Rahsia KUAT INGATAN
Tok Mat Janggut ialah salah seorang yang tertua di Malaysia. Nama sebenarnya ialah Lebai Mat bin Wan Chik . Menurut catatan di dalam kad pengenalannya, beliau dilahirkan di Bachok, Kelantan pada 11 Mei 1862. 1862. Bermakna usianya melebihi 125 tahun. Walau bagaimana pun, Tok Mat Janggut mendakwa dia dilahirkan lebih awal dari tarikh lahir yang tertera dalam kad pengenalannya iaitu sekitar tahun 1813 1813.. Sekiranya dakwaan ini benar, maka usianya melebihi 170 tahun. Sungguhpun begitu, beliau mempunyai daya ingatan yang sangat kuat. Daya ingatannya seperti orang muda. Mampu mengingati sesuatu secara tepat dan terperinci. Walaupun petua beliau ini bersifat 'tradisional' tetapi kesannya cukup efektif dan berkesan. Ada dua jenis petua beliau : 1) Setiap hari semasa mandi, tahankan air dengan mengepitkan kedua-dua belah paha. Kemudian ambil air tersebut ke dalam bekas. Sapukan air tersebut ke seluruh muka. Mulakan dari bahagian dahi sambil selawat dengan niat supaya diberi hati yang terang dan ingatan yang kuat. Lakukan sebanyak 3 kali. Selepas itu, minumlah air tersebut barang seteguk. 2) Ambil halia yang sudah tua untuk dijadikan halua halua.. Halia itu dibersihkan, dipotong dan dimasak dengan mencampurkan gula. Makanlah pada setiap pagi dan malam secara konsisten. Lebih baik membaca selawat sebelum memakannya.
RAHSIA 12 - KETENANGAN MEMPERGARUHI KEUPAYAAN MENTAL Kuasa minda berada pada tahap mak simum apabila kita berada dalam keadaan tenang dan bebas dari ketegangan. Gelombang otak bergerak dalam kadar pusingan yang rendah. Pada tempo ini, prestasi kerja otak adalah cemerlang. Kita sangat mudah mengingati sesuatu, berfikir dengan cekap dan pantas manakala idea-idea kreatif mengalir mencurahcurah.
Waktu pagi terutamanya pada hari cuti adalah contoh terbaik di mana gelombang fikiran adalah rendah. Fikiran anda begitu tenang, nyaman dan lapang. Anda tentu mengalami, pada waktu ini fikiran anda dalam keadaan segar, ingatan cukup baik serta otak sungguh lincah dan cergas. Bahkan semasa anda mandi, mengosok baju atau mencukur misai, anda tentu diterjahi dengan pelbagai idea atau gagasan yang bermutu dan menarik sekali. Kedatangannya adalah secara mendadak dan sementara, tanpa terfikir terlebih dahulu. Begitulah keadaannya apabila fikiran berada dalam gelombang 'alpha' iaitu gelombang yang bertekanan rendah dan bebas dari ketegangan dan tekanan; kuasa minda kita menjadi begitu bertenaga. Di Bulgaria, Dr. Georgi Lozanoz mengasaskan kaedah ' Pembelajaran Suggestopedia'. Melalui kaedah ini, pelajar-pelajar yang mengikuti kelas bahasa asing iaitu bahasa Sepanyol di institutnya mampu menghafal 1,000 perkataan baru pada setiap hari. Dengan hanya belajar 10 hari sahaja, di mana setiap harinya 4 jam sahaja, mereka mampu belajar apa yang dapat dipelajari selama satu tahun di institut-institut bahasa lain. Kaedah ini sangat popular dan sedang berkembang pesat di Amerika Syarikat dan Eropah. Apakah rahsia kejayaan kaedah Suggestopedia ini? Rahsia kejayaannya ialah KETENANGAN DAN KEREHATAN semasa belajar (tensionfree). Kelasnya terdiri daripada 14 - 15 orang pelajar. Kerusi di dalam kelas adalah 'kerusi malasSemasa sesi pembelajaran, muzik yang boleh membangkitkan ketenangan kepada jiwa dimainkan dengan sangat