TUGASAN 1 : ULASAN KRITIS Analisis secara kritis sejauh manakah guru dapat membantu pelajar di sekolah untuk membentuk generasi yang kreatif dan inovatif dalam aspek kepimpinan bagi menghadapi cabaran abad ke-21
Konsep kepimpinan boleh ditakrifkan dalam pelbagai aspek yang berbeza. Pertama, menurut Yaakob (2006) kepimpinan perlu melibatkan orang lain. Dalam erti kata lain subordinat atau pengikut. Ini berikutan kesediaan subordinat menerima arahan dari pemimpin, para kumpulan membantu dalam mewujudkan status pemimpin dan menjadikan proses kepimpinan dapat diwujudkan. Kedua, kepimpinan juga akan melibatkan pembahagian kuasa yang tidak sama di kalangan para pemimpin dan juga anggota kumpulan. Ini bermaksud bahawa pemimpin mempunyai autoriti untuk mengarah anggota kumpulannya. Ketiga, kepimpinan
boleh
didefinisikan
dalam
pendidikan
sebagai
keupayaan
mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subordinat seperti guru, staf dan pelajar supaya melaksanakan aktiviti atau program yang telah ditetapkan bagi mencapai matlamat sekolah (Yahya Don, 2005). Dalam erti kata
lain,
kepimpinan
tidak
dapat
dipisahkan
daripada
subordinat
dan
pandangan subordinat perlu dilihat dan dinilai untuk mendapatkan keputusan yang menyeluruh dan berkesan. Ketokohan yang
ada pada seseorang pemimpin bermula dari bangku
sekolah lagi. Ini bermakna penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti sama ada aktiviti kurikulum atau kokurikulum memberi sumbangan ke arah pemupukan ciri-ciri kepimpinan. Saya menyokong penyataan bahawa guru dapat membantu pelajar di sekolah untuk membentuk generasi yang kreatif dan inovatif dalam aspek kepimpinan bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Seseorang pelajar yang mendapat A dalam semua subjek masih tidak dapat dianggap cemerlang atau gemilang jika tidak ada kemahiran untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Aspek kepimpinan ini mampu membina modal insan yang berkualiti, berakhlak mulia, berketrampilan,
berwawasan
dan
mewujudkan
kesejahteraan
diri
dan
kemakmuran negara. Peranan guru dalam mengadakan program latihan kepimpinan seperti kem persatuan, kem badan beruniform, seminar ataupun kursus yang dapat
mencungkil bakat kepimpinan pelajar. Guru boleh merancang dan mengadakan berbagai bentuk dan cara latihan. Walaupun cara latihan berbeza, tetapi tujuannya adalah sama iaitu membentuk dan menghasilkan pemimpin yang lebih berkesan. Selain itu, guru boleh mengadakan beberapa aktiviti mencabar dan menarik yang dapat mencungkil bakat kepimpinan pelajar. Contohnya, satu ahli jawatankuasa boleh ditubuhkan dalam sesuatu aktiviti dan setiap pelajar ambil giliran untuk menjawat jawatan dalam jawatankuasa tersebut. Dengan itu, semua murid berpeluang untuk mendapat pengalaman dalam memimpin serta bakat kepimpinan mereka dapat dicungkil dan melatih diri menjadi pemimpin yang kreatif, kritis dan inovatif pada masa akan datang. Kepemimpinan
dalam
pandangan
Islam
merupakan
amanah
dan
tanggungjawab yang tidak hanya dipertanggungjawabkan kepada ahli yang dipimpinnya hadapan
tetapi
Allah.
juga
akan
Kepemimpinan
dipertanggungjawabkan sebenarnya
kepimpinannya
bukanlah
sesuatu
di
yang
menyenangkan tetapi merupakan tanggungjawab sekaligus amanah yang amat berat dan harus dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Hal tersebut dijelaskan dalam Al-Quran surah Al-Mu’minun: Artinya: Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janji mereka dan orang-orang yang memelihara solatnya, mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya. (Q.S. Al-Mukminun 8-11). Guru juga boleh mengadakan bengkel kepimpinan kepada pelajar. Melalui bengkel kepimpinan juga guru dapat mengenalpasti pelajar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan melalui aktiviti berkumpulan serta mengasah bakat yang sedia ada dalam kalangan pelajar. Selain itu, bengkel tersebut dapat membentuk keyakinan diri yang positif dalam kalangan pelajar dan berani ke hadapan dalam menguruskan sesuatu program. Untuk menjadi seorang pemimpin adalah mudah tetapi untuk melaksanakan fungsi-fungsi seorang pemimpin tidak semua orang boleh melakukannya. Justeru, bakat dan kemahiran mempimpin adalah sangat penting untuk memastikan keberkesanan kepimpinan seseorang individu. Kepimpinan yang baik dan berkesan dinilai apabila seseorang pemimpin itu dapat mencipta sejarah dan kegemilangan kepada organisasi yang dipimpinnya. Melalui bengkel kepimpinan juga dapat membantu membentuk keperibadian yang unggul dalam kalangan pelajar sebagai persediaan menjadi pelajar yang holistik dan cemerlang di masa hadapan.
