ABSH2103 ULUM AL-HADITH Prof Madya Dr Fauzi Deraman
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
Pengarah Projek:
Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil Dr Rozeman Abu Hassan Open University Malaysia
Penulis Modul:
Prof Madya Dr Fauzi Deraman Universiti Malaya
Penyederhana:
Surul Shahbudin Hassan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Dibangunkan oleh:
Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia
Dicetak oleh:
Meteor Doc. Sdn. Bhd. Lot 47-48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9, Jalan Serdang Raya, Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
Edisi Pertama, Disember 2009 Edisi Kedua, Disember 2012 Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Disember 2012, ABSH2103 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM)
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
Isi Kandungan Panduan Kursus
ix - xv
Topik 1
Pengenalan Hadith 1.1 Hadith Dari Segi Bahasa dan Istilah 1.1.1 Hadith Dari Segi Bahasa 1.1.2 Hadith Menurut Terminologi (Istilah) 1.2 Al-Sunnah Dari Segi Bahasa dan Istilah 1.2.1 Al-Sunnah Menurut Bahasa 1.2.2 Al-Sunnah Dari Segi Istilah 1.3 Khabar dan Athar 1.3.1 Khabar 1.3.2 Athar 1.4 Sanad dan Matan 1.4.1 Pengertian Sanad 1.4.2 Pengertian Matan Rumusan Kata Kunci Rujukan
1 2 2 4 5 5 6 8 8 9 11 12 12 13 13 14
Topik 2
Kehujahan Hadith 2.1 Dalil-dalil Bagi Kehujahan Sunnah 2.2 Kekeliruan Terhadap Hadith dan Penjelasannya Rumusan Kata Kunci Rujukan
15 16 23 25 25 26
Topik 3
Penulisan Hadith 3.1 Penulisan Hadith Di Zaman Rasulullah S.A.W 3.2 Penulisan Hadith Di Zaman Sahabat 3.3 Penulisan Hadith Di Zaman TabiÊin 3.4 Metodologi Sahabat dan Tabiin Dalam Penerimaan Hadith dan Periwayatannya Rumusan Kata Kunci Rujukan
27 28 30 31 33
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
36 36 37
iv
Topik 4
ISI KANDUNGAN
Ulum al-Hadith: Pengenalan, Kepentingan dan Sejarah Perkembangannya 4.1 Pengenalan Ulum al-Hadith 4.1.1 Matlamat Ulum al-Hadith 4.2 Kepentingan Ilmu Hadith 4.3 Sejarah Perkembangan Ulum al-Hadith 4.3.1 Ilmu Hadith Di Zaman Rasulullah S.A.W 4.3.2 Ilmu Hadith Di Zaman Sahabat 4.3.3 Ulum al-Hadith Di Kurun Kedua Hijrah 4.3.4 Ulum al-Hadith Di Kurun Ketiga Hijrah 4.3.5 Ulum al-Hadith Pada Kurun Ke-4, Ke-5 dan Ke-6 4.3.6 Zaman Kelesuan Ulum al-Hadith 4.3.7 Zaman Kebangkitan Semula Ulum al-Hadith 4.4 Karya-karya Utama Mengenai Ulum al-Hadith Rumusan Kata Kunci Rujukan
38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 50 51 51 51
Topik 5
Pembahagian Ilmu Hadith 5.1 Ilmu Hadith Riwayah 5.1.1 Ilmu Mukhtalif Hadith 5.1.2 Ilmu Nasakh dan Mansukh Hadith 5.1.3 Ilmu Gharib Hadith 5.1.4 Ilmu Asbab Wurud Hadith 5.2 Ilmu Hadith Dirayah 5.2.1 Ilmu Mustalah Hadith 5.2.2 Ilmu `Ilal al-Hadith 5.2.3 Ilmu Rijal al-Hadith 5.2.4 Ilmu al-Jarh Wa al-Ta`Dil 5.3 Adab Pelajar dan Guru Hadith 5.4 Adab Muhaddith Rumusan Kata Kunci Rujukan
52 53 53 55 55 56 57 57 58 59 59 60 63 64 65 65
Topik 6
Hadith Mutawatir dan Hadith Ahad 6.1 Hadith Mutawatir 6.1.1 Hukum Hadith Mutawatir 6.1.2 Pembahagian Hadith Mutawatir 6.1.3 Kewujudan Hadith Mutawatir 6.2 Hadith Ahad 6.2.1 Hadith Masyhur
66 67 68 68 69 70 71
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
38
ISI KANDUNGAN
v
6.2.2 Pembahagian Hadith Masyhur 6.2.3 Hadith Aziz 6.3 Hadith Gharib 6.3.1 Pembahagian Hadith Gharib atau Fard 6.3.2 Hukum Hadith Gharib Rumusan Kata Kunci Rujukan
71 74 75 75 76 77 77 77
Topik 7
Hadith Sahih 7.1 Definisi 7.2 Pembahagian Hadith Sahih 7.3 Hukum Hadith Sahih 7.4 Tingkatan Hadith Sahih Rumusan Kata Kunci Rujukan
78 78 81 82 83 90 90 90
Topik 8
Hadith DaÊif 8.1 Definisi 8.1.1 Tahap Kelemahan 8.1.2 Sebab-sebab Hadith DaÊif 8.2 Pembahagian Hadith DaÊif 8.3 Hukum Meriwayatkan Hadith DaÊif 8.3.1 Beramal Dengan Hadith DaÊif Rumusan Kata Kunci Rujukan
91 91 92 92 93 99 101 102 103 103
Topik 9
Hadith MawdhuÊ 9.1 Definisi 9.2 Sebab Lahirnya Hadith MawdhuÊ 9.3 Mengenali Hadith MawdhuÊ 9.4 Usaha Para Muhaddithin Dalam Membanteras Hadith Mawdhu` 9.5 Hukum Meriwayatkan Hadith MawdhuÊ 9.6 Hukum Beramal Dengan Hadith MawdhuÊ
104 104 105 111
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
112 114 115
vi
Topik 10
ISI KANDUNGAN
Rumusan Kata Kunci Rujukan
115 115 116
Metod Berinteraksi Dengan Hadith Nabi S.A.W 10.1 Kenapa Gagal Berinteraksi Dengan Baik 10.2 Prinsip Asas Bagi Berinteraksi Dengan Hadith 10.3 Tiada Percanggahan Antara Hadith Dengan al-Quran 10.4 Bagaimana Cara Terbaik Memahami Hadith Rumusan Kata Kunci Rujukan
117 118 119 120 122 128 128 129
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
ii
X
PANDUAN KURSUS
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
DESKRIPSI PANDUAN KURSUS Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponenkomponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.
PENGENALAN ABSH2103 Ulum al Hadith adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.
KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajian Islam (Pengurusan Islam) dengan Kepujian. Modul ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pelajar mengenai asas-asas pembinaan hukum Fiqah Islam. Modul ini dapat membina kemahiran pelajar mengenai prinsip-prinsip pembinaan hukum Islam. Lanjutan dari itu, pelajar akan dapat menjelaskan sesuatu hukum dengan lebih tepat berdasarkan kefahaman dan kemahirannya mengaplikasikan prinsip pembinaan hukum pada keadaan-keadaan tertentu. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.
PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
x
PANDUAN KURSUS
Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran Activiti Pembelajaran
Jam Pembelajaran
Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal
3
Membaca modul
60
Menghadiri 5 sesi tutorial
10
Perbincangan atas talian
12
Ulang kaji
15
Menyiapkan tugasan dan Peperiksaan
20
Jumlah Masa Pembelajaran
120
OBJEKTIF KURSUS Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat: 1.
Menerangkan sejarah perkembangan ilmu Hadith serta kedudukannya dalam pembinaan hukum dalam Islam.
2.
Menghuraikan tentang pembahagian hadith serta kehujahannya sebagai sumber hukum dalam Islam.
3.
Menjelaskan tentang tanggungjawab setiap muslim mempertahankan hadith sebagai sumber utama dalam Islam selepas al-Quran.
SINOPSIS KURSUS Kursus ini mempunyai 10 topik semuanya. Secara umumnya kursus ini membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan hadith Nabi s.a.w. Ia dimulai dengan membincangkan istilah-istilah yang digunakan di dalam Ilmu Hadith. Selain itu ia juga membincangkan mengenai hadith sebagai hujah di dalam Islam, tarikh penulisan dan pembukuan hadith-hadith Nabi, kepentingannya dan sejarah perkembangannya. Dalam modul ini dibincangkan juga mengenai pembahagian ilmu-ilmu hadith kemudian diikuti dengan jenisjenis hadith. Akhir sekali dijelaskan cara-cara kita berinteraksi dengan hadith. Sinopsis bagi setiap topik adalah seperti berikut:
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS
xi
Topik 1. Pengenalan Hadith Topik pertama sebagai pengenalan ilmu hadith menjelaskan tentang istilahistilah yang digunapakai dalam membincangkan ilmu hadith serta maksud bagi setiap terminologi tersebut sama ada dari segi bahasa atau pun istilah. Ini termasuklah perkataan hadith itu sendiri. Selain daripada itu ia juga turut membincang beberapa terminologi yang hampir sama maksudnya seperti Khabar dan Athar dan lain-lain. Seterusnya memberi makna pada istilah-istilah yang selalu digunakan dalam ilmu hadith seperti Sanad, Matan dan lain-lain. Topik 2. Kehujahan Hadith Topik ini membincangkan mengenai kedudukan hadith Nabi. s.a.w. sebagai hujah di dalam agama Islam. Beberapa ayat al-Quran dan hadith telah dikemukakan sebagai dalil bahawa hadith Nabi ini menjadi hujah dalam pembinaan hukum Islam. Di samping itu dibawakan beberapa ayat al-Quran untuk menolak kekeliruan yang mengatakan tidak perlu kepada hadith kerana al-Quran sudah sempurna. Topik 3. Penulisan Hadith Topik ketiga membincangkan mengenai penulisan hadith. Ia menjelaskan bagaimana hadith ditulis pada zaman Rasulullah s.a.w. sedangkan pada zaman itu masih ramai para sahabat yang berada di dalam keadaan buta huruf. Walaupun demikian terdapat beberapa orang sahabat yang pandai menulis. Merekalah yang menulis apa sahaja yang disebut oleh Nabi s.a.w. dan merakam apa sahaja yang dilakukan oleh baginda s.a.w. Seterusnya menjelaskan penulisan hadith pada zaman sahabat dan zaman tabiin. Akhirnya menjelaskan mengenai metodologi sahabat dan tabiin dalam penerimaan dan periwayatan hadith. Topik 4. Kepentingan dan Sejarah Perkembangannya Ulum Hadith Dalam topik ini menjelaskan Ulum Hadith sebagai satu ilmu untuk mengetahui hal ehwal Rasulullah s.a.w. sama ada dari segi perkataan, perbuatan dan segala yang berkaitan dengannya seperti prinsip metod, matan, perawi dan sebagainya. Ia juga membincangkan mengenai sejarah perkembangan Ulum Hadith pada zaman Rasulullah s.a.w. sendiri, zaman sahabat dan zaman-zaman seterusnya serta kepentingannya. Akhirnya membincangkan mengenai karya-karya utama dalam ilmu hadith. Topik 5. Pembahagian Ilmu Hadith Topik ini membincangkan jenis-jenis hadith. Pertama hadith dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Hadith Riwayah dan Dirayah. Kemudian diperjelaskan ilmuilmu lain yang termasuk di dalam kumpulan Riwayah atau Dirayah seperti ilmuilmu tentang Nasikh dan Mansukh, Asbabul Wurud, Mukhtalaf Hadith, Rijal al-Hadith, al-Jarh wa al-TaÊdil dan sebagainya. Akhir sekali dibincangkan mengenai Adab pelajar dan guru dalam mempelajari hadith. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
xii
PANDUAN KURSUS
Topik 6. Hadith Mutawatir dan Hadith Ahad Dalam topik ini dibincangkan maksud Hadith Mutawatir dan Hadith Ahad. Ini termasuklah tentang kedudukan Hadith Mutawatir dan hukum beramal dengannya. Ia menjelaskan bagaimana wujudnya Hadith Mutawatir dan bahagian-bahagianya. Selepas itu dibincangkan yang lain seperti Hadith Ahad, Hadith Masyhur, Hadith Aziz dan Hadith Gharib dengan menjelaskan contohcontoh hadith dan hukum beramal dengannya. Topik 7. Hadith Sahih Dalam topik ini diterangkan definisi Hadith Sahih serta syarat-syarat bagaimana sesuatu hadith itu mencapai tahap Hadith Sahih. Kemudian membincangkan pula tentang pembahagian Hadith Sahih, tingkatan-tingkatannya dan hukum beramal dengannya. Topik 8. Hadith DaÊif Hadith DaÊif bermaksud hadith lemah. Penulis membawa definisi Hadith DaÊif seperti yang diperkenalkan oleh para ulama hadith, kemudian dinyatakan tahap kelemahan hadith tersebut dan sebab-sebab mengapa ia dikatakan Hadith DaÊif. Seterusnya dibincangkan pembahagian Hadith DaÊif dan hukum meriwayat serta mengamalkannya. Topik 9. Hadith MawdhuÊ Penulis memulakan tajuk ini dengan memberi definisi Hadith MawdhuÊ berdasarkan etimologi dan terminologinya. Kemudian dibincangkan sebab-sebab lahirnya Hadith MawdhuÊ. Selain daripada itu diperjelaskan juga cara-cara untuk mengenali Hadith-Hadith MawdhuÊ dan usaha para ulama hadith atau Muhadditin dalam membanteras Hadith-Hadith MauduÊ. Akhir sekali dijelaskan hukum meriwayatkan Hadith MauduÊ dan hukum beramal dengannya. Topik 10. Metod berinteraksi dengan Hadith Nabi s.a.w. Topik ini membahaskan prinsip-prinsip asas untuk beramal dengan hadith Nabi s.a.w. serta sebab-sebab kenapa kita gagal beramal dengan hadith Nabi s.a.w. Penulis juga menjelaskan bahawa tidak ada percanggahan di antara hadith dan al-Quran serta menggariskan beberapa panduan untuk memahami hadith dengan baik.
PANDUAN SUSUN ATUR TEKS Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Copyright © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS
xiii
Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri : Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalansoalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalansoalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri. Aktiviti : Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Perkataan Penting: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
xiv PANDUAN KURSUS
Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.
PENGETAHUAN ASAS Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum memulakan kursus ini.
KAEDAH PENILAIAN Sila rujuk myVLE.
RUJUKAN Tiga buku rujukan utama telah dikenal pasti untuk kursus ini: Dr Muhammad `Ajaj al-Khatib. (1998). Usul al-Hadith; Ulumuh wa Mustalahuh. Beirut: Dar al-Fikr. Fauzi bin Deraman,. (2000). Pengantar Usul al-Hadith. Penerbitan Salafi, Selangor. Yusuf al-Qardhawi. Terj.(1996). Bagaimana berinteraksi Dengan Hadith. Petaling Jaya, Selangor. Dua buku rujukan tambahan telah dikenal pasti untuk kursus ini: Dr Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi. (2003). Ulum al-Hadith Asiluha wa Muasiruha. Selangor: Darul Shakir Dr Syaraf al-Qudhah. (2003). al-Manhaj al-Hadith fi Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur: Albian Corp Bhd.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
Topik Pengenalan
1
Hadith
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
Menjelaskan pengertian hadith dari segi bahasa dan istilah;
2.
Menjelaskan pengertian al-Sunnah dari segi bahasa dan istilah;
3.
Menjelaskan pengertian khabar, athar, sanad dan matan dari segi bahasa dan istilah; dan
4.
Membezakan di antara istilah-istilah tersebut.
PENGENALAN
Tahukan anda apakah yang dimaksudkan dengan hadith dan sunnah? Apakah perbezaan antara khabar dan athar? Apa pula sanad dan matan? Kesemua istilah-istilah ini banyak digunakan dan sering disebut semasa membincangkan hadith Nabi s.a.w. Kita juga perlu tahu mengenai istilah-istilah tersebut dan tidak terlepas daripada mempelajarinya. Dalam topik ini, anda akan mempelajari hadith dan sunnah serta istilah-istilah lain dengan lebih terperinci lagi.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
2
1.1
TOPIK 1
PENGENALAN HADITH
HADITH DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH
Pengertian hadith dari segi bahasa dan istilah adalah seperti berikut.
1.1.1
Hadith dari Segi Bahasa
Dari segi bahasa, ia berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu daripada kata dasar hadatha dan haddatha. Terdapat tiga makna bagi perkataan hadith (rujuk Rajah 1.1):
Rajah 1.1: Tiga makna bagi perkataan hadith.
(a)
Baharu yang Merupakan Lawan kepada yang Lama Terdapat banyak contoh yang menunjukkan hadith dengan maksud baru. Abdullah bin Mas`ud telah menggunakan perkataan hadith dengan maksud ini, ekoran daripada tindakan Rasulullah s.a.w melarang memberi salam semasa bersolat. Katanya: „Kami memberi salam semasa solat, tetapi pernah sekali saya datang kepada baginda s.a.w semasa dia bersolat, lalu saya memberi salam kepadanya. Baginda tidak menjawab salam saya, lalu saya mengambil kira apa yang telah lama berlaku dan yang baru. Apabila baginda selesai solat baginda telah bersabda: Sesungguhnya Allah mendatangkan perintah mengikut kehendaknya, dan Allah telah menentukan supaya jangan berkata-kata semasa solat‰. Malah, Rasulullah s.a.w sendiri menggunakan perkataan tersebut dengan pengertian yang sama. Selepas baginda memberikan sepuluh pesanan kepada bapa saudaranya, baginda bersabda:
„⁄Jika kamu melakukan itu, Allah akan mengampunkan dosamu awal dan akhir, lama dan baru, tersalah atau sengaja, kecil atau besar⁄‰. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1
PENGENALAN HADITH
3
Ternyata perkataan hadith di sini bermakna baharu. Dalam satu hadith yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. Rasulullah s.a.w ada bersabda:
ﺲ ِﻣﻨْ ُﻪ َﻓ ُﻬ َﻮ َر ﱞد َ ْث ﻓِﻲ أَﻣْﺮِﻧَﺎ َهﺬَا ﻣَﺎ َﻟﻴ َ َﻣﻦْ َأﺣْ َﺪ „Sesiapa yang mengada-adakan dalam urusan kami ini perkara yang tiada padanya maka ia adalah tertolak‰. (Bukhari dan Muslim) Hadath adalah merujuk kepada perkara-perkara baru yang tiada sebelumnya. Hadith itu sendiri adalah baharu berbanding dengan al-Quran. Al-Quran adalah Kalam Allah, sedangkan hadith adalah daripada Rasulullah (s.a.w). Allah adalah qadim, maka kalamNya juga bersifat qadim. Nabi s.a.w adalah makhluk yang bersifat baharu. Dengan itu, al-Quran bersifat qadim di segi lafaz dan makna, sedang hadith pula hanya qadim pada makna kerana ia juga adalah wahyu dan baharu dari segi lafaz kerana keluar daripada Rasulullah s.a.w. (b)
Dialog, Perbualan, Percakapan atau Kisah Perkataan hadith juga bermaksud perkataan atau pengucapan yang diucapkan dan dipindahkan melalui suara atau tulisan. Ini termasuklah keterangan, penjelasan, kisah, kuliah dan seumpamanya. Lalu dikatakan: „ini hadith si anu‰ iaitu perkataan dan kata-katanya. Inilah yang dimaksudkan dalam firman Allah:
∩⊂⊆∪ š⎥⎫Ï%ω≈|¹ (#θçΡ%x. βÎ) ÿ⎯Ï&Î#÷WÏiΒ ;]ƒÏ‰pt¿2 (#θè?ù'u‹ù=sù „(kalau tidak) maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata-kata (yang fasih dan indah) seperti al-Quran itu, jika betul mereka orang-orang Yang benar dakwaannya‰. (Surah Ath-Thuur: 34)
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
4
(c)
TOPIK 1
PENGENALAN HADITH
Khabar atau Berita Terdapat juga dalam al-Quran ungkapan:
(i)
∩®∪ #©y›θãΒ ß]ƒÏ‰ym
(Surah Thahaa: 9)
(ii)
∩⊄⊆∪ š⎥⎫ÏΒtõ3ßϑø9$# tΛ⎧Ïδ≡tö/Î) É#øŠ|Ê öß]ƒÏ‰ym
(Surah Adz‐Dzariyaat: 24)
(iii)
ÏŠθãΖègø:$# ß]ƒÏ‰ym
(Surah al‐Buruuj: 17)
Dengan maksud kisah yang merujuk kepada kisah Nabi Musa, kisah tetamu Nabi Ibrahim dan kisah tentera Nabi Muhammad s.a.w.
1.1.2
Hadith Menurut Terminologi (Istilah)
Para muhaddithin telah mengemukakan berbagai-bagai definisi. Pada asalnya tiada percanggahan antara satu sama lain, yang menjurus kepada maksud yang sama. Imam Ibn Hajar : „Hadith ialah apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w‰. Definisi ini berbentuk umum. Bertitik tolak dari definisi inilah ulama terkemudian telah memperincikannya lagi. Ali al-Qari dalam Syarh Nukhbah al-Fikir telah mentakrifkan hadith sebagai „Apa yang disandarkan kepada Nabi s.a.w daripada perkataan, perbuatan, taqrir, gerak dan diam, sama ada semasa jaga atau tidur‰. Jamal al-Din al-Qasimi dalam Qawa`id al-Tahdith fi Funun Mustalah al-Hadith pula mendefinisikannya sebagai: „Apa saja yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w daripada perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat‰. Dr. Muhammad `Ajaj al-Khatib dalam Usul al-Hadith Ulumuh wa Mustalahuh pula mentakrifkan dengan: „Segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w daripada perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat sama ada tindak tanduk fizikal atau akhlak, sirah sama ada sebelum atau sesudah menjadi Rasul‰.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1
PENGENALAN HADITH
5
Menurut Dr Mustafa Husni al-SibaÊiy dalam Al-Sunnah wa Makanatuha fi al-Tasyri`al-Islami, definisi ini merupakan definisi kebanyakan para muhaddithin. Hadith dengan definisi ini adalah sinonim kepada al-Sunnah.
1.2
AL-SUNNAH DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH
Antara pengertian al-Sunnah dari segi bahasa dan istilah adalah seperti berikut.
1.2.1
Al-Sunnah menurut Bahasa
Dari segi bahasa, sunnah berasal dari bahasa ÂArab dengan beberapa maksud. Antaranya jalan, sirah atau tariqah sama ada terpuji atau tercela. Apabila dikatakan „si pulan itu daripada ahli sunnah‰ bermaksud dia adalah daripada kalangan yang berada di jalan yang terpuji lagi lurus. Sunnah juga adalah lawan kepada bidÊah. Sesiapa yang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w dan sunnah para sahabat dan tabiin dan mengikut jalan hidup mereka, mereka adalah ahli sunnah. Sebaliknya, jika mereka berpaling dari sunnah mereka dan mengikut kalangan yang mengikut hawa nafsu, mereka adalah daripada kalangan ahli bidÊah. Bila dikatakan si anu itu di atas landasan bidÊah, ia bermaksud amalannya adalah menyalahi perbuatan Rasulullah s.a.w. Apabila seseorang melakukan sesuatu tradisi, lalu diikuti oleh mereka yang datang kemudian, ia juga dikatakan sunnah. Seperti yang disebut oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:
ﺴَﻨ ﹰﺔ ﹶﻓ ﹶﻠﻪُ ﹶﺃ ْﺟ ُﺮﻫَﺎ َﻭﹶﺃ ْﺟﺮُ َﻣ ْﻦ َﻋ ِﻤ ﹶﻞ ﹺﺑﻬَﺎ َﺑ ْﻌ َﺪﻩُ ِﻣ ْﻦ َ َﻣ ْﻦ َﺳﻦﱠ ﻓِﻲ ﺍﹾﻟﹺﺈ ْﺳﻠﹶﺎ ﹺﻡ ﺳُﻨﱠ ﹰﺔ َﺣ ﺺ ِﻣ ْﻦ ﹸﺃﺟُﻮ ﹺﺭ ِﻫ ْﻢ ﺷَﻲْﺀٌ َﻭ َﻣ ْﻦ َﺳﻦﱠ ﻓِﻲ ﺍﹾﻟﹺﺈ ْﺳﻠﹶﺎ ﹺﻡ ﺳُﻨﱠ ﹰﺔ َﺳﻴﱢﹶﺌ ﹰﺔ ﻛﹶﺎ ﹶﻥ َ ﹶﻏ ْﻴ ﹺﺮ ﹶﺃ ﹾﻥ َﻳ ْﻨﻘﹸ َﻋ ﹶﻠ ْﻴ ِﻪ ﹺﻭ ْﺯ ُﺭﻫَﺎ َﻭ ﹺﻭ ْﺯﺭُ َﻣ ْﻦ َﻋ ِﻤ ﹶﻞ ﹺﺑﻬَﺎ „Sesiapa yang mengadakan dalam Islam satu sunnah yang baik, maka baginya ganjaran pahala dan ganjaran sesiapa yang melakukan perbuatan tersebut selepasnya tanpa mengurangkan sedikit pun ganjaran mereka. Dan sesiapa yang melakukan sunnah yang buruk baginya dosanya dan dosa mereka yang mengerjakannya.‰ (Riwayat Muslim, 2/87) Copyright © Open University Malaysia (OUM)
6
TOPIK 1
PENGENALAN HADITH
Di dalam al-Quran, ada dinyatakan tempat perkataan sunnah disebut dengan maksud suatu kebiasaan yang berterusan dan jalan yang diikuti. Contohnya firman Allah:
×⎦s⎞ß™ öΝä3Î=ö6s% ⎯ÏΒ ôMn=yz ô‰s% „Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadiankejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah Yang tetap‰. (Surah Ali 'Imran: 137)
( $oΨÎ=ß™•‘ ⎯ÏΒ šn=ö6s% $uΖù=y™ö‘r& ô‰s% ⎯tΒ sπ¨Ζß™ „(Demikianlah) peraturan (Kami Yang tetap mengenai) orangorang Yang telah Kami utuskan sebelummu daripada Rasulrasul‰. (Surah al-Israa': 77)
WξƒÏ‰ö7s? «!$# Ïπ¨ΖÝ¡Ï9 y‰ÅgrB ⎯s9uρ ( ã≅ö6s% ⎯ÏΒ ôMn=yz ô‰s% ©ÉL©9$# «!$# sπ¨Ζß™ „(Kekalahan orang-orang Yang menentang Rasul Allah sudah tetap menurut) "Sunnatullah" (peraturan Allah) Yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan Engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu‰. (Surah al-Fath: 23)
1.2.2
Al-Sunnah dari Segi Istilah
Menurut terminologi, terdapat pelbagai definisi di kalangan ilmuan berdasarkan latar belakang dan pengkhususan mereka. (a)
Fuqaha Sunnah ialah setiap perkara yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w selain al-Quran sama ada kata-kata, perbuatan, pengakuan atau persetujuan yang sesuai dijadikan dalil bagi hukum syarak. Mereka mengkaji hadith sebagai sumber hukum dan syariat. Hukum dan syariat ditetapkan berdasarkan perkataan, perbuatan dan taqrir (perakuan) Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1
PENGENALAN HADITH
7
dari baginda s.a.w. Hadith yang tidak dikira sunnah bagi ulama Usul Fiqh tidak mengandungi lima jenis hukum iaitu: (i)
Wajib;
(ii)
Sunat;
(iii) Haram; (iv) Makruh; dan (v) Harus. Atas pengertian ini jugalah mereka tidak memasukkan sifat sama ada tindakan fizik atau akhlak dalam lingkungan petunjuk hukum. Sunnah bagi para fuqaha` (ulama Fiqh) ialah salah satu daripada lima jenis hukum yang telah disebutkan di atas. Sunnah menurut mereka ialah apa
yang thabit dari nabi s.a.w yang bukannya perkara wajib dan bukannya fardu. Bagi mereka, ia merupakan perkara yang digalakkan jika melakukannya, berpahala jika dikerjakan dan tidak berdosa jika gagal melakukannya. Seperti sunnah dalam solat, zakat, haji, wuduk dan lainlain yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Kadang-kadang para fuqaha menggunakan sunnah sebagai lawan bagi bid`ah. Mereka menyebut: talak sunnah itu begini, manakala talak bid`ah adalah begini. (b)
Ulama Kalam (Tauhid) Sunnah bagi para mutakallimin adalah lawan bagi bid`ah. Mereka berkata, Ahli Sunnah wa al-Jamaah sebagai saingan kepada Mu`tazilah, Jabariah, Qadariah, Murji`ah, Syi`ah dan lain-lain kelompok yang menyeleweng.
(c)
Ulama Hadith Sunnah adalah apa jua yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w dari segi perkataan, perbuatan, perakuan, sifat fizikal dan akhlak sama ada sebelum dibangkit menjadi rasul atau sesudahnya. Ianya merangkumi perkara yang boleh disabitkan hukum atau sebaliknya.
(d)
Para muhaddithin Mempelajari kehidupan Rasulullah s.a.w secara menyeluruh dari segenap aspek dan peringkat. Bermula dari kelahiran, kanak-kanak, belia, dewasa, akhlak dan fizikal di samping mengetahui perkataan, perbuatan dan lainlain bagi membolehkan setiap muslim mengenali Rasul mereka dan mencontohinya. Orang yang mengasihi seseorang akan turut menyukai semua perkara yang berkaitan dengan individu tersebut, sama ada kecil mahupun besar.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
8
TOPIK 1
PENGENALAN HADITH
Ternyata, definisi yang diberikan oleh para muhaddithin diberi keutamaan kerana ia merangkumi keseluruhan hidup Rasulullah s.a.w berbanding tumpuan khusus oleh para ulama Usul Fiqh. Inilah juga yang dirangkumkan oleh karya-karya dalam sunnah. Sunnah dalam pengertian ini adalah sinonim dengan al-hadith.
SEMAK KENDIRI 1.1 Bandingkan takrifan sunnah di kalangan para ulama.
1.3
KHABAR DAN ATHAR
Keterangan lanjut mengenai Khabar dan Athar adalah seperti berikut.
1.3.1
Khabar
Menurut bahasa, khabar bermaksud berita, laporan dan maklumat. Khabar yang kata jamaknya adalah akhbar digunakan juga dengan makna sejarah merangkumi segala bentuknya. Hadith yang merupakan segala laporan yang berkaitan dengan sabda dan sunnah Rasulullah s.a.w, juga persetujuan baginda ternyata termasuk dalam maksud khabar yang tersebut. Sekiranya hadith hanya berlegar di sekitar sahsiah Rasulullah s.a.w, khabar pula jauh lebih luas rangkumannya kerana ia merangkumkan semua maklumat yang tidak terbatas sumbernya. Manakala khabar menurut definisi istilahnya memberi maksud yang sama dengan hadith. Menurut Hafiz Ibn Hajar: Khabar menurut ulama dalam bidang ini adalah sinonim dengan hadith. Hadith itu tidak lain daripada khabar yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. Ada kalangan ulama yang membataskan hadith hanya kepada adat dan tradisi keagamaan. Bertolak dari pengertian ini, mereka yang terlibat dalam kajian adat dan tradisi agama dinamakan muhaddith, sedang mereka yang terlibat dalam kajian sejarah dan ilmu yang berkaitan dengannya dinamakan ikhbari. Ternyata dari satu aspek, hadith terbatas kepada sabda Nabi s.a.w yang dinamakan sebagai hadith Nabi, sedangkan khabar merujuk kepada semua maklumat tanpa terbatas kepada sumber tertentu sahaja. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1
PENGENALAN HADITH
9
Apa pun perbezaan di antara hadith dan khabar seperti yang disebut di atas, dalam banyak keadaan kedua-dua istilah tersebut digunakan bagi maksud yang sama. Imam Ibn Abd al-Bar dalam Jami` Bayan al-Ilm memetik daripada Abu Ja`far yang khabar dan hadith adalah satu. Berdasarkan persamaan dan perbezaan tersebut dapatlah dirumuskan yang khabar menurut terminologinya ada tiga pengertian: (a)
Maksud yang sama bagi hadith;
(b)
Berlainan dengan hadith kerana hadith adalah apa yang datangnya daripada Nabi s.a.w, sedangkan khabar pula apa yang datang selain daripada Nabi. Justeru, individu yang terlibat secara langsung dengan sejarah digelar akhbari, sedangkan yang terlibat dengan hadith bergelar almuhaddith; dan
(c)
Khabar lebih umum daripada hadith. Di mana hadith khusus bagi apa yang datang daripada Rasulullah s.a.w, sedangkan khabar pula untuk yang datang daripada Rasul dan selainnya. Perbezaannya adalah antara umum dengan khusus, dalam kata lain: setiap hadith adalah khabar dan bukannya setiap khabar itu hadith.
1.3.2
Athar
Menurut bahasa, athar adalah tanda yang terdapat di permukaan, kesan laluan yang ditinggalkan oleh manusia atau binatang yang berjalan di atas tanah atau lainnya. Tinggalan dari runtuhan dari bangunan lama juga dinamakan athar. Ia juga bermaksud „peninggalan‰. Perhatikan sabda Rasulullah s.a.w: „Tidak terdapat mana-mana Nabi kecuali ada pengikut dan sahabat-sahabat yang mengikuti peninggalannya dan mengambil petunjuk dengan pengajarannya‰ (Musnad Ahmad) Pengertian literal ini boleh dikaitkan dengan Rasulullah s.a.w yang dijadikan sebagai ikutan dalam segala aspek kehidupan, pekertinya dinamakan athar tanpa ragu lagi, dengan itu athar adalah sama maksud dengan hadith. Selepas kewafatan baginda s.a.w, para sahabat berlumba-lumba untuk berpegang dengan perjalanan hidup baginda. Dengan itu ungkapan athar adalah peninggalan Rasulullah s.a.w, sekali gus adalah membawa maksud yang sama dengan hadith. Dari sudut lain, athar juga digunakan untuk merujuk kepada tradisi yang berkait rapat dengan para sahabat Rasulullah s.a.w, tabi`in dan tabi' al-tabbi'in. Dengan Copyright © Open University Malaysia (OUM)
10
TOPIK 1
PENGENALAN HADITH
itu, menurut Imam al-Suyuti, para ulama Khurasan telah menerima pakai istilah athar sebagai tradisi atau kebiasaan sahabat. Menurut al-Qasimi, pengertian ini ada perbezaan dengan pengertian awal di mana ia digunakan untuk maksud umum yang merangkumi kebiasaan yang berkaitan dengan Rasulullah s.a.w. Sebagai contoh, bila diteliti buku al-Athar oleh Abu Yusuf, didapati beliau merangkumkan adab atau kebiasaan Rasulullah s.a.w dan juga para sahabat. Pengasingan antara tradisi Rasulullah s.a.w dan para sahabat merujuk kepada alImam al-Shafii. Al-Hafidh al-Baghdadi meriwayatkan yang Imam Abu Hanifah pernah ditanya mengenai individu yang wajar dipelajari darinya al-Athar, beliau tidak merujuk kepada para sahabat tetapi kepada Rasul s.a.w. Muhammad bin Sirin juga menggunakan perkataan athar dengan maksud hadith secara umum. Semasa menyifatkan sunnah Abu Bakr dalam mengendalikan urusan syariat beliau berkata: Semasa ia berhadapan dengan suatu perkara yang tidak terdapat hukumnya dalam al-Quran atau athar dalam sunnah Islam, biasanya apa yang beliau sebut dalam perkara seperti itu: „Saya berijtihad dengan fikiran saya, kalau salah ia daripadaku, saya mohon kepada Allah agar mengampunkan saya‰. Athar menurut istilahnya ialah sama pengertian bagi hadith, khabar dan sunnah. Dengan itu, perawi hadith dinamakan sebagai Athariyan ( )اﺛﺮﻳﺎ. Berdasarkan kepada pengertian ini, Imam al-Tahawi telah menamakan karyanya Musykil al-Athar kerana ia memuatkan athar-athar yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Ada kalangan mengkhusus athar itu untuk apa diriwayatkan daripada sahabat dan tabiin r.a sahaja. Justeru, Imam Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani telah menamakan karyanya dengan al-Athar kerana beliau tidak meriwayatkan hadith-hadith Nabi s.a.w bahkan terbatas kepada apa yang diriwayatkan daripada sahabat dan tabiin sahaja.
