FAKULTI
:
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKALDAN VOKASIONAL
KOD KURSUS
:
BBR 36803
KUMPULAN
:
EMPAT - 4
BIL
:
NAMA
NO MATRIK
1.
:
ROSLIN DA BINTI ABU SAMAH (K) ROSLINDA
DB110482 DB11048 2
2.
:
SITI MASNIAH BINTI TAIB
DB110681 DB11068 1
3.
:
NORJEHAN BINTI NORDIN
DB110931
4.
:
ONG LI GEOK
DB100486
5.
:
SIDEK BIN DERAMAN
DB110923 DB11092 3
KURSUS
:
PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR
NAMA PENSYARA PENSYARAH H
:
DR HJ. JAMALUDDI JAMALUDDIN N BIN HASHIM
TAJUK
:
TUGASAN 3: ISU-ISU ALAM SEKITAR PERTUMBUHAN POPULASI KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA PENGURANGAN PAYA PEMBESARAN GURUN HAKISAN TANAH PENCEMARAN AIR, UDARA, BUNYI DAN TANAH PENIPISAN LAPISAN OZON PEMANASAN SEJAGAT PENGURANGAN SUMBER AIR, MINERAL DAN BAHAN API PEMENDAPAN ASID PADA PERMUKAAN BUMI
ISU-ISU ALAM SEKITAR .
Alam merupakan bermaksud keseluruhan kawasan dan keadaan. Alam juga melibatkan semua jenis hidupan, hidupan, keadaan sesuatu benda (contohnya cuaca) dan juga benda benda yang tidak tidak hidup. Kedua adalah “Sekitar”. Maksud lain bagi sekitar ialah sekeliling, berdekatan. Jadi dua perkataan ini membawa maksud Keadaan kawasan di sekelilig kita. British British Environment Protection Act 1990 menyatakan 1990 menyatakan bahawa alam sekitar merangkumi semua atau satu daripada komponen air, udara dan tanah. Penyataan ini juga disebut di dalam EU Economic Community 1967 di di mana alam sekitar ialah air, udara dan tanah dan perhubungan sesama komponen dan semua jenis hidupan. Sadashiavan, 2012 menulis 2012 menulis bahawa alam sekitar ialah alam sekitar merupakan keadaan di dalam atmosfera atau keadaan untuk hidup.Daripada ketiga-ketiga penyataan tadi, alam sekitar terdiri daripada tiga komponen penting iaitu air, udara dan tanah. Ketiga – tiga tiga komponen ini saling memerlukan satu sama lain, di mana sekiranya tiada air, maka hidupan air semua tidak wujud, dan hidupan darat akan mati kerana tiada air manakala sekiranya tiada darat, tiada pula pokok untuk menhasilkan udara dan tiada pula hidupan darat yang wujud dan sekiranya tiada udara, semua hidupan di bumi akan mati. Definisi alam sekitar tidak terhad kepada air, udara dan tanah sahaja. Sadashiavan, 2012 seterusnya menyambung bahawa alam sekitar juga terdiri kepada positif dan negatif . Contohnya, hujan dilihat sebagai sesuatu yang yang negatif dan cahaya cahaya matahari dilihat sebagai sebagai sesuatu positif. Kedua-dua saling berhubungan untuk mengimbangi satu sama lain. Terlalu banyak hujan akan menghasilkan banjir manakala terlalu banyak cahaya ca haya matahari menyebabkan kemarau. Contoh yang lain ialah cas positif posit if dan negative juga adalah penting untuk menjanakan elektrik dan hujan. Dengan ini, makna makna alam sekitar sekitar tidak terhad kepada satu-satu benda sahaja (contohnya; kebanyakan kita menganggap alam sekitar ini pokok sahaja, manakala faktor – faktor lain seperti air, udara tidak diambil kira). semoga kita semua memperluaskan memperluaskan lagi perspektif kita terhadap alam sekitar untuk pencegahan pencegahan ,pemulihan dan menjaga alam sekitar di masa masa hadapan. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Manusia berusaha membangunkan membangunkan alam sekitarnya untuk kesejahteraan hidup. Alam sekitar merujuk kepada segala komponen hidup (biosis) seperti haiwan dan tumbuhan dan yang bukan hidup (abiosis) contohnya, tanah , bentuk muka bumi , cuaca dan factor kimia . Sat u keseimbangan wujud antara manusia dan organisma dengan alam sekitar dan keseimbangan ini adalah d inamik, iaitu sentiasa berubah.Kebanyakan isu-isu alam sekitar sekitar yang berlaku adalah disebabkan disebabkan aktiviti-aktiviti manusia antaranya ialah:Pertumbuhan populasi Kepupusan flora dan fauna Pengurangan paya Pembesaran gurun Hakisan tanah Pencemaran air, udara, bunyi dan tanah Penipisan lapisan ozon Pemanasan sejagat Pengurangan sumber air, mineral dan bahan api Pemendapan asid pada permukaan bumi 1
TAJUK 1 : PERTUMBUHAN POPULASI
Apabila negara semakin pesat membangun, populasi manusia akan meningkat. Ini menyebabkan kadar permintaan manusia terhadap sesuatu keperluan adalah tinggi. Ini terjadi apabila manusia memerlukan tempat tinggal, pekerjaan, bekala n air dan elektrik, pengangkutan, makanan dan lain-lain dalam memastikan mereka memperolehi kehidupan yang lebih baik. Namun permintaan ini terhasil disebabkan perbezaan ekonomi dan keadaan demografik. Penghijrahan penduduk dari satu negara ke negara lain secara haram atau melalui saluran yang betul juga menyebabkan mereka berpindah bagi mendapatkan peluang pekerjaan dan mengubah gaya hidup mereka. Pengurusan sumber semulajadi yang t idak terancang seperti penebangan hutan secara berleluasa, pelepasan effluen yang tidak terkawal dan pembuangan sisa toksik ke sungai serta pelepasan asap hitam ke at mosfera boleh menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar. Antara Kesan Kepada Alam Sekitar Adalah:a) Masalah Sumber Bekalan Air Bekalan sumber air bersih akan tercemar dan berkurangan akibat penebangan pokok di kawasan tadahan air dan pencemaran sungai akibat dari hakisan t anah dan pembuangan sisa toksik. b) Pengurusan Sistem Pepejal Penghasilan sampah sarap oleh manusia yang semakin banyak dan tapak pelupusan sampah yang tidak bersistem boleh menyebabkan larut resap dari sampah sarap memasuki sungai yang berdekatan atau meresap ke air bawah tanah dan mencemar bekalan air. c) Haiwan Perosak Bilangan haiwan perosak yang tinggi seperti tikus, lalat dan lipas yang ma mpu menyebarkan penyakit kepada manusia semakin berleluasa. d) Pencemaran Udara Pelepasan karbon dioksida, chloro flurocarbon (CFC), sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan gasgas lain dari asap kenderaan dan kilang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar yang mampu menyebabkan kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. e) Masalah Kesihatan Air yang tercemar mengandungi bahanbahan toksik atau mengandungi vektor yang membawa penyakit kepada manusia dan haiwan seperti taun, kolera dan sebagainya. f) Kepelbagaian Biodiversiti Penebangan hutan yang tidak terkawal dan t idak terancang mampu menyebabkan spesis flora dan fauna yang amat berharga akan pupus. g) Perubahan iklim dunia Gas rumah hijau yang terbebas ke udara hasil dari pe mbakaran bahan api fosil akan terperangkap di dalam atmosfera dan menyebabkan bumi menjadi panas. Apabila suhu bumi meningkat, paras lautan menjadi tinggi dan ini akan menyebabkan banjir. Masalah kepanasan bumi ini juga akan menghasilkan kemarau yang berpanjangan. Bagaimana Kita Mengatasinya? Cara mengatasi masalah ini adalah melalui tiga perkara yang perlu dititikberatkan iaitu menstabilkan populasi, mengurangkan penggunaan sumber dan pengurusan sumber yang berkesan.