Ini bermakna pemimpin berusaha mempengaruhi pengikutnya untuk mencapai matlamat yang dikehendaki. Maka kepimpinan bukanlah kerja seorang individu tetapi memerlukan juga kerjasama individuindividu yang lain. Secara keseluruhannya,
kepimpinan
akan
melibatkan
penggunaan
pengaruh,
komunikasi dan matlamat. Kepimpinan merupakan ilmu terapan dari ilmu-ilmu sosial, sebab prinsip-prinsip dan rumusannya diharapkan dapat mendatangkan manfaat bagi kesejahteraan manusia (Moejiono, 2002). Guru juga perlu sentiasa memberikan tugasan yang berbentuk kumpulan dalam bilik darjah. Contohnya seperti membuat aktiviti membuat wau dalam kumpulan. Dengan itu pelajar boleh bertukar-tukar pandangan dan berkongsi buah fikiran untuk menghasilkan wau yang tercantik dalam kumpulan mereka. Sebagai satu aktiviti kumpulan, penyertaan yang aktif boleh membantu pelajar meningkatkan kemahiran sosial (soft skills) mereka. Dengan kemahiran sosial yang baik, tahap interaksi dan integrasi dalam kalangan pelajar dapat dipertingkatkan lagi. Hal ini dapat melatih pelajar berfikir secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, dapat melatih pelajar berfikir secara kreatif dan kritis untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ini akan melahirkan pemimpin yang bijak, kreatif dan kritis pada masa akan datang. Kebanyakan sekolah menengah di negara kita mengamalkan sistem pengawas sebagai satu cara untuk menyemai bakat kepemimpinan dalam kalangan pelajar. Pengawas-pengawas dilantik oleh pihak sekolah dalam kalangan pelajar senior berdasarkan kriteria-kriteria seperti penampilan pelajar dari segi kelakuan dan kecerdasan mereka. Selain itu, mereka juga harus merupakan seorang yang aktif dalam kegiatan olahraga atau gerak kerja kokurikulum. Para pengawas sebagai pemimpin haruslah mempunyai sahsiah yang baik dengan kualiti peribadi yang dapat dijadikan contoh kepada pelajar yang lain. Walaupun terdapat pemimpin-pemimpin yang dilantik oleh sekolah tetapi ada juga sekolah yang memberi kebebasan kepada para pelajar untuk memilih pemimpin masing-masing. Sebagai contoh, di beberapa buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) terdapat Badan Wakil Pelajar (BWP) di mana pucuk pimpinannya dipilih oleh para pelajar sendiri bagi mewakili mereka dan memperjuangkan hal-hal kebajikan pelajar. Dalam pandangan Islam kepimpinan tidak jauh berbeza dengan model kepimpinan pada umumnya, kerana prinsip-prinsip dan sistem-sistem yang digunakan terdapat beberapa persamaan. Kepemimpinan dalam Islam pertama
kali dipelopori oleh Rasulullah. Kepemimpinan Rasulullah tidak dapat dipisahkan dengan fungsi kehadirannya sebagai pemimpin spiritual dan masyarakat. Prinsip dasar
kepimpinan
beliau
adalah
menjadi
teladan.