perlahan terutama muzik klasik oleh komposer-komposer baroque. Muzik baroque sangat disukai kerana detakannya 60 kali seminit, sama dengan dengupan jantung manusia ketika berada dalam keadaan tenang dan rehat. Selepas setiap 30 minit belajar, mereka berhenti rehat sambil mendengar muzik dan bersantai. Guru-guru adalah mesra. Tidak pernah marah, merungut, menyindir atau berleter apabila pelajar melakukan kesilapan. Kaedah ini benar-benar berasaskan prinsip 'tension-free' iaitu bebas dari tekanan dan ketegangan serta penuh dengan istirehat dan ketenangan. Eksperimen Dr. Lozanov mendapati ketenangan mempengaruhi daya ingatan dan kecerdasan fikiran. Apabila melakukan aktiviti istirehat, denyutan jantung berkurang 5 10 denyutan, tekanan darah menurun, gelombang beta menurun, ketegangan berkurang, dapat mengawal stress, membaiki kesihatan otak, tubuh badan serta emosi, pernafasan semakin perlahan, meningkatkan daya konsentrasi seterusnya meningkatkan kecerdasan dan ingatan. Beberapa tahun lalu pula, dunia digemparkan dengan penemuan saintis bahawa pokok yang hidup dalam suasana muzik keras (Rock) lambat membesar berbanding pokok yang hidup dalam suasana muzik perlahan. Dari penemuan ini dapat disimpulkan bahawa suasana persekitaran mempengaruhi bukan sahaja terhadap perkembangan otak manusia bahkan terhadap tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Suasana persekitaran yang penuh dengan ketegangan boleh melambatkan perkembangan fisiologi, emosi dan akal.
Ketenangan jiwa ialah 'pokok' kesihatan rohani dan jasmani. Manakala ketegangan, kebimbangan dan kegelisahan adalah 'pokok' segala penyakit rohani dan jasmani termasuk kelembabpan dan kelumpuhan fikiran. Antara penyakit yang kerap melanda orang yang selalu mengalami stress dan tension ialah sakit perut, sakit kepala, kekejangan otot, kerosakan gigi, lemah urat saraf, lemah pancaindera penglihatan dan pendengaran, wajah muram dan cepat tua, PELUPA, KELEMAHAN DALAM BERFIKIR dan LEMAH DAYA PENUMPUAN. Pada peringkat yang lebih kronik ia kana menyebabkan lelah, darah tinggi, kencing manis, mati pucuk, sakit pinggang, lemah jantung, lumpuh, kanser dan penyakit-penyakit jiwa. Semasa mengalami ketegangan seperti marah, cemas, gelisah dan sedih; pernafasan menjadi semakin kuat dan tekanan darah bertambah tinggi. Ini menyebabkan banyak darah dipam dengan kuat ke arah jantung, urat saraf dan otot-otot. Manakala darah kurang mengalir ke tempat-tempat yang sepatutnya iaitu perut dan usus. Akibatnya proses-proses di usus terhenti. Limpa mengecut sambil melepaskan darah-darah yang ada padanya. Zat-zat gula pula yang belum diolah dan tersimpan di dalam hati yang berbentuk lemak haiwan dialirkan ke pembuluh darah. Ini pula menyebabkan kadar gula di dalam darah menjadi berlebihan. Semua proses ini berlaku kesan dari utusan dan isyarat marah, sedih dan gelisah yang sampai ke otak. Selanjutnya hormon-hormon adrenalin dihasilkan dengan banyaknya. Ini semua menimbulkan kelemahan-kelemahan biologi, fizikal dan mental. Jadi untuk mendapat memori yang baik dan minda yang cergas, anda perlulah menjadi seorang yang berjiwa tenang dan jauh dari keluh-kesah. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh membantu mengekalkan ketenangan jiwa :y y y y y y y y y
y y y y y
