LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR
: ROZALIA BINTI RAMLI
PROGRAM
: PISMP 1111 PENGAJIAN AGAMA
NAMA SEKOLAH
: SEKOLAH KEBANGSAAN SERIAN
NAMA PROJEK/AKTIVITI
:
KELAS INTENSIF JAWI
TEMPOH PELAKSANAAN
:
14 - 22 JULAI 2014 (9 HARI)
OBJEKTIF : 1) Meningkatkan motivasi murid untuk mempelajari tulisan Jawi. 2) Membantu murid mengenali huruf Jawi yang boleh dan tidak boleh bersambung. 3) Memperbaiki kemahiran murid menulis Jawi dengan betul. STRATEGI PELAKSANAAN : Bil
Tarikh
Aktiviti
1
14 Julai 2014
2
15 Julai 2014
3
21 Julai 2014
Mengedarkan lembaran pra Kelas Intensif Jawi bagi mengenalpasti masalah penulisan murid dengan lebih jelas. Menerangkan berkenaan BBM yang boleh membantu murid memperbaiki kemahiran penulisan mereka. Mengedarkan lembaran latihan. Memaparkan BBM sepanjang proses latih tubi dijalankan sebagai panduan kepada penulisan Jawi murid. Membantu murid memahami sifat huruf dengan lebih jelas. Permainan kuiz berkaitan menyambung huruf tunggal Jawi. BBM tidak dipaparkan bagi menguji kemahiran murid. Mengedarkan lembaran latihan.
Tindakan
Guru pelatih dengan kerjasama murid 2 Bestari
Guru pelatih dengan kerjasama murid 2 Bestari
Guru pelatih dengan kerjasama murid 2 Bestari
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
22 Julai 2014
4
Memaparkan BBM serta meminta murid menerangkan penggunaannya. Menguji kemahiran penulisan murid seorang demi seorang. Mengedarkan lembaran latihan.
Guru pelatih dengan kerjasama murid 2 Bestari
MANUAL PENGGUNA BAHAN BANTU RODA
Bahan Bantu Roda merupakan suatu kaedah yang boleh membantu murid mengetahui sifat-sifat huruf tunggal yang boleh dan tidak boleh bersambung. Terdapat 3 sifat huruf tunggal Jawi iaitu
:
huruf yang boleh disambung sebelum dan selepasnya.
huruf yang boleh disambung sebelumnya dan tidak boleh bersambung sesama huruf dibawah.
huruf yang tidak boleh bersambung sama ada sebelum atau selepasnya. Oleh
itu,
bagi
memudahkan murid untuk mengenalpasti sifat-
sifat huruf tunggal Jawi,
saya telah membuat sebuah Bahan Bantu
Mengajar yang dinamakan Bahan Bantu Roda. Ia dinamakan Bahan Bantu Roda
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
kerana saya menekankan sifat huruf Jawi yang boleh disambung sebelumnya sahaja dengan menyusun huruf-huruf tersebut menjadi perkataan RODA. Huruf yang selebihnya saya akan susun mengikut bentuk huruf yang sama. Saya turut memasukkan beberapa elemen warna yang boleh membantu
mengukuhkan
kefahaman murid berkenaan sifat huruf tersebut. Berikut merupakan ilustrasi Bahan Bantu Roda beserta penerangannya.
Rajah 1 : Ilustrasi Bahan Bantu Roda yang akan digunakan
Berdasarkan Rajah 1 diatas, terdapat 3 jenis warna yang saya gunakan iaitu warna hijau, kuning dan merah. Ketiga-tiga warna ini melambangkan sifat-sifat huruf. Saya menggunakan warna ini berdasarkan warna lampu isyarat.
Warna hijau : Semua huruf boleh bersambung sama ada sebelum atau selepasnya. Warna kuning : Huruf ini boleh bersambung sebelumnya sahaja.
