang terdiri daripada penduduk taman ini. Soalan yang kami ajukan adalah berkisar tentang ekosistem hutan. Sila rujuk soalan temu bual yang disertakan.
8.3 FAKTOR YANG MENYEBABKAN EKOSISTEM HUTAN PAYA BAKAU TERGANGGU di TAMAN SAMUDERA
8.3.1 KEGIATAN PEMBINAAN PETEMPATAN
Kepesatan pembangunan di kawasan sekitar kawasan hutan paya bakau, Kampung Pundut telah menarik ramai penduduk berhijrah ke sini. Tambahan pula, terdapatnya banyak perumahan telah menyebabkan permintahan perumahan meningkat. Banyak kawasan paya bakau di sini tekah ditebus untuk dijadikan kawasan penempatan penduduk. Antaranya ialah, kawasan perumahan Desa Manjung Raya.
8.3.2 PENEROKAAN SUMBER KAYU BAKAU
Daripada pemerhatian yang dibuat, kawasan paya bakau juga sering diancam oleh aktiviti pembalakan kayu bakau. Kayu bakau yang tahan lama terendam dalam air diguakan dalam kegiatan pembinaan seperti tiang jeti, dermaga,jambatan, cerucuk bangunan dan benteng. Selain itu, kayu bakau juga amat sesuai untuk dibakar untuk mengahasilkan arang. Kesan daripada aktiviti tersebut, hutan paya bakau diancam kemusnahan dan kepupusan.
8.3.3 PEMBINAAN JALAN RAYA
Hasil soal selidik juga mendapati, kepesatan pembinaan jalan raya di kawasan Hutan Paya Bakau, Kampung Pundut turut menjadi penyebab kemusnahan ekosistem hutan paya bakau. Keadaan juga member kesan kepada rantaian makanan di kawasan paya bakau. Pokok bakau membuat makanannya sendiri melalui proses fotosontesis setalah mendapat tenaga daripada matahari. Daun, bunga, dan buah pokok bakau menjadi sumber makanan kepada hidupan daratan seperti ulat, serangga, burung, monyet, dan lutong cikory. Manakala daun bakau yang jatuh ke dalam air pula akan diuraikan oleh mikroorganisma seperti bacteria dan fungi untuk menjadi nutrient yang menjadi makanan kepada ketam, cacing, udang dan juga ikan yang terdapat di sini. Kegiatan pembinaan jalan raya yang dijalankan, selain menjejaskan rantaian makanan, ia juga turut menjejaskan habitat hisupan paya bakau.
8.3.4 KEGIATAN PELANCONGAN
Kegiatan pelancongan juag merupakan faktor yang menyebabkan ekosistem hutan paya bakau terganggu di kawasan ini. Pokok-pokok bakau ini akan ditebang untuk tujuan pelancongan. Pelbagai kemudahan awam dibina di kawasan paya bakau ini, antaranya ialah bangunan untuk info pelancongan, jambatan dan sebagainya. Pembinaan kemudahan sudah tentu akan memusnahkan pokok bakau yang menjadi habitat kehidupan di sini. Justeru, hidupan liar seperti monyet, keluar ke kawasan berdekatan untuk mencari makanan. Ini akan membahayakan keselamatan penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan ini.
Selepas mengkaji sebab-sebab ekosistem hutan terganggu di kawasan kajian, saya bertekad akan lebih menghargai alam sekitar kerana halangan yang terdapat di kawasan kajian saya sebenarnya berpunca daripada kecuaian manusia sendiri yang tidak membuat perancangan. Namun begitu, saya dan penduduk di sini berterima kasih kepada pihak kerajaan.
8.4 KESAN EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU di TAMAN SAMUDERA 8.4.1 KEPUPUSAN HABITAT FAUNA.
Hutan paya bakau merupakan tempat bagi pembiakan beberapa spesies seperti ikan, ketam, dan udang di mana hutan ini merupakan tempat hidupan berkenaan menetas dan membesar sebelum kembali ke laut. Jika hilangnya hutan bakau ini, ia bukan sahaja member kesan tidak langsung tetapi juga kesan langsung ke atas rantaian makanan yang mana paya bakau menjadi habitat kepada ikan, ketam dan organism lain turut terganggu.
8.3.2 PERUBAHAN LANSKAP di SEKITAR KAWASAN TAMAN SAMUDERA
Banyak kawasan hutan paya bakau ditebusguna secara giat atu diubahsuai untuk kegunaan lain seperti penternakan udang, kawasan pelancongan, jalan raya dan perumahan telah mengubah lanskap asalnya. Disebabkan itu, kawasan hutan paya bakau ini telah hilang nilai estetika semulajadi dan keunikannya. Penerokaan hutan paya bakau yang giat di sekitar kawasan Kampung telah mengubah status kawasan bakau, iaitu daripada kawasan bakau telah bertukar kepada kawasan perumahan, kolam penternakan udang, kawasan pelancongan dan lain-lain. Hal yang demikian member kesan secara langsung kepada habitat hidupan di hutan bakau.
Oleh itu, kita seharusnya peka terhadap masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran kita. Bagi megelakkan berlakunya keadaan-keadaan seperti di atas, kita hendaklah bersama-sama menjaga kawasan hutan di persekitaran kita. Kita seharusnya bersyukur mempunyai negara yang cantik dan mempunyai negara yang cantik dan mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna.
