Kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun
Awal Bismillah pembuka bicara, Rahmat dipohon dari yang Esa, Terima kasih tuan pengacara, Izinkan hamba mulakan cerita. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Tuan hakim, hadirin yang ada, Dengarlah cerita dari hamba, Kisah Nabi Yunus yang berwibawa, Ditelan ikan Nun tajuk cerita. Wahai kawan-kawan, mari dengar cerita, Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan nun, Wahai kawan-kawan janganlah bimbang, Nabi Allah tetap dalam pembelaan. Haa….se Haa….sebel belum um saya saya cerita cerita lebih lebih lanjut lanjut,, mar marililah ah kita kita berkena berkenalan lan dahulu dahulu dengan Nabi Yunus. Kawan-kawan tahu tak nama sebenar Nabi Yunus? Menurut ahli tafsir, Nabi Yunus bernama Yunus Bin Matta. Di dalam al-Quran, nama Nabi Yunus disebut sebanyak 6 kali. Pada usia 30 tahun, baginda diutus menjadi rasul untuk menyeru penduduk negeri bernama “Niwana” yang terletak di Negara Iraq agar beriman kepada Allah. Firman Allah dalam surah as-Shaffat ayat 139:
...ن ...مرسلينمن ا و و إ إ
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah rasul-rasul yang kami utus.” Penduduk Niwana merupakan satu kaum yang keras kepala, menyembah berh berhal alaa serta serta suka suka melaku melakukan kan kejah kejahat atan an.. Bayan Bayangk gkan an kawankawan-kaw kawan an… … sepanjang 23 tahun berdakwah, hanya 2 orang sahaja yang mahu menerima dakwah baginda iaitu Rubil dan Tanuh. Rubil merupakan seorang yang alim dan bijaksana, manakala Tanuh pula seorang yang tenang dan sederhana. Yunus menyeru pada kaumnya, Beriman kepada Allah yang Esa, Kaumnya engkar dan juga alpa, Baginda tidak berputus asa. Sepanjang 23 tahun berdakwah, pelbagai cara yang dilakukan oleh Nabi Yunus agar penduduk Niwana meninggalkan segala perkara yang melalaikan jiw jiwaa dan dan hati hati me mere reka ka.. Berk Berkat ataa Nabi Nabi Yunu Yunuss kepa kepada da kaum kaumny nya; a; “Wah “Wahai ai Panitia Pendidikan Islam & j-QAF SK Jemukan 2012
kaumku…kembalilah kamu kepada Allah yang benar. Sesungguhnya, kemewahan itu melalaikan kamu.” Namun, kaumnya tetap menolak seraya berkata; “Ini adalah tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami.” Nabi Yunus berasa sangat kecewa dengan kaumnya. Baginda berdoa kepada Allah agar dakwahnya diterima oleh kaumnya. Justeru itu, Allah telah mewahyukan kepada baginda agar meneruskan dakwahnya selama 40 hari lagi dan selepas itu Allah akan menurunkan azab kepada mereka. Maka, ditaatilah Nabi Yunus akan perintah Allah kepadanya. Oleh kerana tidak tahan dengan karenah serta cemuhan yang berterusan daripada kaumnya, Nabi Yunus hanya dapat bertahan selama 33 hari sahaja. Seruan nabi tidak diterima Nabi diejek dan nabi dihina Baginda tidak berputus asa Walau dicaci, walau dihina Akhirnya nabi merasa hampa Umatnya masih menderhaka Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri. Firman Allah dalam surah al-Anbiya’ ayat 87:
...غضب إذ ذه وذا ا Maksudnya: “Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika dia pergi dalam keadaan marah” Renungkanlah kawan-kawan, kita janganlah mudah berputus asa ketika melakukan sesuatu perkara. Dalam keadaan sedemikian, kita harus bersabar serta tetap meneruskan usaha dengan sikap bijaksana dan lemah lembut seperti mana yang difirmankan oleh Allah melalui surah an-Nahl ayat 125 yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik.” Sepeninggalan Nabi Yunus, penduduk Niwana mulai melihat hukuman Allah yang membawa kehancuran dan kebinasaan. Mereka melihat keadaan udara disekeliling Niwana semakin gelap dan angin dari segenap penjuru bertiup dengan kencangnya membawa suara gemuruh yang amat menakutkan. Maka, dalam keadaan yang cemas dan ketakutan itulah, mereka segera menyatakan taubat dan memohon ampun kepada Allah di atas segala perbuatan mereka serta menyesal atas perlakuan dan sikap kasar yang
Panitia Pendidikan Islam & j-QAF SK Jemukan 2012
menyebabkan Nabi Yunus marah dan meninggalkan daerah itu. Berkat doa yang dipohon, maka Allah telah menurunkan rahmatNya kepada mereka. Hadirin dan hadirat…kembali kita kepada kisah Nabi Yunus yang membawa diri. Baginda telah berjalan kaki tanpa arah dan tujuan sepanjang siang dan malam sehingga baginda sampai disebuah pantai. Di situ, terdapat sebuah kapal yang telah dipenuhi penumpang dan barang. Hal ini telah digambarkan oleh Allah melalui surah as-Shaffat ayat 140:
...مشحوفلك اى اق إإذ أ Yang bermaksud: “Ingatlah ketika dia lari ke kapal yang penuh muatan.” Baginda menumpang kapal pedagang, Membawa diri ke rantau orang, Malangnya laut bergelombang, Hampir karam di tengah lautan. Naiklah Nabi Yunus ‘alaihissalam ke kapal yang sudah penuh dengan penumpang dan barangan. Setibanya ditengah lautan, kapal tersebut dipukul oleh ombak yang besar serta angin kencang sehingga menyebabakan ia hampir karam. Untuk mengelakkan kapal tersebut daripada tenggelam, pemilik kapal terpaksa membuat dua pilihan, samada tenggelam bersama atau satu persatu dilemparkan ke laut untuk meringankan beban kapal dan menyelamatkan yang lain. Akhirnya diputuskan untuk memilih membuang salah seorang penumpang dengan mengadakan cabutan undian. Maka turut sertalah Nabi Yunus di dalam undian tersebut seperti mana yang dijelaskan dalam surah as-Shaffat ayat 141:
