TARIAN 1MALAYSIA|1
ABSTRAK
Kajian ini membincangkan mengenai tarian tradisional di Malaysia dengan memberi fokus kepada bagaimana kedudukan tarian tradisional ini dalam konteks masyarakat negara Malaysia yang berbilang kaum. Pertumbuhan dan perkembangan tarian tradisional di Malaysia berkaitrapat dengan antropologi tariannya. Namun struktur koreografinya menjadikannya sebagai satu tanda yang membantu perkembangan ciri-ciri kemasysrakatan dan kebudayaan kebangsaan Malaysia masa kini. Keterkaitan seni persembahan tarian dalam masyarakat dikenal pasti sebagai mengandungi dinamisme masyarakat, kebudayaan, keseniaan, bangsa, suku, adat istiadat, norma, etika dan nilai yang berlaku dalam masyarakat Malaysia itu sendiri. Seni tari merupakan warisan budaya yang menghiasi keunikan kaum-kaum di Malaysia sama ada orang Melayu,orang Cina,orang India,dan bumiputra Sabah dan Sarawak. Tarian-tarian yang dipersembahkan oleh kaum-kaum tersebut benar-benar eksotik dan menawan apabila ianya ditambah dengan gerak anggota badan yang dilakukan dengan lemah lembut sambil diiringi dengan bunyian muzik. Kaedah penyelidikan yang kami gunakan adalah seperti sumber bertulis seperti buku, majalah, risalah-risalah, risalah-risala h, kajian perpustakaan, melayari internet serta menemu bual beberapa individu yang berpengalaman dalam tarian ini yang boleh memberi maklumat dalam pengkajian
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
TARIAN 1MALAYSIA|2
1.0
PENGENALAN TARIAN 1 MALAYSIA
Definisi tarian dari segi bahasa ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik (Kamus Dewan, Edisi Ketiga), manakala tafsiran ahli sejarah pula mendefinisikan seni tari sebagai gerakan yang berirama (C.Sachs). Tarian boleh diertikan sebagai seni lakon dibawah unsur kesenian dan dilihat dibawah aspek kebudayaan. Ianya dapat dizahirkan melalui sebarang gerakan yang dapat melambangkan kebudayaan sesuatu masyarakat dan gerakan yang dilakukan pula menggambarkan perasaan jiwa manusia.
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis tarian sama ada dari segi tarian berbentuk tradisional mahupun kontemporari. Tarian tradisional merangkumi beberapa tarian yang mengikut etnik dan ada juga yang mewakili kenegerian. Tarian tradisional pula walaupun di telan zaman, ia masih ditarikan di dalam acara-acara kesenian mahupun majlis-majlis kenamaan.
Mahupun begitu, tarian tradisional sering dihubungkaitkan dengan semangat ritual dan mistik. Sejajar dengan proses globalisasi, kemasukan tarian kontemporari dari negara barat semakin menular dalam kalangan masyarakat Malaysia dan amat digemari oleh anak-anak muda masa kini. Kebiasaannya, tarian seringkali dikaitkan dengan iringan muzik. Tarian dan muzik bagaikan ritma yang tidak dapat dipisahkan. Selain itu, tarian juga dapat dijadikan sebagai suatu alat yang dapat mengeratkan perhubungan sesama manusia disamping memuliharanya agar ia tidak ditelan zaman.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
TARIAN 1MALAYSIA|3
2.0
OBJEKTIF KAJIAN
1) Menambahkan pengetahuan tentang tarian tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia mengikut adat kaum masing-masing.
2) Memberi pendedahan dalam mengenali dan memahami asal usul tarian tradisional seperti tarian zapin, tarian lilin (masyarakat Melayu), tarian singa, tarian kipas (masyarakat cina), tarian bharata natyam, tarian giddha (masyarakat india), tarian ngajat (masyarakat iban), dan lain-lain lagi.
3) Memupuk minat generasi muda untuk mengetahui kekayaan khazanah budaya yang terdapat di negara Malaysia khususnya dalam seni tarian tradisional .
4) Menyemai nilai-nilai patriotisme seperti kerjasama, saling bantu membantu, bangga terhadap kaum dan bangsa sendiri dalam memperkenalkan seni budaya yang terdapat pada kaum masing-masing.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
TARIAN 1MALAYSIA|4
3.0
KAEDAH KAJIAN
1) Kajian kepustakaaan (sumber-sumber bertulis seperti buku dan majalah).
2) Melayari laman internet.
3) Temubual mendalam bersama beberapa orang informan utama yang berpengalaman dalam tarian tradisional.
4) Melakukan pemerhatian di tempat-tempat seperti muzium negara, arkib negara yang boleh memberi maklumat tambahan kepada kajian kami.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
TARIAN 1MALAYSIA|5
4.0 JENIS-JENIS TARIAN 1 MALAYSIA
4.1 TARIAN MASYARAKAT MELAYU 4.1.1
TARIAN ZAPIN
PENGENALAN
Tarian zapin tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu. Maksud tarian zapin ialah zapin berasal dari bahasa Arab “ Zafn” yang mempunyai erti pergerakan kaki cepat mengikut rentak pukulan peralatan muzik. Tarian zapin ini merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Sejarah tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman serta tarian ini telah tersebar meluas dalam kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semenanjung Tanah Melayu , Berneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini di Malaysia , Brunei , singapura
dan indonesia .
Bagaimanapun. Tarian ini telah menerima sedikit pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata ebih tradisional sifatnya.