AKTIVITI 1.1 Huraikan titik persamaan dan perbezaan di antara khabar dan athar.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1
1.4
PENGENALAN HADITH
11
SANAD DAN MATAN
Hadith terbahagi kepada dua bahagian seperti Rajah 1.2. Perhatikan contoh berikut yang dipetik dari Sahih al-Bukhari. Hadith
Sanad
Matan
Rajah 1.2: Hadith yang terbahagi kepada dua
Imam al-Bukhari berkata:
ﺤﻴَﻰ ْﺑ ُﻦ َﺳﻌِﻴ ٍﺪ ْ َﺣﺪﱠﹶﺛﻨَﺎ ﺍﹾﻟﺤُ َﻤ ْﻴ ِﺪﻱﱡ َﻋ ْﺒﺪُ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ ْﺑ ُﻦ ﺍﻟﺰﱡَﺑ ْﻴ ﹺﺮ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ َﺣﺪﱠﹶﺛﻨَﺎ ُﺳ ﹾﻔﻴَﺎ ﹸﻥ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ َﺣﺪﱠﹶﺛﻨَﺎ َﻳ ﺹ ﺍﻟﻠﱠ ْﻴِﺜﻲﱠ ﺤﻤﱠﺪُ ْﺑ ُﻦ ﺇﹺﺑْﺮَﺍﻫِﻴ َﻢ ﺍﻟﺘﱠ ْﻴ ِﻤﻲﱡ ﹶﺃﻧﱠﻪُ َﺳ ِﻤ َﻊ َﻋ ﹾﻠ ﹶﻘ َﻤ ﹶﺔ ْﺑ َﻦ َﻭﻗﱠﺎ ﹴ َ ُﺍﻟﹾﺄﹶﻧْﺼَﺎﺭﹺﻱﱡ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﹶﺃ ْﺧَﺒ َﺮﻧﹺﻲ ﻣ ﺿ َﻲ ﺍﻟﻠﱠ ُﻪ َﻋ ْﻨﻪُ ﻋَﻠﹶﻰ ﺍﹾﻟ ِﻤ ْﻨَﺒ ﹺﺮ ِ ﺏ َﺭ ﺨﻄﱠﺎ ﹺ َ َﻳﻘﹸﻮ ﹸﻝ َﺳ ِﻤ ْﻌﺖُ ﻋُ َﻤ َﺮ ْﺑ َﻦ ﺍﹾﻟ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ َﺳ ِﻤﻌْﺖُ َﺭﺳُﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ ﺻَﻠﱠﻰ ﺍﻟﻠﱠ ُﻪ َﻋ ﹶﻠ ْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ َﻳﻘﹸﻮ ﹸﻝ
„Haddathana al-Humaydi Abd Allah bin al-Zubayr, katanya: Haddathana Sufyan, katanya: Haddathana Yahya bin Sa`id al-Ansari, katanya: Akhbarani Muhammad bin Ibrahim al-Taymi, beliau mendengar `Alqamah bin Waqqas al-Laythi berkata: Saya mendengar `Umar bin al-Khattab r.a. semasa di atas mimbar berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
، َﻓ َﻤﻦْ آَﺎ َﻧﺖْ ِهﺠْ َﺮ ُﺗ ُﻪ ِإﻟَﻰ ُدﻧْﻴَﺎ ُﻳﺼِﻴ ُﺒﻬَﺎ،ئ ﻣَﺎ َﻧﻮَى ٍ َوِإ ﱠﻧﻤَﺎ ِﻟ ُﻜﻞﱢ اﻣْ ِﺮ،ِِإ ﱠﻧﻤَﺎ ا َﻷﻋْﻤَﺎ ُل ﺑِﺎﻟ ﱢﻨﻴﱠﺎت ﺟ َﺮ ِإ َﻟﻴْ ِﻪَأوْ اﻣْ َﺮَأ َ َﻓ ِﻬﺠْ َﺮ ُﺗ ُﻪ ِإﻟَﻰ ﻣَﺎ هَﺎ،ﺤﻬَﺎ ُ ٍة َﻳﻨْ ِﻜ „Hanya amalan-amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan, barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya adalah untuk Allah dan Rasulnya, barangsiapa yang hijrah untuk dunia akan diperolehinya, atau perempuan akan dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dihijrahkannya‰. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
12
TOPIK 1
PENGENALAN HADITH
Berdasarkan contoh yang telah diberikan di atas, sanad ialah: Haddathana al-Humaydi Abd Allah bin al-Zubayr, katanya: Haddathana Sufyan, katanya: Haddathana Yahya bin Sa`id al-Ansari, katanya: Akhbarani Muhammad bin Ibrahim al-Taymi, beliau mendengar `Alqamah bin Waqqas alLaythi berkata:Saya mendengar `Umar bin al-Khattab r.a. semasa di atas mimbar berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Dalam contoh ini matan bagi hadith ialah:
، َﻓ َﻤﻦْ آَﺎ َﻧﺖْ ِهﺠْ َﺮ ُﺗ ُﻪ ِإﻟَﻰ ُدﻧْﻴَﺎ ُﻳﺼِﻴ ُﺒﻬَﺎ،ئ ﻣَﺎ َﻧﻮَى ٍ َوِإ ﱠﻧﻤَﺎ ِﻟ ُﻜﻞﱢ اﻣْ ِﺮ،ِِإ ﱠﻧﻤَﺎ ا َﻷﻋْﻤَﺎ ُل ﺑِﺎﻟ ﱢﻨﻴﱠﺎت ﺟ َﺮ ِإ َﻟﻴْ ِﻪَأوْ اﻣْ َﺮَأ َ َﻓ ِﻬﺠْ َﺮ ُﺗ ُﻪ ِإﻟَﻰ ﻣَﺎ هَﺎ،ﺤﻬَﺎ ُ ٍة َﻳﻨْ ِﻜ
1.4.1
Pengertian Sanad
Sanad dari segi bahasa adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat bersandar seperti dinding atau seumpamanya. Sanad pada istilah pula adalah jalan-jalan yang membawa kepada matan. Ia adalah rangkaian rawi yang meriwayatkan hadith sampailah kepada matan hadith. Sanad pula terbahagi kepada dua iaitu: (a)
Sanad Tinggi (sanad `ali); dan
(b)
Sanad Rendah (sanad nazil).
Jika hadith, ianya diriwayatkan melalui dua tariq (jalan) ă satu dengan bilangan perawi yang kecil dan yang satu lagi lebih ramai. Sanad yang sedikit bilangan rawi dikenali sebagai sanad `ali, sedang yang lebih ramai bilangan rawinya dikenali sebagai sanad nazil atau disebut juga sanad safil.
1.4.2
Pengertian Matan
Matan dari segi bahasa adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud kukuh dan kuat, teguh dan tinggi atau menonjol dan terserlah. Dari segi istilah, Matan adalah perkataan yang berada di penghujung sanad (perawinya). Ini bermakna, apa yang ada di hujung sanad kuat kerana disertakan dengan sanad, tanpanya ia adalah lemah. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1
PENGENALAN HADITH
13
Oleh itu Matan ialah isi kandungan hadith yang dibawa oleh perawi tersebut di dalam hadithnya.
AKTIVITI 1.2 Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan pengertian Sanad dan Matan.
Dalam pengajian hadith, terdapat istilah-istilah penting yang berkait rapat dengan ilmu Hadith dan sangat penting dipelajari oleh pelajar-pelajar hadith.
Hadith ialah segala sesuatu yang bersumberkan daripada Rasulullah s.a.w sama ada perkataan, perbuatan, perakuan dan sifat.
Sunnah, khabar dan athar adalah sinonim bagi hadith, yang berbeza hanya aspek umum dan khusus sahaja.
Hadith terbahagi kepada dua bahagian: sanad dan matan.
Akhbari Athar Athari Hadith Khabar Matan Muhaddithin
Rawi Sanad Sanad Rendah Sanad Tinggi Sunnah Taqrir
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
14
TOPIK 1
PENGENALAN HADITH
Mahmud Thahhan (1996). Taysir Mustalah al-Hadith. Riyadh: Maktabah al-Maarif. Muhammad Abulais al-Khayr Abadi (2003). Ulum al-Hadith Asiluha wa Mu`asiruha. Dar Shakir Nur al-Din `Itr, Manhaj al-Naqd fi Ulum al-Hadith. Beirut: Dar al-Fikr Sharaf Mahmud al-Qudhah (2003). al-Minhaj al-Hadith Fi Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur: Albian Corp. Subhi Saleh. Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
Topik Kehujahan
2
Hadith
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
Menjelaskan kedudukan hadith dan kehujahannya dalam Islam;
2.
Memberikan dalil-dalil berdasarkan al-Quran dan al-Hadith mengenai kehujahan hadith; dan
3.
Menghuraikan kekeliruan-kekeliruan terhadap hadith Nabi s.a.w yang sengaja dibangkitkan oleh musuh-musuhnya.
PENGENALAN
Sebagai seorang Islam, kita tetap yakin yang Islam adalah panduan hidup yang diturunkan oleh Allah kepada hambaNya agar mereka dapat hidup dengan baik dan teratur, selari dengan kehendak Allah, Tuhan Semesta Alam. Islam sebagai agama Samawi yang terakhir yang diturun oleh Allah s.w.t mempunyai sumber-sumbernya. Hadith adalah sumber utama Islam bersama al-Quran. Dengan itu adalah suatu yang sangat mustahak bagi kita untuk mengetahui sejauh mana kedudukan hadith dalam Islam dan kehujahannya. Soalnya, sejauh manakah kita mengetahui perkara tersebut? Kita semua maklum, yang musuh-musuh hadith Nabi s.a.w telah berusaha terus menerus bagi menggugat kedudukan hadith dan autoritinya. Mereka telah mencetuskan pelbagai kekeliruan terhadap hadith yang berselindung di sebalik apa yang dinamakan kajian ilmiah tetapi dipenuhi dengan fakta yang mengelirukan. Apakah jawapan kita terhadap kekeliruan tersebut? Topik ini akan membincangkan mengenai kehujahan hadith dalam Islam berdasarkan alCopyright © Open University Malaysia (OUM)
16
TOPIK 2
KEHUJAHAN HADITH
Quran dan penjelasan dari hadith sendiri dan akan membincangkan mengenai kekeliruan yang sengaja dibangkitkan oleh musuh-musuh hadith Nabi s.a.w dan serentak dengan itu akan menjawab kekeliruan tersebut.
2.1
DALIL-DALIL BAGI KEHUJAHAN SUNNAH
Berikut disenaraikan dalil-dalil bagi kehujahan sunnah. (a)
Dalil Dari al-Quran: Hadith berkait rapat dengan Rasulullah s.a.w. Dengan mengetahui kedudukan baginda, sekali gus kita akan dapat mengetahui kedudukan hadithnya. Al-Quran sendiri, sebagai sumber tertinggi dalam syariat Islam telah menjelaskan mengenai kedudukan Rasulullah s.a.w. Justeru, kita mestilah merujuk kepada al-Quran untuk mengetahui kedudukan hadith Nabi s.a.w. Dengan merujuk kepada al-Quran didapati yang Rasulullah s.a.w adalah dipertanggungjawabkan oleh Allah sebagai penjelas atau pentafsir kepada al-Quran. Firman Allah:
öΝÍκös9Î) tΑÌh“çΡ $tΒ Ä¨$¨Ζ=Ï9 t⎦Îi⎫t7çFÏ9 tò2Ïe%!$# y7ø‹s9Î) !$uΖø9t“Ρr&uρ „Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran supaya kamu menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka.‰ (Surah al-Nahl: 44) Dengan itu, hadith mempunyai peranan yang istimewa terhadap al-Quran, iaitu: (i)
Menjelaskan Hukum-hukum yang Datang Secara Umum Al-Quran memerintahkan solat, puasa, zakat dan haji secara umum tanpa keterangan lengkap. Penjelasan lengkapnya dapat dirujuk kepada hadith Nabi s.a.w.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2
KEHUJAHAN HADITH
17
Allah berfirman dalam kitabnya:
4 (#θßγtFΡ$$sù çμ÷Ψtã öΝä39pκtΞ $tΒuρ çνρä‹ã‚sù ãΑθß™§9$# ãΝä39s?#u™ !$tΒuρ „Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah serta amalkan dan apa yang dilarangnya bagimu tinggalkanlah.‰ (Surah al-Hasyr: 7) (ii) Membataskan Hukum yang Mutlak Terdapat hukum al-Quran yang mutlak bentuknya, lalu ia dibataskan oleh hadith. Contohnya: Hukuman terhadap pencuri yang ditetapkan oleh al-Quran melalui firman Allah:
$yϑßγtƒÏ‰÷ƒr& (#þθãèsÜø%$$sù èπs%Í‘$¡¡9$#uρ ä−Í‘$¡¡9$#uρ „Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka.‰ (Surah al- Maidah: 38) Hadith membataskan tangan itu dipotong di pergelangan tangan dan tangan yang dipotong adalah tangan kanan. (iii) Mengkhususkan yang Umum Terdapat hukum-hukum yang umum bentuknya di dalam al-Quran, lalu dikhususkan oleh hadith nabi. Contohnya, firman Allah:
ãΠ¤$!$#uρ èπtGøŠyϑø9$#Νä3ø‹n=tæ ôMtΒÌhãm „(Diharamkan ke atas kamu bangkai dan darah)‰ (Surah al-Maidah: 3) Hadith mengecualikan yang umum itu dengan sabda Rasulullah s.a.w. „Dihalalkan untuk kami ikan dan belalang‰. (Hadith riwayat Ibn Majah, Kitab al-Sayd, Hadith no. 3218)
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
18
TOPIK 2
KEHUJAHAN HADITH
(iv) Menjelaskan yang Samar Terdapat di dalam al-Quran ungkapan dan perkataan yang jelas maksudnya dan memerlukan penjelasan. Hadith menjelaskan maksud sebenar ayat tersebut. Contohnya, firman Allah:
ß⎯øΒF{$# ãΝßγs9 y7Íׯ≈s9'ρé& AΟù=ÝàÎ/ ΟßγuΖ≈yϑƒÎ) (#þθÝ¡Î6ù=tƒ óΟs9uρ (#θãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# ∩∇⊄∪ tβρ߉tGôγ•Β Νèδuρ „Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman, mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah.‰ (Surah al-AnÊam: 82) Rasulullah s.a.w menjelaskan yang dimaksudkan zalim dalam ayat ini adalah syirik. (v)
Menguatkan Apa yang Telah Terdapat Dalam al-Quran Jika sesuatu perkara telah disebut dalam al-Quran dan hadith juga menyebut perkara yang sama. Ini adalah untuk menguatkan dan memantapkan lagi perkara tersebut.
(vi) Menetapkan Hukum yang Didiamkan Oleh al-Quran Hadith berperanan menyatakan hukuman yang tidak disebutkan dalam al-Quran. Contohnya, hukuman rejam ke atas penzina yang telah berkahwin. Yang dijelaskan dalam al-Quran adalah hukuman sebat bagi penzina yang belum berkahwin.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2
KEHUJAHAN HADITH
19
(Vii) Rasulullah S.A.W Adalah Ikutan yang Terbaik yang Wajib Ke Atas Setiap Muslim. Firman Allah:
©!$# (#θã_ötƒ tβ%x. ⎯yϑÏj9 ×πuΖ|¡ym îοuθó™é& «!$# ÉΑθß™u‘ ’Îû öΝä3s9 tβ%x. ‰s)©9 tÅzFψ$# tΠöθu‹ø9$#uρ „Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat.‰ (Surah al-Ahzab: 21) (viii) Allah S.W.T Telah Menetapkan yang Taat Kepada Rasul Adalah Wajib Sebagaimana Mentaatinya. Firman Allah:
=Ïtä† Ÿω ©!$# ¨βÎ*sù (#öθ©9uθs? βÎ*sù ( š^θß™§9$#uρ ©!$# (#θãè‹ÏÛr& ö≅è% ∩⊂⊄∪ t⎦⎪ÍÏ≈s3ø9$# „Katakanlah: Taati Allah dan Rasul, jika kamu berpaling sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.‰ (Surah Ali-Imran: 32) Firman Allah:
ÍöΔF{$# ’Í<'ρé&uρ tΑθß™§9$# (#θãè‹ÏÛr&uρ ©!$# (#θãè‹ÏÛr& (#þθãΨtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ ÷Λä⎢Ψä. βÎ) ÉΑθß™§9$#uρ «!$# ’n<Î) çνρ–Šãsù &™ó©x« ’Îû ÷Λä⎢ôãt“≈uΖs? βÎ*sù ( óΟä3ΖÏΒ ∩∈®∪ ¸ξƒÍρù's? ß⎯|¡ômr&uρ ×öyz y7Ï9≡sŒ 4 ÌÅzFψ$# ÏΘöθu‹ø9$#uρ «!$$Î/ tβθãΖÏΒ÷σè?
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
20
TOPIK 2
KEHUJAHAN HADITH
„Wahai orang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan Ulil-Amri (pemerintah) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisihan dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah dan (Sunnah) RasulNya.‰ (Surah an-NisaÊ: 59) Firman Allah:
ö 4 «!$# ÂχøŒÎ*Î/ tí$sÜã‹Ï9 ωÎ) @Αθß™§‘ ⎯ÏΒ $uΖù=y™ö‘r& !$tΒuρ „Dan Kami tidak utuskan seorang Rasul melainkan untuk ditaati dengan izin Allah.‰ (Surah an-NisaÊ: 64) Firman Allah:
( ©!$# tí$sÛr& ô‰s)sù tΑθß™§9$# ÆìÏÜム⎯¨Β „(Barangsiapa yang mentaati Rasul, sesungguhnya dia telah mentaati Allah)‰. (Surah an-NisaÊ: 80) Kesemua ayat yang disebut menjelaskan yang Rasul itu diutuskan untuk ditaati dengan izin Allah. Terdapat dua aspek ketaatan itu iaitu taat kepada Allah dalam perkara yang disebutkan oleh al-Quran dan taat kepada rasul dalam setiap perintahnya yang tiada terdapat perintah Allah dalam al-Quran. Ia tidak terbatas hanya semasa hayat Rasulullah s.a.w tetapi berterusan selepas kewafatannya dengan mengikut hadithnya. Firman Allah:
§ΝèO óΟßγoΨ÷t/ tyfx© $yϑŠÏù x8θßϑÅj3ysム4©®Lym šχθãΨÏΒ÷σムŸω y7În/u‘uρ Ÿξsù ∩∉∈∪ $VϑŠÎ=ó¡n@ (#θßϑÏk=|¡ç„uρ |MøŠŸÒs% $£ϑÏiΒ %[`tym öΝÎηÅ¡àΡr& þ’Îû (#ρ߉Ågs† Ÿω
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2
KEHUJAHAN HADITH
21
„Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.‰ (Surah an-NisaÊ: 65) Setiap muslim diperintahkan supaya menerima segala keputusan yang telah diputuskan oleh Rasulullah (s.a.w) dan melaksanakannya. Ia merupakan syarat bagi mencapai tahap mukmin yang sebenar.
4 (#θßγtFΡ$$sù çμ÷Ψtã öΝä39pκtΞ $tΒuρ çνρä‹ã‚sù ãΑθß™§9$# ãΝä39s?#u™ !$tΒuρ „Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah serta amalkan dan apa yang dilarangnya bagimu tinggalkanlah.‰ (Surah al-Hasyr: 7) (b)
Dalil Dari Hadith Di samping ayat-ayat al-Quran, terdapat banyak hadith yang menjelaskan kedudukan hadith dan kehujahannya. Antaranya adalah: (i)
Sabdanya:
ﻋﻀﱡﻮا َ ﻦ ﻣِﻦ ﺑَﻌْﺪِى َ ْﻦ اﻟ َﻤﻬْ ِﺪ ِﻳﻴ َ ﺷﺪِﻳ ِ ﺨﻠَﻔَﺎءِ اﻟﺮﱠا ُ ﺳ َﱠﻨ ِﺔ اﻟ ُ ﺴ ّﻨ ِﺘِﻰ و ُ ﻓَﻌَﻠﻴﻜُﻢ ِﺑ ﻋﻠَﻴﻬَﺎ ﺑِﺎﻟ ﱠﻨﻮَاﺟِﺬ َ „Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan juga sunnah KhulafaÊ al-Rasyidin selepasku, gigitlah ia dengan gigi gerham kamu‰. (Riwayat al-Tirmidhi). (ii)
Sabdanya:
ﺏ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ َﻭﺳُﻨﱠ ﹶﺔ َﻧﹺﺒﻴﱢ ِﻪ َ ﻀﻠﱡﻮﺍ ﻣَﺎ َﺗ َﻤﺴﱠ ﹾﻜُﺘ ْﻢ ﺑﹺﻬﹺﻤَﺎ ِﻛﺘَﺎ ِ َﺗ َﺮ ﹾﻛﺖُ ﻓِﻴ ﹸﻜ ْﻢ ﹶﺃ ْﻣ َﺮْﻳ ﹺﻦ ﹶﻟ ْﻦ َﺗ „Aku tinggalkan kepadamu dua perkara tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan keduanya: Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.‰ (Riwayat Malik)
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
22
TOPIK 2
(iii)
KEHUJAHAN HADITH
Hadith Rasulullah (s.a.w.):
ﺠﻨﱠ ﹶﺔ ﹺﺇﻟﱠﺎ َﻣ ْﻦ ﹶﺃﺑَﻰ ﻗﹶﺎﻟﹸﻮﺍ ﻳَﺎ َﺭﺳُﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ َﻭ َﻣ ْﻦ َﻳ ﹾﺄﺑَﻰ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ َﻣ ْﻦ َ ﹸﻛ ﱡﻞ ﹸﺃﻣﱠﺘِﻲ َﻳ ْﺪ ُﺧﻠﹸﻮ ﹶﻥ ﺍﹾﻟ
ﺠﻨﱠ ﹶﺔ َﻭ َﻣ ْﻦ َﻋﺼَﺎﻧﹺﻲ ﹶﻓ ﹶﻘ ْﺪ ﹶﺃﺑَﻰ َ ﹶﺃﻃﹶﺎ َﻋﻨﹺﻲ َﺩ َﺧ ﹶﻞ ﺍﹾﻟ
„Setiap umatku akan masuk syurga kecuali mereka yang enggan. Para sahabat bertanya: Siapakah yang enggan itu? Sabdanya: Sesiapa yang mentaatiku akan masuk syurga dan sesiapa yang menderhakaiku, sesungguhnya merekalah yang enggan‰. (Riwayat al-Bukhari). (iv) Hadith Irbadh bin Sariyah r.a:
ﺴَﻴﺮَﻯ ﺍ ْﺧِﺘﻠﹶﺎﻓﹰﺎ ﹶﻛِﺜﲑًﺍ ﹶﻓ َﻌ ﹶﻠﻴْﻜﹸﻢْ ﺑﹺﺴُﻨﱠﺘِﻲ َ ﺶ ِﻣ ْﻨ ﹸﻜ ْﻢ َﺑ ْﻌﺪِﻱ ﹶﻓ ْ ﹶﻓﹺﺈﻧﱠﻪُ َﻣ ْﻦ َﻳ ِﻌ „⁄. Sesungguhnya sesiapa yang masih hidup di kalangan kamu, akan melihat perselisihan yang besar, hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku ⁄‰ (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidhi) (v)
Sabda Rasulullah s.a.w:
ﻉ ﺍﻟﻠﱠ َﻪ َﻭ َﻣ ْﻦ َﻋﺼَﺎﻧﹺﻲ ﹶﻓ ﹶﻘ ْﺪ َﻋﺼَﻰ ﺍﻟﻠﱠ َﻪ َ َﻣ ْﻦ ﹶﺃﻃﹶﺎ َﻋﻨﹺﻲ ﹶﻓ ﹶﻘ ْﺪ ﹶﺃﻃﹶﺎ „Sesiapa yang taat kepadaku, maka ia taat kepada Allah, dan siapa menderhakaiku maka ia telah menderhakai Allah.‰ (Riwayat Muslim) Rasulullah s.a.w juga menjelaskan apa yang diharamkan oleh Sunnah sama keadaannya dengan apa yang diharamkan oleh al-Quran. Sabdanya:
ﺏ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ ُ ﺚ َﻋﻨﱢﻲ َﻭﻫُ َﻮ ﻣُﺘﱠﻜِﺊﹲ ﻋَﻠﹶﻰ ﹶﺃﺭﹺﻳ ﹶﻜِﺘ ِﻪ ﹶﻓَﻴﻘﹸﻮ ﹸﻝ َﺑ ْﻴَﻨﻨَﺎ َﻭَﺑﻴَْﻨﻜﹸﻢْ ِﻛﺘَﺎ ﺤﺪِﻳ ﹸ َ ﹶﺃﻟﹶﺎ َﻫ ﹾﻞ ﻋَﺴَﻰ ﺭَﺟُﻞﹲ َﻳ ْﺒﻠﹸﻐُﻪُ ﺍﹾﻟ ﹶﻓﻤَﺎ ﻭَﺟَﺪْﻧَﺎ ﻓِﻴ ِﻪ َﺣﻠﹶﺎﻟﹰﺎ ﺍﺳْﺘَﺤْﻠﹶﻠﹾﻨَﺎﻩُ ﻭَﻣَﺎ ﻭَﺟَﺪْﻧَﺎ ﻓِﻴ ِﻪ َﺣﺮَﺍﻣًﺎ َﺣﺮﱠ ْﻣﻨَﺎ ُﻩ َﻭﹺﺇﻥﱠ ﻣَﺎ َﺣﺮﱠ َﻡ َﺭﺳُﻮ ﹸﻝ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ ﺻَﻠﱠﻰ ﺍﻟﻠﱠ ُﻪ َﻋ ﹶﻠ ْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ ﹶﻛﻤَﺎ َﺣﺮﱠ َﻡ ﺍﻟﻠﱠ ُﻪ „Ketahuilah adakah akan berlaku seorang lelaki yang disampaikan kepadanya Hadith dariku, dalam keadaan ia mengiring di atas lambungnya dan berkata: Antara kami dengan kamu adalah Kitab Allah, apa yang kami dapati padanya halal Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2
KEHUJAHAN HADITH
23
akan kami halalkan, apa yang kami dapati padanya haram akan kami haramkan, dan sesungguhnya apa yang diharamkan oleh Rasulullah s.a.w adalah sebagaimana diharamkan oleh Allah‰. (Riwayat Tirmidhi, Abu Daud dan Ibn Majah) Dalil Ijmak: Sudah ijmak umat Islam sepanjang zaman merujuk kepada sunnah atas sifatnya sebagai sumber hukum syarak bersama al-Quran kecuali segelintir daripada kalangan yang mengaku Islam tetapi sudah dikenali latar belakang mereka dan kefahaman Islam mereka. Kesimpulannya, berdasarkan kepada nas-nas al-Quran, hadith dan amalan para sahabat, jelaslah kedudukan hadith dan kehujahannya. Ia adalah sumber utama selepas al-Quran.
SEMAK KENDIRI 2.1 Kenal pasti dalil-dalil dari al-Quran dan hadith yang menjelaskan akan kehujahan hadith Nabi s.a.w.
2.2
KEKELIRUAN TERHADAP HADITH DAN PENJELASANNYA
Di antara kekeliruan terhadap hadith dan penjelasannya adalah seperti berikut: (a)
Al-Quran Sudah Cukup Sempurna dan Memadai Untuk Menjadi Panduan Kehidupan Al-Quran telah merangkumkan semua perkara tetapi secara umum sahaja tanpa perinciannya. Tidak mungkin bagi setiap muslim dapat melaksanakan urusan ibadat dan muamalat mereka berdasarkan kepada penjelasan umum tersebut. Ia memerlukan panduan yang terperinci, sedangkan di antara tugas Rasulullah adalah untuk menjelaskan apa yang diturunkan kepadanya seperti jelas pada ayat 44 dari surah al-Nahl. Tidak benar pandangan yang mengatakan bahawa Nabi s.a.w hanya „posmen‰ yang tugasnya menyampaikan al-Quran. Andainya seseorang itu hanya mahu beramal dengan ajaran al-Quran semata-mata, bagaimana pula dengan ayat-ayat yang menganjurkan supaya berpegang dengan al-Sunnah dan beramal dengannya? Umpamanya: (i)
Ayat yang menggabungkan kecintaan kepada Allah dengan mengikut Rasulullah s.a.w seperti yang disebut dalam ayat 31 surah Ali-`Imran. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
24
(ii)
TOPIK 2
KEHUJAHAN HADITH
Ayat yang memerintahkan supaya mengambil segala apa yang dibawa oleh Rasul dan meninggalkan segala yang dilarang, seperti pada ayat 7 surah al-Hasyr.
(iii) Ayat yang memberi amaran supaya jangan sekali menyalahi Rasulullah s.a.w, seperti ayat 63 surah al-Nur. (iv) Malah al-Quran telah menggariskan antara syarat keimanan adalah dengan memilih Nabi sebagai hakim bagi menyelesaikan segala perselisihan, seperti ayat 65 surah al-NisaÊ. (v)
Menjadikan Nabi s.a.w sebagai uswah adalah jalan bagi mereka yang mengharapkan Allah dan hari akhirat. (Surah al-Ahzab ayat 21).
(b)
Sunnah Tiada Jaminan Dari Allah Merujuk kepada ayat 9 dari surah al-Hijr yang dijadikan hujah itu, masih boleh dibincangkan kerana perkataan ( )ﻟﻪyang terdapat pada ayat tersebut ditafsirkan oleh para ilmuan merujuk kepada syariat semuanya iaitu Kitab dan Sunnah. Jika dipisahkan al-Kitab dari al-Sunnah, nescaya ia memerlukan kepada penjelasan. Justeru jaminan kepada yang diterangkan (al-Quran), sekali gus jaminan juga kepada yang menerangkan (Sunnah). Tanpa al-Sunnah sudah tentu banyak hukum-hukum al-Quran tidak dapat dijelaskan.
(c)
Sunnah Tidak Ditulis Di Zaman Nabi s.a.w Golongan yang mempertikaikan sunnah Rasulullah s.a.w menjadikan tiadanya penulisan hadith semasa hayat Rasulullah s.a.w sebagai alasan untuk menolak kehujahannya. Sedangkan penulisan itu bukanlah syarat bagi kehujahan sesuatu. Yang penting ianya diriwayatkan oleh mereka yang adil dan dipercayai. Apakah alasan yang boleh diberikan oleh golongan ini jika ada yang mempertikaikan kehujahan al-Quran kerana ia juga tidak diturunkan oleh Allah dalam keadaan bertulis? Terdapat bukti kukuh yang hadith telah pun ditulis semasa hayat baginda s.a.w, bahkan dengan perintah darinya seperti yang ditujukan kepada Abd Allah bin Amr bin al-`As.
(d)
Hadith Ahad Tidak Boleh Dijadikan Hujah Inilah yang dikira alasan yang banyak digunakan oleh pengkritik hadith Nabi s.a.w kerana hadith mutawatir sahaja yang layak dijadikan hujah kerana ia diriwayat oleh ramai perawi. Kalaulah khabar mutawatir sahaja diterima sebagai hujah, sudah tentu Rasulullah s.a.w dalam urusan penting akan mengirim ramai para Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 2
KEHUJAHAN HADITH
25
sahabatnya untuk melaksanakan perkara tersebut. Namun, perkara ini tidak pernah dilakukan oleh baginda s.a.w. (e)
Hadith Banyak Memuatkan Kesilapan Fakta dan Bercanggah Antara Satu Sama Lain Rasulullah s.a.w telah menjalankan tugas sebagai Rasul selama 22 tahun. Bermula dengan asas-asas Islam sehinggalah risalahnya lengkap dan sempurna. Risalah yang diturunkan secara beransur-ansur dalam tempoh tersebut sesudah itu adalah perkara yang tidak selari dan bercanggah di antara satu dengan yang lain. Namun, wujudnya percanggahan bukanlah alasan untuk menolak hadith dan mengabaikannya begitu sahaja. Para muhaddithin telah menggariskan kaedah yang kemas untuk menserasikannya. Dalamilah ilmu nasikh mansukh dan mukhtalaf al-hadith, sudah itu ada penyelesaiannya.
(f)
Hadith Penghalang Kemajuan Adalah tidak adil untuk menyalahkan hadith justeru kemunduran dan masalah yang dialami oleh umat Islam hari ini. Hadith inilah yang menjadi panduan dan pegangan mereka semasa mereka berada di puncak ketamadunan dahulu. Semaklah semula sejauh mana kefahaman mereka terhadap hadith sehingga ia layak dijadikan penyebab kepada kemunduran. Kemunduran dan perpecahan umat Islam kononnya disebabkan masing-masing berpegang dengan hadith yang selari dengan ideologi masing-masing. Namun, sejarah telah membuktikan perpecahan bukan kerana hadith tetapi kerana perbedaan pandangan dalam urusan perlantikan khalifah. Perbedaan pandangan di antara mereka dalam perkara cabang dalam ibadat tidak menghalang mereka daripada beribadat. Berbeda dengan kumpulan anti hadith yang tiada panduan untuk beribadat sehingga ada yang berpendapat ibadat haji boleh dilakukan bila-bila sahaja dan tidak terikat dengan bulan-bulan haji sahaja. Siapa yang menjadi sumber perpecahan sebenarnya?
AKTIVITI 2.1 Kenal pasti gerakan anti hadith era moden, dan bincangkan bersama tutor dan rakan-rakan anda.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
26
TOPIK 2
KEHUJAHAN HADITH
Kehujahan hadith adalah perkara yang disepakati oleh seluruh umat Islam.
Al-Quran dan al-hadith telah menetapkan yang hadith adalah sumber utama Islam bersama dengan al-Quran.
Umat Islam terutama para ulama telah menangkis hujah-hujah dangkal yang dikemukakan oleh mereka yang menolak hadith Nabi s.a.w.
Gerakan anti hadith yang muncul di era moden adalah kesinambungan usaha musuh-musuh hadith yang terdahulu.
Dalil Ijmak Dalil-dalil Hadith
Hadith Ahad Hujah Hukum
Fauzi bin Deraman. (2008). Pengantar Usul al-Hadith. Kuala Lumpur: Warisan Nabawi Ent. Masjfuk Zuhdi. (1976). Pengantar Ilmu Hadith. Surabaya: Pustaka Progressif. Muhammad `Ajaj al-Khatib. (1998). Usul al-Hadith. Beirut: Dar al-Fikr. Sharaf Mahmud al-Qudhah. (2003). Al-Minhaj al-Hadith Fi Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur: Albian Corp.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
Topik Penulisan
3
Hadith
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
Mengenal pasti sejarah penulisan hadith di zaman Rasulullah, Sahabat dan Tabiin;
2.
Membincangkan isu yang berkaitan dengan penulisan hadith; dan
3.
Menghuraikan metodologi para sahabat dalam menerima dan meriwayatkan hadith.
PENGENALAN
Salah satu cara untuk memastikan hadith terpelihara adalah dengan menulis hadith yang didengar dari Rasulullah s.a.w. Tahukan anda yang hadith telah ditulis semenjak Rasulullah s.a.w masih hidup. Benarkah Rasulullah s.a.w pernah melarang para sahabat dari menulis hadithnya? Jika benar, apakah sebab baginda melarangnya? Siapakah di kalangan sahabat yang terlibat dengan penulisan hadith ini? Apakah aktiviti ini diteruskan oleh generasi selepas sahabat? Dalam tajuk ini kita akan menpelajari berkaitan dengan penulisan dan pengumpulan hadith dan sekali gus menjawab isu-isu yang berkaitan dengannya.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
28
3.1
TOPIK 3
PENULISAN HADITH
PENULISAN HADITH DI ZAMAN RASULULLAH S.A.W
Hadith tidak ditulis di zaman Rasulullah s.a.w sebagaimana al-Quran ditulis. Tidak ada penulis hadith sebagaimana adanya penulis al-Quran yang dipilih oleh Rasulullah s.a.w daripada kalangan sahabatnya. Ada penulis berpendapat hadith tidak ditulis kerana kekurangan bahan untuk menulis dan dorongan untuk menulis agak rendah. Pelbagai alasan diberikan oleh kalangan penulis sebagai sebab kenapa hadith tidak ditulis ketika itu. Antaranya: (a)
Bangsa Arab kebanyakannya buta huruf. Mereka yang buta huruf biasanya bergantung kepada hafazan;
(b)
Kekurangan peralatan penulisan;
(c)
Dorongan untuk menulis hadith tidak kuat; dan
(d)
Memberikan tumpuan kepada penulisan al-Quran.
Sebenarnya hadith tidak ditulis kerana larangan Rasulullah s.a.w seperti dalam sabdanya:
ﺤ ُﻪ ُ ْن َﻓﻠْ َﻴﻤ ِ ﻏﻴْ َﺮ اﻟْ ُﻘﺮْﺁ َ ﺐ ﻋَﻨﱢﻲ َ ﻟَﺎ َﺗﻜْ ُﺘﺒُﻮا ﻋَﻨﱢﻲ َو َﻣﻦْ َآ َﺘ Janganlah ditulis dariku selain dari al-Quran, sesiapa yang menulis dariku selain al-Quran, maka padamkanlah (HR Muslim no. 5326, al-Darimi no. 458)
Larangan Rasulullah s.a.w seperti yang telah dinyatakan kerana dibimbangi bercampur aduk di antara al-Quran dan hadith terutama di kalangan mereka yang tidak mantap ilmu berkaitan dengan kedua-duaannya. Walaupun terdapat perbincangan yang meluas mengenai larangan dan keizinan menulis hadith yang kedua-duanya bersumberkan daripada Rasulullah s.a.w, namun ia dapat diserasikan kerana keizinan menulis adalah yang terakhir berbanding dengan larangan. Dengan itu larangan tersebut terbatal dengan adanya keizinan tersebut. Isu percanggahan antara dua riwayat tidak timbul. Namun para muhaddithin telah menghimpunkan dua riwayat yang kelihatan bertentangan itu dan mengatakan: (a)
Larangan hanya khusus di waktu turunnya al-Quran kerana dibimbangi bercampur aduk di antara keduanya. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3
PENULISAN HADITH
29
(b)
Larangan khusus kepada penulisan al-Quran dengan selainnya di tempat yang sama.
(c)
Larangan khusus untuk mereka yang dibimbangi bergantung penuh kepada penulisan.
(d)
Larangan kepada mereka yang memiliki ingatan yang kuat dan dibenarkan kepada mereka yang tidak kuat ingatannya.
(e)
Dilarang kerana bilangan penulis yang sedikit ketika itu, agar mereka terus menumpukan kepada penulisan al-Quran, bukan kepada selainnya. Hadith dibenarkan meriwayatnya berdasarkan makna sedangkan al-Quran tidak boleh diriwayatkan berdasarkan maknanya.
(f)
Larangan penulisan yang terbatal kerana adanya keizinan.
