Tingkah Laku Bermasalah 1.0
Pengenalan Mengikut kajian dan pemerhatian, tingkah laku bermasalah yang wujud akibat kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi atau pun akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitarannya. Menurut Mohd. Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. G. P Driscoll dalam bukunya bertajuk “ What Control Our Behavior ” (Nov.1946) pula menegaskan bahawa; “ Tingkah laku individu adalah ditentukan oleh nilai-nilai yang ada pada seseorang dan dianggap penting dan kepuasan yang ia dapati dalam kehidupan sehari-hari. Setiap individu inginkan kefahaman prestij dan peluang untuk berbakti. Yang lebih penting ialah pengekalan keseimbangan emosi diperlukan supaya hidup setiap individu menjadi bermakna kepadanya, yang ia dapati dari peluang untuk mencari pernyataan yang memuaskan hati bagi nilai rohaninya ”. Di bawah konteks pendidikan, menurut Kerr dan Nelson (1989), tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau pun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah ini boleh diklasifikasikan sebagai tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya, bertentang dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Tingkah laku bermasalah pelajar ini boleh berupa positif atau negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang telah dikenalpasti ialah tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar belajar, dan proaktif. Manakala, tingkah laku bermasalah negatif, iaitu tingkah laku distruktif, disruptif, dan bergantung, termasuk hiperaktif, bimbang, murung, pengunduran diri, dan pengasingan diri. Oleh itu, seorang guru harus peka dan berempati pelajarnya yang mempunyai tingkah laku bermasalah supaya menentu dan melaksanakan strategi serta teknik yang sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku mereka yang tidak diingini, demi menjaga iklim bilik darjah yang konduksif dan mementingkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
2.0
Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah
Sebagaimana yang dihuraikan, tingkah laku bermasalah adalah diklsifikasikan kepada dua kategori yang utama, iaitu tingkah laku bermasalah positif dan bermasalah negatif. (lihat rajah 1) Tingkah laku bermasalah negatif, iaitu tingkah laku distruktif, disruptif, dan bergantung, termasuk hiperaktif, bimbang, murung, pengunduran diri, dan pengasingan diri. Manakala, tingkah laku bermasalah positif merangkumi tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar belajar, dan proaktif.
Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah 1
IPBMM-KL awang othmee bin awang duni
Rajah 1
Ilustrasi Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah
KSPK 2007
3.0
Tingkah Laku Bermasalah Negatif
Di antara tingkah laku bermasalah yang dibincangkan di atas, iaitu tingkah laku bergantung, disruptif, dan distruktif yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah. 3.1 Tingkah Laku Yang Menghalang : Bergantung Ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak selalunya akan menyebelahi dan melindungi anak-anak mereka atas kesalahan yang dilakukan anak-anak itu. Dengan bersikap demikian kanak-kanak itu akan mengalami masalah tingkah laku seperti degil, sombong, suka melawan, lekas meradang dan agresif.
3.1.1
Di antara faktor yang menyebabkan tingkah laku bergantung ialah :-
i.
2
cara pengasuhan anak yang sering mengamalkan perlindungan melampau hingga membentuk tingkah laku yang kurang keyakinan, konsep kendiri rendah serta tidak dapat berdikari.
IPBMM-KL awang othmee bin awang duni
KSPK 2007
3.1.2
ii.
Tingkah laku yang menghalang pelajar sendiri belajar ialah tingkah laku bergantung yang biasanya disebabkan oleh pelajar sendiri.
iii.
Tingkah laku bergantung ini merupakan kelakuan di mana seseorang itu sangat bergantung kepada rakan sebaya atau guru untuk menolongnya menyelesaikan masalah pembelajaran dan menyempurnakan tugasan sekolahnya.
iv.
Kecerdasan yang rendah merupakan faktor yang menyebabkan pembentukan tingkah laku bergantung.
v.
Oleh sebab emosi mereka sentiasa dalam keadaan cemas, bimbang dan rasa kurang selamat serta pencapaian aktiviti mereka terlalu rendah. Tingkah laku jenis ini dikenali sebagai pergasingan diri.
Terdapat 3 Kategori Pelajar Yang Mempunyai Tingkah Laku Bergantung.
i.
Pergantungan berlebihan Pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang rendah hingga amat bergantung kepada guru atau rakan sebaya untuk menolongnya atau untuk menjalankan seuatu tugasan atau membuat satu-satu keputusan.
