TUGASAN 1 ULASAN KRITIS
Seni Dalam Pendidikan didefinisikan sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan yang melibatkan tiga elemen seni iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diintergrasikan ke dalam pendidikan. (Faridah Nazir, Nik Dzulkefli Ibrahim, Samsir Alam Arshad, Azulhaimi Ahmad, Noraini Mohd, Hartini Kana, & Sunizah Ali, 2015). Penyatuan ketiga-tiga elemen seni ini membolehkan kaedah pengajaran dan pembelajaran murid-murid efektif dan menarik perhatian. Justeru, tujuan tugasan ini dihasilkan untuk membincangkan perkaitan antara teori pembelajaran, konsep asas dan elemen seni dalam pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Tugasan ini akan membawa perbincangan kepada tiga jenis teori pembelajaran iaitu Teori Kecerdasan Pelbagai, Teori Hoka Hoki dan Teori Konstruktivisme Sosial. Gardner (1983) telah mengemukan Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu terdapat sembilan kecerdasan pada manusia. Kecerdasan ini boleh dirangsang, dipelajari, dididik dan ditingkatkan melalui pelbagai aktiviti yang pelbagai dalam seni dalam pendidikan. Aktiviti dalam pendidikan seni boleh dijalankan dengan memanfaatkan kecerdasan yang terdapat pada murid-murid dalam aktiviti berkumpulan mahupun aktiviti individu. Salah satu contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk merangsang murid mengikut kecerdasan pelbagai ialah arca mobail (Rujuk Lampiran 1). Arca mobail merupakan salah satu aktiviti bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan dalam seni dalam pendidikan. Guru boleh menggunakan aktiviti ini untuk merangsang murid dan membina masa depan berdasarkan kelebihan yang dimiliki oleh mereka. Melalui aktiviti ini, murid dapat mengaplikasikan kecerdasan visual, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonl, kecerdasan kinaestetik dan kecerdasan muzik dalam proses menghasilkan mobail mereka. Arca mobail ini mengandungi ketiga-ketiga elemen seni dalam pendidikan iaitu seni muzik, seni pergerakan dan seni visual. Ia merupakan satu aktiviti yang melibatkan kanak-kanak secara aktif, kreatif dan menyeronokkan. Dari segi elemen seni visual, arca mobail telah mengandungi unsur warna, ruang dan prinsip rekaan. Dalam menghasilkan arca mobail ini, kanak-kanak akan mementingkan unsur warna yang sesuai untuk mobail mereka.
Dari aspek elemen seni muzik dan seni pergerakan pula, guru boleh meminta murid-murid untuk mencipta lagu berdasarkan tema arca mobail yang dihasilkan. Murid-murid juga perlu memikirkan pergerakan yang sesuai untuk menyampaikan makna ara yang dihasilkan kepada guru dan murid-murid yang lain. Melalui penggabung jalinan ketiga-tiga elemen seni ini, ia akan dapat memdorong kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi, ekspresi dan inkuiri. Hermann
(1991)
dalam
bukunya,
Quadrant
Concept,
telah
mengkaji
perkembangan otak kanan dan kiri serta menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Aktiviti yang sesuai untuk memperkembangkan otak kiri dan kanan murid-murid ialah alat perkusi dan pergerakan kreatif. Murid-murid perlu mencipta lagu berdasarkan melodi yang sedia ada dan mengubah lirik lagu. Seterusnya, murid-murid perlu berfikir pergerakan yang sesuai untuk lagu yang digubah. Aktiviti alat perkusi dan pergerakan kreatif mengandungi elemen seni muzik dan seni pergerakan. Murid-murid menggunakan kaedah muzik yang berbeza iaitu alat perkusi yang berlainan untuk membuat persembahan. Walaupun setiap alat perkusi adalah berbeza, ia akan tetap memberi perhatian terhadap penghayatan kepada murid. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat. Menurut Einstein, setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantauoleh otak kiri dan otak kanan, iaitu proses imaginasi. Gardner pula menyatakan bahawa otak yang kreatif sering menghasilkan pergerakan yang menarik dan seterusnya dapat membina pelbagai kemahiran. Melalui alat perkusi dan pergerakan kreatif, kanak-kanak boleh menghasilkan pergerakan yang kreatif dengan menggunakan otak kanan melalui imaginasi, emosi, ekspresi dan kreativiti. Teori Konstruktivisme Sosial telah dipelopori oleh Lev Vygotsky yang menyatakan perkembangan konsep kanak-kanak berkembang secara sistematis, logikal dan rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain. (Noraini A. Rashid, Boon, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2015). Penglibatan dengan orang lain memberikan peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan pengetahuan dan berkongsi
membina pemahaman dengan pemikiran orang lain. Aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan untuk mengembangkan konstruktivisme sosial mereka termasuklah diorama Diorama merupakan satu strategi yang berpusatkan murid. Murid-murid dapat membina pengetahuan yang baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, tema untuk diorama ialah ‘Rusa yang Bongkak’. Melalui bimbingan guru, guru boleh menggalakkan murid bertanya semasa guru menggunakan diorama untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti menggunakan soalan ‘mengapa’ dan ‘bagaimana’ untuk bertanyakan soalan. Selain itu, guru boleh meminta murid-murid untuk membuat jangkaan terhadap insiden yang akan berlaku semasa guru bercerita tentang isi kandungan diorama yang disampaikan. Sebagai contoh, guru boleh bertanyakan kepada murid-murid ‘mengapakah rusa tidak dapat berlari’ ataupun ‘apakah terjadinya dengan rusa’ untuk membantu murid-murid membina pengetahuan yang baru kepada mereka. Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing oleh guru dan interaksi antara guru dan murid dapat membantu dan menyokong pelajaran. Penggunaan bahan diorama merupakan strategi pemusatan bahan yang dapat menarik minat murid-murid untuk belajar. Hal ini disebabkan diorama telah mengandungi elemen seni visual iaitu melibatkan warna, ruang, bentuk dan prinsip rekaan. Diorama ini merupakan bentuk konkrit di mana ia ialah bentuk objek sebenar yang bersifat tiga dimensi. Biasanya, penggunaan bahan pengajaran secara konkrit akan lebih menarik perhatian murid-murid kerana ia melibatkan bahan maujud. Kesimpulannya, pengaplikasian sesuatu teori dalam proses pengajaran itu adalah amat penting. Hal ini disebabkan ia adalah asas kepada pengajaran yang bertindak sebagao alat bantuan dan sebagai garis panduankepada keperluan murid-murid. Kefahaman yang jelas tentang teori-teori pembelajaran ini dapat membantu guru seni dalam menyesuaikan strategi pembelajaran berdasarkan kepada kaedah, teknik, dan pendekatan yang sesuai. Elemen-elemen seni dalam pendidikan juga memainkan peranan yang penting dalam membantu dan memudahkan
lagi
guru
untuk
melaksanankan
proses
pengajaran
dan
pembelajaran.Oleh itu, guru dapat mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dan elemen seni dalam pendidikan di sekolah untuk murid-murid pada masa akan datang.