1
MENANAM LADA HITAM
JENIS Jenis yang ditanam ialah jenis Kuching yang berasal dari India.
KEADAAN TANAH DAN IKLIM Hidup subur di kebanyakan jenis tanah yang mempunyai bahan organik yang tinggi dan mempunyai mempunyai pengaliran air yang yang sempurna. Tanah yang tidak begitu begitu sesuai ialah tanah liat padat, tanah gambut, tanah pasir dan kawasan yang selalu kena banjir. Curam lereng bukit jangan melebihi 15 darjah. Di Johor Selatan Selatan lada hitam tumbuh subur di tanah Siri Rengam. Tanah dibersihkan dan kerja-kerja memancang untuk menanda lubang tanaman dilakukan. Di tanah berbukit, teres-teres teres-teres dibuat selebar 1.5 meter meter (5 kaki).
PENANAMAN
Menyedia benih
Benih diperolehi dari keratan pucuk batang (terminal stem) yang mengandungi 7 buku. Keratan-keratan disemai disemai selama 8 minggu sebelum ditanam ke ladang. Jarak semaian adalah 15 cm - 20 cm (6-8 inci). 3 atau 4 dari 7 buku keratan ditanam ke dalam tanah atau pasir tempat semaian. Keratan mula tumbuh selepas 7-10 hari di tapak semaian.
2
Jarak tanaman
Yang diamalkan oleh peladang peladang ialah 2.4 m x 2.4 m (8 x 8 kaki), kaki), 2.4 m x 2.1 m (8 x 7 kaki) dan 2.4 m x 1.8 m (8 x 6 kaki). Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2.4 m x 2.4 m memberikan 1,735 pokok sehektar (680 pokok seekar).
Menanam
Lubang yang cetek cetek dibuat di tengah tengah busut tanaman. 3 atau 4 dari buku buku keratan semaian yang telah berakar ditanam dan tanah di sekeliling keratan dikejapkan. Bahagian atas keratan diikat longar-longar longar-longar ke kayu penyokong sementara atau atau penyokong tetap. tetap. Selepas disiram diberi lindungan. Lindungan dijarangkan sedikit demi sedikit dan selepas 8 minggu bolehlah dibuang.
Kayu penyokong tetap Dari kayu keras berukuran 15 cm x 15 cm (6 x 6 inci) dan 3 cm (12 kaki) panjang. Jenis kayu yang biasa digunakan ialah kayu balau, resak, tempinis tempinis dan cengal. Kayu penyokong tetap boleh dipacak dipacak sebelum menanam atau atau selepas pokok berumur 4 bulan bagi mengganti kayu penyokong sementara. Kayu penyokong yang mutunya rendah akan menjadi menjadi pembawa kulat.
3
PENJAGAAN
Mencantas Cantasan dilakukan 3 bulan sekali. (Sila lihat panduan mencantas pokok di sini) !
Mengawal rumpai Kerja merumput dan menimbun tanah di sekeliling perdu pokok biasanya dijalankan serentak. Sungkupan dibubuh untuk mengurangkan pertumbuhan rumput rampai dan menjaga kelembapan tanah. Jika menggunakan racun rumput "paraquat", ikut kadar yang disyorkan kerana ini adalah sesuai dan selamat.
Membaja Baja campuran, 13% Nitrogen (N), 6% Phosphorus (F 205), 18% Kaliam (K 20) dan 4% Magnesium (MgO).
Tahun pertama Tahun kedua
-
0.9 kg (2 lb) dolomite 113 kg (4 lb) baja campuran/sepokok/sekali. Dibubuh 2 bulan sekali. 0.5 kg (1 lb) dolomite/sepokok/setahun, 227 gm (8 oz)
Tahun ketiga -
baja campuran/sepokok/sekali pembajaan. Bagi pembajaan ketiga dan keempat 0.3 kg (12 oz) baja campuran/sepokok/sekali pembajaan.
4
MENGAWAL MUSUH
Kutu penghisap daun (Pepper tingid bug)
Kutu penghisap buah (Green pepper bug)
Serangga pemakan daun (Tree hopper)
A
Bagi ketiga-tiga musuh di atas, sembur dengan bancuhan 43 c.c. (1 1/2 oz cecair) Malathion 50% dalam 18 litre (4 gelen) air atau 42 g ( 1/2 oz) Agrocide 26 D.P. dalam 18 litre (4 gelen) air.
