Kesan sosial selepas penjajahan. 1.0 Pendahuluan Dari segi kebudayaan, social membawa satu pengertian yang luas merangkumi segala hal yang berkaitan dengan masyarakat. Antaranya termasuklah sistem sosial, stuktur sosial, mobility sosial, bentuk kepercayaan, perhubungan antara masyarakat, dan stafikasi sosial. Dalam masyarakat Melayu sebagaimana yang digambarkan oleh sejarah Melayu, aspekaspek sosial itu sangat ketara. Namun begitu, hanya terdapat beberapa aspek yang sangat ketara perubahannya selepas penjajahan oleh Barat, iaitu agama dan kepercayaan, stuktur sosial, bahasa, petempatan serta adat istiadat dan pendidikan. Kesan daripada penjajahan oleh orang-orang Barat iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris telah memberikan impak yang besar dalam sistem sosial di Tanah Melayu yang mana perubahan tersebut dapat dilihat dari pelbagai aspek sosial.
2.0 Kesan dari segi agama dan kepercayaan. Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek sosial yang agak sukar untuk dipisahkan kerana sebahagian besar daripada kepercayaan termasuk dalam agama. Sebelum kedatangan penjajah di Tanah Melayu masyarakat di Tanah Melayu mengamalkan kepercayaan animism dan ajaran Hindu-Buddha yang menjadi amalan mereka sejak berkurun-kurun itu amat sukar dikikis habis daripada hati dan jiwa mereka. Tetapi pegangan itu berubah selepas kedatangan Islam yang berteraskan kepercayaan kepada Allah. Namun begitu selepas penjajahan inggeris di Tanah Melayu, kepercayaan dan agama penduduknya telah berubah sedikit daripada kepercayaan animisme kepada pengaruh teori sains dan teknologi dan juga pengaruh agama yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh kristiean serta dasar penjajah yang menganggap tamadun mereka mestilah diikuti oleh seluruh masyarakat dunia kerana mereka mengatakan bahawa mereka adalah orang yang membawa kesempurnaan dalam hidup masyarakat yang dianggap mundur. Walaupun begitu, kepercayaan tersebut tidaklah ketara dalam masyarakat Melayu kecuali pengaruh agama kristien yang telah berkembang dengan meluas di Tanah Melayu. Kesan daripada galakkan Inggeris yang telah memainkan peranan kemasukan orangorang Cina juga telah melahirkan kepercayaan baru dalam masyarakat Melayu iaitu ajaran
Conficius. Ajaran ini sedikit turut mempengaruhi sebahagian masyarakat Melayu kerana ajaran ini mengutamakan keamanan dan perdamaian di kalangan penganutnya. Antara kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat permulaan adalah berbentuk animisme dan menganggap benda-benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Oleh itu wujudlah pemujaan atau penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai, gunung dan fenomena alam yang lain. Kuasa ghaib itu mungkin disifatkan sebagai hantu, jembalang, atau jin yang menjadi penunggu objek tersebut. Memandangkan kuasa ghaib itu tidak boleh dihubungi oleh orang sembarangan, maka pawang, dukun atau bomoh diperlukan. Sebagai contohnya orang-orang Melayuhantu air, ia berkuasa di air dan dikatakan dapat menahan atau memegang perahu daripada bergerak. Hal ini digambarkan dalam Hikayat Pahang. Oleh itu, demi keselamatan masyarakat kuasa ghaib atau penunggu sesuatu tempat perlu dipuja dan dijamu denagn hidangan yang enak. Terdapat juga kuasa lain yang dipercayai oleh masyarakat Melayu yang dipanggil jin atau peri. Pada umumnya makhluk yang dipercayai sebagai peri amat cantik dan tidak dapat dibandingkan kecantikannya dengan manusia biasa. Sehubungan denganitu, ia dijadikan perbandingan untuk menunjukkan keelokan rupa seseorang atau benda. Turut dipercayai oleh oleh masyarakat Melayu ialah ‘Ilmu hitam’. Ia dikatakran dapat mempengaruhi manusia. Untuk membuat ‘ilmu hitam’ ia melibatkan