Kepimpinannya
mengutamakan uswatun hasanah pemberian contoh kepada para sahabatnya yang dipimpin. Rasulullah memang mempunyai keperibadian yang sangat agung, hal ini seperti yang digambarkan dalam Al-Quran: Artinya: “Dan Sesungguhnya engkau Muhammad benar-benar berada dalam akhlak yang agung”. (Q.S. al-Qalam: 4) Kepimpinan
melibatkan
bagaimana
seseorang
individu
tersebut
mempengaruhi anggota organisasi ke arah matlamat yang ingin dicapai. Bagi mencapai matlamat, pemimpin hendaklah mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan yang kukuh serta mampu memberi motivasi serta galakan yang boleh menggerakkan anggota organisasi bagi mencapai matlamat tersebut. Kepimpinan
dalam
organisasi
adalah
merupakan
faktor
penting
dalam
menentukan jatuh bangun sesebuah organisasi kerana pemimpinlah yang menentukan bagaimana anggota lain digerakkan ke tahap maksimum bagi mencapai matlamat organisasi. Saya percaya bahawa pemimpin yang berkualiti amat penting dalam menentukan hala tuju sesebuah organisasi yang cemerlang. Oleh itu, seseorang pemimpin
perlu
mempunyai
ilmu
dan
pengalaman
dalam
menguruskan
sesebuah organisasi. Walau bagaimanapun, sebaik mana langkah-langkah tersebut diambil akhirnya akan bergantung kepada sikap individu itu sendiri yang ingin berubah dan membawa perubahan. Kita sebagai guru mestilah berganding bahu dalam melahirkan pemimpin organisasi yang mantap, proaktif dan kreatif serta kritis, dan secara tidak langsung akan melahirkan generasi yang cemerlang. Hal ini sudah tentu akan mewujudkan budaya kepimpinan yang cemerlang. Saya yakin jika guru dapat merancang dan melaksanakan kegiatan yang dapat meningkatkan aspek kepimpinan dalam diri pelajar ini dengan baik, ia boleh membantu meningkatkan keyakinan pelajar dan menjadikan persekitaran sekolah
menyeronokkan.
Bakat
kepemimpinan
ini
dapat
dipupuk
dan
dikembangkan apabila seseorang pelajar dilantik sebagai ketua dalam sesuatu kegiatan. Bakat kepemimpinan ini juga amat berguna kepada para pelajar apabila sudah dewasa. Sebagai contoh, pelajar yang pernah memimpin sesuatu pertubuhan seperti pengakap, kadet remaja, dan sebagainya, mereka akan lebih
yakin untuk menjadi pemimpin sesuatu organisasi pada suatu hari nanti. Bakat kepimpinan perlu ada pada setiap diri manusia. Oleh itu, daya kepemimpinan ini haruslah dipupuk sejak awal lagi kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selaku pemimpin pelajar seseorang itu haruslah mengimbangi di antara tugas akademik dan tugas kepemimpinan. Walaupun mereka digalakkan untuk meraih sebanyak mungkin pengalaman daripada kokurikulum tetapi ilmu pengetahuan daripada buku turut tidak boleh diabaikan. Mereka haruslah peka kepada perkembangan persekitaran dan sedia menerima segala tugas dan tanggungjawab yang diberi lalu menyempurnakannya dengan bersungguh-sungguh dengan bermatlamatkan kecemerlangan dalam semua bidang yang diceburinya.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan & Ainon Mohd, Komunikasi Untuk Pemimpin (ed. Pertama), Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd. KL, 1999.
Aziah, Yaakob dan Yahya. 2006. Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar Sekolah di
Malaysia. Batu Caves Selangor. PTS Profefessional Publishing Sdn Bhd.
Moejiono Imam. 2002. Kepemimpinan dan Keorganisasian. Jogakarta: UII Press Abdullah
Hassan
Publications &
&
Ainon
Mohd, Bakat
Dan
Kemahiran
Memimpin, PTS
Distributors Sdn Bhd. KL, 2001.
Andrias Harefa, Telinga Pemimpin, Jansen Sinamo Work Ethos Training, 2002.
Al. Ramaiah, Kepemimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini, IBS Buku Sdn Bhd, Kuala
Lumpur, 1992.
Azis Yasin, Kepemimpinan Dalam Pengembangan Organisasi, Fakulti Ekonomi Universiti Mar'atus
Brawijaya, 2001. Solehah.
Kepimpinan
Kerja
Berpasukan.