2
a) Menstabilkan populasi Apabila kita mampu mengawal kadar pertumbuhan populasi, kita dapat mengurangkan kadar permintaan populasi terhadap sumber semulajadi. Ini membolehkan sesebuah negara memfokuskan kewangan negara ke bidang pendidikan, kesihatan dan pe luang pekerjaan. Dengan mengawal kadar populasi juga, ia mampu meningkat produktiviti dan kualiti hidup apabila rakyat mampu untuk menabung dan melabur kewangan dengan baik. b) Mengamalkan Kitar Semula Dengan mengamalkan sikap mengitar semula bahan terbuang, penggunaan semula bahan terpakai, mengurangkan pembelian bahan yang tidak boleh dikitar semula dan mengamalkan amalan mesra alam seperti mengurangkan penggunaan elektrik dan air mampu mengurangkan penggunaan sumber semulajadi dalam penghasilan sesuatu produk. c) Pengurusan sumber yang berkesan Menguruskan dan mengawal sumber alam semulajadi dengan efisien dan berkesan. Dengan ini sumber tersebut boleh bertahan bagi jangkamasa panjang. Dengan mencari sumber alternatif yang boleh menggantikan sumber yang sedia ada akan membantu dalam memelihara sumber semulajadi daripada pupus. d) Pembangunan Lestari Untuk mencapai pembangunan lestari perkara-perkara yang perlu digabungkan dengan sebaiknya ialah ekonomi, sosial, politik dan ekologi bagi mencapai kestabilan serta mewujudkan kualiti hidup yang seimbang seiring dengan perkembangan pembangunan negara. Kesimpulannya, pertumbuhan populasi dunia dan kesedaran dalam memelihara a lam sekitarmerupakan masalah global yang perlu dihadapi oleh masyarakat dunia masa kini demi untuk memastikan pembangunan lestari dapat menjamin masyarakat dunia mendapat kualit i hidup yang lebih baik. TAJUK 2 : KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA Punca atau Faktor kepupusan flora dan fauna 2.1 Pembalakan Haram Pembalakan haram yang beroperasi berleluasa akan menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Operasi pembalakan haram ini t elah menyebabkan penebangan spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. Kebiasaanya aktiviti pembalakan haram ini berlaku di kawasan perlindungan seperti kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Pembalakan haram ini turut memusnahkan hidupan flora dan fauna yang lain.Pokok balak yang t umbang memusnahkan tumbuhan kecil disekitarnya dan menyebabkan haiwan kehilangan tempat tinggal dan sec ara tidak langsung tumbuhan dan haiwan itu mengalami kepupusan.Pembalakan haram dan pemba lakan yang tidak dikawal boleh menyebabkan kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa kepada perubahan suhu setempat. Dengan itu, aktiviti pembalakan harus dikawal kerana ke musnahan sesebuah kawasan hutan memerlukan masa selama 40 tahun untuk pulih semula. 2.2 Pembakaran hutan Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka menyebabkan spesis-spesis yang terancam yang terdapat dikawasan tersebut akan musnah. Contohnya pembakaran hutan yang berlaku di Kalimantan dan sumatera. Secara tidak langsung hidupan dan tumbuhan yang berada disekeliling 3
hutan tersebut akan pupus dan mati kerana kehilangan tempat tinggal kerana habitatnya telah musnah. Seperti sedia maklum satu lagi kejadian pembakaran terbuka yang berlaku di Australia. Sudah pasti hidupan flora dan fauna yang berada disekeliling kawasan tersebut akan mati.Sikap sesetengah pihak di negara membangun yang lebih gemar mengambil jalan mudah, sepert i mengamalkan "tebas dan bakar" (slash and burn) bukan saja membuatkan satu -satu kawasan hutan lenyap sama sekali, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada kalanya mengakibatkan api merebak dan menjadi kebakaran hutan yang serius dan secara tidak langsung menyumbang kepada faktor kepupusan flora dan fauna. 2.3 Pembukaan Tanah Baru. Pembukaan tanah seperti untuk pertanian, tanah - tanah rancangan oleh Felda dan Felcra juga turut memusnahkan spesis tumbuh- tumbuhan. Masalah pembukaan tanah baru ini kerana jumlah penduduk dunia meningkat, kita memerlukan kawasan yang lebih luas untuk membina rumah, kawasan industri, perniagaan dan pertanian, jaringan pengangkutan serta perkhidmatan berkaitan seperti loji bekalan air dan tapak pelupusan sampah.Contohnya pembukaan tanah baru di Lojing Gua Musang Kelantan dimana penyerahan tanah secara besar- besar kepada beberapa syarikat dengan yang bertujuan untuk membuka kawasan pertanian sepert i kebun sayur. Bagi tujuan itu maka banyak hutan ditebang dan dibersihkan dan f lora dan fauna yang berada disekeliling kawasan itu akan mengalami kepupusan. 2.4 Pemburu Haram Aktiviti pemburuan secara haram yang berleluasa adalah merupakan salah satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini. Keadaan ini berlaku kerana pemintaan binatang yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. Contohnya, Harimau Mala ya merupakan satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja. 2.5 Aktiviti Perikanan Aktiviti perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang sangat penting ter utama sekali di kawasan pinggir laut, sungai dan tasik. Kaedah perikanan tradisional yang diamalkan ole h nelayan dengan menggunakan pancing, pukat, jala dan bubu tidak mengancam kepupusan sumber ikan. Aktiviti perikanan moden yang menggunakan teknologi moden seperti penggunaan bot, kapal dan juga pukat tunda membawa kesan terhadap ekologi laut yang mengancam hidupan akuatik sekaligus boleh menyebabkan ancaman sumber protein berasaskan sumber laut. 2.6 Pencemaran Air Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair. Oleh itu, pencemaran air juga merupakan faktor kepada penyumbang kepupusan flora dan fauna. Antara punca-punca pencemaran air ialah sisa bahan buangan kilang seperti sisa-sisa tosik yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan binatang laut terjejas. 4
2.7 Peningkatan Suhu Dunia Faktor peningkatan suhu dunia adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna. Faktor perubahan iklim bukanlah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti ‘dinosour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia dan menyebabkannya maut. Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatan suhu dunia menyebabkan sesetengah speisis haiwan dan t umbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Selain itu, cuaca panas t erjadi akibat daripada pembakaran hidrokarbon yang menghasilkan CO. Interaksi CO dengan O diatmosfera menghasilkan CO2 yang menjadi terampai di at mosfera dan menghalang gelombang panjang sinar suria daripada lepas daripada lingkungan ini. Implikasi / Kesan kepupusan flora dan fauna 1 . Kepupusan hidupan liar dan spesis pokok Kegiatan manusia yang tidak dirancang sepert i aktiviti pembalakan boleh menyebabkan kesan negatif ke atas keseimbangan alam. Penebangan hutan yang keter laluan menyebabkan kepupusan spesies pokok seperti pokok meranti, cengal da n balau dan binatang seperti gajah, badak, harimau kehilangan kawasan habitat dan sumber makanan. Kegiatan penebangan hutan untuk tujuan pertanian juga membawa permukaan tanah terdedah kepada hakisan tanah dan tanah runtuhterutama sekali apabila berlaku hujan Sekali lagi, keseimbangan ekologi terancam dan dunia kehilangan suatu khazanah yang tidak dapat diganti dengan kebijaksanaan manusia. Alam semula jadi telah membina semuanya selama jutaan tahun, sementara tangan manusia mampu menghancurkannya dalam tempoh hanya beberapa dekad. 2 . Menyebabkan kepupusan hidupan akuatik Tumpahan minyak dan serta pembuangan sisa toksik ke dalam laut menyebabkan kemusnahan hidupan laut. Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat, manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai. Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan seperti haiwan air. Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air Pencemaran laut juga menyumbang kepada kepupusan hidupan laut. Sungai yang tercemar akan mengalir ke laut, dan membawa pencemaran bersama-samanya. Minyak yang tumpah kapal merebak di lautan lalu membunuh burung laut, kerang-kerang dan hidupan liar yang lain. Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisasisa kilang seperti industri memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien, bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut 3 . Menyebabkan hakisan Tanah Pembalakan yang berleluasa akan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Ini kerana kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan. Pembukaan tanah baru dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan 5
menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah. 4. Menyebabkan pencemaran udara dan pemanasan global Pembakaran hutan secara terbuka akan menyebabkan berlakunya jerebu. Penggondolan hutan dan pembalakan yang dilakukan secara meluas akan menyebabkan tiada tempat untuk menyerap haba yang dilepaskan oleh aktiviti manusia. Kegiatan pembakaran hutan secara besar -besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global.Kesannya Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari, ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas ter uk, sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.Kekeringan sumber air permukaan bumi dan ke marau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bag i menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas 5 Mecacatkan pemandangan alam Kegiatan manusia yang berterusan dan t idak terancam menyebabkan pemandangan yang indah bertukar menjadi sebuah pemandangan yang menyakitkan mata.Pe mbuangan sampah sarap ke dalam laut Langkah-langkah mengatasi kepupusan flora dan fauna 1. Pemuliharaan dan pemeliharaan Pemeliharaan ialah Usaha yang dilakukan untuk melindungi, merancang dan mengurus alam semulajadi supaya kekal dan berterusan.Manakala Pemuliharaan Usaha yang dilakukan untuk memulihkan sumber yang telah diganggu supaya kembali pada keadaan asal. 2. Penghutanan Semula Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik yang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan.penghutanan semula dilkukan di kawasan pokok balak yang telah ditebang Tujuan Penghutanan semula,Memastikan spesies pokok tidak pupus. Mengekalkan kualiti alam sekitar. Memulihara tanah dan sumber air. Mengekalkan habitat fauna dan flora. . Mengekalkan warisan hutan. 3. Menguatkuasakan akta yang telah sedia ada Pelbagai akta telah diwartakan untuk menjaga alam sekitar. Pihak kerajaan dan bukan kerajaan seharusnya bersatu dalam menangani isu ini. Antara contoh akta yang telah sedia ada: Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam hutan sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan. Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur hutan terutama kepe lbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya kepupusan. ( Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan ) mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai ta man rekreasi ,taman laut atau taman negara dengan keluasan mencukupi. 6
Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram.,( membalak di kawasan perlindungan hutan – TAMAN NEGARA ) pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal seperti tumbuhan jenis orkid . Pemerliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang. Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600 ekor seluruh Malaysia)Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan Akta kualiti Alam Sekitar (EQA) 1974 Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000. Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986. TAJUK 3 : PENGURANGAN PAYA
Ekosistem paya bakau di Malaysia akan terus terancam dan mengalami kemusnahan oleh kegiatan manusia jika langkah-langkah yang sewajarnya untuk melindunginya tidak dijalankan. Terdapat beberapa perjanjian antarabangsa yang memberikan strategi- strategi yang diperlukan dalam menjalankan pemeliharaan paya bakau. Bagi memastikan pengurusan ekosistem paya bakau di Malaysia yang berkesan maka rangka perundangan dan juga peraturan-peraturan ta mbahan adalah penting. Ini dapat memastikan pemeliharaan ekosistem paya bakau dan pe mbangunan yang lestari dapat dijalankan. Hutan bakau merupakan tempat tinggal bagi lebih daripada 60 spesies tumbuh-tumbuhan. Empat genus utama tumbuhan bakau yang mempunyai penyesuaian paling ketar a ialah Avicennia (Api-api), Rhizophora (Bakau), Sonneratia (Perepat) dan Bruguiera (Berus/Tumu).Habitat bakau menampung jumlah haiwan yang besar, daripada yang pa ling halus (zooplankton) sehinggalah kepada reptilia yang besar iaitu Buaya Muara. Penghuni hutan bakau yang paling biasa ditemui ialah Ketam Rebab, Ketam Lumpur, Ikan Belacak, Ular Bakau, Loto ng Kelabu, Memerang Licin, Berok dan Kelawar. Banyak spesies ikan, krustasia dan udang menakluki kawasan bakau semasa air pasang untuk mencari makanan. Siput, tiram dan teritip pula merupakan hidupan yang bergerak perlahan atau tidak bergerak langsung yang boleh dijumpai di atas akar pokok bakau. Hutan paya bakau berfungsi sebagai nilai ekologi, kepentingan fizikal, nilai ekonomi dan nilai sosio-budaya. Tetapi hutan bakau ini semakin diancam kemusnahan kerana tebus guna tanah , pembalakan secara berleluasa , pencemaran dan penggunaan terlebih sumber-sumber hutan paya bakau . Penghapusan paya ini mengakibatkan Kehilangan habitat semula jadi untuk haiwan dan tumbuhan , kepupusan flora dan fauna, pengurangan kawasan sumber makanan dan menjejaskan keseimbangan ekosistem kawasan paya . Oleh itu pemuliharaan hutan di kawasan paya perlulah dijalankan dengan menjalankan aktiviti penanaman semula pokok bakau, mempelajari tentang hutan bakau dan mengamalkan amalan 3r . TAJUK 4 : PEMBESARAN KAWASAN GURUN
“Penggurunan” merujuk kepada pembesaran saiz gurun yang sedia ada hingga melampaui kawasan pinggirnya, atau proses yang menukarkan sesuatu kawasan yang sebelum ini bukan gurun kepada ciri-ciri gurun yang tandus dan gersang. Kawasan pinggir gurun (Sub gurun) pada asalnya merupakan kawasan yang lembab,subur dan banyak tumbuhan berbanding dengan kawasan gurun 7
sebenar. Kawasan marginal ini seterusnya berubah memiliki ciri- ciri gurun akibat kerakusan aktiviti manusia. Akhirnya kawasan-kawasan sub gurun berkenaan bercantum dengan kawasan gurun asal atau dengan lain perkataan kawasan gurun asal membesar dan semakin luas.Lebih 1/3 dar ipada permukaan bumi diancam oleh proses penggurunan, iaitu proses untuk menjadi gurun. Sebagai contoh yang baik ialah “Gurun Sahel”. Sahel pada asalnya ialah satu kawasan sub gurun yang terletak di selatan gurun Sahara di Afrika Utara. Sebelum penggurunan berlaku Sahel merupakan sebuah padang rumput savana yang subur, t etapi sejak 20 tahun yang lalu kaw asan ini telah bertukar menjadi gurun dan bercantum dengan gurun Sahara. Ia kehilangan banyak tumbuhan, kehilangan air dan tanih seterusnya menjadi gersang akibat aktiviti manusia yang keterlaluan di kawasan tersebut seperti penyahutanan, ragutan berlebihan,pertanian yang terlalu intensif se hingga proses pemuliharaan tidak sempat dilakukan. Sebenarnya pertumbuhan penduduk yang pesat telah memaksa manusia di kawasan tersebut menggunakan sumber dan persekitarannya melebihi keupayaan untuk menampungnya. Selain daripada Afrika, gurun-gurun di India da n China turut sama mengalami pembesaran hasil teknologi petani yang mundur oleh penduduk primitif di kawasan berkenaan yang menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan secara berpindah randah. Walaupun proses penggurunan berlaku kerana faktor fizikal tetapi pengaruh dan tindakan manusia telah mempercepatkan lagi fenomena ini. Ada dua cara bagaimana aktiviti manusia menggurunkan sesuatu kawasan. Pertama, melalui kegiatan pindah ternak dan ragutan berlebihan. Padang rumput savana yang subur di musim hujan akan diragut oleh ternakan hingga ke akar umbinya (Over Grassing). Kesannya struktur tanah menjadi longgar. Pada musim kering pula ternakan-ternakan ini dipindahkan ke kawasan padang ragut yang lain yang lebih subur. Aktiviti pindah ternak mempercepatkan lagi hakisan tanah yang sudah longgar itu dan akhirnya pelindung tanah (rumput) terhapus sama sekali. Hakisan angin akan mengambil alih, menerbangkan debudebu lalu meninggalkan kawasan yang tandus-gersang. Kedua, aktiviti penyahutanan oleh penduduk asli di kawasan pinggir gurun untuk membina petempatan dan pembukaan kawasan pertanian baru guna menampung penduduk yang semakin bertambah. Sebagai contoh di Somalia dan Zaire. Tanah-tanah yang dahulunya tidak sesuai untuk pertanian telah dibuka dan dieksploitasikan tanpa kawalan. Apabila tiba musim kemarau kawasan tanah ini akan terdedah kepada hakisan angin. Angin akan menghakis-angkut lapisan atas tanih yang subur lalu meninggalkan lapisan yang tidak subur. Apabila tanah hilang kesuburan petani akan meninggalkannya lalu membuka kawasan hutan yang baru. Akhirnya proses yang sama berulang dan penggurunan semakin pesat. Pertambahan populasi sejagat yang terlalu pesat set erusnya telah membawa kepada pengeksploitasian alam yang membawa kepada pembesaran gurun . Antara sebabnya adalah seperti berikut berikut Penebangan hutan untuk pembinaan rumah dan perindustrian, Pengeksploitasian sistem saliran air semulajadi seperti air bawah tanah untuk kegunaan do mestik dan perindustrian dan Banyak tanah diteroka atau dibakar untuk dijadikan lebih banyak tempat pert anian dan penternakan . pembesaran gurun ini member kesan mengurangkan kepelbagaian spesis organisma (biodiversiti) dan semakin banyak flora dan fauna pupus dan banyak lagi yang berada pada pinggir kepupusan.Cara-cara mengatasi adalah seperti Menanam pokok dan rumput untuk melindungi tanah daripada terus terhakis, Merancang sistem pembekalan air untuk penggunaan domestik dan 8
perindustrian supaya sistem saliran air tidak terjejas dan Penyemburan petroleum untuk melindungi biji benih tumbuhan daripada kekeringan dan ditiup. TAJUK 5 : HAKISAN TANAH
Jenis-jenis hakisan tanah. Proses hakisan mempunyai kesan akibatnya. Proses hakisan pada kebiasaannya akan menyebabkan kehilangan bahan fizikal, mengurangkan kedalaman akar tumbuhan, mengurangkan tanah subur untuk kegunaan tumbuhan dan pengurangan nutrien serta bahan argonik. Selain daripada itu, ia juga menyebabkan pengurangan populasi tumbuhan sekaligus mengurangkan kitaran argonik. Kesan buruk yang t idak menyenangkan hasil hakisan tadi dialihkan ke kawasan tanah rendah yang akan menyebabkan dasar sungai menjadi cetek dan kadang kala juga merosakkan harta benda seperti jalan raya, pelabuhan dan juga empangan (Cummings,1998) Dalam pada itu, proses hakisan ini terdiri daripada beberapa jenis seperti yang berikut:Hakisan hujan. Hentaman air hujan biasanya sangat berkesan di kawasan tanah lapang yang mana pokok atau tumbuhan asal telah ditebang dan permukaan bumi terdedah pada sinaran matahari dan juga air hujan. Walau bagaimanapun, kesan hakisan air hujan ini tidak jelas di kawasan yang tertutup oleh rimbunan tumbuhan. Apa yang nyata, pada masa ini sebahagian daripada permukaan bumi telah diusahakan untuk tujuan tertentu sama ada pertanian, perlombongan, penempatan dan sebagainya telah menyebabkan permukaan bumi terdedah pada hakisan air hujan dan dalam tempoh jangka panjang menyebabkan sesuatu kawasan akan menjadi gondol. Bahan yang berbutir halus yang berada di permukaan bumi biasanya dengan mudah sahaja dipindahkan oleh air hujan ke kawasan yang lebih rendah melalui proses hanyutan. Pada kebiasaannya, air hujan yang jatuh akan membentuk satu lapisan nipis air berlumpur dan dapat menghakis dengan sama rata seluruh permukaan cerun yang kebiasaannya dikenali sebagai hanyutan cerun. Semasa air hujan tadi mengalir ke kawasan yang lebih rendah ia akan mengalir melalui alur tertentu yang seterusnya akan menghakis alur berkenaan melalui proses hakisan alur dan menghasilkan fenomena baru hasil daripada fenomena hakisan air mengalir di mana bongkah yang kuat bertindak seakan – akan sebuah payung sementara. Hakisan sungai. Aliran sungai yang mengalir sebenarnya bermula dari air hujan yang turun di kawasan tanah tinggi yang kemudiannya ke dalam alur-alur kecil. Air tadi akan terus mengalir sambil menghakis serta mengangkut bahan yang telah dihakis kemudian masuk ke dalam alur yang lebih besar seterusnya membentuk aliran sungai.Umumnya, sungai mempunyai 2 fungsi iaitu sebagai satu sistem pengairan dan kedua bertanggungjawab terhadap semua aktiviti permukaan bumi sama ada dengan cara melarut atau menghakis di kawasan sungai yang mengalir. Proses hakisan sungai ini banyak bergantung pada kuantiti air, halaju dan bahan yang diangkutnya. Dalam hal negara kita dan negara – negara tropika yang lain kita dapati bahawa kuantiti air sungai akan bertambah dengan bertambah panjang sebatang sungai yang berkenaan. Ini bermakna pertambahan kuantiti air sungai akan menambahkan kuasa hakisan air. Dalam masa yang sama air mengalir akan mengangkut bersama bahan yang terhakis sama ada dalam bentuk larutan atau puing yang dihanyutkan atau diseret di dasar sungai. 9
