Keluarga Bahagia Menjamin Masyarakat Penyayang
Satu hal yang menjadi keyakinan umum bahawa kebajikan seseorang insan adalah berpunca daripada status kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Darinya akan mewujudkan sebuah masyarakatyang berbudi dan berbudaya mulia yang akhirnya akan membentuk satu sistem sosial yang mantap dandapat menghadapi pelbagai arus cabaran. Memandangkan betapa pentingnya institusi kekeluargaandalam pembentukan masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang, maka sewajarnya ia diberiperhatian utama. kita haruslah selalu mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. Kita patutlah mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap setiap anggota keluarga supaya konflik dan masalah tidak wujud antara keluarga. Contohnya, kita haruslah meraikan hari istimewa seperti hari ibu bapa, hari jadi bersama-sama dengan ahli keluarga supaya hubungan silaturahim antara satu sama lain dapat dieratkan. Kita juga seharusnya mencurahkan perasaan kasih dan saying yang mendalam dan berkekalan terhadap ahli keluarga. Contohnya, kita haruslah menjaga ibu bapa dan anggota keluarga yang tua dan uzur untuk mengenang jasa budi mereka tanpa mengetepikan atau mengabaikan keperluan mereka. .
Selain itu, nilai mengekalkan tradisi kekeluargaan juga harus diamalkan oleh setiap anggota keluarga. Kita harus menerima ,menghormati dan mengamalkan adat dan kepercayaan keluarga sendiri. Contohnya, kita seharusnya mengamalkan tradisi kekeluargaan sendiri dalam kehidupan seharian seperti budaya pemberian ang pau ketika Tahun Baru China. Kita harus menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga. Contohnya, kita haruslah memberi sokongan kepada semua aktiviti kebudayaan dan kesenian yang dianjurkan oleh kerajaan atau badan pelbagai kerajaan.
Kita juga haruslah mengamalkan nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga. Kita harus memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan member layanan secara bersopan. Contohnya, kita haruslah mengambil kira aspek perasaan, minat, pendapat mahupun perlakuan ahli keluarga yang lain ketika berinteraksi atau berkomunikasi dengan mereka. Kita harus berinteraksi dan memberikan layanan secara bersopan terhadap ahli keluarga. Contohnya, kita haruslah mengucapkan terima kasih apabila menerima layanan dan memohon maaf apabila membuat kesilapan yang tidak diingini. Kesimpulannya, hubungan yang baik antara anggota keluarga amat diperlukan untuk melahirkansebuah keluarga yang bahagia. Dengan adanya hubungan yang kukuh dan
kasih sayang antara sesebuahkeluarga, penyayang dapat diwujud.
masyarakat
Langkah-langkah Mengatasi Kes Penderaan Kanakkanak
Penderaan kanak-kanak bermaksud satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan atau tindakan zalim yang dilakukan terhadap golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun. Kebelakangan ini, kes penderaan kanak-kanak semakin meleluasa. Penderaan kanak-kanak telah menjadi salah satu masalah global yang gempar. Jika masalah penderaan tidak dicegah dengan segera, ia akan memberi impak yang serius terhadap kesihatan mental dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak. Di samping itu, kehidupan dan perkembangan sepanjang kehidupan mereka juga akan dijejaskan. Dengan itu, ia akan menjadi masalah masyarakat secara amnya. Kerajaan boleh mengadakan kempen antipenderaan untuk mendedahkan kepada masyarakat secara umum bagi
membanteras masalah penderaan. Kempen ini akan memberi kesedaran kepada para ibu bapa supaya lebih melindungi anak-anak mereka. Di samping itu, mereka akan lebih memahami tanggungjawab mereka yang sebagai seorang ibu bapa. Jadi, mereka akan mengelakkan anak mereka menjadi mangsa penderaan yang seterusnya.
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah penderaan. Pegawai kebajikan masyarakat haruslah membuat lawatan siasatan terhadap keluarga yang berkenaan apabila menerima aduan. Mereka perlulah memberi bantuan dengan segera sekiranya mendapati masalah penderan berlaku dalam sesebuah keluarga. Dengan bantuan mereka, kes penderaan dapat dikurangkan. Kerajaan juga boleh menguatkan kuasa undangundang seperti menjatuhkan hukuman yang berat seperti hukuman mati terhadap sesiapa yang mendera kanak-kanak. Dengan cara mempertingkatkan penguatkuasaan undangundang, pendera-pendera akan berasa takut dan tidak berani melakukan perbuatan yang begitu kejam ini. Namun, kanak-kanak dapat dilindungi daripada penderaan. Di samping itu, pihak-pihak yang berkenaan juga boleh mengadakan kelas-kelas bimbingan di setiap tempat. Kelas ini khususnya bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini akan memberi pengetahuan kepada
setiap pasangan tentang peranan mereka serta tanggungjawab yang perlu dipikul dan ditanggung setelah berumah tangga. Mereka dapat bersiap sedia diri dalam kehidupan yang baru. Mereka akan lebih memahami bagaimana cara untuk membimbing anak dan sebagainya. Kerajaan haruslah mengamalkan nilai melindungi hak kanak-kanak. Kerajaan haruslah membela dan member naungan kepada kanak-kanak. Contohnya, kerajaan haruslah kempen antipenderaan kanak-kanak untuk mendedahkan masyarakat supaya tidak terlibat dalam gejala ini serta bersama-sama membanteras masalah penderaan kanak-kanak. Kerajaan haruslah memelihara kanak-kanak bagi menjamin kehidupan atau perkembangan mereka yang sempurna. Contohnya, kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang atau akta yang berkaitan dengan kanakkanak serta memberi hukuman berat terhadap mereka yang terlibat dengan kes penderaan kanak-kanak. Pihak kerajaan juga harus mengamalkan nilai bertanggungjawab . Pihak kerajaan harus memikul tugas serta kewajipan dengan sempurna. Contohnya, pihak kerajaan harus memikul tugas sebagai pemantau atau melakukan siasatan terhadap keluarga berkenaan apabila menerima aduan. Pihak kerajaan harus melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna bagi melindungi kanakkanak. Contohnya, pihak kerajaan harus mengadakan kelas bimbingan bagi golongan yang ingin mendirikan rumah tangga dengan menjelaskan tanggungjawab mereka sebagai pendidik dan pemberi kasih sayang apabila mereka sudah ada anak nanti.
Masyarakat seharusnya mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang. Masyarakat seharusnya menerima peraturan dan undang-undang tentang hak kanak-kanak. Contohnya, masyarakat seharusnya menerima kewujudan atau penguatkuasaan Akta Kanak-kanak 2001 bagi mengelakkan kanak-kanak daripada didera emosi, fizikal, seksual dan sebagainya. Masyarakat seharusnya mematuhi peraturan dan undang-undang tentang kanakkanak. Contohnya, masyarakat seharusnya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan ataupun dikuatkuasakan oleh kerajaan serta melaporkan kepada pihak berkenaan jika mendapati terdapat kes penderaan kanak-kanak. Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan satu tindakan zalim yang bertentangan dengan agama. Hal ini kerana perbuatan sedemikian hanya untuk bertujuan menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan diri sendiri. Kanakkanak merupakan generasi berharapan bagi negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani masalah ini demi perkembangan kanak-kanak yang seimbang.