1.0 PENDAHULUAN
Perkataan µkerja¶ dapat didefinisikan sebagai aktiviti atau sesuatu yang dikeluarkan dikeluarkan oleh seseorang sebagai profesi, sengaja dilakukan untuk mendapatkan penghasilan dalam bentuk wang ringgit. Bekerja merupakan aktiviti pengeluaran tenaga untuk kegiatan yang dibutuhkan oleh seseorang untuk mencapai tujuan tertentu. Sebenarnya dengan bekerja, akan membantu individu untuk mengenal potensi diri dari segi kekuatan, kelemahan serta beberapa keistimewaan yang tidak pernah disedari kewujudannya (Noraini Ahmad, 1959 : 2). Apabila potensi diri dapat dikenal pasti, kita berasa lebih selesa dan bahagia untuk meneruskan perjalanan hidup kerana proses penyesuaian diri tidak lagi memerlukan masa yang begitu panjang untuk diteroka. Walaubagaimanapun, tidak semua manusia yang bekerja mahukan gaji atau dibayar dengan wang ringgit. Hal ini disebabkan wang tidak lagi menjadi faktor yang penting. Sebaliknya kepuasan dalaman lebih utama kerana ia dapat memberi sumbangan ikhlas ketika melaksanakan sesuatu pekerjaan. Setiap individu mempunyai anggapan dan penilaian yang tersendiri tentang pekerjaan dan keperluannya. Sesetengah Sesetengah orang bekerja untuk menambah harta dan kekayaan. Pada masa yang sama, terdapat juga individu yang bekerja untuk mendapatkan pengiktirafan dan kemuliaan. Manakala sebahagian besar bekerja untuk memperoleh rezeki halal yang dilakukan dengan keikhlasan, semata-mata mencari keredaan tuhan. Memahami konsep kerja akan mendorong individu untuk sentiasa gigih bekerja. Suasana persekitaran yang menggangu semangat bekerja pada sesetengah masa juga dapat diatasi dengan adanya penghayatan penghayata n tentang konsep pekerjaan itu (Noraini Ahmad, 1959 : 4). Konsep kerja berbeza dengan pandangan yang
berlainan dan tidak sama di semua tempat. tempat. Contohnya, 1
menurut aliran Kapitalis-liberalis, kerja adalah aktiviti untuk mendapatkan hasil atau wang. Menurut pandangan Drucker (1978), kerja merupakan suatu cara manusia menyatakan harga diri, serta melihat harga diri . Sedangakan Strauss dan Syles (1997) berpendapat bahawa manusia bekerja untuk mendapatkan kepuasan yang berujud, kepuasan fisik dan rasa aman, kebutuhan sosial dan egoistik (prestasi, otonomi dan pengetahuan). Konsep kerja dalam Islam berbeza dengan fahaman Kapitalis-liberalis kerana menurut Islam, kerja adalah sebahagian daripada ibadah. Dalam Islam kerja tidak dipandang dari dimensi material saja seperti wang, jabatan dan status sosial dan bukanlah semata-mata merujuk kepada mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga. Kerja dalam Pandangan Islam mencakupi segala bentuk amalan atau pekerjaan yang mempunyai unsur kebaikan dan keberkahan bagi diri, keluarga dan masyarakat sekelilingnya serta negara. Islam menempatkan kerja atau amal sebagai kewajipan setiap manusia. Kerja bukan sekadar upaya mendapatkan rezeki yang halal untuk keperluan hidup, tetapi mengandung makna ibadah seorang hamba kepada Allah, menuju kejayaan di akhirat. Melainkan kerja sebagai etos dan semangat pengabdian kepada Allah, iaitu menjalankan perintahnya ; kerja adalah keyakinan seorang muslim bahawa kerja berhubungan dengan tujuan hidupnya iaitu memperoleh redha Allah. Islam adalah agama yang mengutamakan kerja iaitu berhubungan dengan tanggungjawab peribadi tanpa pelimpahan pahala dan dosa kepada orang lain. Islam secara tegas selalu menganjurkan seseorang untuk bekerja , tetapi kerja yang damaksudkan adalah kerja yang dibenarkan atau sesuai dengan akidah, etika dan moral sepertimana yang digariskan dalam AlQuran dan Al-Hadis.
2
menurut aliran Kapitalis-liberalis, kerja adalah aktiviti untuk mendapatkan hasil atau wang. Menurut pandangan Drucker (1978), kerja merupakan suatu cara manusia menyatakan harga diri, serta melihat harga diri . Sedangakan Strauss dan Syles (1997) berpendapat bahawa manusia bekerja untuk mendapatkan kepuasan yang berujud, kepuasan fisik dan rasa aman, kebutuhan sosial dan egoistik (prestasi, otonomi dan pengetahuan). Konsep kerja dalam Islam berbeza dengan fahaman Kapitalis-liberalis kerana menurut Islam, kerja adalah sebahagian daripada ibadah. Dalam Islam kerja tidak dipandang dari dimensi material saja seperti wang, jabatan dan status sosial dan bukanlah semata-mata merujuk kepada mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga. Kerja dalam Pandangan Islam mencakupi segala bentuk amalan atau pekerjaan yang mempunyai unsur kebaikan dan keberkahan bagi diri, keluarga dan masyarakat sekelilingnya serta negara. Islam menempatkan kerja atau amal sebagai kewajipan setiap manusia. Kerja bukan sekadar upaya mendapatkan rezeki yang halal untuk keperluan hidup, tetapi mengandung makna ibadah seorang hamba kepada Allah, menuju kejayaan di akhirat. Melainkan kerja sebagai etos dan semangat pengabdian kepada Allah, iaitu menjalankan perintahnya ; kerja adalah keyakinan seorang muslim bahawa kerja berhubungan dengan tujuan hidupnya iaitu memperoleh redha Allah. Islam adalah agama yang mengutamakan kerja iaitu berhubungan dengan tanggungjawab peribadi tanpa pelimpahan pahala dan dosa kepada orang lain. Islam secara tegas selalu menganjurkan seseorang untuk bekerja , tetapi kerja yang damaksudkan adalah kerja yang dibenarkan atau sesuai dengan akidah, etika dan moral sepertimana yang digariskan dalam AlQuran dan Al-Hadis.
2
Konsep Taubat dan Modifikasi
Konsep taubat adalah modifikasi yang mencetuskan pemikiran dan perasaan dalaman yang tertinggi. Konsep ini mampu mengubah ketidakupayaan pekerja serta memperbaiki kelakuan negatif pekerja. Langkah-langakah modifikasi pekerjaan yang disarankan oleh Islam adalah seperti mengetahui dan menyedari kesilapan, menginsaf dan merasa kesal yang bersungguh-sungguh di atas kesilapan yang dilakukan, meniggalkan kesilapan, memohon maaf kepada individu yang terlibat, memohon keampunan kepada Allah dan berdoa semoga dikurniakan petunjuk ke jalan yang benar dan menguatkan azam supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang (Md Zuki Hashim, 2007 : 73). Melakukan perubahan adalah µmedan¶ yang terbaik kepada pekerja untuk menonjolkan kebolehan dan kredibilitinya dalam sesuatu pekerjaan. Menangguhkan perubahan mengakibatkan kewibawaan pekerja dipertikai dan manjadi sindiran orang-orang lain. Hal ini jelas dalam saranan Allah dalam ayat 17 dan 18, surah al-Nisa al-Nisa (Md Zuki Hashim, Hashim, 2007 : 73). Melakukan kesilapan semasa semasa
menyelesaikan tugas-tugas yang yang diamanahkan adalah perkara yang yang biasa.
Sekiranya kesilapan itu dapat disedari, pekerja harus menghentikan segera tindakan yang sedang dijalankan supaya tidak bercanggah dengan peraturan atau prosedur kerja dalam sesebuah organisasi. Sekiranya tidak berbuat demikian, hal ini akan menyebabkan pekerja berada dalam situasi yang sukar dan sentiasa merasa bersalah secara berterusan. Selain itu, perkara ini akan membuang masa pekerja yang terlibat dan orang lain serta membazirkan banyak sumber sedangkan hasil kerja yang sedang dijalankan menyimpang daripada matlamat asal. Oleh itu, Melalui transformasi yang dicadangaan di atas pekerja
3
berupaya melakukan perubahan yang setara. Tiada lagi rutin biasa yang menjejaskan kredibiliti dan mengahasilkan impak yang berbeza dan dihormati oleh orang lain.
Mengurus Kerja dengan Prinsip.