ilmu ghaib iaitu melalui jampi dan mantera. Pengunaan ‘ilmu hitam’ tidak terbatas dalam masyarakat Melayu tradisional tetapi berterusan dalam masyarakat moden. Selain daripada itu, bomoh dipercayai dapat menghalau hantu-hantu yang dapat merosak atau mengganggu angggota masyarakat. Terdapat juga golongan istana yang menggunakan ahli nujum terutama sebelum kedatangan Islam atau tahap-tahap awal kedatangannya. Peranan ahli nujum agak berbeza dengan bomoh yang mana ia lebih kepada membuat ramalan. Sultan Malikul Salleh iaitu raja Pasai menggunakan khidmat ahli nujum untuk memilih seorang daripada puteri-puteri raja Perlak sebagai isterinya. Tilikan atau ramalan ahli nujum itu berkaitan dengan ilmu firasat. Menurut Sulastin Sutrisno, orang yang mempunyai ilmu dapat merasa, melihat atau mengetahui lebih dahulu segala sesuatu yang akan berlaku. Melalui firasat juga seseorang itu dapat mengetahui kelemahan atau kekuatan orang lain. Antaranya berdasarkan nama, hari atau ketika. Kepercayaan kepada ilmu firasat boleh dikaitkan dengan konsep ‘memilih ketika’ dalam
kalangan masyarakat Melayu. Umpanya dalam seminggu terdapat hari-hari tertentu yang baik dan buruk atau sial. Demikian juga dengan bulan-bulan tertentu dalam masa setahun. Sehubungan dengan itu, mereka memilih ketika yang baik untuk memulakan sesuatu pekerjaan atau rancangan mendirikan rumah, mengerjakan sawah dan memulakan perjalanan untuk merantau. Bagi mereka ‘memilih ketika’ itu penting untuk mengelakkan daripada bencana atau sebarang kemalangan. Selain itu, masyarakat Melayu turut mempaercayai petunjuk daripada tanda-tanda yang luar biasa atau mimpi. Kebolehan yang luar biasa sesetengah tokoh-tokoh agama menyebabkan masyarakat menganggap mereka keramat. Justeru, segala kepercayaan masyarakat tradisional walaupun selepas kedatangan penjajah terdapat kepercayaan yang masih diamalkan sehingga hari ini. Selain daripada kepercayaan tersebut terdapat pelbagai lagi kepercayaan lain yang ada di dalam masyarakat Melayu. Agama dan kepercayaan merupakan satu bentuk sosial yang sangat penting di dalam sesebuah masyarakat seluruh dunia amnya.
3.0 Stuktur sosial
Dari segi stuktur sosial, selepas kedatangan penjajah di Tanah Melayu turut membawa kesan perubahan yang ketara. Terdapat beberapa dalam stuktur sosial masyarakat yang telah berubah dan terhapus seperti golongan yang paling bawah kedudukannya di dalam hierarki lapisan masyarakat Melayu iaitu golongan hamba. Perubahan dalam hierarki masyarakat Melayu bermula dari lapisan teratas sehingga lapisan yang paling bawah sekali. Stuktur social adalah merujuk kepada sifat organisasi masyarakat yang terbina daripada semua kompenan atau ‘set sosial’ di mana setiap kompenan itu berfungsi sehingga membolehkan masyarakat tersebut terus wujud. Masyarakat Melayu tradisional sebagai sebuah organisasi masyarakat mempunyai stuktur sosialnya yang tersendiri. Sebelun kedatangan penjajah secara rasminya pada tahun 1874, Segala ‘set sosial’ termasuk pola tingkah laku, peranan, sistem kemasyarakatan dan kompenan-kompenan lain yang membentuk organisasi itu melibatkan semua golongan masyarakat. Lapisan yang terdiri daripada golongan raja, bangsawan atau pembesar, rakyat biasa dan hamba adalah jelas. Raja dan kerabatnya menduduki tangga teratas dalam kedudukan lapisan masyarakat tersebut
dengan autoriti dan kuasa mutlak. Sultan dan kelurganya mempunyai kedudukan yang lebih mulia daripada golongan yang lain. Raja amat disegani oleh rakyat dan dianggap sebagai dewa yang perlu ditaati dan jika melanggar titah Raja, masyarakat percaya akan mendapat balasan yang dipanggil tulah atau ‘daulat’ Raja. Selain itu, Raja berperanan secara mutlak dalam pemerintahan dan pentadbiran.