Ciri-ciri tingkah laku bergantungan
ii. 3
•
amat bergantung pada orang lain
•
tidak boleh berdikari
•
tidak berupaya membuat keputusan sendiri
•
mudah mengikut percakapan orang lain
•
senang dipengaruhi
•
pendirian kurang tegas
•
sering mengalami kebimbangan dan tekanan
•
kurang atau tidak berkeyakinan
•
ketenteraman jiwa terjejas
Kebimbangan
IPBMM-KL awang othmee bin awang duni
KSPK 2007
Sesuatu perasaan kurang senang yang disebabkan pra alamat bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Perasaan ini berkait rapat dengan emosi ketakutan. Pelajar yang kurang berkeyakinan diri hingga rasa takut menyertai aktiviti pembelajaran.
Ciri-ciri Kebimbangan
iii.
•
berkait rapat dengan ketakutan
•
tidak dapat menerangkan sebab sebenar
•
sukar mengenal pasti faktor penyebab
•
terlalu banyak remalan
•
takut menghadapi kenyataan
•
takut menerima risiko
•
akan menghadapi kehilangan sesuatu / idea
Pengunduran Diri Pelajar yang menghadapi masalah penyesuaian emosi dan sosial di dalam sesuatu situasi baru hingga membina tingkah laku helah bela, demi mengelakkan diri daripada aktiviti pembelajaran atau permainan di sekolah.
Sebab-sebab pengunduran diri
3.1.3
•
helah bela diri untuk berfikir serta mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah
•
tidak berupaya untuk menjawab kerana tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan
Cara Mengatasi Tingkah Laku Bergantung Dalam Pembelajaran
Merancang isi pelajaran dari mudah ke sukar Mengamalkan sikap penyayang 4
IPBMM-KL awang othmee bin awang duni
KSPK 2007
Menggunakan strategi pemusatan murid dan bahan Memberi tugasan mengikut kebolehan pelajar Mengutamakan kaedah individu dan aktiviti kumpulan pelbagai kebolehan
3.2 Tingkah Laku Yang Menghalang : Disruptif
Tingkah laku yang mengganggu atau menghalang merupakan tingkah laku disruptif yang boleh menghalang kelicinan serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Di antara faktor yang menyebabkan tingkah laku disruptif ini ialah kekurangan matangnya pelajar sendiri. Masalah kesihatan pelajar disebabkan makanan yang menjejaskan aktiviti otaknya ataupun kurang stabil emosinya yang diwarisi daripada ibu bapanya atau pun iklim bilik darjah yang kurang kondusif dan kurang selesa pula menggalakkan tingkah laku disruptif berlaku.
3.2.1
Jenis-jenis Pelajar Yang Mempunyai Tingkah Laku.
a. Hiperaktif Merupakan keadaan individu yang terlampau aktif jika dibandingkan dengan keadaan biasa. Ia mungkin disebabkan oleh kecederaan otak atau makanan yang mengandung bahan awet, bahan warna atau salisilat.
Ciri-ciri pelajar yang mengalami hiperaktif ialah:-
•
Pelajar yang tidak dapat duduk diam tetapi sering bergerak di sana sini, membuat bising, ketawa kuat, tolak-menolak serta melakukan sesuatu tibatiba tanpa memikirkan akibatnya.
5
•
Pelajar yang biasanya menghadapi masalah kesihatan disebabkan makanan yang menjejaskan aktiviti otaknya ataupun kurang stabil emosinya yang diwarisi daripada ibu bapanya
•
Gemar memulakan banyak menyempurnakannya.
tugasan
atau
aktiviti
IPBMM-KL awang othmee bin awang duni
KSPK 2007
tetapi
jarang
b. Kelakuan nakal
Punca utama yang menyebabkan berlakunya tingkah laku disruptif ini ialah penyampaian guru kurang menarik atau pun terlalu sukar difahami oleh pelajar yang berkenaan.
•
Pelajar yang tidak berminat atau tidak dapat mengikuti pelajaran di dalam bilik darjah
•
Pelajar yang tidak dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru akan membuat bising, tidak dapat duduk diam dan bergerak ke sana ke mari mengganggu pelajar lain, ketawa terbahak-bahak atau pun menunjukkan ciri agresif fizikal dengan menolak atau menumbuk pelajar lain di dalam bilik darjah.
3.2.2
Cara Mengatasi Tingkah Laku Yang Mengganggu Dalam Pembelajaran.
