PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
EDU2033
TAJUK 3 : TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
SINOPSIS
Tajuk ini
membincangkan
teori-teori pembelajaran yang diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta implikasi teori-teori ini terhadap pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, pelajar dapat : 1. Memahami teori-teori pembelajaran yang diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Menghuraikan konsep-konsep asas teori pembelajaran . 3. Menghuraikan implikasi teori-teori pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran. 4. Membincangkan implikasi teori-teori pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas.
implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
23
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
TAJUK 3
EDU2033
Teori Pembelajaran
KANDUNGAN TAJUK 3:
Teori Pembelajaran Behavior
Teori Pembelajaran Kognitif
Teori Pembelajaran Konstruktivis
Teori Pembelajaran Sosial
Teori Pembelajaran Humanistik
Implikasi teori-teori pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi teori-teori pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran kanakkanak berkeperluan khas
Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang psikologi pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus kepada aspek-aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip tertentu. Perkataan teori ini sebenarnya tidak asing bagi kita, malah adakalanya digunakan dalam percakapan atau perbualan seharian. Walau bagaimanapun penggunaan perkataan teori dalam perbualan seharian ini mungkin tidak menepati maksud teori yang sebenar. Apakah yang dimaksudkan dengan teori? DEFINISI TEORI PEMBELAJARAN •
Merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian ahli-ahli psikologi pembelajaran.
•
Pendidik dapat memahami tentang cara pelajarnya belajar.
•
Pendidik dapat menghubung kait prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang akan digunakan
24
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
EDU2033
TEORI BEHAVIOR
Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahliahli behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal tingkahlaku ini adalah dipelajari. Kedua-duanya, iaitu dorongan yang membangkitkan tingkahlaku serta tingkahlaku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran.
Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah untuk menentukan hukum-hukum ataupun prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran. Antara tokoh-tokoh ahli behaviorisme yang terkemuka, yang akan dibincangkan di sini ialah Ivan Pavlov, J.B. Watson, E.L. Thorndike dan B.F. Skinner. Eksperimen-eksperimen yang mereka jalankan menjadi asas kepada prinsip dan idea mereka tentang pembelajaran. Secara amnya, kita boleh bahagikan sumbangan mereka kepada 2 kategori : - 1) pelaziman klasik : tokoh – Ivan Pavlov dan J.B.Watson 2) pelaziman operan : tokoh – E.L Thorndike dan B.F. Skinner.
TEORI KOGNITIF
Menurut teori pembelajaran mazhab kognitif, pembelajaran merupakan satu proses pembentukan struktur kognitif dan perwakilan minda yang aktif. Pembelajaran kognitif menekankan cara belajar seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Teori ini menekankan kepada proses mental kanak-kanak. Teori ini juga berasaskan prinsip pembelajaran kognitif yang menerangkan bagaimana pelajar menerima, memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori. Ilmu pengetahuan yang diperoleh bukan berhasil daripada latih tubi dan peneguhan, tetapi lebih merujuk kepada proses interaksi antara skema minda, pengalaman sedia ada dan keadaan 25
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
EDU2033
baru yang juga melibatkan pengharapan seseorang individu tersebut. Oleh itu, sekiranya seseorang tidak dapat mengenal pasti hubungan perkara dan ertinya yang dipelajari pembelajaran tidak akan berlaku walaupun diberikan latihan berulang-ulang. Antara ahli-ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Piaget, Bruner, Gagne dan Ausebel yang berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses mental (kognitif) yang akan berlaku dalam fikiran iaitu tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Justeru, kebanyakan situasi, penyelesaian suatu masalah kompleks melibatkan proses dan pemikiran kognitif menyeluruh. TEORI SOSIAL
Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan „permodelan‟. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.
Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi penekanan tentang
bagaimana
perilaku
kita
dipengaruhi
oleh
persekitaran
melalui
peneguhan (reinforcement) dan observational learning, cara memandang dan cara berfikir yang kita miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, iaitu bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain (observational opportunity). Eksperimen Bandura yang terkenal ialah “eksperimen patung Bobo”., kerana ia melibatkan patung yang dikenali sebagai Bobo. Eksperimen ini menunjukkan bahawa kanakkanak meniru perlakuan agresif dari orang dewasa di sekitarnya,. Perkara yang lebih penting yang didapati daripada eksperimen ini telah menunjukkan pertalian antara teori-teori pembelajaran behaviourisme dan kognitif kerana ia merangkumi aspek-aspek pemerhatian, ingatan dan motivasi
26
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
EDU2033
TEORI HUMANISME
Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.
Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.
TEORI KONSTRUKTIVISME
Kontruktivisme merupakan falsafah pembelajaran yang berasaskan kepada beberapa teori pembelajaran seperti teori perkembangan kogntif dan teori kognitif sosial.
Ia memberi
penekanan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorgansasi pengetahuan.
Fahaman konstruktivisme menegaskan bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada di mana dalam proses ini, pelajar akan membina pengetahuan baru dengan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada.
Oleh itu, proses ilmu kontruktivisme sentiasa
mengalami perkembangan, sentiasa berubah serta tidak statik.
Terdapat dua tokoh penting yang mempelopori teori asas konstruktivisme ini iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget dikenali sebagai 27
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
EDU2033
konstruktivisme kognitif, manakala teori yang dipelopori oleh Lev Vygotsky ialah konstruktivisme sosial. Oleh itu, pendekatan konstruktivisme memberi idea-idea baru tentang pertumbuhan kognitif dan pembelajaran.
(Perincian maklumat berkaitan teori pembelajaran adalah secara bersemuka dengan pensyarah) IMPLIKASI TEORI
Implikasi Teori (secara keseluruhan) dan Proses Pembelajaran Ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran
1.
Guru perlu mengaitkan pengalaman yang positif
dan baik dengan tugasan
pembelajaran. 2.
Guru boleh membangkitkan tingkah laku positif dalam kalangan pelajar-pelajar dengan menggunakan teknik-teknik peneguhan negatif dan positif.
3.
Guru juga boleh mengadakan pelbagai ransangan di dalam bilik darjah untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang positif bagi pelajar-pelajar.
4.
Guru harus memberikan peluang kepada pelajar-pelajar
untuk menikmati kejayaan
secara berperingkat-peringkat. 5.
Guru boleh merancang objektif pengajaran yang realistik supaya semua pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran yang diajar.
6.
Guru perlu menstrukturkan isi pelajaran dalam bentuk sistematik dan tersusun supaya pelajar-pelajar dapat menguasai konsep-konsep yang disampaikan oleh guru dengan senang.
7.
Guru perlu menyampaikan gambarajah dan tulisan serta alat antuan mengajar/bahan pembelajaran berdasarkan hukum-hukum Pragnanz.
8.
Guru juga perlu mengajar pelajar-pelajarnya untuk melihat perkaitan dan perbezaan antara konsep-konsep yang berlainan.
9.
Guru juga mesti memberikan peneguhan positif dan bersifat penyayang untuk meningkatkan konsep kendiri pelajar-pelajar mereka.
10.
Guru juga perlu menjadi seorang „role model‟ yang baik supaya pelajar-pelajar dapat meniru semua nilai-nilai positif yang ditonjolkan oleh guru.
28
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
EDU2033
Implikasi Teori Pembelajaran Watson terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
1.
Guru hendaklah memberi latihan secara kerap untuk memperkukuhkan ingatan pelajar terhadap topik yang telah dipelajari.
2.
Guru hendaklah menggunakan rangsangan yang sesuai dan boleh memotivasikan pelajar untuk menghasilkan tingkah laku yang positif kerana tingkah laku boleh dipelajari melalui proses pelaziman.
3.
Guru
juga
hendaklah
meningkatkan
minat
pelajar
untuk
belajar
dengan
mempelbagaikan bahan bantu mengajar serta aktiviti yang menarik untuk mendorong mereka. 4.
Guru perlu memastikan maklumbalas diberi dengan kerap, dengan secepat mungkin dan berbentuk spesifik
5.
Guru perlu mempelbagaikan pengukuhan positif yang digunakan agar dapat mengekalkan keberkesanannya.
6.
Guru menggunakan pengukuhan sebagai satu cara untuk mendorong pelajar-pelajar yang kurang bermotivasi untuk belajar.
Implikasi Teori Pembelajaran Humanistik terhadap pengajaran dan pembelajaran
Guru hendaklah:1. fokus pengajaran adalah kepada pelajar dan bukannya subjek. 2. melayan pelajar sebagai insan kemudian barulah melayani mereka sebagai pelajar. 3. menerima setiap pelajar tanpa syarat. Layani perbezaan individu mengikut potensi dan keupayaan masing-masing. 4. membantu pelajar menentukan matlamat yang realistik. 5. sentiasa melibatkan pelajar dalam aktiviti kumpulan, seperti pembelajaran koperatifdapat membina hubungan sosial dan kemahiran emosi. 6.
sebagai fasilitator bagi aktiviti kumpulan.
7.
memupuk sikap, kepercayaan dan tabiat yang baik kepada pelajar, guru hendaklah menjadi dirinya teladan.
8. sentiasa memberi ganjaran kepada gerak balas pelajar. 9. menyampaikan isi pelajaran dengan disesuaikan berdasarkan aras pemikiran, gaya pembelajaran dan keperluan pelajar. 29
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
EDU2033
10. merancangan pengajaran dengan mengambil kira minat, kecenderungan, kesediaan belajar dan perbezaan individu. 11. menjalankkan aktiviti/ program pemulihan supaya dapat membentuk konsep kendiri yang positif bagi pelajar yang lemah. 12. menanamkan perasaan dan amalan saling hormat-menghormati dapat membantu pembelajaran berkesan. 13. mempercayai bahawa semua pelajar boleh belajar jika tempoh masa mempelajarinya mencukupi. Implikasi Teori Pembelajaran Humanistik terhadap pengajaran dan pembelajaran Guru hendaklah:1. membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. 2. memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 3. merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi. 4. memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi. 5. membantu pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sisial dan afektif. 6. mengimbangkan komponen intelek dan emosi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 7. menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar. 8.
bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang.
9.
hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar. 30
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
EDU2033
IMPLIKASI TEORI-TEORI PEMBELAJARAN TERHADAP PEMBELAJARAN PELAJARPELAJAR BERKEPERLUAN KHAS
1. MASALAH PENGLIHATAN
Berikan gambaran yang jelas tentang bilik darjah dan sekolah. Guru hendaklah membawa kanak-kanak tersebut berjalan di persekitaran sekolah dan terangkan kepadanya apa yang dilihat. Semasa memandu arah, benarkan pelajar tersebut memegang anda.
Gunakan tulisan yang kasar-kasar apabila menulis di papan tulis dan menggalakkan juga supaya kanak-kanak lain melakukan perkara yang sama.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan banyak belajar melalui deria sentuh, dengar dan hidu. Malah ada di antara mereka menjilat objek / benda yang baru baginya. Biarkanlah kanak-kanak itu menggunakan caranya untuk belajar tetapi guru perlulah mengawasinya.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan juga tidak sedar orang-orang yang berhampiran dengannya kerana tidak boleh melihat. Apabila guru bersama kanak-kanak ini, bercakaplah dengannya. Maklumkan hal ini kepada kanak-kanak lain supaya mereka juga turut melakukannya.
2. MASALAH PENDENGARAN
Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak dapat bertutur. Oleh itu guru perlulah mengajar mereka cara-cara untuk menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan, dan melepaskan perasaan.
Kanak-kanak
yang
dapat
mendengar
suara yang kuat
selalunya mengalami
perkembangan pertuturan yang lambat. Mereka patut diajar mendengar dan bercakap dengan baik. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga iaitu bahasa isyarat.
Kanak-kanak ini mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara dengan agak lama. Maka, guru pelulah kreatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Antaranya guru boleh menggunakan tangan, mimik muka, gerak badan, menulis dan bercakap.
Selepas guru bercakap, beri peluang pelajar berfikir dahulu kemudian barulah guru menyambung semula percakapannya.
Guru perlu mengajar pelajar bacaan bibir supaya mereka mudah membaca pertuturan bibir. 31
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
EDU2033
3. MASALAH PEMBELAJARAN
Bahan-bahan, teknik, kaedah, teknologi pengajaran dan pembelajaran perlu disedia dan diubahsuai mengikut keprluan individu.
Gerak kerja serta aktiviti-aktiviti latihan dan pengukuhan perlu digred berpadanan dengan keupayaan individu dengan merujuk kepada Rancangan Pengajaran Individu (R.P.I)
Kerjasama dan interaksi yang baik dengan pelajar-pelajar serta guru-guru kelas boleh meningkatkan usaha dan kerja-kerja pemulihan.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran biasanya memerlukan aktiviti berstruktur. Aktiviti ini perlulah dirancang dengan teliti mengikut langkah-langkah kecil untuk membolehkan murud menguasai konsep atau kemahiran langkah demi langkah.
TUGASAN
Secara berkumpulan, anda dikehendaki untuk
1.
Banding beza antara teori-teori pembelajaran yang telah dipelajari.
2.
Layari internet dan muat turun maklumat berkaitan implikasi teori pembelajaran kognitif dan konstruktivsme terhadap pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas.
3.
Rancangkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berdasarkan Teori Konstruktif.
32