Kepentingan Kepentingan perlembagaan
a)Mengikat rakyat dan kerajaan (untuk patuh dan hidup dalam kesejahteraan dan rakyat hidup aman dan damai) b)Mengatur sistem pemerintahan dan pentadbiran c)Menetapkan hak-hak asasi dan tanggungjawab rakyat Malaysia d)Menjadi kuasa terpenting dalam penggubalan undang -undang e)Menjaga hak dan kepentingan penduduk Malaysia f)Menjelaskan bidang kuasa kehakiman, perundangan, kuasa negeri dan kuasa persekutuan
http://pgsragama08.blogspot.com/2009/11/kepentingan http://pgsragama08.blogspot. com/2009/11/kepentingan -perlembagaanmalaysia.html Kepentingan perlembagaan kepada negara kita ialah untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Kepentingan perlembagaan perlembagaan juga dapat m mene ene ntukan rangka, bentuk pemerintahan dan kuasa untuk menerajui kerajaan, menjamin pentadbiran yang cekap, jujur dan adil. Kepentingan perlembagaan seterusnya dapat menjamin keselamatan dan keamanan rakyat. Perlembagaan dapat menggariskan kebebasan dan hak as asi warganegara seperti kebebasan diri,kebebasan bercakap, memiliki harta dan beragama. Kepentingan perlembagaan apabila ia dapat menentukan batasan untuk menjaga keselamatan, kemakmuran rakyat dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar. Kepentingan perlembagaan juga dapat memupuk unsur taat setia kepada negara. Seseorang itu akan dilucutkan kerakyatannya jika kerajaan Malaysia mendapati dia tidak setia atau telah memperolehi kerakyatan negara lain.
Kepentingan perlembagaan juga apabila dapat memast ikan wujudnya keadilan sosial antara kaum, hak kebebasan asasi manusia dihadkan bagi mengelakkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan (1970), yang menghadkan kebebasan bercakap bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. Kepentingan perlembagaan juga supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan sebagaimana yang dipersetujui dalam Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia . Perlembagaan juga penting untuk mewujudkan integrasi nasional bagi mempercepatkan lagi proses pembentukan negara dan bangsa yang bersatu dan berdaulat. Perlembagaan juga menjadi penting sebagai panduan pemerintahan kerajaan negeri. http://5s2st.netfirms.com/sejarah5.htm
Kepentingan Perlembagaan
Kepentingan Perlembagaan Persekutuan ialah: 1. Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan serta prinsip -prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan. 2. Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak asasi rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta. Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan. 3. Perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasa n atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum. 4. Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan pembangunan negara. Kepentingan perlembagaan di sesebuah negara itu juga mempunyai haluan tertentu. Hal ini demikian kerana, perlembagaan mempunyai undang -undang dasarĀ yang menentukan arah politik negara tersebut. Menerusi perlembagaan, arena politik negara dapat ditentukan dan parti -parti politik pula mengetahui hala tuju semasa memegang kuasa dan mentadbir nega ra.
http://pewariskeamanan.blogspot.com/2010/08/2 -kepentingan-perlembagaan.html
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI SESEBUAH NEGARA. Sebagaimana yang kita sedia maklum, perlembagaan berfungsi untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan negara yang adil dan mampu untuk memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Perlembagaan akan membolehkan pemimpin atau pentadbir menjalankan tugasnya tanpa berlakunya penyalahgunaan kuasa. Seterusnya, kita akan melihat sejauhmana kepentingan perlembangaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
Menurut Hasnah Husin (2007), kewujudan perlembagaan adalah bertujuan untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidak menjurus kepada sesetengah kaum sahaja. Sebagai contoh, Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia mewartakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Namun begitu, kewujudan bahasa rasmi atau kebangsaan tidak
menjejaskan bahasa ibunda kaum lain malah bahasa ibunda mereka di jamin oleh Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan juga bertujuan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.Sebagai contoh, Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan kuasa kepada seseorang pemerintah ataupun kerajaan agar dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan mengikut tuntutan perlembagaan. Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan dominasi kuasa oleh sesuatu pihak atau kaum. Di samping itu, Perlembagaan Persekutuan Malaysia turut memperuntukkan kuasa kepada rakyat melalui kebebasan asasi yang termaktub pada Perkara 5 -13 dalam perlembagaan Malaysia. Hal ini menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Sebagai contoh, Perkara 5(1), Tiada se seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang -undang. Oleh hal demikian, pergerakan atau tingkah laku rakyat akan dapat dikawal dan keharmonian serta kesejahteraan negara akan terjamin.
Perlembagaan Malaysia turut menggariskan beberapa perkara untuk Yang di-Pertuan Agong bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa. Menurut Perkara 34(3), Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa -apa perusahaan komersil. Hal ini mengelakkan baginda meng unakan kuasa yang ada untuk mengaut keuntungan yang bersifat peribadi. Disamping itu,Perkara 40(1A) turut menyatakan bahawa Yang di -Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri, yang mengetuai jemaah menteri. Langkah ini juga dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah iaitu Yang di-Pertuan Agong.