Selalu bersolat dengan khusyuk. Sentiasa berwudhu' terutamanya semasa tension. Berzikir, beristighfar, berselawat dan membaca Al-Quran. Berpuasa dan bersolat sunat. Beribadah di tengah malam seperti bertahajjud dan membaca Al-Quran. Tidur yang mencukupi. Suasana dan kediaman yang teratur. Menyaksikan keindahan alam, berkelah, melancong dan bersiar-siar. Menziarahi sahabat-sahabat lama kerana ia boleh mengingatkan pengalaman lampau yang mengembirakan. Elok pergaulan dengan keluarga, jiran-jiran dan orang ramai. Melangsaikan semua hutang. Atasi segera masalah-masalah yang merungsingkan hati. Lakukan hobi dan perkara-perkara yang diminati. Lakukan senaman atau gerak badan sekitar 30 minit setiap hari. Semakin tegang perasaan, semakin banyak gerak badan diperlukan untuk melepaskan ketegangan tersebut.
y
y
y
Elakkan hiburan yang haram dan melalaikan serta pergaulan bebas kerana ia membawa kepada kekosongan jiwa dan keserabutan fikiran. Banyak makan makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, buah-buahan dan sayursayuran sewaktu menghadapai tekanan(stress). Ia mengandungi kimia serotonin yang boleh mengurangkan stress dan menghasilkan ketenangan. Percaya kepada Qadha' dan Qadar iaitu segala perkara yang berlaku yang telah ditentukan oleh Allah, sama ada baik atau buruk yang mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu.
RAHSIA 17 - KEKUATAN TERPENDAM MEMBANGKITKAN TENAGA AKAL DAN INGATAN Di dalam diri manusia terdapat kekuatan yang maha hebat. Sekiranya seseorang itu tahu menggunakan kekuatan ini nescaya dia mampu membunuh manusia dengan tenungannya, meruntuhkan rumah, menjatuhkan kapal terbang dan menghancurkan kereta kebal dengan mengisyaratkannya dengan tangan. Paling-paling tidak, dia mampu menukarkan lampu isyarat merah kepada lampu hijau, membengkokkan sudu dan garpu dengan sebuah renungan dan mengetahui peristiwa-peristiwa yang akan terjadi. Apakah ini mustahil? Ya, memang mustahil bagi orang yang tidak tahu menggunakan kekuatan terpendam yang terdapat di lubuk fikiran bawah sedarnya. Benarlah penyataan ahli kaji minda terkini yang melaporkan bahawa kebanyakan manusia menggunakan kurang dari satu peratus daripada kemampuan dan potensi mindanya. Manusia sudah boleh melahirkan perkara-perkara yang ajaib dan pelik sekiranya dapat menggunakan hanya 10% daripada keseluruhan kekuatan mereka yang sebenarnya. Anda mungkin pernah mengalami, sewaktu terdetik di hati untuk menelefon rakan anda, tiba-tiba rakan anda itu pula yang menelefon anda. Atau ketika anda sedang berbual-bual tentang seseorang yang sudah lama tidak ditemui, tiba-tiba dia muncul lalu dikatakan "panjang umur"nya. Mungkin juga hati anda rasa tidak sedap dan mengagak akan terjadi sesuatu perkara yang tidak disenangi, kemudiannya peristiwa tersebut benar-benar
terjadi. Itulah sebahagian daripada bukti-bukti kewujudan kekuatan terpendam di dalam diri kita. Pada asasnya, manusia mempunyai dua jenis minda iaitu minda sedar dan minda bawah sedar. Di dalam minda bawah sedar atau minda terpendam inilah terdapat kekuatan yang luar biasa, menakjubkan dan tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Kekuatan bawah sedar ini boleh digunakan dan diarahkan untuk mencapai apa jua perkara yang dihajati seperti kewibawaan, kesembuhan, kecerdasan, kekuatan