Penulisan Esei 1.0
Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki penduduk yang berbangsa majmuk. Tiga kaum utama yang terdapat di Malaysia ialam kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India. Ketiga-tiga kaum ini telah mendapat pengaruh daripada lain-lain tamadun sebelum terbentuknya negara Malaysia. Walaupun hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, negara Malaysia telah membuktikan bahawa perpaduan dan keharmonian boleh dipupuk melalui keistimewaan yang terdapat ada perbezaan kaum masing-masing termasuklah dari segi adat dan budaya. Interaksi tamadun yang wujud telah berjaya membuktikan sifat toleransi yang tinggi serta saling menghormati antara satu sama lain yang ada dalam diri setiap masyarakat terdahulu. Interaksi tamadun berlaku melalui perkongsian sama ada dari segi nilai, pemikiran, budaya, ekonomi mahupun politik. Setiap tamadun mempunyai latar belakang yang tersendiri. Walaupun terdapat perbezan yang telah dikenal pasti antara tamadun-tamadun ini, terdapat juga persamaan yang dikongsi antara Tamadun Melayu, Tamadun Cina dan Tamadun India.
1
2.0
Sosio budaya
Sosio budaya merupakan hubungan antara masyarakat dan budaya seperti cara hidup dan adat istiadat (Kamus Dewan Edisi Keempat). Pengaruh tamadun Melayu, tamadun Cina serta tamadun India di Malaysia dari aspek sosio budaya dapat dilihat melalui agama dan seni bina. Dalam tamadun Melayu, agama Islam telah menjadi anutan dan pegangan orang Melayu. Proses sosialisasi dan pembudayaan masyarakat Melayu selepas kemasukan Islam seolaholah bertunjang kepada unsur agama dan adat. Sebagai contoh, kelahiran bayi akan diazankan untuk bayi lelaki dan diiqamatkan untuk bayi perempuan, doa selamat, marhaban, kenduri pulut kuning dan mencukur (Azhar Mad Aros, 2001) serta majlis bertunang atau bersanding. Masyarakat Melayu juga meraikan hari-hari kebesaran dan melakukan aktiviti yang berasaskan agama Islam seperti mengadakan sambutan Maal Hijrah, iaitu meraikan kemasukan tahun baru dalam kalendar Islam dan sambutan Maulidur Rasul sebagai tanda meraikan hari kelahiran nabi Muhammad SAW. Bagi masyarakat yang menganuti agama Islam, masjid merupakan pusat untuk beribadah dan pusat untuk menimba ilmu dunia dan akhirat. Pengaruh sosiobudaya dari tamadun Cina boleh dilihat dari segi ajaran dan agama. Sebagai contoh, Konfusianisme, Buddhisme Cina, Daoisme, Moisme dan Toeisme. Ajaran Konfusianisme paling banyak diperkatakan dan menjadi teladan bagi masyarakat Cina. Ajaran ini menekankan nilai dan sifat moral yang mulia, terutamanya mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (vinaya) dan ketaatan kepada ibu bapa ( xiao). Nilai-nilai menjadi panduan dan diteladani oleh orang-orang yang bermoral dalam kehidupan seharian. Ajaran ini juga diketengahkan di Malaysia melalui Rukun Negara Malaysia. Dalam Rukun Negara telah dinyatakan bahawa rakyat perlu setia kepada raja yang memerintah. Manakala, raja juga perlu mempunyai moral yang baik dan menjalinkan hubungan yang baik dengan rakyat. Seterusnya, pengaruh sosio budaya yang boleh diperoleh daripada Tamadun India kepada Malaysia boleh didapati daripada agama yang dianuti. Terdapat beberapa agama yang dianuti oleh masyarakat Tamadun India seperti Hinduisme, Islam, Sikhisme, Buddhisme, Jaina, Bahai dan Zoroaster. Agama Hindu merupakan agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat kaum India di Malaysia. Agama Hindu merupakan satu cara hidup yang diistilahkan sebagai Sanatana Dharma iaitu agama yang kekal abadi. Terdapat enam mazhab yang bergantung kepada dewa-dewi yang disembah antaranya mazhab Saivisme, Vaisnavisme, Sakhta, Kaumaram, Ganapatiyam dan Sauram. Dalam agama Hindu, terdapat beberapa prinsip utama iaitu kewujudan Tuhan yang satu, manusia itu suci, perpaduan diperoleh melalui percintaan, harmoni dalam beragama seta pengetahuan tentang sungai,
2
