KARANGAN BAHAGIAN A (BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN) RANGSANGAN ) Bahagian A [Masa dicadangkan : 45 minit ] [30 markah ]
Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah bagi menceriakan kawasan sekolah . Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS
PROGRAM GOTONG-ROYONG
KECERIAAN KAWASAN SEKOLAH
PERDANA
MEMBINA TAMAN MINI
Prosedur: 1.
Pastikan calon menganalisis soalan dan mengenal pasti: i. ii. iii.
Tugasan Tema Kata kunci
: : :
langkah-langkah bagi menceriakan kawasan sekolah keceriaan kawasan sekolah langkah-langkah
PENDAHULUAN Ayat 1: TEMA
Ayat 2: JUSTIFIKASI
Ayat 3 : TUGASAN
Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan.........................( sebutkan tema ) dalam kalangan........................... ( sebutkan isu ini melibatkan siapa ) saban waktu diwarawarakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited dan ber iltizam untuk mendepani isu ini kerana......(peribahasa) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ATAU hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ATAU yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang Persoalannya, apakah.......................................( salin tugasan soalan) dan berakhir dengan tanda tanya (?)
Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan keceriaan kawasan sekolah dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Persoalannya apakah langkah-langkah bagi menceriakan kawasan sekolah?
ISI PERTAMA Ayat Topik
Rumus
GAPO
Ayat 1
Ayat Huraian 1
Rumus Ayat 2
BAKPO Ayat Huraian 2
Rumus Ayat 3
BAKPO LAGI? Ayat Contoh LAGU MANA Ayat Penegas YO LO KO NI?
Rumus Ayat 4 Rumus Ayat 5
Pada pendapat saya + (TUGASAN) + yang paling utama/efektif + ialah/adalah dengan + (ISI PERTAMA) Pada pendapat saya, langkah bagi menceriakan kawasan sekolah yang paling efektif adalah dengan menganjurkan Pertandingan Keceriaan Kelas . Hal ini dikatakan demikian kerana + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA) Hal ini dikatakan demikian kerana Pertandingan Keceriaan Kelas yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat memastikan setiap pelajar memainkan peranan secara aktif dalam menceriakan kelas masing-masing. Di samping itu, + (ISI) + juga dapat memastikan + (MENGAPA) Di samping itu, pertandingan ini juga dapat memastikan mereka bekerjasama menceriakan kelas sebagai satu pasukan bak kata pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Sebagai contoh, + (ISI) + seperti... Sebagai contohnya, Pertandingan Keceriaan Kelas yang boleh diadakan seperti Kelas Paling Bersih, Kelas Paling Ceria, Kelas Paling Teratur dan sebagainya. Tegasnya, + (ISI) + (TUGASAN) Tegasnya, Pertandingan Keceriaan Kelas merupakan langkah bagi menceriakan kawasan sekolah yang paling efektif
Pada pendapat saya, langkah bagi menceriakan kawasan sekolah yang paling efektif adalah dengan menganjurkan Pertandingan Keceriaan Kelas. Hal ini dikatakan demikian kerana Pertandingan Keceriaan Kelas yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat memastikan setiap pelajar memainkan peranan secara aktif dalam menceriakan kelas masing-masing. Di samping itu, pertandingan ini juga dapat memastikan mereka bekerjasama menceriakan kelas sebagai satu pasukan bak kata pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Sebagai contohnya, Pertandingan Keceriaan Kelas yang boleh diadakan seperti Kelas Paling Bersih, Kelas Paling Ceria, Kelas Paling Teratur dan sebagainya. Tegasnya, Pertandingan Keceriaan Kelas merupakan langkah bagi menceriakan kawasan sekolah yang paling efektif.
ISI KEDUA Rumus Ayat Topik GAPO
Ayat Huraian BAKPO
Ayat Huraian BAKPO
Ayat Contoh LAGU MANA
Ayat Penegas YO LO KO NI
Ayat 1 Rumus Ayat 2
Rumus Ayat 3
Rumus Ayat 4
Rumus Ayat 5
Selain itu, + (ISI) + juga dikenal pasti sebagai + (TUGASAN – Tukar kata kunci) Selain itu, Program Gotong-Royong Perdana juga dikenal pasti sebagai cara bagi menceriakan kawasan sekolah. Saya berpendapat demikian kerana + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA) Saya berpendapat demikian kerana Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan oleh pihak sekolah pada hujung minggu setiap bulan dapat menjadikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa dalam keadaan bersih dan indah. Lagipun, + (ISI) + juga dapat me………kan + (MENGAPA) Lagipun, program ini juga dapat mengelakkan warga sekolah daripada sebarang penyakit yang disebabkan oleh masalah kebersihan seperti demam denggi dan keracunan makanan. Misalnya, + (ISI) + termasuklah... Misalnya, Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan termasuklah gotong-royong membersihkan kawasan kantin, kawasan asrama, tandas dan lain-lain. Jelaslah, salah satu ... + tugasan + isi kedua Jelaslah, salah satu cara bagi menceriakan kawasan sekolah adalah dengan mengadakan Program Gotong-Royong Perdana di sekolah.
Selain itu, Program Gotong-Royong Perdana juga dikenal pasti sebagai cara bagi menceriakan kawasan sekolah. Saya berpendapat demikian kerana Program GotongRoyong Perdana yang diadakan oleh pihak sekolah pada hujung minggu setiap bulan dapat menjadikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa dalam keadaan bersih dan indah. Lagipun, program ini juga dapat mengelakkan warga sekolah daripada sebarang penyakit yang disebabkan oleh masalah kebersihan seperti demam denggi dan keracunan makanan. Misalnya, Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan termasuklah gotong-royong membersihkan kawasan kantin, kawasan asrama, tandas dan lain-lain. Jelaslah, salah satu cara bagi menceriakan kawasan sekolah adalah dengan mengadakan Program Gotong-Royong Perdana di sekolah.