Penulisan hadith semasa hayat Rasulullah s.a.w adalah berdasarkan beberapa bukti yang jelas. Antara bukti-bukti yang jelas itu adalah: (a)
Abdullah bin Amr bin al-`As berkata:
َ ﻋَﻠﻴْ ِﻪ َو َ ﺻﻠﱠﻰ اﻟﻠﱠ ُﻪ َ ِل اﻟﻠﱠﻪ ِ ﺷﻲْ ٍء َأﺳْ َﻤ ُﻌ ُﻪ ِﻣﻦْ َرﺳُﻮ َ ﺐ ُآﻞﱠ ُ ﺖ َأآْ ُﺘ ُ ُْآﻨ ﺳﻠﱠ َﻢ ِل اﻟﻠﱠﻪ ُ ﺷﻲْ ٍء َﺗﺴْ َﻤ ُﻌ ُﻪ َو َرﺳُﻮ َ ﺐ ُآﻞﱠ ُ ﻈ ُﻪ َﻓ َﻨ َﻬﺘْﻨِﻲ ُﻗﺮَﻳْﺶٌ َوﻗَﺎﻟُﻮا َأ َﺗﻜْ ُﺘ َ ْﺣﻔ ِ ُأرِﻳ ُﺪ ْﻋﻦ َ ﺖ ُ ْﺴﻜ َ ْﺐ وَاﻟ ﱢﺮﺿَﺎ َﻓَﺄﻣ ِ ﻀ َ ﺸ ٌﺮ َﻳ َﺘ َﻜﱠﻠ ُﻢ ﻓِﻲ اﻟْ َﻐ َ ﺳﱠﻠ َﻢ َﺑ َ ﻋَﻠﻴْ ِﻪ َو َ ﺻﻠﱠﻰ اﻟﻠﱠ ُﻪ َ ﺳﱠﻠ َﻢ َﻓَﺄوْ َﻣَﺄ ِﺑُﺄﺻْ ُﺒ ِﻌ ِﻪ َ ﻋَﻠﻴْ ِﻪ َو َ ل اﻟﻠﱠﻪِ ﺻَﻠﱠﻰ اﻟﻠﱠ ُﻪ ِ ﻚ ِﻟ َﺮﺳُﻮ َ ت َذِﻟ ُ ْاﻟْﻜِﺘَﺎبِ َﻓ َﺬ َآﺮ َ ِإﻟَﻰ ﻓِﻴ ِﻪ َﻓﻘَﺎ ﻖ ﺣﱞ َ ج ِﻣﻨْ ُﻪ إِﻟﱠﺎ ُ ل اآْ ُﺘﺐْ َﻓﻮَاﱠﻟﺬِي ﻧَﻔْﺴِﻲ ِﺑ َﻴ ِﺪ ِﻩ ﻣَﺎ َﻳﺨْ ُﺮ Saya menulis semua perkara yang saya dengar dari Rasulullah s.a.w, saya mahu menghafaznya lalu Qurays telah melarang saya. Mereka berkata: Adakah kamu menulis semua yang kamu dengar sedangkan Rasulullah s.a.w adalah manusia yang bercakap ketika marah dan redha, lalu saya berhenti menulis. Saya menyebut perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w lalu ia menunjukkan ke mulutnya dengan jari dan bersabda: Tulislah! Demi diriku berada ditanganNya, tidak keluar darinya kecuali yang benar. (HR Abu Daud no. 3161). (b)
Semasa peristiwa pembukaan Mekah, Rasulullah s.a.w berdiri dan berucap kepada orang ramai. Lalu seorang lelaki dari Yaman bernama Abu Shah bangun dan berkata:
َ ﻋَﻠﻴْ ِﻪ َو َ ﺻﻠﱠﻰ اﻟﻠﱠ ُﻪ َ ل اﻟﱠﻠ ِﻪ ُ ل َرﺳُﻮ َ ل اﻟﱠﻠ ِﻪ َﻓﻘَﺎ َ اآْ ُﺘﺐْ ﻟِﻲ ﻳَﺎ َرﺳُﻮ ﺳﱠﻠ َﻢ اآْ ُﺘﺒُﻮا ِﻟَﺄﺑِﻲ ﺷَﺎ ٍﻩ
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
30
TOPIK 3
PENULISAN HADITH
Tuliskanlah untuk saya wahai Rasulullah s.a.w! Nabi bersabda: Tuliskanlah untuk Abu Shah. (al-Bukhari no. 6372, Muslim no. 2415). Berdasarkan dua hadith ini, jelas yang hadith telah ditulis semasa hayat baginda tetapi selepas tahun ketujuh Hijrah kerana Abdullah bin Amr bin al-`As berhijrah selepas Perjanjian Hudaibiyyah. Rasulullah s.a.w meminta supaya ditulis untuk Abu Shah semasa pembukaan kota Mekah. Berdasarkan kepada fakta ini, larangan menulis hadith di zaman Rasulullah s.a.w adalah di peringkat awal sahaja yang bertujuan untuk memelihara hadithhadith.
3.2
PENULISAN HADITH DI ZAMAN SAHABAT
Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, isu penulisan hadith ini masih diperselisihkan oleh para sahabat. Ada di kalangan mereka yang berpendapat yang penulisan hadith masih dilarang kerana alasan larangan di zaman Rasulullah s.a.w masih sesuai, iaitu bimbang yang penulisan hadith akan mengganggu tumpuan terhadap al-Quran. Trend ini agak kuat di permulaan pemerintahan KhulafaÊ al-Rashidin. Antara pendokong pandangan ini adalah `Umar bin al-Khattab, Abu Said alKhudri dan Abu Musa al-`Ashaari. Namun, kebanyakan para sahabat berpendapat yang penulisan hadith adalah harus kerana alasan bagi larangan sebelumnya sudah tidak wujud lagi. Terdapat ramai para sahabat yang menulis hadith dan memiliki koleksi hadith masingmasing. Antaranya ialah apa yang dinyatakan Profesor Muhammad Hamidullah dan Dr. Muhammad `Ajaj al-Khatib berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Aishah, bahawa Abu Bakr telah menulis hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Dinyatakan dalam riwayat tersebut, yang beliau menghimpunkan sejumlah 500 hadith. Umar bin al-Khattab menulis hadith pada sarung pedangnya mengenai zakat binatang ternak. Inilah yang kemudiannya diwarisi oleh Salim bin Abdullah bin `Umar yang dibacakan kepada Ibn Syihab. Ali bin Abi Talib mempunyai sahifahnya yang merupakan koleksi hadith yang diterima daripada Nabi s.a.w yang digantung di pedangnya. Abdullah bin Amr bin al-`As memiliki koleksi hadith yang dikenali dengan Sahifah al-Sadiqah. Beliau berkata: Inilah al-Sadiqah, padanya apa yang saya dengar daripada Rasulullah s.a.w. Abu Hurairah berkata: Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3
PENULISAN HADITH
31
„Tidak ada seorang pun daripada kalangan sahabat yang lebih banyak dari saya dalam hadith melainkan Abdullah bin Amr bin al-`As, sesungguhnya dia menulis hadith sedangkan saya tidak.‰ Jabir bin Abdullah pula telah menulis sebuah kitab kecil mengenai haji. Manakala Samurrah bin Jundub telah berwasiat kepada anaknya termasuklah hadith-hadith yang didengarnya daripada Rasulullah s.a.w. Demikianlah antara penulisan hadith sehingga ia begitu meluas di kalangan sahabat sampai bilangan mereka yang menulis lebih ramai daripada kalangan yang melarangnya. Para sahabat malah menggalakkan anak-anak dan murid-murid mereka menulisnya. Anas berkata kepada anaknya: „Ikatlah ilmu (Hadith) dengan menulisnya. Ungkapan yang sama turut diriwayatkan daripada Ibn Abbas. Malah beliau menyalin hadith untuk murid-muridnya.‰
3.3
PENULISAN HADITH DI ZAMAN TABIIN
Walaupun ada segelintir daripada kalangan tabiin yang mengajak supaya jangan menulis hadith, seperti `Amir bin Shurahil al-SyaÊbi (m.103H), Yunus bin `Ubaid (m.140H), Khalid al-KhazzaÊ (m.141H), namun kebanyakan para tabiin menulis hadith mengikut jejak kebanyakan para sahabat. Ia berlaku secara meluas dan menjadi kelaziman bagi majlis-majlis ilmu di seluruh pelosok negara Islam ketika itu. Dr Muhammad bin Matar al-Zahrani menyebut dalam Tadwin al-Sunnah, di antara sebab berkembangnya tradisi penulisan hadith ini adalah: (a)
Berkembangnya periwayatan hadith dan panjangnya sanad hadith dengan bertambahnya nama rawi hadith, gelaran dan nasab keturunan mereka;
(b)
Ramai para penghafaz hadith daripada kalangan para sahabat sebelumnya dan tabiin utama meninggal dunia, dibimbangi dengan pemergian mereka akan lenyaplah hadith Rasulullah s.a.w;
(c)
Lemahnya bakat hafazan dengan tersebarnya penulisan dan bertambahnya ilmu-ilmu yang beraneka bidang; dan
(d)
Munculnya amalan-amalan bid`ah dan berkembangnya pendustaan. Dengan menulis hadith akan dapat menjaga keaslian dan penulisannya.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
32
TOPIK 3
PENULISAN HADITH
Bashir bin Nuhayk berkata:
„Saya menulis hadith daripada Abu Hurairah, ketika mahu berpisah dengannya, saya berkata: Wahai Abu Hurairah! Saya menulis daripadamu satu kitab, apakah boleh saya meriwayatkan daripadamu? Katanya: Ya! Riwayatkanlah daripada saya.‰ Malah Hammam bin Munabbih memiliki satu sahifah hadith-hadith yang ditulis daripada Abu Hurayrah. Begitu juga dengan Jabir bin Abdullah, ramai daripada kalangan tabiin yang mendengar dan menulis hadith daripadanya, antaranya ialah Abu Sufyan, Hasan al-Basri, Sulaiman bin Qais al-Yashkuri, `AtaÊ bin Abu Rabah dan ramai lagi. Abdullah bin Abbas juga menjadi guru kepada ramai para tabiin yang mengambil dan menulis hadith daripadanya, antaranya Ibn Abi Malikah, Said bin Jubair, Najdah al-Harawi dan Kuraib. Para tabiin memberikan perhatian berat terhadap penulisan hadith sehinggakan Amir al-Syu`bi berkata:
„Apabila saya mendengar sesuatu, saya akan menulisnya walaupun di tembok, tidak tertinggal ilmu itu melainkan semuanya saya tulis. Said bin Jubair pula berkata: Saya menulis hadith di majlis Ibn Abbas dalam dua lembaran sehingga penuh, kemudian saya menulis di belakang kasut, kemudian di dua telapak tangan.‰ Malah tidak diperakui ilmu mereka yang tidak menulis hadithnya sebagaimana yang ditegaskan oleh Mu`awiyah bin Qarrah. Hasilnya, lahirlah berbagai-bagai sahifah yang merupakan koleksi hadith yang ditulis oleh kalangan para tabi`in, antaranya Sahifah Said bin Jubair, Sahifah Bashir bin Nuhayk, Sahifah Mujadhid bin Jabr, Sahifah Abu Qilabah, Sahifah `Urwah bin al-Zubair, Sahifah Ayyub bin Abi Tamimah al-Sakhtiani dan lain-lain.
AKTIVITI 3.1 Kumpulkan hadith-hadith yang mengharuskan penulisan hadith
melarang
dan
yang
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3
3.4
PENULISAN HADITH
33
METODOLOGI SAHABAT DAN TABIIN DALAM PENERIMAAN HADITH DAN PERIWAYATANNYA
Di antara metodologi adalah seperti berikut: (a)
Menerima Hadith Dengan Menghadiri Majlis Rasulullah s.a.w. Para sahabat sangat prihatin dengan majlis-majlis Rasulullah s.a.w. Mereka tidak jemu-jemu untuk menghadirinya dan sehingga majlis Nabi penuh sesak dengan mereka yang hadir. Mereka mendengarnya dengan penuh minat. Kesungguhan dan keprihatinan mereka terbukti apabila Umar bin al-Khattab dan jirannya daripada kalangan Ansar dari Bani Umayyah bin Zayd, yang tinggal di Awali Madinah, silih berganti untuk hadir ke majlis Rasulullah s.a.w. Apabila pulang, disampaikan maklumat terkini kepada sahabatnya itu, begitulah juga sebaliknya. Ada di kalangan para sahabat yang menumpukan sepenuh masa mereka untuk mendengar hadith Rasulullah s.a.w. Kebanyakan mereka adalah „Ahl al-Suffah‰. Antaranya adalah Abu Hurairah r.a. Ada di kalangan mereka yang datang dari luar Madinah dan terpaksa duduk untuk satu tempoh masa di Madinah. Malik bin al-Huwairith berkata: „ Kami datang menemui Rasulullah s.a.w dalam usia kami masih muda dan sama sebaya usia. Kami duduk bersama baginda 20 malam, maka baginda merasakan kami rindukan ahli keluarga kami, lalu baginda bertanya mengenai keluarga yang berjauhan, lalu kami memberitahunya‰. Baginda sangat pengasih dan penyantun, baginda bersabda:
„Kembalilah kepada keluarga kamu, ajar dan suruhlah mereka, solat sebagaimana kamu melihat saya bersolat, bila masuk waktu solat, hendaklah salah seorang dari kamu azan, kemudian berimamlah dengan yang paling tua dari kamu‰. (b)
Bertanya Dan Merujuk kepada Baginda s.a.w Perkara Yang Tidak Difahami. Sayyidina Ali k.w.j berkata: Saya seorang lelaki yang banyak keluar air mazi lalu saya meminta al-Miqdad bertanya. Jarak yang jauh tidak menghalang mereka dari menemui Nabi s.a.w untuk mendapatkan penjelasan dari baginda. Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abdullah bin Abi Malikah, di mana ÂUqbah bin al-Harith telah berkahwin dengan adik kepada Abi Ihab bin Aziz, lalu seorang perempuan memberitahunya yang dia telah menyusukan beliau dan isterinya. `Uqbah Copyright © Open University Malaysia (OUM)
34
TOPIK 3
PENULISAN HADITH
berkata: Saya tidak tahu yang puan telah menyusukan saya dan isteri saya tidak memberitahu saya. Beliau terus berangkat dari Mekah ke Madinah untuk bertanya Nabi s.a.w mengenai hukum seorang lelaki mengahwini adik beradik sesusuannya, sedang dia tidak mengetahuinya. Selepas itu perkara itu dimaklumkan oleh wanita yang menyusukannya itu. Sabda Rasulullah s.a.w:
Bagaimana sedangkan ia telah mengatakannya. Lalu `Uqbah dipisah dengan isterinya itu dan kemudiannya dia telah mengahwini orang lain. (c)
Mengambil hadith yang tidak didengar daripada sahabat yang lain: Tidak semua para sahabat mendengar hadith daripada Rasulullah s.a.w kerana sesuatu sebab. Dengan itu mereka berusaha mendengarnya daripada sahabat lain yang mendengarnya. Al-BarraÊ bin `Azib menceritakan: „Setiap yang kami dengar daripada Rasulullah s.a.w akan disampaikan kepada sahabat kami yang tidak hadir, kami juga sibuk dengan ternakan kami, apa yang kami terlepas mendengarnya kami dengar dari rakanărakan⁄.‰ Para sahabat dan tabiin begitu teliti dalam menerima hadith yang disampaikan kepada mereka. Mereka tidak mudah menerimanya tanpa dipastikan terlebih dahulu. Ada beberapa pendekatan yang digunakan untuk tujuan tersebut. Abu Bakr r.a umpamanya meminta perakuan daripada seorang saksi. Ini jelas dalam satu peristiwa, di mana seorang nenek datang menemuinya meminta agihan harta peninggalan cucunya. Katanya: Saya tidak mendapati dalam al-Quran apa-apa hak untukmu, saya tidak tahu apa yang telah diputuskan oleh Rasulullah s.a.w mengenainya. Lantas, beliau bertanya kepada siapa yang lafaz hadith mengenainya, lalu al-Mughirah memberitahu yang ia mendengar Rasululah s.a.w mengagihkan untuknya satu perenam. Lantas ia bertanya: Adakah orang lain bersamamu ketika itu? Lalu Muhammad bin Maslamah menjadi saksi untuk perkara tersebut. Abu Bakr r.a. kemudian melaksanakannya. Umar pula menerima sesuatu hadith setelah didapati ia diriwayatkan dari dua orang atau lebih, manakala Ali bin Abi Talib meminta orang yang menyampaikan hadith itu bersumpah terlebih dahulu. Kesemua ini adalah bertujuan untuk mempastikan kebenaran sesebuah hadith. Ini tidaklah bermakna para sahabat tersebut melakukannya dalam setiap keadaan. Ia sekadar untuk menunjukkan yang mereka begitu berhati-hati dalam menerima hadith.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3
PENULISAN HADITH
35
Uqbah bin Nafi` al-Fihri berkata kepada anaknya:
„Wahai anakku! Janganlah diterima hadith daripada Rasulullah s.a.w melainkan daripada rawi yang thiqah.‰ Dalam meriwayatkan hadith pula, para sahabat dan tabiin menggunakan dua metod penting, iaitu: (a)
Berhemat dan Sangat Teliti Dalam Meriwayatkan Hadith daripada Rasulullah s.a.w Para sahabat tidak meriwayatkan hadith sebarangan. Mereka sedaya upaya meriwayatkan seperti yang mereka dengar. Ibn Umar r.a semasa meriwayatkan hadith tidak kurang dan tidak pula lebih dari apa yang didengarnya. Ini terserlah apabila beliau membetulkan urutan Rukun Islam dan perkataan yang digunakan. Berdasarkan kepada sikap inilah mereka akan menyebut:
ﻚ َ ﹶﻛ َﻤﺎ ﹶﻗﺎ ﹶﻝ ﹶﺃﻭ َﺷﹺﺒﻴ ًﻬﺎ ﹺﺑ ﹶﺬِﻟapabila selesai meriwayatkan hadith. Malah, ada di kalangan mereka yang gementar dan berubah wajahnya apabila meriwayatkan sesuatu daripada Nabi s.a.w kerana sifat warak dan hormatnya mereka kepada hadith Nabi s.a.w. (b)
Tidak Banyak Meriwayatkan Hadith Para sahabat tidak banyak meriwayatkan hadith. Ini adalah kerana beberapa faktor:
Takut tersilap semasa meriwayatkan hadith dan sekali gus dikira berbohong kepada Nabi s.a.w.
„Setengah daripada mereka beranggap dengan banyak meriwayatkan hadith boleh terdedah kepada kesilapan dan pembohongan. Dengan itu, mereka tidak meriwayatkan hadith kecuali bila perlu sahaja. Umar r.a cukup tidak senang dengan mereka yang meriwayatkan hadith tanpa keperluan.„ Abdul Rahman bin Abi Laila ada berkata: Saya sempat bersama dengan 120 orang sahabat daripada kalangan Ansar, masingmasing mengharapkan orang lain menyampaikan hadith. Jika salah seorang daripada mereka ditanya, dia menolaknya kepada yang lain, satu demi satu sehinggalah kembali kepada sahabat yang pertama yang ditanyakan masalah tersebut.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
36
TOPIK 3
PENULISAN HADITH
Malah, ada di kalangan mereka yang menyampaikan tidak lebih daripada tiga atau empat hadith dalam setiap majlis yang diadakan agar pelajar mereka dapat memahami dengan baik dan menghafaznya. Ibnu Abbas pernah berkata:
„Bukanlah ilmu itu dengan banyaknya meriwayatkan hadith akan tetapi ilmu itu adalah adanya kebimbangan.„
Mereka melakukan sedemikian semata-mata untuk menjaga hadith dan memeliharanya, bukan kerana mereka tidak mempunyai banyak hadith yang dihafaz.
SEMAK KENDIRI 3.1 Nyatakan metodologi para sahabat dan tabiin dalam memelihara hadith Rasulullah s.a.w.
Penulisan hadith telah wujud semasa hayat Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w di peringkat awal melarang para sahabat dari menulis hadithnya atas beberapa sebab. Namun, ia dibenarkan setelah tiadanya faktor yang menyebabkan ia dilarang.
Para sahabat Rasulullah s.a.w memberikan sumbangan yang sangat besar dalam memelihara warisan hadith Rasulullah s.a.w.
Para sahabat dan tabiin mempunyai metod yang tersendiri bagi memelihara hadith Rasulullah s.a.w.
Ahl al-Suffah Sahifah al-Sadiqah
Tadwin
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3
PENULISAN HADITH
37
Dr Muhammad `Ajjaj al-Khatib. (1963). Al-Sunnah Qabl al-Tadwin. Kahirah: Maktabah Wahbah. Dr Muhammad bin Matr al-Zahrani. (1996). Tadwin al-Sunnah al-Nabawiyyah Nas`atuh wa Tatawuruh. Riyadh: Dar al-Hijrah. Dr Muhammad Mustafa al-A`zami. (1980). Dirasay fi al-Hadith al-Nabawi wa Tarikh Tadwinuh. Beirut: al-Maktab al-Islami. Muhmmad Saleh al-Gharsi. (2002). Al-Sunnah al-Nabawiyyah Hujjiah wa Tadwinah. Jeddah, Dar Nur al-Maktabat.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
Topik Ulum Al-Hadith:
4
Pengenalan, Kepentingan dan Sejarah Perkembangannya
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
Menerangkan secara umum ilmu Hadith;
2.
Menerangkan kepentingan ilmu Hadith;
3.
Menjelaskan sejarah perkembangan ilmu Hadith; dan
4.
Mengenal pasti karya-karya utama mengenai ilmu Hadith.
PENGENALAN
Ilmu Hadith adalah salah satu daripada ilmu Islam yang penting. Ia berkait rapat dengan hadith yang merupakan sumber terpenting bagi syariat Islam. Apakah ilmu hadith itu? Apakah kepentingannya? Adakah ia lahir secara spontan atau melalui suatu proses perkembangan sehingga ia menjadi suatu ilmu yang lengkap dan tersendiri? Siapakah tokoh-tokoh yang telah menghasilkan karyakarya yang berkaitan dengan ilmu ini, sejauh mana anda mengetahuinya? Dalam tajuk ini, kita akan mempelajari serba-serbi mengenai ilmu ini ă bermula dari takrifannya, kepentingan dan sejarah perkembangannya dan meneliti karyakarya utama mengenai ilmu ini. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4
4.1
ULUM AL-HADITH: PENGENALAN, KEPENTINGAN DAN SEJARAH PERKEMBANGANNYA
39
PENGENALAN ULUM AL-HADITH
Ulum Hadith adalah ilmu untuk mengetahui perkataan Rasulullah s.a.w, perbuatannya dan hal ehwal baginda s.a.w. Ia membincangkan segala sesuatu mengenai riwayat dan dirayah hadith yang berkaitan dengan prinsip dan kaedahnya seperti hal ehwal sanad dan matan, metod para muhaddithin dalam mensahihkan hadith dan mendhaifkannya, metod mereka dalam mentajrihkan rawi dan menta`dilkan mereka, gharib al-hadith, nasikh mansukh, mukhtalif alhadith, asbab wurud al-hadith dan segala ilmu yang berkaitan dengan riwayah dan dirayah hadith. Ilmu ini menjadi keperluan utama bagi setiap mereka yang terlibat dalam periwayatan hadith, melalui kaedah-kaedahnya dapat diketahui riwayat yang daif dan yang sahih, sebagaimana dapat diketahui hadith yang diterima dan yang ditolak. Ilmu ini dikenali juga dengan beberapa nama lain seperti Ilmu Mustalah alHadith, Ilmu Hadith Dirayah dan Riwayah, Ilmu Usul al-Hadith. Namun, nama Ulum al-Hadith merupakan istilah yang agak lewat dikenali, iaitu sekitar kurun keempat Hijrah. Orang yang pertama menggunakan istilah tersebut adalah Imam Abu Abdullah al-Hakim al-Naysaburi (m.405H) melalui bukunya MaÊrifat Ulum al-Hadith. Sedangkan orang yang pertama yang membahagikan ilmu hadith kepada dua bahagian (iaitu ilmu Riwayah dan Dirayah) ialah Muhammad bin Ibrahim bin Sa`id al-Ansari (m.749H).
4.1.1
Matlamat Ulum Al-Hadith
Matlamat ilmu ini adalah untuk memelihara hadith Nabi daripada bercampur aduk, mempertahankan hadith daripada sebarang tuduhan dan tohmahan serta membersihkannya daripada sebarang elemen yang tiada kaitan dengannya. Dengan itu, Islam akan terselamat daripada penyelewengan. Hadith-hadith dipindahkan di kalangan generasi dengan sanad-sanadnya. Dengan itu, hadith sahih dapat disaring dari yang daif. Jika tidak, akan berlaku campur aduk di antara hadith yang sahih dengan yang daif dan palsu, juga antara sabda Rasulullah s.a.w dengan kata-kata orang lain. Dengan adanya kaedah-kaedah Mustalah al-Hadith, para ulama akan dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan kesalahan berat yang diberi amaran keras oleh Rasulullah s.a.w, iaitu sikap mengambil mudah dan memandang ringan dalam meriwayatkan hadith. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
40
TOPIK 4
ULUM AL-HADITH: PENGENALAN, KEPENTINGAN DAN SEJARAH PERKEMBANGANNYA
Sabda Rasulullah s.a.w:
„Sesiapa berhadith dariku dengan hadith yang padanya adalah pendustaan, maka ia adalah dari kalangan pendusta‰. Juga sabda Rasulullah s.a.w dalam hadith mutawatir:
„Sesiapa yang berdusta atas namaku, maka sediakanlah tempatnya dalam neraka‰. Ilmu Hadith juga dapat memurnikan sumber utama Islam itu daripada elemenelemen khurafat. Ini berpunca daripada usaha golongan Israiliyyat yang berusaha untuk menyebarkan kisah-kisah, khurafat dan kepalsuan yang merupakan racun yang akan memecah belah dan memporak-perandakan ummah.
4.2
KEPENTINGAN ILMU HADITH
Ilmu Hadith termasuk dalam ilmu yang sangat penting dan berkait rapat dengan berbagai-bagai ilmu yang lain; tanpanya, akan mengundang seseorang kepada kesilapan. Tidak hairanlah apabila Imam Ibn al-Salah telah mengkategorikannya sebagai ilmu yang paling istimewa dan paling berguna. Ilmu ini diberi keutamaan oleh para ulama terbilang dan hanya mereka yang bermasalah sahaja tidak menyukainya. (Ibn Al-Solah) Tanpa ilmu Hadith, seseorang akan menghadapi masalah dalam memahami sesebuah hadith. Sekurang-kurangnya ada beberapa perkara penting yang berkait rapat dengan sesebuah hadith, iaitu: (a)
Nama-nama sanad yang betul;
(b)
Memastikan keadaan rawi yang terdapat dalam sanad;
(c)
Membetulkan lafaz yang terdapat pada matan hadith;
(d)
Mengenal pasti hukum bagi sesebuah hadith sama ada sahih atau daif; dan
(e)
Hukum yang terangkum dalam hadith (fiqh al-Hadith).
Antara peranan ilmu hadith adalah untuk: (a)
Mentashihkan nama-nama sanad;
(b)
Meneliti ehwal rawi yang terdapat dalam sanad; dan
(c)
Mengetahui hukum sahih atau daifnya sesebuah hadith.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4
ULUM AL-HADITH: PENGENALAN, KEPENTINGAN DAN SEJARAH PERKEMBANGANNYA
41
Manakala untuk mentashihkan lafaz yang terdapat dalam matan hadith pula berhubung rapat dengan ilmu al-tashif wa al-tahrif, ilmu gharib al-hadith dan juga ilmu yang berkaitan dengan hadith selepas zaman periwayatan. Hanya Fiqh al-Hadith sahaja yang tiada kaitan yang ketara dengan ilmu Hadith. Fiqh al-Hadith adalah buah atau hasil bagi sesebuah hadith. Buah tidak akan wujud sebelum sempurnanya pokok hadith itu yang melalui kombinasi empat perkara sebelumnya. Ia tidak akan dapat dicapai melainkan dengan pengetahuan mengenai ilmu Hadith itu sendiri.
4.3
SEJARAH PERKEMBANGAN ULUM ALHADITH
Sejarah Ulum al-Hadith adalah seiring dengan periwayatan hadith itu sendiri seawal zaman sahabat r.a. di mana mereka semasa meriwayatkan hadith telah mengambil kira prinsip dan kaedah periwayatan. Inilah yang menjadi asas kepada ilmu ini di mana ia bertitik tolak di atas prinsip: (a)
Mengharamkan pembohongan;
(b)
Menolak perkhabaran orang fasik;
(c)
Adil ă yang menjadi syarat bagi penerimaan perkhabaran;
(d)
Berhati-hati dalam setiap perkara;
(e)
Pengharaman menyebarkan berita pendusta;
(f)
Meminimumkan periwayatan;
(g)
Memastikan kesahihan berita semasa menerima dan meriwayatkannya;
(h)
Mengambil kira elemen kritikan riwayat dengan menilai nas; dan
(i)
Kaedah-kaedah syarak.
Perkara ini bukanlah rekaan tetapi bertitik tolak dari asas yang terdapat dalam Kitab Allah dan hadith Nabi s.a.w. Firman Allah:
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
42
TOPIK 4
ULUM AL-HADITH: PENGENALAN, KEPENTINGAN DAN SEJARAH PERKEMBANGANNYA
7's#≈yγpg¿2 $JΒöθs% (#θç7ŠÅÁè? βr& (#þθãΨ¨t6tGsù :*t6t⊥Î/ 7,Å™$sù óΟä.u™!%y` βÎ) (#þθãΖtΒ#u™ t⎦⎪Ï%©!$# $pκš‰r'¯≈tƒ ∩∉∪ t⎦⎫ÏΒω≈tΡ óΟçFù=yèsù $tΒ 4’n?tã (#θßsÎ6óÁçGsù Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara yang tidak diingini ă dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) ă sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah al-Hujurat: 6) Sabda Rasulullah s.a.w:
„Allah memuliakan seseorang yang mendengar dari kami sesuatu lalu disampaikan sebagaimana ia mendengarnya, berapa ramai orang yang disampaikan lebih faham dari yang mendengar‰. Sabda Rasulullah s.a.w juga:
„Berapa ramai pembawa fiqh itu membawanya kepada yang lebih faqih darinya, berapa ramai orang yang membawa fiqh bukannya faqih‰. Jelas daripada ayat dan hadith di atas, pentingnya prinsip berhati-hati dan berhemat dalam mengambil sesuatu berita dan teliti dalam menyampaikannya kepada orang lain.
4.3.1
Ilmu Hadith di Zaman Rasulullah s.a.w
Hadith atau sunnah yang berkait rapat dengan Rasulullah s.a.w menduduki tempat yang begitu istimewa di hati umat Islam. Bermula dengan generasi sahabat r.a yang merupakan penyambung antara Rasulullah s.a.w dengan generasi selepas mereka. Umat Islam cukup sedar, apalagi para sahabat, betapa mereka wajib menerima panduan dan hidayat Rasulullah s.a.w di segenap aspek tanpa mengira perkara kecil atau besar, terpaksa atau rela. Sabda Rasulullah s.a.w:
„Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa alRasyidin, berpeganglah kamu sekuat-kuatnya dan gigitlah dengan gigi geraham kamu, jauhilah dari perkara-perkara yang direka-reka dan diadaadakan, setiap yang direka-reka itu adalah bid`ah dan setiap yang bid`ah adalah sesat‰. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4
ULUM AL-HADITH: PENGENALAN, KEPENTINGAN DAN SEJARAH PERKEMBANGANNYA
43
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmidhi) Sabdanya lagi:
„Sesungguhnya sebaik-baik kata-kata itu adalah Kitab Allah, sebaik-baik hidayat adalah hidayat Muhammad, seburuk-buruk urusan adalah yang di ada-adakan‰. (Riwayat Muslim) Tambahan pula, Rasulullah s.a.w menegaskan betapa perlunya berpegang dengan sunnahnya dalam situasi yang gawat dan persekitaran yang menyeleweng dan menjanjikan ganjaran yang berlipat ganda. Sabda Rasulullah s.a.w:
„Sesiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnahku yang telah mati selepasku, baginya ganjaran sebagaimana mereka yang beramal dengannya tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka‰. (Riwayat al-Tirmidhi) Sabdanya lagi:
„Orang yang berpegang dengan sunnahku ketika rosaknya umatku baginya ganjaran seratus orang syahid‰. (Riwayat al-Tabarani) Komitmen para sahabat dalam melaksanakan perintah Allah dan Rasul s.a.w cukup ketara sekali, mereka mengembangkan ajaran Rasulullah s.a.w di segenap pelusuk. Para Khulafa al-Rasyidin telah mengutuskan sahabat-sahabat yang terbilang sebagai guru dan pendidik. Namun, mereka begitu teliti dalam menerima dan menyampaikan sesuatu perkhabaran, terutama dari individu yang diragui kebenarannya. Ilmu ini semasa hayat Rasulullah s.a.w merupakan ilmu yang diterima secara langsung daripada baginda. Apabila baginda s.a.w wafat, para sahabat meriwayatkan apa yang mereka dengar dan menghafazkan kepada orang lain dengan penuh teliti dan cermat.
4.3.2
Ilmu Hadith di Zaman Sahabat
Para sahabat pula berbeza di antara satu sama lain. Ada yang masuk Islam awal dan ada yang kemudian, dengan itu ada yang banyak mendengar daripada baginda s.a.w ada pula yang sedikit. Ada di kalangan mereka yang sepenuh masa bersama baginda; manakala ada juga yang terhalang untuk bersama-sama Copyright © Open University Malaysia (OUM)
44
TOPIK 4
ULUM AL-HADITH: PENGENALAN, KEPENTINGAN DAN SEJARAH PERKEMBANGANNYA
Nabi s.a.w atas keperluan kehidupan dan mencari rezeki. Dengan itu mereka perlu mendengar dan mengambil hadith di antara satu dengan yang lain, dengan itu hadith menjadi ilmu yang diriwayat dan dipindahkan. Maka wujudlah ilmu hadith riwayat. Dorongan kepada periwayatan hadith lebih mendesak selepas kewafatan Rasulullah s.a.w kerana semasa hayat baginda, para sahabat boleh merujuk terus kepadanya. Namun para sahabat begitu teliti dan berhemat. Imam Bukhari ada meriwayatkan bersumberkan daripada Abdullah bin Zubair, di mana beliau ada bertanya bapanya mengapa beliau tidak banyak meriwayatkan hadith daripada Rasulullah s.a.w seperti sesetengah sahabat. Katanya: Saya tidak berpisah dengan baginda tetapi saya mendengar sabdanya: Sesiapa yang berdusta ke atasku, maka dia menyediakan tempatnya di neraka. Ini sebagai asas kepada ilmu Dirayah Hadith. Dr Hamman Abd al-Rahim Sa`id berkata: Umat Islam telah kerugian Khalifah mereka, namun mereka untung dalam aspek dirayah, penelitian dan kritikan serta berhati-hati (dalam periwayatan), yang membantu mereka menjaga prinsip agama dan sunnah Rasulullah s.a.w. Para sahabat begitu mementingkan penelitian sanad dan dirayah, di samping aspek riwayah, penghafazan hadith, pengumpulan dan perbincangan mengenainya. Periwayatan memerlukan kaedah bagi mengenal pasti perawi dan hadith yang diriwayatkan. Munculnya perbincangan mengenai sanad dan kepentingannya dengan itu lahirlah ilmu Mustalah al-Hadith. Di zaman ini juga, bermulanya tradisi rihlah (merantau) bagi mendapatkan hadith, ini kerana para sahabat yang mendengar hadith daripada Rasulullah s.a.w telah bermastautin di segenap ceruk rantau dunia Islam ketika itu. Abu Ayub al-Ansari, walaupun banyak mendengar hadith daripada Rasulullah s.a.w telah merantau ke Mesir bagi mendengar satu hadith daripada `Uqbah bin `Amir. Jabir bin Abdullah r.a. telah merantau ke Syam, sebulan di perjalanan bagi mendapatkan satu hadith mengenai al-Mazalim yang tidak didengarinya. Beliau ke sana untuk menemui Abdullah bin Anis.
4.3.3
Ulum Al-Hadith di Kurun Kedua Hijrah
Melangkah ke kurun kedua Hijrah dengan tamatnya zaman sahabat. Situasi semasa telah menyebabkan keperluan kepada perbincangan yang lebih komprehensif dan meluas kepada kajian sanad dan matan hadith, terutama setelah munculnya pelbagai kelompok dan aliran pemikiran termasuklah mereka yang tidak bertanggungjawab yang mereka-reka hadith palsu. Bertitik tolak dari Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4
ULUM AL-HADITH: PENGENALAN, KEPENTINGAN DAN SEJARAH PERKEMBANGANNYA
45
sini, muncul pula ilmu khusus bagi menilai kedudukan rawi hadith iaitu ilmu alJarh wa al-Ta`dil yang merupakan tiang seri bagi Usul-Hadith. Para muhadith mula meneliti secara meluas sejarah dan latar belakang perawi hadith dan menyebut biodata mereka. Antara tokoh-tokoh yang telah memberi sumbangan dalam bidang ini ialah Muhammad bin Muslim bin Shihab al-Zuhri (m.124H), Ma`mar bin Rashid al-Shan`ani (m.153H), Abdullah bin al-Mubarak dan Yahya bin Said al-Qattan (m 179H), Sufyan bin `Uyaynah (m.197H). Malah Imam Malik dalam al-Muwatta` banyak menyebut mengenai rijal al-Hadith.
