AMALI : BULAN Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan Pernyataan masalah: Adakah peningkatan bilangan hari mempengaruhi fasa bulan? Pengenalan : Bulan adalah satu-satunya satelit bumi dan Bulan tidak mempunyai sumber cahaya sendiri dan cahaya Bulan sebenarnya berasal dari pantulan cahaya Matahari. Di bulan tidak terdapat udara ataupun air. Banyak kawah yang terhasil di permukaan bulan disebabkan oleh hentaman komet atau asteroid. Ketiadaan udara dan air di bulan menyebabkan tidak adanya pengikisan yang menyebabkan banyak kawah di bulan yang berusia jutaan tahun dan masih utuh. Ketidakadaan udara juga menyebabkan tidak ada bunyi dapat didengar di Bulan. Fungsi satelit (bulan) secara tidak langsung bagi planet induk adalah melindungi planet induk dari hentaman benda langit seperti komet dan asteroid. Masyarakat Islam di serata dunia berpandukan kepada bulan untuk kalendar hijrah dan juga melihat pada anak bulan untuk menentukan tarikh mula berpuasa dan perayaan. Graviti bulan membantu memperlambat rotasi bumi dari sehari enam jam lebih awal menjadi 24 jam. Tarikan graviti bulan juga menyebabkan terjadinya kejadian air pasang surut di bumi. Graviti bulan juga membantu penyesuaian perubahan musim daripada cuaca yang ekstrem dan aktiviti-aktiviti kehidupan yang terganggu kerana siang dan malam yang pendek. Fasa bulan pula merujuk kepada keadaan bentuk bulan yang terang yang dapat dilihat dari Bumi. Fasa Bulan berubah mengikut kitarannya apabila Bulan mengelilingi Bumi, mengikut perubahan kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari. Separuh dari permukaan Bulan sentiasa diterangi oleh cahaya Matahari kecuali ketika berlaku gerhana Bulan. Ini kerana Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri seperti Matahari. Cahaya yang kelihatan pada Bulan adalah cahaya Matahari yang dipantulkan oleh Bulan ke Bumi. Bahagian yang terkena cahaya Matahari inilah yang dapat dilihat pada waktu malam.. Fenomena ini boleh di fahami melalui gambarajah 1 di bawah.
Pembolehubah: Manipulasi: Bilangan hari Bergerak balas : Perubahan fasa bulan Malar: Jenis kamera yang digunakan Hipotesis: (Menyatakan hipotesis) Semakin meningkat bilangan hari, perubahan fasa bulan dapat diperhatikan Alat dan radas: Kamera, kertas catatan, pensel Prosedur: 1. Maklumat mengenai terbit dan terbenam bulan daripada buku, majalah, jurnal, surat khabar atau internet dicari. 2. Lokasi sesuai dipilih dan bulan yang terdapat di kawasan itu diperhatikan setiap hari 3. 4. 5. 6.