Bahan yang diangkut tadi dikenali sebagai muatan yang mempunyai fungsi yang sangat besar sebagai agen hakisan dasar sungai melalui lagaan, lelasan yang mana puing tadi bertindak sebagai bahan pemotong terhadap halangan yang terdapat dalam sungai berkenaan. Dalam proses hakisan sungai tadi, hakisan sungai ini boleh dibahagikan kepada 6 jenis hakisan iaitu pelarutan, pelonggaran, tindakan hidraulik, kikisan, hentaman dan lelasan.Bahan bumi yang telah mengalami hakisan tadi dipindahkan ke hilir sungai oleh aliran sungai yang berlaku dengan berbagai-bagai cara. Bahan yang boleh larut akan dipindah dalam bentuk larutan. Bahan yang berbutir halus akan dipindahkan secara ampaian. Manakala batu-batu kecil dipindahkan melalui proses golekan dan seretan dan kemampuan memindahkan bahan ini bergantung pada kuantiti air yang terdapat dalam sungai. Semakin banyak kuantiti air maka semakin tinggi keupayaan aliran sungai tadi membawa dan memindahkan bahan – bahan yang dihakis. Semasa aliran sungai tadi membawa bahan-bahan yang terhakis ia juga akan memendapkan sebahagian daripada muatan yang di bawah di sepanjang dasar sungai mengikut keadaan atau apabila tenaga mula berkurangan. Bahan yang berat seperti batu kelikir, pasir dan kelodak dan akhirnya lumpur. Walau bagaimanapun, proses pemendapan di peringkat muda dan dewasa adalah bersifat sementara kerana apabila tenaga dan kuantiti air bertambah bahan mendapan ini akan dipindahkan ke kawasan hilir sungai. Pemendapan semakin pesat apabila kecerunan sungai semakin kurang dan sungai mula berliku-liku. Di samping tenaga sungai yang berkurangan, air masin dari lautan juga berupaya mengentalkan butiran lempung atau lumpur dan menjadikannya butiran yang lebih besar. Hakisan air bawah tanah. Dalam proses hakisan tanah, hakisan bukan sekadar berlaku di atas permukaan bumi tetapi juga berlaku di dalam bumi khususnya disebabkan oleh aktiviti aliran air bawah tanah terutama sekali di kawasan batu kapur. Walau bagaimanapun, proses ini sangat lambat berbanding dengan hakisan permukaan kerana penyerapan air ke dalam bumi bergantung pada sifat ketelapan dan keporosan batu-batan termasuk rekahan batuan. Air bawah tanah bergerak keluar di anak sungai atau kawasan kaki bukit sebagai mata air dan sebahagian pula bergerak di sepanjang akuifer yang bergerak melalui lohong dan sungai bawah tanah. Menurut Ibrahim Komoo lagi hakisan bawah tanah ini lebih aktif pada kawasan batuan yang mudah terlarut khususnya di kawasan batu kapur. Pergerakan air bawah tanah di antara rekahan mampu melarutkan dinding rekahan dan mengangkut hasilnya ke tempat lain dan lama kelamaan semakin besar akhirnya membentuk gua dan sungai bawah tanah. Masalah dan kesan hakisan tanah oleh tindakan air terhadap alam sekitar dan ekonomi. Tidak dapat dinafikan bahawa hakisan tindakan air mengalir membawa kesan terhadap alam sekitar dan ekonomi negara. Dalam bidang pertanian, mengikut satu kajian yang dibuat di Amerika Syarikat pada tahun 1970an dianggarkan 4 juta tan tanah hilang akibat daripada proses hakisan, pengangkutan dan pemendapan setiap tahun. Di negara kita, kesan seumpamanya memang tidak dapat dielakkan yang telah menyebabkan banyak masalah dan kesan terhadap alam sekitar. Kesan hakisan dapat disenaraikan seperti berikut:Kekurangan tanah subur. Dalam bidang pertanian, hakisan merugikan petani kerana ia menghakis lapisan atas tanah yang subur untuk tujuan pertanian yang mana lapisan bawah tanah subur tadi adalah kurang subur 10
untuk ditanam. Kesan yang dapat dilihat sekiranya tanah subur terhakis ialah tanaman kurang subur dan kurang menghasilkan buah dan kesan ini mungkin memberikan impak terhadap pengeluaran bekalan makanan negara dan dunia amnya. Contoh paling sesuai ialah kawasan sawah padi yang terhakis akibat daripada aliran air yang membawa keluar lapisan tanah yang subur ke dalam terusan atau ruang permukaan yang tidak diusahakan. Ini akan merugikan petani kerana kesuburan tanah yang telah berkurangan di atas sawah . Kejadian banjir kilat yang merugikan. Hakisan juga sering menyebabkan kejadian banjir kilat di kawasan tanah rendah terutama sekali kawasan yang terdedah pada hakisan. Banjir kilat bukan sekadar terjadi di kawasan tanah lapang di kawasan pedalaman tetapi juga terjadi di Bandar-bandar besar yang berhampiran dengan sungai. Kejadian banjir sering berlaku akibat daripada dasar sungai yang cetek menyebabkan air melimpah keluar.Kejadian dasar sungai menjadi cetek adalah disebabkan oleh aktiviti hakisan sungai di kawasan hulu atau kawasan pedalaman yang mana terdapat permukaan bumi yang terdedah pada air hujan. Kawasan ini biasanya kawasan yang diterokai oleh aktiviti pembalakan dan aktiviti pertanian pindah.
Banjir kilat bukan sekadar merugikan kerajaan kerana penyelenggaraan empangan yang semakin cetek tetapi juga dasar sungai yang cetek atau pembinaan benteng tetapi juga merugikan para petani kerana kehilangan lapisan permukaan tanah yang subur untuk tujuan pertanian. Dalam pada itu, kejadian hakisan di kawasan kaki bukit juga merugikan negara kerana kesannya seperti tanah runtuh selalu merosakkan jalan raya yang bukan sekadar memerlukan kos penyelenggaraan tetapi juga menghentikan aktiviti ekonomi kerana jalan perhubungan yang terganggu. Sebagai contoh, kejadian tanah runtuh di sepanjang jalan ke Genting Highlands dan Cameroon Highlands yang merugikan petani dan pengusaha hotel kerana aktiviti ekonomi terjejas apabila berlaku kejadian tanah runtuh. Jika dilihat dari sudut alam sekitar pula, kejadian hakisan memang banyak matangkan masalah seperti berikut:Tanah runtuh yang membahayakan. Kawasan kaki bukit biasanya sering terjadi kejadian tanah runtuh sehingga melibatkan banyak kesan buruk terhadap alam sekitar. Ini dapat dilihat jika berlaku kejadian tanah runtuh kawasan tadahan hujan ia akan menyebabkan pengangkutan bahan hakisan ke kawasan empangan dan kawasan tadahan akan terjejas akibat daripada aktiviti hakisan. Dalam kes tertentu, tanah runtuh bukan sekadar mencemarkan sungai tetapi juga akan menyebabkan kehilangan nyawa dan juga kepupusan hutan.
kejadian tanah runtuh seperti ini sangat merugikan kerana kerosakan permukaan fizikal yang mungkin boleh dieksploitasi untuk tujuan pelancongan. Walau bagaimanapun, tidak semua kesan hakisan ini tidak memberi faedah kepada ekonomi negara kerana dalam hal tertentu khususnya di kawasan bukit batu kapur kesan hakisan di kawasan berkenaan boleh dieksploitasi untuk tujuan pelancongan. Ini disebabkan proses hakisan di kawasan ini meninggalkan formasi istimewa seperti gua, stalaktit dan stalagmit sepert i Gua Gomantong di Sabah dan Gua Mulu di Sarawak. Pengurangan lapisan tanah subur. 11
Proses hakisan bukan sekadar merosakkan permukaan bumi yang terdedah tetapi sekaligus mengangkut lapisan tanah yang kaya dengan nutrien dan humus yang sangat berguna kepada aktiviti pertanian. Pada kebiasaannya, tanah subur ini akan dipindahkan ke kawasan yang lebih rendah dan ditimbunkan sebagai delta tetapi dalam hal tertentu tanah subur ini akan terus ke laut dan hilang yang secara langsung tidak memberikan faedah kepada aktiviti pertanian. Dasar sungai dan empangan menjadi cetek. Hakisan akibat daripada aliran air yang mengangkut bersama bahan peroi yang dihakis di kawasan tanah tinggi akan dibawa bersama dan dimendapkan di sepanjang sungai. Sekiranya aktiviti hakisan yang pesat di bahagian hulu sungai berkenaan lama kelamaan dasar sungai dan empangan akan menjadi cetek yang boleh menyebabkan banjir. Jadi hal ini sangat merugikan kerana dasar sungai dan empangan perlu diperdalamkan untuk mengelakkan sungai menjadi kering pada musim panas dan banjir pada musim tengkujuh.
TAJUK 6 : PENCEMARAN AIR, UDARA BUNYI DAN TANAH PENCEMARAN AIR Punca Pencemaran Air Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama. Kepesatan pembangunan industri, perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya. Sekiranya fenomena ini berterusan, tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .
Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti sisa toksid dibuang ke sungai atau laut. Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat dan kadang kala kilang juga membuang bahan beracun ke dalam sungai. Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga akan dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai. Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.Sikap individu itu sendiri menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran air di negara kita. Pembuangan bahan bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis sering kali dilakukan oleh sesetengah individu sehingga lupa tanggungjawab dan kepentingan menjaga alam sekitar. Penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian juga menyebabkan hakisan tanah berlaku dan ini seterusnya akan mengakibatkan mendakan berlaku. Mendakan ini akan mencetekkan sungai dan air sungai menjadi keruh. Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air. Ini adalah kerana penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai lalu mendakan berlaku. Mendakan ini bukan sahaja akan mencetekkan lagi paras air sungai tetapi akan mengakibatkan berlakunya banjir. Hakikatnya pelbagai punca berlakunya pencemaran adalah disebabkan oleh faktor masyarakat kita sendiri mahupun dari pihak-pihak tertentu yang tidak peka pada keadaan sekeliling dan hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira sebab dan akibat yang akan berlaku akibat tindakan mereka itu. 12
Kesan Pencemaran Air Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut. Kesan pencemaran air ini juga memberi kesan yang banyak kepada organisma laut di perairan cetek kesan daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam hidupan laut serta burung. Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut. PENCEMARAN BUNYI Punca Bunyi Bising Sumber utama pencemaran bunyi bising boleh dibahagikan kepada tiga sumber iaitu kebisingan pengangkutan, industri dan pembinaan serta kebisingan dari manusia. Kebisingan yang berpunca daripada pengangkutan boleh dibahagikan kepada tiga punca utama iaitu lalulintas, kapa l terbang dan keretapi. Lalu lintas merupakan punca utama pencemaran kebisingan komuniti di bandar-bandar utama. Secara umumnya terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kebisingan lalu lintas antaranya adalah permukaan jalan dan jenis jalan, kelajuan kenderaan, nisbah laluan lori, kecerunan dan persimpangan jalan dan keadaan cuaca.
Kebisingan kapal terbang amat ketara bagi komuniti yang tinggal berhampiran dengan lapangan terbang. Kebisingan kapal terbang bergantung kepada jenisnya, kuasa enjin dan keadaan operasi di lapangan terbang. Masalah kebisingan dari sumber keretapi lebih ketara di kawasan tertentu sahaja, misalnya di kawasan luar bandar yang biasanya terdapat landasan keretapi yang melaluinya. Punca utama kebisingan adalah daripada roda dan landasan keretapi. Kebisingan daripada operasi industri adalah daripada mesin dan peralatannya. Paras tekanan bising industri adalah sukar ditentukan disebabkan saiz dan bentuk pelbagai industri di samping mempunyai gelombang pelbagai sumber kebisingan. Operasi pembinaan pula bersifat sementara, namun untuk projek besar ia akan memakan masa yang lama. Kebisingan ini biasanya dihasilkan oleh penggunaan jentera dalam proses pembinaan. Penanaman cerucuk biasanya mengeluarkan bunyi yang kuat kerana hentakan besi cerucuk dan enjin mesin hentakan. Kebisingan pembinaan juga dihasilkan oleh mesin pembancuh simen, trak pengangkut dan janakuasa yang digunakan. Kebisingan daripada aktiviti harian manusia dan suara manusia juga menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi. Kebisingan ini ter masuklah berpunca daripada radio, televisyen dan sebagainya serta daripada binatang peliharaan seperti anjing. Kebisingan ini amat ketara di kawasan-kawasan perumahan berkepadatan tinggi.