Sesuatu kerja perlu diurus dengan prinsip kerja supaya kerja tersebut dapat dihasilkan dengan sempurna tanpa pembaziran masa dan juga untuk memenuhi matlamat kerja tersebut. Hal ini lebih sesuai ditujukan kepada seorang pengurus. Pengurus harus memastikan bahawa pekerja yang bekerja dalam sesebuah organisasi bekerja dengan penuh komitmen, menepati masa, mengikut peraturan dan menyiapkan kerja pada masa yang ditetapkan. Kebanyakan organisasi hanya 20% kakitangan sahaja sahaja yang bekerja bekerja bersungguh-sungguh bagi merealisasikan visi syarikat atau organisasi. Manakala 80% lagi akan hadir ke tempat kerja dan sekadar makan gaji dan memenuhi perjawatan dalam organisasi dan tidak produktif. Ramai pekerja yang tidak sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan bagi menghasilkan kerja berkualiti. Pengorbanan itu adalah adalah indikator komitmen terhadap terhadap kerja dan organisasi. Komitmen Komitmen menjadi asas perkitaran bagi menilai prestasi. Allah menerangkan isu ini beribu tahun yang lalu dalam ayat 66 surah al-Nisak (Md Zuki Hashim, 2007 : 83). Seorang pengurus harus tahu dan tidak mengalami kejutan budaya dan rasa kecewa. Oleh itu, adalah menjadi menjadi tanggungjawab pengurus mengelola sumber dan tugas dalam kalangan 80% pekerja berkenaan dengan kawalan yang lebih ketat dan berkesan. Gaya kepimpinan pengurus juga perlu bersifat boleh diubahsuai mengikut kumpulan sasaran yang berbeza. Pada masa yang sama pengurus juga perlu menjalankan tugas dengan berprinsip dengan tidak memilih yang
4
mudah tetapi memilih yang penting. Selain itu, memperuntukkan sejumlah masa untuk mengerjakan dan menumpukan perhatian bagi menyelesaikannya.
Mengagih k erja Bersama K uasa.
Seorang pengurus juga merupakan seorang pekerja atasan yang mempunyai kuasa dalam sesebuah syarikat atau organisasi perlu mengagihkan kerja secara adil kepada semua pekerja dengan menggunakan kuasanya. Pengurus harus mengagihkan kerja dengan perancangan yang teliti dan berwibawa dengan mengekalkan pengawalan yang berkesan. Oleh itu, pengagihan kerja dengan kuasa yang diperuntukan dapat mengahasilkan kerja dengan lebih yakin oleh pekerja tanpa sebarang gangguan daripada pihak atasan berbanding mereka yang tidak memperuntukan kuasa bagi menyelesaikan kerja. Hai ini dikatakan oleh Allah melalui ayat 75 surah al-Nahl (Md Zuki Hashim, 2007 : 90). Antara ciri-ciri pengagihan kerja termasuklah tidak menyerahkan tugas yang tidak disukai, mengagihkan tugas yang mencabar, memberi ganjaran, memberi peluang kepada orang bawahan membuat keputusan berkenaan tugas yang diagihkan dan mengamanahkan kerja daripada menyuruh. Pengurus perlu membina kekuatan benteng pertahanan diri yang kukuh bagi memikul amanah yang diberi. Pengurus juga harus mempunyai keyakinan akauntabiliti pada kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan tugas itu dan perlu dipikul sama ada semasa pengurus tersebut masih memegang amanah itu ataupun selepas dia meninggalkanya. Sekiranya pengagihan kerja atau deskripsi kerja yang disediakan oleh pengurus tidak jelas dan lengkap, hal ini akan menyebabkan orang bawahan akan seringkali menganggu
5
pengurus dengan bertanyakan apa yang harus dilakukan selepas menyelesaikan sesuatu kerja. Hal ini juga menggangu per jalanan semua kerja terutama yang saling berkaitan.
6
2.0
DEFINISI ETIK A
Berasal daripAda perkataan Greek iaitu 'ethos', Kamus Oxford mendefmisikan etika sebagai sekumpulan atau set prinsip-prinsip moral yang mempengaruhi kelakuan. Menurut Kamus Dewan, etika merujuk kepada prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu ataupun sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain). Sesetengah pihak pula melihat etika sebagai undang-undang atau peraturan, suatu kepercayaan keagamaan, kata hati individu, adat kebiasaan yang diterima umum, amalan yang bertepatan dengan kepentingan diri ataupun teori falsafah tentang kerasionalan sesuatu tingkahlaku moral.
Walau apapun takrifan yang diberi, semua pihak mengakui etika sebagai suatu teori umum, set nilai, standard moral, peraturan dan prinsip berhubung kelakuan individu dalam sesuatu kelompok sosial yang membolehkan mereka menentukansarna ada perkara yang dipercayai dan dipegang oleh sesebuah masyarakat itu sebagai sesuatu yang benar, patut diterima sebagai baik dan betul; ataupun salah,patut ditolak sebagai tidak baik dan tidak betul.
Pembentukan sesuatu etika perlu mengambilkira norma masyarakat dan nilai individu itu sendiri. Keperluan seseorang kepada etika didorong oleh nilai yang datang lebih awal yang berkeyakinan tentang betapa pentingnya batasan penentuan antara baik dan buruk. Pembentukan etika yang selari dengan norma masyarakat setempat juga memudahkan urusan pelaksanaannya secara lebih berkesan. Dengan demikian, suatu corak dan garis panduan tentang bagaimana manusia perlu berkelakuan dan berinteraksi sesama mereka dapat ditentukan dan diterimapakai oleh seluruh warga masyarakat.
7
Akhlak merupakan istilah yang paling tepat untuk digunakan dalam membincangkan peribal etika dalam Islam. Ini kerana di dalarnnya terkandung nilai-nilai Islam yang amat sesuai untuk diadaptasi ke dalam etika pengurusan dan diaplikasikan dalam organisasi. Dari segi bahasa, akhlak merujuk kepada budi pekerti, sifat, kelakuan, perangai, watak dan tabiat manusia. 10 Dari segi istilah pula, akhlak ( ethics of the soul) merujuk kepada sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, di mana perbuatan akan lahir daripadanya dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.
Falsafah tauhid yang menunjangi konsep akhlak memberi ukuran universal berhubung sistern nilai yang harus diikuti oleh umat manusia dalam hubungan mereka dengan Allah (~abi min Allilh), hubungan sesarna manusia (~abi min ai-nils) dan juga hubungan dengan alarn sekeliling. Berdasarkan ketiga-tiga hubungan ini, nilai-nilai ketuhanan dan kemanusiaan yang bersifat intrinsik (dalarnan) mahupunekstrinsik (luaran) seperti beriman, takwa, ihsan, berilmu, adil dan arnanah yang terkandung dalam akhlak Islam akan mendasari sesuatu etika bagi menjalani kehidupan seharian dengan lebih bermakna.