8.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU DI TAMAN SAMUDERA. 8.5.1 MEWARTAKAN KAWASAN HUTAN SIMPAN
Sesungguhnya, hutan amat bernilai kepada kehidupan di muka bumi. Oleh itu, kerajaan perlu bertindak proaktif dengan mewartakan lebih banyak lagi hutan simpan bagi mengelakkan diceroboh sebagai satu langkah untuk mengurangkan kesna ekosistem hutan paya bakau daripada terganggu. Tindakan seumpama ini dapat memastikan kawasan hutan paya bakau tersebut akan terus terpelihara tanpa ada usaha untuk menebangnya demi mengaut keuntungan jangka pendek. Seterusnya, dapat meemlihara hutan paya bakau daripada musnah.
8.5.2 PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
Cadangan untuk mengatasi masalah kemusnahan paya bakau juga perlu diterapkan dalam semua matapelajaran yang diajar bermula peringkat persekolahan lagi. Guru perlu memberitahu akan pentingnya menjaga ekosistem hutan bakau daripada terganggu melalui pendidikan alam sekitar. Pengetahuan Pendidikan Alam Sekitar ini dapat dilaksanakan menerusi penerapan secara langsung dan tidak langsung dalam mata pelajaran yang diajar. Justeru, sedikit sebanyak apa yang diterapkan berkemungkinan generasi yang masih kecil juga sedar tentang pentingnya pemeliharaan hutan paya bakau.
8.5.3 PENANAMAN SEMULA POKOK BAKAU
Untuk menjamin agar bekalan kayu bakau tidak pupus, langkah menanam semula amat perlu setelah ditebang. Seperti yang diketahui, pokok bakau merupakan smber bahan mentah bagi sumber kayu arang, kayu api, bahan binaan seperti pancang kayu dan cerucuk dalam pembinaan benteng, janbatan dan tiang rumah. Untuk mengelakkan bekalan kayu bakau ini tidak kehabisan, pokok bakau ini hendaklah diganti dan ditanam semula agar sumber tersebut dapat digunakan secara berterusan.
Setelah menghuraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan terganggu di Kampung Pundut, kita perlulah mengambil tahu tentang tempat di persekitaran kita.
Jadual 1; Faktor-Faktor yang Menyebabkan Ekosistem Hutan Paya Bakau Terganggu di Kawasan Hutan Paya Bakau, Kampung Pundut
FAKTOR-FAKTOR
BILANGAN
Kegiatan pembinaan petempatan
8
Penerokaan sumber
2
Kegiatan pelancongan
6
Pembinaan jalan raya
4
Rajah 1: graf bar menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan ekosistem hutan paya bakau terganggu di kawasan Taman Samudera.
9 8 7 6 5 4
Series 1
3 2 1 0 kegiatan pembinaan penerokaan sumber petempatan
kegiatan pelancongan
pembinaan jalan raya
RUMUSAN
RUMUSAN
Malaysia sememangnya sebuah Negara yang berkembang pesat dalam pelbagai bidang. Begitu juga di kawasan kajian saya, Hutan Paya Bakau, Kampung Pundut. Namun, dalam kepesatan pertumbuhan tersebut, ramai yang tidak menyedari bahawa pembangunan tersebut membawa kesan sampingan terhadap ekosistem hutan paya bakau di kawasan berkenaan. Seperti yang diketahui hutan paya bakau berperanan sebagai kawasan penampan hakisan, habitat flora dan fauna, sumber bahan mentah dan tiupan angin rebut.
Kegiatan seperti pembinaan penempatan, kegiatan pelancongan, kegiatan penternakan dan pembinaan jalan raya telah menyebabkan ekosistem hutan paya bakau di sekitar kawasan Kampung Pundut telah mengganggu system ekologi bumi serta member kesan negatif kepada kawasan setempat. Antaranya ialah kepupusan habitat fauna, rantaian makanan terjejas dan perubahan landskap di kawasan hutan paya bakau. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan sahaja. Oleh itu, langkah-langkah perlulah diambal untuk menangani masalah tersebut. Antara langkah yang dicadangkan ialah kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat., pendidikan alam sekitar, penguatkuasaan undang-undang daripada pihak-pihak terbabit, dan menanam semula pokok bakau.
Di sini jelas, punca utama kemusnahan ekosistem hutan adalah disebabkan kerakusan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat. Saying kepada alam sekitar, bertanggungjawab, boleh membuat pertimbangan adalah perkara asas yang perlu ada dalam diri kita. Sekiranya nilai-nilai itu ada dalam diri kita, sudah tentu ekosistem hutan paya bakau tidak akan terjejas. Oleh yang demikian, kita seharusnya menghargai apa yang ada dan menyayangi Negara kita sedalam-dalamnya. Persekitaran yang terpelihara mencerminkan penduduknya yang sentiasa menghargainya.
LAMPIRAN
11.0 RUJUKAN
BUKU TEKS 1. Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Vincent De Selva Santhanasamy, Lim Jin Fon, 2006, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti SDN.BHD.
2. Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, 2007, Geografi Alam Sekitar Fizikal STPM.
LAMAN WEB
1. http://www.similarbase.com/hutan.htm 2. http://wwwgooglemaps.com 3. http://www.wikipedia.org/wiki/Ekosistem
ORANG SUMBER
1. Encik Mohd Amin, 42 tahun, No.40, Jalan Sm1D3, Fasa1D3, 32040, Seri Manjung, Perak 2. Encik Mohd Sobri, 45 tahun, No 41, Jalan Sm1D3,Fasa 1D3, 32040, Seri Manjung, Perak.
PETA NEGERI PERAK
PETA KAWASAN KAJIAN, TAMAN SAMUDERA, SRI MANJUNG, PERAK