Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Kerja Kursus Pendek PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi yang melimpahkan kurnianya. Akhirnya, dapat juga saya menyiapkan Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini dalam tempoh yang diberikan. diberikan. Di sini, saya ingin mengambil mengambil peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Ismail Bin Zaini kerana begitu banyak membantu saya menyelasaikan masalah dalam menyiapkan Kerja Kursus Pendek ini. Ustaz Ismail Bin Zaini juga telah banyak membantu saya untuk mendapatkan mendapatkan maklumat dan memberi t unjuk ajar kepada saya tentang cara untuk menulis penulisan akademik dan cara untuk membuat rujukan mengikut standard APA. Selain itu, saya juga ingin ingin berterima kasih kepada rakan -rakan saya yang juga begitu banyak membantu saya dalam menyelesaikan Kerja Kursus Pendek ini. Mereka banyak memberi tunjuk ajar dan membantu saya memahami tugasan yang diberi.
Disamping itu, rakan-rakan rakan-ra kan saya saya juga banyak memberi memberi nota kepada saya saya
tentang globalisasi. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang menyokong saya serta memberi dorongan kepada saya untuk menyiapkan Kerja Kursus Pendek Bahasa Melayu ini. Sekian, Terima Kasih.
1
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Kerja Kursus Pendek ESEI
Menurut Kamus Dewan, globalisasi membawa maksud suatu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan men gecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Dalam erti kata lain, globalisasi adalah satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu bumbung tanpa dibatasi dengan mana-mana sempadan mahupun kedudukan geografi sesebuah negara. Akibat daripada proses globalisasi ini, ruang udara dan langit sesebuah negara yang dahulunya tertutup dan dijaga dengan rapi kini telah terbuka luas dan begitu mudah untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan melalui pelbagai medium perantaraan seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Melalui globalisasi juga, dunia yang dahulunya seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan kini telah mengecil dari ruangnya yang asal. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini. Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi menjangkau sempadan ekonomi, teknologi , bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah
masyarakat.
Globalisasi
juga
merujuk
kepada
perpindahan ni lai,
terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Manakala bagi ahli sarjana barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang luas dan infiniti yang merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti sosial, budaya, ekonomi, dan politik. Aspek kehidupan ini dikongsi oleh seluruh umat manusia tanpa mengira batasan. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama. Barat begitu menekankan proses globalisasi ini kerana mereka mempunyai agenda tersendiri. Melalui proses globalisasi inilah mereka cuba untuk menjajah sesebuah negara. Pendapat ini di sokong penuh oleh Ahmad Yussuf(2007), yang mengatakan bahawa globalisasi merupakan satu daripada penjajahan baru yang lebih merbahaya dan licik daripada Amerika Syarikat untuk menguasai dunia dalam pelbagai aspek sama ada ekonomi, sosial, budaya, atau politik. Namun begit u, para cendiakawan barat tegas melintang pendapat tersebut dengan mengatakan globalisasi merupakan salah satu usaha murni mereka untuk menyatukan seluruh umat manusia di dunia ini di bawah satu bumbung. Hakikatnya, g lobalisasi yang
2
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Kerja Kursus Pendek
diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Dalam erti kata lain, globalisasi itu sendiri sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia. Walaupun globalisasi dikatakan satu perkembangan negatif yang cuba di sebarkan oleh pelopor-pelopor dari barat ke seluruh dunia, namun kesan positif globalisasi terhadap peradaban dunia juga begitu penting. Antaranya adalah wujudnya kesedaran mengenai kekangan hidup terutamanya selepas Perang Dunia Kedua yang membawa malapetaka kepada manusia. Penubuhan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) misalnya yang bertujuan memelihara kedaulatan dan membela nasib manusia terutama dalam pelbagai isu berkaitan dengan p eperangan dan kedamaian, pembangunan dan kemunduran, demokrasi, hak asasi manusia, bencana alam dan sebagainya. Selain itu, globalisasi juga mencetus budaya sains dan teknologi maklumat dengan memperlihatkan perkembangan pesat media komunikasi yang menghapuskan jarak dan sempadan serta mewujudkan fenomena dunia di hujung jari anda. Dalam erti kata lain, seluruh penduduk dunia mempunyai hak yang sama rata untuk mengakses sesuatu maklumat. Tidak kira di mana mereka berada, dengan hanya sekali tekan segala mak lumat yang mereka ingini berada di depan mata mereka. Manakala, perkembangan dalam bidang ekonomi juga memperlihatkan kepesatan
yang
mengujakan
khususnya
perkembangan
syarikat-syarikat
antarabangsa yang bersifat multinasional yang begitu ketara semenjak bemulanya era globalisasi yang menyaksikan syarikat-syarikat kapitalis besar dunia yang diungguli Amerika Syarikat mengungguli pentas ekonomi dunia. Mereka berkuasa sepenuhnya ke atas ekonomi dunia dan jika keadaan kewangan mereka terjejas, ekonomi di seluruh dunia juga akan turut terjejas. Melalui sisi politik pula, dimensi globalisasi telah mewujudkan keadaan penyah-wilayahan, suatu proses yang menghapus konsep sempadan dunia yang dikenali menerusi perwatakannya yang membawa idea demokrasi dan hak asasi manusia yang dianggap sebagai prinsip yang diwajibkan kepada semua umat manusia menerima dan menganutinya. Sementara itu dari segi budaya pula terdapat penyebaran budaya pengguna dari Amerika Syarikat ke seluruh dunia. Contoh yang paling mudah ialah budaya berkenaan makanan. Jika dahulu, McDonald hanya terdapat di Amerika Syarikat
3
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Kerja Kursus Pendek
sahaja, tetapi sekarang seluruh penduduk di dunia dapat merasa kerana melalui proses yang disebut sebagai µMcDonaldisation¶ atau budaya McDonald, sejumlah restoren makanan segera tersebut dibina di seluruh dunia. Mengikut statistik yang dikeluarkan di lawan sesawang McDonald Inc. sehingga januari 2011 terdapat 10 500 buah restoran McDonald di 58 buah negara. Semua ini terjadi kerana berlakunya proses penglobalisasian. Sesungguhnya di sebalik keburukan sesuatu benda ada terselit sekulumit kebaikan. Tidak terkecuali globalisasi juga mempunyai kesan positifnya tersendiri terhadap peradaban dunia. Globalisasi telah berjaya untuk merubah tatacara dan resam masyarakat dunia untuk condong ke arah barat. Dalam hal ini, Malaysia tidak terkecuali. Kita dapat lihat budaya daripada barat begitu cepat mengalir ke dalam budaya yang terdapat di Malaysia. Proses adaptasi budaya barat ke dalam budaya Malaysia merupakan satu peluang terbaik pihak Bara t untuk meluaskan pengaruh mereka ke negara kita. Pada era globalisasi ini, sudah tidak ada penaklukan atau penjajahan ke atas sesebuah negara, tetapi penjajahan minda merupakan satu bentuk penjajahan yang baru. Melalui proses globalisasi ini budaya barat menyerap masuk ke dalam budaya Malaysia. Aspek yang paling ketara ialah dari segi budaya pemakanan. Dalam sektor makanan dan minuman, syarikat Barat khususnya Amerika Syarikat telah berjaya menampilkan dan mengglobalkan pelbagai jenama mereka. Antara yang begitu sinonim dengan Malaysia ialah McDonald, Kentucky Fried Chicken, dan Pizza Hut. Manakala minuman pula seperti Pepsi Cola, Coca Cola, dan Seven Up. Pelbagai jenis lagi makanan ringan yang sememangnya kita tahu tidak berkhasiat seperti Double Deckers, Chikedes, Pringles, dan Mr.Potato. Dengan kemasukan begitu banyak produk luar ini serba sedikit akan menjejaskan budaya pemakanan khususnya rakyat Malaysia. Sememangnya kita tahu, makanan
segera amat
berbahaya jika dimakan selalu. Pelbagai penyakit sepert i obesiti akan berleluasa. Selain itu, kita tidak dapat menafikan dengan kemasukan yang begitu banyak syarikat luar akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran, namun pada waktu yang sama kita perlu mengambil kira nasib peniaga -peniaga yang meniaga melalui gerai atau restoran biasa akan mengalami kesukaran untuk mempertahankan perniagaan mereka. Walaupun ianya dilihat sebagai satu persaingan yang sihat, namun mereka juga harus diberi peluang untuk memajukan industri makanan tempatan.