8
3.0
DEFINISI K ERJA
Kerja merupakan salah satu aktiviti dalam kehidupan manusia. Setiap individu mempunyai anggapan yang tersendiri tentang pekerjaan dan keperluannya untuk bekerja. Ada yang bekerja untuk menambah harta dan kekayaan,mendapat pengiktirafan dan kemuliaan. Ada juga individu yang bekerja untuk memperoleh rezeki halal yang dilakukan dengan keikhlasan semata-mata mencari keredaan Tuhan. Umumnya setiap individu itu bekerja untuk menyara diri dan kehidupan. Amalan pekerjaan menurut ajaran islam merupakan satu usaha yang murni dan mulia kerana ia bertujuan untuk menampung kehidupan dengan cara yang dibenarkan oleh syarak untuk memperolehi rezeki yang halal. Agama islam menganjurkan agar umatnya bekerja kerana orang yang bekerja adalah lebih mulia di sisi Allah S.W.T. berbanding dengan orang yang meminta-minta. Faktor motivasi untuk bekerja mempunyai hubungan yang kuat dengan ajaran islam. Bagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud: ³......dan carilah apa yang telah dianugerahkan oleh Allah S .W.T. kepadamu akan negeri akhirat dan janganlah kamu lupa bahagianmu di dunia ini dan berbuat baiklah sebagaimana Allah S .W.T. berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi ini. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.´ (Al-Qasas:77) Daripada kedua-dua ayat dan hadis berkenaan,jelaslah bahawa dorongan yang kuat untuk bekerja adalah bersumberkan kepada ajaran islam yang pada asasnya menuntut umatnya untuk bekerja bukan sahaja bagi mendapatkan kepuasan di dunia tetapi kepuasan di akhirat. Maksud
9
ayat Al-quran dan hadis di atas sepatutnya mencetuskan semangat dan melakukan kerja secara jujur dan berpuas hati dengan kerja sememangnya menjadi asas kehidupan muslim. Satu gambaran yang sudah sinonim dalam ajaran islam adalah berkaitan urusan tugas dan pekerjaan adalah pencapaian tahap prestasi kerja yang cemerlang. Islam telah menetapkan sejak awal lagi bahawa apa jua urusan dan tugasan yang dilakukan wajarlah secermerlang yang mungkin. Bagi mencapai hasrat ini,islam mempunyai kod etika dan indeks prestasinya yang tersendiri yang didahului oleh keimanan,ketakwaan,dan berusaha untuk memenuhi keredaan ilahi. Tugas yang dipikul pula merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan dengan penuh kejujuran dan keikhlasan. Di samping itu juga,islam menganjurkan supaya umatnya sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi kerja mereka dan percaya bahawa islam untuk menuntut dan menyukai setiap amalan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh. Mereka juga tidak akan lupa dengan ajaran islam yang menyatakan bahawa setiap amalan yang dilakukan akan dihitung dan diberi balasan dan ganjaran yang setimpal. Islam amat mengalu-alukan usaha ke arah kecermelangan prestasi di kalangan umatnya. Ini amat bertepatan dengan sabda Rasulullah yang bermaksud: ³Allah S .W.T. amat menyukai apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan,ia melakukannya dengan penuh ketekunan memperbaiki dan mempertingkatkannya´ (Hadis riwayat Al-Baihaqi) Pihak kerajaan juga mempunyai peranan dalam membentuk nilai-nilai,dasar dan etika kerja di negara ini. Misalnya di dalam Dasar Islam Hadhari,mantan Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (2004) turut melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 23 April 2004 sebagai satu usaha untuk memberi hala tuju bagi semua masyarakat supaya mereka 10
bekerjasama serta mengambil bahagian secara langsung dalam usaha memantapkan nilai etika dan integriti. Pelan ini menetapkan lima sasaran untuk di capai iaitu: 1. Mengurangkan gejala rasuah,penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan. 2. Meningkatkan kecekapan dalam sistem perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi. 3. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan. 4. Memantapakan institusi keluarga 5. Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat Memandangkan etika menjadi semakin penting dalam setiap aktiviyi pekerjaan,Badan Perundingan Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri telah menyediakan Panduan Etika Kerja Dalam Islam (1987) yang diedarkan kepada semua kakitangan awam dan swasta dalam usaha untuk mewujudkan pentadbiran dan pengurusan yang lebih cekap dan berkesan. Etika kerja islam yang telah di persetujui adalah seperti berikut: 1. Bekerja dengan azam untuk mengabdikan dori kepada Allah 2. Bekerja dengan ikhlas dan amanah 3. Bekerja dengan tekun dan cekap 4. Bekerja dengan semangat got ong royong dan berpadu fikiran 5. Bekerja dengan bermatlamat kebahgiaan manusia sejagat. Nilai-nilai dan etika kerja islam yang mulia boleh menyumbang ke arah peningkatan produktif dan ofisiensi dalam sebuah organisasi masyarakat. Nilai-nilai tertentu yang di pegang oleh seseorang membentuk sikap mereka terhadap sesuatu. Memandangkan etika bertitik tolak
11
daripada ajaran agama tentang nilai-nilai murni bagimembentuk perilaku manusia,maka cabaran yang paling utama ialah memastikan nilai-nilai beretika ini diamalkan.
4.0
DEFINISI ISLAM
Menurut etimologi, Islam berasal dari bahasa Arab, terambil dari asal kata ³salima´ yang berarti selamat sentosa. Dari asal kita itu dibentuk kata ³aslama´, ya¶ni: muta¶addi dengan Hamzah, yang artinya ³memeliharakan dalam keadaan selamat sentosa´, dan berarti juga ³menyerahkan diri, tunduk, patuh dan tha¶at kepada Allah´.Kata ³aslama´ itulah menjadi pokok kata Islam, mengandung segala arti yang terkandung dalam arti pokoknya. Oleh kerana itu, orang yang melakukan ³aslama´ atau memeluk Islam sebagai agamanya disebut sebagai muslim. Berarti orang itu menyatakan dirinya tha¶at, menyerahkan diri secara total, dan patuh kepada Allah SWT. Agama Islam adalah peraturan Allah SWT yang harus dipatuhi oleh manusia. Kerana agama Islam-lah satu-satunya agama yang diakui oleh Allah sendiri. Mengenai hal itu , ada beberapa segi, sebagai berikut : ISLAM ADALAH AGAMA YANG DI A K UI OLEH ALLAH SWT
AYAT-AYAT : ³sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam´. (Surah Ali Imran : 19)
12
³P ada hari ini kesempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu ni¶matKu, dan telah Ku-ridloi Islam itu menjadi agamamu¶ . (Surah Al Maa-idah : 2) ³Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima ( agama itu) dari padanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi´. (Surah Ali Imran : 85)
Adapun Islam agama sepanjang sejarah manusia, Agama dari seluruh Nabi dan Rasul yang pernah muncul di dunia dengan membawa missi dari Allah SWT membimbing dan mengarahkan manusia ke jalan yang lurus. 1. Agama Nabi Ibrahim, nabi Ismail, Nabi Ishaq, Nabi Ya¶qub µAlaihimus salam : Dalam hal ini, Al-Quran menyatakan sebagai berikut : ³Dan Ibrahim telah mewasiatkan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya¶kub. ( Ibrahim berkata) : ³H ai anak-anakku ! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam¶ . Adakah kamu hadir ketika Ya¶kub kedatangan ( tanda-tanda) mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya : ³Apa yang akan kamu sembah sepeninggalanku?´ Mereka menjawab : kami akan menyembah T uhanmu dan T uhan nenek moyang mu, Ibrahim, Ismail, dan Ishaq, ( yaitu) T uhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepadaNya´. (Surah Al-Baqarah : 132-133)
13
³Ya T uhan kami, jadikanlah kami berdua ( Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail) orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan ( jadikanlah) diantara anak cucu kami ummat yang tunduk patuh kepada Engkau´. (Surah Al-Baqarah : 128) ³Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untukmu dalam agama suatu kesempitan. ( Ikutilah) agama orang tuamu, Ibrahim. Dia ( Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang yang muslim dahulu´. (Surah Al-Hajj : 78) 2. Pengakuan Nabi Yusuf a.s. dalam doa¶nya : ³Ya T uhanku. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepada sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta¶bir mimpi. ( Ya T uhan), P encipta langit dan bumi. Engkau P elindungku di dunia dan akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan muslim dan gabungkanlah aku denganorang-orang yang shalih´. (Surah Yusuf : 101) 3. Agama Nabi Sulaiman a.s. : ³Berkata ia (Bulkis) : µ Ha i pembesar-pembesar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepadaku sebuah surat yang mulia. Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya ( isi)nya : ³Dengan menyebut nama Allah Yang Maha P emurah lagi Maha P enyayang . Janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri ( muslimin)´.
14
(Surah Al-Naml : 29-30-31)
4.
Agama Bulkis seorang ratu negeri Saba¶ :
³Dan ketika Bulkis datang, ditanyakanlah kepadanya ³Serupa inikah singgasanamu?´. Dia menjawab : seakan-akan singgasana ini singgasana, kami telah di beri pengetahuan sebelumnya ) dan kami adalah orang-orang yang berserah diri ( muslimin)´. (Surah An-Aml : 42)
ORANG YANG DIBERI PETUNJU K OLEH ALLAH, DADANYA DILAPANG K AN UNTUK MEMELUK AGAMA ISLAM.
1.
³Maka barangsiapa yang dikehendaki Allah untuk diberi-Nya petunjuk, dilapangkanNya dadanya untuk agama Islam´. (Surah Al An¶aam : 125)
2.
