Pendidikan Moral - 8 Tugasan Harian~ Setiap tugasan harian mengandungi 2 nilai dan lebih daripada 250 patah perkataan... Sry if there's any mistake... >
TUGASAN DALAM KELAS Soalan 1 : Maksud Kemahiran 1. Bersikap kritikal terhadap budaya
Kemahiran bersikap kritikal terhadap budaya merangkumi sikap, empati, ingin tahu, dan menghormati. Ia boleh dilihat melalui tiga aspek yang utama iaitu Murid, Guru dan Sekolah: a) Murid- sebagai seorang murid, mereka perlu mengetahui dan memahami budaya mereka sendiri serta budaya rakan-rakan yang lain. Contohnya, murid perlu digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti kebudayaan yang diadakan disekolah. Dengan cara ini, murid akan lebih memahami tentang budaya sendiri serta budaya orang lain b) Guru- Guru perlu mencari, menyingkap, menentukan makna, nilai dan motif yang wujud dalam kepelbagaian pelajar di sekolah. Dengan ini, guru-guru dapat memahami mengenai sesuatu budaya pelajar secara menyeluruh. Contohnya, guru perlu peka terhadap penggunaan Bahasa serta intonasi yang diucapkan semasa menjalankan proses PDP supaya mengelakkan salah faham dalam kalangan pelajar terhadap Bahasa yang digunakan. Di samping itu, guru perlu berperanan sebagai perantara terhadap situasi konflik yang melibatkan isu budaya dalam kalangan budaya. c) Sekolah-disekolah pula pihak pentadbir perlu menitik beratkan isu kepelbagaian budaya dan mengambil perhatian yang serius dengan membentuk model-model yang menghuraikan hubungan dalam kelompok budaya pelajar. Contohnya, pihak sekolah perlu mengelakkan daripada mengadakan program yang hanya melibatkan satu budaya tetapi seharusnya melibatkan kepelbagaian budaya.
Soalan 2: Sub kemahiran lain Objektif: Bersikap kritikal terhadap budaya sama ada budaya sendiri mahupun budaya orang lain
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Terima pandagan orang lain tentang budaya sendiri Membuat refleksi tentang kekurangan budaya sendiri Menjadi pengantara situasi konflik antara budaya Memberi peluang mengamalkan budaya lain Berperasangka positif terhadap tindakan dan amalan Bertoleransi terhadap budaya lain. Peka terhadap sensitiviti budaya sendiri dan budaya lain. Beri peluang kepada orang lain mengamalkan budaya sendiri.
Soalan 3: Rancangan Pengajaran Harian
TAJUK : Kenali Budaya OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti pelajar dapat:1. Mengenali diri sendiri. 2. Mendedahkan cara meningkatkan konsep kendiri. 3. Mendedahkan pelajar untuk bertingkah laku sesuai ikut budaya masing-masing dan bersesuaian dengan kehidupan dalam masyarakat multibudaya. 4. Memberi peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi tentang kekurangan budaya sendiri. 5. Memberikan peluang kepada pelajar mengamalkan budaya lain. MASA : 40 minit BAHAN-BAHAN: Radio, Kiosk, Sasaran :Pelajar tingkatan 4
LANGKAH : 1. Tayangan video 2. Membuat refleksi 3. Lakonkan tentang budaya orang lain 4. Perbincangan mengenai lakonan. REFLEKSI / RUMUSAN: 1. Setiap orang mempunyai kelemahan dan kekuatan dan pelajar harus menerima kelemahan mereka secara positif. Setiap kelemahan boleh diperbaiki dan kekuatan harus ditingkatkan. 2. Pelajar harus sedar bahawa orang lain mempunyai persepsi yang berbeza-beza terhadap diri
mereka. Jika pelajar mempunyai konsep kendiri yang positif mereka akan menerima budaya orang lain. 3. Pelajar akan belajar bertingkah laku sesuai ikut kepelbagaian budaya.