1.0
PENGENALAN
Pada zaman ini, masyarakat menghadapi pelbagai jenis masalah dalam kehidupan seharian. Namun, masalah utama yang dihadapi oleh kita adalah berpunca daripada proses globalisasi yang melanda seluruh dunia. Berbagai-bagai perubahan berlaku terhadap kehidupan kita dari aspek media, ekonomi, politik, sosial dan hak asasi disebabkan globalisasi dan ia juga menimbulkan masalah kepada kita. Kami telah diberi tugasan untuk menghuraikan tentang konsep hegemoni Barat dan globalisasi serta membincangkan faktor dan kesan terhadap kehidupan manusia dari aspek media, ekonomi, politik, sosial dan hak asasi manusia. Hal ini berkait rapat dengan kehidupan kita kerana kita sendiri sedang mengalami proses globalisasi dan hidup kita sedang berubah mengikut zaman. Kita memahami sedikit sebanyak daripada kesan globalisasi terhadap masyarakat kerana kita dapat melihat dengan mata sendiri mengenai apa yang sedang berlaku. Maka, tugasan ini amat penting supaya kita memberi perhatian kepada isu-isu semasa dan memahaminya. Arus globalisasi membawakan kebaikan dan keburukan. Sebagai contoh, teknologi yang maju dan canggih seperti penggunaan internet, muncul dalam hidup kita akibat proses globalisasi. Ia telah memudahkan hidup kita kerana jarak sesama manusia dirapatkan dengan adanya E-mel. Kita juga mendapat manfaat daripada internet dengan adanya perisian seperti MSN, Yahoo Messenger, Skype dan sebagainya untuk berhubung dengan keluarga atau rakan-rakan yang jauh. Dengan hanya beberapa klik sahaja, kita dapat mengeksplorasi dan mencari informasi dalam internet. Maklumat dapat dicari dengan senang menggunakan internet. Selain itu, kita tidak perlu lagi pergi ke pusat membeli-belah untuk membeli barangan kerana kita boleh membeli barang-barang yang diingini melalui internet. Dengan ini, masa yang digunakan untuk berebut-rebut dengan pelanggan lain demi mendapatkan barang yang diingini dan masa yang dibazir disebabkan kesesakan lalu lintas untuk ke pusat membeli-belah dapat dijimatkan melalui pembelian barangan menggunakan internet. Namun, kesemua yang dinyatakan di atas tentang penggunaan internet juga ada keburukannya. Sekiranya internet tidak digunakan dengan cara yang betul, kita tidak akan mendapat manfaat daripadanya. Internet tidak mempunyai batasan dari segi
informasinya. Maka, segala maklumat dapat dicari dari internet. Ini merangkumi budaya kuning yang telah tersebar melalui internet. Sekiranya golongan muda tidak dikawal
dalam
penggunaan
internet,
mereka
akan
terpesong
dan
menyalahgunakannya. Kelakuan ini bertentangan dengan kepercayaan agama kita dan secara tidak langsung akan mengakibatkan golongan muda terjebak dalam kancah maksiat. Selain daripada itu, seperti yang telah dinyatakan di atas, kita boleh mendapatkan maklumat dengan senang melalui internet. Namun, kita haruslah bijak memilih sumber maklumat tersebut. Contohnya, sekiranya kita mendapatkan maklumat daripada sesebuah blog di mana hanya penulis tersebut yang memberikan sesuatu pendapat, kita haruslah memastikan bahawa maklumat tersebut adalah betul dan sahih. Jika kita tidak peka, kita berkemungkinan mendapat maklumat yang salah. Pembelian barang-barang melalui internet amat menyenangkan hidup kita, akan tetapi kita akan selalu duduk di hadapan komputer dalam jangka masa yang panjang dan ia akan mendatangkan keburukan kepada penglihatan kita. Kita juga akan mendapat kegemukan (obesity) sekiranya selalu duduk dan kurang pergerakan. Selain itu, kita tidak tahu jika sesebuah website penjualan barang itu boleh dipercayai atau tidak. Kita mungkin akan mendapat barangan yang tidak sama seperti yang ditunjukkan dalam gambar-gambar dalam website apabila membeli barangan melalui internet. Pendek kata, kita haruslah berhati-hati supaya tidak ditipu apabila ingin membeli barang-barang dalam internet. Budaya masyarakat Timur mengalami perubahan apabila dipengaruhi oleh nilai-nilai daripada masyarakat Barat. Salzmann (1973) berpendapat bahawa sesiapa yang beranggapan bahawa budaya itu tidak akan berubah, tidak akan maju kerana kebenarannya, semua budaya adalah dinamik, tahap perubahan budaya setiap masyarakat tidak sama. Ini bermaksud bahawa budaya kita akan mengalami perubahan pada bila-bila masa sahaja yang bertujuan untuk maju dan mengikut perubahan zaman. Budaya bukannya tidak boleh diubah, tetapi perubahannya haruslah bertujuan untuk meningkatkan kualiti budaya tersebut. Dalam era globalisasi ini, kita mengikut jejak negara lain dan dipaksa untuk menerima perubahan supaya tidak ketinggalan zaman. Kita boleh melihat cara kita berpakaian,
bersosial, berkomunikasi dan lain-lainnya adalah tidak sama berbanding dengan cara generasi yang lama. Boleh disimpulkan bahawa arus globalisasi membawa kebaikan dan juga keburukan kepada kita. Generasi yang muda haruslah pantas dalam menguasai dan mempelajari benda yang baru dalam kehidupan supaya tidak ketinggalan dan tidak hanya hidup dalam dunia sendiri. Namun, budaya tempatan tidak harus dilupai semasa kita sibuk mengejar apa yang terbaru dalam zaman ini.