³Barangsiapa yang dilapangkan dadanya oleh Allah untuk memeluk agama Islam, maka dia telahmemperoleh cahaya dari T uhannya´. (Surah Az Zumar : 22)
15
5.0
K ONSEP ETIK A K ERJA ISLAM
Menurut Ahmad (1976) ,etika kerja islam adalah satu orientasi untuk memajukan sesuatu pekerjaan. Ia turut mempengaruhi nilai kerja seseorang dan keperluan untuk meningkatkan keseimbangan antara individu dan sosial. Manakala Ali (1992) pula, etika kerja islam sangat memberi penekanan kepada aspek sosial yang lebih baik di tempat kerja berbanding etika kerja proteston. Beliau mendapati etika kerja islam mengutamakan nilai-nilai murni seperti kehormatan manusia, mementingkan ketaatan dan ketekunan bekerja. Etika kerja islam adalah berorientasikan kerja terutama bekerjasama dan musyawarah dalam menghadapi sebarang rintangan dan masalah. Kerja bersungguh-sungguh dilihat sebagai nilai murni dan mereka yang bekerja bersungguh-sungguh akan lebih berjaya dalam kehidupan. Abeng (1997) menyatakan konsep etika kerja islam merupakan salah satu cara untuk meningkatkan prestasi kerja di dalam kalangan umat islam. Al-Quran juga menyebut tentang kejujuran dan keadilan dalam pekerjaan untuk membangunkan masyarakat dan melarang wujudnya sifat malas dan membanzir masa untuk menghasilkan pengeluaran yang produktif. Etika kerja islam menegah daripadasifat meminta-minta dan mengambil kesempatan memeras keringat. Menurut Shukri dan Razali (2001) etika kerja islam merujuk kepada satu set nilai atau sistem kepercayaan yang dititipkan daripada Al-Quran dan As-sunnah mengenai kerja. Etika kerja islam menurut hubungan secara µmulti-dimentional¶ dengan pelbagai aspek kehidupan termasuklah aspek sosial, politik, ekonomi, dasar, dan hubungan etika kerja menurut islam 16
adalah melakukan kerja bukan sekadar digalakkan bahkan suatu kemestian dan diwajibkan ke atas semua orang islam. Menurut Mahmood Zuhdi (2005), etika kerja islam merujuk kepada segala prinsip akhlak atau moral yang mempengaruhi tindak tanduk seseorang atau kumpulan dalam melakukan tugas. Nik Mustafa (2005) menyatakan etika kerja islam merujuk kepada sistem akhlak yang telah ditentukan oleh Allah SWT
menanganggap tugas dan pekerjaan sebagai amanah dan
tanggungjawab kepada Allah SWT, meningkatkan kebajikan kepada diri dan masyarakat dan menjalankan tugas secara adil dan bekerjasama. Sharifah Hayaati (2005) menyatakan bahawa etika kerja islam merujuk kepada pekerjaan yang dijalankan secara berakhlak, memenuhi piawaian Al-Quran dan as-sunnah serta keperluan dan kepentingan masyarakat yang tidak bertentangan degan piawai hokum syara¶. Yousef (2001) menyatakan bahawa konsep etika islam mempunyai asal-usul dalam AlQuran iaitu kata-kata dan amalan junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang mengajar bahawa kerja berat menyebabkan dosa-dosa terangkat dan tidak ada seorang pun memakan makanan lebih baik daripada apa yang dikerjakan dengan tangan sendiri. Beliau juga menyatakan bahawa Al-Quran sentiasa menyebut tentang krjujuran dan keadilan dalam perniagaan dan menyeru pembahagian harta yang adil dan saksama dalam masyarakat. Ayat-ayat Al-Quran juga menggalakkan umat manusia mendapatkan kemahiran dan teknologi serta menyanjung tinggi mereka yang berusaha untuk menyara kehidupan. Etika kerja islam juga memandang dedikasi
terhadap kerja sebagai satu nilai murni dan usaha bersungguh-sungguh
dalam kerja yang dilakukan adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap individu yang berkemampuan. 17
Menurut pandangan Ibn Miskawayh (1986) meletakkan pembentukan nilai pembentukan etika atau akhlak adalah berpaksikan kepada empat sifat yang utama iaitu harga diri atau maruah (al-iffah), kebijaksanaan (al-hikmah), keadilan (al-aldaalah) dan keberanian (al-syajaa¶ah). AlGhazali (1990) dan Mohd Nasir Omar (2005)memperakui bahawa sifat-sifat tersebut mampu merangsang kepada seseorang untuk melakukan tindakan yang baik dan beretika seterusnya menjadi pemangkin kepada sifat-sifat murni yang lain kearah pembentukan akhlak atau etika yang sempurna. Manakala Muhammad Haji Abdul Rauf (1987) telah menyenaraikan nilai-nilai yang baik seperti seimbang, tekun, menghargai masa, amanah, benar, sentiasa berasa cukup (qanah), ikhlas, disiplin, taqwa, muhasabah diri, dan syura sebagai etika kerja yang perlu dihayati oleh segenap kakitangan dalam organisasi. Menurut Rice (1999), Islam mengandungi sistem etikanya yang tersendiri dalam membentuk panduan untuk menguruskan perniagaan dan juga pekerjaan. Panduan ini secara hubungkait mempunyai kemuliaan dari segi konsep kesatuan, keadilan dan kepercayaan.
Menurut Abdul Rauf (1987), etika kerja yang perlu dipraktiskan bagi mewujudkan sistem pengurusan Islam yang kukuh adalah seperti berikut:
1. Etika kerja untuk semua peringkat
a) Objektif jangka panjang di dunia ini hendaklah dihubungkaitkan dengan objektif jangka panjang yang sebenarnya iaitu beribadah kepada Allah SWT dan memohon keredaanNya. 18
b) Nilai-nilai agama dan moral hendaklah diambil kira semasa bekerja.
c) Masa mestilah digunakan dengan sebaik-baiknya dan bukan untuk disia-siakan.
d) Nilai-nilai luhur dalam etika Islam seperti amanah, dedikasi, disiplin, kejujuran, menahan diri dan ketakwaan hendaklah diamalkan. . e) Sikap menilai diri sendiri mestilah sentiasa diamalkan supaya kesalahan atau kesilapan tidak dilakukan dengan berulang kali.
2. Etika kerja yang lebih relevan kepada pucuk pimpinan dalam pentadbiran.
a) Tidak harus ada pilih kasih atau diskriminasi dalam sistem pentadbiran.
b) Keperluan dan keadaan manusia hendaklah dipertimbangkan dalam memberi sesuatu tugas dan layanan kepada pekerja.
c) Gaji yang adil hendaklah dibayar dengan cepat.
d) Perlu ada ganjaran yang berpatutan untuk pencapaian yang cemerlang dan langkahlangkah yang cukup untuk mengesan dan mengelakkan pelanggaran peraturan.
19
e) Musyawarah dan kerjasama seharusnya diamalkan dengan sepenuhnya. Nor¶Azzah Kamri (2008), kod etika Islam didefinisikan sebagai etika Islam yang dibentuk secara rasmi dan bertulis dan disusun secara sistematik dalam bentuk kod oleh organisasi atau pertubuhan tertentu bagi memudahkan pengamalan etika Islam dalam kalangan ahli-ahlinya. Pembentukan kod etika Islam ini mestilah menepati elemen-elemen asas akhlak Islam agar matlamatnya yang sebenar dapat dicapai. Selain itu Ahmad Janan Asifudin(2004), etika kerja dalam perspektif Islam diartikan sebagai pancaran dari akidahyang bersumber pada sistem keimanan Islam, yakni sebagai sikap hidup yang mendasar berkenaan dengan kerja sehingga dapat dibangun paradigma etos kerja Islami. Menurut Said Mahmud (1995) Pada hakikatnya etika kerja Islami merupakan pancaran dari nilai yang ikut membentuk corak khusus karakteristik etos kerja islami. Sebahagian dari akhlak tentunnya harus dikembangkan pada dua sayap, yakni sayap hubungan manusia dengan Allah yang maha pencipta ( mu¶amalah ma¶al khaliq) dan sayap hubungan antara manusia dengan makhluk ( mu¶amalah ma¶al khalq). Pada sayap pertama dikembangkan etika tauhid dan penghormatan yang banyak bagi Allah dalam kerja. Jadi segala bentuk perilaku syirk, perbuatan dan perkataan yang secara langsung atau tidak langsung merendahkan atau menghujat Allah dapat dikategorikan tidak sejalan dengan etika kerja Islami. Di sini hendaknya ditekankan pada sikap ikhlas dalam menghadapi takdir. Sedangkan pada sayap yang kedua mesti dikembangkan sikap-sikap profesional dan perilaku yang bertolak dari semangat ketaatan pada norma-norma Ilahi berkaitan dengan kerja.