Segala yang dititahkan oleh Raja tidak boleh
dipertikaikan dan dibantah oleh rakyat. Raja juga memegang nyawa rakyatnya kerana segala keputusan bergantung kepada Raja dan kuasa mengampun hanya dipegang oleh Raja. Ia dibantu oleh golongan lapisan kedua iaitu golongan bangsawan. Namun begitu, selepas penjajahan di Tanah Melayu peranan Raja sebagai kuasa mutlak telah dikurangkan. Walau bagaimanapun kedudukan Raja dalam hierarki organisasi sosial masyarakat Melayu masih di tempat yang teratas tetapi hanya sebagai lambang perpaduan masyarakat yang berbilang kaum di Negara Malaysia bagi menjamin kedaulatan dan keamanan Negara serat memperkenankan undang-undang yang digubal oleh Parlimen. Golongan kedua pula yang menduduki lapisan hierarki dalam organisasi sosial masyarakat Melayu ialah golongan bangsawan. Di Melaka dengan mengambil contohdalam masa pemerintahan Sultan Muhammad Syah, golongan bangsawan terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Laksamana, Syahbandar dan pembesarpembesar lain serta keluarga mereka. Golongan ini sangat memainkan peranan penting dalam membantu Raja memerintah, mengurus dan mentadbir sesebuah masyarakat. Bendahara bertanggungjawab dalam hal-hal kewangan dan mengurus perbelanjaan apabila berlakunya peperangan di dalam kawasan jajahan takluk masing-masing. Penghulu Bendahari pula memainkan
peranan
yang
lebih
tinggi
daripada
Bendahari.
Mereka
ini
juga
bertanggungjawab dalam hal pemungutan cukai-cukai yang dikenakan pada setiap penduduk yang dalam jajahan mereka. Namun begitu, kesan daripada penjajahan, maka institusi ini telah berubah terutama dari segi gelaran untuk setiap jawatan yang dipegang. Sebagai contohnya, Bendahara telah ditukar kepada menteri kewangan. Temenggung pula bertanggungjawab dalam melaksanakan hukuman terhadap rakyat yang melakukan kesalahan dalam masyarakat atau melanggar perintah Raja. Hukuman yang dijalankan selalunya dengan hukuman bunuh iaitu hukuman pancung. Laksamana memainkan peranan bagi menjaga keselamatan dan keamanan serta melaporkan kekacauan atau huru-hara yang berlaku di dalam jajahan takluk tersebut.
Menyentuh tentang golongan rakyat biasa yang dikenali juga dengan orang Merdeka. Golongan rakyat dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan yang dilihat dari segi fungsi dan pekerjaan masing-masing iaitu peniaga dan pedagang, buruh biasa dan tukang-tukang mahir seperti membuat ukiran dan senjata. Sebagai golongan Merdeka mereka bebas mengendalikan apa sahaja bentuk aktiviti dalam kehidupa harian mereka tanpa banyak gangguan daripada pihak pembesar atau pihak Raja. Mereka tidak perlu meminta kebenaran daripada pembesar tempatan sekiranya ingin mendirikan rumahtangga atau pergi ke manamana. Namun begitu, dalam hal kenduri kendara mereka dianggapkan sentiasa memberitahu atau menjemput pembesar yang menjadi ketua kawasan masing-masing. Kaum petani juga tidak dilarang atau dihalang membuka tanah baru untuk pertanian. Tetapi selepas penjajahan, rakyat terikat dengan undang-undang perihal memiliki tanah dan membuka tanah baru. Selepas kedatangan penjajah di Tanah Melayu, setiap rakyat yang ingin memiliki tanah mestilah memohon kebenaran dan pihak kerajaan akan memberikan geran tanah. Rakyat tersebut juga perlu membayar pendahuluan pada peringkat awal ketika memohon kebenaran serta membayar cukai tanah selepasnya. Oleh itu, jika terdapat rakyat yang tidak mematuhi peraturan ini maka ia boleh didakwa dan disaman dalam mahkamah sivil. Walaupun begitu, masyarakat tradisional tetap terikat dalam hal-hal tertentu seperti dikerah oleh Raja atau pembesar sama ada untuk berperang atau menjalankan kerja Raja. Perbezaan fungsi, kekayaan dan keturunan antara individu dan kelompok, walaupun dalam golongan yang sama menghasilkan kelas-kelas tertentu. Mereka yang kaya terutama saudagar-saudagar dan golongan pedagang lain serta tokoh-tokoh agama selalunya mempunyai status sosial yang tinggi. Kumpulan ini sering diletakkan dalam kelas menengah. Satu lagi ‘set sosial’ yang terdapat dalam masyarakat Melayu ialah golongan hamba. Golongan hamba dalam lapisan masyarakat menduduki tempat yang paling bawah. Golongan ini tidak bebas dalam semua aspek kehidupan dan mereka juga tidak boleh bertindak sesuka mengikut kemahuan sendiri kerana mereka dikawal oleh perintah dan peraturan yang ditetapkan tuan mereka. Namun, golongan ini memainkan peranan yang banyak dalam menyumbang tenaga untuk menambah harta dan mengawal tuannya. Lebih penting daripada itu, mereka juga menjadi salah satu factor ketinggian status orang yang memilikinya. Seseorang tuan atau Tengku dikatakan mempunyai status yang tinggi jika memiliki ramai
hamba dan hamba-hamba itu sudah lama tinggal bersamanya. Walau bagaimanapun intitusi perhambaan mulai runtuh apabila berlakunya campur tangan di Tanah Melayu bermula pada 1874. Selepas Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957 golongan hamba telah dihapuskan sepenuhnya.