daya ingatan, wang, pangkat, pengaruh, pengasih, menurunkan berat badan, berhenti merokok, menghilangkan kegelisahan dan sebagainya. Kini ilmu membangkitkan kekuatan dalaman sedang berkembang pesat di beberapa bahagian tertentu di dunia terutamanya di Eropah. Ia wujud dalam pelbagai bentuk dan nama. Antaranya dikenali dengan Ilmu Psikik, Deria keenam, Extra Sensory Power (ESP), Cosmic Power, Subconscious Mind Power, Telepathy dan sebagainya. Ilmu menggunakan kekuatan terpendam ini semakin giat dikaji oleh ahli-ahli psikologi terutamanya selepas perang dunia kedua. Terdapat pelbagai kaedah telah diamalkan oleh orang-orang yang ahli untuk melahirkan kekuatan ajaib ini. Ada melalui teknik bertapa, bermeditasi, berpuasa, bermuraqabah, ilmu pernafasan, hypnotisme, saranan diri dan sebagainya. Adapun kaedah yang paling relevan dan mudah diamalkan ialah dengan melakukan saranan diri. Dinamakan juga auto-suggestion. Di sini kita menyarankan memberitahu dan menyakinkan kepada diri sendiri bahawa diri kita mempunyai kekuatan yang jauh lebih hebat dari yang disangkakan. Saranan diri mempunyai kuasa dan kekuatan dalam mempertingkatkan kemampuan minda dan memajukan diri. Eksperimen ahli-ahli neurologi menunjukkan sel-sel otak boleh dikembang dan dicergaskan melalui saranan diri dan rangsangan. Sel-sel otak yang diaktifkan akan menjadi lebih subur dan cepat tumbesarannya. Bilangan sel gila akan bertambah. Manakala hubungan antara saraf-saraf semakin kemas dan mantap. Proses ini akan memperkembangkan ketrampilan dan kecerdasan mental individu. Dr. Joseph Murphy, pakar Ilmu Pemikiran Bawah Sedar menceritakan perihal seorang wanita berusia 75 tahun, mempunyai tabiat memberi saranan yang negatif kepada dirinya. Dia selalu berkata, "Kekuatan ingatanku semakin melemah sekarang". Memang benar, lama-kelamaan ingatannya menjadi betul-betul lemah. Selepas belajar menggunakan kekuatan minda terpendam, dia mula membuat saranan diri yang positif. "Ingatanku bertambah baik dari hari ke hari. Aku mampu mengingati apa sahaja yang aku kehendaki pada sebarang masa dan tempat. Aku tidak akan lupa. Apa sahaja yang aku cuba ingatkan akan dapat diingati dengan tepat dan segera. Sekarang daya ingatanku meningkat dengan cepatnya pada setiap hari. Dalam tempoh yang singkat ingatanku akan bertambah baik, bahkan lebih baik daripada sebelum ini." Dia melakukan saranan diri dengan penuh keyakinan dan hasrat yang menyala-nyala pada setiap hari. Pada akhir minggu ketiga, ingatannya pulih seperti sediakala. Dia begitu
gembira. Begitulah besarnya kesan kuasa saranan diri. Dalam melakukan saranan diri, anda bebas memilih ayat dan perkataan sendiri. Gunakan apa jua ayat yang dirasakan berkesan untuk mempergaruhi dan menyakin diri sendiri bahawa kita mampu memperolehi apa yang dihajatkan. TEKNIK SARANAN DIRI YANG BERKESAN y y
y
y y
Hajat atau matlamat yang hendak diperolehi mestilah jelas dan tepat. Dilakukan dengan hasrat yang menyala-nyala, bersungguh-sungguh dan penuh harap. Yakin sepenuhnya bahawa akan memperolehi apa yang kita sarankan kepada diri sendiri. Berimanigasi bahawa kita sedang mendapat apa yang dihajati. Konsisten, amalkan pada setiap malam sebelum tidur dan pagi selepas bangun dari tidur secara berterusan 6-7 minggu atau sehingga berjaya.