20
Nasr (1984), Konsep etika kerja Islam adalah suatu pendekatan yang terbentuk daripada kesan penyertaan dan penglibatan kepercayaan
di tempat kerja. Ini menyifatkan pekerjaan
merupakan kebajikan dalam keperluan seseorang, dan ia merupakan keperluan untuk membina keseimbangan dalam kehidupan seseorang individu dan sosial. Yousef Darwish (2000) yang menjalankan kajian di kalangan 700 orang pekerja di lima buah organisasi pengeluaran dan empat buah organisasi perkhidmatan mendapati etika kerja islam mempunyai hubungan yang signifikan dengan kawalan lokus. Selain itu hasil kajian juga menunjukkan etika kerja islam menjadi pembolehubah penyederhana antara kawalan locus dengan peranan ambiguity. Namun begitu, etika kerja islam tidak menjadi penghubung di antara kawalan locus dan peranan konflik. Razali Mat Zin (1988) mengatakan bahawa pekerjaan merupakan sesuatu yang dituntut dan amat digalakkan serta diberi pula ganjaran pahala apabila menunaikannya dengan sempurna. Nilai kerja Islam ini jelas diperlihat di dalam al-Quran yang bermaksud ³Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan yang baik dan akan kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang pernah mereka kerjakan´ (Surah Al Nahl: 97). Berdasarkan ayat di atas, bekerja bukan sahaja merupakan sumber pendapatan diri, keluarga dan masyarakat, malah ia juga sebagai ibadah sekiranya rukun Islam seperti solat tidak ditinggalkan. Sesungguhnya Allah S.A.W amat mencintai orang yang bekerja dengan bersungguh-sungguh. Hassan Ahmad (1992). Para pekerja beragama Islam perlu menganggap kerja yang dilakukan itu sebagai ibadah kepada Allah S.W.T, mengingatkan dosa dan pahala dan tanggungjawab moral kepada manusia (rakyat dan pengguna). Disamping itu, para pekerja diseur
21
agar jangan bekerja semata-mata untuk makan gaji tetapi mereka juga dikehendaki supaya bersopan-santun terhadap pelanggan atau o rang ramai. Abd. Rahim (1984) pula menghujahkan bahawa setiap individu perlu bekerja kerana ia merupakan satu proses menjalani kehidupan. Matlamat mereka adalah berbeza-beza, ada yang bekerja untuk mendapatkan wang bagi memenuhi keperluan diri dan keluarga. Sementara itu, sebahagian lain meletak pekerjaan sebagai ibadah yang dituntut. Walaupun demikian, apa yang harus dipentingkan ialah aspek agama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Kitab suci
al-
Quran , mengatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab orang Islam untuk melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi. Orang Islam diminta bekerja kuat, malah digalakkan untuk meghasilkan pengeluaran yang melebihi keperluan mereka supaya dapat mengeluarkan zakat. Bagi Islam pekerjaan bukanlah hukum Allah terhadap manusia tetapi pekerjaan adalah kaedah untuk memajukan bumi untuk kepentingan manusia. Di atas asas inilah nilai dan etika kerja harus dibentuk dan diamalkan di Negara Islam.
22
6.0
MATLAMAT ETIK A K ERJA ISLAM
Meningkatkan ³Accountability´.
Peningkatan rasa tanggungjawab dan accountability terhadap perlaksanaan tugas dengan cemerlang perlu diusahakan dengan berbagai-bagai angkubah pengurusan dan program meningkatkan mutu kerja. Para pekerja perlu tahu faham bahawa cita-cita merealisasi Negara dan masayarakat islam yang sejahtera adalah suatu kewajiban syara¶ atau agama. Ia tidak boleh disia-siakan kerana komitmen lain yang jauh lebih rendah statusnya dari komitmen kepada agama islam atau Allah. Ia tidak boleh dijual dengan kesenangan duniawi yang sebenar dan fana. Ia tidk boleh ditumpaskan dengan kehendak manusia kafir yang tidak beriman. Islam bukan agama darwism yang memisahkan dirinya dari reality sosial, politik, ekonomi dan lain-lain. Islam ialah agama yang mempunyai keprihatinan yang menyeluruh. Usaha merealisasikan citacita ini adalah kewajiban setiap umt islam dan suatu jihad amalan soleh.
Meningkatkan Tahap Kecemerlangan.
mengenai tahap kecemerlangan pula adalah suatu yang agak relatif. Akan tetapi terdapat suatu piawai tertentu di mana kepuasan pekerja bertemu dengan kepuasan majikan, kepuasan pelanggan dan rakan sekerja yang dikira salah satu ukuran kualiti kecemerlangan tugas atau khidmat. Para petugas, pekerja dan pegawai muslim mesti berusaha meraihnya secara bersungguh-sungguh. Kecemerlangan ada hubungannya dengan khidmat yang berkualiti dan memuaskan. Dalam kontek khidmat di jabatan kerajaan pengertiannya mempunyai berbagai
23
maksud. Secara ringkas ia mencakup, servis yang cekap dan pantas, maklumat yang tepat dan jitu, interaksi yang mudah, layanan yang mesra, suasana yang bersih, indah dan menyegarkan. Dalam kontek barangan, produk yang berkualiti ialah barangan yang boleh dianggap baik dari sudut prestasi, bentuk, kebolehpercayaan, mematuhi spesifikasi, tahan lama, indah, mempunyai khidmat susulan yang mudah, reputasi dan lain-lain.
Menambahkan Taraf Integriti.
Integriti bermakna wujudnya talahum, talahum, kesepakatan atau muafakat yang tinggi dan berkesan dalam kumpuan untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan. Penekanan hal ini bermakna semangat kerjasama serta persefahaman ditingkatkan, disamping mengurangkan perkara-perkara yang boleh mencetuskan sengketa yang tidak perlu dengan rakan sekerja dan orang bawahan. Kerjasama boleh diwujudkan dalam berbagai tahap dan proses pekerjaan. Kerjasama yang erat boleh dirintis untuk mendapatkan idea-idea baru serta cadangan-cadangan yang bijak, membuat pekerjaan yang sukar, menyelesaikan masalah yang rumit, memajukan diri dan jabatan, memajukan organisasi, menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat dan Negara. Kerjasama dalam bentuk perlaksanaan kerja secara berpasukan boleh menghasilkan berbagai-bagai kejutan. Sema factor yang terlibat dalam pekerjaan akan menjadi lebih produktif. Semua proses akan menjadi lebih berkesan. Kualiti boleh dijaga dan ditingkatkan. Malah pembaziran dapat dielakkan.
24
Peningkatan Prof esionalisme
Para pekerja perlu sentisa meningkatkan mutu profesionalisme mereka dengan mengikuti berbagai bentuk kursus dalam perkhidmatan, sama ada kursus anjuran agensi separuh kerajaan atau swasta. Terutama dalam bidang-bidang yang ada hubungkaitnya dengan bidang tugas mereka. Dengan cara ini mutu kemanusiaan dan kemahiran teknologi mereka akan meningkat. Cara ini akan memantpkan lagi jentera perkhidmatan tersebut. Oleh kerana setiap pekerja memang merupakan pemimpin dalam pringkat-peringkat yang tertentu maka mereka perlu mrealisasi bakat pemimpin islam yang hakiki seperti yang dituntut oleh islam. Mereka perlu menjadi pemimpin islam yang bertaqwa dan soleh. Mereka perlu meningkatkan amalan-amalan harian, sama ada yang wajib dan yang sunat. Mereka perlu menunjukkan contoh dan teladan bagi orang lain. Pekerja perlu mengelakkan diri dari menjadi pemimpin tirani dan palsu. Iaitu pemimpin yang tidak membawa pengikut dan masyarakat mentaati Allah. Sebaliknya melakukan penentangan terhadap Allah, undang-undang islam dan cara hidup islam. Mereka membawa ummah kepada kebinasaaan. Kehadiran pekerja palsu dalam organisasi dicirkan seperti peekanan yang berlebihan kepada sitem birokrasi, meletakkan status seseorang dan kebenaran bergantung sepenuhnya kepada kedudukannya dalam organisasi, lebih berminat kepada unsure-unsur negative daripada positif, tidak komited kepada keadilan, tidak menggalakkan kreativiti dan pemikiran dan tidak berani menegakkan keadilan tetapi terlalu keras melaksanakan perintah atau arahan walaupun tidak baik dan menyeleweng.
25
Pengukuhan Motivasi.
Pengukuhan motivasi serta berkhidmat dengan lebih berdedikasi hendaklah merupakan salah satu agenda yang sering dibincangkan, diamalkan tuntutannya serta diperkembangkan dalam setiap peringkat jabatan atau organisasi. Perlaksanaan pekerjaan kerana dorongan factor akidah, idealisme perjuangan dan demi mendapat kerelaan Allah hendaklah menjadi amalan dan budaya kerja agensi dan jabatan-jabatn kerajaan dari masa ke semasa.