1.1
KONSEP HEGEMONI DAN GLOBALISASI
Globalisasi ialah satu arus perubahan yang berlaku kerana proses interaksi yang wujud antara negara-negara dari seluruh dunia.
Globalisasi merujuk kepada idea
tentang dunia tanpa sempadan seolah-olahnya ia telah bergabung menjadi satu walaupun penduduk berada pada tempat yang jauh di setiap pelosok dunia. Menurut Anthony Giddens (2000), globalisasi boleh didefinisikan sebagai hubungan sosial serata dunia secara intensif yang mana tindakan pihak tempatan ditentukan oleh peristiwa yang berlaku berbatu-batu jauhnya dan juga perkara di sebaliknya. Globalisasi mendatangkan kesan terhadap kehidupan kita dari aspek media, ekonomi, politik, sosial dan hak asasi. Proses ini telah bermula semasa masyarakat Barat mulai menjelajah ke seluruh dunia dan menjajahi tanah yang lain. Mereka mengaitkan ekonomi tanah-tanah yang dijajah dengan ekonomi negara asal dan membina rangkaian global yang menggabungkan negara dari seluruh dunia. Ini telah membawa
banyak
perubahan
terhadap
tanah-tanah
tersebut
dan
akhirnya
membentuk sebuah kebudayaan dunia. Hall (1991) berpendapat bahawa budaya global ialah budaya hibrid yang terhasil melalui penyebaran pengaruh budaya Barat ke atas budaya bukan Barat. Oleh itu, budaya sesebuah negara telah mengalami perubahan sekiranya pernah dijajahi oleh negara Barat. Kolonialisme merupakan gelombang pertama globalisasi (Viotti dan Kauppi, 1997;Riggs, 1999) yang telah mengubah kehidupan masyarakat di peringkat tempatan dan pembentukan budaya global. Masyarakat Barat menganggap diri mereka sebagai pembawa perubahan dan pembaharuan kepada negara yang sedang membangun. Mereka telah memodenkan negara tersebut daripada keadaan tradisionalnya. Menurut Fiske (1993), dominasi Barat mengakibatkan negara membangun tidak akan dapat mempersembahkan diri negara tersebut kerana tidak mempunyai kemampuan dan ³kuasa´ yang cukup untuk menyediakan bentuk budaya yang dikehendaki. Beliau juga mengatakan bahawa negara membangun menerima negara mereka sendiri dan dunia yang sudah pun ³dibina´ oleh Barat. Keadaan ini berlaku sehingga kini dan kita telah menerima dan mengikut sistem ekonomi, pentadbiran dan politik Barat dan kita kekal mengikuti sistem mereka. Perkara ini disebabkan kita telah pun kekurangan tenaga cendekiawan untuk mengikuti perkembangan dalam sistem yang sedia ada, apatah lagi untuk
mencadangkan perubahan yang baru dan yang lebih sesuai untuk kehidupan kita daripada sekarang. Selain itu, kita juga memerlukan pakar-pakar dalam pelbagai bidang yang lebih berkemampuan dalam bidang mereka berbanding dengan pakarpakar global supaya kita tidak perlu lagi mengikut sistem Barat. Hegemoni ialah satu konsep daripada pemikiran Barat. Ia merujuk kepada penguasaan secara menyeluruh atau kepimpinan satu negara atau kumpulan ke atas negara atau kumpulan yang lain (New Penguin English Dictionary 2000:647). Hegemoni ialah dari perkataan Bahasa Inggeris ³hegemony´ yang berasal daripada perkatan Yunani ³hegemon´. Maksudnya ialah ketua (Mclean,1,1996.The Concise Oxford Dictionary of Politics, Oxford: University Press, p. 218). Mengikut Kamus Dewan (2002 (edisi ketiga): 448), hegemoni ialah pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain. Hegemoni Barat ialah satu keadaan di mana pengaruh pemikiran masyarakat Barat dalam hampir segala perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian yang begitu ketara. Contohnya, masa bekerja kita ialah dari hari Isnin ke Jumaat. Mengikut kepercayaan agama Kristian, Ahad ialah hari untuk melakukan ibadat. Ini menunjukkan bahawa secara tidak langsung, cara kehidupan seharian kita berkaitan dengan cara hidup orang Barat. Hegemoni Barat terhadap negara kita ialah disebabkan oleh sejarah pembentukan negara Malaysia. Pembentukan negara kita banyak dipengaruhi oleh Great Britain yang pernah menjajahi seluruh Malaysia dan pada masa itu, Great Britain memperkenalkan sistem Barat termasuklah ekonomi, politik dan sebagainya. Apabila kita diberi kemerdekaan, kita telah mengekalkan sistem-sistem berkenaan. Oleh itu, jika kita melihat sistem negara kita, banyak daripadanya yang kita gunakan sehingga hari ini ialah daripada masyarakat Barat. Hegemoni Barat dan globalisasi diwujudkan oleh masyarakat Barat. Kedua-duanya memainkan perana yang penting dalam pembentukan dunia moden dan pengekalan kuasa masyarakat Barat di dunia pada hari ini. Globalisasi membolehkan manusia, barangan dan maklumat bergerak dengan bebas dan lancar dari satu tempat ke tempat yang lain dengan adanya peningkatan teknologi, contohnya internet, yang didukung oleh masyarakat Barat. Ini telah membentuk satu masyarakat yang mempunyai nilai-nilai global.
