Mac 13, 2008
Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam. Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam. Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini. Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa. Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda. Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama
menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu. Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani. Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu. Itu saja yang membezakan. ~ Dr H.M.Tuah 5 komen | Tentang Cinta | Permalink Dipos oleh Haniey
Cinta, Sayang, Minat Dan Suka Disember 14, 2007
Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je) Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya) Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…) Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… ) Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…
14 komen | Tentang Cinta | Permalink Dipos oleh Haniey
Adakah Anda Bijak Memilih Pasangan Hidup? Disember 13, 2007
Kebahagiaan dan kejayaan hidup berumahtangga adalah bergantung kepada kebijaksanaan seseorang memilih pasangan hidupnya. Pemilihan yang bijak ialah pemilihan yang didasarkan di atas keserasian dan persamaan watak-watak peribadi, persamaan taraf keluarga, persamaan agama, persamaan kecenderungan dan memilih kawan teman, hobi dan hiburan. Perkahwinan-perkahwinan yang berlangsung tanpa mempunyai keserasian-keserasian yang pokok ini seringkali terkandas dan gagal. Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaanpertanyaan yang berikut dengan Ya atau Tidak? (1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama? (2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran? (3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing? (4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya? (5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri? (6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan? (7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua? (
Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?
(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak? (10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?
(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ? (12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu? (13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya? (14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros? (15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka? (16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus? (17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga? (1 Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan? (19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti? (20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda? Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan Ya sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab Ya kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapanjawapan Ya itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian 8 komen | Tentang Cinta | Permalink Dipos oleh Haniey
Perihal Jodoh Oktober 3, 2007
Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang perihal jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman.” Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doadoa dalam sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah-tengah bandaraya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungankelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa-rasa belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan-tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan NabiNya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan. 6 komen | Tentang Cinta | Permalink Dipos oleh Haniey
Cinta Lama Biarkan Berlalu Oktober 1, 2007
Jika ada, itu namanya cinta. Cinta suatu elemen hidup yg amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorg itu sudah berusia ataupun masih teruna/dara, rasa cintanya tetap wujud. Usah sangka org yg sudah bongkok tiga sudah tidak memiliki cinta. Usah sangka org yg sudah kerepot sudah tiada cinta. Jauh di dlm hati, cinta terus segar dan mewangi. Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu, dia terasa begitu dekat. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya. Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya.Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yg pergi membawa kejujurannya. Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yg pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yg kondusif dan eksklusif, tersendiri amat.
Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah * saudari/saudara * sekarang? Apakah * saudari/saudara * juga sering teringatkanku sebagaimana saya sentiasa teringatkanmu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia. Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernah tak kita teringatkan seseorg dan kita amat merinduinya. Kita mahu segera berada disampingnya. Kita mahu dia mendengari kita? Itulah cinta namanya. Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yg pernah kita simpan jauh di sudut hati kita. Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita. Itulah cinta. Ia misteri yg tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang. Andainya kita diberi kesempatan utk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yg terbaik. Namun, itu hanyalah ilusi. Kehidupan yg telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhentihenti, tapi hati masih mekar dan segar. Wahai hati, sedarilah hidup ini pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah yg boleh dipelajari apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya. Besok yg bakal dihadapi lebih perlu untuk dibina bersama besarnya tekad dan tingginya azam. Muncullah sebagai manusia yg gemilang lagi cemerlang. “Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada ALLAH”. An-Nisa: 34.Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dngan usia yg kian bertambah. Wallahualam…. Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj 19 komen | Tentang Cinta | Permalink Dipos oleh Haniey
Benarkah Wanita Memerlukan Lelaki? September 10, 2007
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan? Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo ? Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki? Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya ? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui. Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantikcantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada .Barangkali daripada si dia, barangkali
juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua? Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri. Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gaha sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati ? Untuk dimulia, disayangi dan dicintai. Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya. Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik… ~ Unknown Author Nota: Artikel ini dihantar melalui email.