Menggunakan pelbagai teknik mengajar termasuk penggunaan alat bantu mengajar yang menarik perhatian pelajar. Menggunakan teknik variasi rangsangan untuk mengekalkan minat pelajar. Menggunakan aktiviti kumpulan mengikut kebolehan pelajar Menguruskan bilik darjah dengan membina iklim bilik darjah yang kondusif dan selesa 3.3 Tingkah Laku Anti Sosial : Distruktif / Permusuhan nyata Tingkah laku anti sosial merupakan salah satu jenis tingkah laku permusuhan nyata. Pelajar yang menunjukkan tingkah laku permusuhan nyata ialah pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif di mana terdapat tingkah laku fizikal atau lisan yang bertujuan untuk menyakiti atau melukai seseorang.
3.3.1
Pemusuhan Nyata
Disifatkan sebagai tingkah laku masalah negatif kerana :6
IPBMM-KL awang othmee bin awang duni
KSPK 2007
a.
Pemusuhan Nyata – Suatu Trait Biologi
menunjukkan keinginan untuk melihat orang lain menderita mengharapkan orang lain mengalami sesuatu yang malang merasa seronok apabila mengetahui berita malang tersebut
b.
Permusuhan Nyata – Disebabkan Kekecewaan
akibat kekecewaan kepada suatu bentuk permusuhan
c.
Permusuhan Nyata – Dipelajari
daripada individu yang berhampiran •
ibu bapa yang agresif
•
ibu bapa yang sering menghukum anak mereka
daripada sikap masyarakat
7
•
sikap agresif ditentang dengan sikap agresif
•
Tingkah laku kumpulan jahat atau kumpulan klik yang dikenali geng yang mengugut atau menumbuk guru, mencalar kereta, atau melepaskan udara daripada kereta guru
•
Tingkah laku vandalisme kemudahan fizikal sekolah
•
Sekolah yang menggunakan pendekatan disiplin yang autokratik dan kurang adil juga menjadi punca yang menyebabkan pelajar memberontak dengan menyertai kumpulan liar atau geng untuk membalas dendam terhadap guru
seperti
suka
IPBMM-KL awang othmee bin awang duni
KSPK 2007
merosakkan
dari Televisyen / Media Massa •
3.3.2
dipengaruhi tayangan TV yang negatif seperti filem keganasan
Cara Mengatasi Tingkah Laku Anti Sosial Dalam Pembelajaran. i.
Menggunakan teknik mendisiplin yang sesuai dengan mengikut peraturanperaturan sekolah dan garis panduan displin sekolah
ii.
Elakkan hukuman dera dan jatuhkan hukuman selepas pelajar yang berkenaan telah memahami dan rela menerima hukuman tersebut berkaitan dengan kesalahannya
iii.
Adakan sesi bimbingan dan kaunseling untuk memujuk pelajar menukar tingkah laku distruktif yang tidak diingini
iv.
Mengajar pelajar dengan sifat penyayang dan peramah
v.
Menerapkan dan memupuk nilai-nilai murni ke dalam jiwa pelajar
vi.
Menganjurkan kursus motivasi untuk membina kendiri positif serta keyakinan diri
Di antara tingkah laku bermasalah yang dibincangkan di atas, iaiitu tingkah laku bergantung, tingkah laku disruptif dan tingkah laku distruktif, tingkah laku bergantung merupakan kelakuan yang membahayakan diri sahaja dan tidak mengganggu pelajar lain. Sebaliknya, tingkah laku disruptif bukan sahaja membahayakan diri tetapi juga membahayakan pelajar lain kerana pelajar yang hiperaktif sering bertindak tanpa memikirkan akibatnya. Manakala, tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku yang amat merbahaya kerana ia bukan sahaja melakukan aktiviti jenayah tetapi juga mengancam keselamatan orang lain dan kemudahan-kemudahan sekolah.
4.0
Tingkah Laku Bermasalah Positif
Di antara tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti ialah ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah. 4.1 Tingkah Laku Bermasalah Ingin Tahu 8
IPBMM-KL awang othmee bin awang duni
KSPK 2007
i.
Murid-murid yang mempunyai perasaan ingin tahu sentiasa mengemukakan soalan dan tidak penat berusaha mencuba
ii.
Tingkah laku ingin tahu ini menjadi masalah apabila mereka mengganggu aktiviti pengajaran ataupun mencuba sesuatu yang membawa kerosakan, di samping membahayakan diri atau orang lain
4.2 Tingkah Laku Bermasalah Cepat Belajar
i.