Kesimpulannya, hegemoni barat dan globalisasi mempunyai kaitan dan telah dibawa oleh masyarakat Barat kepada kita sehingga ke hari ini. Tidak dapat dinafikan bahawa kita mendapat manfaat daripada perubahan itu. Walau bagaimanapun, budaya dan adat kita tidak harus dilupakan dan patut dikekalkan.
2.0
FAKTOR-FAKTOR
DAN
KESAN-KESAN
HEGEMONI
BARAT
DAN
GLOBALISASI TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA
Dalam era pemodenan yang serba membangun dan berkembang ini, masyarakat berpeluang untuk menikmati kemudahan dan infrastruktur yang canggih. Hal ini adalah disebabkan faktor-faktor hegemoni barat dan globalisasi yang melanda setiap penjuru dalam dunia ini. Antara faktor-faktor hegemoni barat dan globalisasi yang mempengaruhi kehidupan manusia ialah, media, ekonomi, politik, sosial dan hak asasi manusia. Berikutan itu, banyak kesan yang menimbul.
2.1
FAKTOR MEDIA
Media massa memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat dan informasi khususnya dalam konteks pembangunan tamadun sesebuah tempat. Ia merupakan satu medium penyampai maklumat dan komunikasi yang penting bagi semua lapisan masyarakat dalam dunia ini. Media juga merupakan satu pengaruh yang sangat kuat kerana ia mampu mempengaruhi atau menindas fikiran dan mentaliti manusia sehingga kita boleh melihat perubahan sifat dan pandangan manusia dari semasa ke semasa. Antara isu-isu semasa yang berlaku akibat faktor media ini ialah pengaliran media barat ke merata tempat. Contohnya, filem-filem dari Negara Barat khususnya Hollywood telah dibawa ke merata dunia. Unsur-unsur yang terdapat dalam filem-filem tersebut kebanyakannya mengandungi unsur pengaruh yang tidak baik. Sebagai contoh, unsur keganasan dan unsur lucah juga terselit dalam sesebuah filem dari Hollywood. Selain itu, pembangunan sistem internet dan komunikasi juga dapat mempengaruhi kehidupan manusia pada hari ini. Sistem
internet
dan
komunikasi
yang
canggih
ini
memudahkan
manusia
berkomunikasi dengan mudah dan efektif antara satu sama lain. Maklumatmaklumat penting juga boleh diperolehi menerusi laman web. Oleh itu, faktor media ini sangat penting dan ia boleh mempengaruhi kehidupan masyarakat secara tidak langsung.
