5 peringkat keperluan Maslow dan perkaitannya dengan insenrif serta ganjaranFull description
Konsep sehat SakitFull description
Deskripsi lengkap
Descripción: Este es un trabajo preliminar sobre la obra de Maslow. Basicamente son las notas que preparé para montar una presentacion sobre el mismo. Les incluyo las referencias. Espero les sirva de ayuda.
Descripción completa
Descripción: La Personalidad creadora.
Humanistik
biografía
Full description
Deskripsi lengkap
Deskripsi lengkap
This book concentrates on science as a product of the human nature of the scientist, not only of the cautious, conventional scientist but also of the daring, breakthrough revolutionary. To s…Full description
Contribution of Abraham Maslow to Organizational Behavior
This book concentrates on science as a product of the human nature of the scientist, not only of the cautious, conventional scientist but also of the daring, breakthrough revolutionary. To s…Full description
Descripción completa
Full description
Descripción completa
foro semana 5 y 6Descripción completa
TEORI HIERARKI KEPERLU KEPERLUAN AN ABRAHAM MASLOW Maslow memperkenalkan lima hierarki keperluan semula jadi manusia yang ditujukan kepada tingkah laku manusia. Keperluan tersebut ialah keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri. Menurut Maslow juga, manusia di dorong oleh keperluan yang rendah atau bawah yang perlu dipenuhi telebih dahulu sebelum dapat meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh, keluarga yang berpendapatan rendah seperti klien saya iaitu Tok Tijah lebih banyak menumpukan usaha untuk memenuhi keperluan asas seperti mendapatkan makanan dan tempat tinggal yang selesa berbanding dari mendapatkan keperluan lain. Apabila keperluan-keperluan asas ini tidak dapat memenuhi kehendak mereka, isu-isu lain sering diabaikan seperti pendidikan anak-anak dan tahap kesihatan keluarga. Jika dikaitkan dengan Teori Hierarki Maslow ini, ternyata pendidikan anak-anak tidak banyak diberikan perhatian oleh ibu bapa sehinggalah keluarga tersebut menikmati status ekonomi yang memuaskan. Oleh itu, adalah sukar bagi anak-anak untuk memberi perhatian yang lebih terhadap pelajaran sedangkan pada masa yang sama memikirkan apa yang perlu dimakan untuk mengelakkan kelaparan, tempat belajar yang tidak kondusif dan tidak mempunyai duit untuk membeli makanan dan minuman semasa ke sekolah. Keghairahan anak-anak yang masih muda ini untuk belajar hanya tinggal impian dan seterusnya kejayaan yang diingini tidak akan kesampaian. Keadaan ini dialami oleh keluarga Tok Tijah dimana anak lelakinya hanya bersekolah di tingkatan tiga sahaja walaupun mempunyai peluang yang cerah untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini demikian kerana keluarga ini tidak mempunyai wang yang secukupnya untuk menyara perbelanjaan persekolahan anaknya. Keadaan ini diibaratkan seperti ³Yang kaya akan bertambah kaya dan Yang miskin akan bertambah miskin´.
Selain itu, Maslow juga menerangkan mengenai lima tahap keperluan manusia seperti yang telah saya nyatakan di atas. Tahap keperluan manusia yang pertama iaitu fisiologi merupakan keperluan manusia yang paling asas untuk hidup. Manusia memerlukan air, udara, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhi kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi. Keadaan ini dapat dirujuk kepada permasalahan yang berlaku kepada keluarga Tok tijah dimana mereka hanya mampu untuk memenuhi keperluan ini sahaja. Hal ini demikian kerana, anak sulung Tok Tijah mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah dan keadaan ini menyebabkan beliau menghadapi masalah kewangan untuk menyara keluarga beliau. Oleh itu keperluan fisiologi adalah menjadi keutamaan beliau berbanding keperluan lain. Tahap kedua pula melibatkan keperluan keselamatan. Keselamatan di sini bermaksud individu akan cuba berusaha bagi menjamin penerusan hidupnya dengan mendapatkan kerja yang sesuai supaya mampu mendapatkan rumah atau tempat tinggal yang sesuai. Sebagai contoh, klien saya mempunyai rumah yang agak usang dan memerlukan rumah yang baru bagi menjamin keselamatannya. Hal ini demikian kerana rumah yang selesa dan sempurna diperlukan untuk menjamin kestabilan hidupnya. Tahap ketiga ialah keperluan sosial atau kasih sayang. Setelah mencapai keperluan pada tahap yang pertama dan kedua, individu kini beralih kepada keperluan yang tidak kurang penting dalam hidupnya iaitu keinginan kepada interaksi sosial. Keadaan ini dapat digambarkan melalui pengalaman saya ketika menemubual klien saya iaitu Tok Tijah di mana mereka mempunyai perasan malu kepada persekitaran iaitu malu untuk menyertai sesuatu aktiviti sosial yang dianjurkan oleh komuniti dan malu kepada rakan-rakan serta jiran-jiran. Keadaan ini berlaku disebabkan, mereka merasa sangat merendah diri disebabkan oleh kemiskinan yang dialami oleh
mereka dan tanggapan masyarakat terhadap mereka. Oleh itu keperluan ini harus dipenuhi oleh setiap manusia kerana manusia sememangnya t idak boleh wujud bersendirian. Tahap keempat pula ialah keperluan penghargaan kendiri. Dalam tahap ini individu mungkin sudah mempunyai pekerjaan dan status yang agak kukuh. Oleh itu, mereka inginkan pula rasa tanggungjawab yang sesuai, pengiktirafan dan sentiasa ingin kepada pencapaian yang lebih baik. Mereka akan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai hal ini supaya timbul perasaan dihargai sama ada di tempat kerja atau di rumah. Namun begitu, apabila individu tidak dapat mencapai apa yang diingini menyebabkan mereka akan rasa kekurangan harga diri, dan seterusnya akan timbul perasaan rendah diri, tidak bermaya dan tidak bersemangat dalam kehidupan harian. Tahap yang terakhir ialah tahap kesempurnaan kendiri. Dalam tahap ini, individu sepatutnya telah dapat merasakan apa yang sepatutnya dicapai. Ini merupakan tahap pemenuhan diri di mana individu telah berupaya mempunyai perasan puas terhadap apa yang telah dicapai selama ini. Perasaan ini hanya dapat dirasai oleh individu yang telah dapat memenuhi kesemua tahap-tahap keperluan sebelum ini dengan baik.