26
7.0
CIRI-CIRI ETIK A K ERJA ISLAM
Dalam Islam, nilai hidup terbahagi kepada tiga. Pertamanya akidah, iaitu yang menyangkuti pegangan hidup. Keduanya Syariah, iaitu yang menyangkuti sistem hidup. Ketiganya akhlak, iaitu yang menyangkuti moral hidup. Pembahagian ini terpakai dalam berbagai aspek hidup, termasuk dalam soal pekerjaan. Khusus berkait dengan pekerjaan, akidah menyangkuti konsep tentang kerja berkenaan. Syariah menyangkuti system yang dipilih bagi melaksanakan kerja itu. Akhlak pula menyangkuti sikap dalam melaksanakan kerja berkenaan.
Islam melihat etika kerja islam sebagai set nilai-nilai islam yang difomulasikan dalam suatu kod khusus sebagai garis panduan kepada setiap ahli organisasi dalam memutuskan sesuatu tindakan dan kelakuan itu bermoral, diterima oleh organisasi, di senangi oleh masyarakat dan yang lebih penting adalah ianya tidak melanggar ketentuan syarak. Nilai-nilai yang terkandung di dalamnya perlulah sentiasa mengingatkan diri pekerja akan tanggungjawab mereka terhadap Allah, menepati semangat tauhid dan sifat semulajadi manusia. Dengan demikian, segala bentuk permasalahan yang timbul dapat ditangani dengan suatu pendekatan yang lebih baik, bolistik dan efektif ke arah pencapaian matlamat hakiki. Kod etika yang berkesan juga haruslah mengambil pendekatan yang seimbang, tidak terlalu terikat dan sempit skopnya. Ia memberi ruang kepada penggunaan hikmah dan kebijaksanaan individu dengan dibatasi oleh iman di dalam diri. Untuk itu, etika dalam islam didasari oleh dua sumber utama iaitu dalil Naqli¶ dan dalil Aqli¶.
27
Dalil Naqli
Firman Allah bermaksud: ³wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ³Uli al-Anir´(orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (sunnah) Rasulnya: jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahan´. Surah an-Nisa,(4):59. Bertepatan dengan penurunan al-Quran yang tidak terbatas kepada sesetengah kelompok manusia, tempat dan jangka masa tertentu, maka al-Quran memainkan peranan yang cukup signifikan. Selain daripada memberi peringatan, nasihat dan penjelasan, al-Quran turut merupakan sumber yang berautoriti dalam menentukan buruk-baik sesuatu perkara serta berperanan sebagai petunjuk dalam membezakan antara yang betul (haq) dan yang salah (batil). Di samping itu, segala perbuatan percakapan dan apa sahaja yang terbit daripada Rasulullah merupakan sumber rujukan kedua bagi manusia. Ini kerana segala sesuatu yang di lakukan oleh Rasulullah adalah berdasarkan wahyu Allah, bukan menurut kemahuan nafsu baginda. Ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith berhubung akhlak dalam islam disentuh dengan pelbagai cara dan pendekatan untuk di jadikan sebagai garis panduan kepada umat manusia bagi mendepani segala permasalahan yang timbul dari segenap aspek kehidupan. Ada di antara nilai-nilai yang dituntut untuk dipraktikkan dalam etika islam dinyatakan dalam bentuk suruhan serta ganjaran yang akan diperolehi daripadanya, dan ada pula yang berbentuk larangan agar menjauhi sesuatu nilai yang mendatangkan impak negatif kepada diri sendiri, masyarakat mahupun alam sekitar.
28
Dalil Aqli
Meskipun islam menggangap wahyu sebagai sumber yang paling berautoriti, namun peranan akal, naluri dan pengalaman manusia turut diakui sebagai pembantu kepada wahyu. Menyedari akan kepentingan akal kepada manusia, maka ia diiktiraf sebagai salah satu sumber akhlak kerana fitrah semulajadi akal ialah memandu kepada kebenaran serta kebaikan. Banyak sekali ayat al-Quran menerangkan peribadi kedudukan akal serta kelebihan mempergunakan akal dan sentiasa berfikir. Begitu juga dengan naluri dan pengalaman individu yang mampu menjadi panduan dan pedoman dalam menentukan sesuatu itu baik ataupun tidak. Sunggupun demikian, nilai-nilai yang lahir daripada akal, pertimbangan naluri dan penilaian pengalaman adalah bersifat sementara dan relatif iaitu sering berubah-ubah mengikut kesesuaian dan keperluan semasa, lantaran keupayaan manusia yang terhad. Justeru, islam melihat peranan akal, bisikan kalbu serta pengalaman silam dalam skop yang terhad dimana ketiga-tiganya hanya boleh diterima pakai seadanya setelah dipastikan keselariannya dengan sumber-sumber yang lebih berautoriti. Kedua-dua sumber tersebut iaitu dalil Naqli dan dalil Aqli, sewajarnya di ambil kira dalam memformulasikan sesuatu set etika kerja islam. Sumber keutuhan (naqli) yang bersifat mutlak akan menghasilkan nilai-nilai universal, tetap, pasti dan sempurna. Manakalaa sumber kemanusiaan (aqli) yang bersifat terbatas pula akan menghasilkan nilai-nilai relatif mengikut peredaran masa. Asimilasi antara nilai-nilai universal dan nilai-nilai relatif ini seterusnya akan mewujudkan sesuatu kesepaduan dan kejituan dalam menilai dan menentukan sama ada sesuatu perkara itu betul atau salah dalam erti kata sebenar. Rentetan daripada pengaplikasikan sumber-
29
sumber di atas, beberapa prinsip perlu dijadikan tonggak dalam pembentukan dan pembudayaan kod etika kerja islam. Antaranya ialah:
Berk erja dengan azam mengabdikan diri k epada Allah.
Firman Allah yang bermaksud: ³wahai sekalian manusia! Sembahlah T uhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa´. (surah Al-Baqarah, ayat 21). Firman yang pertama menerangkan dengan menyedari dan menghayati bahawa manusia adalah hamba Allah, maka sewajarnya setiap manusia mengabdikan dirinya kepada Allah, dengan mengikuti segala suruhan-NYA dan menjauhi segala larangan-NYA. Firman Allah yang bermaksud: ³wahai orang-orang yang berilmu, taatlah kamu kepada Allah dan taalah kamu kepada Rasul dan kepada orang berkuasa dari kalangan kamu´. (Surah An-Nisa,ayat 59) Firman kedua menyuruh kita taat bukan sahaja kepada Allah tetapi juga kepada Rasulullah dan kerajaan kerana kerajaan itulah yang di maksudkan dengan ³orang yang berkusa dari kalangan kamu´. Bagi mentaati Allah dan Rasulullah, maka setiap manusia hendaklah mempunyai kerja yang halal. Bagi mentaati kerajaan pula, setiap pekerja awam hendaklah menjalankan tugasnya dengan sepenuh kesedaran bahawa jawatan itu adalah amanah Allah kepadanya. Sekiranya ia tidak menunaikan tugasnya dengan sebaik-baiknya, maka bererti pekerja tersebut telah pecah amanah kepada Allah. Sanggupkah kita yang mengakui bahawa kita ini hamba Allah, melakukan pecah amanah kepada Allah?
