BONEKA HIDUP @ ROYDY ROKIDY
BONEKA HIDUP ‘Aku bukanlah sembarangan boneka yang dikawal dika wal oleh jari-jemarimu’ jari-jemarimu’
Karya ROYDY ROKIDY
BONEKA HIDUP @ ROYDY ROKIDY
BONEKA HIDUP
WATAK : BONEKA 1, BONEKA 2, BONEKA 3, PENCIPTA, ORANG LUAR, TAUKE PANGGUNG SET : MEJA, KERUSI, TALI IKATAN
Set pentas ada sebuah meja dan sebuah kerusi di tepinya. Di belakang meja itu berdirinya 3 BONEKA yang tangannya telah diikat dengan tali dari siling. TAUKE PANGGUNG berjalan masuk dengan ORANG LUAR. ORANG LUAR memerhatikan keseluruhan panggung. TAUKE PANGGUNG
ORANG LUAR
: Amacam saudara?
: Boleh tahan panggung tuan ni. Besar, dan sesuai untuk buat
persembahan. TAUKE PANGGUNG
: Oh ye, sebut pasal persembahan. Malam esok ada
satu persembahan boneka di sini. ORANG LUAR
: Persembahan boneka? Siapa pemainnya? Adakah dia lagi
hebat dari saya? TAUKE PANGGUNG
: Hebat atau tidak, bukan aku yang menentukannya.
Asalkan saja dia boleh mendatangkan keuntungan pada aku, bagi aku itu dah cukup hebat.
2
BONEKA HIDUP @ ROYDY ROKIDY
ORANG LUAR
: Falsafah tu tuan.
TAUKE PANGGUNG
berat-berat
: Aku tak main falsafah-falsafah ni, buat apa bikin cerita
susah
orang
nak
faham,
orang
datang
tengok
persembahan nak berhibur. Kalau buat cerita berat-berat, nanti orang tak nak datang panggung. Aku rugi. Ini bisnes, siapa boleh datangkan untung pada aku, maka dia aku anggap hebat. ORANG LUAR
: Saya boleh bagi tuan untung besar, asalkan saya diberi
peluang dan kepercayaan. TAUKE PANGGUNG
: Aku tahu, aku pernah dengar cerita pasal kau
sebelum ni. Sebab itu aku bawa kau datang ke sini. Mari, aku bawa kau tengok kat belakang. TAUKE PANGGUNG dan ORANG LUAR ke belakang. PENCIPTA berjalan masuk dalam keadaan marah, membuka blazernya dan dicampak ke kerusi. PENCIPTA
: Ahhhh, payah betul bekerja dengan orang macam dia tu! Itu tak
kena, ini tak kena. Apa dia fikir dia hebat sangat? Dia tak sedar, perut dia buncit sebab banyak sangat makan duit haram, duit haram! PENCIPTA
berjalan
mundar mandir dalam
keadaan
resah.
PENCIPTA
mengambil blazernya semula dan diletakkan betul-betul pada kerusi, sambil mengeluarkan sekotak rokok. PENCIPTA mengeluarkan sebatang rokok, dan mahu membakarnya. Belum sempat PENCIPTA mahu membakar rokok, TAUKE PANGGUNG keluar dari belakang sambil berdehem. PENCIPTA 3
BONEKA HIDUP @ ROYDY ROKIDY
terkejut dan rokok masih di mulutnya. TAUKE PANGGUNG berjalan dan mengambil rokok dari bibir PENCIPTA. PENCIPTA
: Macam mana tuan boleh ada kat belakang? : Inikan panggung aku. Takkan aku tak boleh nak
TAUKE PANGGUNG
berjalan
dalam
panggung
aku
sendiri?
(duduk
di
kerusi
dan
meletakkan kaki di atas meja) PENCIPTA
: Oh, boleh saja tuan.
TAUKE PANGGUNG
PENCIPTA
: Ini apa? (menunjukkan rokok )
: Rokok, tuan.
TAUKE PANGGUNG
: Aku tahu ini rokok, aku bukannya bodoh sangat. Kau
tahu kan peraturan dalam panggung aku. Tak ada sesiapapun dibenarkan merokok di kawasan panggung. ( patahkan rokok dan buang di lantai) PENCIPTA
: Maaf, tuan.
TAUKE PANGGUNG
: Kau kena ingat, esok adalah hari penentu. Aku
pertaruhkan segala-galanya dan bagi kepercayaan penuh pada kau. Tapi aku masih tak yakin dengan kau. PENCIPTA
: Saya akan yakinkan tuan. Saya berjanji pada tuan.
4
BONEKA HIDUP @ ROYDY ROKIDY
: Jangan sesekali meletakkan janji kalau tak boleh
TAUKE PANGGUNG
ditepati. Janji saja tak cukup, kau kena buktikan pada aku. Sampai pukul berapa kau nak duduk di sini? PENCIPTA
: Saya tak pasti lagi tuan, mungkin lewat. Saya perlu buat latihan
untuk jadikan persembahan saya itu hebat di mata tuan.. TAUKE PANGGUNG
: Mari aku kenalkan kau dengan seseorang yang layak
dipanggil hebat. TAUKE ORANG LUAR tepuk tangan, ORANG LUAR keluar dari belakang. TAUKE PANGGUNG
: Salam.
PENCIPTA bersalam dengan ORANG LUAR. TAUKE PANGGUNG
ORANG LUAR
: Dah tengok semuanya?
: Dah tuan.
TAUKE PANGGUNG
: Bagus, aku tinggalkan kalian berdua di sini. (bangun
dan mahu beredar ) Oh ya, perut aku buncit bukan sebab makan duit haram, tapi ini tanda bahagia! PENCIPTA tergamam. TAUKE PANGGUNG keluar. ORANG LUAR tersenyum. PENCIPTA
: Kau siapa?
ORANG LUAR
PENCIPTA
: Aku bukanlah sesiapa, aku cuma orang luar.
: Apa kau buat kat belakang tadi? 5
BONEKA HIDUP @ ROYDY ROKIDY
ORANG LUAR
: Aku saja nak tengok boneka-boneka yang kau dah campak
dalam tong sampah tu. PENCIPTA
: Boneka-boneka tu dah rosak, memang patut dibuang.
ORANG LUAR
: Ya, boneka yang rosak perlu dibuang. Dah berapa lama kau
main boneka? PENCIPTA
: Lama juga, boleh dikatakan boneka-boneka tu dengan aku dah
serasi. ORANG LUAR
PENCIPTA
: Dah berapa lama kau duduk di kerusi tu?
: Hah? Kenapa kau tanya semua ni? Kau ni siapa?
ORANG LUAR
: Aku bukanlah sembarangan boneka yang dikawal oleh jari
jemarimu. ORANG LUAR terus beredar pergi. PENCIPTA terpinga-pinga. PENCIPTA duduk di kerusinya. Merenung seketika, dan kemudian menjerit marah menolak kerusi. PENCIPTA
: Tenang, aku kena bertenang.
PENCIPTA mengambil blazernya semula, mengeluarkan sebatang rokok, dan kemudian teringat dan menyimpan semula rokoknya. PENCIPTA memakai blazer, menyiapkan diri.
6
BONEKA HIDUP @ ROYDY ROKIDY
PENCIPTA
: Malam esok adalah persembahan terbesar aku. Sama ada
berjaya atau tidak, bukan soal penonton yang menentukannya, tapi boneka-boneka ini. PENCIPTA berjalan memperbetulkan kedudukan 3 BONEKA. PENCIPTA
: Aku harap kalian semua sekali lagi sudi membantu dan
bekerjasama
untuk
kita
mencipta
satu
lagi
‘sejarah’
kejayaan
sepertimana yang kita pernah lalui dulu. Setelah dipastikan semuanya sudah tersedia, PENCIPTA bertepuk tangan. PENCIPTA
: Bagus, cukup sempurna. Sekarang, sebelum kita membuat
persembahan esoknya, aku nak cuba dulu adakah kamu bertiga boneka yang benar-benar menjadi cerminan pada khalayak di luar sana. PENCIPTA duduk di kerusinya. Audio dimainkan. PENCIPTA bermain dengan tali, sementara 3 BONEKA bergerak mengikut tali itu. Setelah setelah selesai, PENCIPTA membetulkan lagi kedudukan 3 BONEKA. PENCIPTA
jaga
: Ah, jika kamu bertiga terus berkhidmat seperti ini, aku akan kalian
dengan
penuh
rapi.
Harapnya
kalian
‘tak
rosak’
sepertimana boneka-boneka lainnya yang telah aku campak ke tong sampah itu. Mari, kita mulakan sesi latihan yang terakhir. PENCIPTA meletakkan topinya di atas kepala BONEKA 2. PENCIPTA duduk di kerusinya semula. 7
BONEKA HIDUP @ ROYDY ROKIDY
PENCIPTA
: Kerusi inilah yang akan menentukan titik perjuangan aku
selama ini. Ayuh, boneka sekalian. Kita mulakan. PENCIPTA bermain dengan tali, sementara 3 BONEKA bergerak ke arah meja seperti membuat satu pertunjukan bermain piano. BONEKA 2 menjadi pelakon yang bermain piano, manakala BONEKA 1 menjadi tangan dan BONEKA 3 menjadi kaki kepada watak pelakon itu tadinya. Setelah selesai persembahan, PENCIPTA meletakkan 3 BONEKA di ikatannya semula. PENCIPTA
: Ah, inilah yang dinamakan percaturan dalam hidup. Jika kamu
mahu menang dalam sesuatu permainan, makanya kamu harus fikirkan strategi untuk terus kekal berada di puncak. Bagus, akan aku laksanakan sepertimana yang telah aku rancangkan. Selamat malam, boneka ciptaanku sekalian. PENCIPTA keluar. Keadaan pentas samar-samar. SPOT satu persatu pada BONEKA. BONEKA 1
: Berapa lama lagi kita perlu dalam keadaan begini?
BONEKA 2
: Mungkin untuk selama-lamanya.
BONEKA 1
: Aku dah tak sanggup!
BONEKA 2
: Kita memang diciptakan untuk jadi tukang suruhan.
BONEKA 1
: Kau tahu apa makhluk Tuhan yang ada persamaan macam
kita? 8
BONEKA HIDUP @ ROYDY ROKIDY
BONEKA 2
: Apa dia?
BONEKA 1
: Kau rasa?
BONEKA 1 & 2
: (menyanyi) Akulah makhluk Tuhan, yang tercipta.........jadi
boneka! BONEKA 1 & 2 ketawa. BONEKA 3 masih diam dan merenung kerusi. BONEKA 1
: Kita ni tak ubah macam anjing! Kita jadi tukang angguk, ikut
semua arahan. BONEKA 2
: Kalau kita nak terus bermain sebagai boneka, kita kena ikut
dan jadi seperti anjing. Kalau kau tak ikut, kita akan jadi macam boneka-boneka yang lainnya, yang telah dibuang dan tidak digunakan langsung. Walaupun sebelum ini mereka telah berkhidmat dengan penuh taat setia. (menyanyi) Demi negara, yang tercinta...dicurahkan bakti penuh setiaaaa........ BONEKA 1
: Wah, falsafah.......falsafah!
BONEKA 3
(memotong) : Menyalak kuat!
BONEKA 2
: Apa kau kata?
BONEKA 1 & 2 keluar dari ikatan tali dan mendekati BONEKA 3. BONEKA 3
: Kau ni menyalak kuat sangat!
BONEKA 2
: Apa maksud kau? 9
BONEKA HIDUP @ ROYDY ROKIDY
BONEKA 1
: Aku dah kata tadi, kita ni macam anjing. Menyalak kuat!
BONEKA 2
: Kau ni dari tadi diam, lepas tu tiba-tiba menyalak, apa hal?
BONEKA 3
: Apa yang kau berdua bualkan tadi tu, umpamanya sebatang
pokok yang besar. Kau cuma membicarakan soal rantingnya saja, dan itu tidak memberikan apa-apa kesan. Kalau kau nak musnahkan pokok tu, bukan rantingnya yang kau perlu cantas, tapi akarnya. BONEKA 1
: Wahhh, falsafah.... falsafah!
BONEKA 2
: Jadi, apa yang kau nak buat?
BONEKA 3
: Itu!
BONEKA 3 menunjuk pada kerusi. BONEKA 1 & 2
: Kerusi?
BONEKA 3
: Kerusi itulah lambang kekuasaan, pengaruh, dan kepimpinan.
BONEKA 1
: Wah, falsafah lagi...
BONEKA 3
: Sebelum aku sumbat kau dalam tong sampah, jangan kau
sebut pasal falsafah! BONEKA 3 renung BONEKA 1. BONEKA 1 telan liur. BONEKA 2
: Jadi, soal kerusi tu tadi?
10
BONEKA HIDUP @ ROYDY ROKIDY
: Kita kena pilih, siapa antara kita yang layak duduk atas kerusi
BONEKA 3
tu. : Maksud kau, kita bertiga merebut kerusi tu, dan siapa yang
BONEKA 1
dapat, dia layak jadi pencipta? BONEKA 2
: Kenapa pula mesti berebut? Bukankah kepercayaan, kuasa dan
pengaruh akan datang sendiri bila kita jujur dan amanah? : Itu kata kau, tapi tidak bagi orang-orang macam mereka tu.
BONEKA 3
Kau kena ada inspirasi yang kuat untuk dapatkan kepercayaan. Kau kena ada mentaliti yang teguh untuk dapatkan kuasa. Kau juga kena fikirkan implikasi yang bakal kau hadapi bila kau dah ada pengaruh. BONEKA 2 berjalan mendekati kerusi dan cuba untuk duduk. BONEKA 1
: Aku dah mula faham. Maksud kau, ini pasal isu.....
BONEKA 3
: Jangan kau berani nak duduk kat kerusi tu!
BONEKA 2
: Kenapa pulak aku tak boleh duduk?
BONEKA 3
: Kau berdua belum layak duduk kat kerusi tu.