Koya (Mealy bugs)
Teritip pokok (Scale insects)
Kutu daun (Aphide)
Bagi ketiga-tiga musuh di atas, sembur dengan 170 c.c.(6 oz cecair) minyak putih Albolineum dalam 11 litre ( 2 1/2 gelen) air atau 28 c.c. (1 oz cecair) Malathion 50% dalam 16 litre (3 1/2 gelen) air.
Kumbang pengorek batang (Pepper weevil)
71 c.c. (2 1/2 oz) Agrocide dalam 23 litre (5 gelen) air atau dengan cara mengawal di bahagian A di atas.
5
PENYAKIT, PENYEBAB DAN CARA KAWALAN
Reput akar (Foot rot) - Phytophthora palmivora butler Pokok menjadi kuning dan terbantut. Daun dan dahan kecil mudah gugur sehingga pokok kelihatan tidak berdaun. Gunakan Captafol atau Etridiazole. Sembur keliling bahagian pangkal dan di bahagian bawah pokok pada musim hujan sekiranya Phytophthora dapat dikesan. Tentukan saliran yang baik di ladang. Cantas dahan-dahan mulai dari pangkal pokok hingga 1 kaki tinggi. Jangan guna baja nitrogen berlebihan. Buang semua pokok-pokok yang berpenyakit. Dedah tempat-tempat yang diserang supaya kena cahaya matahari.
Reput pangkal - Phytophtora palmivora Daun menjadi layu, kuning dan gugur. Bahagian yang berpenyakit berwarna hitam. Boleh mengakibatkan kematian pokok setinggi 70-90%.
Penyakit akar (White root) - Rigidoporus lignosus Klotzsch Imazeki Gunakan Quintozene. Buang bahagian-bahagian yang kena penyakit dan basahkan di sekeliling/ pangkal pokok secukupnya dengan campuran racun ini. Cabut pokok dan musnah jika penyakit terlalu teruk. Jika membuka kawasan-kawasan baru, cabut dan abar semua tunggul-tunggul dan akarakar. Sentiasa periksa kawasan-kawasan yang selalu terdapat penyakit ini.
6
Penyakit virus - Stunt virus disease) Penyakit ini hanya terdapat di Sarawak sahaja.
Bintik daun (Leaf spot) - Colletotrichum piperis Corda Thiram/Copper oxychloride/Captan/Mencozeb pada 0.2% bahan aktif. Buang dan musnah daun-daun yang terkena penyakit.
Karat merah (Red rust) -Cephaleuros parasitica Guna Cuprous oxide atau sebarang racun kulat jenis ini pada kadar 0.2% bahan aktif. Buang dan musnah daun-daun yang terkena penyakit.
Penyakit buah hitam (Black berry disease) - Caphaleuros virescens Kunze Guna Triadimefon atau Carbendazim. Semburan pertama bila 50% daripada sagaran telah terbentuk, diikuti dengan 2-3 kali semburan bagi tiap-tiap 2-3 minggu. Pokok tua dan pokok yang rosak adalah lebih peka. Jenis yang tahan adalah seperti Djambi.
Penyakit lembut (Velvet blight) - Septobasidium spp. Guna Benomyl (0.08% bahan aktif) atau Captafol (0.2% bahan aktif) atau Copper oxychloride (0.1% bahan aktif). Sembur apabila daun, cabangcabang dan sagaran buah yang diserang telah dibuang. Pemeriksaan ke atas pokok-pokok perlu dijalankan lebih kerap apabila kulat perosak telah dapat dikesan. Cantas dan bakar semua cabang, daun dan bahagian yang diserang.
7
MEMUNGUT HASIL Masa yang sesuai untuk memetik buahnya ialah 8-9 bulan selepas berbunga. Hasil pertama diperolehi 30-36 bulan selepas menanam. Hasil tertinggi bila pokok berumur 5-8 tahun. Bila sebiji buah lada hitam dalam satu tangkai menjadi masak merah maka keseluruhan tangkai boleh dipetik.
8
Cara penanaman biasa Lada Hitam
Semaian benih dari batang yang dicantas dari gambar 3. Apabila ia mula berakar dan pucuk baru telah tumbuh, ia kan dipindahkan ke kawasan kebun, seperti dalam gambar 2 di bawah
(2)
semaian di tanam pada tiang sokongan(biasanya kayu Belian),ditutupi
dengan daun Resam sabagai naungan dari panas matahari...