Mempunyai bakat cepat belajar biasanya menguasai maklumat, kemahiran dan ilmu pengetahuan lebih cepat daripada murid-murid normal
ii.
Tingkah laku cepat belajar menjadi masalah apabila mereka gunakan masa lapang mengganggu murid-murid yang lain semasa belajar
4.3 Tingkah Laku Bermasalah Pintar Cerdas
a.
Murid-murid pintar cerdas biasanya mempunyai ciri-ciri berikut:-
i.
Mempunyai darjah kecerdasan ( IQ ) yang tinggi
ii.
Mempunyai bakat mencipta dan membaca
iii.
Pemikirannya kreatif dan bertindak pantas
iv.
Berbakat dalam satu atau beberapa jenis kesenian
v.
Mempunyai sifat ingin tahu dan persepsi yang kuat
vi.
Memperoleh motivasi yang amat kuat
vii.
Suka mengambil insiatif dan tindakan sendiri
viii.
Mempunyai perasaan afektif dan sentiviti yang tinggi
b.
9
Murid-murid pintar cerdas menjadi masalah apabila mereka mencuba sesuatu yang membahaya, merasa bosan dan mengganggu pelajaran di bilik darjah. Mereka juga bersikap sombong dan memandang rendah murid-murid lain serta mencabar kewibawaan guru atau melakukan sesuatu di luar jangkaan.
IPBMM-KL awang othmee bin awang duni
KSPK 2007
4.4 Tingkah Laku Bermasalah Proaktif
i.
Mempunyai sifat yakin diri, aktif dan suka bertindak atau mengambil inisiatif sendiri
ii.
Mereka terlalu yakin diri sehingga melakukan sesuatu yang berbahaya, tidak dengar nasihat guru atau bertindak dahulu tanpa mengikuti arahan atau tunjuk ajar guru
4.5 Cara Mengatasi Masalah Tingkah Laku Positif
i. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lengkap dan sesuai serta lebih mencabar bagi murid-murid pintar cerdas ii. Menguruskan aktiviti pengayaan dalam aktiviti kumpulan bagi murid-murid cepat belajar, ingin tahu dan pintar cerdas iii.
Melantik murid-murid proaktif sebagai pemimpin dalam kumpulan
iv.
Mengajar dengan cara menarik serta penuh keyakinan
v.
Melibatkan murid-murid yang mempunyai tigkah laku bermasalah positif secara sepenuhnya dalam aktiviti P&P
vi. Gunakan strategi berpusatkan murid dan berpusatkan bahan untuk mengajar mereka yang mempunyai tingkah laku bermasalah positif vii. Memberi arahan yang jelas dan tegas tentang cara mengendalikan alat, radas, bahan dan perkakas di makmal atau bengkel viii.
5.0
Faktor-faktor yang dapat mempengaruhi pengurusan tingkah laku yang dinyatakan di atas
i.
10
Mempelbagaikan latihan agar mereka tidak cepat merasa bosan.
Menukar Persekitaran Fizikal •
kedudukan tempat duduk murid
•
ABM yang dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar
IPBMM-KL awang othmee bin awang duni
KSPK 2007
•
gunakan muzik latar semasa membuat aktiviti
•
mempelbagaikan suasana tempat belajar seperti di luar bilik darjah
ii.
iii.
iv.
v.