kitab dan mantera yang suci. Pengaruh sosio budaya ini boleh juga dilihat melalui seni bina daripada Tamadun India merangkumi binaan, ukiran gua serta kuil sebagai tempat beribadah. Secara ringkas, ketiga-tiga tamadun Melayu, Cina dan India menggalakkan penerapan nilai yang baik mengikut ajaran agama masing-masing. Agama Islam dan agama Hindu sama menekankan konsep ketuhanan kecuali agama Buddha. Agama Islam menekankan kepada konsep tauhid. Manakala, agama Hindu dan Buddha mempercayai akan kelahiran semula dan juga karma. 3.0
Ekonomi
Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, masyarakat Melayu, Cina dan India ketigatiganya mengamalkan amalan ekonomi sara diri. Masyarakat Melayu telah menjalankan aktiviti pertanian dan perikanan sebagai sumber ekonomi utama kerana masyarakat Melayu kebanyakannya tinggal di kawasan yang berhampiran dengan sungai. Dalam Tamadun Melayu, agama Islam telah menjadi tunjang kepada aktiviti yang dilakukan seharian. Ekonomi dalam bahasa Arab bermaksud iqtisad yang berasal daripada perkataan qasd yang bermaksud ‘pertengahan’ dan ‘bersederhana’ dalam sesuatu perkara. Maka, jelaslah bahawa masyarakat tamadun Melayu bersikap sederhana dalam menjalankan ekonomi. Syariat menjadi asas pembangunan bagi negara yang mengamalkan ajaran Islam, termasuklah Tanah Melayu. Konsep ekonomi yang digunakan oleh tamadun Melayu menekankan unsur yang bersih daripada riba dan penipuan juga masih digunakan sehingga hari ini. Setiap urusan perniagaan dan perdagangan dijalankan mengikut syarak dan menitikberatkan aspek halal dan haram. Pengaruh ekonomi dari Tamadun Cina boleh dilihat melalui aktiviti pertanian serta sistem pengairan yang telah masyarakat dalam tamadun ini lakukan. Pada zaman Dinasti Chou Timur, terdapat kemajuan dalam teknik pengeluaran pertanian apabila mereka telah menggunakan peralatan pertanian yang diperbuat daripada besi. Besi mula digunakan sebagai alatan pertanian sebelum digunakan untuk membuat senjata. Penggunaan alatan besi ini telah meluaskan sistem pengairan, sistem pembajakan dan kawalan air yang telah dijalankan dengan sungguh berkesan sehingga banyak hasil pertanian diperoleh. Sistem buruh dan sistem cukai yang diguna pakai di Malaysia juga merupakan pengaruh yang diperoleh dari Tamadun Cina. Pada zaman Dinasti Chou Barat, telah wujudnya satu sistem pertanian yang di panggil Well-field System apabila tanah dibahagikan kepada sembilan bahagian dengan lapan bahagian diushakan oleh petani untuk diirnya sendiri sementara yang kesembilan diserahkan kepada tuan tanah yang memerintah. Oleh yang demikian, sebahagian petani yang mengusahakan tanah adalah terikat dengan sistem buruh paksa dan cukai. 3
Ekonomi Tamadun India juga telah memberi pengaruh pada Malaysia dari segi penanaman bijirin. Dalam sistem ekonomi Tamadun India terbahagi kepada dua. Pertama, siste ekonomi sara diri. Menjelang zaman Vedik, orang Aryan memainkan peranan penting dalam perkembangan kegiatan pertanian dan penternakan. Mereka mempunyai pengetahuan yang luas tentang musim. Mereka juga tahu cara untuk membajak, menyemai, menuai menerusi Rig Veda. Di samping bercucuk tanam, mereka juga terlibat dalam penternakan binatang. Mereka menternak lembu, kambing, biri-biri dan kuda sebagai pengangkutan bijirin. Menjelang akhir zaman Vedik (1000-600 SM), pertanian dan penternakan menjadi sumber makanan yang penting. Antara tanaman yang ditanam ialah barli, gandum, padi dan tebu. Barli dan gandum merupakan makanan utama manakala padi adalah makanan sekunder. Terdapat beberapa persamaan yang terdapat pada ketiga-tiga tamadun ini dari segi ekonomi adalah penggunaan mata wang yang memudahkan urusan jual beli dan juga pengenalan sistem cukai. Sistem cukai lazimnya diperkenalkan dengan tujuan sebagai sumber pendapatan tamadun tersebut. 4.0
Pendidikan