9
Pokok yang telah berusia antara 6-8 bulan,sedia untuk di 'potong' dan di jadikan benih seperti dalam gambar (1).Tujuan utama ia di potong adalah agar pokok lebih banyak mengeluarkan dahan dan lebih produktif..
10
Gambar Lada yang telah di 'potong' yang mula mengeluarkan pucuk baru.Selalunya,3-4 pucuk saja yang di dibiarkan naik.Terlalu banyak pucuk akan menyukarkannya untuk di ikat ,berserabut dan gelap.Keadaan ini akan mudah di serang kulat dan serangga perosak.
11
Pucuk yang naik akan di ikat menggunakan sejenis tali khas yang di perbuat dari kulit kayu.Tali Rafia juga boleh di gunakan..
12
Setelah 8 bulan lepas di 'potong',pokok lada telah cukup matang utk mula mengeluarkan hasil dan di baja dengan baja buah NPK 12-12-17-2.
13
LADA DAN PENYELIDIKAN LADA DI SARAWAK Lada, rempah yang digunakan dengan meluas sebagai perasa makanan,adalah buah daripada tumbuhan tropika jenis memanjat, Piper nigrum L., yang berasal dari Barat-Daya India. Di Sarawak, lada telah ditanam sejak tahun 1856 tetapi penanaman secara meluas bermula pada tahun 1900-an. Kini, lada masih merupakan salah satu tanaman kontan yang penting sebagai punca pendapatan untuk kira-kira 67,000 penduduk di kawasan pedalaman Sarawak. Keluasan purata kebun lada adalah 0.2 hektar. Lada b anyak ditanam di beberapa daerah di Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, B etong dan Sarikei. Anggaran semasa kawasan penanaman lada ialah kira-kira 13,000 hektar. Malaysia mengeksport sebanyak 19,748 tan metrik lada pada tahun 2004 dan 18,824 tan metrik pada tahun 2002 yang masing-masingnya bernilai RM113.2 juta dan RM120.0 juta. Hampir 98 peratus pengeluaran lada di Malaysia adalah di Sarawak. Pengeluaran untuk tahun 2004 adalah 20,000 tan metrik. Malaysia kini menduduki tangga kelima negara pengeluar lada dunia selepas negara Vietnam, India, Indonesia dan Brazil.
Bentuk Lada untuk Eksport
Kira-kira 95 peratus perdagangan lada dunia adalah dalam bentuk lada hitam dan putih, manakala selebihnya adalah dalam bentuk oleoresin lada, minyak lada, lada hijau dan lada kisar.
14
Tanaman Lada Pokok lada hidup subur di kawasan beriklim tropika yang panas dan lembap. Lazimnya, lada dibiak daripada keratan batang dan pembiakan menggunakan biji jarang dilakukan. Sistem akar berkembang daripada akar adventitius yang terbentuk pada bahagian buku keratan batang yang ditanam. Daun akan keluar pada setiap buku semasa peringkat tumbesaran keratan pucuk utama. Akar adventitius juga akan berkembang untuk membantu pucuk melekat pada tiang sokongan. Pada setiap buku, mata tunas aksil tumbuh menjadi dahan sisi dan seterusnya akan mengeluarkan sulur buah. Bunga lada keluar pada buku yang bertentangan dengan setiap daun di dahan sisi. Kebanyakan kultivar lada mempunyai bunga dwiseks yang kebiasaannya mengalami pendebungaan sendiri. Buah lada yang lebih dikenali sebagai beri, berwarna hijau dan berkeadaan lembut di peringkat awal pembentukan. Ia bertukar ke warna hijau tua dan menjadi keras apabila matang. Kulit luar (eksokarpa) berwarna kuning dan merah cerah dan menjadi lembut apabila masak. Setiap beri lada mengandungi biji tunggal yang diselaputi isi buah (mesokarpa). Lada hitam terdiri daripada keseluruhan beri yang telah dikeringkan manakala lada putih adalah biji lada. Rasa pedas buah lada adalah disebabkan oleh kehadiran alkaloid piperine, chavisine dan piperettine manakala minyak pati menghasilkan aroma lada. Keduadua sebatiantersebut membentuk oleoresin yang dapat dip erolehi melalui proses ekstraksi pelarut. Kepedasan lada juga dipengaruhi oleh varieti dan persekitaran penanaman lada.