RAHSIA 18 - FAEDAH SEJARAH UNTUK KETAJAMAN FIKIRAN DAN KREATIVITI Anda akan menjadi seorang yang pintar dan bijak sekiranya rajin membaca, mengkaji dan menghayati ilmu sejarah. Kecerdasan bertambah. Akal menjadi semakin tajam, berpandangan jauh, cekap dan sentiasa memikirkan kesan jangka panjang bagi setiap tindakan , isu dan peristiwa. Anda berkemampuan membuat ramalan dan telahan yang tepat tentang sesuatu perkara, isu atau peristiwa. Mampu menghasilkan ulasan dan generalisasi yang bermutu tinggi. Sejarah boleh meransang, mengetuk dan mengerakkan otak kanan. Imaginasi dan pemikiran kreatif turut terasah. Ia juga membantu meningkatkan penggunaan kuasa otak sepenuhnya, di mana manusia hanya menggunakan hanya satu peratus dari potensinya yang sebenar. Kalau anda bercita-cita untuk mendapatkan kekuatan intelek, inilah rahsianya : BANYAK MEMBACA, MEMAHAMI, MERENUNG DAN MENGHAYATI SEJARAH . Bacalah apa jua jenis sejarah. Namun sebagai seoarang Muslim, eloklah dimulakan dengan menghayati sejarah Islam untuk mendapat faedah duniawi dan ukhrawi. Bacalah sejarah rasul-rasul, para nabi, sirah Nabi Muhammad s.a.w., para ssahabat baginda dan sejarah perkembangan umat Islam. Juga sejarah umat terdahulu dan sejarah perkembangan pemikiran, peradaban, tamadun dan budaya manusia. Tidak menjadi kesalahan jika anda ingin membaca, mengkaji dan menghayati sejarah Amerika, Rusia, China, Israel dan Serbia. Ini adalah kerana setiap
negara, bangsa dan tamadun mempunyai keistimewaan, keunikan dan iktibarnya yang tersendiri. Lagipun pembacaan sejarah yang meluas dan pelbagai menjadikan skop minda bertambah luas dan terbuka. Sejarah boleh membantu meningkatkan kemahiran menganalisis, membanding, meramal dan membuat kesimpulan. Lebih jauh dari itu, sejarah juga boleh membantu meningkatkan kemahiran menggunakan logik dan kreativiti, meninggikan daya intelek dan ketajaman fikiran individu.
RAHSIA 20 - SENTIASA BERSAMA PEN DAN BUKU CATATAN Bukan menjadi rahsia lagi di mana ramai ahli perniagaan, ahli politik, akademik, penulis dan individu yang berjaya mengamalkan membawa pen dan buku catatan walau ke mana sahaja mereka pergi. Seorang cerdik pandai pernah berkata, " Sesiapa yang tidak membawa buku catatan di tangannya, maka hikmah (kebijaksanaan) tidak akan melekat di hatinya." Rasulullah s.a.w. juga pernah berpesan kepada sahabatnya, "Wahai Hilal bin Yasar, hendaklah kamu sentiasa membawa pen kerana kebaikan itu ada pada pen dan orang yang membawanya sehingga ke hari Qiamat." Pen dan buku catatan amat berguna untuk merancang program harian, merangka gagasan mengenai kerjaya dan kehidupan, menulis ilmu dan idea-idea yang tercetus secara mendadak di benak fikiran. Idea merupakan proses kreatif yang aneh. Ia muncul dengan tiba-tiba dan terus mengalir mencurah-curah jika anda sentiasa memikirkannya. Idea yang sangat berharga yang mungkin boleh menukarkan kehidupan anda akan terlepas begitu sahaja sekiranya anda tidak bersedia dengan pen dan buku catatan. Menulis akan memaksa supaya otak kita berfikir. Ia mempunyai kuasa yang begitu besar untuk memaksa kita menumpukan fikiran dan berfikir secara tepat, jitu dan bermakna terhadap sesuatu perkara. Amalan memaksa diri menulis menyebabkan daya konsentrasi meningkat manakala minda menjadi lebih aktif, cergas, dan berkembang. Ia juga meransang otak, pemikiran dan meninggikan hikmah. Orang yang rajin mencatat ilmu dan idea sama ada yang dilihat, didengar dan dibaca atau yang muncul dari fikiran sendiri akan cepat menguasai ilmu dan hikmah.
