1.0 PENGENALAN
Menurut Izham Shafie (2008) data merupakan maklumat berangka yang diperlukan untuk membuat sesuatu keputusan yang baik dalam situasi tertentu. Hakikatnya, maklumat yang penting amat diperlukan dalam proses pembuatan keputusan. Terdapat banyak kaedah yang digunakan untuk memperoleh data yang diperlukan. Data adalah fakta empirik yang dikumpulkan oleh pengkaji dengan tujuan untuk memecahkan masalah masalah atau menjawab segala persoalan
yang timbul. Sepanjang kajian berlansung data penelitian yang berasal daripada
pelbagai sumber dapat dikumpulkan melalui pelbagai teknik. Berdasarkan sumbernya, data dapat dikelompokkan dalam dua jenis iaitu data primer dan data sekunder :
Data Primer
Data Sekunder
Adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan Adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan oleh peneliti secara langsung dari sumber peneliti dari berbagai sumber yang telah ada datanya. Data primer disebut juga sebagai data (peneliti sebagai tangan kedua). Data sekunder asli atau data baru yang memiliki sifat up to dapat diperoleh dari berbagai sumber seperti date. date. Untuk mendapatkan data primer, peneliti Biro Pusat Statistik (BPS), buku, laporan, harus
mengumpulkannya
secara
langsung. jurnal, dan lain-lain.
Teknik yang dapat digunakan peneliti untuk mengumpulkan
data
primer
antara
lain
pemerhatian, temu ramah, diskusi terfokus ( focus focus grup discussion – FGD) – FGD) serta melalui borang soal selidik.
Pemahaman terhadap kedua jenis data di atas diperlukan sebagai landasan dalam menentukan teknik serta langkah-langkah pengumpulan data penelitian.
1
2.0 DATA BERDASARKAN SIFATNYA
Berdasarkan bentuk dan sifatnya, data dapat dibezakan dalam dua jenis iaitu data kualitatif (yang berbentuk kata-kata) dan data kuantitatif (yang berbentuk angka). 1.
Data Kualitatif
Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat/data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh melalui pemerhatian, temubual, analisisi dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Jenis-jenis kajian kualitatif antaranya ialah kajian tindakan, kajian kes, kajian lapangan, analisis dokumen.
Data berbentuk perkataan atau ayat yang
dikumpul melalui temu bual atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video. Penyelidik adalah instrument utama dalam memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji. Reka bentuk kajian lebih lentur/ fleksible Jasmi, K. A. (2012).Boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi. Penyelidik adalah sebahagian
daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara
langsung daripada peserta kajian. Saiz sampel adalah kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian. Memakan masa yang lama, tenaga dan kos untuk dilaksanakan. Proses pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif memberi peluang kepada penyelidik untuk mendapat data yang berciri seperti berikut:
Memberi bermakna dan penting kepada peserta kajian,
Data yang tidak dijangka atau diandai oleh penyelidik,
Data yang mendalam serta dapat menjelaskan sesuatu isu yang dikaji (Mack, Woodsong, MackQueen, Guest, & Namey, 2005).
Empat kaedah mengumpul data kualitatif yang akan dibincangkan ialah Pemerhatian, temubual Individu, Kumpulan Fokus serta analisa artifek. Setiap satu dari kaedah ini sesuai untuk digunakan untuk mengutip jenis-jenis data-data tertentu.
2
2.
Data Kuantitatif
Data kuantitatif adalah data yang berbentuk angka atau bilangan. Sesuai dengan bentuknya, data kuantitatif
dapat diolah atau dianalisis menggunakan teknik perhitungan matematik atau
statistik. Berdasarkan proses atau cara untuk mendapatkannya, data kuantitatif dapat dikelompokkan dalam dua bentuk iaitu sebagai Deskriptif dan Inferensi. Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Jenis-jenis kajian kuantitatif adalah seperti Kajian Deskriptif, Kajian Korelasi, Casual Comparative dan Kajian Exsperimental. Peserta kajian adalah sample yang dipilih dengan meggunakan teknik persempelan tertentu. Penyelidik mengkaji populasi atau sample yang mewakili populasi manakala saiz sample adalah besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian.
