PELEPASAN KONTRAK ?Penamatan dengan Perlaksanaan Sesuatu kontrak akan tamat dengan sendirinya apabila segala tanggungjawab yang t erkandung di dalam kontrak itu dilaksanakan dengan sempurna. Perlaksanaan kontrak adalah tanggungjawab yang boleh dikuatkuasakan melalui salu ran undang-undang. Tanggungjawab untuk melaksanakan kontrak ini diperuntukkan di bawah s.38 (1). Tanggungjawab ini mesti dilaksanakan dengan menyeluruh, tepat dan sempurna seper ti yang diperuntukkan di bawah s. 40 Apabila tanggungjawab kontrak sudah dilaksanakan dengan sempurna mereka sudah ti dak lagi mempunyai apa-apa hubungan dari sudut undang-undang kontrak. Walau bagaimanapun jika pelaksanaan sesuatu kontrak itu tidak mencapai tahap sem purna atau lengkap, pihak lain tidak diwajibkan membuat apa-apa bayaran atau mel aksanakan kewajipannya S 51 pelaksanaan sesuatu janji boleh dibuat dengan apa-apa cara atau pada bila-b ila masa yang ditetapkan atau dipersetujui oleh penerima janji S 56 keadaan dimana masa penting kepada pelaksanaan kontrak S 41 pelaksanaan oleh pihak ketiga kes: Letchumi Ammal - kes : Haji Nik Ishak lwn Nik Zainab ?Penamatan melalui Perjanjian @ Persetujuan Pihak-pihak yang terlibat boleh bersetuju sesama mereka untuk menamatkan kontrak yang pernah dibuat oleh mereka. Dengan syarat persetujuan ini mesti dibuat dengan menglibatkan semua pihak yang telah terikat dengan kontrak. Bentuk penamatan kontrak ini boleh berlaku samada melalui penamatan mutlak, pemb aharuan atau pindaan seperti yang diperuntukkan di bawah s. 63. Di samping itu, s. 64 pula membolehkan sesuatu perlaksanaan janji dikecualikan a tau dikurangkan atau dipanjangkan tempohnya. Dengan adanya kontrak yang kedua ini, maka kontrak yang pertama dahulu dianggap sebagai tamat kerana semua pihak akan tertakluk kepada kontrak yang baru sahaja. ?Penamatan melalui Kekecewaan
@
Kemustahilan
Terdapat kontrak yang menentukan perlaksanaannya pada masa akan datang. Kadang-k ala terjadi sesuatu faktor yang menyebabkan perlaksanaan kontrak tidak dapat dil akukan. Perkara ini berlaku dalam dua keadaan iaitu samada perkara mustahil itu wujud se belum kontrak atau selepas kontrak. Jika perkara mustahil itu berlaku sebelum kontrak seperti dalam s. 57(1), maka k ontrak itu adalah tidak sah. S. 57(3) pula memperuntukkan bahawa jika seseorang yang terlibat itu sudah tahu bahawa ia adalah mustahil untuk dilaksanakan, maka dia perlu membayar gantirugi kepada pihak yang lain. Jika perkara mustahil itu berlaku selepas kontrak maka ia tertakluk kepada satu prinsip Common Law iaitu yang dinamakan Doktrin Kekecewaan oDoktrin Kekecewaan Kekecewaan dalam kontrak berlaku bila mana undang-undang mengiktiraf bahawa tanp a kesalahan mana-mana pihak suatu obligasi kontrak tidak boleh dilaksanakan kera na hal keadaan dalam mana pelaksanaan dikehendaki menjadikannya sesuatu yang ama t berlainan dari apa yang diaku janji di bawah kontrak Terdapat peruntukan dalam Akta Kontrak yang menepati doktrin kekecewaan iaitu di bawah s. 57 (2). Melalui peruntukan ini dapat difahami bahawa sesuatu kontrak i tu dianggap mengalami kekecewaan apabila memenuhi perkara-perkara berikut: Perlaksanaan kontrak itu menjadi mustahil atau tidak sah Ia menjadi mustahil atau tidak sah selepas kontrak dibuat. Ini bermakna ketika ko ntrak sedang dibuat ia masih lagi boleh dilaksanakan
Kejadian yang menyebabkan ia menjadi mustahil itu tidak dapat dihalang Pembatalan kontrak melalui doktrin kekecewaan ini dibincangkan dalam kes Berney lwn Tronoh Mines (1949) 15 MLJ 4. Berdasarkan kes-kes mahkamah, doktrin kekecewaan boleh berlaku dalam beberapa ke adaan iaitu: Apabila perkara yang dikontrakkan musnah kes: Taylor lwn Caldwell Apabila tujuan kontrak tidak tercapai kes : Krell lwn Henry Apabila berlaku kematian/ ketidakupayaan individu kes: Robinson lwn Davison Apabila perlaksanaannya menyalahi undang-undang akibat pindaan undang-undang atau arahan mahkamah dan sebagainya. Apabila berlakunya peperangan atau bencana alam Doktrin kekecewaan ini bagaimanapun tidak terpakai jika pelaksanaan sesuatu kont rak tersebut hanya menjadi lebih sukar, mahal atau terlewat kes: Tsakiroglou & C o lwn Noblee Thorl Sesuatu kontrak itu juga tidak dikira sebagai dikecewakan jika punca kekecewaan adalah disebabkan oleh salah pihak yang terbabit itu sendiri Kesan doktrin kekecewaan terhadap kontrak S 15 dan S 16 Akta Undang-Undang Sivil 1956, S 57(1) Akta Kontrak, S 66 Akta Kontrak ?Penamatan melalui Kemungkiran Kontrak Sesuatu kontrak juga boleh tamat melalui pelanggaran atau kemungkiran kontrak ia itu apabila pihak-pihak yang berkontrak gagal melaksanakan tanggungjawab yang te rkandung di dalam kontrak. Apabila sesuatu pihak melanggar kontrak, S. 40 memberikan kuasa kepada pihak yan g lain untuk menamatkan kontrak. S 40 apabila suatu pihak bagi suatu kontrak telah enggan melaksanakan atau telah tak membolehkan dirinya dari melaksanakan janjinya pada keseluruhannya, maka pe nerima janji bolehlah menamatkan kontrak itu, melainkan jika ia telah menunjukkk an, dengan kata-kata atau kelakuan, persetujuannya untuk meneruskan kontrak ters ebut S 65 bila seseorang yang mempunyai opsyen untuk membolehbatalkan suatu kontrak m embatalkannya, pihak yang lain dalam kontrak itu tidak perlu melaksanakan sebara ng janji yang terkandung di dalam kontrak di mana ianya adalah pembuat janji. Pi hak yang membatalkan suatu kontrak boleh batal hendaklah, jika ia telah mendapat sebarang faedah dari suatu pihak yang lain dalam kontrak itu, memulangkan faeda h sedemikiannya setakat mana yang boleh kepada orang dari siapa dia menerimanya.