30
Rasulullah bersabda yang bermaksud: ³orang yang mencari penghidupan itu adalah kawan tuhan´ . (Riwayat Al-Bukhori). Sabda Rasulullah menyuruh ini kita memahami maksud hadis ini dan menyedari bahawa berkerja itu bererti beribadat, maka sewajarnya bagi setiap pekerja berusaha menunaikan tugasnya dengan sebaik-baik demi kebahagian hidup di dunia dan di akhirat kelak. Bek erja dengan ikhlas dan amanah
Bekerja dengan ikhlas bererti bekerja dengan sepenuh kerelaan dan dengan suci hati untuk mencari keredaan Allah. Setiap pekerja harus meyedari bahawa jawatan yang dipegangnya adalah hasil permohonannya sendiri dan bukanlah ia dipaksa memenuhi jawatan tersebut. Maka dengan sendirinya, wajarlah seseorang pekerja itu menjalankan tugasnya dengan sepenuh kerelaan apalagi dengan kesedaran bahawa kerja yang di laksanaakan olehnya itu adalah suatu amal soleh dalam usahanya mengabdikan diri kepada penciptanya di samping berusaha untuk menyara diri dan keluarganya yang dikasihi dan berkhidmat unntuk masyarakat. Firman Allah yang bermaksud: ³Negara yang makmur serta mendapat keampunan T uhan´ (Surah Saba¶,ayat 15) Firman pertama menerangkan insan mestilah bersyukur kepada Allah kepada rahmat-Nya kepada kita yang tidak terhitung banyaknya dan satu daripadanya ialah jawatan yang kita sandang ini. Kesyukuran ini seharusnya memuncak lagi sekiranya kita menginsafi bahawa banyak lagi manusia lain yang masih menggangur dan tidak dapat menyara keluarganya dengan sewajarnya. Kita juga hendaklah bersyukur kerana dengan jawatan atau kerja kita ini, kita dapat mengikut dan menyumbang kan tenaga di dalam usaha membangunkan Negara kita yang
31
tercinta. Moga tercapailah cita-cita suci kita untuk membangunkan suatu Negara yang di redhai Allah. Rasulullah bersabda yang bermaksud: ³sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia´. (Riwayat Al-Quda¶i) Sekiranya kita dapat menghayati dan mensyukuri segala rahmat Allah itu, insyaAllah kita akan dapat menunaikan tugas kita dengan ikhlas. Firman Allah yang bermaksud: ³sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya´. (Surah An-Nisa,ayat 58) Di dalam pendahuluan rencana ini, telah dinyatakan bahawa sesuatu kerja atau jawatan itu adalah amanah Allah kepada kita. Maka dengan kesedaran bahawa kita ini adalah hamba Allah yang di jadikan-NYA, sewajarnya kita menunaikan amanah tersebut dengan sedaya-upaya . Allah berfirman yang bermaksud: ³wahai orang yang beriman, sempurnakanlah janjimu´. (Surah Al-Maidah,ayat 1) Hadis Rasulullah juga menegaskan yang bermaksud: ³barangsiapa menipu, bukanlah ia dari golongan kami´. (Riwayat muslim). Selain daripada itu, kita semua menyedari bahawa sesuatu kerja
atau jawatan adalah
sesuatu hasil daripada perjanjian yang dipersetujui bersama di antara pekerja dengan majikan. Pekerja berjanji akan menunaikan tugasnya dan majikan pula berjanji akan membayar gaji yang tertentu setiap bulan. Oleh demikian, sewajarnya
kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan
memenuhi perjanjian tersebut. Sekiranya seorang pekerja itu tidak menunaikan tugasnya dengan 32
sewajarnya tetapi sanggup
menerima gajinya dengan sepenuhnya., maka pekerja tersebut
bolehlah dianggap sebagai seorang yang menipu dan telah memecahkan janjinya. Dan dengan sendirinya pekerja itu telah mengingkari perintah Allah. Pepatah melayu pula mengatakan: ³kerbau dipegang pada talinya, manusia di pegang pada janjinya´. Pepatah ini membayangkan bahawa manusia yang menipu itu adalah lebih hina daripa kerbau´. Dengan hujah-hujah
yang dikemukakan itu, sanggupkah kita mengkhaianati amanah Allah,
Allah yang telah mengurniakan kita dengan kita akan dan fikiran? Tepuklah dada tanyalah selera. Bek erja dengan tekun dan cekap
Rasulullah bersabda yang bermaksud: ³sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun´. (Riwayat Al-Baihaqi) Sabda Rasulullah ini bermaksud ketekunan adalah suatu sifat yang amat di perlukan oleh seseorang pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan masing-masing dalam menjalankan tugas sekiranya mereka tekun, insyaAllah. Pepatah Melayu pula mengatakan ³belakang parang pun kalau di asah lagikan tajam´. Pepatah ini menunjukkan bahawa dengan ketekunan, sesuatu kerja yang susah itu akan dapat di atasi, insyaAllah dan dengan sendirinya meningkatkan kecekapan seseorang pekerja itu. Apabila kita hendak menilai seseorang pekerja, ci ri yang terpenting adalah kecekapannya. Mutu kecekapan seseorang itu akan terus meningkat
33
jika pekerja itu sanggup belajar atau menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya terus menerus. Ajaran islam ada menegaskan: ³tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad´. Di dalam bidang sains dan teknologi khususnya, menuntut ilmu sepanjang hayat menjadi suatu perkara penting sekiranyakita tidak mahu ketinggalan zaman, kerana terlalu pesatnya perkembangan ilmu pengetahuan di dalam kedua-dua bidang itu. Hadis Rasulullah menyatakan: ³apabila sesuatu urusan ( pekerjaan) di beri kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kehancuran´. Hadis ini jelas menunjukan akan peri pentingnya keahlian mahupun kecekapan seseorang pekerja menurut pandangan islam. Sekiranya kecekapan seseorang pekerja itu meningkat maka dengan sendirinya hasil kerjanya juga turut meningkat.
Bek erja dengan semangat gotong royong dan berpadu fikiran.
Firman Allah yang bermaksud: ³dan tolong menolong kamu dalam mengerjakan kebaikan..´. (Surah Al-Ma¶idah,ayat 2) Di dalam perkhidmatan awam bahkan di dalam sebarang perkhidmatan, seseorang pekerja itu bertugas dengan sesuatu kumpulan pekerja yang tertentu. Dengan sendirinya untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang sesuatu kumpulan pekerja itu mesti bekerjasama melaksanakan tugas masing-masing. Sikap bantu membantu antara satu sama lain di antara pekerja akan menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira. Suasana yang demikain pula akan meningkatkan hasil dan mutu perkhidmatan setiap pekerja. Semangat bergotong 34
royong adalah suatu ciri kebudayaan Negara ini yang semestinya dipupuk dan terus disuburkan semula. Firman Allah yang bermaksud: ³dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka´. (Surah Asy-Syuraa, ayat 38) Di
samping
kita
bergotong-royong,menjalankan
tugas,
kita
juga
hendaklah
menggalakkan perbincangan sesama sendiri, bertukar fikiran, untuk mengkaji masalah yang ada dan juga untuk menghadapi masalah yang mungkin timbul. Perbincangn seperti ini akan meningkatkan rasa kekitaan di antara pekerja dan dengan sendirinya pula meningkatkan rasa tanggungjawab bersama terhadap sebarang kegiatan kumpulan pekerja yang berkenaan. Rasa keenakan berpadu tenaga dan berpadu fikiran ini telah dinikmati oleh datuk nenek kita dahulu dan rasa indah itu telah di abadikan oleh mereka. Cara berpadu fikiran ini jugalah yang sekarang selalu di bincangkan dengan nama barunya itu ³kumpulan kawalan mutu´. Allah juga memerintahkan manusia menyelesaikan sekalian masalah mereka dengan perbincangan .
Bek erja dengan k ebahagiaan.
Islam adalah agama untuk manusia sejagat. Dengan itu ajaran islam(bersumber Al-Quran dan Hadis) juga adalah untuk manusia seluruhnya. Maka etika kerja kelima ini adalah wajar, kerana maju mundurnya pembangunan Negara Malaysia ini akan memberi kesan jua kepada Negara lain di dunia. Allah berfirman yang bermaksud: ³tidak ada paksaan dalam agama( islam)´. (Surah Al-Baqarah,ayat 256) 35
³wahai orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kepada kamu tidak melakukan keadilan´. (Surah Al-Maidah,ayat 8) Firman Allah yang pertama menjelaskan bahawa walaupun islam itu adalah agama untuk semua manusia tetapi orang yang tidak menganuti islam tidak boleh dipaksa untuk memeluk islam. Ayat yang kedua pula melarang kita daripada berlaku tidak adil terhadap sesuatu kaum walaupun kita benci kepada kaum tersebut. Kedua-dua ayat tersebut memberi pengertian bahawa setiap pekerja hendaklah menberi layanan dan khidmat yang sama kepada semua orang tanpa mengira kaum ataupun agama orang yang berkaitan. Menjaga waktu.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: ³Apabila kiamat sedang berlaku , dan di tangan seorang daripada kamu ada benih , kalau dia masih sempat menanam benih itu hendaklah dia menanamnaya . Dengan itu dia dapat pahala´.
(Hadis Anas Ibn Malik bertaraf Hasan.)
Termasuk dalam perinsip ini ialah penggunaan masa secara maksimum. Dalam alQuran Allah bersumpah menggunakan perkataan³
waktu
asar´. Mengikut
bahasa ³asar´
bererti
memerah. Ia seolah- olah member erti masa yang telah diperah , iaitu yang telah digunakan secara paling maksimum. Mengenai penjagaan waktu ini Rasulullah s.a. w. pernah menyifatkan
36
sebagai satu amalan yang terpuji. Menjawab soalan tentang apakah amalan yang palingafdhal , jawab baginda "yang bermaksud ³bersembahyang di awal waktu.
Menghormati k epakaran orang lain.
Sabda Rasulullah yang bermaksud : ³Kamu semua lebih tahu tentang hal dunia kamu ³. (Hadis riwayat Muslim).
