ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan jalan raya semakin berkurangan.Jelas di sini, tayar yang haus boleh meny ebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Tuan-tuan dan puan-puan, Bagi mengatasi masalah ini, pihak polis trafik telah mengadakan pelbagai usaha bagi mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Usaha yang dilakukan nampaknya masih kurang berkesan.Pihak kami sering mengadakan kempen keselamatan jalan raya terutama sempena sambutan hari raya. Hal ini kerana kami telah mendapat maklumat bahawa kejadian kemalangan jalan raya semasa musim perayaan meningkat dengan mendadak berbanding hari-hari lain. Hal ini kerana semua rakyat di Malaysia akan melakukan perjalanan jauh sarna ada pulang ke kampung ataupun pergi melancong. Kempen-kempen yang dilakukan tertumpu di jalan-jalan utama di seluruh negara.Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya. Pada tahun lepas, Menteri Besar Kedah telah menyertai kempen keselamatan jalan raya.Kempen ini telah diadakan di lebuh raya Bukit Kayu Hitam-Sungai Petani.Ketika beliau berucap, beliau telah menekankan kesedaran kepada para pemandu agar memandu kenderaan mereka dengan cermat.Malah beliau juga turut memberikan baju keselamatan kepada penunggang motosikal.Kempen ini sekurang-kurangnya berjaya memberikan sedikit pengetahuan kepada pengguna jalan raya. Pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan.Kami telah memasangnya di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju oleh pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam, justeru kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan pemandunya. Selepas disemak oleh pegawai kami, dan didapati mereka telah melanggar had kelajuan yang dibenarkan, pihak kami akan menghantar surat sama kepada pemiliknya. Cara ini telah dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ter utama di Lebuh Raya Utara-Selatan. Tuan-tuan dan puan-puan, Pasukan polis trafik bertugas selama 24 jam di sek itar jalan raya utam a di negara ini. Mereka akan memastikan agar pemandu tidak membawa kenderaan mer eka dengan laju atau secara berbahaya. Jika para pemandu memandu kenderaan mereka dengan laju, mereka boleh disaman ataupun kenderaan mereka boleh ditahan. Banyak saman t elah dikeluarkan oleh pasukan polis trafik melalui cara sebegini terutamanya di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan di Johor Bahru. Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri.Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu saya berharap agar setiap yang hadir ini menyedari pentingnya kita berhemah semasa memandu di jalan raya. Saya juga berharap perkara ini dapat disebarkan kepada orang l ain yang tidak menghadiri majlis ini. Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan.Sekian, terima kasih.
Kata orang µmalang tidak berbau¶.Oleh itu, kita perlu berhati-hati ketik a memandu. Menurut sumber Polis DiRaja Malaysia (PDRM), statistik tahun 2008 menunjukkan 373,047 kes kemalangan telah berlaku berbanding 363,319 kes pada tahun 2007 dan 341,252 kes pada tahun 2006. Kebanyakan kemalangan yang berlaku berpunca daripada kecuaian manusia itu sendiri. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan kemalangan yang berlaku ini berpunca daripada kelalaian manusia.Antara bentuk kecuaian yang dilakukan mereka ialah memandu laju atau berlumba di jalan raya. Pelbagai kemungkinan k boleh terjadi apabila kenderaan dipecut sesuka hati tanpa menghiraukan had laju ditetapkan. Slogan µKelajuan Boleh Membunuh¶ dan µJalan Raya ialah Sungai Maut¶ menjelaskan kepada kita bahawa kemalangan atau kematian boleh berlak u pada bila-bila masa saja seandainya kit a cuai atau lalai di jalan raya. Bentuk kecuaian kedua yang dilakukan oleh pemandu ialah tidak memeriksa dahulu kenderaan sebelum digunakan. Pemandu yang bers ikap µlepas tangan¶ begini sudah akan menghadapi masalah apabila bahagianbahagian tertentu kenderaan mereka sperti brek, lampu br ek, lampu isyarat, hon dan lain-lain tidak berfungsi. Banyak kends yang jatuh ke gaung atau terbabas kerana kerosakan brek.Ada juga kenderaan dilanggar dari belakang kerana lampu brek yang tidak menyala.Kenderaan dicipta dan digunakan untuk kemudahan manusia. Oleh itu, malang sekali apabila kita ditimpa kesusahan oleh kelalaian sendiri. Di samping itu, manusia juga dianggap cuai apabila memandu dalam keadaan mabuk, khayal dan mengantuk.Banyak kemalangan ngeri berlaku pada waktu larut malam awal pagi. Ini menunjukkan pemandu berada dalam situasi berkenaan ketika mem,, Ujian-ujian polis terhadap pemandu dan mangsa kemalangan membuktikan mereka memandu di bawah pengaruh alkohol. Penggunaan pil khayal dan ubat batuk juga mempengaruhi cara pemanduan yang boleh menyebabkan kemalangan. Fenomena pemanduan yang tidak berhemah ini akan menyusahkan semua pihak. Selain kecuaian pemandu, k emalangan juga berlaku disebabkan oleh k eadaan raya yang sempit, bengkangbengkok, berlubang dan sunyi.Hal ini cukup ketara jalan raya di kawasan pedalaman, seperti jalan raya dari Bentong ke Gua Musang. Keadaan jalan sebegini akan memberi tekanan kepada pemandu. Bagi pemandu yang kurang sabar, mereka akan memandu secara berbahaya. Misalnya, memotong di garisan berkembar atau ketika di selekoh.Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa apatah lagi apabila binatang melintas di hadapan.Jelasnya keadaan jalan raya juga boleh menyumbang ke arah kemalangan. Tidak seperti lebuh raya, kebanyakan jalan raya di negara kita tidak menyediakan.tempat rehat dan lampu jalan. Ketiadaan tempat rehat menjadikan pemandu terus memandu meskipun mereka keletihan dan mengantuk. Manakala jalan raya yang gelap pula boleh membawa risiko kemalangan yang tinggi.Rasa letih, mengantuk dan suasana menjadikan pemandu hilang tumpuan di jalan raya.Kealpaan yang sedikit menyebabkan j iwa melayang. Oleh itu, tempat rehat dan jalan yang disinari cahaya lampu adalah amat perlu untuk mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Pelbagai faktor boleh dijadikan sebab berlakunya kemalangan di jalan raya.Namun, faktor penting yang sukar dinafikan ialah manusia itu sendiri. Pelaksanaan Sistem Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) dan kempen-kempen keselamatan jalan raya di media massa boleh menyedarkan pemandu yang malang itu tidak berbau.
Punca-punca Kemalangan Jalan Raya Punca-punca Kemalangan Jalan Raya sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan jalan raya memandu dalam keadaan mengantuk atau m abuk sikap suka berlumba dan terlibat dalam lumba haram keadaan jalan raya yang sibuk terutamanya pada musim peraya an kenderaan yang tidak diperiksa dan dijaga dengan baik keadaan / sistem jalan raya kurang baik kelemahan penguatkuasaan undang-undang Langkah-langkah Mengatasi Kemalangan Jalan Raya Pengguna Pihak Berkuasa Memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Undang-undang dan peraturanjalan raya perlu diperketat (Polis, JPJ, dan pihak berkuasa tempatan). Mendapatkan rehat secukupnya selepas memandu dalam keadaan yang lama. Sistem jalan raya perlu dikemaskinikan. Jalan raya perlu dilebarkan. Lampu isyarat, simpang jalan, bulatan dan jejam bat dibina untuk kemudahan melin
Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya m elibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya.Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecedera an dan juga kematian.Negara kita merupakan antara negara y ang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi.Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untuk memahami m asalah ini.
Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya.Ramai pemandu yang mem andu dalam keadaan mabuk dan mengantuk atau tidak sedarkan diri.Ada juga yang tidak suka menjaga k enderaan mereka lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan s ebagainya. Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap mer eka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan m udah berlaku akibat kecuaian mereka ini.
Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik.Bias anya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati hati.Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini.Maka, keadaan jalan r aya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya.
Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerus berlaku di negara ini.Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketika dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik.Golongan muda juga diselar kerana mer eka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju.Sesungguhnya, satu alat mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik.
Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertamba h setiap tahun.Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan kenderaan.Sudah pasti keadaan ini meningkatkan per atusan untuk sesuatu kemalangan itu berlaku di jalan raya.Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi.
Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua. Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular lagi.Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga.Pandu cermat jika selamat.
Langkah-langkah Sejak akhir-akhir ini, tajuk-tajuk berita seperti di atas sering dipaparkan dalam media massa sama ada media cetak atau media elektronik. Fenomena ini kian kritikal dan menggusarkan fikiran masyarakat.Peratus kes kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun, terutamanya pada musim perayaan.Senario yang menggempark an ini tidak boleh dibiar berterusan dan mesti ditangani dengan secepat mungkin.Apakah usaha -usaha yang patut diimplementasikan bagi menyelesaikan m asalah yang mer unsingkan dan mengacaubilaukan minda masyarakat ini?