10 komen | Tentang Cinta | Permalink Dipos oleh Haniey
30 Perkara Tentang Wanita September 4, 2007
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!! 6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja. 8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan. 9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri! 18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. 19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri. 21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya! 22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. 25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 27. Senjata wanita adalah airmata! 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 9 komen | Tentang Cinta | Permalink Dipos oleh Haniey
Cinta Umpama Menunggu Bas Ogos 20, 2007
Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak,”Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yang lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak tengok bas itu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini awak kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.” Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak sudah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak hendak. Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tidak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu. Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti- nantikan), awak tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam itu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas itu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta itu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu…semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta! 15 komen | Tentang Cinta | Permalink Dipos oleh Haniey
Nilai Sebuah Cinta Ogos 15, 2007
Sepi dalam CINTA, gema gitar yang dipetik melahirkan irama keluhan hati yang meresap ke lubuk sanubari. Kerana CINTA, semuanya terasa. Seni dalam CINTA mengalirkan perasaan yang menyelubungi ruang hati. Kerana segenap penjuru mahukan rindu berbening. Air mata dan CINTA tidak mampu dipisahkan; umpama aur dengan tebing. Sesekali CINTA berubah, sesekali air mata tercurah. Bila hati gelap gelita kerana CINTA yang terpisah, berderau rasa gelisah sepanjang hari. Dan malam berasa panjang, angin bertiup dirasakan teramat dingin. Saat itu segala kepasrahan hidup terucap di depan. Semua gelap dan tiada lagi dirasakan indah bakal di depani. Demikian rentak muzik menyusuri masuk ke dalam jiwa sebagai ganti penghibur sepi. Adakah yang dimainkan oleh gitar M. Nasir itu bukan daripada sentuhan hati? Mungkin lahirnya lagu seperti Cinta Sepi, Demi Masa dan Dari Kekasih Ke Kekasih sewaktu dia dilamar kasmaran yang dahsyat. CINTA dari hati seorang berjiwa seni adalah terlalu mendalam. Maka terlahir seni dari hati yang teramat sepi. Petikan gitar, geseran biola dan alunan suara merdu terlalu diperlukan di kala sepi dari CINTA yang berpusar ganas. Bila permainan perasaan terlalu jauh terlayang, maka alam bertukar wajah. Kita bukan lagi berada di alam yang nyata, tetapi khayalan akan lebih kuat menguasai sekitar benak minda. Segala kewarasan akan terhenti seketika dan realiti sebenar kehidupan terlupa sejenak. Alam CINTA yang ditanggung menjadikan CINTA kebuntuan memecah perjalanan hidup. Benarlah kata Azman Husin, “CINTA menjadikan seorang intelektual menjadi bodoh,” untuk menilai dalam keadaan realiti sebenar. Malam, bulan dan bintang, adalah asas dalam kehidupan yang sentiasa berlegar harmonis di antara CINTA dan rindu, resah dan cemburu. Mungkinkah akan terjawab segala gelora resah yang mencengkam hati. Akhirnya falsafah CINTA akan terbias di puncak sepi. Di samping segala sajak dan puisi terlahir di kaki malam sebagai cara melepaskan sepi. Hanya kerana CINTA, hati manusia mampu dilembutkan. Perubahan tingkah laku juga dapat dirasakan kiranya alam CINTA telah bermula. Adakah selepas berakhirnya alam CINTA mampu mematangkan perangai dan pemikiran? Dan sekiranya kekecewaan yang dialami sudah terlupa, mungkinkah kita lebih berhati-hati dalam sesuatu yang berbentuk perasaan?