4.3.4
Ulum Al-Hadith di Kurun Ketiga Hijrah
Prinsip-prinsip asas dalam ilmu hadith, di peringkat awal tidak didokumentasikan tetapi beredar secara lisan. Prof. Abd al-Fattah Abu Ghuddah berkata:
„Mula direkod prinsip-prinsipnya dan sesetengah perkara mengenainya apabila bermulanya penulisan sejarah rijal (al-hadith) dan penyusunan hadith. Sedang sebelumnya ia tersimpan di dada-dada dan beredar secara lisan. Apabila buku-buku telah ditulis terdapatlah isu-isu mengenainya di sana sini dan belum tertulis dalam karya yang tersendiri sehinggalah abad yang keempat⁄‰ Di kurun inilah munculnya karya pertama yang menyentuh mengenai ulum alHadith, iaitu al-Risalah oleh Imam Muhammad bin Idris al-Shafi`i (m.204H) yang telah menyentuh beberapa kaedah penting dalam usul al-hadith seperti kehujahan Khabar Ahad, syarat sah hadith, keadilan perawi, cara menserasikan hadith-hadith yang kelihatan bercanggah, penolakan khabar mursal dan munqatiÂ, periwayatan dengan lafaz dan makna dan lain-lain. Ilmu hadith juga terserlah peranannya dalam ilmu Usul Fiqh dengan mengambil kira bahawa sunnah adalah perbincangan utama dalam ilmu ini. Kurun ini turut menyaksikan kepesatan penulisan dalam ulum al-Hadith. Imam Ali bin al-Madini, guru kepada Imam al-Bukhari begitu banyak menghasil karya yang menghasilkan hampir 200 buah karya. Imam al-Hakim telah menyenaraikan karya-karya beliau yang menjelaskan mengenai pertumbuhan Ulum al-Hadith. Antara karya-karyanya adalah: (a)
Kitab al-Asami wa al-Kuna (8 juzuk);
(b)
Kitab al-Dhu`afa` (10 juzuk);
(c)
Kitab al-Mudallisin (5 juzuk); Copyright © Open University Malaysia (OUM)
46
TOPIK 4
ULUM AL-HADITH: PENGENALAN, KEPENTINGAN DAN SEJARAH PERKEMBANGANNYA
(d)
Kitab al-Tabaqat (10 juzuk);
(e)
Kitab al-Waham wa al-Khata` (5 juzuk);
(f)
Kitab `Ilal al-Musnad (30 juzuk).
Tokoh-tokoh lain yang turut memberi sumbangan ialah Imam Yahya bin Ma`in (m.233H) dalam sejarah dan biodata rawi hadith, Imam Ahmad bin Hanbal (m.241H) dalam pelbagai bidang dalam ilmu hadith, Muhammad bin Abdullah bin Numayr (m.234H), Imam Bukhari (m.256H) menghasilkan al-Tarikh, al-Dhu`fa`, al-Kuna dan al-`Ilal, al-`Ajali (m.261H), Imãm Muslim bin al-Hajjãj al-Naysãbüri (m. 261 H) telah menyentuh beberapa isu berkaitan ilmu Usul al-Hadith ini dalam muqaddimah karya beliau yang terkenal iaitu al-Sahih, Ya`kob bin Syaibah (m.262H), Abu Daud (m.275H), Tirmidhi (m.279H) dan al-Nasa`i (m.303H).
4.3.5
Ulum Al-Hadith pada Kurun Ke-4, Ke-5 dan Ke-6
Pada awal kurun keempat, setengah ulama mula memberi perhatian untuk menulis dan membincangkan isu-isu tertentu mengenai Mustalah al-Hadith ini. Tokoh pertama yang banyak membincang mengenai Mustalah al-Hadith ini adalah Qadi Abu Muhammad al-Hasan bin Abd al-Rahman bin Khallad al-Ramahurmuzi (m.360H) melalui karyanya al-Muhaddith al-Fasil Bayn al-Rawi wa al-WaÊiy. Ini merupakan sentuhan awal yang tidak menyeluruh perbincangannya. Imam al-Hakim, Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah al-Nisaburi telah menghasilkan Ma`rifat `Ulum al-Hadith, walaupun susunannya tidak kemas dan teratur. Setelah itu ditemui al-Mustakhraj `ala Ma`rifat Ulum al-Hadith susunan Abu Nuaym Ahmad bin Abdullah al-Asbihani (m.430H) dengan maklumat tambahan bagi karya al-Hakim sebelumnya. Imam Abu Bakr Ahmad bin Ali bin Thabit al-Khatib al-Baghdadi (m.463H) telah menghasilkan dua karya yang membincangkan kaedah periwayatan dan adabnya. Dua karya tersebut adalah al-Kifayah fi Ilm al-Riwayah dan al-Jami li
Akhlaq al-Rawi wa Adab al-Sami`. Ada beberapa lagi karya lain yang telah dihasilkan di peringkat awalan ini. Iaitu Al-Ilma` la Ma`rifat Usul al-Riwayah wa Taqyid al-Sama` oleh Qadi `Iyadh bin Musa al-Yahsubi (m.544H). Karya ini menumpukan perbincangannya mengenai cara penerimaan dan periwayatan hadith. Sebuah risalah kecil telah disusun oleh
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4
ULUM AL-HADITH: PENGENALAN, KEPENTINGAN DAN SEJARAH PERKEMBANGANNYA
47
Abu Hafs Umar bin Abd al-Majid al-Mayanaji (m.580H) dengan judul Ma La
Yasa` al-Muhaddith Jahluh.
4.3.6
Zaman Kelesuan Ulum Al-Hadith
Dr Nur al-Din `Itr berpendapat bermula dari kurun ke-10 hinggalah ke permulaan abad ke-13 merupakan zaman kelesuan dan ketandusan dalam perkembangan ilmu hadith. Tandus bukan bermaksud penghasilan karya terhenti tetapi dengan maksud kurangnya inisiatif baru dan pembaharuan dalam ilmu ini. Menurut Dr Faruq Hamadah, ulama hadith dan sunnah yang menjadi penggerak kepada tradisi ilmu berkurangan, perhatian pula lebih banyak tertumpu kepada bidang ilmu yang lain, hasilnya karya-karya dalam bidang lain lebih banyak berbanding dengan karya dalam hadith dan ilmunya. Kalau pun ada karya yang jumlahnya agak kurang itu, hanya berupa ulasan ringkas, puisi-puisi ringkasan, isu-isu terpilih atau himpunan bagi karya-karya lampau yang terkenal. Namun begitu, terdapat juga tokoh-tokoh yang telah menghasilkan karya yang baik yang dihasilkan dalam tempoh ini. Antaranya adalah: (a)
Al-`Allamah Ali bin Sultan al-Harawi al-Makki al-Qari (m.1014) yang telah menghasilkan Mustalahat Ahl al-Athar `ala Syarh Nukhbat al-Fikar, al-
Masnu` fi Ma`rifat al-Hadith al-Mawdhu`, al-Maudhu`at al-Kubra. (b)
Syeikh al-Muhaddith Muhammad Abd al-Rauf al-Munawi (m.1031H) telah menyusun Natijah al-Fikar dan Al-Yawaqit wa al-Durar fi Syarh Nukhbat al-Fikar.
(c)
Syeikh Abi al-Hasanat Muhammad Abd. al-Hayy al-Laknawi (m.1034H) telah menyusun Zafr al-Amani fi Syarh Mukhtasar al-Jurjani .
(d)
Umar Taha bin Muhammad bin Fatuh al-Bayquni al-Dimasyqi (m.1080H) telah menyusun Manzumah al-Bayquniyyah berbentuk nazam yang terdiri dari 34 rangkap yang dihafaz oleh pelajar-pelajar ilmu Mustalah hadith.
(e)
Abu Abdullah Muhammad bin Abd al-Baqi al-Zarqani (m.1122H) telah memberi ulasan terhadap Matan al-Bayquniyyah.
(f)
Muhammad bin Ismail al-Amir al-Kahlani al-San`ani (m.1182H) telah menghasilkan Tawdhih al-Afkar Syarh Tahqih al-Andhar fi Ulum al-Athar,
Thamarat al-Nadhar fi Ilm al-Athar, Isbal al-matar bi Syarh Nukhbat alFikar, Qasb al-Sukar Nazm Nukhbat al-Fikar fi Ilm al-Athar.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
48
(g)
TOPIK 4
ULUM AL-HADITH: PENGENALAN, KEPENTINGAN DAN SEJARAH PERKEMBANGANNYA
Muhammad bin Ahmad bin Salim al-Nablusi al-Safarini (m.1188H). telah menghasilkan al-Milh al-Gharamiah bi Syarh Manzumah Ibn Farh
al-Lamiyah. (h)
Al-`Allamah Sayyid Muhammad Murtadha al-Zabidi (m. 1205H). Beliau telah menghasilkan Balghat al-Arib fi Mastalah Athar al-Habib, al-Qawl al-
Sahih fi Maratib al-Ta`dil wa al-Tajrih. (i)
Syeikh Muhammad `Abid al-Sindi al-Ansari (m. 1257H) telah memberi ulasan bagi Alfiah al-Suyuti.
(j)
Abu al-Hasanat Abd al-Hayy bin Abd al-Halim al-Laknawi al-Ansari telah menghasilkan al-Raf` wa al-Takmil fi al-Jarh wa al-Ta`dil.
4.3.7
Zaman Kebangkitan Semula Ulum al-Hadith
Bermula dari permulaan abad ke-15 hingga kini, umat Islam mula bangkit semula dan sedar akan bahaya yang melanda mereka hasil pertembungan timur dan barat, juga hasil serangan bersenjata penjajah dan disusuli oleh penjajahan pemikiran yang mencetuskan pelbagai kekeliruan terhadap sunnah Rasulullah s.a.w yang dicetuskan oleh para orientalis dan tali barut mereka. Muncul kemudiannya karya-karya Ulum Hadith dengan menggunakan pendekatan semasa dan tidak kurang juga yang menjawab tuduhan dan tohmahan musuh hadith Rasululluh s.a.w. Jadual 4.1 menunjukkan antara karya-karya Ulum al-Hadith pada abad ke-15 hingga kini. Jadual 4.1: Antara Karya-Karya Ulum al-Hadith pada Abad ke-15 hingga kini No.
Karya-karya
Dari
1.
Manhaj Zawi al-Nadhar fi Syarh Munzumah Ilm Al-Athar
Syeikh Muhammad Mahfuz bin Abdullah alTurmusi (m.1329H). Beliau adalah ulama Nusantara yang banyak menghasilkan karya dalam bahasa Arab.
2.
QawaÊid al-Tahdith min Funun Mustalah al-Hadith
Syeikh Jamal al-Din al-Qasimi (m.1332H).
3.
Tawjih al-Nadhar ila Usul al-Athar
Syeikh Tahir bin Saleh al-Jaza`iri (m.1338H).
4.
QawaÊid fi Ulum al-Hadith
Syeikh Zafar Ahmad al-Uthmani al-Tahanawi (m.1394H).
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4
ULUM AL-HADITH: PENGENALAN, KEPENTINGAN DAN SEJARAH PERKEMBANGANNYA
49
5.
Al-Manhal al-Hadith fi Ulum al-Hadith
Syeikh Muhammad Abd al-Azim al-Zarqani (m.1948M).
6.
Al-Manhaj al-Hadith fi Ulum al-Hadith
Syeikh Muhammad al-Samahi.
7.
Al-Sunnah wa Makanatuha fi al-Tashri` al-Islamy
Dr Mustafa al-Siba`iy yang dianggap karya terbaik dalam menjawab kekeliruan yang dibangkitkan oleh musuh-musuh Sunnah Rasulullah terutamanya para orientalis.
8.
Al-Wasit fi Ulum wa Mustalah al-Hadith dan al-Difa` an al-Sunnah
Prof Dr Syahbah.
9.
Taysir Mustalah al-Hadith
Prof Dr Mahmud Ahmad Tahhan yang menurut Usul al-Hadith oleh Dr Muhammad `Ajaj al-Khatib dengan cetakan pertama pada 1967.
10.
Usul al-Hadith
Dr Muhammad `Ajaj al-Khatib cetakan pertamanya pada 1967.
11.
Ulum al-Hadith wa Mustalahuh
Dr Subhi al-Salih.
12.
Ulum al-Hadith
Dr Muhammad Adib Salih.
13.
Al-Hadith al-Nabawi Mustalahuh wa Balaghatuh wa Kutubuh
Dr Muhammad al-Sabbagh.
14.
Shubahat Hawl al-Sunnah wa Dahdhuha
Prof Dr Khalil Ibrahim Mulla Khatir.
15.
Manhaj al-Naqd fi Ulum alHadith
Dr Nur al-Din `Itr. Menurut Dr Syaraf alQudhah karya ini adalah karya semasa yang terbaik.
16.
Al-Tamhid fi Ulum al-Hadith
Dr Hammam Abd al-Rahim Said.
17.
Ulum al-Hadith Asiluha wa Mu`asiruha
Dr Muhamad Abullais al-Khayr Abadi
18.
Al-Manhaj al-Hadith fi Ulum al-Hadith
Dr Syaraf al-Qudhah.
Muhammad
Muhammad
Abu
dengan
Karya-karya ini disebut sebagai contoh sahaja, yang merupakan sebahagian kecil daripada satu senarai yang panjang bagi karya-karya yang berkaitan Ulum alHadith dalam pelbagai ilmunya yang dihasilkan oleh para ulama dan ilmuan Islam semasa dari pelbagai negara di Dunia Islam. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
50
4.4
TOPIK 4
ULUM AL-HADITH: PENGENALAN, KEPENTINGAN DAN SEJARAH PERKEMBANGANNYA
KARYA-KARYA UTAMA MENGENAI ULUM AL-HADITH
Selain daripada yang telah disebut di atas, terdapat banyak karya-karya yang telah dihasilkan oleh para muhaddithin, dahulu dan mutakhir. Antaranya adalah (rujuk Jadual 4.2): Jadual 4.2: Karya-Karya yang telah dihasilkan oleh para muhaddithin No 1.
Karya-karya
Ma`rifat Anwa Ilm al-Hadith yang dikenali juga dengan
Muqaddimah Ibn al-Salah
Dari Imam Hafidh Abu Amr Uthman bin Abd al-Rahman al-Sahrazuri ibn al-Salah (m.643H). Sebuah karya yang sangat terkenal dalam Mustalah Hadith. Menurut Profesor Mahmud al-Tahhan, karya ini merupakan karya Mustalah Hadith yang terbaik, ia melengkapkan karya-karya yang telah dihasilkan oleh tokoh-tokoh sebelumnya.
2.
Tadrib al-Rawi
Imam al-Suyuti (m.911H).
3.
Nuzhat al-Nadhar fi Tawdih Nukhbat al-Fikar
Imam Ibn Hajar.
4.
Qawa`id al-Tahdith min Funun Mustalah al-Hadith
Muhammad Jamal al-Din al-Qasimi.
5.
Taysir Mustalah al-Hadith
Dr Mahmud Ahmad Tahhan. Ahmad Farid dalam Nazm al-Durar fi Mustalah
Ilm al-Athar
menyatakan karya ini merupakan karya yang paling meluas penyebarannya di kalangan penuntut ilmu. 6.
Manhaj al-Naqd fi Ulum al-Hadith
Dr Nur al-Din `Itr. Menurut Dr Syaraf alQudhah dalam Al-Minhaj al-Hadith fi Ulum al-Hadith, karya ini adalah karya semasa yang terbaik.
7.
Ulum al-Hadith Asiluha wa Muasiruha
Dr Muhammad Abullais al-Khayr Abadi.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4
ULUM AL-HADITH: PENGENALAN, KEPENTINGAN DAN SEJARAH PERKEMBANGANNYA
51
AKTIVITI 4.1 1.
Nyatakan matlamat dan kepentingan ilmu hadith.
2.
Perkenalkan karya-karya utama dalam ilmu hadith.
Ilmu hadith sangat penting bagi memahami dan memelihara hadith Nabi s.a.w.
Ilmu hadith tidak lahir secara spontan tetapi untuk memenuhi tuntutan semasa bagi memelihara ketulenan hadith Rasulullah s.a.w.
Para muhaddithin telah memberikan perhatian istimewa terhadap ilmu Hadith, hasilnya banyak karya-karya mengenainya telah dihasilkan.
Karya-karya Ulum Hadith
Perkembangan Ulum Hadith
Dr Hammam Ab al-Rahim Said. (2000). al-Tamhid fi Ulmu al-Hadith. Amman: Dar al-Furqan. Dr Muhammad Abullais al-Khayr Abadi. (2003). Ulum al-Hadith Asiluha wa Muasiruha. Bangi:Dar Syakir. Dr Nur al-Din. (1992). `Itr, Manhaj al-Naqd fi Ulum al-Hadith. Beirut:Dar al-Fikr.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
Topik Pembahagian
5
Ilmu Hadith
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
Mengenal pasti dua bahagian utama hadith iaitu ilmu Hadith Riwayah dan Dirayah;
2.
Mengenal pasti ilmu Hadith Riwayah dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya;
3.
Mengenal pasti ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ilmu Hadith Dirayah; dan
4.
Menghuraikan adab pelajar dan guru dalam pengajian hadith.
PENGENALAN
Tahukan anda yang ilmu hadith adalah satu bidang ilmu yang luas dan banyak pula pembahagiannya? Malah pembahagiannya boleh dilihat dari pelbagai dimensi. Namun secara umumnya ia terbahagi kepada dua bahagian utama. Dalam topik ini kita akan mempelajari kedua-dua bahagian tersebut dan jenisjenis ilmu yang terangkum dalam kedua-dua bahagian utama itu. Bertitik tolak dari usaha dan kreativiti ulama dalam ilmu Hadith, ilmu ini telah dibahagikan kepada dua bahagian utama: (a)
Ilmu Hadith Riwayah; dan
(b)
Ilmu Hadith Dirayah, yang dipecahkan pula kepada pelbagai ilmu yang lain.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5
5.1
PEMBAHAGIAN ILMU HADITH
53
ILMU HADITH RIWAYAH
Ilmu hadith riwayah ialah ilmu yang merangkumi setiap apa yang dipindahkan daripada Rasulullah s.a.w. Antaranya adalah: (a)
Perkataan;
(b)
Perbuatan;
(c)
Pengakuan;
(d)
Sifat fizikal;
(e)
Sifat akhlak berserta periwayatan; dan
(f)
Penulisannya dengan kemas dan teliti.
Perkataan „riwayah‰ bermaksud semata-mata periwayatan dan tidak termasuk kajian mengenai sanad dan matan hadith dan sifat-sifat rawi hadith. Fokus ilmu ini adalah periwayatan perkataan, perbuatan dan perakuan serta sifat Rasulullah s.a.w sama ada sebelum dibangkitkan menjadi Rasul dan selepasnya. Bagaimana hadith disampaikan dan diterima, dipindah dan ditulis dalam bentuk koleksi sebagaimana adanya dan meneliti ungkapan yang digunakan dan mempelajari sanadnya dan kedudukan hadith tersebut sama ada sahih, hasan atau dha`if. Termasuk juga maksud hadith dan kesimpulan dan rumusan darinya. Antara ilmu hadith riwayah yang penting ialah:
5.1.1
Ilmu Mukhtalif Hadith
Mukhtalif hadith ialah percanggahan antara dua hadith pada maknanya yang zahir, di mana satu daripadanya menetapkan sesuatu, manakala yang satu lagi menafikannya. Ada yang pertama menunjukkan halal dan yang satu lagi pula haram. Kepentingan ilmu ini terserlah kerana perkara-perkara yang berikut: (a)
Dapat menolak salah faham terhadap hadith Nabi s.a.w;
(b)
Menjelaskan yang dalil-dalil syarak tidak bertentangan di antara satu dengan yang lain; dan
(c)
Menetapkan pengertian yang sebenar bagi hadith Rasulullah s.a.w untuk dijadikan panduan dalam urusan akidah dan hukum hakam.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
54
TOPIK 5
PEMBAHAGIAN ILMU HADITH
Ilmu ini sudah muncul di zaman Rasulullah s.a.w lagi. Ada sesetengah sahabat baginda s.a.w keliru dengan sesetengah hadith, lalu baginda s.a.w menjelaskannya. Antaranya, sabda Rasulullah s.a.w:
ل اﻟﻠﱠ ُﻪ َﺗﻌَﺎﻟَﻰ ُ ﺲ َﻳﻘُﻮ َ ْﺖ َأ َوَﻟﻴ ُ ْﺸ ُﺔ َﻓ ُﻘﻠ َ ب ﻗَﺎَﻟﺖْ ﻋَﺎ ِﺋ َ ﻋ ﱢﺬ ُ ﺐ َ ﺳ ِ َﻣﻦْ ﺣُﻮ }ﺣﺴَﺎﺑًﺎ َﻳﺴِﻴﺮًا ِ ﺐ ُ ﺳ َ ف ُﻳﺤَﺎ َ ْﺴﻮ َ { َﻓ َ ﺤﺴَﺎ ِ ْﺶ اﻟ َ ض َوَﻟ ِﻜﻦْ َﻣﻦْ ﻧُﻮ ِﻗ ُ ْﻚ اﻟْ َﻌﺮ ِ ل ِإ ﱠﻧﻤَﺎ َذِﻟ َ ﻗَﺎَﻟﺖْ َﻓﻘَﺎ ْب َﻳﻬِْﻠﻚ (Sesiapa yang dihisab akan diazab) Berkata Aishah: Saya berkata: Bukanlah Allah berfirman: Maka akan dihisab dengan hisab yang mudah. Katanya: Sabda baginda: Yang demikian itu adalah pembentangan tetapi sesiapa yang mendalam hisabnya akan binasa. (HR Bukhari) Aishah r.a beranggapan yang sabda Rasulullah s.a.w itu bercanggah dengan ayat al-Quran, lalu beliau pun bertanya kepada Rasulullah s.a.w dan baginda menjelaskannya. Percanggahan ini terjadi kerana beberapa faktor, antaranya ialah: (a)
Terdapatnya pemansuhan hukum syarak, lalu hadith yang memansukhkan dengan hadith yang dimansukhkan;
(b)
Kesilapan perawi yang meriwayatkan hadith, percanggahan dengan riwayat rawi yang lain; dan
(c)
Salah faham terhadap hadith atau perkara saintifik dan logik akal.
lalu
berlakulah
Hadith yang zahirnya bercanggah itu dapat diserasikan dengan cara berikut mengikut urutannya: (a)
Jika bercanggah di antara hadith sahih dengan hadith yang dha`if, tolaklah hadith yang dha`if kerana hadith ini tidak boleh dijadikan sandaran hukum;
(b)
Nasakh yang jelas daripada Nabi s.a.w atau sahabat. Tidak wajar digabungkan atau diserasikan antara yang nasikh dan mansukh;
(c)
Dihimpun dan diserasikan jika sesuai;
(d)
Nasakh yang tidak nyata seperti kes batalnya puasa kerana berbekam; dan
(e)
Dipulih atau ditarjih yang lebih kuat.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5
5.1.2
PEMBAHAGIAN ILMU HADITH
55
Ilmu Nasakh dan Mansukh Hadith
Nasakh ialah pembatalan hukum awal oleh hukum yang kemudian oleh Allah atau RasulNya s.a.w. Hadith nasikh ialah hadith yang datang kemudian membatalkan hukum yang ditetapkan oleh hadith yang terdahulu. Mengetahui nasikh mansukh sangat penting bagi mengelak daripada beramal dengan hukum yang telah dibatalkan. Nasakh hanya terjadi dalam hukum hakam sahaja, bukannya dalam akidah dan berita kerana berita hanya dalam dua keadaan ă sama ada benar atau bohong. Cara-cara untuk mengenal nasakh adalah: (a)
Makluman yang jelas daripada Rasulullah s.a.w seperti larangan menziarahi kubur;
(b)
Penjelasan daripada sahabat seperti hukum berbuka puasa ketika musafir, di mana Rasulullah s.a.w keluar dari Madinah pada tahun Fath Makkah dalam keadaan berpuasa dan berbuka apabila sampai di al-Kadid;
(c)
Sejarah. Seperti hukum puasa bagi orang yang berbekam. Hadith: Orang yang berbekam dan pembekam hendaklah berbuka puasa. (Hadith riwayat Tirmizi) dan Nabi s.a.w berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. Keadan pertama berlaku pada tahun kelapan Hijrah semasa pembukaan Mekah, sedang yang kedua pada tahun kesepuluh Hijrah semasa haji Wada`.
5.1.3
Ilmu Gharib Hadith
Gharib hadith ialah perkataan atau ungkapan yang terdapat dalam matan hadith yang sukar difahami kerana kurang penggunaannya. Dengan itu, ilmu gharib al-hadith adalah berkaitan dengan penjelasan maksud perkataan-perkataan yang sukar difahami yang terdapat dalam hadith Nabi s.a.w. Ilmu ini muncul setelah luasnya wilayah Islam dan masuknya kalangan orang yang bukan Arab ke dalam Islam dan berkembangnya pengaruh mereka. Mereka ini begitu asing dengan hadith Nabi s.a.w sebelumnya. Para tabiin telah membincang mengenai ilmu ini di atas kesedaran untuk mengelakkan salah faham terhadap hadith Nabi s.a.w. Kegagalan memahami perkataan yang terdapat pada matan hadith menyebabkan hadith tersebut tidak difahami maksudnya.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
56
TOPIK 5
PEMBAHAGIAN ILMU HADITH
Setelah itu, lahirlah karya-karya yang dihasilkan oleh muhaddithin. Antara mereka termasuklah: (a)
Al-Nadhar bin Shamil (m.203H);
(b)
Abu `Ubaydah Ma`mar bin Mutahnna (m.210);
(c)
Abu `Ubayd bin Salam;
dan ramai lagi.
5.1.4
Ilmu Asbab Wurud Hadith
Ilmu Asbab Wurud Hadith ialah ilmu yang membincangkan perkara yang menjadi latar belakang atau penyebab sehingga munculnya sesebuah hadith dan diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. Mengetahui latar belakang kelahiran sesebuah hadith sangat penting bagi memahami sesebuah hadith kerana hadith tersebut muncul berdasarkan kepada persekitaran tersebut. Dengan itu, sebab tersebut mesti diambil kira dalam memahami hadith berkenaan. Malah, kegagalan mengambil kira sebab yang melatari kemunculan hadith boleh mengundang bahaya dan kesalahan dalam memahami hadith, seperti hadith:
َْأﻧْ ُﺘﻢْ َأﻋَْﻠ ُﻢ ِﺑَﺄﻣْ ِﺮ ُدﻧْﻴَﺎ ُآﻢ „Kamu lebih tahu dengan urusan dunia kamu‰ (Riwayat Muslim) Ada kalangan yang menjadikan hadith ini untuk mengelakkan diri daripada mengikut Syariat Islam di bidang ekonomi, politik dan seumpama dengan dakwaan ia adalah urusan dunia dan kita lebih arif mengenainya dan Rasulullah s.a.w telah menyerahkan urusan itu kepada kita. Sedangkan ia hanya berkaitan dengan pendebungaan kurma sahaja dan tiada kaitan langsung dengan kebebasan untuk berpaling dari Syariat Islam. Kedudukan ilmu Asbab Wurud ini, samalah dengan asbab al-Nuzul bagi al-Quran. Tidak semua hadith ada asbab wurudnya sebagaimana tidak semua ayat mempunyai sebab nuzulnya.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5
PEMBAHAGIAN ILMU HADITH
57
AKTIVITI 5.1 Apakah ilmu Hadith Riwayah? Huraikan pembahagiannya.
5.2
ILMU HADITH DIRAYAH
Ilmu Hadith Dirayah ialah ilmu untuk mengenali hakikat periwayatan, syaratsyarat, jenis-jenis, hukum dan hal ehwal rawi dan syarat mereka serta bentuk periwayatan dan yang berkaitan dengannya. Fokus ilmu ini adalah sanad dan matan hadith untuk diketahui sama ada ia bersambung atau terputus. Ilmu Dirayah adalah untuk mengetahui sama ada hadith itu diterima atau ditolak berdasarkan kaedah-kaedah umum sedangkan ilmu Riwayat pula adalah pengaplikasian kaedah-kaedah tersebut. Ilmu Hadith Dirayah telah melahirkan beberapa ilmu lain yang berkaitan dengan rawi hadith dan apa yang diriwayatkannya dari aspek diterima dan ditolak. Kajian berkaitan ehwal sanad dan matan ini pelbagai jenisnya. Ilmu berkaitan ehwal dan telah diistilahkan oleh para muhaddithin dengan ilmu Rijal al-Hadith atau ilmu Rijal al-Athar. Manakala ilmu yang merangkumkan kajian mengenai matan dan ehwal yang ada kaitan antaranya dengan sanad telah disebut sebagai Mustalah Hadith atau Mustalah Ahl al-Athar. Ini termasuklah ilmu-ilmu berikut:
5.2.1
Ilmu Mustalah Hadith
Ilmu Mustalah Hadith membincangkan mengenai jenis-jenis khabar dan hukum dan syaratnya untuk dikenal pasti kedudukannya, jika ia sahih akan diterima, jika bermasalah akan ditolak. Ilmu ini juga membincang bagaimana hadith diterima dan kaedah periwayatannya. Ia merupakan ilmu yang luas dan penting. Ringkasnya, ilmu Mustalah Hadith ialah ilmu berkaitan prinsip dan kaedah di mana dengannya diketahui hal ehwal sanad dan matan dari aspek diterima atau ditolak. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
58
TOPIK 5
PEMBAHAGIAN ILMU HADITH
Ilmu ini dikenali juga dengan beberapa nama lain seperti: (a)
Ilmu Ulum al-Hadith;
(b)
Ilmu Hadith Dirayah dan Riwayah; dan
(c) Ilmu Usul al-Hadith. Namun, nama Ulum al-Hadith merupakan istilah yang agak lewat dikenali, iaitu sekitar kurun keempat Hijrah. Orang yang pertama menggunakan istilah tersebut Imam Abu Abdullah al-Hakim al-Naysaburi (m.405H) melalui bukunya MaÊrifat Ulum al-Hadith. Sedangkan orang yang pertama yang membahagikan ilmu hadith kepada dua bahagian iaitu ilmu Riwayah dan Dirayah ialah Muhammad bin Ibrahim bin Sa`id al-Ansari (m.749H). Fokusnya yang paling penting dalam ilmu Mustalah Hadith ialah mengenai jenis-jenis hadith yang dilihat dari sudutnya yang pelbagai, antaranya adalah: (a)
Hadith dari sudut bilangan rawi yang meriwayatkannya. Ia terbahagi pula kepada dua jenis utama iaitu hadith mutawatir dan hadith ahad yang setiap satu ada pecahannya pula.
(b)
Hadith dari aspek kekuatan dan kelemahannya yang terbahagi pula kepada dua jenis utama iaitu hadith yang diterima dan hadith yang ditolak. Dalam kelompok ini terdapat hadith sahih, hasan dan dha`if dengan pembahagiannya pula.
(c)
Hadith dari aspek penuturnya yang membahagikannya kepada hadith qudsi, hadith marfu, mawquf dan maqtu`.
Perincian bagi setengah dari jenis-jenis ini akan dipelajari pada topik-topik akan datang yang dalam subjek ini.
5.2.2
Ilmu `Ilal Al-Hadith
Ilmu `Ilal al-Hadith adalah ilmu yang membincangkan sebab-sebab yang sulit lagi tersembunyi yang boleh menjejaskan kesahihan sesebuah hadith, seperti hadith yang terputus sanadnya tetapi kelihatan bersambung pada zahirnya atau termasuk hadith lain padanya atau kecacatan tersembunyi yang lain. `Ilal al-hadith ini termasuk ilmu yang paling rumit dan memerlukan ketelitian dan menuntut pengalaman yang luas. Tidak ramai yang mengetahuinya kecuali di kalangan ulama yang luas pengalamannya, justeru perkhidmatannya yang lama dan berterusan kepada hadith Nabi s.a.w.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5
PEMBAHAGIAN ILMU HADITH
59
Ringkasnya, mereka yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran sahaja yang tahu akan kecacatan yang terdapat pada sesuatu hadith. Antara jenis kecacatan yang disebut oleh para muhaddithin, antaranya al-Suyuti dalam Tadrib al-Rawi ialah: (a)
Sanad yang zahirnya kelihatan sahih tetapi terdapat perawi yang tidak diketahui apakah ia mendengar daripada rawi yang diriwayatkan hadith daripadanya;
(b)
Hadith yang satu keadaannya mursal dan diriwayatkan oleh rawi yang thiqah, bersanad pada keadaan yang lain yang zahirnya kelihatan selamat; dan
(c)
Rawi yang mendengar hadith daripada seorang guru tetapi tidak mendengar hadith-hadith tertentu daripadanya.
Antara ulama yang menghasilkan karya yang berkaitan dengan ilmu ini ialah Ali ibn al-Madini, Ibn Abi Hatim al-Razi, Imam Muslim dan al-Hakim.
5.2.3
Ilmu Rijal Al-Hadith
Ilmu Rijal al-Hadith membincangkan mengenai rawi hadith dari pelbagai aspek dengan tujuan untuk mendedahkan latar belakangnya sama ada diterima atau ditolak hadithnya. Begitu juga kedudukannya di kalangan para muhaddithin dan peranannya dalam periwayatan hadith. Ia terbahagi pula kepada banyak jenis. Ilmu ini dikenali juga dengan ilmu Tarikh al-Ruwat. Hasilnya, para muhaddithin telah meninggalkan satu khazanah yang besar yang berkaitan dengan sejarah dan biodata para rawi hadith, sama ada yang berkaitan dengan nama rawi, gelaran dan ÂkunniyahÊ mereka; kelahiran dan kewafatan, negeri asal, guru dan rakan sebaya; tabaqat seperti sahabat dan tabiin; dan sejarah secara umum, dan sebagainya.
5.2.4
Ilmu Al-Jarh Wa Al-Ta`dil
Ilmu ini adalah cabang dari ilmu al-Rijal yang tersangat penting. Justeru itu, para ulama memberikan perhatian yang istimewa terhadapnya kerana perbincangannya adalah secara langsung melibatkan para perawi hadith dari aspek keadilan dan kekuatan hafazan mereka dan sebagainya yang menentukan kedudukan hadith yang mereka riwayatkan sama ada diterima atau ditolak.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
60
TOPIK 5
PEMBAHAGIAN ILMU HADITH
Ilmu ini lahir daripada hasrat menjaga kemurnian syariat, bukannya untuk mencemarkan mana-mana individu. Di zaman awal, ramai daripada kalangan para sahabat yang menyebut mengenai rijal al-Hadith membawa ulama bagi umat di zaman mutakhir. Dari namanya, sudah jelas ia terbahagi kepada dua iaitu: (a)
Ilmu al-Jarh, di mana perbincangannya merangkumi sifat-sifat buruk yang ada pada seseorang perawi yang menyebabkan periwayatannya tidak diterima seperti bohong, fasik, lupa, hafazan yang lemah dan sifat-sifat lain yang menyebabkan riwayatnya ditolak; dan
(b)
Ilmu al-Ta`dil yang membahaskan sifat-sifat positif yang membersihkan peribadi perawi dan tergolong sebagai orang yang adil, sekali gus riwayatnya diterima.
Seseorang perawi tidak terlepas daripada tiga keadaan: (a)
Dikenali dengan keadilannya, maruahnya yang tinggi, akhlak yang baik; atau
(b)
Dikenali umum dengan sifat fasiqnya, tidak bermaruah dan buruk pula akhlaknya; atau
(c)
Tidak dikenali latar belakangnya sama ada baik atau sebaliknya.
Peribadi yang tidak diketahui ini ditolak riwayatnya seperti keadaan orang yang diketahui keburukannya.
AKTIVITI 5.2 Perkenalkan ilmu pembahagiannya.