2.1.1
KESAN
Walau bagaimanapun, faktor media ini telah menimbulkan kesan positif dan kesan negatif terhadap kehidupan manusia. Ini telah menunjukkan betapa besarnya pengaruh hegemoni barat dan globalisasi yang berlaku di seluruh dunia dari segi faktor media. Hasil daripada itu, faktor media ini telah mempengaruhi minda masyarakat dalam dunia ini. Contohnya, filem-filem yang dibawa oleh Hollywood kebanyakannya mengandungi unsur-unsur yang tidak sihat. Masyarakat yang menontonnya akan terpengaruh dengan isi kandungan filem-filem tersebut dan lama-kelamaanya, ia boleh mengubah persepsi hidup seseorang secara tidak langsung, terutamanya bagi generasi muda pada hari ini. Mereka akan lebih berani melakukan sesuatu yang tidak baik kerana mereka telah terpengaruh dengan filemfilem barat ini. Mereka tidak berfikir panjang kerana mereka menganggap apa yang dilakonkan dalam filem barat adalah sesuai dan menarik. Hal ini merupakan sesuatu yang serius kerana ia akan menjejaskan tahap nilai-nilai murni di kalangan masyarakat. Selain itu, warta berita pada hari ini kebanyakannya berasal dari negara barat. Sebagai contoh, CNN (Cable News Network) dari Amerika Syarikat dan BBC (British Broadcasting Corporation) dari Great Britain. Kedua-dua korporat media ini banyak memaparkan berita yang isi kandungannya lebih berpihak kepada negara Barat. Berikutan itu, masyarakat selain daripada kaum barat lebih terdedah kepada apa yang berlaku di negara barat. Lama-kelamaanya, mereka akan terpengaruh dengan gaya hidup mereka. Faktor media ini bukan setakat sahaja membawa kesan yang negatif, tetapi ia juga membawa kesan yang positif. Contohnya, internet atau laman web yang diperkenalkan pada zaman yang serba moden ini, banyak maklumat yang boleh diperolehi dari laman web. Ini telah memudahkan semua lapisan masyarakat , terutamanya bagi mereka yang telah bekerja dan yang sedang belajar. Maklumlah, kehidupan manusia pada alaf baru ini semakin penuh dengan stress dan kesibukan harian. Oleh itu, mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk mencari bahan di perpustakaan. Kesan daripada itu, melayari laman web merupakan cara yang paling berkesan dan efektif.
2.2
FAKTOR EKONOMI
Menjejak langkah ke era abad ke-21 ini, arus globalisasi ini telah membawa perubahan yang berleluasa dari aspek ekonomi. Faktor ekonomi ini meliputi segala aktivit yang berkaitan dengan ekonomi seperti perniagaan, perdagangan tempatan dan antarabangsa, pembukaan syarikat untuk pengurusan perniagaan dan kewangan dan sebagainya. Dalam aspek ekonomi, kekuasaan ekonomi Amerika Syarikat merupakan antara pengawal ekonomi yang paling kuat dan berpengaruh. Bak kata popular ³apabila Amerika Syarikat bersin, seluruh dunia mendapat selesema´. Ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh ekonomi di Amerika Syarikat dan kestabilan ekonominya mampu mempengaruhi dasar naik atau turun tahap ekonomi sesebuah negara. Walau bagaimanapun, kita perlu mengetahui bahawa bukan semua sistem ekonomi berasal dari negara barat. Malahannya, semua daripada sistem ekonomi yang lain telah pupus akibat penggunaan sistem ekonomi ciptaan Barat yang telah berjaya dilaksanakan di seluruh dunia.
2.2.1
KESAN
Globalisasi membawa perubahan terhadap ekonomi negara-negara luar. Globalisasi turut memberikan kesan yang mendalam kepada negara yang maju dan sedang membangun. Sebagai contoh, menurut laporan ³Business Week (2003)´, dalam 10 jenama global yang teratas, lapan daripadanya merupakan syarikat milik Amerika Syarikat. Antaranya ialah Coca-Cola, Microsoft, IBM, GE, Intel, Disney, McDonald¶s, Marlboro. Dua lagi syarikat yang bukan milik Amerika Syarikat ialah Nokia (Finland) dan Mercedes(Jerman). Pengaruh jenama syarikat-syarikat tersebut tersebar ke seluruh dunia dan mereka boleh didapati di merata tempat dan dibeli oleh masyarakat sedunia. Berikutan itu, masyarakat sedunia boleh menikmati pelbagai jenis barang yang berkualiti dan canggih. Secara tidak langsung, penggunaan barang buatan luar negara ini telah memudahkan cara hidup masyarakat sedunia. Ini merupakan kesan yang positif terhadap kehidupan manusia akibat hegemoni barat dan globalisasi.
Walau bagaimanapun, kesan negatif tetap wujud akibat hegemoni barat dan globalisasi ini. Contohnya, seperti bak pepatah popular ³apabila Amerika Syarikat bersin,
seluruh
dunia
mendapat
selesema´.
Pepatah
ini
boleh
dibuktikan
berdasarkan kejadian 911, iaitu serangan kumpulan pengganas terhadap Amerika Syarikat pada 11 September 2001 tersebar luas. Kesan daripada itu, semua pasaran saham di seluruh dunia menjatuh secara mendadak dalam tempoh kurang 12 jam. Berikutan itu, berlakunya kegawatan ekonomi di seluruh dunia.