3.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA 3.1 Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian berasal daripada kajian ethonografik yang bertujuan untuk mempelajari perspektif yang dikaji dalam konteks peserta sendiri. Pengkaji kualitatif perlu membuat andaian bahawa dalam sesuatu populasi terdapat pelbagai perspektif tentang sesuatu isu. Pengkaji perlu mengetahui pelbagai perspektif ini dan memahami jalinan yang berlaku antara perspektif perspektif yang berbeza ini. Menurut Moleong (1989) pengkaji menggunakan kaedah ini kerana:
Pemerhatian memungkinkan pengkaji untuk melihat, merasakan, dan memaknai dunia beserta ragam peristiwa dan gejala sosial dalamnya, sebagaimana subjek pengkajian melihat, merasakan dan memaknainya.
Pemerhatian memungkinkan pembentukan pengetahuan secara bersama-sama antara pengkaji dan subjek pengkajiannya (intersubjektiviti)
Kaedah pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian secara terus (Direct Observation) dan pemerhatian melalui penglibatan ( Participant Observation) Kamarul Azmi Jasmi ( 2012).
3
Pemerhatian Secara Terus ( Direct Observation)
Pemerhatian Melalui Penglibatan ( Participant Observation)
Kaedah pemeratian secara terus melibatkan Bagi pemerhatian secara penglibatan yang aktiviti seperti pengiraan jumlah guru di berasal daripada bidang antropolgi sesebuah sekolah. Kaedah pemerhatian ini kajian kebiasaan
hanya
menggunakan
one
tentang
kehidupan
iaitu(
masyarakat)
way penglibatan antara pengkaji dengan manusia
communication di mana kaedah ini tidak adalah amat diperlukan. Hal ini demikian melibatkan komunikasi antara manusia
kerana, pengkaji biasanya melibatkan diri dengan masyarakat yang hendak dikajinya bagi memahami dengan jelas sesuatu isu yang membayangi masyarakat tersebut.
Walaubagaimanapun, Pemerhatian dalam kajian kualitatif boleh dilakukan melalui tiga cara iaitu:
Pemerhatian Tidak Turut Serta
Pemerhatian Separa Turut Serta
Pemerhatian Turut Serta.
Ketiga-tiga bentuk pemerhatian ini melibatkan pengkaji berada di persekitaran yang membenarkan peserta bertingkahlaku secara semulajadi. Perkara yang membezakan ketiga jenis pemerhatian ini ialah tahap penglibatan pengkaji dalam aktiviti yang dilakukan oleh peserta kajian. Dalam Pemerhatian Tanpa Turut Serta pengkaji hanya memerhati dan mengutip data tanpa perlu mewujudkan apa-apa interaksi dengan peserta atau persekitaranya.
Sebaliknya
Pemerhatian Turut Serta memerlukan penglibatan pengkaji dalam persekitaran dan aktivitiaktiviti peserta. Terdapat juga kajian yang memerlukan pengkaji menggunakan kedua-dua kaedah bila perlu. Ini dinamakan Pemerhatian Separa Turut Serta . Pengkaji yang membuat Pemerhatian Secara Turut Serta mempelajari bagaimana rasanya berada dalam dunia dan kehidupan sebenar peserta kajian dan pada masa yang sama perlu kekal sebagai seorang luaran untuk membolehkannya membuat laporan secara objektif.
4
Langkah-Langkah Pemerhatian
1. Berada dilokasi kajian Pengkaji pergi ke komuniti atau persekitaran di mana terdapat populasi yang dapat memberi jawapan kepada soalan kajian. Peserta boleh terus bertingkahlaku secara semula jadi dalam persekitaran
mereka.