Warna merah : Huruf ini tidak boleh bersambung sama ada sebelum atau selepasnya. Bahan Bantu Roda ini dinamakan bukan sekadar susunan hurufnya menjadi perkataan RODA, tetapi saya juga meletakkan huruf-huruf tersebut didalam sebuah
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
bulatan berbentuk roda yang boleh diputar berdasarkan huruf yang diperlukan guru ketika menerangkan penyambungan huruf kepada murid. Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan Bahan Bantu Roda :
langkah 1
langkah 2
• Guru menerangkan kepada murid sifat-sifat huruf tunggal Jawi. • Guru mengaitkan sifat-sifat tersebut dengan elemen warna pada Bahan Bantu Roda. • Guru dan murid bersama-sama menyenaraikan huruf-huruf tunggal Jawi berdasarkan elemen warna pada Bahan Bantu Roda.
langkah 3
• Guru mengedarkan papan serbaguna kepada setiap murid. • Guru meminta murid menyambung huruf tunggal Jawi yang dituliskan pada papan tulis.
langkah 3
• Guru mengedarkan lembaran latihan kepada murid. • Guru meminta murid merujuk Bahan Bantu Roda bagi penyambungan huruf tunggal Jawi dalam membina perkataan.
langkah 4
• Guru membimbing sepanjang penulisan murid. • Guru menyemak lembaran latihan murid. Pembinaan Bahan Bantu Roda (BBR) adalah untuk membantu murid yang
masih keliru dalam memahami sifat-sifat huruf tunggal Jawi yang boleh atau tidak boleh bersambung. Ia juga bertujuan untuk memantapkan kemahiran penulisan Jawi murid. Oleh itu, pada proses permulaan, guru boleh memaparkan BBR sepanjang pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung. Disamping itu, guru turut membantu murid dalam penulisan mereka, contohnya :
:
+
+
+ + +
+
Langkah 1 : Guru meminta murid menyatakan kedudukan huruf “ba” pada BBR. Huruf
“ba” terletak pada warna hijau, oleh itu, huruf “ba” boleh bersambung dengan huruf “ra” yang berada selepasnya.
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP Langkah 2 : Kemudian guru meminta murid meneruskan kepada huruf kedua iaitu
“ra”. Huruf “ra” merupakan huruf roda, maka, murid hanya boleh menyambung pada huruf sebelumnya sahaja iaitu huruf “ba”. Manakala huruf selepasnya adalah dilarang sama sekali. Begitu pula pada huruf-huruf yang seterusnya. Guru perlu sentiasa meminta murid terlibat dengan penggunaan BBR agar memudahkan pemahaman murid berkenaan sifat-sifat huruf selain membantu murid menyambung huruf-huruf Jawi dengan betul. Selepas melalui beberapa kali latihan penulisan, guru boleh memberikan latihan kepada murid tanpa merujuk kepada BBR. REFLEKSI : 1) KEKUATAN PROJEK/AKTIVITI
Kelas Intensif Jawi (KIJ) dijalankan untuk memperbaiki kemahiran penulisan Jawi bagi murid pemulihan dalam menyambung huruf tunggal Jawi. Kelas ini dijalankan sepanjang 4 minggu saya menjalani Internship bagi memperkukuhkan lagi kemahiran murid. Tambahan lagi, murid-murid yang saya pilih merupakan diantara murid yang agak lemah dalam bidang Jawi. Disebabkan saya menjalankan KIJ secara berkala, murid-murid boleh memahami sifat-sifat huruf serta menyambung dengan betul. Penggunaan Bahan Bantu Roda (BBR) merupakan satu kaedah yang boleh membantu murid memperbaiki kemahiran menulis huruf tunggal Jawi dengan betul. Penggunaan
BBR
sebagai
fokus
utama
dapat
memotivasikan
murid
untuk
mempelajari Jawi dengan lebih menarik. Ini terbukti apabila saya menggunakan BBR, murid lebih bersemangat untuk menyiapkan lembaran kerja yang diberikan selain melibatkan diri dengan aktif sepanjang kelas dijalankan. Disamping itu, saya turut menyelitkan elemen warna yang boleh mempengaruhi kefahaman murid berkenaan sifat-sifat huruf tunggal yang terbahagi kepada tiga. Untuk memudahkan kefahaman murid, saya menggunakan istilah “ lampu isyarat ” sebagai penerangan kepada warna-warna tersebut, iaitu warna hijau yang
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