Tarian zapin ini mempunyai beberapa pecahan tersendiri mengikut tempat yang ditarikan. Antara tarian zapin Arab, tarian zapin Johor, zain lenga, zapin pekan dan zapin Tenglu. Tarian ini sangat mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu . Manakala mengikut sejarah tarian ini , pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh pedagang Arab pada awal abad ke 16. Pada masa itu negeri johor menjadi penggant kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke 16.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
TARIAN 1MALAYSIA|6
Tarian ini kemudianya tersebar ke negeri-negeri sekitar johor seperti Riau , iaitu pusat pemerintahan Johor lama , singapura , wilayah serawak dan Brunai Darussalam. Contoh tarian zapin:-
TARIAN ZAPIN DI JOHOR
Di Malaysia , tarian tradisional zapin sangat popular di Negeri Johor. Selain kuda kepang yang diperkenalkan oleh masyarakat Jawa di Johor, zapin juga mempunyai nilai-nilai estetika tersendiri . Jika sekumpulan penari membuat persembahan yang baik dan teratur ia mampu menarik perhatian orang ramai di sesebuah majlis. Bayangkan jika dalam majlis contohnya majlis perkahwinan dan tarian ini dipersembahkan ia mampu mempersonakan tetamu yang hadir hingga mereka terupa kehadiran pengantin.
Tarian zapin Johor ini dipercayai diperkenalkan sekitar daerah pekan Pahang oleh tukang songkok yang berasal dari sumatera bernama Adam pada tahun 1930 an . Tarian ini bercorak tarian persembahan atau pertunjukkan . Gerak tarinya berasaskan kepada langkah penari. Walaupun tarian ini berasal dari Arab parsi namum penari memekai busana tradisional Melayu selengkapnya.
Di Johor, tarian ini digerakkan oleh dua penari hingga enam pasangan penari antara lelaki dan prempuan yang memakai baju kurung gombang pahang yang bersampin songket tenun dan bersongkok untuk kaum lelaki dan baju kurung yang ditenun swbagai pakaian wanita yang sesuai dengan tarian ini. Tarian di johor ditampilkan tiga peringkat . perinkat pertama , permulaan tarian atau pembukaan tarian. Peringkat kedua ialah pechan atau gerak serta lenggang
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
TARIAN 1MALAYSIA|7
tari dan peringkat ketiga adalah peringkat akhir iaitu penutup tirai tarian . Anak-anak muda yang bergiat dalam tarian ini mempunyai tenaga dan keupayaan menari dengan cepat mengikut rentak irama paluan muzik zapin. (Tarian Zapin, 2011)
ALAT MUZIK TARIAN ZAPIN
Pelbagai alat muzik yang digunakan bagi merancakkan tarian zapin ini . Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian zapin adalah gambus , gendang, rebana, rebab dan marakas . Biola tidak tergolong dalam peralatan muzik tarian zapin. Namun begitu, terdapat salah anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan geseran dengan geseran biola.
PAKAIAN ZAPIN
Bunga yang dililit pada sebelah kiri sanggol menandakan pemakainya masih belum berpunya berbanding dengan lilitan yang dibuat pada sebelah kanan senggol yang menandakan bahawa pemakaianya sudah berstatus sebagai wanita yang sudah berumah tangga . Jadi cara liltan ini akan menentukan statusseseorang penari tersebut.
Penari lelaki memakai baju kurung yang berbentuk leher teluk belanga . Aksesori tambahan untuk busana baju kurung Teluk Belanga untuk penari lelaki yang menarikan zapin adalah kancing baju yang diperbuat daripada suasa atau perak dan diikat dengan batu delima, zamrud dan sebagainya.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
TARIAN 1MALAYSIA|8
Manakala, bagi kaum wanita pula,memakai baju kurung gombang pahang dan memakai kancing yang diperbuat daripada emas, perak atau suasa diikat engan batu intan dan sebut sabagai Garam sebuku atau kunang sekebun .Pada zaman kini, busana tersebut boleh sahaja digantikan dengan kancing biasa yang banyak terdapat dijual dipasar. Penari zapin wanita ini juga kadangkalanya kadangkalanya memakai aksesori tambahan yang pernah dipakai untuk dipadankan dipadankan dengan pakaianya seperti seutas rantai emas yang sesderhana panjang yang disebut sebagai Belati , sepasang anting-antng telekap yang dipanggil anting-anting kopi dan gelang tangan yang membelit yang dikeali sebagai gelang Berderai.
GERAKAN LANGKAH TARIAN ZAPIN
Versi paling asasialah gerakan mengikut aluan muzik dan kiraan 123 dan 4. Pada kiraan ke 4 kaki dilanjurkan ke sebelah kiraan terakhir di buat. Ia boleh dilakukan setempat atau gerakan ke depan atau belakang . Semasa melalukan geraka , kendisi tubuh penari biasanya dalam keadaan tegak dan agak mendada.
Zapin biasanya diringi oleh beberapa insrumen muzik tradisional dan genre lagunya biasanya genre samrah . Alat muzik yang terlibat adalah seperti gambus, marakas, gendang, rebana dan rebab.Dalam tarian ini , tiada peraturan yang teta dalam menentukan berapa orang penari yang diperlukan untuk persembahan . Namun penari mestilah perlu berinteraksi antara satu sama lain tarian zapin digalakkan untuk dilakukan secara berpasangan dalam gandaan 2. Penari-penari kemudian akan berinteraksi dengan pasangan masing-masing dengan bergrau , mencabar atau menikmati aluan muzik dan lenggok tarian masing-masing.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
TARIAN 1MALAYSIA|9
Terdapat banyak bentuk tarian dan semuanya telah berevolusi daripada ragam yang asal. Antara variasi tarian yang popular ialahzapin tengliu yang berasal daripada Mersing . Variasi ini elah di ilhamkan dari para nelayan yang sering urun kelaut dan mereka menari diatas kapal dengan mengikut arus ombak laut. Kalau kita melihat variasi ini penari seolah-olah sedang menari sambil badannya terhujung-hayang ke kiri dan kana sambil tangannya memegang tali kapal . Ia juga banyak melakukan gerakan yang tidak disangka-sangka seperti pusingan badan dan pinggang diikuti dengan hentian mengejut dengan kaku, tangan , dan bahu.