13
Kesan Pencemaran Bunyi Apabila kita membincangkan tentang kebisingan, secara tidak langsung kesan-kesan kebisingan juga perlu dibincangkan kerana kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat. Kebisingan dikenal pasti meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan manusia. Kesan kebisingan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan biologikal dan psikologi serta kesan ke atas ekonomi. Kesan biologikal dan psikologi boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu gangguan komunikasi dan pendidikan, kesihatan dan habitaliti. Manakala kesan kepada ekonomi pula ialah dari segi nilai harta benda.
Bunyi bising boleh mengganggu komunikasi misalnya percakapan secara langsung atau melalui telefon. Kebisingan juga boleh mengganggu kenikmatan mendengar radio, televisyen, waktu pembelajaran serta waktu rehat seseorang. Kebisingan yang melampau juga boleh mengakibatkan kesan negatif kepada pendengaran. Kesan yang nyata adalah seperti pekak dan pengurangan keupayaan pendengaran. Rosen (dalam Mulholland, 1981) menyatakan bahawa bunyi bising boleh mengganggu pertumbuhan kanak-kanak misalnya kulit menjadi pucat, selaput lendir menjadi kering, usus kejang dan kerosakan buah pinggang. Selain itu, gangguan dalam habiliti pula termasuklah perasaan terganggu, gangguan tidur dan pekerjaan. Bunyi bising selalu dikatakan sebagai suatu tekanan dalam kehidupan moden dan kemungkinan terjadinya sakit jiwa akibat bunyi bising tidak diabaikan. Walaupun bunyi bising mempengaruhi jiwa seseorang, tetapi adalah sukar untuk kita meramalkan sifat dan tahap kesannya kerana setiap individu mempunyai sifat dan tahap penerimaan yang berbeza. Kebisingan juga boleh memberi kesan kepada tahap kecekapan dalam melaksanakan pekerjaan. Kerja-kerja yang memerlukan daya kreativiti, percakapan atau kerja-kerja rutin yang memerlukan kepantasan yang berterusan amat mudah dipengaruhi oleh bunyi bising dan seterusnya mengakibatkan terjadinya banyak kesilapan. Kesan gangguan bising kepada nilai harta benda boleh menjatuhkan nilai harta benda yang terletak berhampiran puncanya. Penyebab utama kepada kejatuhan nilai harta benda biasanya adalah berpunca daripada bunyi bising kenderaan, tetapi kesan ini hanya berkait dengan nilai tapak kediaman. Walau bagaimanapun, kesan ke atas penurunan nilai harta tanah mungkin lebih dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan sendiri. Misalnya perletakan harta tanah di suatu lokasi yang dianggap istimewa seperti berhampiran dengan pusat bandar atau kawasan yang mempunyai kemudahan awam mungkin dianggap dapat mengatasi kerugian yang dialami akibat kebisingan. Oleh itu nilainya tidak akan turun walaupun terdapatnya kebisingan kerana keutamaan yang lebih tinggi diberikan kepada faktor kemudahan awam. Langkah Mengawal Pencemaran Bunyi Usaha pengawalan bunyi adalah sukar kerana bunyi memberi makna dan berkaitan dengan kehidupan. Bunyi yang kerterlaluan seperti dari kilang-kilang pula mendatangkan kesan tidak baik dan dalam masa yang sama negara menuntut pembangunan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Kerajaan diharapkan dapat mewujudkan lebih banyak lagi kawasan dan taman industri yang jauh dari kediaman. Ertinya zon pencemaran bunyi hanya berlaku di kawasan itu sahaja sementara itu mewajibkan pengusaha kilang menyediakan alat penghadang bunyi kepada pekerja yang sentiasa berada di kawasan bunyi bising. 14
Masyarakat boleh membantu pengurangan kadar bunyi bising walaupun tidak secara keseluruhannya dengan memperlahankan bunyi radio, muzik karaoke dan bunyi motorsikal yang telah diubah suai. Perkongsian kereta merupakan strategi serampang ”tiga” mata iaitu mengurangkan kesesakan lalulintas, mengurangkan kos dan mengurangkan pencemaran bunyi. Bunyi empat buah kereta dan ruang jalanraya dan tempat letak kereta bagi empat buah kereta telah diisi oleh sebuah kereta. Cara ini juga sangat digalakkan oleh kerajaan dan rakyat harus menyokong dan mempraktikan saranan itu. Penggunaan alat dan jentera canggih dalam pembinaan mengurangkan kadar bunyi bising berbanding jentera lama. Penggunaan jentera canggih juga lebih mempercepatkan proses pembinaan terutamanya alat menanam cerucuk dan mengerudi. Projek kawasan perumahan berfasa yang memakan masa dan berhampiran dengan penduduk yang sedia ada amatlah perlu menggunakan jentera canggih walaupun iannya dilihat melibatkan kos yang besar. Malaysia kerap menganjurkan kempen-kempen kesedaran contohnya kempen berbudi bahasa, kempen anti sumbang mahram dan kempen anti dadah. Kempen kesedaran berkenaan anti pencemaran bunyi juga sangat wajar dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Masyarakat terutama golongan sasar perlu diingatkan tentang nilai ”sepasang telinga”. PENCEMARAN UDARA Jenis Pencemaran Udara Pencemaran udara terbahagi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara primer dan pencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer adalah penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.
Pencemaran udara sekunder pula adalah tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas yang lain. Sebagai contoh gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksidasetil nitrat (PAN). Punca Pencemaran Udara Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, penghasilan bahan pencemar oleh kilang, pembakaran di tempat pelupusan dan pembakaran terbuka di bandar. Selain itu pembakaran hutan yang berleluasa juga akan menyebabkan pencemaran udara berlaku. Seperti yang kita dapat lihat kejadian jerebu yang berlaku tidak lama dulu. Bahan-bahan sisa bandaran seperti sampah sarap, sisa-sisa makanan dan sebagainya juga menjadi punca kepada pencemaran. Masyarakat juga menyumbang kepada punca pencemaran berlaku akibat daripada aktiviti membakar sampah, ada juga segelintir masyarakat yang masih memasak menggunakan arang atau kayu, merokok dan sebagainya lagi.
15
Kesan Pencemaran Udara Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu. Malangnya kecanggihan teknologi pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi. Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak. PENCEMARAN TANAH Umpama udara dan air, tanah merupakan komponen penting dalam kehidupan kita. T anah turut berperan penting dalam memelihara keseimbangan ekosiste m di bumi tercinta kita. Pencemaran tanah bermaksud sebarang pertukaran warna,kesuburan dan hakisan tanah di kawasan tertentu disebabkan oleh tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab.Pencemaran tanah disebabkan oleh (a) pembuangan sampah sesuka hati, (b) bahan buangan daripada kilang, (c) kegiatan perlombongan dan (d) kegiatan pertanian. (a) Pembuangan sampah sesuka hati Pembuangan sampah yang tidak memenuhi syarat, iaitu illegal dumping telah mengakibatkan masalah pencemaran tanah. Pengurusan sampah yang tidak betul akan menjurus kepada pencemaran tanah. Apabila masyarakat membuang sampah ke atas tanah, tanah tersebut akan menjadi habitat bagi pelbagai mikroorganisma. Mikroorganisma terdiri daripada bakteria dan virus yang merupakan penyebab penyakit. Bahan cemar dar i sampah pula akan mengurangkan kualiti air tanah. Penurunan kualiti air tanah dapat dikesan dari segi perubahan fizikal sepert i bau, warna, rasa dan kemunculan lapisan minyak. PVC (polyvinyl chloride) ataupun lebih dikenali se bagai plastik dan logam sulit merupakan dua contoh sampah yang dapat mempengaruhi kemampuan tanah menyerap air. Lebih- lebih lagi plastik adalah hasil ciptaan manusia yang tidak terbiodegradasi, iaitu ianya tidak terurai walaupun berjuta- juta tahun berlalu. Walaupun perkhidmatan pembentungan dan sisa buangan telah diswastakan di Malaysia, namun pencemaran air bawah tanah mungkin berlaku di tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran. Selain itu, pencemaran tanah juga berlaku akibat pembuangan sisa kumbahan di kawasan pedalaman kerana ke mudahan yang tidak begitu lengkap.
(b) Bahan buangan daripada kilang Pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang terdiri daripada minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang. Walaupun bahan buangan tersebut ditanam dalam tanah, namun tanpa pengurusan yang mantap, pencemaran tetap berlaku disebabkan oleh logam berat iaitu litium, berlilium, merkuri dan sebagainya. Hidrokarbon petrolium, sianida dan arsenic, bahan partikel seperti PVC dan polimer turut menjurus kepada pencemaran tanah dan air bawah tanah. De ngan ini, dapat kita bayangkan sekiranya sisa-sisa toksik dan kilang dibiarkan begitu sahaja tanpa memikirkan impaknya. Hal ini kerana partikel- partikel berbahaya akan meresap masuk ke dalam tanah ketika terkena hujan atau bercampur dengan air. Keadaan akan menjadi lebih teruk lagi jikalau tindak balas kimia berlaku.
