Folio Sejarah Tingkatan 2 Perjuangan Rakyat Tempatan Mengembalikan Kedaulatan BangsaFull description
bab 9 malaysia dengan kerjasama antarabangsa
folio sejarah (latar belakang sekolah smk ss)
haiiiiiiii...................
So, this is basically the Sejarah Folio for Tingkatan Dua. Oh yeah, let me warn you, put lots of photos. Remember to have at least one document, and one map :) All the best !
Full description
folio
hahahha........
sxxFull description
Full description
porto folioDeskripsi lengkap
lolFull description
FOLIO SEJARAH NAMA:AISYAHTUL QISTINA BT SHAHROL KELAS:5CERDAS MATA PELAJARAN:SEJARAH
ISI KANDUNGAN
1.LAMBANG-LAMBANG NEGARA
MALAYSIA.
2.BENDERA NEGARA DAN MAKSUDNYA.
Maksud lambang dan warna pada Bendera Malaysia
Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini.
Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh itu Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.
Warna Merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.
Warna Putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan, Warna Biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai manakala
Warna Kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.
3.JATA NEGARA DAN MAKSUDNYA.
Gambar di atas merupakan Logo Jata Negara Malaysia yang asal .
Gambar di atas merupakan Logo Jata Negara Malaysia yang terbaru.
Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu). Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu,
warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Jata Negara Malaysia yang asal. Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja
4.JATA DAN BENDERA NEGERI.
Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang", terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi politik pembangunan. Lencana negeri ini juga boleh membezakan keungggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.