Pengenalan Pembahagian Kuasa merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga cabang utama iaitu Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman. Ianya adalah untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman” di mana dikatakan doktrin pembahagian kuasa dapat mewujud dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang antara kuasa tersebut. Konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang diamalkan di negara kita pada hari ini adalah satu konsep yang telah digunakan sejak negara kita mencapai kemerdekaan lagi meskipun pengertian dan penggunaan konsep demokrasi itu telah lari sedikit dengan sekatan undang-undang selepas daripada Peristiwa 13 Mei 1969. Demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang diamalkan ini jika dilihat, terbahagi kepada dua bentuk pentadbiran atau pemerintahan iaitu sistem federalisme dan doktrin pengasingan kuasa. Doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan di Malaysia adalah sama dengan doktrin pengasingan kuasa yang digunakan di Amerika Syarikat. Seperti juga konsep federalisme, konsep ini adalah bertujuan untuk mengagihkan kuasa. Namun demikian, konsepnya berbeza sedikit kerana pengagihan kuasa ini bukanlah antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri tetapi ia adalah antara tiga badan tadi yang kami nyatakan.Konsep doktrin pengasingan kuasa ini adalah untuk memastikan satu-satu kuasa itu tidak dipegang oleh satu badan yang sama sahaja dan kuasa itu tidak juga dipegang oleh orang yang sama.
Doktrin Pengasingan Kuasa Di Malaysia Malaysia dibentuk berasaskan gabungan negeri. Pelaksanaan pentadbiran negara ini menggunakan konsep pengasingan kuasa (separation of power) sebagai tunjang kepada amalan demokrasi. Sejak merdeka sehingga kini, pengasingan kuasa telah membawa kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik yang berpanjangan. Agihan kuasa yang jelas memberi kesan positif kepada pembangunan negara khususnya ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020. Kuasa Pemerintahan di Malaysia adalah berasaskan kepada sistem demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep pengasing kuasa. Konsep pengasingan kuasa pemerintahan dibahagikan kepada 3 cabang iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Pengasingan kuasa ini perlu untuk mengelak sebarang pemusatan kuasa pada satu-satu pihak yang cenderung mengakibatkan salah laku dan pembolotan kuasa.
Matlamat Doktrin PengasinganKuasa adalah:1) Mengelakkan pertindahan bidang kuasa, iaitu bidang yang sama tidak terlibat dalam pengurusan lebih dari satu kuasa. 2) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah badan tertentu. 3) Membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh badan lain.
Konsep pembahagian kuasa Di bawah pembahagian kuasa, kerajaan dipecah kepada tiga cabang, iaitu:
Legislatif atau penggubal undang-undang
Eksekutif atau pentadbir kerajaan berdasarkan undang-undang
Kehakiman atau pelaksana undang-undang
Cabang-cabang ini mempunyai peranan yang berbeza tetapi saling bergantung antara satu cabang dengan lain. Misalnya hakim dilantik oleh ketua Eksekutif, manakala undangundang yang berpunca dari cabang legislatif akan digunakan oleh badan kehakiman untuk membuat keputusan, manakala pihak eksekutif pula akan menguatkuasakan undang-undang tersebut. Doktrin ini juga diperteguhkan lagi dengan elemen semak dan seimbang iaitu setiap badan mempunyai kuasa yang terhad dan boleh memeriksa serta menghadkan kuasa badan yang lain. Oleh itu, seorang Hakim walaupun dilantik oleh ketua Eksekutif boleh menjatuhkan hukuman undang-undang kepada ketua eksekutif tersebut kerana badan kehakiman mempunyai kebebasan kehakiman dan para hakim dilindungi oleh kekebalan kehakiman. Sekiranya elemen ini tiada, maka pembahagian kuasa sekadar nama sahaja. Doktrin pembahagian kuasa amat nyata di negara Amerika Syarikat. Di sana setiap badan saling memeriksa penyalahgunaan kuasa satu sama lain. Malah, setiap badan mempunyai elemen semak dan seimbangnya masing-masing. Misalnya polis boleh disoal siasat oleh satu badan bebas yang lain. Disamping itu, badan legislatif di kebanyakan negara adalah dwidewan misalnya di Malaysia yang mempunyai dua dewan iaitu
Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dua dewan ini adalah penting untuk memastikan semak dan seimbang dilaksanakan dalam penggubalan undang-undang. Kuasa-Kuasa Badan perundangan (legilative power) - Berfungsi pembuat dan meminda undang-undang. - Badan ini mengusulkan kepada kerajaan untuk dikemukakan pula kepada hakim.
Badan eksekutif (executive power) - Menjalankan kuasa dan mengamalkan undang-undang. - Dikenali sebagai cabinet atau Jemaah menteri.
Badan kehakiman (judiciary power) - Menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan. - Bertindak mengawal badan eksekutif dan badan perundangan. 2.Setiap cabang kuasa dianggotai dan dikuasai oleh orang atau kelompok yang berbeza 3.Mesti berlaku check and balance antara satu sama lain mengikut peranan masing-masing 4.Setiap cabang kuasa tidak boleh diganggu, campurtangan atau pengaruhi oleh cabang kuasa lain.