5.3
hadith
dirayah
dan
perincikan
ADAB PELAJAR DAN GURU HADITH
Islam memberikan keutamaan kepada ilmu dan akhlak serentak. Ilmu merupakan satu wasilah yang boleh digunakan untuk kebaikan dan keburukan. Akhlak pula merupakan juru arah kepada ilmu. Dunia Barat mengabaikan ikatan ilmu dengan akhlak dalam tempoh yang sangat lama, selepas itu mereka menyedari akan kepentingannya lalu etika profesion diperkenalkan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5
PEMBAHAGIAN ILMU HADITH
61
Ulama Hadith telah menggariskan akhlak pelajar. Antara yang terpenting ialah: (a)
Ikhlas Kerana Allah Dengan keikhlasan ilmu menjadi sebab yang diberi ganjaran. Ikhlas juga membantu seseorang menjadi teliti dan tekun serta sabar dalam mengharungi kesukaran. Seseorang itu tidak mendapat apa-apa kerugian, malah untung di dunia dan akhirat. Rasulullah s.a.w memberi amaran kepada penuntut ilmu kerana dunia semata-mata. Sabdanya:
ﻏﻴْ َﺮ اﻟﻠﱠﻪِ َﻓﻠْ َﻴ َﺘ َﺒ ﱠﻮأْ َﻣﻘْ َﻌ َﺪ ُﻩ ِﻣﻦْ اﻟﻨﱠﺎ ِر َ ﻋﻠْﻤًﺎ ِﻟ َﻐﻴْ ِﺮ اﻟﻠﱠﻪِ َأوْ َأرَا َد ِﺑ ِﻪ ِ َﻣﻦْ َﺗ َﻌﱠﻠ َﻢ „Sesiapa yang menuntut ilmu bukan kerana Allah atau mengehendaki dengannya selain Allah, maka sedialah tempatnya dari neraka‰. (Riwayat al-Tirmizi) (b)
Beramal Dengan Ilmu Ini adalah ibadat, menunaikannya adalah wajib. Allah s.w.t telah memberi amaran kepada mereka yang tidak beramal dengan ilmunya. Firman Allah:
ß⎯≈sÜø‹¤±9$# çμyèt7ø?r'sù $yγ÷ΨÏΒ y‡n=|¡Σ$$sù $oΨÏF≈tƒ#u™ çμ≈oΨø‹s?#u™ ü“Ï%©!$# r't6tΡ öΝÎγøŠn=tæ ã≅ø?$#uρ †n<Î) t$s#÷zr& ÿ…çμ¨ΖÅ3≈s9uρ $pκÍ5 çμ≈uΖ÷èsùts9 $oΨø⁄Ï© öθs9uρ ∩⊇∠∈∪ š⎥⎪Íρ$tóø9$# z⎯ÏΒ tβ%s3sù ÷ρr& ô]yγù=tƒ Ïμø‹n=tã ö≅ÏϑøtrB βÎ) É=ù=x6ø9$# È≅sVyϑx. …ã&é#sVyϑsù 4 çμ1uθyδ yìt7¨?$#uρ ÇÚö‘F{$# ÄÈÝÁø%$$sù 4 $uΖÏG≈tƒ$t↔Î/ (#θç/¤‹x. š⎥⎪Ï%©!$# ÏΘöθs)ø9$# ã≅sVtΒ y7Ï9≡©Œ 4 ]yγù=tƒ çμò2çøIs? ∩⊇∠∉∪ tβρã©3xtFtƒ öΝßγ¯=yès9 }È|Ás)ø9$# 175. „Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang Yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang Yang sesat.‰ Copyright © Open University Malaysia (OUM)
62
TOPIK 5
PEMBAHAGIAN ILMU HADITH
176. „Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermatimati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orangorang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.‰ (Surah al-A`raf: 175-176)
ã≅Ïϑøts† Í‘$yϑÅsø9$# È≅sVyϑx. $yδθè=Ïϑøts† öΝs9 §ΝèO sπ1u‘öθ−G9$# (#θè=Ïdϑãm t⎦⎪Ï%©!$# ã≅sVtΒ 4 #I‘$xó™r& „Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal.‰ (Surah al-Jumu`ah: 5) Sabda Rasulullah s.a.w:
ﻖ َأﻗْﺘَﺎ ُﺑ ُﻪ ﻓِﻲ اﻟﻨﱠﺎ ِر َﻓ َﻴﺪُو ُر ُ ﺟﻞِ َﻳﻮْ َم اﻟْ ِﻘﻴَﺎ َﻣ ِﺔ َﻓ ُﻴﻠْﻘَﻰ ﻓِﻲ اﻟﻨﱠﺎ ِر َﻓ َﺘﻨْ َﺪِﻟ ُ ُﻳﺠَﺎ ُء ﺑِﺎﻟﺮﱠ ن ﻣَﺎ ُ ن َأيْ ُﻓﻠَﺎ َ ﻋَﻠﻴْ ِﻪ َﻓ َﻴﻘُﻮﻟُﻮ َ ﻞ اﻟﻨﱠﺎ ِر ُ ْﺤﻤَﺎ ُر ِﺑ َﺮﺣَﺎ ُﻩ َﻓ َﻴﺠْ َﺘ ِﻤ ُﻊ َأه ِ آَﻤَﺎ َﻳﺪُو ُر ا ْﻟ ﺖ ُ ْل ُآﻨ َ ﻋﻦْ اﻟْ ُﻤﻨْ َﻜ ِﺮ ﻗَﺎ َ ف َو َﺗﻨْﻬَﺎﻧَﺎ ِ ﺖ َﺗﺄْ ُﻣ ُﺮﻧَﺎ ﺑِﺎﻟْ َﻤﻌْﺮُو َ ْﺲ ُآﻨ َ ْﻚ َأَﻟﻴ َ ﺷﺄْ ُﻧ َ ِﻋﻦْ اﻟْ ُﻤﻨْ َﻜ ِﺮ وَﺁﺗِﻴﻪ َ ْف وَﻟَﺎ ﺁﺗِﻴ ِﻪ وَأَﻧْﻬَﺎ ُآﻢ ِ ﺁ ُﻣ ُﺮ ُآﻢْ ﺑِﺎﻟْ َﻤﻌْﺮُو „Dibawa datang seorang lelaki pada hari kiamat lalu dicampak ke dalam neraka, lalu terburai ususnya dalam neraka lantas berputar sebagai berputarnya keldai dengan kisarannya lalu penghuni neraka berhimpun mengelilinginya seraya berkata: Wahai fulan, apakah halnya kamu? Bukanlah kamu yang menyuruh kami melakukan kebaikan dan melarang kami dari kemungkaran? Jawabnya: Akulah yang menyuruh kamu dengan yang baik tetap aku tidak melaksanakannya dan melarang kamu dari yang mungkar sedang aku sendiri mengerjakannya.‰ (Riwayat al-Bukhari) Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5
(c)
PEMBAHAGIAN ILMU HADITH
63
Bersungguh-sungguh Dalam Ilmu Sabda Rasulullah s.a.w:
ﻼ َأن ُﻳﺘ ِﻘ َﻨ ُﻪ ً ﻋ َﻤ َ ﺣ ُﺪ ُآﻢ َ ﻞ َأ َ ﻋ ِﻤ َ ﺐ ِإ َذا ﺤ ﱡ ِ ك َو َﺗ َﻌﺎَﻟﻰ ُﻳ َ ﷲ َﺗ َﺒﺎ َر َ نا ِإ ﱠ „Sesungguhnya Allah Tabarak wa Taala menyukai apabila seorang kamu melakukan sesuatu kerja dilakukan penuh ketekunan.‰ (Riwaya al-Bayhaqi) Ketekunan memerlukan kepada kegigihan dan dibuat dengan bersungguhsungguh, bukannya separuh jalan, apalagi bagai melepaskan batuk di tangga. Pengajian Hadith memerlukan para penuntutnya merantau ke segenap pelusuk dan ceruk rantau sehingga kadang-kadang terpaksa meninggalkan tanah air dan kampung halaman untuk satu tempoh yang agak lama. (d)
Menghormati Guru-guru Ulama adalah pewaris Nabi yang layak mendapat sepenuh penghargaan. Itu semua adalah untuk mengharapkan ganjaran dari Allah dan memantapkan ilmu. Sesiapa yang tidak menghormati gurunya bererti tidak memanfaatkan darinya ilmu.
(e)
Menyampaikan Ilmu Kepada Orang Lain Menyampaikan ilmu adalah memenuhi tuntutan syariat. Abdullah bin `Amr bin al-`As berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
ﻋ ﱢﻨﻰ َوَﻟﻮ َﺁ َﻳ ًﺔ َ َﺑﱢﻠ ُﻐﻮا „Sampaikan dariku walaupun sepatah kata‰ (Riwayat Bukhari) Dengan menyampaikan ilmu kepada orang lain, ia dapat membantu memantapkan maklumat dan ilmu itu dalam ingatannya, malah boleh mengembangkan lagi. Benar kata bijak pandai: Menginfak harta boleh mengurangkannya tapi menginfakkan ilmu boleh menambahkannya.
5.4
ADAB MUHADDITH
Seorang muhaddith mempunyai adab-adab yang sewajarnya, setengahnya telah disebut semasa membincangkan akhlak pelajar hadith, seperti ikhlas, beramal dengan ilmu dan bersungguh-sungguhnya. Namun, ada akhlak yang khusus bagi seorang muhaddith. Antaranya adalah: Copyright © Open University Malaysia (OUM)
64
TOPIK 5
PEMBAHAGIAN ILMU HADITH
(a)
Mengambil kira kelayakan yang melayakkan ia menyampaikan pengajaran, ilmu dan keperibadian, terutama faktor usia;
(b)
Mendahulukan perkara yang wajar didahulukan di segi ilmiah juga usia;
(c)
Menghormati majlis ilmu dari aspek kebersihan, berpakaian elok, memakai wangian, memulakan dengan basmalah, berselawat ke atas nabi, penyampaian yang baik, responsif terhadap pelajar, mempelbagaikan cara pengajaran dan seumpamanya;
(d)
Mengutamakan orang yang lebih utama daripadanya. Jika ada orang yang lebih berusia atau lebih berilmu, maka orang itu mestilah didahulukan;
(e)
Bersara bila dibimbangi tersilap tanpa mengira usia yang tertentu. Malah seorang muhaddith apabila dia merasakan banyak melakukan kesilapan, dia wajar bersara; dan
(f)
Menjauhi sifat sombong dan bangga diri.
AKTIVITI 5.3 Jelaskan adab murid dari guru dalam periwayatan hadith.
Ilmu hadith secara umumnya terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu ilmu Hadith Riwayah dan ilmu Hadith Dirayah.
Ilmu Hadith Riwayah adalah ilmu yang berkaitan periwayatan hadith Nabi s.a.w dan serba-serbi berkaitan teks hadith. Manakala ilmu Hadith Dirayah pula berkaitan hakikat periwayatan, syarat, jenis hukumnya serta serba-serbi berkaitan rawi hadith.
Ulama hadith telah mengariskan adab dan etika pelajar dan guru hadith.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5
Riwayah Dirayah Mukhtalif Nasikh Mansukh Asbab Wurud
PEMBAHAGIAN ILMU HADITH
65
`Ilal Jarh Ta`dil Gharib Hadith
Dr Muhammad `Ajjaj al-Khatib. (1989). Usul al-Hadith Ulumuh wa Mustalahuh. Beirut: Dar al-Fikr. Dr Muhammad Abullais al-Khayr Abadi. (2003). Ulum al-Hadith Asiluha wa Muasiruha. Bangi:Dar Syakir. Dr Nur al-Din `Itr. (1992). Manhaj al-Naqd fi Ulum al-Hadith. Beirut:Dar al-Fikr, 1992. Muhammad Hasbi Ash-Siddieqy. (1976). Pokok-pokok Ilmu Dirayah Hadits. Jakarta: Bulan Bintang.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
Topik Hadith
6
Mutawatir dan Hadith Ahad
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
Mengenal pasti hadith mutawatir dan hadith ahad;
2.
Mengenal pasti pembahagian hadith mutawatir, syarat-syarat dan hukumnya; dan
3.
Menghuraikan pembahagian hadith ahad dan hukum masingmasing.
PENGENALAN
Rawi adalah individu yang terlibat dalam periwayatan hadith. Jumlah rawi yang meriwayatkan satu hadith tidak sama bilangannya. Ada yang ramai, ada pula yang sedikit. Tahukah anda, bahawa bilangan rawi yang meriwayatkan satu hadith memberi implikasinya terhadap kekuatan hadith dan pembahagiannya? Kita akan berbincang dalam topik ini pembahagian hadith dari aspek bilangan rawi yang meriwayatkan hadith dan implikasinya dalam aspek hukum sesebuah hadith.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6
6.1
HADITH MUTAWATIR DAN HADITH AHAD
67
HADITH MUTAWATIR
Dari segi bahasanya, ia bermaksud berurut-urutan. Menurut istilahnya pula, hadith mutawatir adalah hadith sahih yang diriwayatkan di setiap peringkat oleh sekumpulan ramai perawi yang mustahil pada aqal dan adat, mereka berpakat untuk berdusta dari awal sanad hingga ke akhirnya. Dari definisinya, jelaslah yang hadith mutawatir mempunyai empat syarat: (a)
Diriwayatkan oleh jumlah yang ramai para perawi, di mana jumlahnya tidak terbatas kerana membataskan bilangan perawi tidak memberi apaapa makna. Terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan bilangan yang ramai itu. Ada yang berpendapat sekurang-kurang bilangan saksi dalam kes zina ialah empat, jika ditambah satu ia lebih kuat. Ada pandangan yang menentukan jumlahnya adalah sepuluh kerana kurang dari sepuluh dikira ahad. Ada juga yang berpendapat 12 orang kerana ia adalah bilangan yang membolehkan solat Jumaat didirikan mengikut pandangan Imam Malik. Ada juga yang berpendapat 40 orang kerana bilangan yang memboleh solat Jumaat didirikan mengikut pendapat Imam al-Shafi`i. Malah, ada yang berpendapat jumlahnya adalah 300 orang lebih berdasarkan bilangan tentera Islam dalam Perang Badar. Namun majoriti berpendapat ia tidak terbatas pada bilangan tertentu.
(b)
Bilangan perawi mencapai angka yang mustahil menurut adat dan kebiasaan mereka bersepakat untuk berbohong dalam mengeluarkan satusatu hadith.
(c)
Jumlah perawi yang seimbang di segenap peringkat tabaqat. Hadith yang diriwayat oleh sebilangan kecil rawi di peringkat awal hadith kemudiannya diriwayatkan oleh sejumlah yang ramai tidak dikira hadith mutawatir.
(d)
Setiap riwayat hendaklah berdasarkan kepada pengamatan pancaindera yang mencapai al-ilm al-dhururi atau al-ilm al-yaqin, seperti para perawi menyebut: „sami'na‰ (kami mendengar), „ra`aina‰ (kami melihat), kami sentuh dan kami hidu. Ia bukan bersifat sangkaan atau zan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
68
6.1.1
TOPIK 6
HADITH MUTAWATIR DAN HADITH AHAD
Hukum Hadith Mutawatir
Hadith mutawatir adalah hadith-hadith sahih yang paling tinggi sekali kedudukannya. Para ulama berpendapat bahawa hadith mutawatir mencapai tahap ilm al-yaqin, di mana tidak ada ruang untuk mendustakannya, malah mengingkari hadith mutawatir adalah kafir kerana ia thabit datangnya daripada Rasulullah s.a.w secara qat'ie. Mengingkarinya bererti mendustakan Rasulullah s.a.w. Malah, ia tidak perlu lagi kepada kajian dan perbincangan.
6.1.2
Pembahagian Hadith Mutawatir
Hadith mutawatir terbahagi kepada pembahagian berikut: (a)
Mutawatir Lafzi Iaitu hadith yang diriwayatkan oleh semua perawi dengan lafaz dan gambaran yang sama di setiap peringkat. Contoh hadith mutawatir lafzi adalah:
ﺳ ِﻤ َﻊ َﻣﻘَﺎَﻟﺘِﻲ َ ﻀ َﺮ اﻟﻠﱠ ُﻪ اﻣْ َﺮًأ َﻧ ﱠ „Allah memuliakan seorang yang mendengar perkataanku‰ (Riwayat al-Tirmidhi no. 2582) Hadith ini telah diriwayatkan oleh 75 orang sahabat, malah ada pendapat yang mengatakan lebih daripada bilangan tersebut. Hadith ini diriwayatkan oleh 30 orang sahabat.
ﺠ ﱠﻨ ِﺔ َ ْﺠﺪًا َﺑﻨَﻰ اﻟﻠﱠ ُﻪ َﻟ ُﻪ ِﻣﺜَْﻠ ُﻪ ﻓِﻲ اﻟ ِ َْﻣﻦْ َﺑﻨَﻰ ِﻟﱠﻠ ِﻪ َﻣﺴ „Sesiapa yang membina semata-mata kerana Allah sebuah masjid, Allah Taala akan membina kepadanya seumpamanya (sebuah rumah) di Syurga.‰ (Riwayat al-Tirmidhi no. 292) Hadith ini telah diriwayatkan oleh 20 orang sahabat.
ٌُآﻞﱡ ُﻣﺴْ ِﻜ ٍﺮ ﺣَﺮَام „Setiap yang memabukkan itu adalah haram.‰ (Riwayat al-Bukhari no. 3997) Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6
(b)
HADITH MUTAWATIR DAN HADITH AHAD
69
Mutawatir Ma'nawiy Iaitu hadith yang mutawatir di segi makna sahaja bukan pada lafaznya, dalam erti kata terdapat lafaz yang berbeza-beza tetapi maksudnya tetap sama. Contohnya, hadith mengangkat tangan semasa berdoa. Terdapat sekitar 100 hadith yang menunjukkan yang Rasulullah s.a.w mengangkat tangan dalam berbagai-bagai keadaan. Terdapat hadith yang mencapai bilangan mutawatir yang menyebut mengenai peristiwa Isra dan Mi`raj, soalan terhadap mayat dalam kubur, hadith mengenai dajjal, shafaat dan lain-lain.
(c)
Mutawatir Amali Apa yang diriwayatkan dari satu generasi ke satu generasi mengenai amalan yang dilakukan bersumberkan amalan Nabi s.a.w yang disepakati tanpa bantahan seperti solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, haji dan lain-lain.
6.1.3
Kewujudan Hadith Mutawatir
Hadith Mutawatir sememangnya wujud tetapi berbanding dengan hadith ahad, bilangannya amat kecil apa lagi hadith mutawatir lafzi. Bilangannya amat sedikit, malah menurut Ibnu al-Salah, hampir tidak wujud dengan mengecualikan hadith.
ﻲ ُﻣ َﺘ َﻌ ﱢﻤﺪًا َﻓﻠْ َﻴ َﺘ َﺒ ﱠﻮأْ َﻣﻘْ َﻌ َﺪ ُﻩ ِﻣﻦْ اﻟﻨﱠﺎ ِر ﻋَﻠ ﱠ َ ب َ َﻣﻦْ َآ َﺬ „Sesiapa yang berdusta kepadaku secara sengaja, maka sediakanlah tempat duduknya dalam neraka.‰ (Riwayat al-Bukhari no. 107) Namun setengah ulama menolak pendapat tersebut dengan memberi contohcontoh hadith mutawatir bagi membuktikan kewujudannya. Ibnu Hajar dalam Syarh al- Nukhbah, Al-Suyuti dalam Al-Azhar al-Mutanathirah dan Qadi `Iyad dalam al-Syifa'. Contoh yang diberikan ialah hadith bulan terbelah, menyapu khuf, Isra' dan Mikraj, air mengalir dari celah jari Rasulullah s.a.w, makanan yang sedikit mencukupi untuk tentera yang ramai, hadith mengenai syafaat, mengangkat tangan semasa takbir bagi memulakan solat. Namun, jika dibandingkan dengan hadith ahad, ternyata bilangannya sangat sedikit.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
70
6.2
TOPIK 6
HADITH MUTAWATIR DAN HADITH AHAD
HADITH AHAD
Hadith ahad adalah hadith yang tidak memenuhi syarat hadith mutawatir. Dinamakan sebagai khabar ahad kerana ia umpama hadith yang diriwayatkan oleh seorang rawi sahaja kerana ia masih berbentuk zan. Oleh itu, hadith ini bukannya yakin walaupun bilangan rawinya lebih daripada seorang. Kebanyakan hadith yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w adalah hadith ahad, jumlah mungkin melebihi 90% daripada hadith-hadith yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Hukum hadith ahad adalah: (a)
Ia berstatus zan tidak seperti hadith mutawatir yang berstatus yakin;
(b)
Hadith ahad ada yang sahih, ada juga yang hasan, dha`if atau palsu, berbeda dengan hadith mutawatir yang semuanya sahih; dan
(c)
Wajib beramal dengan hadith ahad, apabila ia memenuhi syarat-syarat penerimaan sesebuah hadith.
Telah dinyatakan hadith ahad yang sahih atau hasan, wajib beramal dengannya. Perkara ini telah disepakati oleh para ulama. Namun begitu, ada kalangan yang berpendapat hadith ahad tidak boleh dijadikan hujah dalam perkara akidah. Hadith mutawatir sahaja yang wajib diterima. Namun, pandangan ini tidak berlandaskan kepada alasan yang kukuh. Sebenarnya, hadith ahad yang sahih tetap menjadi hujah dan pegangan dalam perkara akidah berdasarkan alasanalasan berikut: (a)
Telah diterima secara mutawatir daripada Rasulullah s.a.w yang baginda telah mengutuskan seorang sahabat ke sesuatu kabilah atau daerah ataupun pemerintah untuk mengajak mereka kepada akidah Islam dan jika diterima disampaikan kepada mereka hukum hakam Islam. Andainya ia tidak boleh dijadikan hujah, nescaya baginda akan mengirimkan kepada mereka satu rombongan yang ramai bilangan anggotanya.
(b)
Para muhaddithin memuatkan dalam karya-karya mereka hadith-hadith ahad dalam tajuk yang berkaitan dengan akidah.
(c)
Tidak terdapat sehingga kini satu pun karya akidah yang memuatkan hadith-hadith mutawatir sahaja. Jika terdapat mazhab yang tidak menerima hadith ahad, di mana karya-karya yang menjadi pegangan mereka dalam akidah?
Dengan itu, kalangan penulis di bidang hadith dan juga akidah dianggap sudah sepakat menerima hadith-hadith ahad yang sahih. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6
6.2.1
HADITH MUTAWATIR DAN HADITH AHAD
71
Hadith Masyhur
Nama subjek dari ﺮ ُة َ ﺸﻬ ُ اﻟtermasyhur perkara itu apabila ia tersebar luas dan menonjol. Dinamakan demikian kerana ia begitu menonjol, ketara dan jelas sehingga begitu dikenali di kalangan orang ramai. Menurut terminologinya terdapat banyak definisi yang diberikan oleh para muhaddisin dan ulama usul tetapi kebanyakan ulama berpendapat hadith masyhur adalah yang diriwayatkan oleh tiga perawi atau lebih tetapi tidak mencapai status mutawatir. Setengah ulama menyamakan di antara hadith masyhur ini dengan hadith mustafid. Walaupun ada yang membezakannya bahawa hadith mustafid adalah hadith yang diriwayatkan oleh sebilangan perawi di mana bahagian awal dan akhirnya adalah sama bilangannya sedang hadith masyhur lebih umum daripada itu. Hadith masyhur hendaklah memenuhi elemen berikut: (a)
Hendaklah diriwayatkan oleh satu kumpulan rawi, sekurang-kurangnya tiga orang. Ia mungkin juga diriwayatkan oleh empat orang atau lebih;
(b)
Ia hendak merangkumi setiap peringkat dalam sanad; dan
(c)
Tidak mencapai bilangan mutawatir.
6.2.2 (a)
Pembahagian Hadith Masyhur
Di Segi Nilai Hadith masyhur terbahagi kepada dua iaitu sahih dan da'if. Tidak semestinya hadith yang masyhur itu sahih nilainya, malah tidak termasuk syarat sahihnya satu-satu hadith itu adalah masyhur. Dengan itu, hadith masyhur ada yang sahih, ada yang hasan dan ada pula yang da'if. Bahkan, ada juga yang maudu' (palsu). Al-Hakim ada menyebut: Hadith masyhur bukanlah hadith sahih, berapa banyak hadith yang masyhur tidak terdapat dalam kitab-kitab sahih.
(b)
Di Segi Bidang Secara umum, hadith masyhur ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: (i)
Masyhur di kalangan ahli al-Hadith sahaja Dalam kategori ini, hadith yang sering disebut sebagai contoh ialah hadith yang diriwayatkan daripada Anas r.a: Copyright © Open University Malaysia (OUM)
72
TOPIK 6
HADITH MUTAWATIR DAN HADITH AHAD
ع ﻓِﻲ ِ ﺳﱠﻠ َﻢ ﺷَﻬْﺮًا َﺑﻌْ َﺪ اﻟ ﱡﺮآُﻮ َ ﻋَﻠﻴْ ِﻪ َو َ ﺻﻠﱠﻰ اﻟﻠﱠ ُﻪ َ ِل اﻟﻠﱠﻪ ُ ﺖ َرﺳُﻮ َ َﻗ َﻨ ن َ ﻞ َو َذآْﻮَا ٍ ْﺢ َﻳ ْﺪﻋُﻮ ﻋَﻠَﻰ ِرﻋ ِ ْﺼﺒ ﺻَﻠَﺎةِ اﻟ ﱡ „Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berqunut selama sebulan selepas ruku' semasa Solat Subuh mendoakan ke atas Ri'al dan Zakwan.‰ (Riwayat Muslim no. 1087) Ramai perawi meriwayatkan hadith ini dari Anas, antaranya Anas bin Sirin, Asim al-Ahwal, Qatadah, Muhammad bin Sirin, Abu Qalabah, Ishak bin Abdullah bin Abi Talhah, Thumamah bin Abdullah bin Anas, Musa bin Anas dan Abd al-Aziz bin Suhayb. Hadith ini bukan sahaja diriwayatkan oleh Anas tetapi oleh ramai sahabat-sahabat yang lain seperti Khafaf bin Ima' al-Ghaffariy dalam Muslim, Ibn `Abbas dalam Abu Dawud dan Ahmad, Abu Hurayrah menurut riwayat al-Darimiy. (ii)
Masyhur Di Kalangan Ahli al-Hadith dan Bukan al-Hadith Contohnya:
ن ِﻣﻦْ ِﻟﺴَﺎ ِﻧ ِﻪ َو َﻳ ِﺪ ِﻩ َ ﺳِﻠ َﻢ اﻟْ ُﻤﺴِْﻠﻤُﻮ َ ْاﻟْ ُﻤﺴِْﻠ ُﻢ َﻣﻦ „Seorang muslim itu ialah yang selamat muslim lain daripada bencana lidah dan tangannya‰. (Riwayat al-Bukhari no. 9) (iii) Masyhur Di Kalangan Bukan Ahli al-Hadith Hadith yang masyhur di kalangan ulama Fiqh:
ق ُ ل ِإﻟَﻰ اﻟﻠﱠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ اﻟﻄﱠﻠَﺎ ِ ﺤﻠَﺎ َ ْﺾ اﻟ ُ َأﺑْ َﻐ „Semurka-murka perkara halal di sisi Allah ialah perceraian.‰ (Riwayat Abu Dawud no. 1863) Hadith yang masyhur di kalangan ulama Usul Fiqh:
ﻋَﻠﻴْ ِﻪ َ ن وَﻣَﺎ اﺳْ ُﺘﻜْ ِﺮهُﻮا َ ﻄَﺄ وَاﻟ ﱢﻨﺴْﻴَﺎ َﺨ َ ْﻋﻦْ ُأ ﱠﻣﺘِﻲ اﻟ َ ﺿ َﻊ َ َو Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6
HADITH MUTAWATIR DAN HADITH AHAD
73
„Diangkat dari umatku mereka yang tersalah, terlupa dan yang dipaksakan ke atasnya.‰ (Riwayat Ibn Majah no. 2035) Hadith yang masyhur di kalangan ulama Tatabahasa:
„Sebaik-baik hamba adalah Suhayb, kalaupun ia tidak takutkan Allah, dia tidak menderhakaiNya.‰ Menurut al-`Iraqiy, hadith ini tiada asasnya dan tidak ditemui lafaz tersebut dalam mana-mana karya hadith. Hadith yang masyhur di kalangan awam:
ﻋِﻠ ِﻪ ِ ﺨﻴْ ِﺮ َآﻔَﺎ َ ْل ﻋَﻠَﻰ اﻟ ن اﻟﺪﱠا ﱠ ِإ ﱠ „Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, baginya pahala sebagaimana yang melakukannya.‰ (Riwayat al-Tirmidhi no. 2594)
ن ِ ﺸﻴْﻄَﺎ ﺠَﻠ ُﺔ ِﻣﻦْ اﻟ ﱠ َ وَاﻟْ َﻌ „Gopoh itu dari Syaitan.‰ (Riwayat al-Tirmidhi no. 1935)
ف ُأ ﱠﻣ ِﺘﻰ َرﺣ َﻤ ِﺔ ُ ِإﺧ ِﺘَﻠﺎ „Perselisihan di kalangan umatku adalah rahmat.‰ (Riwayat al-Baihaqi dalam al-Madkhal dengan sanad yang putus)
ف َر ﱠﺑ ُﻪ َ ﻋ َﺮ َ ﺴ ُﻪ َﻓ َﻘﺪ َ ف َﻧﻔ َ ﻋ َﺮ َ َﻣﻦ „Sesiapa yang mengenal dirinya sesungguhnya ia mengenali Tuhannya.‰ (Disebut di dalam Kasyf al-KhafaÊ oleh al-ÂAjluniy: MauduÊ) Hadith masyhur yang memenuhi syarat-syarat penerimaan sebuah hadith, wajib diterima dan beramal dengannya dan kedudukannya mengatasi hadith `aziz dan gharib apabila perawinya berada dalam status yang sama dari segi keadilan dan kedhabitannya. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
74
TOPIK 6
6.2.3
HADITH MUTAWATIR DAN HADITH AHAD
Hadith Aziz
Dari segi estimologinya, perkataan `aziz diambil dari kata ﺰ ﻋ ﱠﺰ َﻳ ِﻌ ﱡ ِ yang bermaksud sedikit dan nadir atau dari ﺰ ﻋ ﱠﺰ َﻳ ِﻌ ﱡ ِ bersangkutan kuat dan menguasai. Dari segi terminologinya, terdapat berbagai definisinya di kalangan muhaddithin. Al-Hafiz Ibn Hajar dan yang sependapat dengannya menyebut hadith `aziz adalah hadith yang diriwayatkan oleh tidak kurang daripada dua orang perawi dari dua perawi yang lain. Dinamakan demikian sama ada kerana kewujudannya adalah nadir atau ia dikuatkan dengan kewujudan riwayat yang lain. Hadith `aziz hendaklah memenuhi elemen berikut: (a)
Terdapat dua orang rawi dalam rangkaian sanadnya; dan
(b)
Dalam rangkaian sanadnya bukan hanya seorang rawi sahaja.
Sama seperti hadith masyhur, hadith `aziz tidak semestinya sahih. Malah ada hadith `aziz yang hasan dan ada juga yang da'if. Tidaklah menjadi syarat untuk menjadi hadith sahih, ia hendaklah `aziz, seperti setengah pendapat. Hadith `aziz yang memenuhi syarat penerimaan sebuah hadith adalah wajib diterima dan beramal dengannya. Contohnya hadith `aziz: Hadith yang selalu disebut sebagai contoh hadith `aziz ini oleh para ulama adalah hadith yang diriwayatkan oleh Syaikhayn dari Anas dan al-Bukhariy dari Abu Hurayrah, Rasulullah s.a.w bersabda:
َس أَﺟْﻤَﻌِﻴﻦ ِ ﺐ ِإَﻟﻴْ ِﻪ ِﻣﻦْ وَاِﻟ ِﺪ ِﻩ َو َوَﻟ ِﺪ ِﻩ وَاﻟﻨﱠﺎ ﺣ ﱠ َ ن َأ َ ﺣﺘﱠﻰ َأآُﻮ َ ْﺣ ُﺪ ُآﻢ َ ﻦ َأ ُ ﻟَﺎ ُﻳﺆْ ِﻣ „Tidak beriman seorang kamu sehingga diriku ini lebih dikasihi kepadanya dari bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya‰ (Riwayat al-Bukhari no. 14) Hadith ini telah diriwayatkan daripada Anas oleh Qatadah dan Abd al-Aziz bin Suhayb. Diriwayatkan pula dari Qatadah oleh Syu'bah dan Sa'id. Manakala Ismail bin `Ulayyah dan Abd al-Warith bin Sa'id telah meriwayatkannya daripada Abd al-`Aziz. Setelah itu hadith ini diriwayatkan daripada perawiperawi tersebut oleh sekumpulan perawi.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6
6.3
HADITH MUTAWATIR DAN HADITH AHAD
75
HADITH GHARIB
Dari segi eptimologinya, gharib bermaksud bersendirian atau jauh dari kaum kerabatnya. Dari segi terminologinya, gharib adalah hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi dalam seluruh sanadnya atau setengahnya. Kebanyakan ulama menamakan juga hadith gharib ini dengan hadith al-Fard, walaupun ada juga di kalangan mereka yang memisahkan di antara keduanya. Ibn Hajar berkata: Gharib dan fard adalah sama, baik di segi bahasa mahupun istilah, kecuali ahli-ahli istilah memisahkan di antara keduanya dari sudut banyak atau sedikit pemakaiannya. Fard banyak digunakan bagi fard mutlaq; gharib pula digunakan untuk fard nisbiy.
6.3.1
Pembahagian Hadith Gharib Atau Fard
Ulama telah membahagikannya kepada dua bahagian utama: (a)
Gharib Mutlaq Hadith yang didapati pada awal lapisan sanadnya seorang perawi sahaja. Perawi yang bersendirian itu di peringkat asl al-sanad adalah peringkat tabiin. Jika perawi yang bersendirian itu sahabat, ianya tidaklah menjejaskan kedudukan sesuatu hadith kerana sahabat adalah adil. Contoh, gharib mutlaq:
ِل ﺑِﺎﻟ ﱢﻨﻴﱠﺎت ُ إِ ﱠﻧﻤَﺎ اﻟَْﺄﻋْﻤَﺎ „Hanya amalan itu berdasarkan niat‰ (Riwayat al-Bukhari no. 1) Hadith ini diterima dari Rasulullah s.a.w secara bersendirian oleh `Umar bin al-Khattab, lalu diriwayatkan dari beliau oleh `Alqamah bin Waqqas bersendirian pula, diambil daripada beliau oleh Muhammad bin Ibrahim al-Taymiy sahaja, kemudian diriwayatkan daripada beliau oleh Yahya bin Sa'ad al-Ansari bersendirian. Jelasnya, hadith ini diriwayatkan daripada awal sanad hinggalah ke penghujungnya oleh seorang perawi sahaja. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
76
(b)
TOPIK 6
HADITH MUTAWATIR DAN HADITH AHAD
Gharib Nisbiy Hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi di pertengahan sanadnya. Di mana pada mulanya ia diriwayatkan oleh ramai perawi hanya di pertengahan sanad sahaja terdapat seorang sahaja perawi yang meriwayatkannya. Contoh: Hadith yang diriwayatkan oleh Malik dari al-Zuhriy dari Anas r.a:
ﻋﻠَﻰ َ ﺢ َو ِ ْﻞ َﻣ ﱠﻜ َﺔ ﻋَﺎ َم اﻟْ َﻔﺘ َﺧ َ ﺳﱠﻠ َﻢ َد َ ﻋَﻠﻴْ ِﻪ َو َ ﺻﻠﱠﻰ اﻟﻠﱠ ُﻪ َ ِل اﻟﻠﱠﻪ َ ن َرﺳُﻮ َأ ﱠ ﺳ ِﻪ اﻟْ ِﻤﻐْ َﻔ ُﺮ ِ ْ َرأ „Bahawa Nabi (s.a.w.) memasuki Mekah di atas kepalanya ada penutup kepala‰. (Riwayat Malik no. 842) Hadith ini diriwayatkan oleh Malik bersendirian daripada al-Zuhriy. Gharib nisbiy ini terbahagi pula beberapa bahagian yang perinciannya boleh dirujuk kepada buku-buku ulum al-hadith
6.3.2
Hukum Hadith Gharib
Apabila perawi yang bersendirian meriwayatkan hadith itu thiqah, maka hadith yang diriwayatkannya itu adalah sahih dan diterima. Jika perawi yang bersendirian itu tidak mencapai tahap ingatan yang sempurna, hadith yang diriwayatkan itu adalah hadith hasan. Sebaliknya jika tahapnya turun dari tahap kedua di atas dan tidak mempunyai sifat dabit, maka hadith tersebut adalah da'if dan tidak boleh dijadikan hujah dan pegangan. Hadith gharib, sama seperti hadith `aziz dan masyhur, ada yang sahih, ada yang hasan malah ada juga yang da'if, terhenti kepada keadaan perawi yang meriwayatkan hadith tersebut.
AKTIVITI 6.1 1.
Jelaskan pembahagian hadith mutawatir.
2.
Apakah syarat yang perlu ada bagi hadith mutawatir, ahad dan masyhur?
3.
Nyatakan pembahagian hadith ahad. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6
HADITH MUTAWATIR DAN HADITH AHAD
77
Hadith dari aspek bilangan rawi terbahagi kepada dua iaitu: hadith mutawatir dan hadith ahad.
Hadith mutawatir adalah hadith sahih yang paling tinggi. Ia terbahagi kepada dua iaitu mutawatir lafdhi dan mutawatir maknawi.
Hadith ahad pula terbahagi kepada tiga iaitu: masyhur, `aziz dan gharib.
Kebanyakan hadith yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w adalah hadith ahad.
Hadith ahad yang sahih dan hasan adalah sandaran hukum yang sah termasuk dalam perkara akidah.
Ahad
Masyhur
Aziz
Mutawatir
Gharib
Fauzi bin Deraman. (2008). Pengantar Usul Hadith. Kuala Lumpur: Warisan Nabawi. Muhammad `Ajaj al-Khatib. (1998). Usul al-Hadith. Beirut: Dar al-Fikr. Syaraf Mahmud al-Qudhat. (2003). al-Manhaj al-Hadith fi Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur: Albian Corporation.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
Topik Hadith Sahih
7
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.
Mengenali pasti hadith sahih dan syarat-syaratnya;
2.
Menjelaskan pembahagian hadith sahih dan hukumnya; dan
3.
Mengenali pasti Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim dan kedudukannya di kalangan karya-karya hadith.
PENGENALAN
Telah dibincangkan dalam topik yang lalu, hadith dari aspek kekuatan dan kelemahan terbahagi kepada dua iaitu diterima dan ditolak. Di antara jenis hadith yang diterima ialah hadith sahih. Kita sering mendengar ungkapan hadith sahih tetapi mungkin ramai juga yang tidak jelas. Apakah yang dimaksudkan hadith sahih itu? Apakah syarat-syaratnya? Apakah karya-karya utama yang memuatkan hadith-hadith sahih itu? Dalam topik ini, kita akan membincangkan mengenai hadith sahih dan beberapa isu yang berkaitan dengannya.
7.1
DEFINISI
Terdapat pelbagai definisi hadith sahih di kalangan muhaddithin, sama ada daripada kalangan mutaqaddimin ataupun mutaakhirin, yang berbeza di segi ungkapan, namun membawa maksud yang sama. Ibnu al-Salah mentakrifkan hadith sahih sebagai „hadith yang bersanad, di mana sanadnya bersambung daripada riwayat perawi yang adil lagi dhabit dari Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7
HADITH SAHIH
79
perawi yang adil lagi dabit hingga kepada kesudahannya, tanpa ada syaz (kejanggalan) atau `illat (kecacatan)‰. Berdasarkan definisi di atas, hadith sahih itu mempunyai tiga syarat, iaitu (a) Sanad yang Muttasil (berhubung) Yang dimaksudkan dengan berhubung sanad adalah setiap rawi mengambil hadith yang diriwayatkannya secara langsung daripada mereka yang sebelumnya, dari awal sanad hinggalah kesudahannya. Sanad yang berhubung itu jelas dengan menggunakan perkataan menunjukkan beliau menerima hadith tersebut seperti menggunakan ungkapan sami'tu, haddathana, akhbaraba dan seumpamanya. Manakala ungkapan „dari si pulan, si-pulan berkata‰ dan seumpamanya tidak menunjukkan secara jelas pengambilan atau penerimaan hadith. Ada kemungkinan sama ada dia mendengar atau tidak. Dengan syarat ini, akan terkeluarlah semua jenis hadith yang terputus sanadnya seperti mu`allaq, mursal, mu`adhal, mudallas, mursal khafi yang akan dibincangkan dalam topik yang akan datang. (b)
Kesemua Rawi Adalah Thiqah Rawi yang thiqah adalah rawi yang adil lagi dhabit. Adil adalah satu sifat yang tetap dalam hadith dan menjadi kebiasaan bagi seseorang, ia mendorong seseorang bertaqwa dan menjaga maruah. Sifat adil itu wujud dengan berhimpun lima perkara iaitu: (i)
Islam Islam adalah syarat untuk melayakkan seseorang meriwayatkan hadith bukannya untuk mendengar hadith. Seorang yang mendengar hadith daripada Rasulullah s.a.w ketika kafir, boleh meriwayatkannya setelah memasuk Islam. Jubir bin Mut`im pernah mendengar Rasulullah s.a.w membaca surah al-Tur ketika solat Maghrib semasa beliau menjadi tawanan Perang Badar dan belum pun masuk Islam. Katanya: Itulah bibit iman yang pertama masuk ke hati saya.