Pengaruh dari Tamadun Melayu kepada Malaysia dalam pendidikan ialah subjek Pendidikan Islam yang telah diwajibkan Pendidikan dalam masyarakat Melayu terbahagi kepada dua iaitu formal & tidak formal. Pendidikan formal berteraskan pengajian Islam seperti tauhid, fiqah, akhlak, tafsir dan sebagainya di institusi pendidikan seperti masjid, pondok, madrasah. Pendidikan tidak formal pula ialah pengetahuan yang diperolehi secara tidak langsung dalam kehidupan bermasyarakat seperti kemahiran berfikir, berbudi bahasa, menghasilkan teknologi, pertukangan, pembuatan kraftangan dan sebagainya. Selain itu, pendidikan pondok masih digunakan sehingga kini. Perhatian banyak diberikan kepada ilmu syariah yang meliputi bidang usuluddin, fiqah dan tasawuf. Aktiviti ilmu dan pendidikan berlangsung di pondok, rumah-rumah maulana atau ulama, masjid, madrasah dan surau. Buktinya, pendidikan ini telah melahirkan ulama melayu seperti Nuruddin Al- Raniri dan Sirat Al-Mustaqim. Tamadun Cina merupakan tamadun terawal melaksanakan sistem peperiksaan yang masih kita amalkan sehingga hari ini. Tamadun Cina terdahulu mementingkan pendidikan dan berpendapat bahawa pendidikan harus disebar secara meluas bagi menjamin orang-orang yang menjadi pegawai dan pentadbir adalah mereka yang berpendidikan. Pentadbir sesebuah negeri itu mesti dilantik berasaskan kebolehan dan pendidikannya di samping penguasaanya terhadap hal-hal adat dan moraliti. Peperiksaan awam dalam tamadun China terdiri daripada 3 tahap, iaitu Hsiu Tai, Chun Jen dan Chin Shih. Masyarakat Cina terdahulu menitikberatkan pendidikan dan ini boleh dibuktikan dengan pelaksanaan peperiksaan awam tersebut. Antaranya, hukuman mati dikenakan kepada calon yang meniru. Selain itu, calon dikurung
4
dalam bilik selama 3 hari untuk menulis jawapan. Peraturan yang ketat dan sistem peperiksaan yang telus ini dianggap terbaik oleh masyarakat Cina. Dalam tamadun India, bidang pendidikan mula dititikberatkan pada Zaman Vedik. Agama Hindu menjadi asas dan keagamaan menjadi keutamaan pendidikan pada zaman ini. Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha dipelajari untuk menyediakan manusia bagi meghadapi hari selepas mati. Segala hukum agama dipelajari supaya dapat hidup dengan sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama. Namun, hanya kaum lelaki sahaja yang diberi peluang untuk menerima pendidikan. Lama-kelamaan, institusi pendidikan ditubuhkan. Masyarakat yang menerima pendidikan pada masa tersebut perlu menghafal pelbagai buku agama dan mempelajari karya saintifik dan falsafah. Kemudian, matlamat pendidikan diubah dengan harapan untuk meningkatkan ilmu sains dan juga mengatasi buta huruf selain mendapat jawatan dalam kerajaan. Secara ringkas, ketiga-tiga tamadun mementingkan pendidikan dan menganggap pendidikan sebagai pembentukan peribadi dan wadah untuk meningkatkan taraf diri. Perbezaan yang terdapat pada tamadun-tamadun ini dari segi pendidikan adalah cara pelaksanaan pendidikan. Tamadun Melayu melaksanakan pendidikan di pondok, tamadun Cina menjalankan peperiksaan di istana dan tamadun India menjalankan pendidikan di institusi pendidikan yang ditubuhkan.
5
5.0
Penutup
Interaksi yang melibatkan pelbagai tamadun ini berlaku secara positif di Malaysia. Interaksi antara tamadun Melayu, tamadun Cina dan tamadun India telah mencorakkan lagi budaya yang terdapat di Malaysia. Secara tidak langsung, interaksi ini juga telah menerapkan sikap toleransi yang tinggi dalam kalangan rakyat. Persamaan yang terdapat pada setiap tamadun tersebut meneguhkan lagi ikatan antara tamadun. Perbezaan yang diterima oleh setiap masyarakat membuatkan keunikan Malaysia lebih terserlah. Oleh hal yang demikian, masyarakat haruslah bangga dan lebih mendalami sejarah Malaysia.
(1291 patah perkataan)
6
Rujukan ________________. (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. ________________. (2012). Sistem Pendidikan Tamadun China. Diakses pada 25 Februari 2017
daripada
http://welcome-to-tamadunchina.blogspot.my/2012/04/sistem-
peperiksaan.html Malar Muthiah. (2011). Ekonomi Masyarakat India. Diakses pada 24 Februari 2017 daripada https://www.slideshare.net/MalarMuthiah/ekonomi-masyarakat-india-8720457 Mohd Liki Hamid. (T.T). Pengajian Tamadun Islam Edisi Kedua. PTS Professional Mohd Razimi Husin. (2013). Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Yew Chee Wai dan rakan. (2012). Sejarah. Selangor: Sasbadi. Sdn. Bhd.
7