Kemalangan jalan raya tidak harus dipandang enteng, Mesti dibanteras ke akar umbi, Kudrat semua pihak mesti digembleng, Azam janganlah berbelah bagi.
Pada pendapat saya, kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha penyelesaian ini.Kerajaan mesti menguatkuasakan undang-undang.Hukuman berat mesti dikenak an terhadap sesiapa yang berani melanggar pera turan di jalan raya.Bak kat a peribahasa, "setinggi-tinggi terbangnya b angau, akhirnya pasti jatuh ke tanah".Tamsilnya, saya mencadangkan ag ar pesalah laku trafik haruslah didenda sekurang-kurangnya RM500 atau dipenjarakan selama enam bulan. Dengan ini, pengguna jalan raya tidak akan ber ani memperlekeh amaran kerajaan lagi.
Selain itu, kerajaan mesti m emperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk menguji pemandu kenderaan.Oleh sebab itu, usaha ker ajaan mestilah berlandaskan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.Lesen-lesen tidak harus diberikan kepada para pemandu dengan mudah.Rente tan itu, kerajaan mesti sentiasa membiayai ongkos untuk mengadakan pelbagai k empen kesedaran.Kempen-kempen ini haruslah diadakan dengan objektif menyedarkan para pengguna jalan raya tentang kepentingan mematuhi peraturan
jalan raya.Inisiatif ini mampu memb antu meminimumkan kemalangan di jalan raya y ang terus berlaku.
Seterusnya, polis trafik mestlah menjalankan tugas dengan dedikasi.Mereka mesti menjalankan tugas masing-masing dan memberkas golongan yang melangga r undangundang di jalan raya.Saman mesti sentiasa dikeluarkan untuk memberi amaran kepada si pelanggar peraturan j alan raya.Kelengkapan polis trafik mestilah sempurna.Di samping itu, polis trafik yang amanah amat diperlukan.Mereka tidak harus menerima r asuah sebaliknya mesti bersikap adil dan saksam a.Sikap berdiri di atas pagar mestilah dipraktikkan oleh anggota polis trafik.Implikasinya, polis-polis trafik juga turut memainkan peranan yang a gak penting.
Lain daripada itu, segenap lapisan masyarakat mesti melaksanakan tanggungjaw ab masingmasing.Jika didapati ada pengguna jalan raya telah melanggar undang-undang seperti mengadakan perlumbaan haram dan sebagainya, kita mesti seg era membuat laporan kepada pihak berkuasa.Dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara polis dan masyarakat, k emalangan dapat dikurangkan.
Kata orang tua-tua, malang tidak berbau.Pengguna jalan raya sendiri mesti memahami maksud bidalan ini.Pengguna jalan raya mesti sentiasa memerhatikan papan- papan tanda di tepi jalan.Papan tanda yang disediakan oleh kerajaan bertujuan memastikan keselamatan para pengguna di jalan raya.Keselamatan para pengguna jalan raya pasti dapat dijamin jika arahan telah dipatuhi.Akhir sekali, pemandu kenderaan mesti sentiasa memusatkan perhatian semasa memandu. Mereka tidak harus memandu sambil mem buat perkara lain seperti menggunakan telefon, bergosip dengan orang lain d an sebagainya.
Kesimpulannya, kemalangan yang di jalan raya berlaku tidak diimpikan oleh setiap orang.Bak kata pepatah, pandu cermat jiwa selamat .Pengguna-pengguna jalan raya mestilah mengimplementasikan kewajipan masing-masing.Dengan ini, barulah keselamatan setiap pengguna dapat dijamin.Usaha-usaha kolektif yang telah saya cadangkan mestilah dilaksanakan dengan segera.Ingat, hendak seribu daya, t ak hendak seribu dalih!
kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh salah laku jalan raya akan akan m embawa kerugian besar kepada masyarakat dan negara. Oleh kerana itu pihak yang berkenaan seharusnya mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini.
Secara pokoknya, masalah salah laku jalan raya mer upakan satu masalah yang berpunca daripada sikap pemandu jalan raya. Bertolak dari situ maka saluran penyelesaian masalah salah laku boleh berbunyi 3 P i aitu
* Pendidikan * Perundangan * Penyelidikan
Huraian mengenai ketiga-tiga pekara ini adalah seperti berikut.
PENDIDIKAN
Oleh kerana masalah salah laku jalan raya merupak an satu masalah sikap, maka pendidikan memainkan peranan yang terpenting untuk membentuk sikap pengguna yang baik dan sekali gus mengelakkan berlakunya salah laku jalan raya. Untuk tujuan mengurangkan masalah salah laku jalan raya, pengguna jalan raya harus dididik supaya mempunyai kesedaran kesela matan jalan raya, dan juga mempunyai sahsia diri yang betul sebagai seorang pengguna jalan raya.