Sebagai
persediaan
kepada
proses
pemerhatian,
pengkaji
perlu
mengenalpasti invidu yang dapat memberikan maklumat yang dikehendaki. Dalam Pemerhatian Turut Serta, pengkaji boleh membina hubungan dan seterusnya berinteraksi dengan individuindividu dalam persekitaran tersebut yang dapat membantu pengkaji memahami fenomenafenomena yang diperhatikannya. 2. Membuat Catatan Semasa berada dalam persekitaran yang dikaji, pengkaji mencatat segala maklumat yang diperolehi dalam buku nota lapangan. Maklumat ini diperolehi melalui pemerhatian tingkahlaku, perbualan personal, dan juga peristiwa yang berlaku dalam persekitaran tersebut. Maklumat yang diperolehi dari media masa di kawasan tersebut juga boleh dijadikan sumber data. Walaupun selalunya data pemerhatian adalah dalam bentuk teks, catatan juga boleh dilakukan dalam bentuk rajah dan peta minda iaitu untuk menggambarkan sesuatu hubungan, kronologi peristiwa, kedudukan kuasa, dan sebagainya. Dalam proses ini, pengkaji perlu sentiasa berhatihati mencatatkan pemerhatiannya secara empirikal tanpa melakukan interpretasi mengikut nilai dan tanggapan pengkaji sendiri. Cara mengambil nota lapangan
Catatkan Tarikh, Masa, tempat dan peristiwa.
Tinggalkan ruang kosong pada setiap catatan supaya nota boleh dikembangkan.
Ambil nota secara strategik dengan hanya mencatatkan kata kunci.
Gunakan short hand .
Liputi pelbagai aspek pemerhatian seperti peristiwa, perbualan, bahasa badan, mood, persekitaran secara am, interaksi sesama peserta, dan lain-lain yang relevan
5
3.2 Kaedah Analisis Dokumen
Pada amnya, analisis dokumen ialah pecahan kaedah pengumpulan data penyelidikan daripada analisis kandungan yang merupakan huraian objektif terhadap mesej komunkasi yang telah dicetak, disiarkan atau digambarkan. Dalam kata lain, bahagian mesej itu dapat didengar, diperoleh dan dilihat dengan merujuk kandungan teks pada perkataan, maksud, gambar, simbol, idea, tema, atau apa-apa sahaja mesej yang telah dikomunikasikan (Sabitha Marican, 2009: 97; Babbie, 2010: 332). Hal ini sebagaimana yang ditakrifkan seperti berikut: Document analysis is just what its name implies – the analysis of the written or visual contents of a document. Textbooks, essays, newspapers, novels, magazine articles, cookbooks, political speeches, advertisements, pictures – in fact, the content of virtually any type of written or visual communication can be analyzed in various ways. A person’s or group’s conscious beliefs, attitudes, values, and ideas are often revealed in the document they produce. (Fraenkel dan Wallen, 1993: 389) Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang paling mudah kepada pengkaji kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada dan sukar untuk dimanipulasi. Contoh dokumen yang boleh digunakan jika hendak mengkaji sesuatu permasaalah adalah keratan akhabar, Diari atau Jurnal dan
Gambar. Semua dokumen yang dirasakan perlu diteliti dan
dilaporakan dalam satu laporan serta disertakan salinan jika tidak sukar untuk disalin.
3.3 Diari Dan Catatan Harian
Diari pengkaji merupakan satu catatan diari kajian yang menjelaskan secara ringkas setiap aktiviti yang berlaku sejak daripada turun lapangan sehingga semua data telah selesai dikumpul dan disahkan. Data utama temubual perlu disahkan oleh responden atau informan sebagai salah satu daripada bentuk kesahan kajian. Manakala catatan harian atau catatan lapangan merupakan instrumen utama yang melekat pada beragam teknik pengumpulan data kualitatif. Terdapat tiga jenis catatan harian:
6
Catatan Fakta : iaitu data kualitatif hasil pemerhatian dan temubual dalam
bentuk huraian terperinci maupun kutipan langsung.
Catatan Teori : iaitu hasil analisis pengkaji di lapangan untuk menyimpulkan
struktur masyarakat yang dikajinya, serta merumuskan hubungan antara topik ("variabel") penting pengkajiannya secara induktif sesuai dengan fakta di lapangan.