2.3
FAKTOR SOSIAL
Sosial bermaksud pergaulan antara seseorang dengan orang lain. Sosial ialah satu perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris iaitu ³social´. Pergaulan antara rakan-rakan tidak dapat dielakkan setiap hari. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa setelah arus globalisasi dibawa ke negara kita, fikiran kita telah berubah dan banyak dipengaruhi oleh gaya hidup masyarakat Barat. Budaya lama yang lalu semakin dikikis dan dilupai. Pada masa yang lalu, anak gadis hanya boleh berada dalam rumah untuk menjalankan aktiviti seharian dan tidak dibenarkan keluar. Kita juga tidak dibenarkan bergaul dengan bebas bersama rakan-rakan. Namun kini, generasi muda tidak lagi mengamalkan cara hidup begitu. Mereka boleh keluar dengan kawan-kawan sesuka hati dan bila-bila masa sahaja. Ibu bapa juga tidak menegah kelakuan mereka yang bebas bersosial itu. Sebenarnya,
terdapat
banyak
faktor
yang
menyebabkan
kehidupan
sosial
masyarakat zaman sekarang berbeza dengan zaman yang lalu. Antaranya ialah faktor media. Dengan adanya media massa, kebudayaan masyarakat barat senang diserap masuk ke dalam budaya tempatan. Muzik barat, yang mempunyai stail rock, jazz, heavy metal dan sebagainya boleh didapati melalui media massa seperti radio, menyebabkan masyarakat tempatan dipengaruhi oleh stail tersebut. Jenis makanan seperti McDonald¶s, KFC, Pizza Hut dan lain-lain lagi juga senang didapati sekarang. Semua ini asalnya dari masyarakat Barat. Masyarakat mempunyai kesempatan untuk bersosial melalui aktiviti-aktiviti seperti konsert muzik, ³jamming´ dan sebagainya. Mereka juga mempunyai peluang untuk meluangkan masa di McDonald¶s dan KFC bersama kawan-kawan. Kehidupan masyarakat kini tidak lagi sama dengan yang lalu. 2.3.1
Kesan Sosial
Kesan yang terjadi akibat faktor sosial ialah masyarakat semakin melupai adat yang lalu dan budaya tradisional semakin dilupai serta tidak diturunkan ke generasi yang seterusnya. Budaya tradisional akan lenyap sekiranya keadaan ini berterusan. Sebagai contoh, kini tidak ramai yang mengetahui cara bermain gasing, congkak, wau dan sebagainya yang merupakan permainan tradisional. Pemuda-pemudi bermain permainan komputer, PSP, Nintendo dan lain-lain lagi yang dibawa dari masyarakat Barat. Selain itu, generasi muda tidak akan menghargai hiburan
tradisional seperti wayang kulit, keroncong, boria dan lain-lain lagi. Alat muzik tradisional seperti cak lempong, kenong, saron peking dan sebagainya juga tidak diketahui cara mainannya. Mereka hanya pergi ke pawagam untuk melihat filem yang terbaru, memainkan alat muzik Barat seperti biola, gitar elektrik, set drum dan lain-lain lagi. Cara pakaian juga dipengaruhi seperti gaya rock, punk dan sebagainya. Tidak ramai lagi yang berpakaian tradisional kecuali hari-hari tertentu seperti hari perayaan.
Selain daripada itu, masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat
sekarang amat serius dan harus diambil perhatian. Remaja yang ingin mempelajari gaya hidup orang Barat bersosial dengan rakan sebaya tanpa batasan. Mereka boleh terjebak dalam kancah maksiat jika tidak diawasi. Pengambilan pil-pil ecstasy, merokok, menjalankan hubungan seks bebas merupakan kesan negatif yang didapati dari aspek sosial. Remaja yang belum dewasa fikiran mereka ingin mengikuti trend dan tidak memikirkan kesannya. Sekiranya kita tidak berfikir dengan waras dan mengikut sesetengah gaya hidup masyarakat Barat yang tidak membawa manfaat kepada kita, kita hanya akan menjejaskan masa depan kita sendiri. Namun, jika kita menggunakan apa yang dibawa oleh arus globalisasi ini dengan bijak, kita akan mendapat kebaikan dan manfaat. Contohnya, kita boleh mengetahui penggunaan komputer dan dapat membuat kerja dengan cepat dan senang. Masa dan wang boleh dijimatkan sekiranya kita boleh menyiapkan kerja dengan cekap dan pantas. Ringkasnya, arus globalisasi dan hegemoni Barat membawa kebaikan dan keburukan. Oleh itu, kita haruslah bijak dalam membezakan baik dan buruk sesuatu perkara dan juga harus mengekalkan budaya serta adat tradisional kita bak kata pepatah ³biar mati anak, jangan mati adat´.