(ii)
Baligh Baligh adalah simbol bagi pertanggungjawaban. Ia juga merupakan syarat bagi periwayatan dan bukannya untuk mendengar hadith. Hadith yang didengarnya semasa sebelum baligh boleh diriwayatkan setelah dia baligh dan riwayatnya diterima.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
80
TOPIK 7
HADITH SAHIH
(iii) Berakal Dengan akal yang waras akan tercapai sifat benar dan mantapnya ingatan, tanpanya kedua-dua sifat itu tidak dapat dicapai. (iv) Bersih Daripada Kefasikan Seseorang adalah bersih daripada kefasikan, apabila tidak melakukan dosa besar, tidak berterusan dengan dosa kecil dan tidak melakukan amalan bidÊah yang boleh menyebabkan kekufuran dan kefasikan. Hadithnya tidak boleh diterima jika tidak dapat memelihara dirinya daripada sifat dusta. (v)
Tidak Tercemar Maruah Maruah adalah kemanusiaan. Ia merupakan adab yang mendorong kepada akhlak yang mulia, adat yang baik dan membersihkan daripada akhlak yang tercela dan adat yang buruk.
Sifat adil ini boleh diketahui melalui dua cara iaitu:
Terkenal dan diketahui umum; dan
Perakuan daripada mereka yang pakar mengenai al-Jarh wa al-Ta`dil yang hidup sezaman dengannya pada sebahagian besar masa hidupnya.
Rawi yang menunaikan segala kefarduan, komited dalam mengerjakan apa yang diperintah, menahan diri daripada yang ditegah, menjauhi keburukan yang menjatuhkan maruahnya, menjaga kebenaran dan kewajipan dalam tindakan dan muamalatnya dan mengawal perkataannya daripada perkara yang mencemar agama dan maruah, lurus perjalanan hidupnya (dipercayai keagamaannya dan dikenali benar percakapannya). Rawi yang thiqah adalah rawi yang dhabit atau mempunyai ingatan yang mantap dan meriwayatkan seperti yang didengarnya apabila meriwayatkannya dan teliti dalam catatannya dan menjaganya dengan penuh cermat.
(c)
Beberapa perkara yang menjejaskan ingatan atau dhabit seseorang ialah banyak kesalahan, cuai, leka, ragu-ragu dan menyalahi perawi yang thiqah. Tidak Terdapat illah dan Kejanggalan yang Mencacatkan Hadith: Hadith yang diriwayatkan tidak bertentangan dengan riwayat perawi yang lebih thiqah daripadanya. Hadith yang diriwayatkan juga tidak terdapat Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7
HADITH SAHIH
81
sebarang kecacatan yang tersirat yang boleh menjejaskan kesahihan hadith, walau dari segi zahirnya kecacatan itu tidak ketara. Kecacatan yang tidak ketara ini termasuklah keraguan dalam periwayatan, bercampur aduk, memasukkan ungkapan lain ke dalam matan hadith, mendahulukan yang kemudian dan mengemudiankan yang dahulu dan sebagainya. Kecacatan pada hadith merupakan perkara yang sangat rumit dan sukar diketahui kecuali oleh mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Contoh hadith sahih: Imam Bukhari dalam sahihnya berkata:
ﺤ ﱠﻤ ِﺪ ْﺑ ﹺﻦ ﺟَُﺒْﻴ ﹺﺮ َ ُﺏ َﻋ ْﻦ ﻣ ﻚ َﻋ ْﻦ ﺍْﺑ ﹺﻦ ِﺷﻬَﺎ ﹴ ٌ ﻒ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ ﹶﺃ ْﺧَﺒ َﺮﻧَﺎ ﻣَﺎِﻟ َ ُﺣَﺪﱠﺛﹶﻨَﺎ َﻋﺒْﺪُ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ ْﺑ ُﻦ ﻳُﻮﺳ ﺏ ْﺑ ﹺﻦ ﻣُ ﹾﻄ ِﻌ ﹴﻢ َﻋ ْﻦ ﹶﺃﺑﹺﻴ ِﻪ ﻗﹶﺎ ﹶﻝ َﺳ ِﻤ ْﻌﺖُ َﺭﺳُﻮ ﹶﻝ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ ﺻَﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ ﹶﻗ َﺮﹶﺃ ﻓِﻲ ﺍﹾﻟ َﻤ ْﻐ ﹺﺮ ﹺ ﺑﹺﺎﻟﻄﱡﻮ ﹺﺭ Jubir bin Mut`im berkata: Saya mendengar Rasulullah (s.a.w.) membaca surah al-Tur semasa solat Maghrib. (Riwayat al-Bukhari no. 723) Hadith ini sahih kerana sanadnya bersambung, dan perawinya adalah thiqah menurut ulama al-Jarh wa al-Ta`dil. (i)
Abdullah bin Yusuff ﺛﻘﺔ ﻣﺘﻘﻦ
(ii)
َ ٌِإ َﻣﺎم Malik bin Anas ٌﺣﺎ ِﻓﻆ
(iii) Ibn Shihab ٌﺣﺎ ِﻓﻆ َ ٌِإ َﻣﺎم (iv) Muhammad bin Jubayr ٌِﺛ َﻘﺔ (v)
Jubayr bin Mut`im - sahabat
Tidak terdapat syaz dan kecacatan dikesan pada sanadnya.
7.2
PEMBAHAGIAN HADITH SAHIH
Hadith sahih terbahagi kepada dua iaitu: (a)
Hadith Sahih Li Dhatih Hadith (Sahih li Dhatih) adalah hadith yang memenuhi syarat-syarat hadith sahih. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
82
(b)
TOPIK 7
HADITH SAHIH
Hadith Sahih Li Ghayrih Iaitu hadith sahih yang tidak mencapai tahap tertinggi dalam setengahsetengah syaratnya. Contohnya hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang adil tetapi kurang mantap ingatannya. Dengan kekurangan tersebut, ia turun menjadi hasan li dhatih. Apabila terdapat riwayat yang lain yang menyokongnya dan memberi kekuatan kepada hadith tersebut, ia meningkat menjadi sahih li ghayrih. Contoh hadith Sahih Li Ghayrih seperti yang disebut oleh Ibnu al-Salah adalah hadith yang diriwayatkan oleh Muhammad bin Amr dari Abu Salamah dari Abu Hurayrah bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda:
ﺻﻠﹶﺎ ٍﺓ َ ﺴﻮَﺍ ِﻙ ِﻋْﻨ َﺪ ﹸﻛﻞﱢ ﹶﻟ ْﻮﻟﹶﺎ ﹶﺃ ﹾﻥ ﹶﺃ ُﺷﻖﱠ ﻋَﻠﹶﻰ ﺃﹸﻣﱠﺘِﻲ ﹶﻟﹶﺄ َﻣ ْﺮﺗُﻬُ ْﻢ ﺑﹺﺎﻟ ﱢ „Kalaulah tidak kerana akan menyusahkan ke atas umatku nescaya saya akan memerintahkan mereka supaya bersugi setiap kali hendak bersolat‰. (Riwayat Abu Dawud no. 43) Muhammad bin `Amr bin `Alqamah terkenal dengan benar dan amanahnya tetapi bukan daripada kalangan yang cermat sehingga setengah ulama menda`ifkan beliau kerana hafazan beliau yang tidak konsisten, sedang ada ulama lain yang berpendapat beliau adalah thiqah kerana sifat benar beliau itu. Kekurangan yang terdapat pada beliau telah menyebabkan hadith yang beliau riwayatkan dinilai sebagai hadith hasan. Oleh kerana terdapat riwayat yang lain yang dapat menguatkannya, ia telah meningkat menjadi sahih li ghayrih.
7.3
HUKUM HADITH SAHIH
Para ulama sepakat yang hadith sahih adalah wajib beramal dengannya dalam perkara akidah, ibadat, muamalat dan hukum hakam yang lain. Ia juga merupakan salah satu dari hujah syara' dan diterima pakai dalam menjelas dan menentukan hukum syara' berkaitan halal dan haram dan untuk mentafsir al-Quran. Kewajipan beramal dengan hadith sahih secara mutlak adalah merupakan perkara yang tidak terdapat percanggahan di kalangan ulama.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7
7.4
HADITH SAHIH
83
TINGKATAN HADITH SAHIH
Tahap hadith sahih adalah tidak sama kerana perawi yang meriwayatkan hadith tersebut juga tidak sama keunggulan mereka, baik di segi kekuatan ingatan dan ketelitian masing-masing. Para ulama telah menyusun kedudukan hadith sahih berdasarkan kepada kekuatannya seperti berikut: Yang paling tinggi ialah hadith yang disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih masing-masing. Ini diikuti dengan: (a)
Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari bersendirian;
(b)
Hadith yang dikeluarkan oleh Muslim bersendirian;
(c)
Hadith sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim tetapi tidak dikeluarkan dalam kitab sahih masing-masing;
(d)
Hadith sahih mengikut syarat al-Bukhari tetapi tidak dikeluarkannya;
(e)
Hadith sahih mengikut syarat Muslim tetapi tidak dikeluarkan; dan
(f)
Hadith sahih mengikut selain dari al-Bukhari dan Muslim.
Seperti Ibnu Khuzaymah dan Ibnu Hibban yang menurut Ibnu Kathir keduaduanya jauh lebih baik daripada al-Mustadrak di mana sanad dan matannya lebih bersih.
AKTIVITI 7.1 Perkenalkan hadith sahih pembahagian dan hukumnya.
dengan
menjelaskan
syarat,
Karya-karya yang berkaitan dengan hadith sahih adalah: (a) Sahih Bukhari Nama lengkap bagi karya ini seperti yang dinamakan oleh pengarangnya, Abu Abdullah al-Bukhari ialah: Al-Jami` al-Sahih al-Musnad al-Mukhtasar
min Hadith Rasulullah SallalLahu Alayhi Wasallam wa Sunanih wa Ayyamih. Apabila karya ini terkenal dan mempunyai kedudukannya yang istimewa, ia dikenali dengan Sahih Bukhari sebagai nama ringkas. Para ulama mengungkapkan yang Sahih Imam al-Bukhari adalah kitab yang paling sahih selepas al-Quran.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
84
TOPIK 7
HADITH SAHIH
Menurut Imam Ibnu Hajar faktor yang mengerakkan Imam al-Bukhari manghasilkan karya ini ialah gurunya Amir al-Mu`minin fi al-Hadith Ishak bin Ibrahim al-Handhali yang lebih dikenali dengan Ibn Rahawayh. Imam Bukhari berkata: Kami berada di samping Ishak bin Rahawayh, katanya: Kalaulah kamu himpunkan satu kitab ringkasan bagi hadith sahih daripada Sunnah Rasulullah (s.a.w.). Ia telah masuk ke hati saya lalu saya bertindak menghimpunkan al-Jami al-Sahih. Saya keluarkan al-Sahih daripada 600 ribu hadith. Ada juga riwayat daripada Bukhari, katanya: Saya bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w di mana seolah-olah saya berdiri di hadapannya dan di tangan saya kipas yang menghalang sesuatu daripadanya. Lalu saya bertanya kepada penta`bir mimpi, mereka berkata kepada saya: Kamu telah menyekat daripadanya pendustaan. Inilah yang mendorong saya mengeluarkan al-Jami al-Sahih. Menurut Ibnu Hajar, Imam al-Bukhari mula menyusun al-Jami dan memuatkan bab-babnya di Masjid Haram, lalu dimuatkan hadithhadithnya selepas itu dan juga di Bukhara dan tempat-tempat lain. Beliau menyusunnya di ketiga-tiga tempat tersebut dalam tempoh 16 tahun. Beliau berkata: „Saya susun al-Jami daripada 600 ribu hadith dalam tempoh enam belas tahun dan saya jadikannya hujah antara saya dan Allah‰. Beliau tidak memasukkan dalam kitab al-Sahih satu hadith kecuali beliau bersuci sebelumnya dan solat dua rakaat‰. Kitab Sahih al-Bukhari disusun mengikut bab-bab fiqh dan topik-topik umum, dimuatkan sebanyak 97 kitab (tajuk utama) dan 340 bab. Jumlah hadithnya termasuk yang berulang sebanyak 9,082 hadith, sementara hadith tidak berulang berjumlah 2,602. Manakala, hadith mu`allaq pula sebanyak 1,341 yang diriwayatkan secara muttasil di tempat lain dalam alJami` kecuali 160 hadith sahaja. Sahih al-Bukhari versi Dar al-Salam edisi 2000 menunjukkan bilangan hadithnya adalah sebanyak 7,563 hadith. Sahih al-Bukhari merupakan karya pertama yang hanya memuatkan hadith sahih sahaja dengan ditinggalkan banyak lagi hadith sahih yang tidak dimuatkan dalam karya agung ini. Imam al-Bukhari menyusun karya ini dengan matlamat untuk merumuskan kesimpulan hukum, memuatkan sirah Rasulullah s.a.w dan tafsir kepada al-Quran sendiri. Terdapat banyak hadith yang diulang sebut dalam karya ini dengan tujuannya yang tersendiri. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7
HADITH SAHIH
85
Karya ini tidak terdapat pengantar atau muqaddimah tetapi dimulakan dengan hadith ت ِ ل ﺑِﺎﻟ ﱢﻨﻴﱠﺎ ُ ِإ ﱠﻧﻤَﺎ اﻟَْﺄﻋْﻤَﺎsebagai menggambar keikhlasan niatnya dalam penyusunan karya agung ini. Imam al-Bukhari memulakan al-Jami dengan kitab Bad` al-Wahy (permulaan wahyu), wahyu adalah asas bagi shariat. Seterusnya, beliau berpindah kepada Kitab al-Imam disusuli oleh kitab al-Taharah, solat dan zakat. Terdapat perbedaan dalam setengah versinya mengenai puasa dan haji yang mana lebih dahulu disebut, kebanyakan kitab al-jana`iz mendahului zakat. Setelah selesai topik mengenai ibadat, beliau berpindah kepada tajuk-tajuk mengenai muamalat diperturunkan kitab jual beli, salam, ijarah, hebah dan membebaskan hamba sahaya. Sesudah itu tajuk mengenai pendakwaan dengan menyebut mengenai kesaksian, disusuli dengan al-sulh, wasiat, wakaf, jihad dan al-Khumus. Sesudah itu, berpindah kepada topik yang tiada kaitan dengan fiqh dan dinyatakan mengenai permulaan kejadian, syurga dan neraka, kisah para nabi, tanda-tanda kenabian, manaqib Qurays, kelebihan sahabat dan Maghazi. Seterusnya, mengenai Tafsir dengan memperturunkan riwayat yang sahih mengenai maksud ayat dan makna kalimat al-Quran. Kemudian kembali kepada tajuk-tajuk fiqh dalam kitab nikah, cerai dan nafkah. Selanjutnya topik yang berkaitan dengan kebiasaan manusia melalui kitab makanan, minuman, perubatan, adab, nazar, sumpah, kifarat, hudud, ikrah, takbir mimpi, fitan, al-ahkam dan kitab berpegang dengan kitab dan sunnah dan disudahi dengan kitab tauhid. Susunan yang begitu kemas dan tersusun. Imam al-Bukhari memulakan dengan hadith ت ِ ل ﺑِﺎﻟ ﱢﻨﻴﱠﺎ ُ ِإ ﱠﻧﻤَﺎ اﻟْ َﺄﻋْﻤَﺎdan disudahi dengan hadith Abu Hurayrah:
ﻦ ِ ن ﺣَﺒِﻴﺒَﺘَﺎنِ ِإﻟَﻰ اﻟ ﱠﺮﺣْ َﻤ ِ ن ﻓِﻲ اﻟْﻤِﻴﺰَا ِ ن َﺛﻘِﻴَﻠﺘَﺎ ِ ﻋﻠَﻰ اﻟﱢﻠﺴَﺎ َ ن ِ ﺧﻔِﻴ َﻔﺘَﺎ َ ِآَﻠِﻤَﺘَﺎن ن اﻟﻠﱠﻪِ اﻟْ َﻌﻈِﻴ ِﻢ َ ﺳﺒْﺤَﺎ ُ ﺤﻤْ ِﺪ ِﻩ َ ن اﻟﻠﱠﻪِ َو ِﺑ َ ﺳﺒْﺤَﺎ ُ Seolah beliau berkata: Saya mengharapkan seluruh amalan saya diterima oleh Allah yang mengetahui niat saya dan dengan harapan semoga ia menjadi amal soleh yang diletakkan di neraca kebaikan saya. (Riwayat al-Bukhari no. 6188) Al-Jami` al-Sahih mendapat sambutan dan layanan yang luar biasa dari para ulama. Mereka telah memberikan sumbangan masing-masing dalam bentuk yang pelbagai. Ada yang memberikan ulasan, ada juga yang Copyright © Open University Malaysia (OUM)
86
TOPIK 7
HADITH SAHIH
menulis mengenai rawi yang disebut oleh al-Bukhari, ada yang mengulas tarajum al-Bukhari, ada juga yang meriwayatkan dengan sanad yang lengkap bagi hadith-hadith mu`allaq yang terdapat dalam al-Jami`. Antara karya-karya ulasannya tersebut ialah: (i) A`lam al-Sunnan oleh al-Imam Abu Sulaiman Hamd bin Muhammad bin Ibrahim al-Khattabi. Ulasan awal bagi al-Jami` al-Sahih; (ii)
Syarh oleh Imam (m.444H/449H);
Abu
al-Hasan
`Ali
bi
Khalf
bin
Battal
(iii) Shawahid al-Tawdhih oleh Siraj al-Din `Umar bin Ali bin Ahmad ibn Mulaqqan al-Shafi`i (m.804H). Menurut al-Mubarakfuri dalam Sirah al-Imam al-Bukhari karya ini adalah sebuah karya yang besar dalam 20 jilid; (iv) Fath al-Bari oleh Syeikh al-Islam Abu al-Fadl Ahmad bin Ali bin Hajar al-`Asqalani (m.852H). Di antara ulasan bagi Sahih al-Bukhari yang terbaik. Dibincang pelbagai isu yang berkaitan dengan hadith seperti bahasa, sastera, kesimpulan fiqh. Dijelaskan juga turuq hadith. Hadith-hadith yang berulang turut diberi penjelasan dan dinyatakan tempat di mana hadith itu disebut oleh Imam al-Bukhari. Karya ini didahului oleh muqaddimah yang diberi nama Hadyu al-Sari; (v)
`Umdah al-Qari oleh Abu Muhammad atau Abu al-Thana` Mahmud bin Ahmad bin Musa al-`Aini (m.855H). Digelar dengan al-Badr. Berasal dari Halab, Syam. Karya yang terdiri daripada 10 jilid ini mula ditulis pada akhir bulan Rejab tahun 821H dan selesai pada Jamad al-Ula tahun 847H; dan
(vi) Irshad al-Sari oleh Syihab al-Din Ahmad bin Muhammad bin Abu Bakr al-Khatib al-Qastalani (m.923H). Ia adalah ringkasan bagi pelbagai karya ulasan bagi Sahih al-Bukhari, di mana Fath al-Bari adalah karya rujukan utamanya. (b)
Sahih Muslim Nama penuh karya ini adalah Al-Jami` al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min al-Sunan bi Naql al-`Adl `an al-Adl `n Rasulullah (s.a.w.). Ia dikenali dikalangan ulama hadith dengan al-Sahih lalu dikatakan Sahih Muslim. Namun begitu, karya ini dikenali di zaman beliau dengan al-Musnad, malah Imam Muslim sendiri berkata: „Tidak saya masukkan sesuatu dalam kitab saya ini al-musnad kecuali hujah, dan tidak saya gugurkan sesuatu darinya melainkan dengan hujah‰. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7
HADITH SAHIH
87
Sudah tentu musnad yang dimaksudkan bukanlah musnad mengikut istilah para muhaddithin, walaupun musnid adalah merujuk kepada hadith yang bersambung sanadnya kepada Rasulullah s.a.w. Namun, apabila dikaitkan dengan Sahih Muslim menunjukkan hadith-hadith yang dimuatkan di dalamnya adalah bersambung kepada Nabi s.a.w. Karya Imam Muslim ini dan karya Imam Bukhari adalah karya-karya awal yang memuatkan hadith-hadith sahih sahaja. Karya ini juga disebut sebagai al-Jami`. Sahih Muslim adalah satu dari dua kitab sahih yang terkenal, berada di tangga yang kedua di segi kekuatannya selepas Sahih Imam alBukhari. Karya ini merupakan hasil dari kerja kuat pengarangnya, yang merantau ke pelbagai pelosok dunia untuk mendapatkan hadith Nabi s.a.w, menghimpun, menghafaz, menulis dan menyemaknya. Kesemua ini telah memakan masa yang agak lama untuk menyiapkannya. Ahmad bin Salamah berkata: Saya menulis bersama Muslim semasa menyusun Kitab Sahihnya selama 15 tahun‰. Dengan itu, sukar untuk menentukan bila Imam Muslim memulakan penulisan karyanya yang agung ini. Namun, ada beberapa maklumat yang boleh dijadikan andaian dalam perkara ini, selain daripada kenyataan muridnya Ahmad bin Salamah yang menyebut beliau bersama-sama gurunya itu dalam menyiapkan karya tersebut. Imam al-Iraqi ada menyebut yang Imam Muslim telah menyusun karyanya itu pada tahun 250H. Ibrahim bin Muhammad bin Sufyan al-Naysaburi, yang juga murid Imam Muslim dan periwayat Sahihnya itu berkata: Imam Muslim selesai membaca kitabnya kepada kami pada bulan Ramadhan tahun 257H. Antara ciri-ciri keistimewaan Sahih Muslim ialah: (i)
Sahih Muslim didahului dengan sebuah pengantar yang agak panjang oleh Imam Muslim, antara lain menjelaskan mengenai prinsip ilmu Hadith dan sebab kenapa karya berkenaan dihasilkan dan syaratsyarat beliau.
(ii)
Imam Muslim hanya memuatkan hadith sahih sahaja dalam karyanya ini. Beliau memuatkan kebanyakan hadith yang terdapat dalam Sahih Bukhari tetapi meriwayatkannya dengan sanad dan jalur riwayat yang lain. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
88
TOPIK 7
HADITH SAHIH
(iii) Disusun mengikut tajuk-tajuk dalam pengajian Fiqh dengan cara penyusunan yang baik dan kemas, namun tidak diberi judul babnya seperti yang dilakukan oleh Imam Bukhari bagi membolehkan pembaca membuat rumusan mereka sendiri. Judul-judul yang ada dalam Sahih Muslim yang beredar sekarang diberikan oleh ulama yang memberikan ulasan kepada karya ini, kebanyakan oleh Imam al-Nawawi. (iv) Sahih Muslim hanya memuatkan hadith-hadith marfu` sahaja dan tidak terdapat athar para sahabat kecuali sedikit sekali. (v)
Imam Muslim menghimpunkan hadith-hadith bagi setiap topik dengan pelbagai riwayatnya di satu tempat sahaja, tidak seperti Imam Bukhari yang mengulang sebut di pelbagai tempat dalam karyanya. Ini akan memudahkan para peneliti untuk melihat jalan-jalan hadithnya.
(vi) Imam Muslim juga memuatkan dalam karya ini matan hadith berserta sanad-sanad sepenuhnya dan tidak memotongnya dan tidak ulang sebut pada bab-bab yang berlainan. Bahkan dihimpunkan hadith-hadith yang diriwayatkannya lebih daripada satu sanad dalam satu bab. (vii) Tidak dimuatkan dalam Sahih Muslim hadith-hadith muallaq kecuali satu hadith dalam bab Tayammum, sedangkan Imam Bukhari memuatkan banyak hadith tersebut dalam Sahihnya. (viii) Imam Muslim juga menghimpunkan turuq (jalur) setiap hadith di satu tempat sahaja untuk menjelaskan perbedaan matan dan cabangcabang sanadnya. Hadith-hadith disusun mengikut tahap kekuatan hadith, didahulukan yang paling sahih dan diikuti dengan hadith yang lebih rendah tahap kekuatannya. (ix) Imam Muslim membezakan antara haddathana dan akhbarana. Haddathana untuk hadith yang didengar dari guru, sedang akhbarana pula untuk hadith yang dibaca dihadapan guru. Bilangan hadith yang tidak berulang yang dimuatkan dalam Sahih Muslim adalah 4,000 hadith. Winsink yang telah menyenarai di awal bukunya Miftah Kunuz al-Sunnah hadith-hadith utama dari setiap tajuk utama yang terdapat dalam Sahih Muslim telah menyebut yang jumlah hadithnya adalah 5,781 hadith. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7
HADITH SAHIH
89
Syeikh Muhammad Fuad Abd al-Baqi telah mentahqiq Sahih Muslim dan dikemaskan susunannya, jumlah tajuk utamanya adalah 54. Setiap hadith diberi nombor seturutnya dalam dua bentuk: (i)
Jumlah hadith bagi setiap tajuk utama.
(ii)
Jumlah hadith secara keseluruhan. Dimana dipenghujung Kitab alTafsir didapati jumlahnya adalah 3,033 hadith.
Sahih Muslim dengan ulasan oleh Imam al-Suyuti yang ditahqiq oleh Syeikh Khalil Ma`mun Shiha yang diterbitkan oleh Dar al-Ma`rifah, Beirut pada 1995 didapati jumlah hadithnya adalah 7,479 hadith. Manakala Sahih Muslim Versi Darus Salam menyebut jumlahnya 7563 hadith. Ternyata terdapat jumlah yang berbeza terhenti kepada pendekatan pengarang masing-masing dalam kiraan mereka. Karya ini telah mendapat perhatian para ulama untuk memberi ulasan dan khidmat-khidmat yang lain, antaranya adalah: (i)
Al-Mualim bi Fawa`id Kitab Muslim oleh Imam Abu Abd Allah al-Mazari (m.536H).
(ii)
Ikmal al-Muallim fi Syarh Sahih Muslim oleh al-Qadi `Iyadh bin Musa al-Yahsabi al-Maliki (m.544H).
(iii) Siyanah Sahih Muslim min al-Ikhlal wa al-Ghalat wa Himayatuh min al-Isqat wa al-Saqt oleh al-Imam Ibn al-Salah, `Uthman bin Abd al-Rahman al-Shahrazuri (m.643H). (iv) Karya ulasan yang dihasilkan oleh Imam Abu Zakariyya Muhyi al-Din bin Syaraf al-Nawawi (m.676H) yang dinamakan dengan al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim bin al-Hajjaj. Karya ini dikenali juga dengan nama Minhaj al-Muhaddithin wa Sabil Talbiyah
al-Muhaqqiqin. (v)
Al-Dibaj `ala Syarh Muslim Ibn al-Hajjaj oleh Imam Jalal al-Din al-Suyuti (m.911H).
AKTIVITI 7.2 Bandingkan antara Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
90
TOPIK 7
HADITH SAHIH
Ć
Hadith sahih adalah hadith yang memenuhi syarat-syarat penerimaan sesebuah hadith.
Ć
Sanad yang bersambung, rawi yang adil, dhabit dan selamat daripada kecacatan dan kejanggalan adalah syarat-syarat utama hadith sahih.
Ć
Hadith sahih adalah hujah dan pegangan dalam Islam.
Ć
Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah kitab yang paling sahih selepas al-Quran.
Ć
Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri.
Hadith Sahih Rawi Sahih al-Bulkhari
Sahih Muslim Sanad
Fauzi bin Deraman. (2008). Pengantar Usul Hadith. Kuala Lumpur: Warisan Nabawi. Hammam Abd al-Rahim Said. (2000). al-Tamhid fi Ulum al-Hadith. Amman: Dar al-Furqan. Mahmud Tahhan. Taysir Mustalah Hadith. Riyadh: Dar al-Maarif. Nur al-Din `Itr. (1992). Manhaj al-Naqd fi Ulum al-Hadith. Beirut: Dar al-Fikr al-Muasir.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
Topik Hadith DaÊif
8
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.
Mengenali pasti hadith da`if dan faktor yang menyebabkan sesebuah hadith menjadi da`if;
2.
Menghuraikan pembahagian hadith da`if dan jenis-jenisnya; dan
3.
Menjelaskan hukum meriwayatkan hadith da`if dan beramal dengannya.
PENGENALAN
Tidak semua hadith boleh dijadikan hujah dan landasan hukum. Hanya hadith yang memenuhi syarat-syarat penerimaan sesebuah hadith iaitu hadith sahih dan hasan sahaja yang sah untuk menjadi hujah dalam syariah Islam. Hadith-hadith yang tidak memenuhi syarat tersebut adalah dikira hadith da`if atau hadith yang lemah. Tahukah anda apakah hadith da`if itu? Bolehkan ia diriwayatkan dan diamalkan? Dalam topik ini, kita akan mempelajari mengenai hadith da`if serta definisinya, sebab-sebab kelemahan dan pembahagiannya, hukum meriwayat hadith da`if dan beramal dengannya.
8.1
DEFINISI
Imam al-Nawawi telah mentakrifkan hadith daÊif sebagai „Hadith yang tidak menghimpunkan sifat hadith sahih dan juga sifat hadith hasan‰.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
92
TOPIK 8
HADITH DA’IF
Dari definisi di atas, bolehlah kita katakan yang hadith daÊif itu adalah hadith yang tidak memenuhi sifat-sifat hadith yang diterima, apabila gugur satu atau lebih syarat-syarat hadith yang diterima. Telah dinyatakan dalam topik terdahulu, syarat penerimaan sesebuah hadith ada tiga, iaitu: sanad yang bersambung; rawi yang adil dan dhabit; dan tiada kecacatan. Sebagai tambahan bagi syarat-syarat tersebut adalah tidak terdapat elemen yang boleh menguatkan hadith tersebut.
8.1.1
Tahap Kelemahan
Sebelum ini kita mengetahui yang hadith sahih tidak sama tahap kesahihannya. Begitu jugalah keadaannya dengan hadith daÊif, tahap kedaÊifannya tidak sama dan berlebih kurang, terhenti kepada sejauh mana kelemahan yang terdapat pada hadith tersebut. Namun secara umumnya hadith ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian: (a)
Pertama: Hadith mawduÊ yang merupakan hadith daÊif yang paling buruk;
(b)
Kedua: Hadith daÊif yang sangat lemah;
(c)
Ketiga: Hadith daÊif sederhana; dan
(d)
Keempat: Hadith daÊif yang boleh ditampung dengan hadith daÊif lain yang seumpamanya.
8.1.2
Sebab-Sebab Hadith Da’if
Satu-satu hadith akan ditolak apabila terdapat satu atau lebih daripada perkaraperkara berikut: (a)
Dusta;
(b)
Tuduhan berdusta;
(c)
Kesalahan yang teruk;
(d)
Cuai;
(e)
Ragu-ragu;
(f)
Terdapat percanggahan;
(g)
Fasiq;
(h)
Jahil;
(i)
BidÊah; dan
(j)
Buruk hafazan. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8
HADITH DA’IF
93
Perkara-perkara di atas, apabila terdapat pada sanad dan matan hadith menyebabkan kelemahan pada struktur hadith. Perawi yang terdapat unsurunsur negatif di atas adalah perawi yang lemah ingatan dan hafazannya dan dipertikai keadilannya. Apabila terjadi pada matan hadith pula boleh menyebabkan terdapatnya kejanggalan dan kecacatan. Hadith akan menjadi daÊif apabila terdapat salah satu daripada faktor berikut: (a)
Terputus sanad;
(b)
Keadilan perawinya dipertikaikan;
(c)
Kelemahan ingatan dan hafazan perawi; dan
(d)
Terdapat syaz dan illat.
8.2
PEMBAHAGIAN HADITH DA’IF
Para ulama telah menjelaskan dengan terperinci mengenai pembahagian hadith daÊif ini. Al-Hafidh al-`Iraqi dalam Alfiah telah menyebut sebanyak 42 bahagian. Pembahagian itu adalah berdasarkan kepada faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah hadith itu menjadi daÊif yang telah disebut di atas. Berdasarkan beberapa faktor ini, lahirlah pembahagian tersebut. Jenis-Jenis Hadith DaÊif Disebabkan Terputusnya Sanad (a)
Hadith al-MunqatiÊ ( ) ﺣﺪﻳﺚ اﻟﻤﻨﻘﻄﻊ MunqatiÊ menurut estimologi bererti yang putus, yang tertahan atau yang kering. Dari segi terminologinya pula, para muhaddithin tidak sependapat dalam memberi definisi hadith munqatiÊ tetapi definisi yang popular ialah setiap hadith yang tidak bersambung sanadnya dalam apa bentuk sekali pun. Ibnu Hajar telah membezakannya dengan jenis-jenis yang lain. Menurut beliau, apabila gugur dari sanad dua perawi bukan berturut-turut umpamanya di dua tempat, maka ia adalah hadith munqatiÊ. Begitu juga apabila gugur seorang atau lebih daripada dua orang dengan syarat tidak berturut-turut. Contohnya hadith munqatiÊ: Hadith riwayat Abu Daud katanya haddathana Suja` bin Makhlad, haddathana Husyaim, akhbarana Yunus bin Ubayd `an al-Hasan bahawa `Umar bin al-Khattab menghimpunkan orang ramai bersama Ubay bin Ka`b di mana ia bersolat bersama-sama mereka 20 malam tanpa qunut Copyright © Open University Malaysia (OUM)
94
TOPIK 8
HADITH DA’IF
kecuali bagi separuh yang berbaki, apabila sampai 10 terakhir beliau meninggalkan mereka dan bersolat di rumahnya. Hasan Basri dilahirkan pada tahun 21H, sedangkan Khalifah `Umar telah gugur syahid pada tahun 23H. Umur Hasan ketika itu dua tahun dan tidak mungkin mendengar hadith ini. Oleh itu, hadith ini terputus sanadnya dan dikira sebagai munqati`. Contoh hadith munqati` yang terputus di dua tempat ialah hadith Tirmizi katanya haddathana `Ali bin Hujr, haddathana Muammar bin Sulayman alRaqi `an al-Hajjaj bin Arthat `an Abd al-Jabbar bin WaÊil bin Hujr dari bapanya katanya: Seorang wanita telah dipaksa untuk melakukan zina di zaman Rasulullah s.a.w, lalu baginda membebaskannya daripada hukuman hudud⁄(Riwayat Tirmidhi). Hadith ini terputus di dua tempat kerana al-Hajjaj tidak mendengarnya daripada Abd al-Jabbar, sedang Abd al-Jabbar tidak mendengar hadith ini daripada bapanya kerana beliau dilahirkan sebulan selepas bapanya meninggal. (b)
Hadith Muadal ( )ﺣﺪﻳﺚ اﻟﻤﻌﻀﻞ Dari segi estimologinya, muÊadal bererti terhalang, sempit, sulit atau sukar. Iaitu hadith yang gugur dari sanadnya dua orang atau lebih berturut-turut. Oleh kerana perawi yang gugur dari sanad dua atau lebih menyebabkan sulit untuk mengenalinya. Hadith muÊadal ini lebih sulit dari hadith munqatiÊ untuk dikesan kerana perawi yang gugur adalah dua orang atau lebih. Hadith riwayat Malik dalam al-MuwataÊ sebagai contoh. Di mana Malik berkata: Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah (s.a.w.) mengagihkan kepada nenek perempuan harta pusaka. Tidak syak lagi, hadith muÊadal termasuk dalam hadith daÊif dengan sepakat para ulama, malah ia lebih buruk dari hadith munqatiÊ.
(c)
Hadith Mursal () ﺣﺪﻳﺚ اﻟﻤﺮﺳﻞ Dari segi eptimologinya, perkataan mursal diambil dari kata dasar irsal iaitu sesuatu yang berbentuk mutlak tanpa sebarang sekatan. Dari segi terminologinya terdapat pelbagai -bagai definisi yang diberikan oleh para muhaddithin. Diperturunkan satu yang paling masyhur darinya. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8
HADITH DA’IF
95
„Hadith yang disandarkan oleh tabiin kepada Rasulullah (s.a.w.) dari sabdaan atau perbuatan atau taqrir tanpa mengira tabiin besar atau kecil, tanpa menyebut sahabat.‰ Ada pendapat yang mengatakan mursal hanyalah riwayat tabiin besar kibar al-tabiin sahaja seperti Said bin al-Musayyab, Ubaydillah bin alKhiyar dan mengeluarkan riwayat tabiin kecil. hadith mursal ini. Contoh hadith mursal:
Malik meriwayatkan daripada Ibn Syihab daripada SaÊid bin Musayyab bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda: „Sesiapa yang memakan dari pokok ini janganlah menghampiri masjid kami, menyakiti kami dengan bau bawang‰. Said adalah daripada kalangan kibar al-tabiin. Tidak diketahui daripada siapa beliau mendengar hadith ini. Dengan itu hadith ini adalah hadith mursal. (i)
Mursal Sahabat Ulama hadith berpendapat apa yang diriwayatkan oleh sighar alsahabah (sahabat yang kecil) seperti Ibn Abbas,Anas dan lain-lainnya dari perkara yang tidak didengar daripada Rasulullah (s.a.w.) atau perkara yang tidak dilihatnya, bahkan dikira mursal juga, jika tidak disebut daripada sesiapa ă hadith tersebut diambil. Ia dikenali sebagai Mursal Sahabah. Para muhaddithin menggolongkan mursal sahabi ke dalam hadith yang bersambung sanadnya kerana para sahabat adalah meriwayatkan hadith yang didengar daripada sahabat lain, mereka tidak meriwayatkan daripada orang lain kecuali nadir, kesemua sahabat adalah adil, kegagalan untuk mengenal pasti siapakah sahabat itu sebenarnya tidaklah menjejaskan kesahihan hadith yang diriwayatkan. Contoh Mursal Sahabiy adalah apa yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Tirmizi dari Ibn Abbas mengenai sakitnya Abu Talib yang membawa kepada kematiannya di mana dia didatangi oleh Rasulullah untuk melawatinya dan juga Abu Jahal. Ini adalah mursal kerana Ibn `Abbas tidak menyaksikan peristiwa ini, malah beliau dilahirkan selepas peristiwa tersebut di perkampungan Abu Talib tiga tahun sebelum berlakunya peristiwa Hijrah.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
96
TOPIK 8
HADITH DA’IF
Begitu juga hadith `Aisyah mengenai permulaan turunnya wahyu. Beliau tidak menyaksikan peristiwa tersebut, malah pada ketika itu Umm al-MuÊminin `Aisyah belum pun dilahirkan lagi. Ternyata `Aisyah dan Ibn Abbas dan hadith-hadith seumpamanya tidak diambil daripada Rasulullah (s.a.w.) tetapi sahabat yang meriwayat hadith tersebut mendengarnya daripada Rasulullah (s.a.w.) atau para sahabat lain memberitahu mereka. Maka, jadilah hadith tersebut Mursal Sahabiy. Ibn Kathir ada memetik pendapat setengah ulama yang mengatakan penerimaan mursal sahabat merupakan ijmaÊ, namun Ibn al-Athir dengan menjadikan Abu Ishak al-Isfirayni sebagai landasan, berpendapat para ulama masih berselisih pendapat dalam perkara tersebut. Terdapat banyak pendapat ulama mengenai hadith mursal ini. Namun, yang masyhur adalah tiga pendapat:
Pendapat ini merupakan pegangan Imam Abu Hanifah dan Imam Malik: Hadith mursal diterima sebagai hujah kerana kewujudan perawi yang daÊif pada sanadnya hanyalah satu andaian sahaja dan bukan suatu yang pasti.