Antara lagu-lagu yang dicipta untuk persembahan zapin ilah Ya salam, yale-yale , tanjung serindit , sri pekan , lanchang kuning, gambus palembang dan lancang daik. Lagu tersebut teah dicipta oleh pemuzik bernama Tengku Mansor serta pada mulanya lagu tersebut dinyayikan oleh isterinya sendiri iaitu Cik Norlia yang berasal dari singapura.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 10
4.2 TARIAN MASYARAKAT CINA (TARIAN KIPAS DAN TARIAN SINGA)
4.2.1
TARIAN KIPAS CINA
PENGENALAN TARIAN KIPAS
Tarian ini pula merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tarian ini juga sebagai simbolik kerana angin juga merupakan elemen penting dalam masyarakat cina yang mempercayai “ Fung shui” iaitu suatu kepe kepercayaan rcayaan masayarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau “Fung Shui” yang baik kepada seluruh anggota masyarakat. masyarakat.
SEJARAH TARIAN KIPAS
Tarian Tradisional Cina atau secara singkat Tarian Cina adalah kumpulan tarian dari negeri Cina yang awalnya adalah ritual pemujaan dan penghormatan Dewa Mitologi Cina seperti tercatat pada Sejarah Musim Semi dan Gugur oleh Tuan Lu oleh Lu Buwei. Tujuan keagamaan itu kemudian berkembang menjadi bentuk hiburan dalam bentuk sekelompok wanita yang menghibur tetamu pada acara jamuan kenegaraan dan akhirnya menjadi bentuknya yang sekarang. Cina adalah negara yang memiliki 56 suku. Setiap suku memiliki kebudayaan dan tarian masing-masing. Tarian tradisional cina menggabungkan semua elemen dari tarian masingmasing etnik, opera cina, kung fu dan opera rakyat. Hasilnya sekarang tarian tradisional cina
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 11
yang sudah melewati pengembangan dan peremajaan lebih dari ratusan tahun. Setiap daerah dan setiap suku memiliki ciri khas yang menarik untuk diketahui. Tarian di timur laut Cina berciri khas maskulin sedangkan pada daerah daratan tengah Cina sekitar daerah Shaanxi menggunakan pita merah. Daerah selatan terkenal dengan tarian Kipas. Di daerah Yunnan tarian terkenal memiliki semangat dan kerap menghiasi festival-festival.
Suku-suku minoriti memiliki ciri khasnya masing-masing. Suku Tibet memiliki sebuah tarian dimana perempuan memakai pakaian dengan buntut lembu dan lonceng sedangkan para wanita menabuh genderang kulit lembu. Bunyi-bunyian harus seirama untuk menghasilkan kesempurnaan dalam tarian ini. Sedangkan pada suku Korea, mereka menggunakan kipas dan genderang. Selain genderang, penari pun menggunakan kipas yang tertutup atau sumpit yang dihentak-hentakkan pada paha sesuai hentakan irama. Mimik wajah dan tempo serta hentakan gerakan penari akan mengikuti irama muzik pengiring. Irama cepat dan riang diiringi dengan gerakan yang pantas dan lincah, sedangkan untuk muzik yang sedih dan mendayu diiringi dengan gerakan lembut yang lambat. Teknik yang berbeza dan ciri khas dari tarian suku Korea ini adalah teknik pernafasannya yang mengikuti alunan hentakan muzik pengiring. Tarian kipas adalah tarian yang berasal dari Korea, pada mulanya tarian ini merupakan tradisi Korea Shamanisme dan kemudiannya berkembang menjadi satu bentuk tarian. Hari ini, tarian kipas telah menjadi satu latihan yang disayangi oleh masyarakat pertengahan umur. Di Chengdu, setiap taman dan plaza komuniti, walaupun musim panas atau musim sejuk, setiap hari ramai warga emas memegang kipas dan menari bersama.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 12
Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis tarian yang terkenal di kalangan masyarakat Cina antaranya seperti Seni Tarian Binatang Rusa (Hai Lu), Seni Tarian Musim Bunga (Chun Hua Siang), Seni Tarian Kipas Cina (San Wu) , Seni Tarian Mengutip Buah-buahan (Chai Hwa Ko), Seni Tarian Pedang (Zhiang Wu) dan Seni Tarian Anak Panah. Seni Tarian Hai Lu (gambar di atas) merupakan sejenis tarian yang lebih bercorak kepada pergerakan seekor rusa. Jenis tarian ini biasanya ditari oleh kaum perempuan dan dianggotai 5 orang anggota. Tarian ini bermaksud masyarakat harus menyanjung sifat rusa yang dikatakan bijaksana. Ini kerana rusa merupakan binatang yang rajin dan mempunyai pergerakan yang halus. Jenis tarian ini biasanya dimainkan di Negara Utara China. (Sejarah Tari Kipas)
PERALATAN TARIAN KIPAS
Alat muzik tradisional China ialah seruling buluh kerana buluh banyak di negara China. Kedatangan orang Mongol membawa satu lagi alat muzik iaitu „hu„hu-Chin‟ atau kecapi Mongol yang dmainkan secara menggesek (seperti menggesek biola). Dinasti Yuan telah memberi satu sumbangan kepada perkembangan muzik China iaitu sumbangan irama lagu yang baru dengan gabungan lagu dan kecapi. Peralatan yang digunakan ialah kipas yang bewarna terang. Kipas
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 13
tersebut mempunyai banyak jenis, ada yang berkain panjang,berbulu-bulu, ada yang diperbuat daripada buluh dan kertas juga.
PAKAIAN TARIAN KIPAS
Kostum yang dipakai oleh penari Tarian Kipas Cina ialah Ceongsam, Samfu dan pakaian tradisional Cina yang lain .
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 14
4.2.2
TARIAN SINGA
SEJARAH TARIAN SINGA
Tarian Singa ataupun dalam bahasa Cin a “舞狮”(Pinyin: wǔshī) merupakan sejenis tarian tradisional yang penting dan melambangkan adat dan kebudayaan warisan masyarakat Cina. Tarian ini dipercayai wujud sejak zaman Dinasti Tang ( 618-907) dan telah berusia lebih 2,000 tahun sehingga kini. Masyarakat percayai bahawa Tarian singa akan mendatangkan tuah dan kekayaan kepada sesebuah keluarga , individu ataupun perniagaan. Selain itu , Tarian singa ini juga dikatakan merupa pelindung pelindung kepada penghuni premis tempat tarian dilakukan dilakukan dan akan membuang semangat jahat.
CIRI-CIRI TARIAN SINGA
Tarian singa dimainkan oleh maksimun 2 penari yang mana penari akan meniru setiap pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Salah satu seorang memainkan di bahagian depan dengan menggerakan kepala kostum , mata and mulut singa manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut dengan menggerakkan ekor.Penari melakukan loncatan atau atraksi diiringi oleh gong , dram dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah. Kedua-dua penari bergerak seakan-akan di atas pentas yang disediakan. Kostum yang dipakai harus terlihat seperti singa yang terdiri daripada warna merah , jingga , kuning , hitam dan putih. Pakaian yang dipakai oleh kedua-dua penari adalah bebas tetapi celana mereka harus seragam kerana celana melambangkan kaki daripada singa tersebut. (Nadea, 2010)
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 15
TARIAN SINGA SELATAN DAN UTARA
Tarian singa menjadi adat di negara China , Taiwan , Jepun , Korea , Thailand ,Vietnam dan Malaysia. Setiap negara mempunyai corak dan bentuk tersendiri yang berbeza. Dua tarian singa yang amat popular ialah “ Tarian Singa Utara” dan Tarian Singan Selatan”. Tarian singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan Diraja . Kostum singa mereka menggunakan warna merah , jingga dan kuning . Bagi kostum singa betina , mereka akan menggunakan warna hijau. Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan . Manakala Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini kebanyakkan dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah.Bagi warna kostum Tarian Singa Selatan , mereka menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.
PERANAN TARIAN SINGA
Tarian Singa bukan sahaja merupakan satu persembahan hiburan untuk penonton di bawah pentas sahaja , ia juga merupakan satu adat tradisional yang penting dan bermakna bagi orang cina . Orang cina sangat mengambil berat tentang tarian singa terutamanya semasa dalam perayaan Tahun Baru Cina. Semasa Tahun Baru Cina , penari atau persatuan-persatuan tertentu akan mempersembahkan lebih banyak Tarian Singa Selatan berbanding dengan Tarian singa Utara. Hal ini disebabkan Tarian Singa Selatan merupakan sesuatu lambang yang membawa penanda yang baik dan tuah kepada seseorang.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 16
Tuan rumah akan menjemput penari-penari singa selatan ke rumahnya untuk membuat persembahan tarian tersebut bagi membawa tuah kepada tuannya. Barang-barang yang tertentu seperti limau , sayur dan ang pau juga akan digunakan bersama dalam persembahan kerana dipercayai semua barang ini menunjukkan sesuatu keadaan yang sangat ceria dan gembira. Penari akan menggunakan teknik-teknik yang mahir untuk menggerakkan kepala singa supaya nampaknya seakan-akan seekor singa sedang menari. Singa itu akan makan limau dan sayur yang disediakan oleh pihak tertentu. (Lion Dance, 2010)
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 17
4.3 TARIAN MASYARKAT INDIA 4.3.1
TARIAN BHARATA NATYAM
PENGENALAN
Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).
CARA TARIAN BHARATA NATYAM DITARIKAN
Tarian ini dianggap sebagai tarian api, yang ditunjukkan dengan jelas oleh metafizik batin dan unsur api dalam badan manusia. Biasanya tarian ini diiringi dengan muzik klasik Carnatic. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 18
Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya. Seorang penari profesional tarian ini harus mempunyai beberapa sifat, antaranya kelihatan muda, langsing, bermata besar, berkeyakinan diri, berkeupayaan mengikut alunan muzik dan menyanyi.
Bharata Natyam dari campuran abstrak dan emosi yang berasal daripada campuran dua unsur utama iaitu nritta (tarian tulen tanpa makna perasaan) & nritya (tarian yang mempunyai perasaan). Bharata Natyam berasal daripada perbezaan yang banyak antara unsur-unsur yang digunakan. Nritta merangkumi adavus, yang merupakan tarian asas Bharata Natyam. Setiap adavu mempunyai 3 elemen penting iaitu posisi berdiri asas (sthanaka), gerakan kaki (chari) dan pergerakan tangan yang dihias (nritta-hasta).