4
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Kerja Kursus Pendek
Tidak dinafikan, budaya fesyen di Malaysia juga turut dipengaruhi oleh budaya fesyen di Barat. Andai dulu para wanita di negara ini selesa mengenakan baju seperti Kebarung, Kebaya, dan Baju Kurung, namun semenjak tersebarnya jenama jenama pakaian dari barat seperti Gucci, Louis Vitton, Prada, Pierre Cardin, Levis dan sebagainya amat susah untuk kita menemui wanita yang mengenakan Kebaya mahupun Baju Kurung. Mereka perpendapat dengan mengenakan pakaian seperti itu akan membuatkan mereka nampak ketinggalan zaman. Semua ini berpunca daripada promosi serta kaedah pengiklanan syarikat -syarikat pakaian dari barat yang begitu berkesan. Salah satu cara pengiklanan mereka adalah dengan mengadakan pertunjukan fesyen di tempat-tempat eksklusif dan berprestij serta diperagakan oleh peragawati ternama yang sebahagiannya terdiri daripada wanita jalang dan tidak berakhlak. Namun, tanpa kita sedari matlamat sebenar mereka mengadakan pertunjukan fesyen itu adalah untuk menguasai pemikiran dan gaya hidup orang lain, terutamanya umat islam supaya menyimpang jauh daripada budaya dan ajaran mereka. Manakala budaya muzik dan hiburan juga agak ketara yang kita dapat lihat. Jika dulu semua orang minat pada dikir, ghazal, teater, merhaban dan sebagainya, tetapi budaya Barat telah menyerap dengan begitu pantas. Dengan kemasukan muzik daripada pelbagai genre seperti rock, punk, jazz, dan disko. Muzik -muzik seperti ini kebanyakan telah berjaya menguasai dunia. Kesannya, kebanyakan remaja di Malaysia kini lebih tertarik kepada muzik sensasi barat dan mengagung agungkannya. Inilah yang dimahukan oleh pihak Barat supaya remaja dan belia, terutamanya remaja dan beli a islam lalai dengan hiburan. Dengan itu, mudahlah mereka
memperluaskan
dasar
imperialisme
budaya
mereka
dan
mengaut
keuntungan besar. Melalui globalisasi juga, kita dapat lihat tempat -tempat hiburan berkonsepkan taman tema seperti Disneyland juga sudah di buka di luar Amerika Syarikat. Kesannya, ianya telah menghasilkan generasi yang menjadikan artis -artis barat sebagai idola mereka. Tidak terkecuali juga generasi baru di Malaysia. Tanya saja pada remaja zaman sekarang, mereka lebih mengenali Tom Cruise ber banding P.Ramlee mahupun Aziz Satar. Minda mereka telah berjaya ditutup oleh ahli propaganda barat. Selain itu, proses globalisasi juga memberi kesan yang mendalam kepada perkembangan teknologi maklumat di Malaysia. Justeru, Malaysia dalam usaha agar tidak ketinggalan dalam fenomena globalisasi ini, telah mengadaptasikannya bagi
5
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Kerja Kursus Pendek
tujuan pembangunan terutama dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Berkeluasan 15 kilometer x 50 kilometer, merangkumi Putrajaya, Cyberjaya, Taman Teknologi dan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Koridor Raya Multimedia (MSC) yang ditubuhkan pada tahun 1996 dilihat berjaya menjadi pemangkin pertumbuhan industri ICT negara. Pada masa ini MSC menjadi hos kepada 48 syarikat operasi perkongsian perkhidmatan dan penyumberan luar (SSO) berkelas dunia, yang mewujudkan
kira-kira
11,
200
peluang
pekerjaan.
Sebagai
suatu
usaha
mempersiapkan diri menempuh fenomena dunia tanpa sempadan ini, menerusi Pelan Jalur Lebar Kebangsaan (NBP), negara telah mensasarkan kadar celik jalur lebar
sebanyak
10
peratus
menjelang
tahun
2008.
Pelan
tersebut
turut
mempertingkatkan usaha memperluaskan kemudahan jalur lebar di kawasan bandar bandar kecil dan daerah perkampungan menjelang tahun 2010. Selain daripada itu, kemudahan yang dibawa oleh ICT juga memb erikan satu kelebihan dari segi penyediaan asas yang kukuh bagi aplikasi teknologi dalam sektor awam mahupun swasta. Kebolehan ICT menukar cara bekerja dan mereka semula proses kerja yang diamalkan bukan sahaja dapat mengurangkan karenah birokrasi malah bo leh memantapkan keutuhan pengurusan sesuatu organisasi. Dalam era globalisasi ini, ICT boleh membantu perlaksanaan sesuatu urusan dengan mudah, cepat, efisien, berkualiti dan produktif. Namun begitu, dalam usaha kerajaan giat berusaha untuk menyaingi kemajuan teknologi maklumat dengan negara lain, mereka lupa bahawa kesan
daripada
ledakan
kemajuan
teknologi
maklumat
sebenarnya
akan
merosakkan generasi yang akan akan datang. Sebagai contoh, penggunaan internet oleh remaja atau kanak-kanak jika tidak dipantau akan disalah guna. Ketika inilah blog Barat cuba untuk mempengaruhi pemikiran mereka. Meraka akan cuba untuk merosakkan minda anak-anak remaja kita denga pelbagai benda seperti video porno. Kesimpulannya, jika pihak kerajaan seharusnya membendung gejala i ni disebalik usaha mereka untuk memajukan serta menaik taraf infrastruktur negara dalam bidang teknologi dan maklumat. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Berbalik kepada kesan negatif globalisas i, sememangnya kita dapat menyelesaikannya melalui perspektif Islam. Jika kita memandang masalah globalisasi ini melalui kaca mata orang islam, masalah gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang berlaku akibat globalisasi ini sebenarnya berpunca kerana roh d an hati
6
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Kerja Kursus Pendek
orang atau masyarakat telah rosak. Maka, salah satu cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan mengembalikan manusia kepada fitrah yang asal. Diantara usaha dan kaedah yang dicadangkan bagi menangani anjakan globalisasi yang negatif mengikut perspektif Islam ialah dengan membawa semula manusia mengenali Tuhan atau kenalkan manusia kepada Tuhan. Kita harus kenal dan tahu bahawa Allah itu Maha Esa, Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Berkuasa, dan Dialah yang Maha Segalagalanya. Hal ini kerana apabila kita mengetahui ada lagi yang lebih berkuasa daripada kita akan membuat kita ini rasa seperti hamba. Jika ingin dibandingkan dengan air laut, ilmu manusia hanyalah setitik air di laut. Siapalah kita u ntuk berkuasa. Jika berkuasa sebesar manapun, kuasa kita itu hanyalah sementara. Sememangnya, itulah seharusnya yang perlu ada pada setiap peminpim sesebuah negara, iaitu rendah diri. Manakala, jalan yang seterusnya ialah membersih hati dan jiwa manusia. Hati mempunyai peranan yang besar dan hebat di dalam diri manusia, kerana ia adalah raja didalam diri dan roh manusia. Ini bersesuaian dengan satu hadis yang mengatakan µdidalam diri anak Adam ada seketul daging, jika baik daging itu, baiklah orangnya. Jika jahat daging itu maka jahatlah dia. Ketahuilah itullah hati¶ (Riwayat Bukhari dan Muslim) begitulah besarnya peranan hati manusia. Justeru, proses membersihkan jiwa mesti menjadi program penting dalam hidup kita, sebagaimana program lahiriah yang diusahakan, pembangunan rohaniah mesti lebih pesat dan diutamakan, agar akhlak kita membangun bersama dengan kemajuan material yang kita nikmati sekarang ini. Kerajaan harus memainkan peranan penting dalam mengusahakan program rohaniah melalui dakwah dan pendidi kan agar dapat membina remaja yang berakhlak dan berhati bersih sekaligus dapat menentang kehendak nafsu sebagaimana yang terdapat dalam kesan negatif globalisasi. Sememangnya solat itu adalah tiang agama. Kaedah seterusnya ialah dengan menekankan kepada individu muslim bahawa sembahyang itu penting kerana melalui solat kita dapat membina keperibadian yang agung. Jadi tidak hairanlah Islam sangat menegaskan kepentingan solat secara berjemaah dan khusyuk. Biarlah kita bersungguh mengerjakan 2 rakaat solat yang khusyuk dari banyak rakaat tetapi fikiran kita mengelilingi seluruh dunia dan lalai dalam sembahyang. Solat yang