melambangkan huruf-huruf yang boleh bersambung sama ada sebelum dan selepasnya. Warna yang kedua ialah warna kuning yang melambangkan huruf yang boleh bersambung sebelumnya sahaja dan warna merah melambangkan huruf yang langsung tidak boleh bersambung dengan mana-mana huruf. Saya percaya bahawa penggunaan warna dalam mengkelaskan sifat huruf amat mempengaruhi kefahaman dan ingatan murid. Daripada pemerhatian yang dibuat, saya dapati murid teruja menjawab soalan berkenaan sifat-sifat huruf berdasarkan “lampu isyarat ”. Ini adalah kerana simbol “lampu isyarat ” merupakan pengetahuan asas murid di jalan raya yang kemudiannya dikaitkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, saya juga menggunakan kaedah RODA yang merupakan cantuman huruf-huruf berwarna kuning iaitu huruf yang boleh bersambung sebelumnya sahaja. Kaedah ini juga digunakan untuk memperkukuhkan ingatan murid terhadap huruf-huruf tunggal Jawi yang seringkali murid keliru sama ada boleh menyambung dengan huruf lain atau tidak. Kaedah RODA juga membuatkan murid lebih peka terhadap huruf-huruf yang sama bentuk dengannya yang menandakan huruf tersebut juga mempunyai sifat yang sama. Oleh kerana saya sering mengulangi ejaan hurufhuruf RODA, murid boleh mengingati huruf-huruf tersebut dengan lebih cepat. 2) KELEMAHAN PROJEK/AKTIVITI
Dalam pelaksanaan projek ini, saya dapati beberapa kelemahan yang timbul sepanjang aktiviti dijalankan, antaranya ialah, saya dapati sebahagian murid terlalu lemah dalam bidang Jawi contohnya menulis Jawi dari kiri, cara penulisan huruf Jawi yang tidak mengikut arah yang betul, tidak dapat menyebut kesemua huruf tunggal Jawi dengan tepat serta menyambung hampir semua huruf-huruf Jawi tanpa mengetahui peraturan
penulisan yang betul. Disebabkan permasalahan ini, saya
berusaha sekuat mungkin untuk membantu murid-murid pemulihan ini dengan menjalankan Kelas Intensif Jawi diluar waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) saya dengan kerjasama guru-guru yang mengajar kelas tahun 2 Bestari. Ini adalah kerana, sekiranya saya cuma menggunakan waktu Jawi mengikut jadual, maka objektif saya tidak mungkin akan tercapai.
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
Disamping itu, saya juga tidak dapat menjalankan Kelas Intensif Jawi dengan lancar kerana masalah tempat. Apabila kami menggunakan makmal komputer dan pusat sumber, akan ada guru-guru lain yang ingin menggunakan bilik tersebut dan kami terpaksa berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, dan akhirnya menjalankan kelas di kawasan luar iaitu pondok sekolah. Perkara ini juga menyebabkan masa kelas saya terganggu dan murid tidak dapat belajar dalam suasana pembelajaran yang kondusif. Murid juga tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam PdP kerana keadaan yang panas di kawasan luar serta perhatian mereka terganggu oleh orang yang melalui kawasan tersebut, tumbuh-tumbuhan serta benda-benda lain. Ini menyukarkan saya untuk mendapatkan perhatian murid sepenuhnya dan membuat peneguhan negatif dengan menarik board dan marker persendirian. Masa juga merupakan perkara yang amat penting dalam menjalankan satu projek khususnya kepada murid pemulihan. Saya perlu menggunakan waktu lain dari PdP saya dengan mendapatkan kerjasama daripada guru-guru tertentu agar benarbenar dapat mencapai objektif yang saya harapkan iaitu murid boleh menulis Jawi dengan betul. Guru j-QAF menggunakan masa yang banyak iaitu sepanjang tahun untuk memperbaiki kelemahan murid dalam bidang Jawi khususnya dalam bacaan dan tulisan. Program internship yang hanya dalam masa sebulan merupakan masa yang sangat singkat dan memerlukan usaha yang banyak dalam memperbaiki murid pemulihan yang tegar. Maka, dengan pelaksanaan Kelas Intensif Jawi saya akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu murid-murid dan pihak sekolah dalam meningkatkan kemahiran murid dalam bidang akademik khususnya. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Penggunaan Bahan Bantu Roda (BBR) banyak membantu dalam memperbaiki kemahiran penulisan Jawi murid. Setelah menjalankan beberapa kali intervensi kepada murid-murid pemulihan, mereka memberikan reaksi yang memuaskan apabila menyatakan dengan adanya BBR, mereka dapat menentukan sifat-sifat huruf dengan baik. Namun begitu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