2.4
Faktor Politik
Politik merujuk kepada kuasa yang terdapat dalam kehidupan sesebuah kumpulan manusia dan bagaimana kuasa tersebut disusun, dibahagikan, dan digunakan. Terdapat pelbagai cara bagaimana kuasa ini boleh disusun. Setiap peyusunan mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri. juga boleh didapati di bidang korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Perkataan itu sendiri diambil dari perkataan Yunani bagi bandar, ³POLIS´, dengan itu istilah µPolitics¶. Gambaran apa itu politik yang pertama di jumpai dalam Hesoid di mana ia dipetik, ³Bagaimana cara terbaik manusia tinggal dalam bandar, dan dengan patuh kepada apa?´. Ditulis semula, ia dibaca, ³Bagaimana manusia mengatur haluannya?´. Bagi orang-orang Yunani, ia adalah aplikasi sebab untuk hidup. Politik adalah aturan masyarakat melalui sebab mencapai matlamat yang sama; seperti harmoni antara kelas masyarakat di Athens di bawah Solon, atau perniagaan dan perdagangan, atau bagi peperangan seperti masyarakat Doric di Crete dan Sparta. Politik sebenarnya merujuk kepada kuasa memilih yang dimiliki oleh sesuatu kumpulan. Setiap kumpulan manusia perlu membuat pilihan terhadap perkaraperkara yang mempengaruhi masa hadapan mereka. Individu atau kumpulan kecil yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan berikut dianggap sebagai mempunyai kuasa politik. Apabila kita melihat kepada kebolehan membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan manusia, kita perlu memahami bahawa setiap kumpulan manusia mempunyai ketua. Sebagai contoh, kumpulan manusia yang paling kecil ialah keluarga nuklear yang terdiri daripada sepasang suami-isteri dan anak-anak mereka. Selalunya, dalam sesebuah keluarga yang mengamalkan sistem keluarga partrilinial (ahli keluarga dikira mengikut keturunan sebelah lelaki) , suami menjadi ketua keluarga. Kuasa politik dalam sebuah keluarga selalunya berdasarkan ahli keluarga yang tertua dalam keluarga tersebut mengikut sistem pertalian keluarga, samada patrilinial (pertalian keluarga mengikut sebelah lelaki) , matrilineal (talian keluarga mengikut sebelah wanita), dan bilateral (di mana kedua-dua lelaki dan perempuan dianggap sebagai ahli keluarga).Ia hanya melibatkan orang yang dikenali sahaja.
2.4.1
Kesan politik
Terdapat banyak kesan heagemoni barat terhadap
negara-negara timur. Pada
waktu sekarang, kuasa politik di luar keluarga dan berdasarkan pengaruh dan undian. Kita perlu berinteraksi dengan orang bukan daripada keluarga kita, dan yang kita tidak kenali sebelum ini. Kita perlu memilih proses tertentu melalui proses undian untuk mewakili dan memimpin kita. Ini dikenali sebagai sistem politik demokrasi. Demokrasi menjadi perkataan yang seringkali disebut pada hari ini apabila kita membincangkan politik. Ia mula digunakan oleh Plato dalam bukunya The Republic, tetapi sistem yang dicadangkan oleh beliau amat berbeza daripada bentuk-bentuk demokrasi yang wujud pada hari ini. Sekarang, terdapat banyak sistem demokrasi yang digunakan oleh manusia sedunia. Dua sistem demokrasi yang penting pada hari ini ialah sistem demokrasi di Amerika Syarikat dan Great Britain. Sistem demokrasi Amerika Syarikat merupakan sistem demokrasi yang tertua sekali yang diamalkan. Siatem demokrasi di Great Britain pula banyak mempengaruhi sistem demokrasi yang wujud di Malaysia pada hari ini. Sistem demokrasi di Amerika Syarikat merupakan sistem demokrasi Republik, yang melibatkan satu sistem pentadbiran tanpa raja. Ia muncul pada tahun 1776 apabila rakyat Amerika yang pada waktu itu di bawah jajahan kerajaan Inggeris memberontak menentang Raja George III. Mereka menuduh Raja George III berkelakuan tidak adil terhadap mereka dan menuntut kemerdekaan daripada kuasa kerajaan Inggeris. Sistem demokrasi yang wujud di Amerika Syarikat pada hari ini membahagikan kuasa politik kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Kerajaan persekutuan diberi kuasa untuk mengekalkan persekutuan Amerika Syarikat. Kerajaan negeri pula dibenarkan kebebasan untuk mentadbir negerinya sendiri dalam semua perkara kecuali dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan persekutuan. Sungguhpun sistem demokrasi di Amerika syarikat merupakan sistem demokrasi yang tertua di dunia, ia tidak semestinya sistem yang terbaik pada hari ini. Sistem demokrasi ini mempunyai beberapa masalah yang masih belum sesuai digunakan di seluruh dunia, apatah lagi di Malaysia. Sistem di Amerika ini lebih mementingkan kepentingan individu berbanding dengan masyarakat.