15
Kultivar Lada Terdapat banyak kultivar di Negara India yang merupakan tempat asal tanaman lada. Di Sarawak, kultivar yang paling banyak ditanam ialah 'Kuching (Gambar 1). Melalui penyelidikan, dua kultivar, iaitu 'Semongok perak' dan 'Semongok emas' (Gambar 2) telah disyorkan kepada petani. Terdapat 47 'kemasukan' (accessions) Piper nigrum dan 46 'kemasukan' (accessions) spesies Piper di dalam koleksi germplasma lada di Pusat Penyelidikan Pertanian Semongok. Bahan-bahan ini digunakan untuk program penambahbaikan tanaman lada.
Gambar1: Lada jenis ‘Kuching’
Gambar 2: Lada jenis ‘Semongk emas’
16
PEKEBUN LADA Lada mula ditanam oleh pekebun Cina. Kini kira-kira 87 peratus daripada pekebun lada adalah kaum bumiputera, terutama kaum Iban dan Bidayuh, hasil daripada galakan dan bantuan skim penanaman yang dilaksanakan oleh J abatan Pertanian sejak tahun 1972.
PENANAMAN LADA Di Sarawak, lada ditanam sebagai tanaman tunggal (monocrop) tanpa naungan terutamanya di kawasan lereng yang bercerun landai dan curam. Untuk kebun lada yang terletak di kawasan rendah dan mendatar, sistem parit perlu disediakan. Pokok lada ditanam di atas busut yang disediakan semasa penyediaan tanah. Secara tradisional, pekebun mengamalkan merumpai bersih kebun lada mereka. Amalan ini sering mengakibatkan hakisan tanah yang teruk, oleh itu pekebun lada kini digalakkan menanam tanaman penutup bumi.
Menanam di ladang Masa yang paling sesuai menanam lada adalah di antara bulan Oktober hingga Disember. Bahan tanaman yang boleh digunakan ialah keratan tanpa akar, keratan berakar atau keratan dalam polibeg. Jarak antara tanaman yang disyorkan ialah 2.5m x 2.0m (2,000 pokok lada/hektar). Keratan yang baru ditanam perlu diberi naungan atau lindungan sehingga ia tumbuh dengan sempurna.
17
Tiang sokongan Pokok lada yang masih muda dilatih untuk tumbuh memanjat pada tiang sokongan. Secara tradisional, tiang kayu belian digunakan sebagai sokongan. Walau bagaimanapun, hasil kajian telah mendapati tiang sokongan hidup daripada pokok jenis kekacang (contohnya Gliricidia sepium dan Erythrina indica) sesuai digunakan sebagai tiang sokongan alternatif (Gambar 3).
Gambar 3: Pokok lada pada tiang Gliricidia
Pemangkasan / Cantasan Pokok lada hendaklah dicantas untuk menggalakkan pembentukan kanopi yang sesuai. Tiga pusingan pemangkasan disyorkan: pangkasan pertama ialah enam bulan selepas menanam untuk pengeluaran tiga pucuk utama. Pangkasan kedua adalah di peringkat 12 –14 bulan apabila pokok lada mencapai ketinggian separuh tiang sokongan. Pangkasan terakhir dilakukan apabila pucuk utama mencapai bahagian atas tiang sokongan dan ini adalah seiring dengan masa pengeluaran buah yang pertama.
18
Pembajaan Pokok lada memerlukan banyak bekalan nutrien. Penggunaan baja kimia adalah penting untuk pengeluaran hasil yang tinggi. Pengapuran juga perlu dilakukan untuk meningkatkan kandungan zat pemakanan Kalsium (Ca) dan Magnesium (Mg) serta untuk mengawal kemasaman (pH) tanah. Pokok lada muda perlu kerap dibaja dengan baja yang mengandungi nutrien utama Nitrogen (N), Fosforus (P) dan kalium (K). Pokok lada matang pula memerlukan bekalan nutrien dalam kuantiti yang banyak. Keperluan baja, komposisi nutrien dan jadual pembajaan untuk pokok lada yang matang dan belum matang telah dikaji. Gejala kekurangan nutrien dan keracunan juga telah dihuraikan.