RAHSIA 21 - MENGEMBANGKAN KEKUATAN KONSENTRASI Kekuatan konsentrasi ialah kemampuan menumpu, memusat dan memfokuskan fikiran kepada satu perkara sahaja, tidak kepada perkara-perkara lain. Kekuatan konsentrasi ini berhubung erat dengan kekuatan mengingat dan berfikir. Salah satu faktor terbesar sindrom 'lupa' ialah kerana lemahnya daya penumpuan atau konsentrasi. Kelemahan daya penumpuan menyebabkan fikiran mudah beralih, menerawang dan diganggu oleh persoalan-persoalan lain. Apabila ianya berlaku, maklumat-maklumat yang diperolehi
melalui pembacaan, penglihatan dan pendengaran tidak dapat diingati dengan baik kerana ia tidak dapat didaftarkan ke dalam sistem ingatan seseorang. Semasa konsentrasi terhadap sesuatu aktiviti, misalnya membaca, fikiran seseorang akan mengamati, memahami, menilai dan mengingati bahan bacaan tersebut dengan sangat baik. Individu yang memiliki daya konsentrasi yang tinggi mempunyai beberapa kelebihan. 1.
2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.
Tahap kefahamannya tinggi. Cepat dalam memahami sesuatu perkara. Dapat memahami pengertian yang tersurat dan tersirat. Memahami sesuatu perkara dengan terperinci dan detail. Cekap memproses dan menganalisa maklumat yang diterima. Kecekapan mengeluarkan kembali fakta-fakta yang diperlukan dengan tepat dan terperinci. Kebiasaanya cemerlang dalam bidang yang diminati. Kebolehan bekerja dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu aktiviti dalam tempoh yang lama. Menghasilkan kerja, tugasan dan karya yang bermutu. Kemahiran berfikir dengan pantas dan tepat. Mindanya sentiasa bersedia dan cergas. Memiliki daya ingatan yang sangat tinggi.
LATIHAN MENGEMBANGKAN KEKUATAN KONSENTRASI Kekuatan konsentrasi boleh dilatih dan dikembangkan melalui pelbagai jenis latihan : 1.
2.
3.
4.
5.
Letak segelas air di hadapan anda. Pejam mata sambil membayangkan kembali di dalam fikiran anda kewujudan gelas itu. Pertahankan bayangan tersebut seberapa lama yang boleh. Jika konsentrasi anda terganggu, buka mata sambil melihat gelas itu dan teruskan kembali konsentrasi. Selain segelas air, anda juga boleh menggunakan benda-benda lain yang terdapat di hadapan anda seperti TV, pasu bunga,jam dan sebagainya. Pada waktu malam, tutup lampu di bilik dan pasang sebatang lilin. Duduk pada jarak satu meter dari lilin itu. Konsentrasi pandangan anda pada lilin tersebut selama 10 minit tanpa mengerdipkan mata. Panjangkan tempoh konsentrasi tetapi jangan melebihi dari 30 minit. Pada peringkat permulaan, mata akan berair. Tetapi jangan risau kerana itu adalah fenomena biasa. Letak jam di hadapan anda. Pusatkan tumpuan terhadap putaran jarum saatnya selama dua minit atau lebih. Apabila fikiran anda menerawang, berhenti sebentar dan mulakan kembali. Solat dengan penuh konsentrasi dan khusyuk. Hayati setiap makna surah di dalam solat. Lebih baik dilakukan ketika solat sunat pada sebelah malam kerana fikiran kita pada ketika itu mudah khusyuk dan segala ibadah yang dilakukan adalah lebih berkesan. Membaca Al-Quran dengan melihat pada terjemahannya serta menghayati sedalam-dalam maknanya.
