ANTI HADITH ANTI IMAM SHAFIE
oleh: Omar Abdul Aziz SUDAH ramai orang memperkatakan tentang golongan yang digelar "anti hadith", nam un golongan tersebut terus tetap tidak menerima gelaran itu digelarkan ke atas mereka. Golongan ini, di peringkat global bukan sahaja m enolak kewibawaan hadith sebagai salah satu sumber hukum dalarr. Islam, malah m alah mereka mendakwa bahawa hadith itu adalah ayat-ayat Syaitan. Dan kalau anda mengikuti perkembangannya tentu anda tidak lupa l upa bahawa di peringkat kampungan pula salah seorang yang lantang bercakap mengenainya pernah merakamkan kekagumannya kepada buku 'The Computer Speaks' yang ditulis oleh Ir. Rasyad Khalifa yang pernah mengaku bahawa dia adalah seorang 'rasul' yang diutus Allah. Lebih dari itu, mereka ini, i ni, baik di peringkat antarabangsa mahupun di peringkat kampungan, kam pungan, cuba membenamkan membenamk an kewibawaan Rasulullah s.a.w. dengan berbagai dakwaan yang sengaja dibuat-buat. Sebagai ganti, mereka cuba berselindung di sebalik bayang Nabi Ibrahim a.s. Konon mereka sembahyang mengikut Nabi Ibrahim, puasa ikut Nabi Ibrahim, zakat mengikut Nabi Ibrahim, pendek kata segala-galanya mengikut Nabi Ibrahim a.s. Kalau Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan nabi yang terakhir di kal angan para nabi-nabi, dianggap oleh golongan ini tidak dapat diyakini kemurnian pengajaran yang dibawakan melalui hadith-hadith baginda, lalu hadith-hadith baginda ditolak atau dipertikai dan konon mahu dinilai semula. Betapa pula dengan pengajaran yang dibawakan oleh Nabi Ibrahim? Di mana pula mereka temui sahifah-sahifah (suhuf) Nabi Ibrahim? Apa pula method yang digunakan untuk mengumpul dan mem pastikan kemurnian pengajaran yang tertera di dalam sahifahsahifah tersebut? Siapakah yang tahu siapa-siapakah pengumpul sahifah-sahifah tersebut? Apakah buku-buku atau disiplin ilmu yang disusun untuk mempastikan mem pastikan ketulenan ajaran: salat, puasa, zakat dan lain-lain yang dibawakan oleh Nabi Ibrahim di dalam suhufnya itu? Kalaupun semuanya itu ada, apakah alasan-alasan yang mampu menyakinkan golongan tersebut untuk: a. Lebih menerima apa yang dibawa oleh Nabi Ibrahim b. Menolak apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad . Maksud 'apa yang dibawa' itu ialah: a. Suhuf Nabi Ibrahim yang tidak ditemui naskhah asal dalam bahasa asalnya. b. Quran dan hadith Nabi Muhammad yang wujud dalam bentuk masyaf dan kitab-kitab dengan banyaknya dalam bahasa Arab (asal) dewasa ini. Lazimnya golongan ini terlalu jauh lupa daratan. Hingga ke tahap mereka menolak semua kitabkitab yang ditulis oleh para ilm iawan Islam pada suatu masa dahulu (selepas zaman Rasulullah). Cara penolakan yang dibuatnya ialah seolah berdendam kesumat, utamanya dengan Imam Syafie, tanpa tunduk kepada amanah ilmiah. Dengan sangat bongkak mereka seolah-olah menganggap Imam Syafie ini nobody. Tidak hairanlah kalau mereka langsung tidak mengambil kira puak-puak keluaran Universiti Al-Azhar.