16
(c) Kegiatan perlombongan Kajian telah menunjukkan bahawa kegiatan perlombongan berskala kecil juga boleh mengakibatkan masalah pemendapan yang teruk di bahagian hilir lalu menyebabkan saliran lombong berasid. Gejala sedemikian paling teruk di Lembah Klang pada suatu masa dahulu. Selain kegiatan perlombongan emas, kegiatan perlombongan pasir dan penebus-guna tanah serta pembangunan pembangunan lain di sepanjang pantai meningkatkan ancaman kepada ekologi hidupan akuatik. Masalah akan merunsing selagi pH air t idak berada pada paras neutral, iaitu pada pH-7. Seandainya habitat hidupan akuatik sudah dicerobohi oleh sisa- sisa da n timbulan minyak, keseimbangan ekosistem akan terancam. Sumber protein akan susah diperolehi j ikalau hidupan akuatik seperti ikan mati. (d)
Kegiatan pertanian Kegiatan pertanian merupakan salah satu pembangunan tanah yang paling meluas di Malaysia. Kesan akibat daripada pertanian pindah boleh dikurangkan dengan mengamalkan pertanian tetap. Pertanian moden secara besar-besaran tanpa kawalan akan menyebabkan pencemaran tanah. Para petani tidak harus menggunakan racun serangga yang akan membawa kepada pencemaran tanah. Dengan menggunakan kaedah biologi, kesuburan t anih di tanah pertanian tetap dapat dikekalkan tanpa mencemarkan alam sekitar dengan menggunakan baja organik. Hal ini disebabkan kegiatan pertanian moden yang berleluasa mungkin menyebabkan hakisan tanah. Bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh, tembok konkrit dibina di kawasan cerun bukit di sepanjang lebuh raya di Malaysia. Tumbuh-tumbuhan dapat membendung hakisan tanih kerana akar tumbuhan dapat mencengkam tanah. Pembangunan kawasan tanah tinggi turut mengakibatkan penambahan mendapan yang tinggi di hilir su ngai dan seterusnya menyebabkan banjir berlaku. Kegiatan pertanian yang biasanya dijalankan di tanah tinggi juga menjurus kepada pencemaran alam. Sebabnya ialah tanah tinggi merupakan sumber air. Anak-anak sungai akan menjadi sungai dan menjadi sumber air kepada kawasan berpendudukan besar. Tambahan pula, kebanyakan empangan didirikan di kawasan tanah tinggi. Air yang diperoleh di kawasan tanah tinggi biasanya lebih bersih daripada air dari sungai di kawasan hilir. Seterusnya, dari segi perladangan, industri perladangan membersihkan kawasan tanah tinggi yang besar untuk tujuan perladangan. Untuk mendapatkan lebih banyak kawasan penanaman, kawasan paya di sekeliling tanah tinggi akan dikeringkan melalui pengaliran air paya. Pengeringan sepert i ini akan menyebabkan pengurangan aras air bawah tanah bagi kawasan tanah tinggi dan menyebabkan hasil yang kurang. Hal ini kerana sebarang perubahan yang berlaku kepada ekos istem di tanah tinggi akan menjejaskan ekosistem lain yang bergantung kepadanya di kawasan kaki ta nah tinggi. Kesimpulannya, manusia tidat harus mengabaikan alam sekitar se mata- mata untuk mengejar pembangunan dan keuntungan. Kita harus pertimbangkan masa depan generasi akan datang disamping memenuhi kehendak sendiri untuk lebih maju ke hadapan. Dengan berpandukan prinsip kesembilan Islam Hadhari, penjagaan alam sekitar terus digalakkan untuk memastikan keseimbangan antara keperluan pembangunan dengan alam sekitar dikekalkan.
17
TAJUK 7 : PENIPISAN LAPISAN OZON
Ozon(O3) merupakan sebatian yang terdiri dar ipada tiga atom oksigen setiap molekul. Pada suhu dan tekanan biasa ia berbentuk gas biru. Ozon membentuk cecair biru tua pada suhu bawah -112 C, dan cecair biru tua gelap pada suhu di bawah -193 C. Ozon dijumpai oleh Christian Friedrich Schonbein pada tahun 1840. Ozon diketahui berupaya menyerap radiasi UV -B. Ozon terbentuk secara semulajadi di lapisan ozon. Lapisan ozon terhakis oleh klorofluorokarbon (CFC). Secara semulajadi, ozon terhasil melalui tindak balas cahaya u ltra-lembayung dengan atmosfera bumi dan membentuk satu lapisan ozon pada ketinggian 50 kilometer. Penipisan lapisan ozon
Berlaku di ruang Stratosfera. Melibatkan pemusnahan ikatan kovalen tiga atom oksigen yang membentuk lapisan ozon leh Kloroflorokarbon (CFC) dab Halon yang juga dibebaskan daripada industri dan pengguna. CFC mudah bertindak balas dengan atom oksigen dalam ozon membentuk klorin monoksida(GLO). ikatan kovalen GLO akan putus apabila menerima s inar lembayung (UV) matahari dan akan membebaskan atom klorin yang akan menyerang pula atom oksigen yang lain. Proses yang berterusan akan menyebabkan lapisan ozon semakin menipis dan seterusnya meningkatkan kemasukan bahangan matahari ke ruang atmosfera bumi. Perubahan-perubahan yang diperhatikan selama ini ialah Lapisan Ozon semakin menipis, Penggunaan bahan yang mengandungi Kloroflorokarbon(CFC) semakin berta mbah, Semakin banyak industri berkembang di merata dunia, Kerajaan mengalakan berkereta kongsi, Isu ujian nuklear sering diperbincangan, Penyakit kulit semakin berleluasa, Paras a ir semakin menigkat dan Suhu dunia semakin meningkat. Punca-punca penipisan lapisan ozon adalah Penggunaan bahan kloroflorokarbon.CFC boleh bertindak sebagai pemangkin yang mempercepatkan penipisan lapisan ozon dengan kehadiran cahaya ultraungu yang tinggi contohnya dalam industry pet i sejuk, pendingin hawa. Melalui kegiatan perindustrian, asap mengandungi gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida dan sulfur doksida dibebaskan ke ruang udara menyebabkan haba terperangkap di lapisan troposfera dan mengalami kekurangan bahangan bumi dan menjadi semakin sejuk. Pelepasan nitrogen dioksida terhasil daripada aktiviti manusia sepert i ujian bom, buklear, pelancaran roket. Contohnya pembebasan gas nitrogen oksida melalui ujian nuklear menyebabkan lapisan ozon musnah. Contohnya, negara Amerika, India dan Pakistan. Penyahhutanan secara meluas dimana tumbuh-tumbuhan berperanan membebaskan oksien dan menyerap gas karbon dioksida melalui proses fotosintesis menyebabkan kandungan oksigen di atmosfera berkurangan dan pembentukan ozon terjejas. Bilangan kenderaan bermotor berlaku peningkatan jumlah kenderaan meningkatkan gas karbon dioksida di atmosfera menyebabkan peningkatan suhu di lapisan tro posfera dan penurunan suhu di straosfera lalu mempengaruhi pertambahan hablur ais dan mempercepatkan proses penipisan lapisan ozon. Penipisan lapisan ozon memberi kesan seperti Gangguan kesihatan seperti strok haba, penyakit kulit mudah demam, ketarak mata, kehilangan air dalam badan dan lain-lain yang berkaitan dengan cuaca panas. Menjejaskan bekalan air kepada penduduk – cuaca panas 18
melampau/kemarau menyebabkan sumber-sumber air khususnya sungai dan t asik dan empangan akan terjejas seterusnya bekalan air bersih kepada penduduk juga terjejas. Ia cepat merebaknya penyakit seperti taun dan malaria yang amat merbahaya kepada manusia dan boleh membawa maut. Menjejaskan persekitaran sosial penduduk seperti riadah keranan cuaca t erlalu panas. Risiko banjir laut dan penenggelaman kawasan daratan pantai yang mungkin menjadi penempatan manusia akibat pencairan ais benua yang terjadi apabila suhu dunia meningkat. Penipisan lapisan ozon meyebabkan sinaran ultraungu berlebihan lalu memyebabkan perubahan iklim dunia dalam jangka pendek berlakunya pemanasan global manakala dalam jangka masa panjang kekurangan ozon menyebabkan haba bumi terbebas ke angkasa dan tidak terperangkap oleh atmosfera menyebabkan suhu bumi menjadi sejuk. Peningkatan suhu global menyebabkan aras lautan meningkat dan menengelamkan kawasan rendah, peningkatan aras lautan berlaku sebanyak 2mm setahun. Ekosostem akuati terjejas dengan penigkatan sinaran ultraungu menganggu proses fotosintesis bagi hidupan plankton menyebabkan rantaian makanan di laut terjejas dan menjejaskan sumber ikan. Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu meningkat dan memusnahkan se dan mikro organism yang terdapat di dalm badan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Pertambahan sinar ultraungu menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia disebabkan kerana menyebabkan kulit semakin tebal dan pembentukan kedut serta keanjalan kulit dikurangkan. Memusnahkan urat saraf, kecacatan anggota daya ketahanan serta mengurangkan pengeluaran antibody badan dan melemahkan sistem uminiti badan dan gangguan pernafasan. Pemanasan global dan penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu menjejaskan pert umbuhan tanaman seperti proses berbunga antara tananman yang terjejas ialah gandum, kacang soya. Menyebabkan kemusnahan fitoplankton yang menjadi makanan ikandan pemusnahan terumbu karang dan te mpat pembiakan ikan. TAJUK 8 : PEMANASAN SEJAGAT
Secara umumnya suhu purata Bumi tidak begitu stabil, malah berubah mengikut masa, sepert i yang telah dibuktikan melalui analisis lapisan geologi. Planet k ita adalah beberapa puluh darjah lebih sejuk pada 20 000 tahun yang lepas, iaitu pada puncak zaman salji glasier. Perubahan suhu ini sebenarnya amat perlahan, suhu berubah sebanyak 0.2 darjah dari tahun 1000 sehingga hujung kurun ke-19.Fakta yang merisaukan komuniti antarabangsa ialah betapa cepatnya suhu berubah sekarang ini, kecepatan perubahan yang tidak pernah berlaku di zaman dahulu. Sejak hujung kurun ke-19, lebih kurang dalam seratus tahun saja, suhu purat a telah naik 0.6 darjah. Simulasi komputer pula menunjukkan bahawa pemanasan akan menjadi lebih cepat dan suhu purata boleh meningkat sebanyak 1.4 hingga 5.8 darjah pada hujung kurun ke- 21. Fenomena ini kita panggil pemanasan global. Kesan Rumah Hijau Variasi suhu atmosfera secara umumnya berkaitan dengan beberapa faktor sepert i perubahan aktiviti Matahari, atau kelajuan putaran Bumi. Tetapi, kebanyakan pakar-pakar sains percaya bahawa pemanasan global adalah disebabkan, terutamanya, oleh kesan rumah hijau. Kesan ini terjadi apabila sebahagian besar tenaga dari Matahari yang sampai kepermukaan Bumi tidak dipantulkan semula keluar ke angkasa lepas, malah diserapi oleh at mosfera kita.Seperti yang telah 19
kita dapati, menurut hukum Wien, sifat sinaran dari sat u objek bergantung kepada suhunya. Matahari yang mempunya suhu permukaan 6000 darjah, bersinar t erutamamya didalam gelombang tampak dimana tenaganya masuk secara mudahnya ke atmosfera kita. Tetapi, disebabkan suhu Bumi jauh lebih rendah dari suhu Matahari, planet kita mengeluarkan kembali tenaga ini dalam bentuk sinaran inframerah. Gas- gas tertentu seperti karbondioksida, methane dan nitrogen oksida, yang juga lutsinar dalam gelombang tampak, adalah legap dalam sinaran inframerah. Ciri-ciri mereka ini menghalang tenaga dari keluar semula keangkasa lepas. Mereka menyerap tenaga tersebut menjadikan atmosfera kita panas. Sebahagian besar tenaga solar ini diserap oleh atmosfera bawahan,seperti yang terjadi keatas planet Zuhrah.Besar kemungkinan kesan rumah hijau dan pemanasan global ini, yang mencepat sejak kurun ke-19, berpunca dari kesan aktiviti manusia keatas alam sekitar. Kebanyakan gas yang mempunyai ciri-ciri kesan rumah hijau telah dilepaskan ke atmosfera melalui aktiviti-aktiviti moden yang menggunakan fossil fuel di dalam industri dan kenderaan. Ia juga boleh disebabkan oleh aktiviti agrikultur tertentu seperti ternakan lembu. Kita jangka bahawa gas karbon-dioksida t elah dinaikkan sebanyak 30 peratus sejak bermulanya era industri, iaitu satu sumbangan besar yang memburukkan kesan rumah hijau. Kesan Pemanasan sejagat Pemanasan global menyebabkan glasier mencair dan tahap air laut meningkat sebanyak beberapa puluh sentimeter. Ketebalan ais di kutub juga menjadi kurang. Sejak kurun ke-21, fenomena ini meningkat semakin cepat, dimana kesannya kelihatan semakin ketara, ter utamanya peningkatan tahap air laut dan perubahan cuaca secara ekstrim yang melibatkan kemarau dan kitaran presipitasi yang dahsyat.Kesan ini dapat dirasai oleh manusia dengan kekerapan banjir, kemarau panjang, kekurangan air minuman, sebaran penyakit malaria, kekurangan zon tepi laut atau kekurangan bilangan pulau. Dalam jangkamasa yang panjang, dengan pencairan a is di Greenland yang menyebabkan tahap air laut naik sebanyak 6 meter, kita dapat meramalkan kehilangan sebahagian besar zon tepi laut dunia.