ISI KETIGA
Ayat Topik GAPO Ayat Huraian BAKPO Ayat Huraian BAKPO
Ayat Contoh LAGU MANA Ayat Penegas YO LO KO NI
Rumus Ayat 1 Rumus Ayat 2
Rumus Ayat 3
Rumus Ayat 3 Rumus Ayat 4
(TUGASAN – Tukar kata kunci) + yang berikutnya ialah/adalah dengan + (ISI) Usaha bagi menceriakan kawasan sekolah yang berikutnya adalah dengan membina banyak taman mini di sekolah. Dalam konteks ini + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA) Dalam konteks ini, pembinaan lebih banyak taman mini di kawasan-kawasan strategik di sekolah melalui aktiviti kelab dan persatuan dapat melahirkan suasana yang cukup tenang, indah dan ceria. Tambahan pula, + (ISI) + juga dapat me……. + (MENGAPA) Tambahan pula, pembinaan taman ini juga dapat menjadi daya tarikan kepada para pelajar untuk datang ke sekolah ser ta memberi motivasi kepada mereka untuk sama-sama menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. Sebagai tamsilan, + (ISI) + merangkumi .... Sebagai tamsilan, pembinaan taman mini merangkumi taman orkid, taman herba, taman burung dan sebagainya. Saya optimis + isi 3 + tugasan Saya optimis, pembinaan taman mini merupakan antara usaha yang boleh dilaksanakan bagi menceriakan kawasan sekolah.
Usaha bagi menceriakan kawasan sekolah yang berikutnya adalah dengan membina banyak taman mini di sekolah. Dalam konteks ini, pembinaan lebih banyak taman mini di kawasan-kawasan strategik di sekolah melalui aktiviti kelab dan persatuan dapat melahirkan suasana yang cukup tenang, indah dan ceria. Tambahan pula, pembinaan taman ini juga dapat menjadi daya tarikan kepada para pelajar untuk datang ke sekolah serta memberi motivasi kepada mereka untuk sama-sama menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. Sebagai tamsilan, pembinaan taman mini merangkumi taman orkid, taman herba, taman burung dan sebagainya . Saya optimis, pembinaan taman mini merupakan antara usaha yang boleh dilaksanakan bagi menceriakan kawasan sekolah.
KESIMPULAN Rumus Saranan + Harapan
Ayat 1
Seruan
Rumus Ayat 2
Kesimpulannya, + sasaran dalam tugasan + mestilah berusaha untuk me......... + Tema + agar....... Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menceriakan kawasan sekolah agar sekolah menjadi tempat yang kondusif untuk menuntut ilmu. Seruan (hafal dan ubah suai) Usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama!
Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menceriakan kawasan sekolah agar sekolah menjadi tempat yang kondusif untuk menuntut ilmu . Usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama!
Contoh Karangan Lengkap:
Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan keceriaan kawasan sekolah dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Persoalannya apakah langkah-langkah bagi menceriakan kawasan sekolah? Pada pendapat saya, langkah bagi menceriakan kawasan sekolah yang paling efektif adalah dengan menganjurkan Pertandingan Keceriaan Kelas. Hal ini dikatakan demikian kerana Pertandingan Keceriaan Kelas yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat memastikan setiap pelajar memainkan peranan secara aktif dalam menceriakan kelas masing-masing. Di samping itu, pertandingan ini juga dapat memastikan mereka bekerjasama menceriakan kelas sebagai satu pasukan bak kata pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Sebagai contohnya, Pertandingan Keceriaan Kelas yang boleh diadakan seperti Kelas Paling Bersih, Kelas Paling Ceria, Kelas Paling Teratur dan sebagainya. Tegasnya, Pertandingan Keceriaan Kelas merupakan langkah bagi menceriakan kawasan sekolah yang paling efektif. Selain itu, Program Gotong-Royong Perdana juga dikenal pasti sebagai cara bagi menceriakan kawasan sekolah. Saya berpendapat demikian kerana Program GotongRoyong Perdana yang diadakan oleh pihak sekolah pada hujung minggu setiap bulan dapat menjadikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa dalam keadaan bersih dan indah. Lagipun, program ini juga dapat mengelakkan warga sekolah daripada sebarang penyakit yang disebabkan oleh masalah kebersihan seperti demam denggi dan keracunan makanan. Misalnya, Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan termasuklah gotong-royong membersihkan kawasan kantin, kawasan asrama, tandas dan lain-lain. Jelaslah, salah satu cara bagi menceriakan kawasan sekolah adalah dengan mengadakan Program Gotong-Royong Perdana di sekolah. Usaha bagi menceriakan kawasan sekolah yang berikutnya adalah dengan membina banyak taman mini di sekolah. Dalam konteks ini, pembinaan lebih banyak taman mini di kawasan-kawasan strategik di sekolah melalui aktiviti kelab dan persatuan dapat melahirkan suasana yang cukup tenang, indah dan ceria. Tambahan pula, pembinaan taman ini juga dapat menjadi daya tarikan kepada para pelajar untuk datang ke sekolah serta memberi motivasi kepada mereka untuk sama-sama menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. Sebagai tamsilan, pembinaan taman mini merangkumi taman orkid, taman herba, taman burung dan sebagainya. Saya optimis, pembinaan taman mini merupakan antara usaha yang boleh dilaksanakan bagi menceriakan kawasan sekolah. Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menceriakan kawasan sekolah agar sekolah menjadi tempat yang kondusif untuk menuntut ilmu. Usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama! CSL2013