kesan penting daripada penjajahan British di Malaysia dari sudut politik.Full description
- Penjajahan Belanda Di Tanah Melayu - http://drsir.blogspot.com/2012/07/mpw-1133- zaman-penjajahan-belanda.htmlFull description
tamadun cina dan islam pengaruh malaysia
sejarah dan perkembangan peradilan agama di IndonesiaDeskripsi lengkap
Perkembangan pendidikan di suatu negara sangat erat kaitannya dengan kebijakan pendidikan yang diterapkan oleh penguasa negara tersebut. Karena kebijakan pendidikan yang diambil oelh pemerin…Full description
not completedFull description
TeoriFull description
Transfer Persediaan Antarperusahaan, AKL 1Full description
Tuntutan Filipina Ke Atas SabahFull description
Full description
dsad
Kesan kedatangan Sepanyol ke Asia Tenggara
Kemasukan Imigran Ke Tanah Melayu Pada Abad Ke-19
Full description
KESAN PENJAJAHAN BELANDA KE ATAS NEGERI-NEGERI MELAYU
Selepas kejatuhan Portugis, Tanah Melayu menyaksikan era penjajahan Belanda yang berlangsung selama 154 tahun iaitu i aitu sejak tahun t ahun 1641 hingga tahun 1795. Penjajahan Belanda di Timur bermula apabila mereka berjaya menguasai Betawi dan menghalau kuasa Inggeris selepas pembunuhan beramai-ramai di Ambon pada tahun 1623 1. Rentetan peristiwa tersebut, Belanda merancang untuk melakukan sekatan perdagangan di Selat Melaka agar dapat menamatkan persaingan dengan Portugis di Melaka. Kejayaan Belanda menundukkan kuasa besar Portugis sebenarnya adalah disebabkan Belanda menerima bantuan daripada angkatan tentera Johor-Riau. Meskipun pada mulanya Belanda seakan-akan menjalinkan hubungan yang baik dengan Johor namun hakikatnya Belanda hanya memanfaatkan Johor demi merealisasikan impiannya iaitu menguasai perdagangan rempah di kepulauan Melayu dan memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu. Kelicikan kuasa Belanda menakluki Tanah Melayu khususnya negeri Melaka, Johor, Perak dan Selangor boleh dilihat jelas melalui kesan penjajahan yang berlaku dari aspek politik, ekonomi dan dan sosial.
POLITIK
Berakhirnya pengaruh Portugis merupakan salah satu kesan politik yang boleh dilihat jelas akibat daripada kejayaan Belanda menakluki Melaka pada tahun 1641. Peristiwa penaklukan Belanda terhadap Melaka adalah tidak sama seperti Portugis. Hal ini dikatakan demikian kerana kejayaan yang diperoleh oleh Belanda bukanlah hasil usaha Belanda semata-semata. Hubungan persahabatan yang terjalin di antara Johor dan Belanda menyebabkan Johor bersetuju memberikan bantuan kepada Belanda untuk menyerang Portugis di Melaka pada ketika itu. Hubungan ini terjalin kerana kedua-dua buah kuasa ini menyimpan hasrat yang sama iaitu mengusir Portugis dari Melaka demi merealisasikan impian mereka. Johor ingin menebus kembali taktha kerajaan Melayu Melaka manakala Belanda pula ingin menguasai aktiviti perdagangan yang berlaku di Selat Melaka. Menurut Haryati Hassan, Belanda percaya bahawa sesiapa sahaja yang berjaya menguasai dan mengawal Selat Melaka maka merekalah yang dapat menguasai sepenuhnya kekayaan perdagangan yang melaluinya 2. Dengan wujudnya kesepakatan tersebut, angkatan Johor-Belanda berjaya menakluki Melaka sekaligus mengakhiri era penjajahan Portugis di Melaka yang sudah berlangsung selama 130 tahun sejak peristiwa hitam 1511.
Selain itu, wujudnya Perjanjian Inggeris-Belanda juga adalah salah satu kesan yang memberi impak terhadap institusi pemerintahan di Tanah Melayu khususnya negeri Johor. 1
Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin & Ahmad Sohaimi Lazim (2009) Kenegaraan dan Ketamadunan. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Hlm. 44. 2 Haryati Hassan (2012) Malaysia: Melaka Hingga Negeri-Negeri Melayu Baru. Perak Darul Takzim: Universiti Pendidikn Sultan Idris. Hlm. 30.