Melihatkan para
pekebun
tamar
sentiasa
bekerja
keras mengahwinkan debungan
antara pokok berkenaan supaya ia berbuah , Rasulullah. bertanya mengapa sampai begitu ? Tidakkah tamar itu
boleh berbuah tanpa debunga nya dikahwinkan? Mendengar pertanyaan
Rasulullah . itu para pekebun berkenaan berhenti daripada melakukan proses yang diamalkan zaman berzaman itu. Hasil nya negative sekali. Pada tahun itu buah tamar menjadi kerdil dan tidak sesuai dimakan. Apabila hal seperti itu sampai ke pengtahuan Rasulullah s.a.w. baginda lalu membetulkan
keadaan. Terdapat
juga
hadis
menceritakan apabila
Rasulullah
ditanya samada strategi mempertahankan kota Madinah yang dibentangkan oleh baginda itu berasaskan wahyu daripada Allah atau tidak. Apabila baginda menyatakan ia bukan wahyu , seorang sahabat mencadangkan suatu strategi lain. Baginda lalu menerima cadangan itu memandangkan kepakaran sahabat berkenaan.
37
8.0
K ESIMPULAN
Etika kerja Islam merupakan altematif terbaik yang telah diamalkan secara meluas. Selain dapat mewujudkan suatu piawai yang hakiki dan universal sifatnya, pengaplikasian keempatempat komponen nilai dalam etika kerja Islam secara bersepadu dan konsisten dalam sesebuah organisasi ia juga mampu mewujudkan keseimbangan dari pelbagai segi; bertepatan dengan semangat tauhid yang didokongnya. Pendek kata, kombinasi keempat-empat komponen nilai berkenaan didapati mampu memberi nafas dan identiti sebenar kepada pembudayaan etika kerja Islam. Justeru, setiap organisasi perlu mengambil inisiatif untuk membentuk kod etika masingmasing dengan mengambilkira faktor individu yang menyertai organisasi, etika sosial dan norma masyarakat. Ini membolehkan kod etika berkenaan benar-benar serasi dengan ahli organisasi, selari dengan teras operasi organisasi, disenangi oleh warga masyarakat, mesra alam serta tidak menyentuh senti men mana-manapihak ke arah merealisasikan matlamat pengurusan Islam itu sendiri. " ... Matlamat pengurusan/pentadbiran adalah untuk membina tamadun berdasarkan nilai-nilai etika tauhid. Dalam masa yang sama, pengurusan perlu memastikan amalan rasuah, k etidakadilan dan mischief dalam organisasi dibanteras untuk mencapai al-falah ( felicity) sebagai matlamat akhir ( ultimat e) pengurusan."
38
9.0
RUJUK AN
Kamus Dewan (2000), edisi 3, eet. 5. KL: DBP, hal. 345 International Encyclopedia of Social Sciences (1968), vol. 5. The MacMillan Co. &The Free Press, hal. 157. Marilyn M. Helms (ed)(2000), Encyclopedia of Management, edisi 4. Gale Group Inc., hal. 281; Jane A. Malonis (ed) (2000), Encyclopedia of Business, edisi 2, vol. 1. Gale Group Inc., hal. 175; International Encyclopedia of the Social Sciences ( 1968), op.cit, vol. 5, hal. 160; Paul Procter et.al (ed)(1999), Cambridge International Dictionary of English. Cambridge University Press, hal. 470; James H.Donnelly Jr. (1998), Fundamentals of Management, edisi 10. Boston: lrwinlMcGraw Hill, hal. 96 Kamus Dewan (2000), op.cit, hal. 21. Abu Hiimid Muhammad b. Muhammad al-Ghazall (1990), Ihyii' Ulum aI-Din, juzu' 3. Drunsyi.k:: Dfu. al-Khayr, hal.·68 dan Ibn Miskawayh (1961), T ahdhib al-Akhliiq. Beirut: Dar Maktabab al-~ay3h, hal. 36. M. Abdul Mujib As (1987). Petunjuk Islam Tentang Pengabdian Kepada Allah. Bab Kelima : Islam. pp 107-113. CV. Bintang Pelajar. Ahmad, k. (1976). Islam : Its meaning and message. London : Islamic Council Of Europe. Ali, A.J. (1992). The Islamic Work ethic In Arabia. The Journal Of Phsychology. 126 (5), pp. 507-519. Abeng, T. (1999). Business Ethic In Islamic Context : Perspective Of A Muslim business Leader. Business Ethics Quarterly, 7(3), pp.47-54.
39
Shukri Ahmad & Razali mat Zain (2001). Adab dan Etika Kerja Islam Dalam Organisasi . Sintok, UUM. Yusoef, D.A. (2001). Islamic Work Ethic : A Moderator Between Organizational Commitment And Job Statisfaction in A Cross- Cultural Context. Personnel Review, 30 (2), 152-169. Sharifah Hayaati Binti Syed Ismail L-Qudsy, (22-23 februari 2005). Etika Kerja Islam Menyeluruh (EKIM) : Menuju Ke Arah Kecemerlangan Diri Dan Organisasi. Kertas kerja telah di bentangkan pada Bengkel Islam Hadhari- Etika Kerja : Menuju Ke Arah Keimanan Dan Ketaqwaan Pada Ilahi, Kuala Lumpur. Nik Mustafa Bin Hj. Nik Hassan (22-23 Februari 2005). Peningkatan Keimanan Dan Ketaqwaan Kepada Allah : Mendorong Kepada Kecemerlangan Dunia Dan Akhirat. Kertas kerja telah di bentangkan pada Bengkel Islam Hadhari- Etika Kerja : Menuju Ke Arah Keimanan Dan Ketaqwaan Pada Ilahi, Kuala Lumpur. Mahmood Zuhdi Bin Hj. Abdul Majid. (22-23 februari 2005), Etika Kerja Menurut Sunnah Rasulullah SAW. . Kertas kerja telah di bentangkan pada Bengkel Islam Hadhari- Etika Kerja : Menuju Ke Arah Keimanan Dan Ketaqwaan Pada Ilahi, Kuala Lumpur. Ibn Miskawayh. (1986). The Refinement of Character. Constantine K. Zurayk, terj. Beirut: The American University Of Beirut. Mohd. Nasir Omar. (2005). ³Pemikiran Akhlak Dan Etika Miskawayh´, Kertas Kerja Seminar Islam Hadhari ± Kefahaman Tentang Keutuhan Moral. Kuala Lumpur,13-14 April 2005. Nor¶Azzah Kamri (2008). Kefahaman dan Sambutan Terhadap Kod Etika Islam: Pengalaman Tabung Haji, Jurnal Syariah, Bil 16, Bil 1 ms 145-162. 40
Ahmad Janan Asifudin, 2004. Etos Kerja Islami. Penerbit Universitas Muhammadiyah Surakarta. Said Mahmud, 1995. Konsep Amal Saleh dalam al-quran. Disertasi IAIN (Sunan Kalijaga Yogyakarta).
(1984). ³Islamic work ethics´, H amdard Islamicus, 7(40), 25-35. Razali Md.Zin. (1988). Ke Arah Pembinaan Etika Kerja Yang Unggul. Jurnal produktiviti, 4-7. Hassan Ahmad. (1992). Membina Sikap Kerja yang Positif. Dewan Masyarakat, Oktober, 40-41. Ahmad Berek (Bekas Timbalan Pengarah PDPN), ³Kualiti Kerja Melalui Kerjasama Kakitangan´, nota ceramah, halaman.2. Ibid, halaman.3. Mohd Affandi Hassan ³Beberapa Prinsip dan Ciri Utama Kepimpinan Dalam Islam´, Jilid 13. Bil.1/1989,halaman.20. Nik Mustapha Nik Hassan(1995), nilai Murni dan Etika Kerja dalam Perkhidmatan Awam, kertas kerja Seminar Pengurusan dan Pentadbiran dari Perspektif Islam,KL, 27-28 April, 95. Syed Othman al-Habshi(1998), islamic Management for Excellence,Revitalizing People for the Future. KL, INMIND Abul A¶la al-Maududi(1984), Asas-asas Akhlak Gerakan Islam, Ihsan Abdul Ghani,KL: A.S Noordeen.
41
Asma Abdullah ( 1993/94), "Value-Based Management and Development: The Malaysia Paradigm" dalam Halim Shafie (Dr) (ed), IN TA N Management Journal, vol. 1, no. 1. KL: INT AN, hh. 42-45. Gareth R. Jones (tt), Organizational T heory - T ext and Cases, edisi 2. AddisonWesley Publishing Co., hh. 190-192. Mohd Affandi Hassan (1992), op.cit, hal. 56.
42
43
44