Dihadapkan dengan ancaman tersebut dan keperluan usaha untuk menangani masalah ini, komuniti antarabangsa didapati agak segan. Protokol Kyoto telah dirundingkan dalam tahun 1997 bertujuan untuk memaksa negara industri untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan pencemaran udara yang memburukkan kesan rumah hijau. Hasil dari k eputusan Russia untuk menyertai protokol ini, usaha ini ada peluang untuk membawa hasil. Tetapi, tanpa penyertaan Amerika Syarikat, yang buat masa ini merupakan pencemar udara terbesar di dunia, hasil usahan dari protokol ini agak terhad. Disebabkan perjanjian ini t idak begitu ambitious, kami percaya ia tidak begitu mampu untuk melambatkan pemanasan global dengan berkesan. Oleh yang demikian, bencana yang amat dahsyat masih mengancam. Antara cara untuk mengatasinya dicadangkan menggunakan pengangkutan awam dan mengenakan kelengkapan bekerja.
TAJUK 9 : PENGURANGAN SUMBER AIR , MINERAL DAN BAHANAPI
Kekurangan sumber galian merujuk kepada semakin kurang sumber dan akan habis jika digunakan secara berterusan, contoh bijih t imah.faktor menyebabkan berlaku Kekurangan bekalan sumber galian harga pasaran meningkat , meningkatkan hasil penerokaan , permintaan tinggi , perkembangan teknologi dan penerokaan yang tidak terkawal. Kekurangan sumber mineral 20
merujuk kepada teknologi meningkat , pendapatan negara bertambah , taraf hidup rakyat ditingkatankan dan penambahan peluang pekerjaan. Ini menunjukkan kepada faedah yang diperolehi tetapi in mendatangkan keburukan iaitu menunjukkan sumber mineral semakin kekurangan dimana generasi akan datang tidak dapat menimati faedah. Ini juga akan membawa kepada pencemaran tanah, air dan udara seterusnya menjejaskan ekosistem Sehubingan dengan itu setiap individu perlu kesedaran atas sikap jimat-cermat.Masyarakat perlu kajian geoteknik manakala Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan ITRI (Penyelidikan Bijih Timah Antarabangsa) dan SEATRAD (Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Asia Tenggara) untuk memperbaiki dan memperluas kegunaan bijih timah
FAKTOR KEKURANGAN BEKALAN SUMBER BAHAN API
Penambahan penggunaan kenderaan secara tidak lansungnya telah menambahgunakan sumber bahan api kerana kenderaan memerlukan bahan api fosil ( petrol dan diesel) untuk berfungsi. Bahan api fosil ini dihasilkan daripada sumber bahan. Sumber bahan api juga digunakan untuk menjana elektrik di Malaysia. penjanaan elektrik di Malaysia masih bergantung kepada bahan api fosil di mana ia merangkumi 85 peratus daripada jumlah elektrik yang dijana dalam negara. Hanya 1 peratus sahaja menggunakan sumber yang boleh diperbaharui.Kesesakan lalu lintas juga menyebabkan penggunaan petrol yang banyak dan secara tidak langsungnya telah menambah gunanya bahan api fosil. Ini mengambarkan pembangunan negara dan masyarakat t etapi ianya memerlukan kos yang tinggi untuk menghasilkan alternatif sumber bahan api yang berkesan dan berguna.Generasi yang akan datang mungkin tidak dapat menikmati sumber bahan api semula jadi.set iap Individu perlulah berjimat cermat dalam penggunaan sumber.Masyarakat bersama-sama mengamalkan amalan berongsi kereta dan menggunakan pengangkutan awam sperti ystem transit ringan(LRT), bas dan keretapi. Mengubah tabiat dan cara hidup seiring dangan usaha kerajaan untuk menggurangkan masalah ini.Kerajaan pula perlulah memberi intensif cukai kepada mereka yang membeli peralatan yang jimat tenaga seperti panel solar . Berusaha untuk menghasilan sumber-sumber yang boleh diperbaharui untuk menggantikan sumber yang tidak dapat diperbaharui seperti hidro,ombak, angina dan bahan api bio. KEKURANGAN BEKALAN SUMBER AIR
Kekurangan sumber air adalah disebabkan pencemaran sumber air. Ini juga diakibatkan oleh tindakan manusia yang membazir. Perkembangan aktiviti pembangunan dan perindustrian menyebabkan populasi semakin meningkat. Keadaan ini menyebabkan sumber air semakin kekurangan. Generasi akan datang tidak dapat menikmati faedah dan kekurangan sumber minuman. Ini jelas akan menjejaskan ekosistem. Dengnan ini setiap individu perlu kesedaran atas sikap jimat-cermat. Lawatan dan tinjauan ke kilang-kilang untuk mengawal pembuangan sisa buangan ke dalam sungai. Kerajaan perlu membina empangan supaya saluran paip dibina supaya tidak bocor. Pengawalan bekalan air bersih oleh jabatan bekalan air. Mengkaji kualiti 86 batang sungai serta pengurusan sumber air di bawah akta kualiti alam sekitar 1974. 21
TAJUK 10 : PEMENDAPAN ASID PADA PERMUKAAN BUMI
Pemendapan berasid boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu mendapan basah dan mendapan kering. Pemendapan basah berasid lebih dikenali dan disebut sebagai hujan asid. Walaubagaimanapun, hujan asid adalah salah satu komponen pemendapan berasid. Di negaranegara tropika, kira-kira separuh daripada jumlah asid yang ter mendap adalah dalam bentuk jatuhan kering. Dalam proses pemendapan basah, asid sulfur ik dan asid nitrik akan bergabung dengan wap air semasa pembentukan awan. Titisan-t itisan ini akan terjatuh ke bumi dalam bentuk hujan dan salji. Hujan menunjukkan keasidan yang tinggi apabila kepekatan asid tinggi. Gas sulfur dioksida, nitrogen oksida dan asid nitrik serta aeroso l asid juga termendap apabila tersentuh dan terlekat pada permukaan tumbuhan, tanah dan bahan lain semasa cuaca baik. Proses ini dikenali sebagai pemendapan kering. Disamping itu juga, asid-asid t ersebut melekat pada zarahzarah terampai di udara dan akan termendap ke permukaan tanah, bangunan, tumbuhan dan sebagainya lalu berlakunya pemendapan kering berasid. Kesan pemendapan asid Terhadap Manusia ialah menjejaskan Kesihatan yang mengakibatkan Iritasi Mata / Kulit . Kepekatan asid yang keterlaluan di udara merosakkan sistem respiratori . Sebatian(alkali+asid), Ammonium Sulfat(kebakaran) di udara boleh mengakibatkan Keracunan Dalam kes ekstrem, paras asid yang tinggi dalam udara boleh menyebabkan iritasi terhadap kulit dan mata. Tindakbalas kimia berlaku di antara asid dan alkali dalam pro ses pembentukan sebatian, apabila terhidu, boleh menjejaskan kesihatan. Salah satu dar ipada sebatian ini ialah ammonium sulfat yang banyak dihasilkan semasa aktiviti pembakaran. Apabila dihidu pada kepekatan yang tinggi, sebatian ini didapati merosakkan sistem respirator i pada mereka yang sensitif. Sifat higroskopik ammonium sulfat yang menyerap air dalam keadaan le mbap mengakibatkan ketampakan rendah dan keadaan berjerebu. Masalah utama air berasid ialah ketelarutan logam, samada dari tanah atau paip air. Di Sweden, perigi yang tercemar oleh air bawah tanah berasid didapati airnya menjadi lebih korosit dan mengandungi tahap logam berbahaya yang tinggi terutamanya kuprum dan aluminium. Kesan terhadap kesihatan akibat meminum air berasid masih menjadi topik pendebatan oleh pakar-pakar. Bagaimanapun meminum air yang mengandungi kuprum, besi, zink dan kadmium terkakis pada kadar yang tinggi dari paip terbukti membahayakan kesihatan. Bagi hidupan akuatik pula menyebabkan Sumber air dicemari oleh bahan-bahan terhakis. Ianya akan Menjejaskan keseimbangan ekosistem seperti Laut, Sungai, Tasik . Populasi spesis yang sensitif menurun dan akan pupus kerana Ketidaktahanan terhadap kepekatan asid. Ini juga akan mengakibatkan Gangguan Pembiakan . Pengasidan menjejaskan keseimbangan ekosistem dalam tasik dan sungai. Spesies akuatik, serangga, tumbuhan dan mikro-organisma yang sensitive terhadap perubahan besar tahap keasidan didapati populasinya berkurangan apabila nilai pH menurun. Akhirnya, spesies tersebut akan pupus da lam air berasid. Antara hidupan yang sensitif dan merosot dalam air berasid adalah serangga, haiwan akuatik serta plankton, manakala katak dan kodok mengalami gangguan pembiakan. Sebaliknya, lumut dan alga berkembang maju dalam air berasid. Beberapa jenis spesies ikan yang tidak tahan kepada perubahan mendadak keasidan manakala yang lain mati disebabkan keracunan aluminium. Selepas sungai dan tasik menjadi berasid di negara-negara Scandinavia, pelbagai spesies ikan termasuk salmon Atlantic dan trout 22