...ضينمدن ا ه Maksudnya: “Maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orangorang yang kalah yang digelungsurkan ke laut.” Kawan-kawan yang budiman…sebagai seorang ketua kita mestilah bersikap bijaksana dalam menangani sebarang masalah dan perlu bertindak secara rasional dan matang selari dengan tuntutan syariat. Contoh yang kita dapat lihat di Negara kita, Majlis Fatwa Kebangsaan sentiasa bermuzakarah dalam memutuskan sesuatu hukum semasa yang melibatkan masyarakat Islam. Bermulalah undian ringankan beban, Nabi Yunus menjadi cagaran, Memang tersurat Allah tentukan, Dilempar Yunus dalam lautan. Panitia Pendidikan Islam & j-QAF SK Jemukan 2012
Ditakdirkan oleh Allah, Nabi Yunus menjadi insan yang bakal dilemparkan ke laut. Nabi Yunus redha dan tahu itu merupakan balasan daripada Allah kepadanya kerana meninggalkan kaumnya tanpa izin Allah. Dengan berserah diri kepada Allah, baginda terjun ke dalam laut. Ketika Nabi Yunus berlawan dengan ombak yang mengganas, Allah telah mewahyukan seekor ikan Nun untuk menelan Nabi Yunus hidup-hidup. Maka ikan Nun itu pun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya di dalam perut tanpa cacat celanya. Subahnallah kawan-kawan…Allah tidak melihat kepada pangkat, darjat dan rupa dalam memberikan balasan. Inilah yang dimaksudkan dengan “al-‘adlu” yang tersenarai dalam asma’ Allah. Mari kawan-kawan, kita renung kembali kekejaman Israel terhadap umat Islam di Palestin. Mereka tidak bersifat adil dalam peperangan. Wanita, kanak-kanak hatta bayi yang kecil pun mereka bunuh… Untuk pengetahuan kawan-kawan…Nabi Yunus berada di dalam perut ikan Nun selama 40 hari 40 malam. Selama berada di dalam perut ikan Nun, baginda tidak putus-putus memohon kemapunan daripada Allah agar mengampunkan dosanya. Doa baginda telah disebut di dalam firman Allah dalam surah al-Anbiya’ ayat 87:
...مينظن ا ت ك إت سبحأ إ إ Maksudnya: “Tiada Tuhan yang berhak disembah hanyalah Engkau Ya Allah, Maha suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.” Nabi Yunus nabi yang mulia, Siang dan malam tetap berdoa, Pohon keampunan pada yang Esa, Allah mendengar segala rayuannya. Akhirnya Allah memakbulkan doa Nabi Yunus serta mengilhamkan kepada ikan itu supaya memuntahkan baginda ditepi pantai. Dengan itu, maka terkeluarlah baginda dari perut ikan dan terdampar ditepi pantai dalam keadaan yang sangat lemah dan uzur. Dengan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah yang Maha Esa, Allah telah menghidupkan sejenis tumbuhan yang menjalar seakan-akan buah labu yang membolehkan baginda bernaung di bawahnya dan memakan buahnya. Firman Allah:
...طين ن جرة علي بأ Yang bermaksud: “Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar. Panitia Pendidikan Islam & j-QAF SK Jemukan 2012
Setelah kembali segar dan bertenaga, Allah telah memerintahkan baginda untuk kembali kepada penduduk Niwana yang telah beriman kepada Allah. Maka, hiduplah Nabi Yunus dengan aman dan tenteram bersama penduduk Niwana. Kawan-kawan…sekiranya kita berusaha dalam melakukan kebaikan, bertawakkal serta berdoalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mendengar permintaan hambaNya. Sebagai contoh, seorang murid yang mendapat 20 A dalam ujian SPM 2007 yang lalu iaitu Azali Azlan menyatakan bahawa resepi beliau dalam kejayaannya ialah dengan memperbanyakkan doa dan tawakkal kepada Allah untuk memberi kejayaan. Baiklah kawan-kawan, sebelum saya mengakhiri cerita saya ini, saya ingin membawa beberapa pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita. Pertama, kita hendaklah sentiasa berusaha dengan tekun dan gigih tanpa mengenal erti putus asa agar kita mendapat kecemerlangan di dunia dan juga akhirat. Kedua, sebagai ketua, kita hendaklah membuat sesuatu keputusan dengan mengambil kira keadaan sekeliling. Sekiranya ia boleh mendatangkan mudharat yang besar, sebaik-baiknya hendaklah kita jauhi. Ketiga, dalam kehidupan bermasyarakat, kita hendaklah mengamalkan cara hidup yang adil agar dapat mengecapi kehidupan yang aman dan tenteram. Dan yang keempat, kita hendaklah menjadikan doa sebagai senjata yang paling ampuh di dalam hidup kita. Tanpa doa, kita tidak akan mendapat keredhaan Allah bahkan dimurkaiNya kerana kita lupa kepada yang Maha Esa. Sekian dahulu ceritaku, Kisah Nabi pilihan yang satu, Dilain lembaran bertemu daku, Ku mohon undur diri dahulu. Wabillahi taufik wabarakatuh…
wal
Panitia Pendidikan Islam & j-QAF SK Jemukan 2012
hidayah,
assalamualaikum
warahmatullahi