agar kaedah ini akan menjadi lebih teratur dan berkesan kepada murid selain melancarkan langkah pelaksanaannya. Antaranya ialah :
1) Berdasarkan gambar diatas, BBR saya menunjukkan papan berwarna serta hurufhuruf yang berwarna putih. Namun, untuk penambahbaikan pada masa akan datang, guru boleh menggunakan kertas berwarna mengikut sifat huruf serta menggandakan huruf-huruf tersebut. Ini adalah supaya apabila guru ingin memberikan latihan kepada murid, guru hanya perlu melekatkan huruf yang berwarna tersebut. Maka, murid-murid akan lebih peka terhadap sifat huruf tersebut secara tidak langsung. 2) Selain itu, penerangan guru juga amat penting sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pada permulaan intervensi dijalankan, saya masih kurang mahir dalam menjelaskan cara penyambungan huruf agar murid-murid lebih mudah faham. Semasa aktiviti penulisan, saya hanya menerangkan kepada murid berkenaan huruf sebelumnya dan selepasnya yang boleh bersambung atau tidak. Sebagai contoh :
:
+
+
+ + +
Saya : “Huruf „ba‟ adalah huruf warna apa?” Murid : Warna hijau…
+
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
Saya : Jadi, boleh bersambung tak dengan huruf selepasnya? Murid : Boleh… Saya : Bagus, huruf seterusnya adalah huruf „ra‟. Huruf „ra‟ adalah huruf apa ? Murid : Huruf RODA… Saya : Boleh tak huruf „ra‟ bersambung dengan huruf seterusnya? Murid : Tak boleh…. Begitu juga dengan huruf-huruf yang seterusnya. Saya hanya menggunakan teknik ini untuk menerangkan kepada murid akan cara penyambungan huruf. Maka, cadangan penambahbaikan yang saya sarankan kepada guru yang ingin menggunakan kaedah ini ialah, guru boleh menyenaraikan nombor diatas huruf-huruf tunggal Jawi. Oleh itu, semasa penerangan, guru boleh menukarkan penggunaan “huruf sebelum atau selepas”. Ini adalah kerana, berdasarkan pemerhatian saya, murid agak keliru dengan penggunaan perkataan tersebut. KESIMPULAN :
Kelas Intensif Jawi ini bertujuan untuk memperbaiki kemahiran penulisan murid dalam menyambung huruf-huruf tunggal Jawi. Setelah menjalankan ujian pra kepada murid-murid pemulihan ini, saya dapati murid mengalami beberapa masalah dalam penulisan Jawi, antaranya ialah, menulis huruf Jawi bermula dari kiri. Selain itu, murid juga tidak dapat menyebut nama sebahagian huruf Jawi. Disamping itu juga, murid turut melakukan beberapa kesilapan apabila menyambung huruf Jawi seperti huruf „lam‟ dengan „alif‟, hur uf „kaf‟ dan „ga‟ serta huruf -huruf lain yang berekor. Oleh itu, saya telah berusaha untuk mencari seberapa banyak masa untuk membuat kelas ini dengan kerjasama daripada beberapa orang guru subjek lain. Maka, saya dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam memperbaiki kelemahan penulisan murid-murid ini. Pada pandangan saya, murid-murid ini memerlukan perhatian yang lebih daripada guru dalam membimbing mereka sepanjang aktiviti. Berdasarkan guru pendidikan islam yang mengajar mereka, murid-murid ini kelihatan
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
pasif dan tidak memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran. Namun, semasa kelas intensif Jawi ini dijalankan, saya mendapati murid kelihatan seronok dan memberikan respon terhadap setiap aktiviti yang saya laksanakan. Selepas beberapa kali kelas ini dijalankan, saya dapati murid-murid ini dapat menulis Jawi dengan lebih baik daripada sebelumnya. Ini bermaksud terdapat perkembangan yang ketara dalam penulisan Jawi murid kerana mereka telah diberikan latihan serta aktiviti yang dapat merangsang kemahiran penulisan murid dengan lebih baik. Perubahan ini telah memberikan satu kepuasan kepada diri saya kerana berjaya mencapai objektif yang disasarkan, disamping membantu murid memperbaiki kemahiran penulisan mereka, serta memudahkan guru pendidikan islam untuk mengajar mereka pada masa akan datang. Alhamdulillah, dengan bantuan dan kerjasama daripada pihak sekolah, guru dan murid-murid, menjadikan projek individu saya berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan. Walaupun murid tidak mengalami perubahan 100%, namun, peningkatan yang ditunjukkan amat memuaskan.