Kejuruteraan mekanik adalah bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan asas mekanik. Ia merupakan penggunaan prinsip fizik untuk menganalisis, mencipta, membuat dan menyelenggara mesin dan barangan berguna. Ia memerlukan pemahaman kukuh konsepkonsep asas yang merangkumi mekanik mekanik,, kinematik kinematik,, termodinamik dan tenaga tenaga.. Jurutera mekanik menggunakan prinsip-prinsip ini dan prinsip-prinsip lain dalm mencipta dan menganalisis kereta, pesawat udara, sistem pemanasan dan penyejukan, bangunan dan jambatan, kelengkapan kelengkapan dan jentera industri, industri, dan banyak lagi.Jurutera lagi.Jurutera mekanikal menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat dan mereka bentuk mesin -mesin pengeluaran, jentera, loji, peralatan perindustrian. Membangunkan sistem perindustrian serta memberi nasihat serta mempastikan sistem tersebut berfungsi. Membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jika perlu. Mengkaji dan memberi nasihat berhubung berhubung dengan aspek aspek teknologi bahan, bahan, produk, proses serta prosedur penyelenggaraaa penyelenggaraaan n yang tertentu.
Memberi nasihat dan mereka bentuk jentera dan alat bagi kerja-kerja pembuatan, perlombongan, pembinaan, pertanian dan perindustrian yang lain;
Memberi nasihat serta mereka bentuk motor dan enjin stim dan pembakaran dalaman, mesin, enjin bukan elektrik yang lain yang digunakan untuk pendorongan lokomotif, kenderaan, pesawat udara atau untuk menghidupkan jentera perindustrian dan jentera-jentera lain;
Memberi nasihat dan mereka bentuk badan, struktur utama, kerangka kapal, pesawat udara, kenderaan darat dan peralatan pesawat udara lain.
Memberi nasihat dan mereka bentuk sistem, peralatan pemanasan, pengalihudaraan serta penyejukan;
Memberi nasihat dan mereka bentuk bahagian bukan elektrik bagi perkakas atau produk seperti pemprosesan data, komputer, kamera, projektor dll;
Menentukan dan memeriksa kaedah pengeluaran atau pemasangan serta cara kerja bagi mesin, jentera, perkakas, motor, enjin pertanian, loji peralatan atau sistem perindustrian;
Mewujudkan piawaian dan prosedur kawalan, mengesan dan memperbaiki bagi memastikan mesin, jentera, perkakas, motor, enjin serta loji, peralatan atau sistem perindustrian berfungsi dengan cekap dan selamat;
Mengatur serta mengarah penyelenggaraan dan pembaikkan mesin, jentera, perkakas, motor, enjin serta loji, peralatan atau sistem perindustrian yang sedia ada;
Mengkaji serta memberi nasihat berkaitan aspek teknologi bahan, produk atau menentukan proses;
Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:
Jurutera Jentera Dan Perkakas Perindustrian
Jurutera Kuasa Nuklear
Jurutera Pemanasan, Pengalihanudara, Penyamanan Udara Dan Penyejukan
Jurutera Kenderaan /Automotif
Jurutera Mekanik/Aeronautik
Jurutera Marin Dll
Kilang automotif Pelantar minyak Syarikat Penerbangan Syarikat Perkapalan
Gaji Minimum
Gaji Maksimum
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM2,360.00
RM8,743.00
RM225.00
kursus latihan yg diperlukan sbelum kerjaya
institusi pengajian untuk kerjaya
institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:1. Universiti Malaysia Sarawak 2. Universiti Kebangsaan Malaysia 3. Universiti Teknologi Malaysia 4. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 5. Universiti Teknologi Mara 6. Universiti Sains Malaysia 7. Universiti Putra Malaysia 8. Kolej Tunku Abdul Rahman 9. Institut Teknologi Tun Hussein Onn
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut Diantaranya:1. Universiti Tenaga Nasional 2. Universiti Teknologi Petronas 3. Universiti Multimedia Malaysia 4. Brickfields College & Country Heights Education Sdn Bhd 5. Institut Teknologi Pertama 6. Kolej Ikram 7. Inti College 8. Kolej Linton 9. L & G Twintech Institute Of Technology 10. Sepang Institute Of Technology Dll