PAKAIAN BHARATA NATYAM
Dari teks zaman dahulu, kita dapat melihat bahawa pakaian asli tidak menutupi sebahagian besar badan penari Bharata Natyam. Pada zaman pertengahan, amalan dan kepercayaan tok-tok alim menyebabkan devadasis memakai pakaian sari yang khusus dan berat yang sangat membatasi gerakan penari. Ada beberapa jenis pakaian Bharata Natyam, ada yang tidak membatasi gerakan penari, manakala yang lain sebaliknya. Pakaian zaman sekarang sangat simbolik, kerana tujuannya adalah untuk mengeluarkan aura penari pada zaman kebendaan ini.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 19
LAGU BHARATA NATYAM
Muzik iringan untuk Bharata Natyam ialah muzik Carnatic gaya India Selatan. Biasanya kumpulan pemain muzik Carnatic menggunakan instrumen iaitu mridangam (drum), nagaswaram (paip panjang berbentuk tanduk yang dibuat daripada kayu hitam), suling, biola dan veena (alat muzik dengan tali yang dimainkan dengan menyentuh tali-tali dengan penggesek yang berkait dengan Saraswati, dewi Hindu.Bahasa Tamil, Telugu, Kannada dan Sanskrit biasanya digunakan dalam Bharata Natyam.
BIASANYA PERKARA-PERKARA PERSEMBAHAN BHARATA NATYAM ZAMAN SEKARANG TERMASUK:
Ganapati vandana - Doa tradisional kepada dewa Hindu Ganesh, yang menghilangkan halangan. Alarippu - Persembahan daripada Tala dengan ucapan ringkas oleh penari. Ini adalah seruan kepada tuhan untuk memberkati persembahan. Jatiswaram - Tarian abstrak dimana gendang mengatur rentak. Di sini penari menampilkan kemahiran pegerakan kaki yang rumit dan gerak-geri tubuh yang sopan. Shabdam – Tarian diiringi oleh puisi atau lagu yang bersifat kebaktian atau tema cinta kasih. Varnam - Pusat bahagian persembahan. Ia adalah bahagian persembahan yang paling lama dan melibatkan pergerakan yang kompleks dan rumit. Posisi tangan dan tubuh mengatakan cerita, biasanya cinta dan kerinduan untuk kasih sayang.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 20
Padam – Bahagian persembahan yang paling seksi dimana penari meluahkan beberapa aspek cinta: kecintaan kepada Maha Kuasa; atau kasih ibu untuk anak, atau kasih dan cinta bagi kekasih. Thillana - Bahagian terakhir adalah tarian tulen (nritta), dimana kemahiran luar biasa muzik dicerminkan dalam pergerakan kaki yang kompleks dan pergerakan penari yang menawan. Angikam - Ini adalah lagu bersifat kebaktian kepada Tuhan Shiva dan salah satu perkara Bharata Natyam. Juga dipersembahkan dalam gerakan lambat byapti. (Tarian Bharata Natyam, 2008)
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 21
4.4 TARIAN MASYARAKAT IBAN 4.4.1
TARIAN NGAJAT
PENGENALAN
Tarian Ngajat amat terkenal di negeri Sarawak. Tarian Ngajat merupakan tarian kebanggaan bagi Kaum Iban. Tarian Ngajat amat berbeza dari tarian-tarian lain yang ada di Malaysia. Hal ini kerana tarian Ngajat dipengaruhi dengan dunia mistik dan keajaiban. keajaiba n. Tarian Ngajat ini kebiasaannya ditarikan sempena Sambutan Hari Gawai. Sambutan Hari Gawai merupakan satu perayaan yang selalunya di lakukan pada setiap tahun awal bulan Jun. Hal ini bertujuan sebagai tanda kesyukuran atas hasil penuaian padi. Tarian ini dahulunya merupakan sejenis tarian bagi pahlawan taridisional Kaum Iban sebelum dan selepas perang. Kini, tarian Ngajat sering dipersembahkan pada perayaan Gawai Dayak.
JENIS-JENIS TARIAN NGAJAT
Pelbagai jenis tarian ngajat yang dapat dilihat, antaranya :-
Ngajat Lesong
- Ngajat Ngalu Temuai
-
Ngajat Bunuh
- Ngajat Pua Kumbu
-
Ngajat Induk
- Ngajat Kuta
Tarian Ngajat Lesong
Tarian ini hanya dipersembahkan oleh golongan lelaki. Hal ini kerana tarian ini menari sambil menggigit lesong. Oleh sebab itu hanya golongan lelaki sahaja yang sesuai dalam persembahan ini. Golongan lelaki merupakan golongan yang gagah dan kuat.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 22
Tarian Bunuh
Tarian bunuh ini juga dipersembahkan oleh golongan lelaki. Tarian ini merupakan tarian peniruan atau pergulungan yang dilakukan sama seperti semasa mereka menghadapi musuhmusuh ketika melakukan aktiviti memburu.
Ngajat Induk
Tarian ini dipersembahkan oleh golongan wanita. Hal ini kerana tarian ini merupakan tarian seni budaya dan adat isitiadat masyarakat pribumi kaum Iban. Gerak tari setiap persembahan mempunyai maksud tersirat dan menggambarkan aktiviti seharian masyarakat Iban. Oleh sebab itu, tarian ini sesuai ditarikan golongan wanita kerana golongan wanita mempunyai kelembutan.
Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu )
Tarian ini merupakan tarian untuk menyambut kedatangan tetamu yang datang ke tempat mereka. Kebiasaanya, tarian ini dilakukan untuk perasmian majlis rasmi yang dihadiri oleh tetamu terhormat serta orang ramai.
Ngajat Pua Kumbu
Tarian ini dipersembahkan juga oleh golongan wanita. Pua Kumbu ialah sejenis kain. Oleh sebab itu, penari akan menari sambil membawa kain pua kumbu sebagai alat dalam persembahan mereka.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 23
Ngajat Kuta
Tarian ini dipersembahkan oleh golongan lelaki dan wanita. Kebiasaanya, tarian ini diadakan untuk sambutan upacara perasmian sesebuah persembahan kebudayaan dan sebagainya.
PAKAIAN TARIAN NGAJAT Gagung (Baju Burung)
Setiap jenis tarian mempunyai pakaian tradisi yang melambangkan jati diri mereka. Tarian Ngajat juga mempunyai pakaian tradisi yang tersendiri. Penari yang melakukan persembahan akan memakai pakaian tradisi seperti sirat dan gagung. Gagung ialah sejenis baju yang tebal dan keras. Baju tersebut yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang yang tidak dijahit kiri dan kanan. Selain itu, penari juga akan memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Seterusnya, memakai kain merah yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras bagi penari yang lakukan persembahan. Penari juga akan dipakaikan sejenis lagi baju yang diperbuat daripada bulu burung yang tidak dijahit kiri dan kanan.
CARA TARIAN NGAJAT
Cara tarian ini ialah berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama dengan iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Penari juga akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 24
LAGU TARIAN NGAJAT
Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar. (Tarian Ngajat Identiti Istimewa Masyarakat Iban, 2008)
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 25
5.0
DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS
Encik Shakif (22 tahun), tahun), salah seorang responden untuk bahagian tarian zapin mengatakan bahawa tarian zapin ini berasal dari Tanah Arab yang dibawa ke semenanjung Malaysia. Tarian ini dahulunya hanya ditarikan oleh golongan lelaki sahaja tetapi kini golongan wanita juga sudah mula melibatkan diri. Unsur muzik yang dimainkan dalam tarian ini ialah berunsurkan instrument tradisional. Peralatan muzik yang biasa digunakan seperti rebana. gambus, gendang, dan rebab. Pakaian yang biasa digunakan untuk tarian ini ialah baju tradisional melayu seperti baju kebaya, baju melayu, kain songket, songkok dan perhiasan di badan. Beliau menyatakan bahawa antara cabaran-cabaran dalam memperkembangkan tarian tradisional di Malaysia ialah penyebaran tarian moden dari korea dalam kalangan remaja pada masa kini sehingga dapat membuatkan seseorang itu taksub terhadap tarian korea itu. Dengan adanya sifat begitu, minat golongan belia terhadap tarian traditional semakin berkurangan. Beliau sangat bersetuju dengan pernyataan bahawa tarian tradisional dapat mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia. Hal ini kerana melalui tarian tradisional ini semua bangsa dapat mempelajari tentang kesenian dan kebudayaan seterusnya dapat mengekalkan rasa hormat kepada bangsa lain dan mengeratkan hubungan antara bangsa. (Shaharuddin, 2012)
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 26
Encik Jawa (54 tahun), salah seorang responden untuk bahagian tarian Bharatha Natyam mengatakan tarian Bharatha Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Tarian bharatha nayam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasai perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai pergerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan. Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Nadu di bahagian selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Unsur muzik yang dimainkan lebih bercerun kepada jenis muzik yang tradisional tetapi ia boleh dimainkan dengan pelbagai muzik yang berlainan sama ada cepat ataupun lambat (Carnatic style). Pada zaman pertengahan, amalan dan kepercayaan tok-tok alim menyebabkan devadasis memakai pakaian sari yang khusus dan berat yang sangat membatasi gerakan penari. Ada beberapa jenis pakaian Bharata Natyam, ada yang tidak membatasi gerakan penari, manakala yang lain sebaliknya. Pakaian zaman sekarang sangat simbolik kerana tujuannya adalah untuk mengeluarkan aura penari pada zaman kebendaan ini. Beliau menyatakan bahawa cabaran yang dihadapi untuk mengembangkan tarian tradisional ialah golongan remaja tidak berminat dalam tarian tradisional dan menyukarkan untuk menurunkan tarian tersebut kepada golongon remaja sekarang. Beliau bersetuju dengan pendapat bahawa tarian tradisional dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelbagai bangsa. Hal ini kerana tarian adalah sejenis aktiviti yang memerlukan semangat yang sangat erat sesama lain. (Nehru, 2012)
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 27