4.0 Bahasa
Selepas kedatangan penjajah di Tanah Melayu pada tahun 1874, telah membawa kesan perubahan yang besar dalam bahasa dan pertuturan masyarakat Melayu yang mana telah berlaku percampuran bahasa. Istilah-istilah dalam bahasa Inggeris banyak dipinjamkan ke dalam bahasa melayu. Sebagai contohnya, penggunaan bahasa inggeris seperti dominan, konvokesyen, televisyen, telefon, stuktur dan sebagainya. Bukan itu sahaja tetapi bahasa-bahasa penjajah Barat lain yang pernah menjajah Tanah Melayu turut dapat dilihat dari beberapa istilah yang telah dipinjam ke dalam bahasa Melayu yang diambil daripada bahasa Portugis seperti jendela dan garpu. Selain daripada itu, bahasa Melayu juga turut dipengaruhi oleh oleh bahasa Arab walaupun Bangsa Arab bukan penjajah tetapi melalui perdagangan dan dakwah. Sebagai contohnya, penggunaan bahasa Arab seperti perkataan assalamualaikum, selamat, hijrah, syahadah, faedah, terjemahan dan sebagainya. Namun begitu, kedatangan penjajah ke Tanah Melayu turut membawa kepada memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Negara. Apabila tamatnya Perang Dunia Kedua, semangat nasionalisme muncul di seluruh dunia. Ini bukan sahaja bermaksud hasrat untuk mencapai kemerdekaan tetapi juga kemerdekaan yang membawa identity baru dengan bahasa kebangsaan sendiri. Pada tahun 1952, kongres Melayu yang pertama diadakan untuk membincangkan hal yang berkenaan dengan bahasa dan sastera. Sebuah agensi perancangan bahasa di bawah naungan Kementerian Pendidikan, Balai Pustaka diamanahkan dengan tanggungjawab membina dan mengembangkan bahasa Melayu. Pada tahun 1959, agensi ini menjadi badan yang berdikari iaitu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). DBP bolehlah
dianngap sebagai pemerhati Negara bagi bahasa. Pada tahun 1957, Malaya memperoleh kemerdekaan dan bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Pada tahun berikutan, usaha dilaksanakan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan, mengambil alih bahasa Inggeris. Melalui perancangan dan pelaksanaan bahasa, kini bahasa Melayu digunakan pada semua peringkat pendidikan. Pada tahun 1970, bahasa Melayu telah pun digunakan dalam pengajaran sains pada peringkat Universiti. Dengan penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan, timbul masalah perbezaan sebutan akibat loghat, ejaan, dan peristilahan. Sebagai contohnya, perkataan boleh dan bolih, untuk atau untok, baru, bharu, baharu, ataupun bahru. Sebagai jawapan kepada masalah ini, dua buah naskah panduan iaitu Panduan Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1957) dan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia (1957) dan juga daftar kata yang rasmi, Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981) diterbitkan. Sebanyak satu ratus naskah risalah bercetak SERBBM disebarkan secara percuma kepada jabatan kerajaan. Sekarang apabila timbul keraguan, risalah rasmi ini boleh dijadikan panduan dengan penuh yakin dan tidak membuat kesilapan tentang penulisan. Kebanyakan generasi tua yang di didik dalam ejaan lama melakukan kesilapan tetapi masa peralihan diperlukan. Oleh yang demikian, secara langsung kedatangan penjajah di Tanah Melayu telah dengan sendirinya memartabatkan bahasa Melayu. Hal tersebut dapat dilihat iaitu pada masa dahulu, apabila komunikasi agak mundur dan banyak yang buta huruf serta bahasa Melayu hanya digunakan sebagai bahasa harian. Bukan itu sahaja tetapi telah menyebabkan berlakunya percampuran bahasa antara bahasa tempatan dan bahasa asing yang telah digunakan sehingga hari ini yang terdapat dalam penggunaan bahasa kebangsaan dan juga bahasa harian.