Pendidikan untuk mengura ngkan salah laku jalan raya perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa iaitu sebelum seseorang itu m enjadi pemandu, semasa dia menerima latihan pemandu dan setelah dia sah menjadi pemandu. Maka pendidikan ini boleh disampaikan melalui tiga saluran iaitu:
* melalui sekolah dasar dalam matapelajaran moral, * melalui sekolah memandu * melalui komunikasi awam s eperti televisyen.
Secara lebih khusus lagi, fungsi yang dimainkan oleh pendidikan moral di sekolah untuk mengurangkan salah laku jalan r aya ialah memberikan pendidikan moral yang dasar supaya ia akan diterapkan dalam penggunaan jalan r aya. Contohnya, pelajar boleh menerapkan prinsip hormat-m enghormati yang dipelajari dalam sekolah ke dalam penggunaan jalan raya dengan sentiasa menghormati hak pengguna jalan raya y ang lain. Bagi sekolah memandu ia boleh memainkan fungsi dalam pekara ini dengan memberikan pendidikan memandu yang lebih berkhusus dan membentuk sahsiah diri yang betul, khusus bagi seorang pemandu. Manakala bagi komunikasi awam pula ia berperanan untuk mengingatkan pengguna jalan raya mengenai moral jalan raya dari semasa ke semasa.
PERUNDANGAN
Perundangan merupakan satu langkah yang penting untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya. Tanpa perundangan, pemandu-pemandu yang j ahat dan tidak masuk ajar akan terus mengancam keselamatan jalan raya.
Perundangan termasuk dua bahagian yang besar iaitu:
* Pembentukan undang-undang * Penguatkuasaan undang-undang
Pembentukan undang-undang merupakan asas kepada perundangan.Undang-undang yang dibentuk seharusnya mempunyai kesan psikologi ke atas pengguna jalan raya y ang jahat dan praktikal pula kepada pihak polis untuk dilaksanakan. Dengan ada undang-undang y ang membawa hukuman yang menakutkan maka sebahagian besar pengguna jalan raya akan takut terlibat dalam salah laku. Bagi sekelintir kecil pengguna jalan ray a yang keras kepala dan mengancam keselamatan aw am maka dibawah undang-undang ia boleh dihalang untuk terus demikian dengan mekanisme kepenjaraan.
Undang-undang tidak akan sempurna sekiranya ia tidak dilengkap dengan penguatkuasaan undang-undang. Penguatkuasaan yang baik sememangnya boleh meningkatk an kewibawaan undang-undang dan kesannya terhadap keselam atan awam.Untuk itu pihak berkuasa haruslah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
PENYELIDIKAN
Penyelidikan tidak boleh menyelesaikan m asalah salah laku jalan raya s ecara langsung. Tetapi ia boleh membantu kita menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik dalam jangka masa yang panjang. Secara kasarnya penyelidikan yang harus dibuat untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya adalah di bawah bidang seperti di bawah.
* Ilmu kaji k ejenayahan (criminology) * Pengurusan jalan raya
Ilmu kaji kejenayahan penting untuk kita memahami sala h laku jalan raya yang berat seperti keganasan jalan raya.Dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pekara ini maka , adalah lebih mudah untuk kita menyelesaikan m asalah ini.
Pengurusan jalan raya merupakan satu bidang yang luas. Ilmu ini diyakini bole h membantu mengurangkan salah laku pemandu kerana dengan adanya sistem trafik yang terurus, maka tekanan jiwa para pemandu akan menjadi kurang dan seterusnya salah laku mereka juga akan kurang. [sunting]
Kesimpulan
Salah laku jalan raya merupakan pekara yang berk aitan dengan sikap pengguna jalan raya.Dari segi etika pekara ini berpunca daripada keperibadian pengguna jalan raya y ang buruk, penyusunan tatatingkat nilai yang bermasalah dan juga pelbagai masalah psikologi
yang memecahkan benteng moral pemandu.Bagi menyelesaikan masalah salah laku jalan raya, pihak yang berkenaan seharusnya tidak m engambil pendekatan penyelesaian mudah seperti berkempen. Sebaliknya, pihak berkenaan seharusnya mengambil pendekatan menyeluruh seperti mengambil pendekatan 3 P, iaitu pendidikan, pengundangan dan penyelidikan. Akhir sekali, pengguna j alan raya disaran supaya lebih berbudi bahasa dan sentiasa mengelakkan diri daripada terlibat dalam salah laku jalan raya.