Jumhur muhadithin berpendapat tidak boleh berhujah sama sekali dengan hadith mursal kerana perawi yang digugurkan itu tidak diketahui latar belakangnya, mungkin ia sahabat dan mungkin juga dari kalangan tabiin yang mungkin thiqah dan mungkin sebaliknya. Andainya thiqah, sukar ditentukan sama ada ia menerima hadith daripada sahabat atau tabiin juga.
Boleh berhujah dengan hadith mursal dengan beberapa syarat pada perawi dan hadith itu sendiri. Al-SyafiÊi dan setengah-setengah ulama menerima hadith mursal sebagai hujah dengan bersyarat iaitu:
Perawi yang meriwayatkan hadith mursal terdiri daripada kibar altabiin kerana biasanya mereka meriwayatkan hadith daripada para sahabat dan hadith tersebut diriwayatkan juga dari jalan lain oleh penghafaz yang amanah dengan bersanad sehingga Rasulullah s.a.w dan tidak bercanggah di antara satu sama lain.
Terdapat hadith mursal yang lain yang sama maksud dengannya yang diterima dari jalan yang lain.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8
HADITH DA’IF
97
Hadith tersebut bertepatan atau disokong dengan pendapat sahabat dan fatwa kebanyakan ulama.
Apabila perawi hadith mursal menyebut tempat ambilnya, menamakan perawi yang thiqah dan amanah. Apabila hadith mursal tersebut memenuhi syarat-syarat, ini menunjukkan pelbagai tempat keluar hadith tersebut adalah sah dan boleh berhujah dengannya. (d)
Hadith MuÊallaq ( )ﺣﺪﻳﺚ اﻟﻤﻌﻠّﻖ Menurut eptimologinya, perkataan muÊallaq itu diambil dari perkataan ﻋﻠّﻖ – ﺗﻌﻠﻴﻖbererti yang digantung. al-Nawawi berkata: seolah-olah diambil dari ( ﺗﻌﻠﻴﻖ اﻟﺠﺪارgantung di dinding).
Wanita yang muÊallaqah ialah wanita yang digantung tidak bertali. Dinamakan begitu kerana sanadnya berhubung di peringkat atas yakni sahabat sahaja tetapi terputus di bahagian bawah, jadilah ia seperti sesuatu yang dipotong dari tanah dan tergantung di dinding atau seumpamanya Menurut terminologinya pula, hadith muÊallaq ialah hadith yang dibuang seorang perawi atau lebih di permulaan sanadnya secara berturut-turut. Hadith MuÊalaq terdapat dalam dua bentuk: (i)
Yang dibuang kesemua sanadnya lalu dikatakan: Sabda Rasulullah s.a.w.
(ii)
Yang dibuang sanadnya kecuali sahabat lalu dikatakan, Ibn `Abbas berkata: Sabda Rasulullah s.a.w kecuali tabiin dan dikatakan SaÊid bin Musayyab berkata; sabda Rasulullah s.a.w.
Istilah ini mula digunakan di kalangan mutaqaddimin oleh Abu al-Hassan Ali bin `Umar al-Darqutni (w.385H) dan Abu Abdullah al-Humaydi (w.480H) dalam karyanya al-JamÊ Bayn al-Sahihayn. Kemudian al-Nawawi dalam pengantar Syarh Sahih Muslim. Contoh: Imam al-Bukhari menyebut mengenai puasa hari syak. Katanya:
ﺻﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ َ ﻚ ﹶﻓ ﹶﻘ ْﺪ َﻋﺼَﻰ ﹶﺃﺑَﺎ ﺍﹾﻟﻘﹶﺎ ِﺳ ﹺﻢ ﺸ ﱢ ﺻﹶﻠﺔﹸ َﻋ ْﻦ َﻋﻤﱠﺎ ﹴﺭ َﻣ ْﻦ ﺻَﺎ َﻡ َﻳ ْﻮ َﻡ ﺍﻟ ﱠ ِ َﻭﻗﹶﺎ ﹶﻝ Daripada Ammar „Siapa yang berpuasa pada hari syak sesungguhnya dia telah derhaka kepada Abu al-Qasim s.a.w‰. (Riwayat al-Bukhari secara MuÊallaq) Copyright © Open University Malaysia (OUM)
98
TOPIK 8
HADITH DA’IF
Hadith ini adalah muÊallaq kerana al-Bukhari telah membuang kesemua sanadnya kecuali sahabat iaitu Ammar. Ia termasuk dalam hadith daÊif dan tidak boleh dijadikan hujah kerana sanadnya putus dan perawi yang dibuang itu tidak dikenali. Status daÊif itu berterusan sehinggalah dapat dibuktikan yang sanadnya bersambung. Hadith muÊallaq yang disebut dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim mempunyai hukumnya yang tersendiri. Ini adalah kerana kedua-dua tokoh tersebut terkenal dengan cermat dan waraÊ dan kedua-duanya tidak menyebut dalam kitab masing-masing kecuali hadith yang sahih. Al-Bukhari banyak meriwayatkan hadith muÊallaq dalam Sahihnya, antara sebabnya ialah untuk meringkaskannya atau beliau tidak mendengar hadith tersebut, atau beliau mendengarnya tetapi terdapat keraguan dalam pendengarannya daripada gurunya itu, atau beliau mendengar daripada gurunya secara muzakarah, atau hadith tersebut tidak memenuhi kriteria yang telah beliau tetapkan akan tetapi sahih mengikut ukuran ulama lain. Hadith muÊallaq yang disebut oleh beliau, ada dalam sighah jazam dan ada juga dalam sighah tamrid dan terdapat dalam dua bentuk:
Hadith muÊallaq yang diriwayatkan dengan sighah jazam adalah sahih dinisbahkan kepada perawi yang diriwayatkan daripadanya. Sebaliknya perawi-perawi lain yang terdapat dalam sanad hendaklah diperiksa dan dipastikan terlebih dahulu apabila diriwayatkan dengan sighah tamrid. Contoh hadith muÊallaq yang diriwayatkan dengan sighah tamrid: Bukhari berkata:
ﺼْﺒ ﹺﺢ ﺐ ﹶﻗ َﺮﹶﺃ ﺍﻟﱠﻨﹺﺒ ﱡﻲ ﺻَﻠﱠﻰ ﺍﻟﱠﻠ ُﻪ َﻋﹶﻠْﻴ ِﻪ َﻭ َﺳﻠﱠ َﻢ ﺍﹾﻟ ُﻤ ْﺆ ِﻣﻨُﻮ ﹶﻥ ﻓِﻲ ﺍﻟ ﱡ َﻭﻳُﺬﹾ ﹶﻛﺮُ َﻋ ْﻦ َﻋْﺒ ِﺪ ﺍﻟﻠﱠ ِﻪ ْﺑ ﹺﻦ ﺍﻟﺴﱠﺎِﺋ ﹺ (Riwayat al-Bukhari secara MuÊallaq) Hadith muÊallaq ini amat sedikit sekali dalam Sahih Muslim. Al-Suyutiy menyebut satu dalam kitab Tayammum iaitu hadith Abu Juhaym bin alHarith bin al-Simmah. dan dua lagi dalam kitab Hudud dan BuyuÊ. Empat belas hadith lagi diriwayatkan dalam bentuk muÊallaq tetapi diriwayatkan pula secara muttasil. Ia termasuk dalam hadith daÊif dan tidak diterima kerana sanadnya terputus dan tidak dikenali keadaannya. Keadaan tersebut berkekalan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8
HADITH DA’IF
99
sehingga terbukti ia diriwayatkan secara mawsul dengan kajian dan penyelidikan. (e)
Hadith Mudallas ( )ﺣﺪﻳﺚ اﻟﻤﺪﻟﺲ Dari segi estimologinya, mudallas nama objek dari perkataan ﺗﺪﻟﻴﺲ. Ia bermaksud perbuatan penjual menyembunyikan kecacatan yang terdapat pada barangan yang dijual kepada pembeli. Diambil dari kata dasar dals yang bermaksud bercampur aduk di antara terang dan gelap. Dari segi terminologinya, Mudallas adalah hadith yang disembunyikan keaiban yang terdapat pada sanad oleh perawi tertentu dengan menzahirkan kebaikannya. Perawi yang melakukan perbuatan ini dinamakan mudallis, seolah-olah perawi tersebut menggelapkan perkara sebenar hadith tersebut dengan menyembunyikan keaibannya dan menjadi mudallas.
AKTIVITI 8.1 Perkenalkan hadith da`if dan nyatakan pembahagiannya.
8.3
HUKUM MERIWAYATKAN HADITH DA`IF
Hadith daÊif berdasarkan kepada perawinya terbahagi kepada dua; (a)
Hadith yang boleh diambil pengajaran.
(b)
Hadith yang tersangat lemah yang tidak boleh dijadikan pengajaran. Dengan mengambil kira pendapat yang mengatakan hadith yang tersangat lemah itu boleh menguatkan antara satu sama lain, di mana secara kumpulan boleh dijadikan mutabaÊah.
Hadith yang termasuk dalam bahagian pertama di atas diriwayatkan melalui dua cara sama ada bersanad atau tidak bersanad. Hadith yang bersanad tadi terdapat dalam pelbagai aspek; fadaÊil al-aÊmal, targhib wa tarhib, kisah dan hukum hakam, dan `akidah. Mengenai hadith yang diriwayatkan mengenai fadaÊil al-aÊmal dan seumpamanya, kebanyakan ulama berpendapat harus meriwayatkannya walaupun tanpa menjelaskan keadaan hadith tersebut.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
100
TOPIK 8
HADITH DA’IF
Meriwayatkan hadith daÊif merupakan perkara yang berasingan dengan beramal dengannya. Malah hadith daÊif banyak terdapat dalam karya-karya hadith terutama di kalangan yang tidak mementingkan kesahihan. Al-Khatib Baghdadiy berkata:
„Tidak harus menerima hadith-hadith yang berkaitan dengan halal dan haram kecuali daripada mereka yang bersih dari sebarang tuduhan, jauh dari sebarang sangkaan. Adapun hadith-hadith mengenai targhib wa tarhib, mawaÊidh dan lain-lain boleh diterima daripada semua kalangan ulama‰. Sufyan al-Thawriy berkata:
„Janganlah diambil ilmu ini dalam perkara halal dan haram kecuali daripada tokoh-tokoh yang terkenal dengan ilmunya.‰ Ahmad ibn Hanbal pernah berkata:
„Apabila kami meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w mengenai halal dan haram, sunnah dan hukum hakam, kami agak ketat pada (menilai) sanad dan apabila kami meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w mengenai fadaÊil al-aÊmal dan sesuatu yang tidak berkaitan dengan hukum hakam, kami mudahkan mengenai sanadnya.‰ Ibnu al-Salah berkata:
„Ahli al-Hadith mengharuskan bersikap mudah mengenai sanad dan riwayat kecuali hadith daÊif dari kelompok mawduÊ tanpa mengambil berat untuk menjelaskan kedaÊifan kecuali dalam perkara mengenai sifatsifat Allah, hukum syariat dari halal dan haram dan selainnya seperti mawaÊidh, kisah-kisah, fadaÊil al-aÊmal dan semua bentuk targhib wa tarhib dan semua perkara yang tidak berkaitan dengan hukum dan akidah.‰ Hadith-hadith yang tidak berkaitan dengan hukum dan akidah dan tidak bersanad itu tidak boleh diriwayatkan dalam sighah jazam, bahkan hendaklah diriwayatkan dalam sighah tamridh, terutama apabila keadaannya tidak dijelaskan. Dalam meriwayatkan hadith daÊif, tidak boleh dengan menyebut sabda Rasulullah s.a.w atau perkataan lain seumpamanya yang berbentuk sighah jazam. Sebaliknya, hendaklah menggunakan perkataan seperti ruwiya ()روى, balaghana ()ﺑﻠﻐﻨﺎ, warada ()ورد, jaaÊa ( )ﺟﺄatau seumpamanya yang berbentuk sighah tamridh.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8
HADITH DA’IF
101
Berhati-hati dalam meriwayatkan hadith daÊif ini amat dituntut, penjelasan mengenai kedudukannya adalah diperlukan tanpa mengira sama ada dalam perkara yang berkaitan dengan hukum dan akidah atau yang selainnya. Syeikh Ahmad Syakir berkata: „Menjelaskan kedaÊifan hadith daÊif adalah wajib dalam semua keadaan kerana meninggalkan penjelasan dan keterangan itu akan memberi ruang kepada sesiapa yang mendapatinya menyangka yang hadith tersebut adalah hadith sahih, apa lagi apabila yang memetiknya itu seorang ulama hadith yang dirujuk pendapat dan pandangannya‰ Apa yang ditegaskan oleh Ahmad Shakir amat wajar dan munasabah, untuk menyelamatkan orang awam daripada terus menerus berpegang dengan hadithhadith daÊif dalam kehidupan beragama mereka. Hadith-hadith yang tersangat lemah ini, tidak harus diriwayatkan tanpa disertakan penjelasan mengenai kedudukannya. Meriwayatkan hadith tersebut tanpa penjelasan akan membawa kepada pendustaan terhadap Rasulullah s.a.w yang risikonya amat tinggi. Ini terkandung dalam amaran baginda dalam hadithnya: „Sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka sediakanlah tempatnya di dalam neraka‰. Dengan itu kebanyakan para muhaddithin tidak mengharuskan meriwayatkan hadith jenis ini tanpa sebarang penjelasan. Malah al-SyafiÊiy berkata: Apabila hadith yang ada pada engkau itu dusta lalu kamu menyebutnya juga, maka engkau termasuk salah seorang dari pendusta.
8.3.1
Beramal Dengan Hadith DaÊif
Sudah menjadi kaedah umum dalam Islam, untuk menunaikan atau meninggalkan sesuatu perkara memerlukan dalil sama ada daripada al-Quran atau keterangan yang sah datangnya daripada Rasulullah s.a.w. Para ulama tidak sekata menentukan hukum beramal dengan hadith daÊif ini. Ada tiga pendapat ulama dalam masalah ini: (a)
Tidak boleh beramal sama sekali, sama ada dalam perkara hukum hakam, begitu juga dalam perkara fadaÊil;
(b)
Boleh beramal dengan hadith daÊif dalam semua bidang apabila tidak ada hadith yang lain dan ia tidak terlalu daÊif; dan Copyright © Open University Malaysia (OUM)
102
(c)
TOPIK 8
HADITH DA’IF
Harus beramal dengan hadith daÊif dengan bersyarat.
Tidak boleh beramal dengan hadith daÊif dalam perkara akidah dan hukum dan boleh beramal dalam perkara fadaÊil aÊmal, pengajaran dan kisah dengan mengambil kira syarat-syarat berikut: (a)
Hadith tersebut tidak terlalu lemah. Riwayat perawi yang berdusta dan dituduh berdusta, yang meriwayatkan hadith secara bersendirian adalah tidak diterima begitu juga yang banyak kesilapannya.
(b)
Termasuk di bawah dasar umum yang diterima pakai.
(c)
Tidak beriÊtiqad semasa beramal dengannya yang hadith tersebut benarbenar bersumber daripada Rasulullah s.a.w. Malah hadith tersebut diamalkan semata-mata sebagai ikhtiat (hati-hati) sahaja.
Sikap yang paling selamat adalah dengan menolak dari beramal dengan hadith daÊif, dalam semua bidang termasuk yang berkaitan dengan targhib dan tarhib kerana dalam apa bidang sekali pun tidak memerlukan hadith daÊif memandangkan terdapat begitu banyak hadith-hadith sahih mengenai targhib wa tarhib, fadaÊil dan kemuliaan akhlak yang wajar dijadikan pegangan tanpa menggunakan hadith-hadith daÊif dalam perkara tersebut. Beramal dengan hadith yang diterima ă sama ada sahih atau hasan ă adalah dituntut dalam segala bidang termasuk perkara fadaÊil yang juga merupakan ajaran agama yang tidak kurang pentingnya. Hanya dengan beramal dengan apa yang datangnya daripada Rasulullah s.a.w sahaja akan menyelamatkan seseorang daripada terjebak ke dalam perangkap pendustaan terhadap Nabi s.a.w.
AKTIVITI 8.2 Terangkan hukum dengannya.
meriwayatkan
hadith
daif
dan
beramal
Ć
Hadith da`if adalah hadith yang tidak memenuhi syarat-syarat penerimaan sesebuah hadith.
Ć
Hadith da`if terbahagi kepada banyak jenis berdasarkan kepada sebab-sebab keda`ifannya.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8
HADITH DA’IF
103
Ć
Harus meriwayatkan hadith da`if dengan penjelasan akan kedaifannya atau menyebut karya yang menjadi sumbernya.
Ć
Ada ulama yang tidak mengharuskan beramal dengan hadith da`if sama sekali, namun ada juga yang mengharuskannya dengan bersyarat.
Hadith DaÊif Hadith Mu`adhal. Hadith Mua`llaq
Hasil Munqati` Hasil Mursal
Fauzi bin Deraman.(2008). Pengantar Usul Hadith. Kuala Lumpur: Warisan Nabawi Ent. Mahmud Tahhan. Taysir Mustalah Hadith. Riyadh: Dar al-Maarif. Nur al-Din `Itr. (1992). Manhaj al-Naqd fi Ulum al-Hadith. Beirut: Dar al-Fikr al-Muasir. Sharf Mahmud al-Qudhat. al-Manhaj al-Hadith fi Ulum al-Hadith. Kuala Lumpur: Albian Corp.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
Topik Hadith
9
MawdhuÊ
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.
Mengenali pasti hadith mawdhuÊ dan sejarah kemunculannya;
2.
Menyatakan pasti faktor-faktor lahirnya hadith mawdhuÊ;
3.
Mengenal pasti tanda-tanda hadith mawdhuÊ; dan
4.
Mengenal pasti usaha yang dilakukan oleh para muhaddithin dalam memerangi hadith mawdhuÊ.
PENGENALAN
Kita telah mengenali hadith da`if dalam tajuk yang telah dipelajari sebelum ini. Dari jenis-jenis hadith-hadith da`if tersebut terdapat satu jenis yang paling da`if dan seburuk-buruknya. Tahukah anda jenis hadith tersebut? Ia adalah hadith mawdhuÊ atau hadith palsu. Dalam topik ini kita akan mengenali hadith palsu ini, sebab-sebab kemunculannya. Kita juga akan mempelajari tanda-tanda hadith mawdhuÊ dan meneliti usaha para muhaddithin dalam membanterasnya.
9.1
DEFINISI
Menurut estimologi, ia berasal dari perkataan ( ﺿ َﻊ َ ) َو, perkataan mawduÊ adalah nama subjek dan mempunyai beberapa pengertian, antaranya menggaris, mencipta, menganggur dan melekat. Menurut terminologi pula hadith mawduÊ adalah hadith yang direka atau diadaadakan terhadap Rasulullah s.a.w.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9
HADITH MAWDHU’
105
Sebenarnya ia bukanlah hadith tetapi dinamakan demikian sebagai sindiran terhadap penciptanya yang mengatakan ia adalah hadith. Hadith mawduÊ adalah seburuk-buruk hadith daÊif. Seseorang tidak harus meriwayatkannya kecuali dengan disertakan penjelasan mengenai pendustaan dan pembohongannya. Sesiapa yang mengatakan yang ia adalah hadith sedangkan ia mengetahui yang itu adalah semata-mata pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w, ternyata ia telah bersekongkol dengan pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. Pihak yang terlibat telah diberikan amaran keras oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya: „Sesiapa yang sengaja berdusta kepadaku, maka sediakanlah tempat tinggalnya di dalam neraka‰
9.2
SEBAB LAHIRNYA HADITH MAWDHU’
Kemunculan hadith palsu banyak merujuk kepada perkembangan politik selepas berlakunya pembunuhan terhadap Khalifah al-Rasyid, Uthman bin Affan r.a. Para penulis sejarah hadith Rasulullah s.a.w semacam sepakat yang kepalsuan dalam hadith dan pendustaan terhadap Rasulullah s.a.w mula muncul selepas peristiwa pembuhunan tersebut. Ia telah menyebabkan umat Islam berhadapan dengan fitnah yang sangat besar, munculnya puak-puak dan golongan di kalangan umat, kebenaran dikelirukan oleh kebatilan, ikhlas berbaur dengan hawa nafsu. Hadith-hadith tersebut bukan lahir secara spontan tetapi hasil perancangan jahat yang disusun begitu rupa oleh musuh Islam, tanpa menafikan ada sebab-sebab lain yang akan dibincangkan. Ada beberapa faktor yang menyebabkan lahirnya hadith mawduÊ. Antaranya ialah: (a)
Dendam Terhadap Islam dan Umat Islam Ini merupakan sebab pertama yang membawa lahirnya hadith palsu. Ia berkait rapat dengan permusuhan pihak Yahudi, Nasrani dan Majusi. Teraju utamanya ialah Abdullah bin Saba` yang berasal dari Yahudi Yaman yang menyamar sebagai seorang Islam dan bergerak bebas di Madinah mencari kelemahan pemerintahan Islam dan umat Islam. Lalu dizahirkan kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w dan ahl al-Bayt yang kemudiannya menjadi senjata yang sangat berguna buatnya. Direkanya hadith-hadith keutamaan ahl Bayt dan Sayyidina Ali. Misalnya:
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
106
TOPIK 9
HADITH MAWDHU’
„Sesungguhnya ada seribu nabi, setiap nabi ada wasi, adapun Ali adalah wasi bagi Muhammad‰, „Muhammad Penyudah Nabi-nabi, Sali adalah penyudah Wasi‰, „Setiap Nabi ada wasi dan wasiku adalah Ali‰. Dikatakan Rasulullah ditanya mengenai siapakah
wasinya? Katanya: Siapakah Wasi bagi Musa? Jawabnya: Yusa`. Sabdanya: „Wasiku dan warisku ⁄ dan sebaik-baik orang yang ku tinggalkan selepasku adalah Ali.‰ Banyak lagi hadith-hadith palsu mengenai perkara ini. Hasil taktik jahat ini beliau ini, Uthman telah terbunuh. Umat Islam dipecahkan kepada penyokong Ali dan pendokong Muawiyah, tercetus perseteruan yang sengit antara keduanya. (b)
Mendokong Golongan Sendiri dan Sentimen Politiknya Hasil perselisihan antara pengikut setia Ali dan penyokong Muawiyah, muncul selepas itu fenomena mengagungkan pimpinan mereka yang diungkap melalui hadith-hadith palsu dan sekali gus mencela musuh masing-masing. Manakala golongan yang jahil daripada kalangan ahli Sunnah mencipta pula hadith-hadith kelebihan Abu Bakr, Umar dan `Uthman.
(c)
Membela Pegangan Akidah dan Pandangan Fiqh Berpunca daripada perbezaan pendapat dalam beberapa permasalahan sifat dan nama Allah, mengenai kerasulan, kitab, kebangkitan dari hari kiamat, qadaÊ dan qadar dan lain-lain lagi. Lahir kemudian beberapa madhahib al-Mutakalimin seperti Qadariyyah, MurjiÊah, Jahmiyyah, MuÊtazilah, Musyabihhat di samping Ahl al-Sunnah wa al-JamaÊah. Kemudiannya terbawa-bawa pula kepada perselisihan dalam perkara furuÊ di dalam fiqh yang memunculkan kemudiannya beberapa mazhab fiqh. Didorong oleh sentimen mahu memenangkan mazhab pegangan masingmasing, juga untuk menonjolkan keistimewaan imam-imam ikutan mereka, maka timbullah hadith-hadith palsu bagi tujuan tersebut. Hadith-hadith palsu yang menonjolkan keistimewaan imam ikutan mereka dan untuk merendah-rendahkan imam-imam saingannya:
„Dan akan lahir di kalangan umatku lelaki yang dikatakan Abu Hanifah beliau adalah pelita umatku‰ „Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang dikatakan baginya Muhammad bin Idris, lebih bahaya bagi umatku dari Iblis‰
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9
HADITH MAWDHU’
107
Keadaan ini tidak terhenti setakat itu sahaja, pihak lawan juga tidak berdiam diri dan menonton sahaja tanpa ada tindak balas, sebaliknya mereka juga mencipta hadith-hadith palsu bagi menjawab serangan yang ditujukan kepada mereka. (d)
Menjauhkan Orang Ramai dari Islam Golongan mulhid dan zindik adalah golongan yang menzahirkan Islam tetapi menyembunyikan kekufuran mereka melakukan ini berselindung dengannya daripada orang ramai. Golongan ini telah menggunakan hadith untuk memporak-perandakan Islam, memecahbelahkan umatnya dan memasukkan penyelewengan dalam syariatnya, sekali gus menjauhkan umat dari Islam. Namun kerja-kerja jahat mereka terbongkar melalui pengakuan mereka sendiri, walaupun setelah berjaya sedikit-sebanyak membekalkan kepada masyarakat umat Islam hadith-hadith palsu yang telah mereka reka cipta. Di antara mereka termasuklah Harith al-Kazzab, Muhammad bin SaÊid alMaslub, Mughirah bin SaÊid al-Kufi. Abd al-Karim bin Abu al-AwjaÊ dikatakan telah mereka-reka hadith-hadith mengenai halal haram. Berdasarkan kepada pengakuan mereka sendiri, mereka telah mencipta hadith-hadith palsu dan menyebarkannya sejumlah yang besar palsu ke tengah-tengah masyarakat. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka secara terancang telah melakukan kerja jahat ini untuk mengelirukan umat Islam.
(e)
Fanatik Kepada Suku Sakat dan Negeri Tempat Tinggal Di kurun kedua Hijrah ekoran dari setengah khalifah yang mengutamakan kabilah dan bangsa tertentu mengatasi yang lain telah menimbulkan rasa tidak puas hati di setengah kalangan mereka. Ini telah menajamkan sentimen perkauman dan kedaerahan di kalangan masyarakat. Inilah yang mendorong mereka mereka-reka hadith palsu mengenai kelebihan bangsa mereka dan memburukkan bangsa lain. Sekali gus mengenai kelebihan dan keistimewaan sesuatu tempat dan mencela tempat-tempat tertentu.
(f)
Kecenderungan Untuk Mengajak Kepada Kebaikan dan Targhib Wa Tarhib Dalam Keadaan Jahil Golongan zuhhad dan ahli ibadat dalam mendorong dan merangsang orang ramai supaya mendekatkan diri mereka kepada Allah dan beribadat kepadaNya telah mencipta hadith-hadith palsu bagi tujuan tersebut. Berbekal dengan tujuan mereka yang baik tetapi kerana kejahilan mereka Copyright © Open University Malaysia (OUM)
108
TOPIK 9
HADITH MAWDHU’
mengenai ajaran agama atau kecuaian mereka dan mengikut kemahuan sendiri, mereka telah mencipta hadith-hadith palsu tersebut. Ini termasuklah hadith-hadith mengenai kelebihan dan keistimewaan surah-surah al-Quran, ibadat seperti solat sempena waktu tertentu seperti malam `AsyuraÊ dan siangnya, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu SyaÊban, malam Aidil Fitr dan siangnya dan lain-lain lagi. Di samping itu terdapat juga hadith-hadith palsu yang dicipta bagi mendorong manusia supaya mengerjakan taat dan zuhud, juga berakhlak dengan akhlak yang baik dan amalan-amalan yang terpuji. Ibn `Adiy ada meriwayatkan katanya: Aku mendengar Abu Abdullah alNahwandi berkata: Saya berkata kepada pesuruh al-Khalil, inikah hadithhadith kamu sebut mengenai al-riqaq? Beliau menjawab: Aku menciptanya untuk melembutkan dengannya hati-hati orang awam. Abi `Ismah Nuh bin Abi Maryam, Maysarah bin Abd Rabbuh adalah di antara mereka yang terlibat dalam mencipta hadith-hadith palsu mengenai kelebihan-kelebihan al-Quran. Nuh apabila ditanya mengenai hadith yang dikatakan diriwayatkan oleh Malik dari `Akrimah dari Ibn Abbas mengenai fadaÊil, Al-QurÊan, surah demi surah, sedangkan murid-murid `Akrimah tidak meriwayatkannya, beliau berkata:
„Saya melihat orang ramai meninggalkan al-Quran dan tertumpu kepada fiqh Abu Hanifah dan Maghaziy Ibn Ishak, lalu saya ciptalah hadith tersebut‰ Begitu juga Maysarah apabila ditanya dari mana datangnya hadith „sesiapa yang membaca sekian, lalu mendapat pahala sekian?‰ Beliau menjawab: „Saya menciptanya untuk mendorong orang membacanya‰. (g)
Kecenderungan Terhadap Kepentingan Duniawi Kecenderungan dan tamak untuk memperoleh keseronokan dunia dan kemewahannya juga adalah di antara pendorong yang melahirkan hadithhadith palsu. Ini adalah dengan beberapa cara iaitu: (i)
Mendekati Kalangan yang Berkuasa Dengan Mengharapkan Sesuatu Daripadanya Berpunca dari kelemahan iman dan jiwa, telah menyebabkan terdapatnya individu-individu yang mengambil kesempatan berdampingan dengan pihak yang berkuasa dengan tujuan untuk Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9
HADITH MAWDHU’
109
mendapat sesuatu sama ada ganjaran material, kedudukan yang baik dan seumpamanya. Mereka sanggup menjual akhirat mereka kerana mengharapkan dunia. Contohnya: Ghiath bin Ibrahim al-NukhaÊiy yang sanggup berdusta terhadap Rasulullah s.a.w dengan menokok tambah hadith Rasulullah s.a.w kerana mengharapkan ganjaran daripada Khalifah al-Mahdiy. Hadith Rasulullah s.a.w:
„Tidak boleh diadakan pertandingan kecuali unta, kuda atau anak panah‰ Ghiath telah merubahnya kepada:
„Tidak boleh diadakan pertandingan melainkan memanah, unta kuda atau melaga burung‰
(ii)
Beliau telah menambahkan „melagakan burung‰ kerana beliau mengetahui yang Khalifah al-Mahdi seorang penggemar perlagaan burung. Al-Mahdiy telah memerintahkan supaya diberikan kepada Ghiath sebanyak 10 ribu tetapi setelah beliau mengetahui yang Ghiath berdusta, beliau telah menempelak Ghiath dan memerintahkan supaya burung tersebut disembelih. Pencerita (Qassas) dan Penceramah (WaÊidz) Golongan pencerita dan penceramah juga mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Mereka mengharapkan ganjaran duniawi daripada orang ramai yang menghadiri majlis mereka. Semakin ramai yang hadir bererti semakin bertambahlah kutipan yang mereka terima. Tujuan mereka tidak lain kecuali untuk mendapat keuntungan keduniaan. Justeru itu, mereka sanggup berdusta atas nama Rasulullah s.a.w dengan mencipta hadith-hadith palsu dalam pelbagai bentuk demi menarik perhatian ramai, sama ada berbentuk cerita, hikayat yang merupakan dongeng dan khurafat. Walaupun kepalsuannya sudah nyata, namun mereka dengan beraninya mempertahankannya dengan alasan-alasan yang diada-adakan.
(iii) Melariskan Barang Dagangan dan Memuji atau Mencela Sesuatu Pekerjaan Ini satu lagi faktor duniawi yang mendorong seseorang mencipta hadith-hadith palsu. Demi melariskan jualannya, mereka sanggup
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
110
TOPIK 9
HADITH MAWDHU’
berbuat demikian dengan mencipta hadith yang menunjukkan kebaikan barangan tersebut. Muhammad bin Hajjaj al-Lakhamiy mencipta hadith yang menunjukkan keistimewaan sejenis bubur, dengan meriwayatkan satu hadith yang kononnya diriwayatkan dari Huzayfah, di mana Rasulullah s.a.w bersabda:
„Jibril telah memberikan saya bubur harisah untuk menguatkan dengannya belakang saya untuk mengerjakan qiam al-Layl‰ „Saya bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah didatangkan kepada tuan makanan Syurga? Hannad bin Ibrahim al-Nasafiy pula mencipta hadith mengenai kelebihan tembikai. Sebagaimana kita akan menemui hadith-hadith yang dicipta mengenai kelebihan terung, dan beberapa jenis buahbuahan seperti delima, anggur dan lain-lain. Tidak terkecuali kelebihan setengah-setengah pekerjaan seperti jahitan, berbekam dan lain-lain. (iv) Mematahkan Hujah Lawan dan Menguatkan Alasan Sendiri Dalam Debat atau Diskusi Ada di kalangan yang mendakwa berilmu, telah dengan berani sekali dalam mencipta hadith-hadith palsu semata-mata untuk mempertahankan pendapatnya. Ini berlaku dalam majlis ilmu yang berbentuk debat dan seumpamanya, di mana ketika itu juga mereka mencipta hadith-hadith tersebut bagi mempertahankan pandangan dan pendapatnya. (v) Kepentingan Peribadi Muhammad bin Abd al- Malik al-Ansariy seorang yang cacat penglihatannya telah mencipta satu hadith demi kepentingan peribadinya dengan menonjolkan kelebihan memandu orang buta. Katanya: „Sesiapa yang memandu seorang buta sejauh 40 langkah, Allah akan memperuntukkan kepadanya Syurga‰ Begitu juga SaÊad bin Tariq al-Iskaf telah mereka cipta satu hadith, apabila didapati anaknya yang pulang dari tempat belajar dalam keadaan menangis dan mengadu dipukul oleh gurunya. Lalu beliau berkata: Demi Allah! Saya akan menghina mereka, haddathani Akrimah dari Ibn `Abbas, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9
HADITH MAWDHU’
111
„Guru-guru anak-anak kamu adalah sejahat-jahat orang di
kalangan kamu, amat sedikit sifat kasih sayang terhadap anak yatim dan paling kasar terhadap orang-orang miskin‰.
9.3
MENGENALI HADITH MAWDHU’
Hadith MawduÊ atau palsu ini boleh dikenali melalui beberapa cara. Antaranya: (a)
Pengakuan si pemalsu hadith. Ini adalah seperti yang dilakukan oleh Abd al-Karim al-Waddha`, Abu Ismah Nuh bin Abi Marya yang mengaku mencipta hadith yang panjang mengenai kelebihan al-Quran dengan sanad daripada Ibnu Abbas.
(b)
Meriwayatkan hadith daripada seorang guru, apabila rawi tersebut ditanya tarikh kelahirannya, diberi jawapan yang dapat diketahui gurunya itu telah meninggal sebelum bertemu dengannya. Contohnya: Makmun bin Ahmad al-Harawi mendakwa mengambil hadith daripada Hisham bin Ammar. Ibnu Hibban bertanya kepadanya tarikh ketibaannya di Sham (iaitu mendengar hadith daripada Hisham), beliau menjawab: Tahun 250H. Ibnu Hibban memberitahu yang Hisham yang diambil daripadanya hadith itu telah meninggal pada 245H!
(c)
Terdapat seorang yang terkenal memalsukan hadith dalam sanad hadith yang diriwayat, seperti Makmun bin Ahmad al-Harawi, Ahmad bin Abd Allah al-Juwaibari.
(d)
Hadith yang diriwayat bertentangan dengan al-Quran dan dalil dalam agama. Seperti mempastikan perkara yang tidak ditentukan oleh al-Quran atau hadith, contohnya Kiamat akan terjadi pada tarikh-tarikh tertentu. Contoh lain: Anak hasil daripada zina tidak akan masuk ke syurga tujuh keturunan. Ternyata bercanggah dengan ayat 164 surah al-An`am.
(e)
Bercanggah dengan hakikat syariah. Seperti ganjaran yang terlalu besar bagi amalan yang kecil atau azab yang sangat besar bagi kesalahan yang kecil. Seperti puasa satu hari diberi pahala ibadat 60 tahun. Perlu disebut, seseorang yang tidak berkeahlian tidak boleh begitu mudah menolak hadith semata-mata kerana faktor ini. Ia bukan untuk semua orang tetapi yang berkeahlian dengan hadith-hadith Rasulullah s.a.w.