Menurut Syariefudin Abdullah, kuasa Eropah Inggeris dan Belanda ini sudah bermusuhan selama lebih daripada 200 tahun. Oleh itu, perjanjian ini dimeterai adalah bertujuan untuk menamatan pergeseran yang berterusan demi menjaga kepentigan masing-masing3. Perjanjian ini telah mengakibatkan empayar Johor-Riau mengalami keruntuhan dan kepulauan Melayu turut dibahagikan kepada dua bahagian yang membezakan pengaruh Belanda dan Inggeris. Ini terbukti apabila negeri-negeri yang terletak di Utara Selat Singapura serta Melaka menjadi jajahan British manakala kawasan Selatan Selat Singapura, Sumatera dan Jawa pula menjadi jajahan Belanda.
EKONOMI
Pertapakan Belanda di Melaka pada tahun 1641 telah mencorakkan pelbagai kesan terhadap ekonomi di negeri-negeri Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana hubungan yang terjalin di antara Johor dan Belanda telah membolehkan Johor membangunkan semula ekonomi perdagangan yang telah terbantut akibat daripada peristiwa Perang Segi Tiga yang tidak berkesudahan semasa pendudukan kuasa Portugis di Melaka4. Berkat kebijaksanaan Sultan Johor yang memerintah pada ketika itu hubungan baik yang terjalin berkekalan hingga tahun 1784. Ikatan persahabatan yang terjalin mengizinkan para pembesar dan saudagar tempatan untuk berdagang sesuka hati di sepanjang Selat Melaka tanpa ada sebarang sekatan daripada pihak Belanda kerana sesungguhnya kuasa Belanda sangat terkenal dengan sifatnya yang suka mengamalkan dasar monopoli terhadap mana-mana kuasa yang dijalinkan hubungan bersama. Dengan demikian maka jelaslah bahawa pertapakan Belanda di Melaka sememangnya telah membuka lembaran baru terhadap Johor untuk bangkit dan menghidupkan kembali aura kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka yang menjadi tunjang kewujudan Kerajaan Melayu Johor-Riau. Namun begitu, pertapakan Belanda turut mempamerkan kesan negatif terhadap kegiatan ekonomi di negeri-negeri Melayu yang kaya dengan bijih timah seperti Perak dan Selangor. Pada mulanya tujuan utama Belanda datang ke Timur adalah untuk menguasai perdagangan Selat Melaka dan membolosi perdagangan rempah, namun apabila Belanda menyedari akan kekayaan sumber bahan mentah di Tanah Melayu maka Belanda pun berhasrat untuk menguasainya. Ini terbukti apabila Belanda memaksa Acheh supaya membenarkan mereka membeli semua bijih timah di Perak. Namun, kemerosotan perdagangan yang dialami Acheh telah menyebabkan Perak tidak bersetuju dengan rundingan tersebut dan terus menjual hasil bijih timah kepada pedagang-pedagang lain. Keadaan ini telah meretakkan hubungan Belanda dengan Perak. Di samping itu, peristiwa Raja Haji memerangi Belanda di Melaka pada tahun 1784 telah menjadi titik permulaan hancurnya hubungan persahabatan yang terjalin antara Johor dan Belanda sejak sekian lama.
3
Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin & Ahmad Sohaimi Lazim (2009) Kenegaraan dan Ketamadunan. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Hlm. 45. 4 Mardiana Nordin Hasnah Hussin (2014) Pengajian Malaysia Edisi Kelima. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Hlm. 37.
SOSIAL
Wujudnya kesedaran nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan merupakan kesan sosial yang sangat ketara akibat daripada penjajahan Belanda di Tanah Melayu. Kebangkitan semangat cinta akan tanah air ini dapat dilihat dengan jelas melalui penentangan yang berlaku di negeri Johor, Perak dan Selangor. Sebagai contoh, pembinaan loji bijih timah oleh pihak Belanda di Kuala Sungai Perak telah mengakibatkan penduduk tempatan menyerang dan membunuh 27 orang pegawai Belanda yang bertugas di s amping memusnahkan loji tersebut 5. Tindakan yang dilakukan oleh penduduk tempatan ini adalah disebabkan oleh perasaan cinta mereka terhadap tanah air hingga mengakibatkan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan tanah air mereka iaitu Perak. Kesedaran ini semakin jelas terserlah apabila penduduk Perak tidak henti-hentinya melakukan serangan terhadap kubu Belanda di Pulau Pangkor meskipun turut menerima serangan balas yang hebat daripada pihak Belanda.
5
Haryati Hassan (2014) Malaysia: Melaka Hingga Negeri-Negeri Melayu Baru Edisi ke-2. Perak Darul Takzim: Universiti Pendidikn Sultan Idris. Hlm. 5.