6.
7.
Berlatih mencongak sifir matematik yang mudah di dalam fikiran seperti mencampur, menolak, membahagi dan mendarab nombor-nombor selama 20 minit pada setiap hari. Buku latihan matematik sekolah rendah boleh digunakan untuk tujuan ini. Alex Osborn telah berjaya membuktikan individu yang melakukan amalan ini selama 20 hari berturut-turut mampu meningkatkan daya tumpuan dan daya konsentrasinya. Pendengaran secara imaginasi : Tutup mata, dengarkan bunyi-bunyi berikut secara imaginasi dan pertahankan bunyi tersebut seberapa lama yang mungkin. Sebelum itu cuba bayangkan situasi di mana anda pernah medengar bunyi tersebut. Bunyi ayam berkokok. o Bunyi azan. o o Bunyi enjin kenderaan milik anda. o Bunyi cerek yang sedang mendidih. Bunyi siren ambulan. o o Bunyi hujan lebat.
8.
Penglihatan secara imaginasi : Tutup mata, abatangkan perkara-perkara yang berikut secara imaginasi dan pertahankan imaginasi tersebut selama yang boleh : Anda sedang membaling bola. o Anda berada di halaman rumah anda. o o Sahabat karib anda sedang ketawa. o Kapal terbang. Permandangan di sebuah pantai. o
9.
Merasa, mencium dan melakukan pergerakan secara imaginasi. Pertahankan imaginasi tersebut selama yang mampu: Bayangkan anda sedang mendayung perahu. o o Bayangkan anda sedang mengayuh basikal. Bayangkan anda sedang melakukan gerakan-gerakan dalam o sembahyang.Mli o Menghidu bau durian. Merasa kepedasan cili. o
Latihan-latihan ini menuntut usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan. Pada peringkat awal, anda tentu menemui kesukaran dan kesusahan kerana tidak dapat memusatkan daya penumpuan dengan sepenuhnya. Mungkin anda merasa sakit kepala dan jemu. Tetapi bersabarlah, lama-kelamaan anda akan dapat menguasai kemhairan membuat penumpuan dan menjadi individu yang memiliki daya konsentrasi yang hebat dan mapan. Lakukan mana-mana latihan di atas selama 20-30 minit pada setiap hari secara konsisten.
Selain meningkatkan kekuatan konsentrasi fikiran, latihan-latihan ini dapat menambahkan kreativiti dan mencergaskan fungsi otak kanan. Aktiviti-aktiviti ini menyuburkan keseluruhan neuron di dalam otak dan hubungan antara sel-sel glia semakin teguh. Ini menjadikan otak semakin aktif serta kuasa mengingat dan keupayaan menyerap pelajaran, ilmu dan maklumat bertambah. Selain itu, faedahnya yang lain ialah : y y y y y y
y
Mempunyai minat yang lama. Sukakan perkara-perkara yang abstrak Sering didatangi ilham, intuisi, bisikan dan gerak hati. Kemampuan mengeluarkan idea-idea yang unik dan berkualiti. Daya kreativitinya tinggi. Selalunya pintar dan berkebolehan menyelesaikan masalah dengan cara yang unik dan berlainan daripada orang lain. Memiliki daya ingatan yang sangat baik terutamanya pada perkara-perkara yang dimanati.