(f)
Hadith yang diriwayat bertentangan dengan hadith yang sahih. Contohnya riwayat yang menyebut sesiapa yang dinamakan dengan nama Ahmad atau Muhammad tidak akan dimasukkan ke neraka. Ternyata ia Copyright © Open University Malaysia (OUM)
112
TOPIK 9
HADITH MAWDHU’
bercanggah dengan hadith yang menjelaskan penyelamat daripada neraka adalah iman dan amal soleh. (g)
Bercanggah dengan akidah. Seperti apa yang diriwayatkan yang Allah apabila murka, wahyu diturunkan dalam bahasa Farsi; dan apabila Ia reda, diturunkan dalam bahasa Arab. Ini tidak layak bagi Allah kerana ia tidak bersifat dengan sifat manusia.
(h)
Bercanggah dengan fakta sejarah. Contoh: Dakwaan Rasulullah s.a.w menggugurkan jizyah ke atas orang Yahudi Khaibar berdasarkan pernyataan daripada Muawiyah dan Saad bin Muaz kerana Muawiyah memeluk Islam selepas Perang Khaibar, sedangkan Saad pula meninggal dunia dua tahun sebelum peperangan tersebut.
(i)
Bercanggah dengan fakta ilmiah. Seperti Galaksi di langit adalah „peluh ular‰ yang berada di bawah `Arasyh atau dunia berada di atas tanduk lembu.
(j)
Kepincangan dan kejanggalan dalam ayat dan gaya bahasa,tidak munasabah di segi makna. Ia tidak mungkin terjadi kerana Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling fasih pertuturan dan bahasanya.
(k)
Hadith yang diriwayatkan menunjukkan para sahabat berkonspirasi untuk berdusta.
(l)
Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan rawinya berdusta. Seperti orang yang tidak sukakan Imam al-Syafi`i dan tidak suka tersebar luasnya aliran fiqh beliau. Begitu juga, perkara yang besar yang sepatutnya didengari oleh ramai tetapi hanya diriwayatkan oleh seorang sahaja seperti hadith yang menamakan Khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
(m) Hadith yang diriwayatkan tidak terdapat dalam mana-mana sumber hadith yang berautoriti, iaitu karya yang meriwayatakan hadith dengan sanadnya.
9.4
USAHA PARA MUHADDITHIN DALAM MEMBANTERAS HADITH MAWDHU’
Allah s.w.t sentiasa mengurniakan kepada umat ini mereka yang tulus dan amanah, yang sentiasa menjejaki para petualang dan membanteras usaha mereka. Mereka ini telah memberikan sumbangan yang sangat besar dalam menjaga dan mempertahankan syariat dan sumber-sumbernya. Usaha menjaga
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9
HADITH MAWDHU’
113
institusi hadith dari dicemari terus berjalan dari zaman sahabat sehingga kini, termasuklah dalam membanteras hadith-hadith palsu ini. (a)
(b)
Usaha pengawalan Usaha pengawalan dapat dilihat apabila para ulama menganjurkan supaya berhati-hati dalam meriwayat dan berwaspada semasa menerimanya. Malah dianjurkan supaya diambil daripada mereka yang berkeahlian sahaja. Usaha ini bermula di zaman awal lagi, khususnya setelah berlakunya fitnah di kalangan umat Islam. Imam Muhammad bin Sirin berkata: Dahulunya mereka tidak bertanya mengenai sanad, apabila berlakunya fitnah, mereka berkata: Namakan kepada kami orang yang kamu ambil daripadanya hadith, apabila daripada kalangan ahli sunnah diterima hadithnya, jika daripada kalangan pembid`ah tidak diambil katakata mereka. Usaha perawatan Usaha perawatan ini fokusnya adalah para pemalsu hadith dan para pendusta yang menjadi agen penyebaran hadith mawdhuÊ ini. Antaranya: (i)
Membongkar perkara yang berkaitan para pemalsu dan pendusta dan mendedahkan mereka kepada orang ramai;
(ii)
Menghimpun hadith dan menyusunnya. Antara usaha pengumpulan hadith yang dilakakan di permulaan kurun kedua Hijrah adalah kerana tersebarnya hadith-hadith mawdhuÊ ketika itu. Imam al-Zuhri ada menyebut mengenainya, katanya: Kalaulah tidak kerana hadithhadith yang datang dari Timur, yang kami tidak ketahui, saya tidak akan menulis hadith dan tidak akan mengizinkan penulisannya;
(iii) Menyelusuri jejak-jejak para pendusta dan pemalsu hadith. Setelah meneliti karya-karya berkaitan al-Jarh wa al-Ta`dil ditemui banyak karya-karya yang dihasilkan mengenai perkara ini. Setengahnya dihasilkan pada kurun kedua Hijrah. Ini menunjukkan keprihatinan para ulama semasa mengenainya, walaupun menghimpunkan para pendusta dalam karya khusus agak terkemudian sedikit dari karya alJarh wa al-Ta`dil; dan (iv) Menghimpunkan hadith-hadith palsu. (c)
Di peringkat permulaan, hadith-hadith mawdhuÊ ini dimuatkan dalam karya yang berkaitan dengan ilal al-Hadith. Sesudah itu barulah muncul karya-karya khusus yang menghimpunkan hadith-hadith palsu, seperti Tadhkirah al-Mawdhu`at oleh Ibn Tahir al-Maqdisi (m.507H), alMawdhu`at al-Kubra oleh Ibn al-Jawzi (m.597H), al-Manar al-Munif oleh
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
114
TOPIK 9
HADITH MAWDHU’
Ibn al-Qayyim al-Jawzi (m.751H), al-Lali al-Masnu`ah oleh al-Suyuti (m.911H).
9.5
HUKUM MERIWAYATKAN HADITH MAWDHU’
Perawi yang meriwayatkan hadith mawduÊ ini tidak terlepas dari dua keadaan iaitu tidak mengetahui yang hadith yang diriwayatkan tersebut adalah hadith mawduÊ atau meriwayatkannya sedangkan beliau mengetahui yang hadith tersebut adalah hadith palsu. Dalam keadaan pertama, perawi tersebut tidak dikira berdosa kerana jahil dengan keadaan itu walaupun dikira cuai kerana gagal mengkaji dan meneliti keadaan sebenar hadith yang diriwayatkannya. Sebaliknya, meriwayatkan hadith-hadith tersebut dan sedar dan mengetahui yang hadith tersebut adalah palsu tetapi meriwayatkan juga untuk menerangkan kepalsuannya, para ulama sependapat dalam mengharuskan periwayatannya untuk kepentingan umat, mengelak serta menghindarkan mereka daripada bahaya hadith palsu tersebut. Apabila meriwayatkan hadith palsu dalam keadaan tahu akan kepalsuannya, diriwayatkan juga bukan dengan tujuan untuk menerangkan keadaannya yang sebenar, para ulama mengharamkan daripada meriwayatkannya dalam apa keadaan dan bidang sekali pun ă sama ada akidah, syariat, fadaÊil dan sebagainya. Malah perawi tersebut dikira telah bersubahat dan berkongsi dosanya dengan pencipta hadith palsu tersebut. Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: „Sesiapa
yang menyampaikan daripadaku hadith yang pada sangkaannya adalah dusta maka ia termasuk dalam kalangan pendusta‰.
Al-Nawawiy berkata: Haram meriwayatkan hadith mawduÊ bagi mereka yang mengetahui atau berat pada sangkaannya yang hadith tersebut adalah palsu. Sesiapa yang meriwayatkannya tanpa penjelasan, maka ia termasuk ke dalam ancaman Rasulullah s.a.w tersebut. Pengharaman berbohong terhadap Rasulullah s.a.w adalah menyeluruh, tanpa membezakan sama ada dalam perkara yang berkaitan dengan hukum hakam atau tidak berbentuk hukum hakam seperti targhib dan tarhib atau mawaÊid dan lain-lain. Semuanya diharamkan secara ijmaÊ, dan termasuk dalam dosa besar yang utama yang paling tercela. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9
9.6
HADITH MAWDHU’
115
HUKUM BERAMAL DENGAN HADITH MAWDHU’
Telah disebut sebelum ini semasa perbicaraan mengenai hadith daÊif, di mana hadith daÊif yang tidak terdapat sokongan, statusnya tetap daÊif dan tidak boleh beramal dengannya. Dengan itu secara tersiratnya, hadith mawduÊ lebih utama dan wajar untuk tidak beramal dengannya. Kalau meriwayatkannya pun sudah ijmaÊ ulama melarangkannya, apa lagi untuk diterima pakai dan beramal dengannya. Malah terdapat keterangan yang jelas yang mengharamkan beramal dengan hadith mawduÊ.
Ć
Hadith mawdhuÊ adalah hadith-hadith yang direka oleh para pemalsu hadith dan dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. Ia bukanlah hadith tetapi dikatakan hadith sebagai sindiran kepada kalangan yang merekakannya.
Ć
Hadith mawdhuÊ muncul hasil perselisihan politik di kalangan umat Islam selepas peristiwa pembunuhan Khalifah `Uthman bin Affan.
Ć
Terdapat faktor-faktor yang menyebabkan lahirnya hadith palsu, berpunca daripada kelemahan dalaman umat Islam dan serangan musuh dari luar.
Ć
Para muhaddithin telah memberi membanteras hadith-hadith mawdhuÊ.
Ć
Tidak harus meriwayatkan hadith mawdhuÊ kecuali dengan penjelasan akan kedudukannya. Beramal dengannya adalah haram.
Hadith MawdhuÊ Qassas Usaha Pengawalan
sumbangan
yang
Usaha Perawatan WaÊidz
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
besar
dalam
116
TOPIK 9
HADITH MAWDHU’
Fauzi bin Deraman. (2008). Pengantar Usul Hadith. Kuala Lumpur: Warisan Nabawi Ent. Muhammad `Ajjaj al-Khatib. (1981). Usul al-Hadith. Beirut: Dar al-Fikr. Muhammad Abullais al-Khayr Abadi. (2003). Ulum al-Hadith Asiluha wa Mu`asiruha. Bangi: Dar Syakir. Nur al-Din `Itr. (1992). Manhaj al-Naqd fi Ulum al-Hadith. Beirut: Dar al-Fikr al-Muasir.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
Topik Metod
Berinteraksi Dengan Hadith Nabi S.A.W
10
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
Memberikan gambaran umum hadith;
maksud berinteraksi dengan
2.
Mengenal pasti prinsip asas yang diperlukan bagi berinteraksi dengan hadith; dan
3.
Mengenal pasti metod yang sesuai dalam berinteraksi dengan hadith Nabi s.a.w.
PENGENALAN
Hadith atau sunnah Rasulullah s.a.w panduan bagi umat Islam bersama alQuran. Rasulullah s.a.w meninggalkan umatnya dan kembali kepada Allah setelah syariat yang dijadikan pegangan dan panduan ini lengkap sempurna. Sabdanya: „Aku tinggalkan kamu dalam suasana yang jelas nyata, malam dan siangnya sama sahaja‰. (Hadith Riwayat Ibn Majah). Namun begitu, panduan yang terbaik itu tidak dapat dilaksanakan, jika umat yang diwajibkan untuk melaksanakannya tidak memahaminya. Dengan itu setiap Copyright © Open University Malaysia (OUM)
118
TOPIK 10
METOD BERINTERAKSI DENGAN HADITH NABI S.A.W
muslim mestilah memahami sebaik-baiknya demi mengelakkan kekeliruan dan salah faham. Umat Islam yang diasak oleh musuh dari dalam dan luar , untuk satu tempoh yang panjang gagal memahami sunnah atau hadith Nabi s.a.w itu dengan kefahaman yang sebenar, sekali gus mereka gagal berinteraksi dengan sebaikbaik-baiknya. Betapa perlunya umat Islam hari ini, baik golongan awam mahupun yang terpelajar memahami dan mengikut kaedah yang betul dalam berinteraksi dengan hadith. Perlunya metod, kaedah dan garis panduan yang dalam menilai serba serbi mengenai hadith akan banyak membantu dalam memperkasakan hadith sesuai dengan kedudukan sebagai sumber dalam ilmu, budaya dan tamadun. Kenapa umat Islam gagal berinteraksi dengan hadith? Apakah prinsip asas yang diperlukan untuk bagi berinteraksi dengan hadith? Apakah metod yang sesuai bagi berinteraksi dengannya? Inilah persoalan penting yang akan kita bincang bersama dalam topik ini.
10.1
KENAPA GAGAL BERINTERAKSI DENGAN BAIK
Kegagalan interaksi ini adalah berpunca daripada kelemahan dalam penguasaan ilmu-ilmu pelengkap yang menjadi prasyarat bagi membolehkan seseorang dapat memahami hadith Rasulullah s.a.w. Adalah menjadi keperluan bagi siapa sahaja yang mahu berinteraksi dengan hadith mengetahui asas-asasnya bagi mengelakkan kekeliruan. Antaranya: (a)
Bahasa Bagaimana boleh memahami sesuatu nas tanpa pengetahuan bahasa. Apalagi bahasa Rasulullah s.a.w yang disebut oleh Allah dalam firmanNya:
Ia (al-Quran) dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah ke dalam hatimu supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang daripada pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dalam bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. (Surah al-SyuÊara: 193-195).
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10
(b)
METOD BERINTERAKSI DENGAN HADITH NABI S.A.W
119
Rasulullah s.a.w menggunakan pelbagai gaya bahasa dan sastera. Kecuaian dalam memberikan perhatian kepada aspek ini, telah menyebabkan ada penulis yang memahami perkataan ( )ﻃﺎﺋﺮﻩpada ayat ke 13 dalam surah al-Isra` sebagai burung. Ilmu-ilmu Hadith Riwayah dan Dirayah Kefahaman sebenar sesebuah hadith berhubung rapat dengan penguasaan ilmu dirayah dan riwayah, yang berpecah pula kepada beberapa ilmu yang berkaitan dengan sanad dan matan hadith. Jika disemak semula kemunculan elemen yang mempertikaikan hadith di zaman lampau, juga di zaman mutakhir pun ada kaitan dengan kegagalan memahami ilmu-ilmu asas ini seperti ilmu mukhtalaf al-hadith, ilmu nasikh mansukh, ilmu asbab al-wurud, ilmu gharib al-hadith dan seumpamanya.
10.2
PRINSIP ASAS BAGI BERINTERAKSI DENGAN HADITH
Ada perkara-perkara asas yang perlu bagi membolehkan melancarkan interaksi dengan hadith. (a)
Memastikan Kewujudan Hadith dan Kesahihannya Berpandukan Piawaian yang Digariskan Oleh Mereka yang Berautoriti Setiap teks atau nas yang disandarkan kepada Nabi s.a.w hendaklah dipastikan kebenarannya samada ia bersumberkan dari Rasulullah s.a.w atau sebaliknya. Justeru itu, ilmu-ilmu mengenai sanad dan matan menjadi keperluan asas untuknya. Setiap orang tidak boleh terlepas daripada merujuk kepada mereka yang berkeahlian dalam bidang berkenaan. Mereka yang berpengalaman dengan selok-belok hadith dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya, menghabiaskan banyak masa untuk mempelajari, meneliti mengkajinya. Bukan mudah untuk menguasai ilmu hadith yang bilangannya mencecah angka 65 jenis menurut kiraan Ibn al-Salah, malah 93 jenis menurut al-Suyuti.
(b)
Memahami Hadith Rasulullah S.A.W Selari Dengan Petunjuk Bahasa, Konteks Hadith dan Latar Belakangnya Berdasarkan Nas-nas al-Quran dan Hadith-hadith yang Lain, Juga Berdasarkan Prinsip Umum Syariat Islam dan Maqasidnya.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
120
TOPIK 10
METOD BERINTERAKSI DENGAN HADITH NABI S.A.W
Hendaklah dibezakan juga apakah ia merupakan perintah untuk disampaikan kepada orang lain atau sebaliknya, samada ia berbentuk khusus atau sementara, arahan untuk dikerjakan atau hanya makluman. (c)
Memastikan Tiada Percanggahan Antara Nas Hadith Dengan Sumber Lain yang Lebih Kuat Darinya Sama Ada Al-Quran Atau Hadith Yang Lain Tidak juga bersalahan dengan prinsip yang lebih kukuh dan selari dengan hikmat syariat itu sendiri. Sesuatu kefahaman tidak cukup hanya berdasarkan kepada satu atau dua hadith tetapi hendaklah berdasarkan kepada nas-nas secara keseluruhan.
10.3
TIADA PERCANGGAHAN ANTARA HADITH DENGAN AL-QURAN
Hadith dan al-Quran adalah wahyu dan dari sumber yang sama. Dengan itu, tidak mungkin wujud pertentangan antara kedua-duanya, sebagaimana tidak akan ada pertentangan antara hadith dengan hadith yang lain. Oleh yang demikian, tidak wajar bagi seseorang dengan sewenang-wenangnya mendakwa adanya pertentangan antara kedua-duanya tanpa meneliti secara keseluruhan. Sikap terburu-buru inilah yang menyebabkan ada kalangan yang menolak hadith yang sahih hanya salah fahamnya terhadap maksud hadith yang sebenar. Contohnya, hadith-hadith yang datangnya daripada Nabi s.a.w mengenai kaya dan miskin. Rasulullah s.a.w ada berdoa supaya dihidupkan dalam keadaan miskin, mati juga dalam keadaan miskin, malah dibangkitkan di akhirat nanti bersama-sama dengan kumpulan orang-orang yang miskin. Lantas hadith tersebut diulas berdasarkan kefahamannya iaitu miskin harta benda dan bergantung harap dengan orang lain. Ternyata kefahaman tersebut bertentangan dengan hadith lain, di mana ternyata Rasulullah s.a.w ada memohon kepada Allah dikurniakan petunjuk, taqwa, bersih diri dan kaya dan baginda juga meminta perlindungan daripada fitnah kefakiran. Kefahaman itu juga bercanggah juga dengan sabda baginda kepada Saad bin Abi Waqqas:
„Sesungguhnya Allah menyukai hambanya yang kaya lagi bertaqwa..‰ dan sabdanya kepada `Amr bin al-`As: Sebaik-baik harta yang baik adalah untuk hamba yang soleh‰. Sudah tentu miskin yang disebut dalam hadith bukan dengan maksud miskin harta benda tetapi dengan maksud tawadu` dan merendah diri. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10
METOD BERINTERAKSI DENGAN HADITH NABI S.A.W
121
Ada yang menolak hadith sahih semata-mata ada perkara yang dimusykilkan dalam hadith tersebut, walaupun hadith itu menjadi sebutan ramai seperti hadith „Dibina Islam itu atas lima perkara⁄‰. Muncullah dakwaan yang hadith ini adalah hadith mawduÊ dengan alasan tidak disebut dalam hadith itu mengenai jihad. Keghairahan telah menyebabkan ia telah menolak hadith yang sahih dan sekali gus lupa yang kewajipan jihad diwajibkan untuk setengah kalangan dan tidak diwajibkan kepada setengah yang lain dan lupa juga yang jihad itu menjadi fardu `ain dalam keadaan tertentu sahaja, berbeza dengan perkara-perkara yang disebutkan dalam hadith berkenaan. Hendaklah dipastikan kedudukannya terlebih dahulu. Setelah dipastikan yang hadith berkenaan memang datangnya daripada Rasul s.a.w dan didapati terdapat percanggahan pada lahirnya, langkah berikutnya adalah menyerasikan antara keduanya. Masalah akan timbul jika nas-nas yang sahih pada lahirnya bercanggah itu tidak diuruskan berpandukan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh para muhaddithin. Ilmu-ilmu mukhtalaf al-hadith dan nasikh mansukh sangat diperlukan bagi mengelakkan kekeliruan. Ringkasnya, tanpa ilmu yang merupakan asas itu sudah cukup untuk mencetuskan kekeliruan dan mengundang kecelaruan di kalangan khalayak. Dalam keadaan begini, ilmu asbab al-wurud, mukhtalaf al-hadith dan gharib al-hadith boleh mengelakkan kekeliruan. Sikap memandang mudah oleh setengah kalangan dalam interaksi mereka dengan hadith akan lebih memburukkan keadaan, apatah lagi jika ia keluar daripada kalangan ilmuan. Muncullah hadith-hadith yang tidak boleh dipertanggungjawabkan. Kita selalu mendengar orang menyebut ungkapan: „Cintakan watan adalah separuh daripada iman‰, „Siapa yang mengenali dirinya dia akan mengenali Tuhannya‰, „Perselisihan di kalangan umat adalah rahmat‰ sebagai hadith. Apabila menyambut hari kebesaran Islam, seperti Maulid al-Rasul muncullah hadith-hadith mengenai Rasulullah s.a.w yang disebut tanpa dinyatakan sumber ambilannya. Kita juga ada mendengar ulasan yang begitu bebas bagi hadith Nabi s.a.w. Ada yang tanpa segan silu mengulas yang kita lebih tahu dalam urusan dunia kita berbanding Rasulullah s.a.w kerana baginda pernah bersabda:
„Kamu lebih mengetahui dengan urusan dunia kamu‰. (Riwayat Muslim). Copyright © Open University Malaysia (OUM)
122
TOPIK 10
METOD BERINTERAKSI DENGAN HADITH NABI S.A.W
Ada pula yang berpendapat boleh meriwayat hadith da`if dalam perkara fadhaÊil al-a`mal dan al-targhib wa al-tarhib dengan alasan tokoh-tokoh besar hadith pun berbuat demikian. Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata:
„Apabila kami meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w dalam perkara halal, haram, sunnah dan hukum hakam, kami bertegas dalam sanad, apabila meriwayatkan daripada Nabi s.a.w mengenai fadilat amal kami melonggarkannya‰. Malangnya, tidak dijelaskan maksud sebenar ungkapan tersebut, apakah boleh diterima hadith yang tersangat lemah sehingga hadith palsu pun boleh dijadikan hujah? Sebenarnya kelonggaran adalah dengan maksud menerima riwayat perawi yang kurang kuat hafazannya. Perlu disebut berkaitan dengan al-targhib wa al-tarhib ini ada di kalangan ulama yang hanya menerima hadith sahih dan hasan sahaja, kalaupun ada yang menerima yang daÊif dengan tiga syarat yang agak ketat, meriwayatkan dengan sighah al-tamridh bukan dengan sighah jazam. Meriwayatkan hadith da`if secara meluas dan tanpa syarat bukan daripada tradisi muhaddithin.
10.4
BAGAIMANA CARA TERBAIK MEMAHAMI HADITH
Dr Yusuf al-Qaradhawi telah menggariskan lapan panduan untuk memahami hadith dengan baik, iaitu: (a)
Memahami Hadith Berdasarkan al-Quran Al-Sunnah adalah penjelasan teori dan amali bagi al-Quran. Dengan itu ia tidak sekali-kali akan bercanggah dengan al-Quran yang diterangkannya itu. Andainya ada dakwaan di antara keduanya ada percanggahan, ia mungkin berpunca dari kebarangkalian berikut: hadith itu tidak sahih, kefahaman terhadapnya salah atau ia hanyalah sangkaan semata-mata. Contohnya: Menolak kewujudan syafaat di akhirat dengan dakwaan ia bercanggah dengan al-Quran. Dengan itu hadith-hadith sahih berkenaan syafaat ditolak.
(b)
Menghimpunkan Hadith Mengenai Satu-satu Topik Gambaran sebenar yang dikehendaki oleh hadith dapat difahami dengan baik, andainya hadith-hadith berkaitan sesuatu topik dikumpulkan, kaitan di antaranya dapat disemak dengan senang, umumnya boleh dikhususkan, mutlaknya dapat ditentukan. Contohnya: Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10
METOD BERINTERAKSI DENGAN HADITH NABI S.A.W
123
Hadith-hadith yang berkaitan dengan ancaman terhadap mereka yang memakai kain labuh melebihi buku lali. Anak-anak muda yang begitu ghairah untuk menghayati tuntutan sunnah itu akan memandang sinis dan membantah sesiapa yang tidak memakai kainnya mengatasi kedua buku lalinya, sehinggakan ada yang menyangka berpakaian singkat itu adalah salah satu syiar agama atau salah satu kefarduan utama Islam. Mereka tidak segan silu untuk melabelkan mana-mana pendakwah yang berpakaian labuh itu sebagai tidak faham Islam! Andainya semua hadith yang berkaitan dikumpulkan dan diteliti kesemuanya, nescaya mereka akan faham maksud hadith yang sebenar. Perhatikan hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Zarr di mana Nabi s.a.w bersabda:
„Tiga golongan yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat: Orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barangannya dengan sumpah yang dusta dan mereka yang melabuhkan kainnya‰. Apakah yang dimaksudkan dengan melabuhkan pakaian dalam hadith ini? Apakah termasuk setiap mereka yang melabuhkan pakaiannya atas apa sebab sekali pun termasuk atas sebab adat atau tradisi kaumnya? Mungkin maksud inilah yang terdapat dalam riwayat al-Bukhari:
„Kain yang melebihi dua buku lali adalah dalam neraka‰. Namun begitu, jika diteliti sejumlah hadith yang berkaitan dengan topik ini, ternyata maksudnya adalah yang melabuhkan kainnya kerana sombong dan bangga diri, seperti yang dinyatakan dalam beberapa riwayat lain oleh al-Bukhari dan Muslim. Inilah pandangan yang dipilih oleh Imam al-Nawawi dan Ibnu Hajar. Contoh lain: Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abu Umamah al-Bahili bila mana beliau melihat alat pembajak beliau berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
„Tidaklah akan masuk (alat) ini mana-mana rumah sesuatu kaum kecuali Allah memasukkannya kehinaan‰. Hadith ini secara zahirnya menggambarkan seolah-olah Rasulullah s.a.w tidak menyukai aktiviti pertanian yang boleh membawa kehinaan kepada golongan petani. Kalangan orientalis telah mengambil kesempatan daripada hadith ini untuk mencetuskan kekeliruan mengenai sikap Islam terhadap pertanian. Jelasnya, hadith ini mengundang tanda tanya. Apakah Copyright © Open University Malaysia (OUM)
124
TOPIK 10
METOD BERINTERAKSI DENGAN HADITH NABI S.A.W
makna zahir ini yang dimaksudkan? Adakah Islam tidak suka kepada aktiviti pertanian? Ini bertentangan dengan maksud hadith-hadith sahih yang lain. Orangorang Ansar agak maju dalam bidang pertanian tetapi Rasulullah s.a.w tidak pernah memerintahkan mereka meninggalkan pekerjaan mereka itu. Hadith-hadith mengenai pertanian, pengairan dan saliran, ihya` al-mawat agak banyak. Dengan mengumpulkan hadith-hadith berkenaan dan dirujuk pula kepada ulasan-ulasannya dapat diketahui maksud sebenar hadith Abu Umamah yang telah disebut adalah penglibatan yang boleh menyebabkan terabai perkara-perkara lain yang diperintahkan seperti jihad. Ada pula yang mengkhususkan kepada mereka yang berada di perbatasan dengan musuh yang menumpukan kepada kerja-kerja pertanian sehingga mengabaikan latihan dan persiapan perang. Malah, hadith Ibn `Umar riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyebut „Bila kamu berpuas hati dengan bercucuk tanam, dan meninggalkan jihad, Allah akan menguasakan ke atas kamu kehinaan‰ lebih menjelaskan lagi maksud sebenar hadith Abu Umamah tersebut. (c)
Menggabungkan atau Mentarjih Hadith yang Kelihatan Bercanggah Telah disebut yang nas-nas syarak pada prinsipnya tidak bertentangan antara satu dengan yang lain kerana kebenaran tidak akan bercanggah dengan kebenaran. Jika terdapat juga itu hanya pada lahirnya sahaja bukannya hakikat. Akan ada penyelesaian yang sesuai untuk memurnikan percanggahan itu. Ilmu mukhtalif al-hadith khusus untuk menyelesaikan kes-kes seperti ini. Pendekatan menghimpunkan antara dua hadith yang kelihatannya bertentangan didahulukan dari pendekatan memilih salah satu daripada keduanya, jika kedua-dua hadith adalah sahih. Jika pertentangan itu antara hadith sahih dengan hadith yang da`if, ia tidak dikira sebagai percanggahan. Contoh: Hadith Ummu Salamah r.a yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi yang mengharamkan wanita melihat lelaki walaupun dia seorang buta. Ia berlaku apabila Rasulullah s.a.w memerintahkan kedua-dua isterinya; Ummu Salamah dan Maimunah menutup aurat masing-masing, lalu kedua-duanya bertanya: Bukankah dia seorang yang buta dan tidak dapat melihat kami. Rasulullah s.a.w bersabda: Apakah kamu berdua buta dan bukankah kamu berdua melihatnya? Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10
METOD BERINTERAKSI DENGAN HADITH NABI S.A.W
125
Hadith ini dinilai oleh al-Tirmidhi sebagai sahih, namun pada sanadnya terdapat Nubhan, pembantu Ummu Salalah yang tidak dikenali, justeru para ulama menolak hadith ini. Ia juga bercanggah dengan hadith-hadith yang terdapat dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim yang menunjukkan wanita harus melihat lelaki ajnabi berdasarkan hadith Aisyah r.a yang dilindungi oleh Rasulullah s.a.w melihat lelaki Habsyi yang berlatih di masjid. Dengan itu hadith Ummu Salamah tidak dapat menandingi kekuatan hadith Aishah. Contoh lain adalah hadith-hadith mengancam wanita yang menziarah kubur. Abu Hurairah meriwayatkan yang Rasulullah s.a.w melaknat wanita yang menziarahi kubur. (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dan alTirmidhi). Di samping ini terdapat hadith-hadith lain yang membawa maksud yang sama. Ia bersalahan dengan hadith-hadith lain yang membenarkan wanita menziarahi kubur, seperti hadith:
dapat
difahami
„Dulu saya melarang kamu daripada menziarahi kubur, maka ziarahilah!‰ dan hadith:
„Ziarahilah pusara kerana ia akan mengingatkan kematian‰. Termasuk dalam keizinan umum ini adalah golongan wanita. Justeru, para ulama menghimpunkan dan menyerasikan antara hadith ini dan merumuskan yang kutukan itu adalah untuk wanita yang banyak melakukannya kerana penggunaan ungkapan ( ) زواراتyang menunjukkan banyak. Jika hadith-hadith yang bercanggah itu tidak boleh diserasikan, maka pendekatan tarjih iaitu memilih yang lebih kuat akan diaplikasikan. (d)
Memahami Hadith Berpandukan Latar Belakang dan Tujuannya Ada hadith-hadith Rasulullah s.a.w yang berkait rapat dengan isu-isu tertentu yang berkait dengan masa dan tempat. Dengan itu, ia memerlukan kepada pengamatan yang teliti dan mendalam untuk mengelakkan kekeliruan. Dengan itu, mengetahui asbab al-wurud bagi sesebuah hadith Copyright © Open University Malaysia (OUM)
126
TOPIK 10
METOD BERINTERAKSI DENGAN HADITH NABI S.A.W
sangat penting kerana ia dapat membantu memahami maksud sebenar hadith berkenaan. Hadith riwayat Muslim dari Aisyah dan Anas: „Kamu lebih mengetahui urusan dunia kami‰ boleh dijadikan contoh. Ada pihak yang menjadikan hadith ini sebagai alasan untuk melarikan diri daripada hukum Allah yang berkaitan dengan ekonomi, politik, kewangan dan lain-lain dengan alasan Allah s.w.t telah membenarkannya kerana ia adalah urusan dunia dan kita lebih mengerti mengenainya. Latar belakang hadith yang berkaitan dengan cantuman debunga jantan dan betina bagi pokok kurma itu menjelaskan maksud sebenar hadith. Sangkaan Rasulullah s.a.w itu telah disalah anggap oleh peladang Ansar dan memahaminya sebagai perintah daripada Rasulullah s.a.w. Ustaz Muhammad Qutb telah memberikan penjelasan yang panjang lebar mengenai perkara dalam bukunya Qabasat min al-Rasul. (e)
Membezakan Antara Wasilah yang Berubah Dengan Objektif yang Tetap Kegagalan membezakan antara dua perkara ini juga mengundang salah faham terhadap hadith. Dr Qaradhawi telah menjadikan ubatan, permakanan dan cara perawatan dan bijirin yang terdapat dalam tibb alNabawi . Menurut beliau itu bukanlah roh perubatan nabi itu tetapi rohnya ialah menjaga kesihatan insan dan keselamatan fizikalnya. Wasilah berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan dan tempat. Apabila hadith menyebut mengenai sesuatu, ia adalah untuk menjelaskan realiti dan bukan untuk mengikat kita dengannya dari bertukar kepada yang lain.
(f)
Memisahkan Antara Perkara Hakiki dan Simbolik Perkara ini adalah berkaitan dengan penggunaan bahasa dari seorang insan yang paling fasih pertuturannya iaitu Rasulullah s.a.w. Penggunaan simbolik dalam bahasa Arab juga sangat ketara. Dengan itu, hadith-hadith Rasulullah s.a.w tidak terkecuali dengan tamsil, perumpamaan dan seumpamanya. Sabda Rasulullah s.a.w:
„Orang yang paling cepat menyusuliku di kalangan kamu adalah yang paling panjang tangannya‰. Rasulullah s.a.w tidak bermaksud tangan yang panjang menurut fizikal tetapi panjang tangan dalam melakukan kebaikan dan ma`ruf. Ini terbukti bila Ummu al-Mu`minin Zainab binti Jahsy adalah isteri baginda yang Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10
METOD BERINTERAKSI DENGAN HADITH NABI S.A.W
127
paling rapat menyusuli baginda s.a.w selepas kewafatannya, beliau terkenal dengan sifat berketerampilan dan dermawan. Begitu juga dengan hadith Qudsi: „Apabila hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta..‰ . Golongan Mu`tazilah telah mengecam ahli hadith kerana menyerupakan Tuhan dengan makhluk. Contoh lain ialah sabda Rasulullah s.a.w kepada sahabatnya yang datang berbai`ah dengan baginda s.a.w untuk berjihad, sedangkan beliau mempunyai ibu yang perlu dijaga: Bersamalah kamu dengan ibumu kerana sesungguhnya syorga dibawah telapak kakinya‰. (g)
Memisahkan Antara yang Ghaib dan yang Nyata. Di antara ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w ialah berkaitan perkara-perkara ghaib yang tidak boleh digambar dan dibandingkan dengan alam nyata sekarang. Ada yang berkaitan dengan kehidupan di alam barzakh selepas mati seperti soalan malaikat dalam kubur, nikmat dan seksaan semasa dalam kubur. Ada juga mengenai akhirat seperti kiamat, kebangkitan, huru- hara di Mahshar, syafaat, timbangan amalan, titian sirat, hisab, syurga dan neraka. Kesemua ini banyak dinyatakan melalui hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang muslim, kita menerimanya asal sahaja ia memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan oleh mereka yang berkeahlian, bukannya dengan menilai berdasarkan fikiran dan logik semata-mata. Justeru berpegang dengan akal dan logik ini, ada pihak yang menolak hadith-hadith sahih, antaranya mengenai soalan dua malaikat dalam kubur, juga nikmat dan seksa kubur dengan alasan tidak logik dan tidak masuk akal.
(h)
Memastikan Maksud Sebenar Ungkapan-ungkapan yang Terdapat Dalam Hadith. Bahasa tidak beku atau statik, sebaliknya ia berkembang sejajar dengan keadaan semasa dan suasana di sekelilingnya. Begitu juga perkataan dan ungkapannya. Dengan itu, ungkapan yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w melalui hadithnya menggambarkan zamannya. Umat Islam seharusnya peka dengan perkara ini. Apalagi di kalangan yang tidak dapat menguasai bahasa Arab dengan baik. Tidak wajar istilah yang disebut oleh Rasulullah s.a.w dipadankan dengan istilah yang terdapat di zaman kini, sebaliknya hendaklah diberikan pengertian yang sesuai dan selayaknya. Copyright © Open University Malaysia (OUM)
128
TOPIK 10
METOD BERINTERAKSI DENGAN HADITH NABI S.A.W
Sebagai contoh: Perkataan ( )ربوصتyang merujuk kepada melukis atau merakam gambar yang terdapat dalam hadith yang sahih. Siapakah yang dimaksudkan dengannya yang dijanjikan dengan azab yang pedih di akhirat nanti? Kegagalan mengenal pasti maksud sebenar bagi perkataan tersebut akan mengundang polemik dan pertikaian.
AKTIVITI 10.1 Jelaskan cara yang terbaik untuk berinteraksi dengan hadith Nabi s.a.w.
Ć
Hadith Nabi s.a.w tidak akan dapat dilaksanakan sebaiknya dalam kehidupan umat tanpa kefahaman baik.
Ć
Kefahaman hadith berkait rapat dengan penguasaan beberapa ilmu lain sama ada yang berkaitan dengan pengajian Hadith dan juga bahasa Arab
Ć
Pada hakikatnya, tidak ada percanggahan antara hadith dengan al-Quran dan antara hadith dengan hadith yang lain kerana kedua-duanya dari sumber yang satu.
Ć
Kegagalan memahami metode berinteraksi dengan hadith akan membawa kepada kegagalan untuk memahami maksud sebenar sesebuah hadith.
Fadha`il al-A`mal Sighah Jazam
Sighah Tamridh Targhib Wa Tarhib
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10
METOD BERINTERAKSI DENGAN HADITH NABI S.A.W
129
Dr Yusuf al-Qaradhawi. (1991). al-Madkhal li Dirasat al-Sunnah al-Nabawiyyah. Kahirah: Maktabah Wahbah. Dr Yusuf al-Qaradhawi. (1994). Kayfa Nata`mal Ma`a al-Sunnah al-Nabawiyyah. Terj: Bagaimana Berinteraksi Dengan al-Sunnah, Huda Mohes dan Jawiah Dakir. Petaling.Jaya:Budaya Ilmu. Haziyah Hussin dkk. (2006). Kelangsungan Pengajian Hadith Cabaran dan Masa Depan. Bangi: Jabatan al-Qur`an dan al-Sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
MODULE FEEDBACK MAKLUM BALAS MODUL
If you have any comment or feedback, you are welcome to: 1.
E-mail your comment or feedback to
[email protected]
OR 2.
Fill in the Print Module online evaluation form available on myVLE.
Thank you. Centre for Instructional Design and Technology (Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi) Tel No.:
03-27732578
Fax No.:
03-26978702
Copyright © Open University Malaysia (OUM)