7
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Kerja Kursus Pendek
khusyuk itu amat penting kerana selagi solat tid ak khusyuk penyakit hati(mazmumah) seseorang itu tidak dapat ditumpaskan, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, megah, tamak, dan dendam. Dari sinilah lahirnya penyakit masyarakat, ertinya jika sembahyang yang tidak khusyuk, mazmumah masih wujud. Jika mazmumah masih wujud, penyakit masyarakat masih wujud. Kalau begitu, untuk menangani gejala masyarakat, betulkan sembahyang terlebih dahulu kerana sembahyanglah ubat kepada penyakit masyarakat. Beginilah meodologi cara menangani anjakan negatif globalisasi mengikut perspektif Islam. Kesimpulannya, gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pernah melanda dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan luas sehingga ia meliputi semua bidang peradaban manusia. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, kita dipanggil untuk menilai buruk baik fenomena globalisasi ini dengan lebih teliti lagi. Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh rakyat negara ini. Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin.
8
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Kerja Kursus Pendek REFLEKSI
Alhamdulillah, akhirnya selesai juga saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek bagi Tamadun Islam Dan Asia Tenggara ini dalam tempoh yang ditetapkan. Saya telah menggunakan masa terbaik yang mungkin untuk menyiapkan tugasan ini. Pada minggu pertama saya memulakan tugasan dengan mencari maklumat sebanyak yang mungkin untuk membuat tugasan ini mantap.Pada minggu kedua, saya mula menganalisis maklumat yang saya perolehi dan mula menyiapkan tugasan yang saya terima. Akhirnya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Walaupun begitu, saya juga telah menghadapi beberapa masalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Pada mulanya, saya tidak tahu macam mana untuk membuat tugasan ini. Di samping itu, saya juga menghadapi masalah kekurangan maklumat untuk menyiapkan tugasan ini. Namun begitu, masalah ini dapat saya atasi dengan menerima bantuan daripada Ustaz Haji Ismail Bin Zaini yang telah menerangkan cara-cara untuk membuat tugasan ini. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ismail Bin Zaini kerana telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang sudi meminjamkan laptop mereka untuk saya mencari maklumat secara lebih lanjut. Daripada tajuk tugasan yang saya terima iaitu globalisasi, saya telah mendapat begitu banyak manfaat daripada tugasan ini. Saya dapat mengetahui tentang isu-isu semasa yang sedang hangat dibincangkan. Selain itu, saya juga dapat mendalami lagi tentang sejarah tamadun. Apabila membuat tugasan ini, ia juga dapat menyedarkan kepada saya bahawa begitu giat usaha daripada pihak Barat untuk menjajah pemikiran orang -orang timur. Akhir sekali, dengan siapnya tugasan ini saya berharap agar saya dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat ketika membuat tugasan ini kepada rakan-rakan saya serta dapat menarik minat mereka untuk lebih mendalami la gi ilmu berkenaan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Sekian, terima kasih.
9
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Kerja Kursus Pendek RUJUKAN
Laming, S. (2006). Pemikiran Al-Kindi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mun, L. K. (2007).
Globalisasi,
media dan budaya. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Think Tank. (2007).
Gelombang Globalisasi
Antara 2 Sisi . Retrieved from
http://bobex.wordpress.com/2007/09/28/gelombang -globalisasi-antara -duasisi/
Yahya, H. (2007).
H akikat
Kehidupan Di Dunia. Kuala Lumpur: Saba Islamic
Media Sdn. Bhd.
Yussuf, A. (n.d.).
Globalisasi
dan Orde Baru Dunia . Retrieved from
http://www.pmram.org/index.php
10
Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Kerja Kursus Pendek LAMPIRAN
11