Sistem politik Malaysia adalah warisan sistem politik beraja telah wujud sekian lama. Justeru itu, sistem politik beraja telah dimaktubkan dalam perlembagaan tetapi diwujudkan d alam konteks Raja Berpelembagaan. Menurut Shamsul Amri Baharuddin(2007), perlembagaan bertujuan untuk menjamin Kedaulatan institusi beraja, Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan undang-undang melalui Perkara 181. Oleh hal demikian,kedaulatan raj a-raja melayu akan dipertahankan dan menjadi simbol taat setia rakyat kepada institusi beraja. Di
samping itu, melalui Perkara 10(4) turut menyatakan batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, islam, orang melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya. Melalui lunas-lunas perlembagaan ini, kemakmuran negara kita yang mempunyai pelbagai kaum akan sentiasa terjamin dan menjunjung institusi beraja yang wujud sekian lama. Perlembagaan juga menjadi wadah untuk menyelesaikan masalah khususnya berkaitan undang-undang. Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Semua jenis undang -undang yang diluluskan tidak boleh bercanggah d engan perlembagaan dan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan adalah tidak sah .
Sebarang masalah dalam penggubalan undang -undang atau rujukan apa-apa hukuman seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan.. Perlembagaan Malaysia juga berp eranan dalam memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum. Bagi menjamin keadilan antara kaum, kebebasan ini dihadkan. Hal ini bermakna seseorang itu diberi kebebasan bercakap tetapi kebebasan ini dihadkan oleb Bab I Perkara 10(2)(a) kerana seseorang it u tidak dibenarkan bercakap mengenai isu sensitif yang boleh menimbulkan kebencian terhadap kaum lain, yang akan mengakibatkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan antara kaum serta mengancam keselamatan negara. Bagi tujuan ini,Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan pada tahun 1970 yang mengehadkan hak kebebasan seseorang bercakap. Akta ini tidak membenarkan seseorang itu bercakap dengan sewenang -wenangnya sehingga menyentuh isu sensitif yang boleh menimbulkan rusuhan kaum. Dengan ini perlembagaa n menjamin keselamatan setiap rakyat daripada dianiaya.
Perlembagaan Malaysia juga menentukan supaya hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Hal ini kerana keistimewaan ini adalah jaminan awal sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan sebelum Sabah dan Sarawak bersetuju memasuki Malaysia pada tahun 1963. Antara perkara yang dikaitkan dengan hak keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang melayu ialah
Tanah Simpanan Melayu, kuota dalam perkhidmatan awam,biasiswa kerajaan,pendidikan awam,le sen perdagangan dan permit (Paimah Atoma,2008) Walau bagaimanapun semua warganegara Malaysia, tanpa mengira kaum adalah sama rata di sisi undang -undang (Perkara 8 (1)),bebas menganut dan mengamal agama masing-masing (Perkara 11(1)) dan berhak memiliki harta (Perkara 13). Selain perkara di atas, terdapat juga peruntukan mengenai hak pelajaran (Perkara 12 (1)) yang menegaskan bahawa tidaklah boleh ada perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata -mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir untuk kemasukan dan bayaran yuran ke institusi pendidikan yang diselenggarakan oleb kerajaan. Oleh itu, isu-isu yang memperjuangkan hak sama rata antara bumiputera dan bukan bumiputera perlu di ambik perhatian serius kerana ini akan mengancam keharmonian negara. Pihak yang menuntut hak sama rata ini juga perlu meneliti isu ini daripada sudut perundangan dan perlembagaan agar peristiwa berdarah13 Mei 1969 tidak berulang. Bagi menjamin kesetiaan rakyat, Perlembagaan Persekutuan Malaysia turut menggariskan perkara mengenai unsur taat setia. Perkara 24 menyatakan bahawa seseorang itu akan diperintah dilucutkan kerakyatannya sekiranya kerajaan Malaysia berpuas hati bahawa seseorang itu telah memperoleh kerakyatan negara lain. Manakala Perkara 25 menyatakan bahawa seseorang itu diarahkan dilucutkan kerakyatannya sekiranya terbukti yang dia tidak setia atau tidak suka kepada negara ini. Oleh hal demikian, keharmonian serta kemakmuran negara tidak akan tercalarĀ disebabkan perbuatan tidak setia ataupun belot pada negara dan derhaka kepada Yang di-Pertuan agong. Menurut Mustafa Ishak ( 2006), dalam karyanya Politik dan Pemerintahan Negara, perlembagaan mempunyai peranan penting dalam memastikan keutuhan dan kestabilan sesebuah negara. Kerajaan adalah unsur yang tidak kekal dalam pembentukan negara, dan apabila berlaku pertukaran kerajaan maka perlembagaan akan berperanan untuk memberi panduan dan rujukan mengenai urusan perlantikan dan pemilihan pemerintah. Oleh hal yang demikian,kestabilan negara akan terus bertahan kerana kerajaan yang baru akan mengikut lunas undang-undang yang digariskan dalam perlembagaan. Mustafa Ishak ( 2006) turut menyatakan, kerajaan yang berpelembagaan dikatakan wujud apabila sesebuah negara diperintah menurut undang-undang dan prinsip-prinsip perlembagaan dan
prosedur pemilihan pemerintah itu selari dengan peraturan dan panduan perlembagaan.
http://www.scribd.com/doc/20211851/Kepentingan -an-Dalam-Konteks-HubunganEtnik-Di-Sesebuah-Negara