Sistem politik di Malaysia merupakan gabungan sistem politik Barat dengan sistem politik tradisional. Sebahagian besar daripada sistem politik yang digunakan di Malaysia datangnya daripada kerajaan Great Britain. Sistem politik Great Britain ini telah berkembang sedikit demi sedikit dalam jangka masa yang agak lama. Sistem kerajaan feudal absolute monarchy bermula pada zaman pertengahan di England. Bentuk asal Parlimen kerajaan Inggeris pada waktu itu amatlah berbeza daripada Parlimen Great Britain pada hari ini, tetapi ia memulakan tradisi kerajaan perwakilan di mana raja merujuk kepada perwakilan-perwakilan di Parlimen sebelum membuat sesuatu keputusan. Pengurangan kuasa mutlak raja-raja berterusan apabila jawatan perdana menteri pula muncul pada awal kurun ke lapan belas. Pada tahun 1832 muncul Reform act dan pada tahun 1867 pula muncul Second Reform Bill yang meneruskan usahausaha membentuk kerajaan demokrasi sehingga terbentuknya keadaan seperti yang terdapat pada hari ini di mana kerajaan sistem raja berpelembagaan di Great Britain masih kekal dan menjadi contoh kepada pembentukan sistem politik raja berpelembagaan di Malaysia.
2.5
Faktor Hak Asasi Manusia
Hak asasi manusia seperti yang difahami dan dimaksudkan pada hari ini datangnya daripada warisan sejarah dan kebudayaan masyarakat Eropah (dan barat). Pemikiran tentang hak-hak asasi manusia bermula akibat daripada penindasan masyarakat Eropah dari segi ekonomi, politik, dan agama oleh golongan diraja dan Gereja Katholik Rom pada suatu masa dahulu. Selepas zaman kebangkitan semula (renaissance) masyarakat Eropah, timbul banyak pendapat yang berbeza-beza untuk memahami keadaan manusia dan peranannya di dunia ini. Kita perlu menahami bahawa mengikut pemikiran masyarakat amerika Syarikat, (yang juga diikuti oleh sebahagian daripada masyarakat Barat), tiga hak asasi manusia yang penting ialah kehidupan, kebebasan, dan mengejar kebahagiaan. Hak-hak ini begitu penting dari sudut pandangan mereka dan merupakan hak yang dianugerahkan oleh Tuhan. Manusia lain (termasuk kerajaan) tidak boleh mengambil hak ini daripada mereka tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada mereka. Hak asasi yang pertama iaitu kehidupan, membawa maksud bahawa setiap manusia berhak untuk hidup dan hak ini tidak boleh diambil daripadanya. Hak asasi yang kedua, kebebasan, bermakna setiap manusia bebas untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki asalkan dia tidak menghalang hak asasi mana-mana orang lain. Hak asasi yang ketiga, mengejar kebahagiaan, sebenarnya adalah kebebasan untuk mengumpulkan harta. Ketiga-tiga hak asasi yang dibincangkan di atas lebih menjurus kepada hak individu. Ini berkait rapat dengan pemikiran masyarakat Barat terhadap kepentingan individu.
2.5.1
Kesan Hak Asasi Manusia
Dalam konteks politik dan undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia bukanlah sesuatu isu yang baru dibincangkan. Walau bagaimanapun, pada era pasca-Perang Dingin, ia telah diberikan nafas baru setelah berlakunya krisis kemanusiaan dan pembunuhan kaum di Balkan dan Rwanda. Di Malaysia, perbincangan dan perdebatan tentang hak asasi manusia hanya berlegar di kalangan elit parti pemerintah dan pembangkang serta badan bukan kerajaan (NGO) seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (SUARAM),dan Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia(HAKAM). Perdebatan aliran universalisme dan relativisme berkenaan hak asasi manusia bertitik tolak daripada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta krisis
kemanusiaan
ketika
Perang
Dunia
Kedua
yang
membawa
kepada
pembentukan Tribunal Nuremberg dan Tribunal Tokyo. Pada masa itu, PBB didominasi
oleh
Negara-negara
demokrasi
liberal
Barat
yang
cuba
untuk
melaksanakan suatu peristiharan sejagat hak asasi manusia agar dapat diamalkan dan dijadikan panduan oleh setiap negara (Christie,1997). Walaupun Malaysia secara tidak langsung sudah didedahkan dengan beberapa idea hak asasi manusia ketika era kolonial British, namun pendedahan langsung tentang kesejagatan hak asasi manusia itu hanya diperoleh setelah negara mencapai kemerdekaan
dan
menjadi
anggota
PBB.