Catatan Metodologis : iaitu pengalaman pengkaji ketika berupaya menerapkan
metode kualitatif di lapangan. Untuk membantu ingatan pengkaji, perlu membuat catatan sementara selama temubual, atau menggunakan alat perakam. Tujuan utama catatan nota lapangan ditulis kerana nota ini akan menjadi rujukan kepada pengkaji berdasarkan situasi yang berlaku secara keseluruhan ketika berada di lokasi kajian. Hal ini kerana, kajian kualitatif lebih mementing proses. Justeru, setiap proses perlu ditunjukkan. Berdasarkan nota lapangan ini kesahan kajian terbina. 3.4 Artifek
Artifek adalah bahan-bahan maujud yang dapat dijadikan bukti empirikal kepada sesebuah kajian. Sesuatu artifek itu sesuai dijadikan bahan kajian apabila ia secara lansung atau tidak lansung mengandungi maklumat-maklumat berkenaan sesuatu peristiwa, proses, dan budaya. Menurut Gorad (2002), pengkaji kualitatif melihat pelbagai perkara berpotensi memberi maklumat, dan pengkaji menjadi pengutip data yang teliti.
Sekecil-kecil perkara seperti brosur
sekolah, nota-nota, tiket, senikata lagu, sehinggalah sebesar-besar perkara seperti bangunan, kapal terbang, dan tempat-tempat sejarah adalah artifek yang mempunyai pelbagai maklumat untuk dijadikan bahan bukti.
Ahli-ahli sejarah umpamanya memainkan peranan yang amat
penting dalam membantu manusia memahami pelbagai perubahan dan pembentukan peradaban melalui penelitian mereka terhadap artifek purba seperti bangunan dan peralatan kehidupan sebelum ini. Perkara yang paling penting bagi pengkaji ialah memastikan bahawa artifek yang dikaji adalah asli kerana ini memberi pengaruh yang besar ke atas kesahihan dan kebolehpercayaan kajian tersebut. Seterusnya, pengkaji mencatat nota, dan merakam secara audio dan visual bentuk fizikal artifek tersebut. Pengkaji kemudian menggunakan pelbagai aspek dalam artifek itu untuk menjawab persoalan kajian yang telah disediakan. Pada masa yang
7
sama, terdapat aspek-aspek artifek tersebut yang memberikan pengetahuan baru ataupun persoalan kajian baru yang selama ini tidak difikirkan oleh pengkaji.
3.5. Temubual
Temubual adalah kaedah yang paling berkesan membolehkan pengkaji mengutip data secara mendalam tentang sejarah, pandangan, dan pengalaman seseorang peserta terutamanya bagi topik-topik yang sensitif. Menurut Marshall dan Rossman (1957) temu bual ialah satu perbualan yang bertujuan Samada sebagai populasi yang dikaji ataupun sebagai orang yang mempunyai hubungan profesional atau personal dengan populasi kajian, peserta yang terlibat dalam temubual individu akan mendapat faedah melalui proses ini. Ramai peserta yang berasa gembira dan mengalami carthasis ketika ditemubual kerana mereka berpeluang menyatakan perspektif mereka dan membuat pendedahan kendiri kepada seseorang yang mendengar dengan penuh minat. Pengkaji pula menerima satu penghormatan apabila diberi peluang oleh orang yang tidak dikenali untuk memahami sebahagian kehidupan orang tersebut (Mack, Woodsong, MackQueen, Guest, & Namey, 2005). Dalam proses menemubual, peserta adalah seseorang yang dapat memberi respon kepada soalansoalan kajian manakala pengkaji adalah pelajar yang ingin mengetahui pandangan peserta tersebut. Penyelidik menerima semua jawapan yang diberi oleh peserta dan tidak memberi nilai samada jawapan itu betul atau salah. Proses ini melibatkan penyelidik bersemuka dengan peserta dan mendengar dengan teliti respon-respon peserta kepada soalan yang diajukan kepadanya.
Temu bual berstruktur
Melibatkan penemu bual menggunakan soalan-soalan yang telah ditentukan untuk semua reponden
Temu bual semi berstruktur
Soalan – soalan dalam temu bual semi berstruktur ditentukan terlebih dahul tetapi jawapan kepada soalan – soalan tersebut adalah terbuka, boleh dikembangkan mengikut budi bicara penemu bual atau responden.
8
Temu bual tidak berstruktur
Temu bual tidak bestruktur biasanya menggunakan soalan terbuka yang memberi peluang responden memberi tindak balsa mengikut budi bicaranya dan tidak terikat dengan sebarang jawapan alternative atau tidak dikekang oleh panjang atau pendek soalan.
Langkah-langkah dalam proses temubual
1. Persediaan Menemubual: Protokol Soalan Penyelidik perlu membuat persediaan dengan mencari maklumat asas tentang tajuk kajian dan elemen-lemen dalam kajiannya seperti teori, fenomena terkini serta faktor-faktor yang mempengaruhi. Pengetahuan ini membantu penyelidik membina instrumen kajian yang disebut sebagai protokol soalan (Hill, Knox, Thompson, Williams, Hess, Ladany, 2005).
Protokol
soalan adalah senarai soalan-soalan yang disediakan oleh penyelidik untuk mencari jawapan kepada soalan kajiannya. 2. Kemahiran Menemubual Pengkaji perlu menggunakan kemahiran berkomunikasi yang berkesan agar responden berasa selesa dan terdorong untuk memberi respon yang memuaskan. Kemahiran ini termasuklah: Membina hubungan yang baik melalui penggunaan tingkahlaku yang sesuai dengan budaya peserta, senyum, menggunakan nada suara yang mesra, berhemah dalam berjenaka, merendah diri, bersabar dan tidak memarahi peserta. Memberi penerangan yang jelas kepada responden tentang tujuan dan prosedur kajian, dan bagaimana temubual ini berbeza dari perbualan biasa. Pengkaji perlu menerangkan tentang senarai soalan yang telah disediakan dan meminta responden menjawab secara bebas, iaitu tiada jawapan yang betul atau salah.
Memberi
keutamaan kepada perspektif peserta. Walaupun pendapat peserta berbeza dari apa yang anda harapkan, sebagai pengkaji anda perlu objektif dan mendengar serta merekod segala maklumat tanpa mengubah apa-apa makna. Bagaimanapun jika terdapat maklumat yang salah dari segi fakta, anda bertanggungjawab memberi maklumat yang betul selepas temubual tersebut. Menyesuaikan diri kepada pelbagai personaliti dan kedaan emosi responden. Pengalaman dan personaliti yang berbeza menjadikan responden mengekspresi diri mereka dengan pelbagai cara.
9
3. Mendokumentasikan Temubual Data temubual merupakan perbualan antara pengkaji dan responden yang dirakam melalui pita suara, video dan juga nota. Pegkaji kini mempunyai pelbagai pilihan teknologi perakam data yang membolehkan rakaman dilakukan tanpa menganggu keselesaan peserta semasa temubual. Apapun teknologi rakaman yang digunakan, pengkaji perlu mematuhi etika dengan memastikan segala rakaman ini mendapat kebenaran dari responden. Data temubual yang telah dirakam ini ditaip kembali dalam komputer dalam bentuk transkrip untuk melalui proses seterusnya iaitu analisa. Analisis ini membolehkan pengkaji memetik ungkapan sebenar peserta dan dijadikan bukti kepada jawapan-jawapan yang dicari oleh soalan kajian.
3.6 Temu Bual Kumpulan Fokus
Temubual kumpulan fokus merupakan teknik pengumpulan data yang baik dalam penyelidikan kualitatif. Subtajuk cuba membincangkan definisi temu bual kumpulan fokus kekuatan kaedah dan teknik; jenis temubual mendalam, dan kelemahannya. Kaedah perbincangan kumpulan fokus ( Focus Group Discussion - FGD) merupakan kaedah kualitatif yang popular. Melalui kaedah ini, pengkaji memilih sekumpulan individu yang mempunyai ciri tertentu untuk mengadakan sesi perbincangan. Seorang fasilitator (pemudah cara) yang dilantik akan menentukan hala tuju perbincangan tersebut. Apa-apa yang dikatakan oleh ahli kumpulan merupakan data penting dalam FGD dan kaedah ini memberi peluang untuk berkongsi dan membuat perbandingan tentang pengalaman dan pandangan peserta serta memberi peluang untuk berbual-bual tentang perkara yang terjadi dalam dunia sebenar. Kaedah ini digunakan untuk mendapat kefahaman lebih mendalam tentang sesebuah tajuk, contohnya motivasi, tingkah laku, perasaan, strategi membuat keputusan, atau pendapat orang-orang tertentu terhadap sesuatu isu atau topik. Selain itu, FGD bertujuan untuk mengkaji sesebuah tajuk penyelidikan secara mendalam dan intensif. Tambahan lagi, FGD merupakan suatu strategi untuk memahami audiens atau sikap dan tingkah laku pengguna.
10
Langkah-langkah Menemubual Kumpulan Fokus 1. Persediaan Temubual Kumpulan Fokus
Pengkaji membina soalan fokus : Soalan temubual kumpulan fokus berbentuk terbuka yang memerlukan peserta memberi penerangan bukannya sekadar ”ya” dan ”tidak”. Temubual kumpulan fokus menggunakan protokol soalan yang dibina terlebih dahulu oleh pengkaji.
Pengkaji Memilih Kumpulan Fokus : Peserta kumpulan fokus terdiri dari mereka yang dapat memberi respons terhadap isu yang dikaji. Pengkaji boleh membina kumpulankumpulan
yang mempunyai ciri-ciri yang sama ataupun berbeza.
Contohnya dalam
kajian EQ yang dijalankan di seluruh negara, pengkaji telah membina 30 kumpulan fokus yang terdiri dari kumpulan pegawai penjara, kumpulan jururawat, dan kumpulan guru (Noriah, Zuria, Siti Rahayah, 2004).
Pengkaji menyediakan alat rakaman : Sesi perbincangan ini dirakam melalui pita video ataupun audio. Oleh itu, pengkaji perlu membiasakan diri dengan alat rakaman. Seorang fasilitator diperlukan untuk membaca soalan dan mengendalikan perbincangan, manakala seorang lagi diperlukan untuk mencatat, atau memastikann rakaman berjalan lancar.
2. Mengendalikan Temubual Kumpulan Fokus
Pengkaji
memperkenalkan
dirinya,
menyatakan
tujuan
perbincangan
tersebut,
dan
menerangkan bagaimana proses temubual fokus berlaku. Pengkaji perlu menyatakan bahawa tiada jawapan yang betul atau salah dan semua ahli berpeluang menyatakan pandangan mereka tanpa perlu risau bahawa ia akan disalahgunakan. Semasa temubual berjalan, pengkaji perlu melakukan perkara berikut:
menggalakkan ahli-ahli memberi respons dan berinteraksi sesama mereka
mengaitkan satu respons dengan yang lain.
mengelak dari memberi komen kepada peserta samada respons itu tepat atau sebaliknya,
tidak menegur peserta kerana mempunyai pemikiran yang tidak sesuai,
berwaspada supaya tidak bertanyakan soalan yang terlalu sensitif peribadi peserta.
11
dan menyentuh
3. Selepas Temubual Fokus
Perbincangan dengan rakan penyelidik selepas sesi kumpulan fokus adalah penting. Pengkaji perlu mengimbas kembali maklumat yang didapati dalam kelompok tersebut, serta reaksi ahli kelompok terhadap isu kajian semasa maklumat tersebut masih segar diingatan. Jika penyelidik menjalankan kajian ini bersendirian, sangat baik jika maklumat ini dijadikan memo di atas kertas atau dalam komputer. Kaedah penyelidikan ini mempunyai kekuatan tersendiri. Antaranya, FGD mampu menghasilkan pengutipan dan pengumpulan data preliminari atau awalan tentang sesuatu topik. Justeru, kaedah ini boleh digunakan untuk kajian pilot dan mencari idea yang akan diselidiki. Selain itu, hasil boleh diperoleh dengan cepat di samping kos yang efektif. Reka bentuk soalan amat fleksibel dan pengkaji boleh mengadakan perbincangan susulan dengan meminta ahli kumpulan fokus menjawab soal selidik. Fasilitator yang pakar berupaya memerhatikan gerak laku responden dan mendapat data tambahan.
3.7. Soal selidik
Soal selidik merupakan Borang yang mengandungi susunan soalan-soalan yang teratur untuk ditadbir oleh penemubual dan diajukan kepada responden atau informan. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan data-data daripada responden atau informan mengenai kajian yang dilakukan dan mengukur pembolehubah yang ingin dikaji. Selaian daripada itu juga borang soal selidik diperlukan untuk membantu pencapaian objektif kajian dan seterusnya membantu proses analisis data. Soal selidik terbahagi kepada 2 jenis iaitu : Soal Selidik Bentuk Terbuka
Soal Selidik Bentuk Tertutup
Soalan yang memberi kebebasan kepada responden untuk menjawab. Contohnya:
Apakah?,
Soalan yang berstruktur dan responden hanya memilih jawapan yang ditentukan sahaja.
Mengapakah?,
12
Memberikan
masa
yang
cukup
untuk
Bagaimanakah?, Sejauhmanakah?
menjawab.
Jawapan sebenar daripada responden bukan penyelidik.
Mudah
menjawab
kerana
jawapan
disediakan.
Responden
bebas
memberi
jawapan
Jawapan mudah dianalisis
berdasarkan isu dikemukakan.
Ciri Soalan yang baik dalam Borang Soal Selidik
Soalan spesifik dan tidak mengelirukan (elak salah tanggapan responden) Soalan tidak terlalu banyak (jumlah soalan bersesuaian dengan objektif kajian, mengukur pembolehubah, soalan yang sederhana)
Soalan dapat difahami oleh pengkaji sendiri/responden dengan mudah iaitu: pengkaji tahu masalah yang hendak dikaji, penemubual (enumerator) jelas makna soalan dan responden faham soalan untuk dijawab.
Soalan-soalan yang pendek
Soalan-soalan tidak mendorong jawapan
Bahasa yang digunakan bersesuaian dengan kemampuan responden (mudah dan jelas)
Mempertimbangkan statistik yang bakal digunakan.
Jenis – jenis Soalan yang terkandung dalam borang soal selidik terbahagi kepada dua iaitu. Soalan Fakta iaitu soalan yang dikemukakan untuk mendapatkan data/fakta yang boleh diinterpretasikan menjadi maklumat seterusnya pengetahuan dan seterusnya Soalan pendapat: soalan yang dikemukakan secara terbuka (tidak mengandungi unsur betul/salah terhadap jawapan yang diberikan oleh responden
13
Susunan Soalan dalam Borang Soal Selidik
1. Pengenalan:
Tajuk penyelidikan
Kod responden/lokasi penyelidikan
Kata pengantar (alu-aluan & penghargaan)
Tujuan Penyelidikan
Nama penyelidik & organisasi
2. Soalan-soalan awal mudah dijawab (wujudkan kemesraan dulu).
Lazimnya soalan yang
mengandungi alternatif jawapan. 3. Soalan pendapat di bahagian akhir 4. Soalan yang sukar dijawab/berkaitan dengan diri responden boleh diletakkan di bahagian akhir. 5. Soalan menguji pengetahuan (cth: soalan ujian pengetahuan) di letak paling akhir.
4.0 KESIMPULAN
Semua cara pengumpuan data ini memberi peluang kepada pengkaji mendapatkan data yang banyak serta mendalam. Pengkaji perlulah teliti dalam memilih data yang sesuai digunakan untuk memberi jawapan kepada persoalan kajiannya. Pada masa yang sama, proses kutipan data memberi ruang untuk pengkaji menemui data yang tidak dijangkakan. Oleh itu, pengkaji perlu menyediakan minda yang terbuka dalam proses pengumpulan data untuk menerima maklumatmaklumat baru ini.
14
RUJUKAN
Gorad, S. (2002). Can we overcome the methodological schism? Four models for combining qualitative and quantitative evidence. Research Papers in Education 17(4), 345-361. Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif in Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29 Mac 2012. Organized by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim. Kamarul Azmi Jasmi ( 2012). Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan Kualitatitif. Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia. Skudai, Johor Baharu. Mack, N. Woodsong, E. MackQueen, K. M. , Guest, G. & Namey, E. (2005). Qualitative Research Methods: A Data Collectors Field Guide, Family Health International, Research triangle Park, NC: FHI. Moleong, LJ. 1989. Metodologi Penelitian Kualitatif. Bandung: Remaja Rosdakarya. Noraini idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. McGraw Hill (Malaysia) Othman lebar (2006). Penyelidikan kualitatif: pengenalan kepada teori dan metod. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2006 Sabitha Marican. 2005. Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Prentice Hall.
15