Pengutipan hasil dan pemprosesan Pokok lada lazimnya mengeluarkan hasil yang pertama pada awal musim hujan di tahun kedua penanaman. Pengutipan hasil dilakukan mulai bulan Mac hingga Ogos. Lada hitam dihasilkan dengan menjemur buah lada yang telah matang tetapi belum masak di bawah cahaya matahari. Lada putih diproses dengan merendam buah lada dalam air bersih yang mengalir untuk membuang lapisan isi buah (perikarpa) sebelum dikeringkan di bawah matahari. Untuk penghasilan lada putih, sagaran buah yang mempunyai banyak buah yang hampir masak digunakan.
19
Kawalan serangga dan penyakit Banyak serangga perosak dan penyakit boleh menyebabkan kerosakan pada tanaman lada. Serangga perosak utama yang merosakkan pokok dan bunga lada ialah kumbang belalai (Lophobaris piperis) dan kepinding lada (Dicronocoris hewetii). Kumbang rokok (Lasioderma serricorne) juga boleh merosakkan biji lada semasa penyimpanan. Penyakit yang biasa menyerang lada adalah disebabkan oleh kulat yang membiak dalam keadaan yang panas dan lembap. Penyakit yang perlu diawasi oleh pekebun lada ialah penyakit reput akar (Phytophthora capsici), penyakit buah hitam (Colletotrichum capsici, C. piperis dan C. gloeosporioides), penyakit cendawan angin (Corticium salmonicolor), penyakit hawar lembut (Septobasidium sp.), penyakit akar putih (Rigidoporus lignosus) dan penyakit kuning (disebabkan oleh gabungan serangan cacing nematod Radopholus dan kulat Fusarium solani). Cacing nematod (Meloidogyne spp.) menyerang bahagian akar pokok lada. Penyakit daun keriting yang disebabkan oleh virus juga boleh menyerang pokok lada muda dan matang. Kawalan perlindungan tanaman lada daripada serangga perosak dan penyakit dengan menggunakan bahan kimia menyebabkan kos pengeluaran lada meningkat.
20
PEMASARAN Kira-kira 70 peratus lada keluaran Sarawak dieksport dalam bentuk lada hitam dan selebihnya adalah sebagai lada putih, jeruk lada, lada nilai tambah dan produk hasil lada yang lain. Di kawasan pedalaman, pekebun menjual hasil lada mereka kepada peniaga di kampung yang kemudiannya menjual kepada peniaga di bandar. Di kawasan yang berhampiran bandar, pekebun akan menjual terus kepada peniaga di bandar atau pengeksport. Lembaga Pemasaran Lada Hitam, sebuah Agensi Persekutuan yang ditubuhkan pada tahun 1972, bertanggungjawab terhadap maklumat pemasaran, promosi dan pengembangan, penambahbaikan kualiti, perdagangan, peraturan pemasaran melalui pelesenan peniaga dan pengeksport lada serta pembangunan produk lada.
MASALAH DAN KEKANGAN Masalah utama dan kekangan yang dihadapi oleh pekebun lada adalah :-
Peningkatan kos pengurusan serangga perosak dan penyakit
Harga baja dan kos tenaga kerja bertambah
Harga pasaran eksport yang turun naik
Berikut adalah beberapa program penyelidikan untuk menyokong perkara di atas :-
Germplasma lada – koleksi dan penilaian peringkat ladang Pembiakbaikan dan pemilihan genotip yang sesuai dengan ciri yang diingini
21
Keperluan baja mengikut jenis tanah, genotip dan tanaman penutup bumi
Amalan penanaman untuk sistem pengeluaran lada berkos-rendah
Pembangunan kaedah pengutipan hasil menggunakan tenaga buruh yang kurang
Kajian lanjutan ke atas kawalan penyakit reput akar Phytophthora.
Amalan penanaman dan kawalan kimia terhadap penyakit utama lada yang lain.
Kawalan bersepadu terhadap kumbang belalai dan serangga perosak semasa penyimpanan.
Pemantauan kandungan sisa baki racun perosak dalam lada yang diproses
Rawatan melalui akar ('root feeding') sebagai kaedah alternatif penggunaan racun perosak.
Pembangunan lada transgenik dengan ciri kemasakan buah yang terkawal untuk mengurangkan jumlah pusingan mengutip hasil.
Analisis sisa baki racun perosak bagi lada yang diproses
Mengguna kaedah bioteknologi untuk pembiakbakaan, penandaan DNA dan diagnostik penyakit lada
Menambahbaik teknik pemprosesan untuk menghasil lada yang lebih berkualiti dan mempunyai nilai tambah
Sumbangan: SRO Paulus Amin Det, ARC, Semongok