Dalam
hal
ini,
pembentukan
Perlembangaan Persekutuan 1957 jelas menunjukkan Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi dan menyokong agenda hak asasi manusia. Salah satu prinsip yang ditekankan dalam perlembagaan tersebut ialah pemerintahan yang berasaskan undang-undang. Secara umum, prinsip berkenaan menjamin kebebasan rakyat atau disebut sebagai kebebasan asasi iaitu kekebasan diri, larangan keabdian dan kerja paksa, perlindungan undang-undang jenayah yang dikuatkuasakan dan perbicaraan berulang,sama rata, larangan buangan negeri dan kebebasab bergerak,kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan, kebebasan beragama, hak-hak berkenaan pelajaran dan hak-hak mengenai harta. Perlembagaan ini dirangka oleh Suruhanjaya Reid yang dibentuk pada tahun 1955 sebagai persediaan untuk Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan. Anggota Suruhanjaya Reid ini terdiri daripada pengamal undang-undang yang menerima pendidikan undang-undang sivil Barat dan ia diketuai oleh Lord Reid. Oleh sebab hak asasi manusia
ini bersifat sejagat, maka ia diandaikan boleh
diterima oleh semua negara anggota PBB agar mana-mana negara yang mencabul sebarang bentuk hak asasi manusia dikutuk dan diberi tekanan tertentu di arena antarabangsa. Golongan universalisme seperti Jack Donnelly, Maurice carnston, Michael Walzer dan juga negara Amerika Syarikat telah menuntut hak asasi manusia
diiktiraf,
dikuatkuasakan
melalui
undang-undang
antarabangsa
dan
dipraktikkan di seluruh dunia. Relativisme ialah satu aliran falsafah yang mengenal pasti pembentukan nilai masyarakat bergantung kepada moral semula jadi yang terdapat dlam setiap adat dan individu boleh bertoleransi dengannya (Renteln,1990). Secara umum, pendekatan universalisme dan relativisme banyak mempengaruhi kefahaman dan amalan hak asasi manusia di Malaysia.
3.0
Kesimpulan
Melalui hegemoni yang begitu kuat sama ada media, ekonomi, politik, sosial dan hak asasi manusia, kita melihat Barat seolah-olah telah berjaya menguasai dunia tanpa sempadan. Melalui perkembangan teknologi yang begitu hebat, penjajahan ini tetap akan berlaku walaupun tanpa kehadiran mereka di kalangan negara-negara yang dijajah. Arus globalisasi yang kita hadapi hanya membenarkan satu budaya dan satu gaya hidup.Orang yang tidak menerimanya dianggap ketinggalan zaman. Hanya yang mempunyai kekuatan dan jati diri mampu bertahan arus ini.
Dalam menghadapi arus globalisasi Barat, jelaslah bahawa kehidupan bertamadun dalam konsep globalisasi sentiasa menghadapi pelbagai bentuk cabaran. Namun, bukanlah satu ketetapan bahawa barat akan selama-lamanya mendominasi dan menguasai arus globlalisasi tanpa ada peluang pada tamadun lain untuk mendominasi. Segalanya bergantung kepada diri masing-masing. Marilah kita samasama berharap agar suatu ketika nanti akan muncul sebuah generasi harapan. Generasi ini dikatakan akan dapat mengembalikan kegemilangan dan kemakmuran negara Asia. Harapan bukan sekadar mimpi, harapan juga bukan satu ilusi malah harapan yang disulami denagn gagasan, berpaksikan kepada keimanan, keupayaan untuk mengubah diri, membangkitkan motivasi, mencetuskan insiprasi, menjelmakan reality dan merapatkan hubungan dengan Tuhan.
Setiap insan yang mengaku diri mereka pemuda, tidak wajarlah bagi mereka untuk mengharapkan orang lain kerana merekalah sebenarnya generasi yang diharapkan. Maka azam perlu ditanam, langkah perlu diatur, tindakan perlu di mulakan. Siapa tahu barangkali kitalah pelakar sejarah dunia seterusnya. Membentuk arus globalisasi yang baru, yang memenuhi keperluan insani, mengubah islamophobia kepada hegemoni Islam ke alam sarwajagat, mencabar hegemoni barat yang merosakkan. Baik pemuda hari ini, baiklah generasi yang akan datang.
4.0
Refleksi
Setelah melakukan pelbagai kajian dan juga mencari sumber mengenai hegemoni barat dan globalisasi, kami akhirnya telah memahami dengan lebih mendalam mengenai kaitan antara dua subjek itu, iaitu hegemoni barat dengan globalisasi. Globalisasi secara amnya telah disebabkan oleh negara-negara barat yang mempunyai
kemudahan
teknologi
yang
sangat
tinggi.
Hegemoni
pyang
dibincangkan pula iaitu, media, politik, sosial, ekonomi dan hak asasi manusia member kesan yang besar terhadap keadaan dunia pada hari ini. Oleh itu, kami selaku bakal pendidik perlu mengetahui dan memahami subjek ini supaya kami tidak akan mudah terpengaruh dan leka terhadap hegemoni barat dan tidak mudah hanyut dalam era globalisasi yang semakin memuncak ini. Kami juga akan mampu untuk mendidk bakal anak±anak murid kami supaya mereka lebih berwaspada terhadap pengaruh-pengaruh barat. Oleh itu, selaku seorang manusia yang bertanggungjawab, kita perlu cuba menghentikan dan berusaha untuk tidak terpengaruh dengan pengaruh-pengaruh negatif barat supaya setiap manusia berpeluang untuk menjalani hidup yang adil dan seperti orang lain.