Ubahsuai Program Pengajaran •
memberi latihan yang lebih mudah kepada murid berpencapaian rendah
•
strukturkan pengajaran supaya ada ruang untuk berehat
•
ubah topik jika murid kelihatan bosan
•
minta bantuan guru lain untuk memperbaiki program
•
adakan beberapa inisiatif untuk murid yang berjaya menyudahkan tugasan
Guru Menukar Tingkah Laku Sendiri •
lebih berempati dan berusaha
•
pelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran
•
menggalakkan murid memuji sesama sendiri atas kejayaan walaupun kecil
Penggunaan Ganjaran dan Dendaan Dengan Berkesan •
perlaksanaannya hendaklah konsisten
•
adil dan bersesuaian dengan kesalahan
Kualiti Guru Untuk berjaya menangani kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku guru perlu:-
11
•
mampu mentafsir tingkah laku muridnya
•
dapat bantuan daripada rakan sejawat serta pihak pentadbiran
•
mempunyai sikap positif terhadap murid-murid dan pendidikannya
IPBMM-KL awang othmee bin awang duni
KSPK 2007
6.0
•
mampu merancang dan melaksanakan program pengurusan tingkah laku
•
sabar, bertoleransi, tetapi tegas dan tekal serta tidak mudah kecewa jika mengalami kegagalan
•
tidak mengharapkan orang lain untuk mengubah tingkah laku muridnya, guru sendiri harus mempunyai rasa tanggung jawab untuk memperbaikinya
Kesimpulan
Mengikut Skinner (19530, apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Tingkah laku operan ini boleh diajar dan dipelajari melalui stimulasi yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu. Stimulasi ini dinamakan oleh Skinner sebagai “peneguhan”. Mengikut beliau, peneguhan boleh berupa positif atau negatif. Peneguhan positif ialah stimulasi yang boleh menambah keberangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan, seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku. Manakala Thorndike merumuskannya sebagai sesuatu yang memuaskan. Maka peneguhan positif dilihat sebagai ganjaran yang mendorongkan individu berulang-ulang gerak balas respon tersebut Peneguhan negatif ialah stimulasi yang diindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan.
Rujukan: 12
IPBMM-KL awang othmee bin awang duni
KSPK 2007
Ainon Mohd & Abdullah Hassan. (2002). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.Ee Ah Meng. 1994. Psikologi dalam bilik darjah. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar. B.R. Hergenhahn, Matthew H. Olson. 1993. An Introduction to Theories of Learning. New Jersey. Prentice Hall. Jais Sahok & Mat Nor Husin. ( 1990 ). Pendidikan Pemulihan . Petaling Jaya , Selangor : Masa Enterprise. K.A. Razhiyah. 2006. Mengapa Kanak-kanak sukar belajar?. Kuala Lumpur. PST
Professional Publishing Lee Shok Mee. 1997. Psikologi Pendidikan 2 : Teori dan aplikasi psikologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn
Bhd.
Leonard M.S. Yong & Karen L. Biraimah. ( 1995 ). GURU YANG KREATIF – isu-isu teoritikal & aplikasi praktikal. Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn. Bhd. Mok Soon Sang . ( 1997 ) . PEDAGOGI KDPM – Semester 3 . Subang Jaya,Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang . ( 1998 ) . PEDAGOGI KDPM – Semester 4 . Subang Jaya,Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Rashid Azizan & Abdul Razak Habib ( 1995), Pengajaran dalam bilik darjah : Kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise. Rahil Mahyuddin, Jami’ah Mohamad & Kasnani Ab. Karim. ( 2000 ). Psikologi Pendidikan ll. Petaling Jaya, Selangor: Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd. Tang Chee Yee. 1990. Psikologi Perkembangan. Subang Jaya. Kumpulan Budiman. Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin (1997). Sekolah Bestari Di Malaysia: Hala Tuju Ke Masa Depan. Kuala Lumpur: KPM
13
IPBMM-KL awang othmee bin awang duni
KSPK 2007
14
IPBMM-KL awang othmee bin awang duni
KSPK 2007
Tingkah Laku Bermasalah
Tingkah Laku Bermasalah Negatif
Tingkah Laku Bermasalah Positif
Tingkah Laku bergantung Kebimbangan
disruptif
hiperaktif bising
Pergantungan berlebihan Pengunduran diri Pengasingan diri
bergerak sesuka hati ketawa kuat
Tingkah Laku ingin tahu
distruktif Permusuhan nyata
cepat belajar
vandalisme
pintar cerdas
kumpulan liar
proaktif
klik
agresif secara lisan / fizikal
geng
7.0 Langkah-Langkah Dalam Program Modifikasi Tingkah Laku
15
IPBMM-KL awang othmee bin awang duni
KSPK 2007
1.
Kenal pasti tingkah laku yang hendak diubah. Nyatakan secara khusus tingkah laku yang hendak diubah
2.
Mengumpul data dasar
3.
Menganalisis data
4.
Melaksanakan strategi intervensi
5.
Memungut data seterusnya untuk menilai keberkesanan program
6.
Ubahsuai program sekiranya perlu, jika tidak hentikan secara beransur-ansur
6.1 Langkah 1 Kenal pasti tingkah laku yang hendak diubah. Nyatakan secara khusus tingkah laku yang hendak diubah
16
IPBMM-KL awang othmee bin awang duni
KSPK 2007