PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN SIDANG AKADEMIK 2017/18 - SEMESTER 1 PPG 214/3 - KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU 1
TAJUK: TATABAHASA TINGKATAN 1 (KATA GANDA)
NAMA PENSYARAH: PENSYARAH: DR. FADZILAH BINTI AMZAH
NAMA-NAMA PEMBENTANG: PEMBENTANG: 1) NUR AFIFAH NABILAH BINTI MAZLAN
(131500)
2) CHOO YEE CHIN
(127648)
3) SYAZLIHANI BINTI SAADON
(130975)
WAKTU TUTORIAL: RABU / 10-11 PAGI
TARIKH PENYERAHAN: RABU / 1 NOVEMBER 2107
NAMA:
NUR AFIFAH NABILAH BINTI MAZLAN
(131500)
CHOO YEE CHIN
(127648)
SYAZLIHANI BINTI SAADON
(130975)
Rancangan Pengajaran Harian Sekolah Menengah Pendekatan Pembelajaran Konstruktivisme
Modul
Tatabahasa
Tingkatan
1 Kreatif
Masa
60 minit
Tema/Tajuk
Kata Ganda
Standard
5.2 Memahami dan menggunakan kata ganda dalam pelbagai ayat
Kandungan Standard Pembelajaran
5.2.1 Memahami dan menggunakan kata ganda penuh, kata ganda penuh berimbuhan dan kata ganda majmuk dengan betul mengikut konteks.
Objektif Pengajaran & Pembelajaran
Pada akhir pengajaran, murid dapat: 1) Menyenaraikan kata ganda dengan betul mengikut kategori. 2) Mengelaskan kata ganda mengikut kategori yang betul secara bertulis. 3) Membina ayat dengan menggunakan jenis kata ganda yang betul secara bertulis.
Elemen Merentas
Ilmu: Tatabahasa
Kurikulum
Nilai: Kerjasama, Bertanggungjawab Kemahiran: a) KBAT – Mengklasifikasikan kata ganda ke dalam peta i-think yang sesuai untuk digunakan bagi membina ayat. b) EMK – Komunikasi c) Teknologi – Audio, LCD d) Kreativiti – membuat peta i-think, pembentangan.
Perkembangan
Aktiviti Pengajaran dan
Pelajaran
Pembelajaran
Penglibatan
Set induksi
(5 minit)
Catatan
ABM 1) Gambar berwarna
i.
Murid diberi arahan untuk mengeluarkan sekeping gambar dari kotak misteri.
ii.
Murid diminta untuk menunjukkan gambar kepada rakan-rakan kelas yang lain.
iii.
Murid menyebut kata ganda yang sesuai berdasarkan
2) Kotak Kemahiran1) Mendengar 2) Bertutur KBAT1) Strategi berfikir EMK1) Penggunaan
gambar yang ditunjukkan. iv.
teknologi
Guru membuat perkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid.
Penerangan (15 minit)
Penerangan konsep i.
Murid diminta untuk mengeluarkan sekeping kertas dan pensil.
ii.
iii.
1) Rakaman audio Objektif1) Menyenaraikan kata
Guru memainkan rakaman
ganda dengan betul
audio kepada murid.
mengikut kategori.
Murid diminta untuk
Kemahiran berbahasa-
mencatatkan kata ganda yang
1) Mendengar
didengari berdasarkan rakaman
2) Menulis
audio. iv.
Strategi PdP-
ABM-
Guru memberi penerangan
1) LCD
tentang konsep dan jenis kata
2) Pembesar suara
ganda kepada murid.
3) Papan putih EMK1) Mempertajam kemahiran mendengar
Pengembangan (20 minit)
Aktiviti berkumpulan i.
Murid diminta untuk
Strategi PdP1) Pembentangan
membentuk empat kumpulan. ii.
Setiap kumpulan diminta untuk menyenarai kata ganda
berkumpulan Objektif1) Menyenaraikan kata
berdasarkan teks bacaan yang
ganda dengan betul
berlainan iaitu:
mengikut kategori.
a) Kumpulan 1: Buku Teks
2) Mengelaskan kata
(Halaman 143)
ganda mengikut
b) Kumpulan 2: Buku Teks
kategori yang betul
(Halaman 191) c) Kumpulan 3: Komsas (Halaman 19-23) d) Kumpulan 4: Komsas (Halaman 33-37) iii.
Murid mengelaskan kata ganda yang diperolehi ke dalam peta ithink.
iv.
Wakil murid dari setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil kerja mereka.
secara bertulis. KBAT1) Strategi berfikir ABM1) Buku Teks 2) Teks Komsas Kemahiran berbahasa1) Bertutur EMK1) Komunikasi Kreativiti1) Pembentangan kumpulan Nilai1) Kerjasama 2) Berkeyakinan tinggi -Guru memberi penilaian
Pengembangan (15 minit)
Pertandingan Membina Ayat i.
Wakil kumpulan diminta untuk mengambil tugasan daripada guru.
ii.
Setiap kumpulan diminta untuk
Strategi PdP1) Aktiviti Berkumpulan
membina ayat berdasarkan kata ganda yang terdapat dalam
iii.
iv.
Objektif3) Membina ayat
kandungan tugasan tersebut.
dengan
Wakil kumpulan dikehendaki
menggunakan jenis
menulis ayat dibina di papan
kata ganda yang
putih.
betul secara bertulis.
Guru menyemak semula
Kemahiran berbahasa-
jawapan yang ditulis oleh
1) Membaca
murid.
2) Menulis 3) Bertutur KBAT1) Strategi berfikir ABM1) Kertas 2) Papan Putih EMK1) Komunikasi Nilai1) Kerjasama
Penilaian
i.
(5 minit)
Murid membuat refleksi tentang keseluruhan isi pelajaran.
ii.
Murid diberi tugasan tambahan sebagai pengukuhan.
ABM1) Buku teks
NAMA
: NUR AFIFAH NABILAH BT MAZLAN (131500)
NO. MATRIK
: 131500
REFLEKSI
Pengajaran dalam bilik darjah amat penting buat seorang pendidik. Pendidik perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana kemahiran-kemahiran yang diaplikasikan oleh guru dapat membantu untuk memberi pemahaman kepada murid tentang sesuatu isi pelajaran di samping dapat menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Guru juga perlu mahir memilih alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai untuk digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran. Berdasarkan kritikan dan pandangan yang diperoleh melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan oleh guru, didapati bahawa terdapat beberapa kelebihan
yang perlu dikekalkan dan juga boleh ditambah baik untuk memastikan sesi
pengajaran menjadi lebih berkesan. Kelebihan pertama ialah penggunaan kemahiran teknologi maklumat (ICT), sewaktu sesi pengajaran. Kemahiran ini sangat penting dalam membantu guru untuk mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran agar dapat menarik perhatian murid dan sesuai dengan peredaran masa serta pengajaran abad ke 21 . Guru menggunakan rakaman audio yang menggunakan teks yang berkaitan dengan kata ganda. Penggunaan audio ini dapat melatih murid menggunakan teknik mendengar sewaktu belajar. Sewaktu audio dipasang, didapati semua murid sangat fokus mendengar supaya dapat mengeluarkan seberapa banyak kata ganda yang mereka perolehi daripada audio tersebut.Kemudian, murid diminta untuk menyalin seberapa banyak kata ganda yang mereka dapat ke dalam satu kertas putih. Maklumat yang dipindahkan tersebut kemudiannya perlu dikategorikan berdasarkan katergori kata yang ada. Penggunaan audio agak mencabar kerana memerlukan fokus yang tinggi daripada pelajar, namun teknik ini sangat berkesan untuk dipraktikkan. Seterusnya, pengurusan masa yang sangat baik oleh guru kerana sebelum kesemua aktiviti bermula, guru telah memberitahu terlebih dahulu kepada murid masa yang sepatutnya mereka ambil untuk menyelesaikan setiap aktiviti tersebut. Arahan yang jelas sangat penting supaya tidak timbul salah faham kepada murid dan masa untuk sesuatu aktiviti itu dapat dijalankan seperti yang dirancang. Selain itu, penggunaan teks berbeza yang guru praktikkan juga sangat baik kerana dapat menambahkan lagi input yang murid dapat berbanding guru
menggunakan teks yang sama untuk aktiviti berkumpulan. Pelajar telah dibahagikan kepada empat kumpulan, dan guru telah menetapkan supaya dua kumpulan menggunakan buku teks manakala dua kumpulan lagi menggunakan Antologi Teks Komponen Sastera (KOMSAS). Setiap kumpulan perlu membaca, menyenarai dan seterusnya mengelaskan kata ganda yang ditemui dalam teks yang berbeza. Apabila penggunaan teks berbeza, hasil pembentangan yang dilakukan oleh murid selepas itu juga berbeza dan murid tidak akan mudah jemu berbanding pembentangan setiap kumpulan yang menggunakan teks yang sama sahaja. Pada masa yang sama, sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran, guru menggunakan papan putih sebagai bahan bantu mengajar. Papan putih digunakan dengan tujuan maklumat yang disampaikan dapat diterjemahkan melalui penulisan dan pelajar perlu menyalin semula isi pelajaran yang ditulis oleh guru pada papan putih. Walaupun penggunaan papan putih ini dikategorikan sebagai tradisional namun berkesan untuk meningkatkan daya ingatan mereka. Pada masa yang sama, ia dibantu dengan penggunaan peta I-think oleh guru untuk memberi kefahaman yang lebih mudah kepada murid. Peta I-think ini dikatakan dapat meringkaskan isi pelajaran ke dalam bentuk yang lebih mudah dengan hanya menggunakan kata kunci dan disusun mengikut reka bentuk peta minda. Bukan guru sahaja yang membina I-think, namun murid juga diberi tugasan untuk membina peta I-think berdasarkan kreativiti mereka. Penggunaan papan tulis dan juga peta I-think ini sangat berkesan dan mudah difahami oleh murid. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pertama sekali, guruperlu perbaiki tentang kelancaran komunikasi verbal iaitu suara guru perlu lebih jelas. Suara yang jelas memainkan peranan penting kerana murid dapat mendengar isi pelaja ran dan memahaminya. Seterusnya, dari segi penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), guru perlu memastikan bahawa RPH yang disediakan adalah lengkap. Hal ini demikian kerana, guru tidak melengkapkan bahagian catatan aktiviti sepenuhnya. Guru seharusnya memperincikan lagi bahagian tersebut dengan memasukkan dengan lebih menyeluruh pada bahagian aktiviti .Guru seharusnya memasukkan dengan lengkap teks yang murid gunakan, contohnya muka surat dan juga sumber teks tersebut. Hal ini penting kerana melalui aktiviti pengajaran, guru dapat memastikan segala kandungan dan objektif dapat dicapai dan murd tidak mempunyai masalah tentang pemahaman mereka terhadap pengajaran yang hendak disampaikan oleh guru.
Secara kesimpulannya, terdapat kelemahan dan kebaikan dalam proses pengajaran guru. Guru seharusnya perlu memastikan bahawa setiap rangka atau strategi pengajaran yang digunakan perlulah sesuai dengan tahap kognitif. Guru juga perlu memperbaiki kemahiran pengajaran mengikut keperluan semasa terutamanya pada abad ke-21 ini.
NAMA
: CHOO YEE CHIN
NO. MATRIK
: 127648
REFLEKSI
Dalam simulasi pengajaran kali ini, saya mendapati bahawa penggunaan perkataan-perkataan yang agak kasar seperti “oi” adalah kurang sesuai digunakan dalam pengurusan kelas kerana kemungkinan besar akan membawa kesan yang akan mempengaruhi hubungan guru-murid. Hal ini disebabkan setiap pelajar mempunyai jati diri sendiri dan adalah perlu untuk menghormati supaya dapat membina hubungan yang positif antara pelajar dengan guru. Hubungan tersebut memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana akan mempengaruhi perkembangan dan prestasi pembelajaran pelajar. Sebagai contoh, guru sebenarnya boleh menggunakan perkataan-perkataan seperti “hai”, “hello” dalam kawalan kelas dengan nada suara yang tegas sekiranya mendapati bahawa tindakan pelajar sudah melampau batas dalam aspek-aspek tertentu. Hal ini dikatakan demikian kerana guru yang menghormati dan peka dengan pelajar tetapi dalam masa yang sama tegas dan menetapkan batas-batas yang tertentu akan dihormati oleh pelajar. Hasilnya, suasana demokratik dapat diwujudkan di mana guru dan pelajar bersama-sama berkongsi tanggungjawab dalam bilik darjah. Bukan itu sahaja, intonasi suara yang digunakan oleh guru turut memainkan peranan yang penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Seseorang guru perlu pandai dalam memainkan intonasinya dalam menarik perhatian pelajar. Seterusnya, guru perlu mengawal masa terhadap setiap aktivtiti yang akan dijalankan oleh pelajar. Contohnya, sebelum sesuatu aktiviti bermula, guru boleh mengehadkan masa dan memberitahu mereka terhadap masa yang digunakan untuk aktiviti tersebut seperti “saya akan memberi masa selama satu minit kepada anda semua untuk membina ayat tersebut”. Hal ini pula akan memastikan sukatan pelajaran dapat dihabiskan oleh guru tepat pada masanya seperti yang telah dirancang dalam rancangan pengajaran harian sebelum ini.
NAMA
: SYAZLIHANI BINTI SAADON
NO. MATRIK
: 130975
REFLEKSI
Berdasarkan tugasan yang diberikan dalam subjek Kaedah Mengajar Bahasa Melayu, saya mendapati bahawa saya banyak mempelajari ilmu-ilmu baru dalam mengendali proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Hal ini dikatakan demikian kerana, melalui tugasan berkumpulan yang telah saya laksanakan bersama-sama ahli kumpulan yang lain, pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran telah dapat dikenalpasti, yang mana ianya sangat berguna untuk diaplikasikan dalam bilik darjah. Maklum balas serta komen yang diajukan oleh penyelaras subjek ini, iaitu Dr. Fadzilah Binti Amzah, kepada setiap pembentang adalah sangat membantu terutama dalam mengenalpasti beberapa aspek dan strategi pembelajaran yang perlu ditekankan dan digunapakai semasa proses pembelajaran serta beberapa kesilapan yang perlu dielakkan oleh guru ketika menjalankan proses P&P. Melalui pembentangan yang telah saya laksanakan, antara perkara yang saya pelajari ialah guru perlu bijak dalam mempelbagaikan strategi pembelajaran terutama dalam menarik perhatian pelajar terhadap proses pembelajaran yang akan dilaksanakan. Hal ini termasuk melakukan sesuatu aktiviti yang boleh mencabar kemampuan pelajar dari awal proses pembelajaran seperti melatih pelajar untuk menggunakan kemahiran mencatat sambil mendengar. Hal ini dikatakan mampu untuk menarik perhatian mereka kerana proses mendengar dan mencatat memerlukan tumpuan yang mendalam terhadap bahan pengajaran yang sedang diperdengarkan kepada mereka, iaitu rakaman audio. Apabila pelajar sudah berada dalam mod pembelajaran, maka secara tidak langsung mereka lebih bersedia untuk menghadapi proses pembelajaran yang seterusnya. Dalam hal ini, dapatlah saya simpulkan bahawa guru perlu lebih kreatif dan berfikiran di luar kotak dalam menghasilkan suatu proses pembelajaran yang menarik kerana proses pembelajaran yang berkesan bermula daripada perancangan yang dijana oleh guru. Selain mempelbagaikan strategi pembelajaran yang berkesan, guru juga perlu menekankan aspek hubungan dan komunikasi dua hala yang lebih berkesan antara guru dan pelajar. Dalam hal ini, guru perlu bijak mengambil peluang merapatkan hubungan dengan pelajar agar guru lebih memahami keperluan pelajar dalam proses pembelajaran. Sebagai
contoh, semasa aktiviti sedang dijalankan dalam proses P&P, guru digalakkan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat dan memerhati setiap tugasan yang sedang dilaksanakan oleh para pelajar. Kehadiran guru disamping pelajar secara tidak langsung akan menimbulkan motivasi dalam diri pelajar kerana mereka menganggap bahawa guru benar-benar mengambil berat akan setiap tugasan yang dijalankan oleh para pelajar. Hal ini juga secara tidak langsung akan menggalakkan pelajar untuk lebih banyak bertanya dan guru yang bertindak sebagai fasilitator akan membimbing pelajar dalam mendapatkan maklumat. Kesannya, selain proses pembelajaran menjadi lebih menarik, hubungan antara guru dan pelajar juga dapat dieratkan kerana wujudnya komunikasi dua hala yang berterusan dalam proses P&P. Kesimpulannya, proses pembelajaran yang berkesan dan menarik amat mustahil untuk dicapai sekiranya guru tidak merancang suatu strategi pembelajaran yang sistematik dan bersesuaian dengan tahap kognitif pelajar. Dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan mampu mengikat perhatian pelajar, hal-hal seperti mengekalkan hubungan yang baik antara guru dan pelajar serta pelaksanaan aktiviti yang mencabar pemikiran pelajar juga perlu diambil kira supaya proses pembelajaran tersebut menjadi lebih bermakna, bukan hanya pada pelajar tetapi juga pada guru.