(i) Badan Perundangan Ia diwakili oleh institusi Parlimen yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan bagi menggubal undang-undang di Malaysia. Parlimen terdiri daripada Yang Dipertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Negara atau Senat adalah dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara digelar Senator dan dilantik tanpa melalui proses pilihanraya. Setiap negeri diperuntukkan kerusi Senator dan kuasa senator adalah untuk tempoh 3 tahun sahaja. Seseorang calon bagi jawatan senator hendaklah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Senator boleh dilantik menjadi anggota Jemaah Menteri atas budi bicara Perdana Menteri dan taraf mereka adalah sama dengan Ahli Parlimen. Keanggotaan Dewan Negara dilantik oleh Yang Dipertuan Agong. Mereka yang dilantik ini biasanya merupakan individu yang telah banyak berjasa atau telah menyumbang kepada kecemerlangan satu-satu bidang tertentu seperti perniagaan, kebajikan dan sebagainya. Dewan Rakyat pula adalah dewan terpenting di mana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Anggota Dewan Rakyat disebut sebagai Ahli Parlimen dan mempunyai mandat untuk tempoh 5 tahun. Terdapat 219 Ahli Parlimen. Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang dibuat di Parlimen dikenali sebagai Akta, sementara pada peringkat Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia disebut Enakmen manakala di Sabah dan Sarawak, ianya dinamakan Ordinan. Proses Meluluskan Undang-undang di ParlimenProses tersebut akan melalui beberapa peringkat sebelum ianya diwartakan menjadi undang-undang. Kementerian akan mengemukakan cadangan undangundang dan ianya kemudian melalui proses penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan
Peguam Negara. Pembacaan Pertama di Dewan Rakyat yang dikenali sebagai pembacaan tajuk rang undang-undang. Pembacaan Kedua di Dewan Rakyat dan kali ini ianya dibahaskan. Langkah seterusnya melibatkan Perbincangan secara terperinci pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.
(ii) Badan Eksekutif Ini diwakili oleh Jemaah Menteri atau Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi dalam semua perkara di Malaysia. Kabinet terdiri daripada beberapa buah kementerian yang diketuai oleh Menteri dan Timbalan Menteri, termasuklah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang mempunyai portfolio masing-masing. Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio dan beliau diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta menyelaras program pembangunan dalam bidang sosial dan ekonomi di negara kita. Terdapat 26 buah kementerian. Di bawah Badan Pelaksana wujud satu jentera pentadbiran yang menjadi teras kepada kuasa pemerintahan. Ianya dinamakan perkhidmatan awam atau birokrasi kerajaan. Perkhidmatan Awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha kementerian. Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai pegawai perkhidmatan awam dan kesemua mereka bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang diamanahkan oleh kerajaan.
Sesebuah kementerian biasanya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah. Setiap jabatan lazimnya diketuai oleh seorang Ketua Jabatan yang dikenali sebagai Ketua Pengarah. Selain daripada kementerian dan jabatan, badan pelaksana juga mempunyai badan berkanun. Badan berkanun ialah badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun akan mempunyai peruntukan kewangan yang tersendiri. Badan berkanun ini ditadbir oleh sesebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan. Badan berkanun mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab masing-masing. Badan-badan ini berperanan mempercepat dan menyumbang kepada urusan pentadbiran dan program pembangunan kerajaan yang biasanya digariskan di bawah setiap rancangan lima tahun. Suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam. Di antara
suruhanjaya
tersebut
ialah
Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam,
Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
(iii) Badan Kehakiman Ia diwakili oleh institusi mahkamah. Mahkamah diketuai oleh penjawat awam yang dinamakan hakim. Semua hakim dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan
urusan dan tugas kehakiman di negara ini. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan undang-undang termasuk perlembagaan negara, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkan sama ada sesuatu tindakan kerajaan itu sah atau tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu di bawah bidang kuasa badan perundangan atau Parlimen. Sistem Mahkamah di Malaysia mempunyai tahaptahap mengikut susunan hierarki di mana kes-kes yang dikendalikan dan diputuskan di satusatu peringkat mahkamah boleh dirujuk atau dirayu di peringkat mahkamah yang lebih tinggi lagi. Mengikut sususan hierarki badan perundangan, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen merupakan Mahkamah Rendah manakala Mahkamah Atasan terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah diikuti dengan Mahkamah Rayuan dengan Mahkamah Persekutuan menduduki tempat yang tertinggi sekali dalam hierarki tersebut. Dalam soal urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan di kalangan hakim-hakim di negara ini adalah terletak di bawah bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah. Dari segi prinsipnya, hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Ini untuk memastikan keadilan dan kesaksamaan undang-undang tidak dikompromi oleh pengaruh politik serta menjamin integriti sistem kehakiman dan perundangan itu sendiri. Peguam Negara ialah penasihat undang-undang kerajaan dan juga menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi pihak kerajaan. Beliau dibantu oleh pegawai dan kakitangan di bawah Perkhidmatan Undangundang dan Kehakiman.
PENUTUP Konsep pengasingan kuasa ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Malaysia sejak merdeka. Kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi serta keharmonian masyarakat adalah bukti yang sangat jelas betapa setiap badan ini melaksanakan fungsi masing-masing. Badan Kehakiman boleh melaksanakan peranannya tanpa diganggu atau merasa takut dengan Badan Eksekutif, manakala Badan Perundangan bebas merangka atau mencadangkan rang undangundang yang bersesuaian untuk kepentingan masyarakat, bukannya kepentingan beberapa orang sahaja. Contoh pelaksanaan konsep pengasingan kuasa ialah terdapat sebilangan ahli politik atau tokoh masyarakat yang ditangkap dan dibicarakan seterusnya dijatuhkan hukuman. Ada yang dipenjarakan, ada yang didenda dan ada yang didapati tidak bersalah selepas melalui proses kehakiman yang panjang tanpa dipengaruhi oleh Badan Perundangan atau Badan Eksekutif.