selama sebulan. Pemerhatian dijalankan menggunakan mata kasar. Kamera yang sesuai untuk mengambil gambar digunakan. Tarikh dan waktu pemerhatian direkodkan. Kedudukan bulan dan sebarang perubahan bentuk bulan dicatatkan ke dalam
jadual 7. Data yang diperoleh dianalisis dan ditafsirkan. Perbincangan :
Bagi melaksanakan amali ini, kami telah mencari banyak bahan yang releven daripada sumber bacaan buku dan laman web dengan fasa-fasa bulan ini. Semasa mengambil gambar bulan bagi amali ini, kami menggunakan teknik-teknik yang sesuai untuk memastikan bulan dapat ilihat dengan terang. Walaupun kami telah mengkaji teknik-teknik, kami masih telah menghadapi masalah-masalah kecil seperti masalah kualiti gambar, cuaca dan juga masa yang sesuai. Apabila menggunakan kamera telefon bimbit, kami mendapati bahawa imej bulan tidak jelas dan sinaran bulan amat kuat. Oleh itu, kami telah memilih untuk menggunakan kamera DSLR Nikon D5200 yang dapat dilaraskan untuk mengambil gambar bulan. Selain itu, cuaca yang berawan menyukarkan proses penggambaran bulan pada waktu pagi. Anak bulan yang sangat kecil juga sukar dikenalpasti pada waktu malam. Walaubagaimanapun, kami mampu menyiapkan amali ini dengan melakukan perubahan terhadap faktor yang menyukarkan proses penggambaran. Pemerhatian ini dijalankan di dua tempat iaitu di Institut Pendidikan Kampus Temenggong Ibrahim dan juga di Bandar Country Homes, Rawang. Hal ini mungkin boleh menjejaskan data yang diperoleh. Pemerhatian dilakukan pada pukul 9 petang dan pukul 9 pagi setiap hari. Bulan agak sukar ditemui pada waktu pagi dan kebanyakkan hari kami hanya dapat memerhatikan awan dan matahari sahaja. Walaupun kami dapat memerhatikan satu cahaya kecil selain matahari, kami telah menghadapi kesukaran untuk memastikan bahawa adakah ia bulan ataupun planet lain seperti Venus yang turut dapat dilihat pada waktu-waktu tertentu. Oleh itu, kami telah menggunakan perisian telefon bimbit “Stargazer” untuk memastikan gambar yang diperoleh adalah gambar bulan. Pada hari-hari di mana gambar bulan tidak dapat diperoleh, gambar awan telah diletakkan untuk menujuk secara simbolik bahawa bulan tidak dapat ditemui. Keputusan pemerhatian selama 28 hari ini dapat dibuktikan melalui pangkalan StarDate (https://stardate.org/nightsky/moon). Jadual yang diperoleh daripada laman web Star Date dapat dilihat di bawah.
Jadual-jadual di atas menunjukkan data yang diperoleh selama 28 hari.
Fasa
Tarikh Mengambang
16 Februari – 20 Februari
Bulan Separa Menyusut
24 Februari – 2 Mac
Bulan penuh / purnama
21 Februari – 23 Februari
Anak bulan
7 Mac – 12 Mac Mengambang
13 Mac – 16 Mac
Bulan Sabit Menyusut
3 Mac – 6 Mac
Jadual di atas menunjukkan fasa bulan yang diperhatikan sepanjang 28 hari. Semasa pemerhatian dimulakan bulan berada pada fasa bulan separa mengambang. Rajah di bawah akan menjelaskan perubahan fasa bulan sepanjang tempoh pemerhatian.
Bulan separa (mengamban g)
Bulan purnama/pen uh
Bulan separa (menyusut)
Buan sabit (menyusut)
Anak bulan
Bulan Sabit (mengamban g)
Kesimpulan
Bulan juga terbit dan terbenam seperti Matahari. Semakin hari Bulan akan terbit lambat dan terbenam lambat. Perubahan hari mempengaruhi fasa-fasa bulan yang kelihatan.
Rujukan 1. Elert, G. (2001). Period of the Moon's Orbit. Retrieved Mac 1, 2014, from The Physics Factbook: http://hypertextbook.com/facts/2001/MarcEpstein.shtml 2. Estalella, R. (2002). Satelit Kita: Bulan. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd. 3. Kerrod, R. (2000). Tinjau dan Selidik Sains: Sistem Suria. Shah Alam: STP Distributors (M) Sdn.Bhd. . 4. Naimoiman. (2010). Sains 'Best'. Retrieved Februari 16, 2013, from PERGERAKAN BULAN (‘THE MOVEMENTS OF THE MOON’): http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/03/pergerakan-bulan-movements-ofmoon.html 5. Verdet, J.-P. (1995). Bulan dan bintang di sekeliling kita. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.
6. Vincet, F. (2013). What is the Moon doing? Retrieved Mac 1, 2014, from What's in the Sky: http://star-www.st-and.ac.uk/~fv/sky/moon-general.html 7. Wariyono, S. (2008). Mari Belajar: llmu Alam Sekitar: Panduan Belajar IPA Terpadu. Jakarta: Pusat Perbukuan Departemen Pendidikan Nasional .