CINTA sebagai satu kemestian. Adakala CINTA itu bermula pantas sekali dan perlahanlahan. Dari pintu hati ia berbenang dan lama kelamaan segulung kasih tersimpul erat di dalam hati. CINTA perlu dipupuk supaya sentiasa segar dan kehijauan seperti dedaun yang berkilauan disirami cahaya pagi. CINTA itu terlalu indah. Seindahnya umpama sejambak bunga cantik, berwarna-warni, segar, harum dan wangi kalau kena gubahannya. Dan bunga yang dipilih daripada jenis yang subur dan baru mekar dari kelopak. Kalaulah kita pandai menggubahnya, semakin berserilah CINTA itu. Dan kalaulah tersalah gubahannya, CINTA yang diimpikan kurang berseri dan tiada keharuman menyelubungi suasana sukma. Tak siapa sudi menghargai CINTA yang diberikan. Kesepian menjadikan CINTA semakin mendalam. CINTA daripada gadis yang pendiam dan pemalu adalah sifat sejati. Sifat pendiam dan malu membuatkan CINTA dari hatinya mengalir untuk yang satu. CINTA seorang gadis desa penuh dengan kesetiaan dan kejujuran. Hubungan sosialnya dengan kawan-kawan yang selalu terbatas menyebabkan dia hanya memadai mengenali yang diCINTAinya. Ditambah kesunyian suasana desa yang damai, terasing dan jauh dari kekalutan kota yang sentiasa palsu penuh kepuraan CINTA. Di celah kehidupan kampung diselubungi sepi, CINTA menjadi fokus utama dalam hati seorang remaja desa. CINTA lahir dalam hati kerana kesunyian dan kesepian seringkali mengundang kepada kerinduan. Dari kerinduan menghasilkan pelbagai penyeksaan kerinduan batin dan CINTA itu adalah suci sekiranya dibatasi landasan syariat. CINTA seorang gadis desa penuh berliku dan melalui ranjau yang berduri. Tiada apa yang dapat menghiburkan hati melainkan sekeping potret sebagai penawar. Di waktu malam, dinginnya udara, bisunya alam dari bunyian dibilas dari samar-samar cahaya bulan mengundang soal CINTA mula bermain di hati. Tiada teman berbicara, CINTA dalam hati cukup berkecamuk. Pelbagai anggapan dan tafsiran datang berombak-ombak bersama rasa kepiluan dalam hati. Mungkinkah yang diCINTAi tidak dapat dimiliki? Dari hari ke hari, CINTA kian bersemi dalam dakapan hari sewaktu berlari. Dalam diari perasaan diluahkan demi mencari kedamaian hati. Di taman sanubari CINTA telah bersatu untuk melakar hidup di alam yang diimpikan. CINTA gadis kota pula jarang sekali kesetiaan dihargai dan senang tawar CINTAnya. Mudah hatinya bertukar dan berubah mengikut cita rasa. Kenangan yang dibina mudah bertiup pergi seumpama debu-debu kian berterbangan. Hubungan sosial yang luas memadamkan perasaan CINTA yang satu dan secara mendalam keasyikannya. Kesetiaan jarang dihormati kerana CINTA yang satu mengheningi tiada terpaut kukuh di dalam lubuk hati. Kesibukan waktu menyekat perasaan CINTA mengalir deras dalam belahan jiwa. Malah CINTA yang lahir senang mati apabila sesuatu yang terjadi di luar dugaan. Kemuncaknya dalam perCINTAan banyak perkara boleh berlaku. Apatah lagi keadaan trend kini óne night stand’ sudah menjadi perkara biasa untuk membuktikan CINTA bila sampai ke paras kemuncaknya. Yang pasti menjadi lumrah kegagalan dalam menggapai CINTA akan membawa kesan secara tidak langsung kepada peribadi diri. Tahap kekuatan dalaman jiwa terpulang pada
diri untuk menghadapi konflik perasaan yang sentiasa membayangi diri. Barangkali banyak sudah muncul watak Laila Majnun yang tidak diketahui umum. Dan barangkali juga dia berada di kanan dan kiri anda? Pandanglah manusia di sekeliling dengan mata hati dan mata kasar. Pasti anda akan temui sesuatu yang baru. Dan mungkin memberi makna. Tanyalah pada hati, renunglah pada sebutir bintang. Di manakah letaknya CINTA dalam kehidupan? Pandanglah pada senja, nescaya apa tersembunyi memberi makna. Dan kita pasti berasa akan NILAI SEBUAH CINTA… ~ Anonymous Author 6 komen | Tentang Cinta | Permalink Dipos oleh Haniey
Orang Yang Mencintai Kamu… Ogos 7, 2007
Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu dihati dan dimatanya hanya ada kamu satu-satunya. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’, ‘Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, ‘Good Nite’ dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS- nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu. Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak- tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu. Jika kamu mengatakan akan pergi kursus atau menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila kursus atau ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’ Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang tidak masuk akal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu (merinduimu). Orang yang mencintai kamu kadang- kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi