TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PERKAHWINAN NANA 6 JANUARI 2011 ( AHAD)
PENGERUSI MAJLIS : SHARIFAH KASTINAH BT H.M.KASSIM
Sirih junjung berhias indah, Sekacip pinang pembuka kata, Bunga manggar kilau bercahaya, Datang berkunjung ke majlis meriah, Sejarah terukir nilai n ilai permata, Lembaran Lembaran sejarah kini bermula. (KOMPANG DIMAINKAN) ± 8 Minit Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk ke perkarangan laman, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; ** (SELAWAT ± ) ± 3 Minit (Pengantin akan berjalan menuju ke pelamin) Anak muda memasang lukah Lukah dipasang di Tanjung Selasih Pasangan pengantin segak melangkah Mara menuju mahligai kasih Dari Raub menuju ke Pontian menghala pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan majlis BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu Assalamu `Alaikum W.B.T.
Hari ini menugal jagung Hari esok memintal tali Hari ini kita berkampung Meraikan mempelai dua sejoli Di malam hari terang senegeri Memberi cahaya di tengah balai Majlis indah bertambah seri Untuk meraikan kedua mempelai Yang dihormati
__________________________________________________________
Izinkan saya «««««« yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, bekas-bekas guru, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian. Selaku tuan rumah kepada Majlis meraikan pasangan mempelai; dengan penuh rasa takzim dan hormatnya mengucapkan Selamat datang ke : Majlis Perkahwinan
dan
Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara Burung Nuri hinggap di balai Balai seri buatan Pak Tua (nada rendah ke tinggi) Tempat berehat rakan dan taulan Duduk tersenyum kedua mempelai Menadah tangan memanjatkan doa Moga jodoh sentiasa berkekalan Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh : ** Dipersilakan. (BACAAN DOA ± 5MINIT) Terima kasih diucapkan kepada _____________________ di atas bacaan doa sebentar tadi. Orang jauh dikenang-kenang Hanya terkenang pada yang satu Mula berkenalan kemudian bertunang Akad dilaksana sama bersatu Anak Pak Sani mengail patin patin dikail di tepi titi Senyum terukir pasangan pengantin Tanda gembira penuh di hati Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan ketika** akhirnya memutikkan rasa cinta di dalam hati kedua-dua pasangan ini. Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka mengikat tali pertunangan pada _________________. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia ini. Bagi tidak melengah masa, kita terus ke majlis menepung tawar dan merenjis air
,
mawar. (GAMELAN DIMAINKAN) Dengan itu, saya menjemput : (Nama dan gelaran dalam keluarga) Yang pertama ± Seterusnya ± 3± 4± 5± 6± 7± 8± 9± 10 ± Demikianlah tadi, acara menepung tawar dan merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di singgahsana. Puan diiring ke Gunung Ledang penuh istiadat penuh beradab segala juadah telah terhidang Kini masa makan beradab Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan. (PENGANTIN BERJALAN DARI PELAMIN KE MEJA) PENGANTIN DUDUK
Semerbak bunga seroja Dibelai dara pingitan Lauk pauk penuh semeja Jemput mempelai menikmati hidangan
Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama ± sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu ± alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan pengantin lelaki, Mohd Firdaus Bin Azman dengan diiringi oleh pengantin perempuan, Nor Khalida Binti Makmor untuk ke pentas bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan. PENGANTIN BERUCAP 5MINIT
Terima kasih diucapkan kepada pengantin lelaki, _______________, yang turut mewakili pengantin perempuan, di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Kini beralih pula ke agenda istemewa
Pemanis mulut adat tradisi Tanda kenangan raja sehari Acara memotong kek menyusul kini Dipersilakan mempelai raja sehari
PENGANTIN MEMOTONG KEK (15MINIT)
Tiup serunai di pinggiran kota Sidara menyulam bunga melati Mula kenal kemudian bercinta Cinta tersemai di dalam hati Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini. Tanam laguna tumbuh keladi Terbit bunga pucuknya mati Budi mu tuan harum mewangi tersemat utuh di dalam hati Puteri berselimpuh dibalik langsir putera idaman bermain nobat Senyuman terukir manis dibibir Sudah sempurna segala adat cincin dijari lambang cinta terbukti kini termetri janji Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. salam hormat , salam takzim, salam kekeluargaan buat semua hadirin , Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.