Cik Maybel (35 tahun), salah seorang responden untuk bahagian tarian kipas berpendapat bahawa tarian kipas ini adalah tarian yang unik walaupun peralatan yang digunakan hanya kipas. Menurut Cik Maybel yang mempunyai pengalaman selama 8 tahun dalam tarian cina, tarian kipas ini memerlukan 9 orang penari wanita dan 2 orang penari lelaki. Tarian ini simbolik kepada penggunaan kipas cina yang penting dalam kalangan dewa dewi pada masa dahulu. Kini,tarian ini ditarikan supaya dapat memberi kebaikan atau „Fung Sui‟ yang baik kepada seluruh anggota masyarakat. Mengeksplorasi gerak tari b edana menggunakan
kipas
sebagai media pembelajaran yang digunakan dalam pembelajaran tari supaya peningkatan kreativiti dapat dilihat seperti gerak kaki dan tangan dari bentuk gerak teknik kaki berjalan kedepan dengan adanya lompatan kerana adanya bunyi dari penggunaan kipas yang digerakkan dengan cara membuka dan menutup kipas yang dapat menimbulkan bunyi maka dapat dibandingkan ragam gerak yang asli dengan ragam gerak yang menggunakan kipas. Tarian Tradisional Cina atau secara singkat Tarian Cina adalah kumpulan tarian dari negeri Cina yang awalnya adalah ritual pemujaan dan penghormatan Dewa Mitologi Cina seperti tercatat pada Sejarah Musim Semi dan Gugur oleh Tuan Lu oleh Lu Buwei . Tujuan keagamaan itu kemudian berkembang menjadi bentuk hiburan dalam bentuk sekelompok wanita yang menghibur tamu pada acara jamuan kenegaraan dan akhirnya menjadi bentuknya yang sekarang. Cina adalah negara dengan banyak ragam budaya yang memiliki 56 suku. Setiap suku memiliki kebudayaan dan tarian masing-masing. Tarian Tradisional Cina menggabungkan semua elemen dari tarian masing-masing etnik, Opera Cina, Kungfu dan opera rakyat. Hasilnya adalah apa yang kita sekarang kenal dengan Tarian Tradisional Cina yang sudah melewati pengembangan dan peremajaan lebih dari ratusan tahun. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 28
kipas sebagai alat keperluan. Tambahaan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai ”ung Shui” iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu petanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Pada akhir perbualan kami Cik Maybel menyuarakan pendapat beliau bahawa perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila dikaitkan dengan kebudayaan, semua rakyat boleh menerimanya tanpa wujud prasangka. Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan orang kenamaan, akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh masyarakat Melayu. Tarian kipas, tarian singa dan tarian piring oleh masyaraat Cina, Tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh masyarakat India. Persembahan kebudayaan yang unik ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelancong asing yang yang berkunjung ke negara ini. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di negara kita dapat mewujudkan perpaduan kaum dan mengenali antara satu sama lain kerana tak kenal maka tak cinta. (Lim, 2012)
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 29
Encik Sheng (22 tahun), salah seorang responden untuk bahagian tarian singa mengatakan tarian singa adalah satu persembahan yang tradisional berasal dari china. Ia Ia dicipta untuk menyembut perayaan tahun baru cina dan sekarang menjadi satu persembahan yg mengandungi pelbagai jenis. Unsur muzik ada 2 instrument iaitu dram dan cymbal. Muzik ini dimainkan mengikuti gerakan singa. Pakaian yang dipakai untuk membuat persembahan tarian ialah seluar panjang, kasut sukan, dan peralatan persembahan singa. Encik Lim menyatakan bahawa cabaran untuk mengembangkan tarian tradisional ialah pemuda-pemuda sekarang lebih fokus kepada pelajaran dan teknologi. Walaupun kerajaan menyokong dan berusaha mengembangkan tetapi masyarakat yang tidak mahu mengambil peluang ini. Encik Lim berpendapat bahawa tarian tradisional dapat mengeratkan hubungan antara kaum. (Sheng, 2012)
Cik Shirley (20 tahun), salah seorang responden untuk bahagian tarian ngajat mengatakan tarian ngajat menurut cerita orang (nenek moyang saya) dahulu kala , tarian ngajat ini mula dipelajari oleh seorang lelaki yang berani dikenali sebagai Bujang Ilang Lengain. Beliau mempelajari ilmu tarian ngajat dari dunia luar (dunia ghaib) atau Petara iaitu syurga bagi kepercayaan masyarakat Iban. Pada mulanya, tarian ini dipersembahkan oleh golongan lelaki dan perempuan semasa pemulangan Bujang Berani (lelaki yang baru balik dari pertempuran iaitu perang memenggal atau potong kepala musuh untuk tujuan menghapuskan musuh-musuh jahat yang menganggu kehidupan masyarakat Iban pada dahulu kala). Selain itu, tarian ini juga sering dipersembahkan semasa meraikan Hari Gawai, perkahwinan, menyambut kedatangan tetamu dan pelbagai lagi keramaian. Terdapat pelbagai jenis tarian ngajat yang dapat dipelajari. Antaranya adalah ngajat Pua Kumbu, ngajat Kumang dan ngajat Kuntau. Unsur muzik yang dimainkan dalam tarian ini lebih bersifat harmoni dan beralunan lemah gemalai. Hal ini kerana perempuan SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 30
banyak mengenakan aksesori pada pergelangan tangan serta kaki dan kain Pua kumbu dan manik-manik.