BONEKA 2
: Belum layak? Aku juga ada impian. Aku akan cuba jadi
pemimpin yang baik. BONEKA 3
: Setiap pemimpin yang dipilih juga bercakap benda yang sama,
tapi bila kuasa dan pengaruh menguasai diri, maka kau akan hilang
11
BONEKA HIDUP @ ROYDY ROKIDY
punca. Kau akan jadi ‘jerung’, cuba meratah ‘anak-anak bilis’ yang baru nak mengenal dunia. (keluar dari ikatan) BONEKA 1
BONEKA 3
: Wahhh, ini fal.........sampah. : Bukan sembarangan orang boleh duduk kat kerusi ni. Hanya
orang yang terpilih saja dapat hak keistimewaan tu. BONEKA 2
: Siapa orang yang terpilih tu?
BONEKA 3
: Aku!
BONEKA 3 duduk atas kerusi. Cuba merasai nikmat bila dah duduk atas kerusi. BONEKA 3
BONEKA 2
: Ah, nikmatnya. : Memang la nikmat kalau dapat duduk, sepanjang masa kita
berdiri saja. BONEKA 1
: Kita bertiga sama-sama diciptakan jadi boneka, jadi kita bertiga
sama-sama berhak untuk duduk atas kerusi ni. Ke tepi, giliran aku pulak nak duduk! BONEKA 2
: Eh, aku pun nak duduk juga.
BONEKA 1 dan BONEKA 2 berebut nak duduk atas kerusi, BONEKA 3 mendiamkan diri. Akhirnya BONEKA 1 dan BONEKA 2 duduk di sisi kerusi, dan saling berpandangan.
12
BONEKA HIDUP @ ROYDY ROKIDY
BONEKA 3
: Dah puas?
BONEKA 2
: Belum!
BONEKA 3
: Kau? : Macam mana nak puas, kau duduk di tempat paling selesa,
BONEKA 1
sedangkan aku dan dia duduk di sisi, bila-bila masa saja boleh jatuh bila kami tak diperlukan. BONEKA 3
: Sebenarnya tempat kau berdua, tuuuu, atas lantai saja.
Berambus! BONEKA 3 bangun dan menolak BONEKA 1 dan BONEKA 2 hingga terjatuh di atas lantai. BONEKA 3
: Aku bagi amaran, jangan cuba memasang angan dan mimpi
untuk duduk atas kerusi ni! BONEKA 2
: Kau pun sama jangan bermimpi, kau pun tak layak. Boneka
macam kau ni menakutkan, tak ada sensitiviti. BONEKA 3
(berdiri atas kerusi) : Kau tak tahu apa yang bermain dalam
fikiran aku, bila mana aku dah dapat memiliki kerusi ni, akan aku ubah segala peraturan yang manusia cipta. Aku akan jadikan mereka semua badut dunia. BONEKA 2
: Kau tak layak!
BONEKA 3
: Akulah boneka yang layak! 13
BONEKA HIDUP @ ROYDY ROKIDY
BONEKA 1
: Tak, kau tak layak, kau, kau pun tak layak!
PENCIPTA
: Apa? Aku tak layak?
PENCIPTA masuk sambil bercakap dalam telefon. Pada ketika ini, topi yang dipakainya terjatuh, dan kesempatan ini 3 BONEKA berlari ke tempat masing-masing semula. PENCIPTA
(duduk di kerusi) : Mana boleh macam ni tuan, saya dah buat
persediaan, saya dah buat latihan, boneka-boneka saya juga dah bersedia untuk beraksi. 3 BONEKA memberi isyarat, dan keluar dari ikatan mendekati PENCIPTA. PENCIPTA
: Saya boleh buktikan pada tuan, yang saya layak untuk buat
persembahan boneka ni. Tolong tuan, jangan gantikan saya dengan orang lain, saya akan buat persembahan saya ini nanti seolah-olah boneka saya ini benar-benar bernyawa. Pada masa ini, PENCIPTA berpaling dan terkejut melihat BONEKA-BONEKA itu berjalan dan bernyawa. PENCIPTA mula menjadi gila, setiap BONEKA berperanan untuk tukarkan pakaian PENCIPTA, pakaikan topeng dan bawa PENCIPTA menjadi boneka di satu ikatan tali yang kosong. Masing-masing diam pada tempat dan ikatan masing-masing. Kemudiannya, masuk seorang lagi ORANG LUAR.
14
BONEKA HIDUP @ ROYDY ROKIDY
ORANG LUAR
: Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana sudi
hadir untuk menyaksikan persembahan boneka ini. Baiklah, tanpa membuang masa lagi, saksikan pementasan ‘BONEKA HIDUP’. Persembahan dimulakan. 4 BONEKA bergerak, dan ORANG LUAR bermain dengan tali.
BLACKOUT.
15