Kenyataan ini menzahirkan di hadapan sesiapa yang mempunyai m ata kasar (tak perlu matahati) betapa sakit hatinya golongan anti-hadith ini terhadap puak-puak yang berteraskan pengajian Islam itu. Hakikatnya pastilah mereka ini mahu menolak kewibawaan sernua sernua hasil tulisan dan penulispenulisnya sekali, hatta ulama yang tidak menulispun, m enulispun, asal sahaja mereka beraliran pengajian Islam, menolak mereka dari wujud. Dalam kata lain golongan ini begitu dahuk untuk menampilkan diri mereka sendiri sebagai ulama reformer yang membaharui mem baharui semua pengajaran Islam yang sudah 1,416 tahun, malah lebih, diamalkan oleh semua orang Islam di semua negara Golongan ini mahu memberitahu kepada dunia bahawa selama 1,416 tahun ini umat Islam di seluruh dunia telah salah kerana mengikut ajaran yang dibawakan oleh Nabi Muhammad, tetapi yang sepatutnya diikuti ialah apa yang dibawakan oleh Nabi Ibrahim. Mahu diberitahunya lagi bahawa seluruh bangsa, termasuk bangsa Arab yang dil ahirkan menuturkan bahasa al-Quran (satu-satunya cuma pegangan mereka) j uga telah salah memahami al-Quran. Apa yang betul ialah fahaman faham an yang dibawakan oleh seorang engineer di bidang pertanian yang untuk pertama kalinya dapat mendedahkan kemukjizatan komputer yang konon membuktikan kebenaran al-Quran. Engineer itu ialah Rasyad Khalifa yang sempat mengikrarkan bahawa dialah seorang Rasul (selepas Muhammad s.a.w.) yang diutus oleh Allah. Semua prinsip-prinsip ajaran Engineer di bidang pertanian ini selepas kematiannya diteruskan oleh golongan anti-hadith. Adakah mana-mana peribadi dari kalangan mereka mahu menafikan bahawa pemimpin kampungan mereka itu mengkagumi sipenipu yang mengaku rasul itu? Buku beliau yang diharamkan oleh kerajaan dalam tahun 70-an itu adalah saksi benar yang merakamkan kekaguman tersebut. Sesudah flash-back yang agak panjang di atas tadi, saya masih seperti dahulu, tidak pernah berniat untuk menjelaskan hal yang demikian, demiki an, dan yang akan saya teruskan di bawah nanti, saya ulang, tidak pernah berniat untuk membentangkannya mem bentangkannya di hadapan golongan anti-hadith itu. Kerana takkanlah mereka itu begitu lemah untuk memahami logik paling cetek yang akan saya bentangkan nanti. Maksud penulisan ini ialah untuk membukakan hati mereka yang mempunyai qulub (kalbu) yang masih terbuka untuk menerima cahaya kebenaran untuk memahamkan logik yang semudah ini: a. Golorlgan anti-hadith menolak hadith yang didakwanya dinukil lama selepas Nabi Muhammad dan tidak yakin ketulenannya. b. Golongan anti-hadith menerima Quran dan hanya Quran di samping itu meragui semua kitab kitab muktabar nukilan para ulama selepas Nabi Muhammad. c. Golongan anti-hadith menerima pengajaran Nabi Ibrahim yang wujud jauh lebih lama terdahulu dari Nabi Muhammad dan mendakwa m endakwa mengamalkan ibadat sebagaimana Nabi Ibrahim lakukan. d. Golongan anti-hadith sebenarnya bukan percaya Quran, kerana mereka tidak berdaya langsung memahami Quran dengan bahasa asalnya. Tidak mungkin m ereka terlalu tolol untuk mempercayai apa yang mereka tidak pernah faham. Apa yang mereka berpegang teguh ialah kepada tafsir Quran yang tentunya ditul is oleh juru
tafsir yang mutakhir, di kurun yang akhir akhir ini sahaja, itupun m elalui bahasa kedua yang tidak legal untuk dijadikan rujukan. Penulis bawakan rajah di bawah ini [tidak disertakan di sini kerana rencana ini telah di-scan dari majalah Dakwah] untuk melihat betapa kontradiknya aliran fikiran anti-hadith ini, dan betapa ekstrimnya mereka ini dapat dilihat dil ihat dari sikap yang disebut ulama sebagai jadalan iaitu saja-saja tidak mahu menerima menerim a sesuatu dan sala-saja mahu menerima sesuatu. Aliran fikiran begini hanya wujud pada orang yang demam panas kerana penyakit-penyakit dalaman di dalam kalbu mereka. Tidakkah mustahil merek.a menerima yang hujung sana dan hujung sini, sedangkan yang tengah-tengah langsung mereka menolaknya. (Silat lihat rajah). Telah banyak diperkatakan orang tentang method pengumpulan hadith dan bagaimana pengumpu]an Quran dan lain-lain. Banyak pula diperkatakan orang tentang bagaimana para ulama menghasilkan kitab-kitab dan mengambil kesimpulan dari ayat-ayat Quran dan hadithhadith. Apa yang perlu diulas lagi, cumalah golongan yang sebegini ti dak melakukan segalanya kerana mereka jahil, tetapi mereka ada tujuan dan wawasannya wawasannya sendiri. Kata orang tua-tua, malu bertanya sesat jalan, tapi kalau bongkak pula tentu saja menyesatkan orang lain pula. Pihak-pihak yang berkaitan hendaklah lekas sedar, tanpa tindakan yang drastik - pisang akan berbuah dua kali. Tapi awas kali ini mereka pi ntar menyamar dan menghilang. (Dakwah Ogos 1995)