Cik
Shirley
juga
menyatakan
bahawa
antara
cabaran-cabaran
untuk
memperkembangkan tarian tradisional ialah golongan remaja pada masa kini tidak banyak yang mewarisi tarian tradisional kaum mereka sendiri. Malah ada yang menganggap bahawa mempelajari tarian tradisonal adalah sesuatu yang kuno. Selain itu, terdapat perubahan pada tarian tradisonal,dimana dari yang asal,berubah kepada gaya yang baru. Ibubapa pada masa kini, kurang memberikan pendedahan tentang tarian tradisonal kepada anak-anak mereka dan kekurangan pakar dalam tarian tradisional. Cik Shirley bersetuju dengan pendapat bahawa tarian tradisional dapat mengeratkan hubungan antara kaum. Dengan mempelajari sesuatu tarian tradisional kaum lain, masyarakat mula timbul perasaan minat terhadap keunikan tarian tradisional sesuatu kaum dan ini sekaligus memberi impak kepada hubungan antara masyarakat yang mewujudkan perpaduan p erpaduan selari dengan slogan „1 Malaysia‟. Malaysia‟. (Lampam, 2012)
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 31
6.0
KESIMPULAN
Hasil daripada kajian ini, kami dapat mengenal pasti kebudayaan bangsa supaya dapat dikekalkan
untuk
menjadi
dapat mewujudkan semangat
tatapan
generasi
masa
hadapan.Tarian
cinta akan khazanah negarasupaya
kita
tradisional
sama-sama
dapat
memelihara budaya ini agar tidak luput ditelan zaman. Bak kata pepatah µtidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas´. Ia juga dapat memberi kesedaran kepada generasi muda agar menyedari bahawatarian
tradisional
ini
mempunyai
signifikannya
untuk
mewujudkan
perpaduan
diMalaysia. Dalam kita mengharungi arus kemodenan ini,adalah tidak wajar kita meninggalkan seni warisan nenek moyang kita.Oleh yang demikian,satu usaha yang drastik perlu dilaksanakan bagi mengekalkan dan memelihara seni warisan ini daripada terus ditenggelami oleh arus kemodenan.Jika hal ini tidak dilakukan,suatu masa nanti seni warisan ini pasti tidak akan berfungsi lagi dalam masyarakat kelak dan akan terus terkubur.Maka yang akan wujud pada masa akan datang mengenai seni tarian tradisi ini hanyalah di muzium dan arkib Negara sebagai unsur kajian serta sejarah. Bermula dari zaman kolonial hinggalah pasca merdeka, Malaysia telah mewarisi cara hidup zaman kolonial yang mengamalkan dasar “divide and rule” iaitu pecah dan perintah. Masyarakat secara tidak langsung telah terbahagi kepada golongan atau ras dengan kebudayaan yang bercorak sukuan. Hal ini menyebabkan masyarakat Malaysia tidak mempunyai dasar-dasar kebudayaan yang mampu menjadi tunjang utama. Kesannya masyarakat Malaysia tidak mempunyai jati diri dan jiwa Malaysia. Manakala warganegara yang berasal dari golongan imigran masih meletakkan taat setia dan berkiblat kepada negara asalnya. Oleh itu, wujudnya kekangan budaya ( cultural barrier ) antara golongan imigran dengan penduduk peribumi
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 32
Malaysia. Sememangnya perbezaan keturunan atau ras tidak dapat dihapuskan,namun begitu ciri-ciri kebudayaan yang utama harus ditonjolkan agar dapat menentukan corak keperibadian kebangsaan yang dapat memperlihat identiti masyarakat Malaysia. Dengan cara yang demikian corak kebudayaan sukuan dapat diperkecilkan dan semangat (hal.199) kebangsaan Malaysia dapat diperkukuhkan demi untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersepadu.
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 33
Bibliografi Tarian Bharata Natyam. (2008, November 14). Retrieved November 2012, from Jabatan Penerangan Malaysia: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/185-masyarakatmajmuk/3282-tarian-bharata-natyam.html Tarian Ngajat Identiti Istimewa Masyarakat Iban. (2008, November 14). Retrieved November 2012, from Jabatan Penerangan Malaysia: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/395-artikel/6645tarian-ngajat-identiti-istimewa-masyarakat-iban-.html Lion Dance. (2010, March). Retrieved November 2012, from http://www.chinatownology.com/lion_dance.html Tarian Zapin. (2011, May 8). Retrieved November 2012, from Kumpulan Kebudayaan Nurmutiara/as-salam: http://warisanmelayujohor.blogspot.com/2011/05/tarian-zapin.html
Lampam, S. A. (2012, November). Tarian Ngajat, Ketua Tarian Ngajat Perkumpulan Anak Sarawak di USM. (N. M. Yasin, Interviewer) Lim, H. C. (2012, November). Tarian Kipas, Guru Tarian Sekolah Jenis Kebangsaan Rawang. (N. b. Ismail, Interviewer) Nadea, N. (2010, August 13). Tarian Singa. Retrieved November 2012, from Pengajian Malaysia: http://natranadea.blogspot.com/2010/08/makanan-cina-dan-tariansinga_13.html Nehru, J. L. (2012, November). Tarian Bharata Natyam, Penolong Kanan dalam Pusat Tarian. (N. Y. Sheng, Interviewer) Sejarah Tari Kipas. (n.d.). Retrieved Oktober 2012, from Asal Usul Sejarah Budaya: http://plapon.com/sejarah-tari-kipas
Shaharuddin, M. S. (2012, November). Tarian Zapin, Ketua Tarian ADIKARMA di USM. (N. b. Awang, Interviewer) Sheng, L. Z. (2012, November). Tarian Singa, Pelajar di USM. (O. X. Kenn, Interviewer)
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 34
LAMPIRAN
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 35
SOALAN TEMU BUAL RESPONDEN MENGENAI TARIAN 1MALAYSIA
Nama : Nama Gelaran : Umur : Kerjaya :
1.
Bolehkan encik/cik menceritakan tentang sejarah tarian?
2.
Boleh encik/cik terangkan tentang unsur muzik yang dimainkan dalam tarian tersebut?
3.
Bagaimana dengan pakaian dan peralatan yang diperlukan dalam tarian ini?
4.
Apakah cabaran-cabaran yang encik/cik lihat dalam memperkembangkan lagi tarian
tradisional di Malaysia?
5.
Adakah encik/cik setuju bahawa tarian tradisional di Malaysia dapat mengeratkan lagi
hubungan antara kaum?
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 36
Tarian Zapin
Tarian Kipas
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 37
Tarian Singa Selatan
Tarian Singa Utara
Tarian Singa
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 38
Tarian Bharata Natyam
Tarian Ngajat
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 39
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 40
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)
T A R I A N 1 M A L A Y S I A | 41
SHE101 | KUMPULAN 47 (SIDANG AKADEMIK 2012/2013)