TENIK-TEKNIK MENGUATKAN OTAK KANAN Banyak membaca dan menghayati sejarah. 2. Banyak membaca pengetahuan umum (general knowledge) 3. Bermonolog. 4. Memperbanyakkan ekspedisi, pengembaraan, lawatan, berkelah dan melancong. 5. Selalu menyertai seminar, forum, pameran, ekspo dan lain-lain. 6. Menatap dan merenung Al-Quran. 7. Selalu melakukan latihan menguatkan konsentrasi. 8. Selalu berfikir secara kreatif. 9. Sering melakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, penciuman dan merasa secara imaginasi. 10. Bertafakur atau berfikir tentang makhluk Allah dan alam semesta. 11. Memikirkan sesuatu kejadian, peristiwa-peristiwa dan isu-isu semasa. Belajarlah dengan alam semesta dan kehidupan ini. 12. Membaca, memahami, merenung dan menghayati isi Al-Quran sedalam-dalamnya. Fikirkan apa yang tersurat dan tersirat di dalam kandungannya. Lakukan begitu juga terhadap hadis-hadis Rasullullah s.a.w. 13. Bermain catur. 14. Suka berfikir dengan bertanya kepada diri-sendiri dengan menggunakan kata kunci ' 1.
apa, siapa, bila, di mana, kenapa dan bagaimana'. 15. Selalu menambah pengetahuan umum dengan membaca, mengikuti programprogram berbentuk maklumat dengan menonton televisyen, mendengar radio, internet dan sebagainya.
RAHSIA 22 - MENINGKATKAN FUNGSI KEDUA-DUA BAHAGIAN OTAK TERUTAMA OTAK KANAN
Para penyelidik otak seperti Dr. Roger Sperry dan Dr. Robert Orstein mendapati bahawa otak manusia terbahagi kepada dua bahagian, digelar otak kiri dan otak kanan. Keduadua bahagian otak ini mempunyai tugas atau fungsinya tersendiri. Otak kiri berfungsi dalam mengingati ilmu, data dan fakta; menggunakan fikiran logik, bahasa, matematik, menganalisa, berfikir mengikut urutan dan lain-lain kegiatan yang berbentuk akademik. Otak kana pula melibatkan imaginasi, khayalan, berfikir secara kreatif, irama, emosi, ilham, intuisi, gerak hati, warna, muzik, berfikir secara keseluruhan dan lain-lain aktiviti yang seumpama dengannya. Kaedah pendidikan di kebanyakan sekolah di seluruh dunia pada hari ini menekankan penggunaan otak kiri sahaja. Pengabaian fungsi otak kanan menyebabkan ia menjadi semakin tumpul dari hari ke hari. Faktor ini mengakibatkan ramai manusia tidak dapat mengecapi keistimewaan yang dinikmati oleh individu-individu yang memiliki otak kanan yang kuat. Walaubagaimanapun, otak kanan yang kuat menjadi kurang bermakna jika kita memiliki otak kiri yang lemah. Jadi kita perlu meningkatkan fungsi otak kanan tanpa mengabaikan otak kiri.
Diantara keistimewaan yang dikecapi oleh individu yang memiliki otak kanan yang kuat : Mudah menguasai ilmu kerohanian dan kebatinan. 2. Daya konsentrasinya sangat tinggi. 3. Kefahaman bahasa yang ulung. 4. Tidak pernah kering idea. 5. Kebolehan menghasilkan generalisasi yang tepat dan jitu. 6. Daya penelitian dan pengamatan yang tinggi. 7. Mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu bidang yang diceburi. 8. Mudah memahami sesuatu yang abstrak (hakikat sesuatu). 9. Memiliki kekuatan berfikir ( power of thinking ). 10. Memiliki kemahiran belajar secara cemerlang ( power of learning ). 11. Memiliki tindakan dan tindak balas yang cepat ( power of reflects). 1.