Diambil
daripada
http://pembangunandiri1.blogspot.my/2012/12/kepimpinan-kerjaberpasukan_4995.html
REFLEKSI
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah kerana pada hari ini saya masih lagi diberikan peluang untuk bersama rakan-rakan dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat. Tanpa belas kasih sayang dan keizinan-Nya, sudah
tentu
saya tidak
berjaya menyempurnakan tugasan
subjek
Asas
Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru ini. Saya berasa bersemangat dan berpuas hati dengan hasil kerja saya setelah pelbagai rintangan yang perlu dihadapi untuk menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Alhamdulillah. Sebelum melakukan tugasan, taklimat tugasan telah disampaikan oleh pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan iaitu Encik Mohamad bin Abd Kadir. Melalui tugasan ini, saya perlu memberikan tumpuan kepada analisis secara kritis sejauh manakah guru dapat membantu pelajar di sekolah untuk membentuk generasi yang kreatif dan inovatif dalam aspek kepimpinan bagi
menghadapi cabaran abad ke-21. Saya bersyukur kerana soalan yang diberikan mudah untuk kami semua laksanakan. Semasa melakukan tugasan, perkara utama yang saya ingin fokuskan dalam tugasan ini adalah menganalisis secara kritis berkenaan guru dalam membantu pelajar dari aspek kepimpinan. Analisis yang perlu saya buat meliputi aspek kekuatan, contoh, cadangan penambahbaikan, sumber dan lain-lain yang difikirkan dapat menguatkan hujah dalam melahirkan pemimpin dari kalangan pelajar. Saya juga diminta mengemukakan hujah dengan contoh-contoh yang relevan. Saya sering kali mendengar keluhan rakan-rakan saya disebabkan oleh timbunan kerja kursus yang banyak. Kebanyakan pelajar akan keluh-kesah tatkala berhadapan dengan tugasan di IPG ini. Namun, bagi saya semua itu adalah perkara normal dan perkara wajar yang harus dilalui oleh seseorang pelajar. Apa gunanya belajar kalau tiada kesusahan dan apa gunanya hendak berjaya kalau tidak mahu berkorban. Kesenangan itu muncul jika kita berusaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau kesusahan. Oleh itu, saya tidak mahu mencampakkan diri saya ke dalam pemikiran yang negatif dan seterusnya boleh membuatkan saya pening kepala memikirkan masalah-masalah yang berlaku setiap kali hendak menyiapkan tugasan. Proses membuat tugasan ini saya laksanakan bersama rakan-rakan untuk menganalisis aspek kepimpinan dan berkongsi maklumat. Ketika di asrama saya telah berjumpa dengan rakan-rakan saya untuk bertukar-tukar pandangan dan menyumbangkan idea untuk menghasilkan ulasan kritis yang menarik. Pelbagai perkara yang dibincangkan oleh kami sehingga larut malam kami menyiapkan tugasan ini. Hal ini telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasama, dan disiplin antara pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melalui proses pelaksanaan tugasan ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan serta cara pengajaran pensyarah. Hal ini sekaligus dapat mengukuhkan hubungan dua hala antara kami. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakanrakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi
seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah
dalam
proses
menyiapkan
tugasan
ini
membolehkan
saya
memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan. Selain itu, saya menghadapi sedikit masalah ketika dalam proses menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah masalah dari segi rujukan di perpustakaan. Sumber rujukan yang ada di perpustakaan adalah amat terhad. Saya terpaksa meminjam buku-buku rujukan daripada rakan-rakan saya yang juga sedang sibuk menyiapkan kerja kursus ini. Pada masa yang sama juga, terdapat beberapa tugasan dan kerja kursus lain yang perlu disiapkan juga. Masa yang ada saya gunakan dengan sebaik mungkin agar tugasan ini dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Namun begitu, saya jadikan halangan-halangan tersebut sebagai sebahagian daripada lumrah kehidupan dan saya berfikiran positif sahaja. Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di IPG Kampus Sultan Mizan ini semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Tugasan ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di IPG Kampus Sultan Mizan ini. Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru pada suatu hari nanti. Saya berasa bersemangat dan berpuas hati dengan hasil kerja saya setelah pelbagai rintangan yang perlu dihadapi untuk menyiapkan tugasan ini. Sabda Rasulullah S.A.W, “Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim”, Hadis riwayat Ibnu Majah. Oleh itu, kita dituntut oleh agama Islam supaya bersungguh-sungguh menuntut ilmu pengetahuan supaya semakin bertambah ilmu, maka semakin dekatlah diri kita dengan Allah S.W.T. Ilmu itu merupakan cahaya untuk kita lebih merasai keesaan Allah S.W.T, serta kekuasaan dan keagungan-Nya. Dengan ini akan bertambahlah ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T. Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, saya akan mengaplikasikannya sebaik mungkin dalam kehidupan saya. Tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman saya tentang betapa pentingnya peranan guru dalam mengembangkan bakat kepimpinan pelajar bagi menghadapi
cabaran abad ke-21. Dengan izin Allah, saya akan menyampaikan ilmu yang amat bermanfaat ini kepada murid-murid saya pada suatu hari nanti apabila saya telah bergelar sebagai seorang guru. Setelah banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar yang mengikuti kuliah subjek ini. Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan subjek Asas Kepimpinan
dan
Perkembangan
Profesional
Guru
(EDU
3083)
ini
telah
memberikan banyak faedah dan manfaat kepada saya. Selain itu, membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.
…………………………………… (Mohamad Hilmi bin Md Zaion) PISMP Pendidikan Seni Visual 3 IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.