telah pupus. Kejadian yang sama juga berlaku di Amerika Utara dimana salji yang mengandungi bahan-bahan berasid mencair pada musim bunga menyebabkan peningkatan keasidan air tasik dan sungai. Pada musim luruh, ikan salmon bertelur dan meninggalkan anak-anaknya untuk membesar sehingga musim berbunga. Kebanyakan anak ikan salmon mati akibat lebihan asid daripada saiji yang mencair. Peningkatan pengasidan memusnahkan khazanah zat semulajadi dalam t anah dan membebaskan aluminium serta logam berat tertentu ke dalam air bawa h tanah yang mana apabila diserap oleh tumbuhan akan menyebabkan kerosakan. D i kawasan tropika, pembakaran dan aktiviti pembersihan hutan sepanjang tahun membebaskan oksida sulfur dan oksida nitrogen ke dalam atmosfera. Walaupun kesan terhadap hutan tidak begitu ketara, namun pelepasan asid didapati meningkatkan tekstur tanah. Kajian saintifik menunjukkan bahan pencemar udara, secara langsung atau tidak langsung menyebabkan kerosakan hutan serantau. Tempoh kering dan dingin memberi kesan yang lebih buruk dan impak berkekalan ke atas pokok-pokok yang telah terdedah kepada pencemaran. Tahap kerosakan hutan di Eropah sangat membimbangkan. Contohnya, penggunaan arang batu yang mengandungi sulfur yang tinggi oleh loji janakuasa dan industri Black Triangle berdekatan sempadan Jerman, Czech dan Poland telah menyebabkan kerosakan yang ketara kepada hutan mereka. Fenomena yang sama juga diperhatikan di Chonging, China. Sulfur dioksida dilepaskan semasa proses penapisan logam seperti kuprum dan nikel, yang mana mengandungi paras sulfur yang tinggi. Pada masa dahulu, kepupusan hutan berlaku di Ashio, Jepun disebabkan oleh kepekatan sulfur dioksida yang tinggi hasil daripada penapisan kuprum. Kini boleh kita lihat kerosakan yang sama di beberapa tempat d i dunia seperti kemusnahan hutan sekitar sepuluh kilometer berdekatan kilang penapisan logam Kora Peninsula, Rusia barat. Udara kotor boleh menyebabkan kerosakan yang tidak t erhingga kepada bangunan-bangunan bersejarah kita. Sekiranya tahap pencemaran ini berterusan dan tidak di bendung segera, kerosakan bangunan-bangunan bersejarah, arca, tugu peringatan dan artifak yang diperbuat daripada batu atau mamar akan berlaku dengan pantas. Sanggupkah kita melihat pertalian sejarah kita dimakan hari di depan mata kita .Sulfur dioksida menjejaskan komposisi kulit, fabrik dan kertas menyebabkan kemerosotan mutu. Kadar tertinggi penghakisan struktur besi dan keluli berlaku di tapak -tapak industri tercemar. Ini menyebabkan kebanyakan industri memastikan bahawa setiap kenderaan baru yang dikeluarkan akan dicat lebih daripada dua lapis bagi mengelakkan kakisan pada dinding kereta. Pernahkah anda melihat apa yang merupai isikel pada dinding dan cucur atap dari bangunan lama ? Titisan hujan yang kotor menyusup masuk melalui pecahan dinding dan melarut kalsium di dalam konkrit sebelum meresap keluar melalui dindingnya. Ia bergabung dengan karbon dioksida dalam udara dan menghasilkan kalsium karbonat lalu membesar seperti isikel. Apabila kita memerhatikan isikel , kita boleh lihat titisan kekotoran di atas permukaannya. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI PEMENDAPAN ASID 1. Secara Keseluruhan adalah melalui Pencegahan dan Kawalan:
• Peraturan (akta-akta) Undang-undang • Akta Kualiti Alam Sekililing 1974 (Pindaan 1996) • Kaedah dan Teknologi Kawalan Pencemar 23
• Guna Petrolem (rendah Sulfur) dalam kegiatan Industri • Guna sistem denitrifikasi dan nyahsulfur boleh kurangkan pelepasan Oksida (Sulfur + Nitrogen) • Pasang pengubah bermangkin (ubah sifat pencemar) pada enjin kenderaan • Perancangan Alam Sekitar Pengawalan pelepasan yang berpunca daripada keg iatan industri biasanya dikawal dengan dua kaedah iaitu bagi akt iviti yang menggunakan petroleum, maka mereka akan menggunakan petroleum dengan kandungan sulfur rendah. Manakala satu lagi kaedah ialah dengan menggunakan peralatan yang dapat mengurangkan kandungan pencemar udara di dalam gas yang akan dilepaskan. Penggunaan sistem denitrifikasi dan nyahsulfur ini dapat mengurangkan pelepasan oksida nitrogen dan oksida sulfur.Kawalan dari kenderaan juga dilakukan dengan cara mengawal pelepasan dari ekzos kenderaan. Kebanyakan kenderaan di seluruh dunia mula memasang pengubah bermangkin (catalytic converter) pada enjin kenderaan. Pemasangan pengubah beermangkin ini akan membolehkan sifat pencemar yang terhasil dari pembakaran bahanapi diuba h sebelum ianya dilepaskan ke atmosfera. Di samping penggunaan teknologi dan peralatan dalam pengawalan pencemaran udara, pihak kerajaan juga telah mengubal pelbagai undang-undang bagi mengawal pelepasan pencemaran udara. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekililing 1974 (Pindaan 1996), terdapat pelbagai peraturan bagi mengawal pelepasan pencemar udara seperti : i) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978 ii) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 iii) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasa n Daripada Enjin Petrol) 1996 Penentuan tahap pelepasan yang dibenarkan di dalam sesuatu peraturan biasanya mengambilkira dua prinsip utama iaitu : • Standard yang dihad bagi mencapai tahap pengurangan yang dikehendaki dengan andaian teknologi bagi kawalan pelepasan ini akan wujud di masa akan datang, dan • Mengambilkira teknologi sedia ada yang bersesuaian serta menentukan standard yang mana teknologi tersebut mampu lakukan. Secara Individu kita perlulah Jimat Tenaga kerana jika Kurang Tenaga maka Kurang sumber (minyak, gas & arang batu) yang digunakan untuk menghasilkan tenaga. Kita juga perlu selalu Menyelenggara Kenderaan (service/maintenance) . jika Kenderaan Baik ini akan Meminimakan pelepasan gas pencemar orang awam juga digalakkan untuk Guna Pengangkutan Awam . ini akan mengurang Kenderaan maka akan mengurangkan Pelepasan Gas Pencemar . setiap individu perlulah amalkan Sikap Cinta Alam Sekitar. Tidak melakukan pembakaran terbuka sesuka hati serta banyak menanam tumbuh-tumbuhan dengan pokok-pokok dapat meneutralkan pencemaran KESIMPULAN
Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas. Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih. 24
Penglibatan JAS dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.Alam semulajadi mengetahui sesuatu yang terbaik untuknya.
BIBLIOGRAFI
Ismail Hashim, 1991. Krisis Alam Sekitar : Tanggungjawab Manusia Sejagat . Akademik Khas, 1991. Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim, 1994. Kesan Negatif Kenderaan Bermotor Terhadap Alam Sekitar . Dewan Kosmik, Disember 1994. Rohaini Haris, 1994. Jabatan Alam Sekitar . Dewan Kosmik, Mei 1994. Dr. Moha Asri Abdullah, 1997. Industri Pembalakan Negara: Antara Garis Panduan dan Permasalahan. Dewan Ekonomi, April 1997. Wong Khek Seng, 1991. Hutan dan Permusnahan. Akademik Khas, 1991. Prof. Madya Dr. Abdul Halim Sulaiman, 1994. Pencemaran Air . Dewan Kosmik, Mei 1994. Tajulddin Muhammad, 1997. Pemuliharaan Alam Sekitar . Dewan Ekonomi, Jun 1997. Persidangan Maritim Malaysia. Penguatkuasaan Pencemaran Marin dan Masalah -masalahnya. Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur. 16-19 Disember 1996. Jasiman Ahmad. 1996. Isu isu Alam Sekitar, Siri Alam sekitar . Eddiplex Sdn.bhd, Kuala Lumpur. Sham Sani. 1982. Pembandaran Iklim Bandar dan Pencemaran Udara. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Zaini Ujang. 2000. Pengenalan Pencemaran Udara. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003. Ibrahim Komoo (1987). Proses Eksogen. DBP : Kuala Lumpur. Lihat M/S 32 – 53. Schneider, H. & Schneider, N. (1952). Rocks, Rivers And The Changing Earth. New York. Lihat M/S 21 – 28.Purdue.(2002). Water Erosion.
25